Sabtu, 11 Jun 2022

PEMBEBASAN GANJA


PEMBEBASAN

GANJA DI SIAM

AMIN

HIDUP BAHAGIA


HIDUP BAHAGIA

IALAH 

MENJALANKAN

HIDUP DENGAN

KHENDAK HATI

SENDIRI

AMIN

BUKAN DENGAR

CAKAP ORANG

KHALAS

Unknown commented on 

"LABI LABI"

pundek tt nie... klu aku ade dekat jeram tu, mmg ak rejam dengan batu... dah tuo mandi bogel kek sungai... klu budak2 tahan la juga, bekubang kat parit... celako, golap hati 40 hari...


Unknown commented on
 
"LABI LABI"

Kahkahkah... Enche' TT, lu nasib baik itu labi-labi talak kasi cium sama lu punya anu. Dengar citer, itu labi-labi talak mau kssi lipas itu anu bila dia sulah cium. Mau tunggu sampai ada guruh dan petir baru labi-labi itu kasi lipas .... KAHKAHKAH... manyak nasib baik la lu Enche' TT. Tuan Ala kasi tolong sama lu... KAHKAHKAH...

BEBASKAN GANJA



BEBASKAN 

GANJA DARI

CENGKAMAN

BAGINDA QUEEN

KHALAS

Tanpa Nama commented on

 "AWAS ! INI PERMULAAAN"

https://www.astroawani.com/video-dunia/penanaman-ganja-1-juta-ganja-mula-diedar-di-seluruh-thailand-1970915 Bang, thai govt dah start bagi benih ganja kat orang awam. Kita masih lagi tangkap, kurung dan heret naik turun mahkamah kalau kes ganja. Paling parah ialah kita terpaksa import ganja pasaran gelap. Ini sedikit sebanyak menjejaskan nilai mata wang kita.

MEMBUKA PENTAS PERANG

 

APAKAH SEMUA 

INI SEDANG 

MEMBUKA PENTAS

PERANG 

DUNIA KE 3

KHALAS

PETANG SABTU


PETANG SABTU

11/6/2022


JAM  6.16 AWAN HITAM 
SEDANG BERKUMPUL
DI ATAS KL SENTRAL

JAM 6.45 HUJAN MULA TURUN
RENYAI RENYAI
RINTIK RINTIK
SEKARANG LEBAT

INI HUJAN MONSON
TIUPAN ANGIN
DARI BENUA INDIA
TIPUAN ANGIN
YANG MEMBAWA
DE SQUERA KE MALAKA
AMIN

LABI L;ABI


LABI LABI

AMIN

Unknown commented on 

"EZI DAN TAK TAK
 BALIK KAMPUNG"

Labi-labi tu cabut lari bila nampak daging lembik melambai2 dibawa arus jeram.

DAPAN KUMO


DAPAN

KUMO

KAH  KAH KAH

PADAN MUKO

KHALAS

PANDANGAN PENEROKA YANG TEPAT

Harga sawit tinggi tiada kaitan dengan kerajaan, kata peneroka

HARGA kelapa sawit yang tinggi sekarang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), atau Perikatan Nasional (PN), kata peneroka tanah rancangan Felda.

Turun naik harga komoditi itu kata mereka majoritinya dipengaruhi faktor permintaan dan penawaran minyak kelapa sawit di peringkat global.

Ketua Peneroka Felda Gunung Bongsu Ahmad Nizar Hassan, 64, yang ditemui The Malaysian Insight baru-baru ini juga tidak menolak peningkatan harga itu berlaku disebabkan kurangnya pengeluaran buah tandan di ladang.

“Tiada kaitan (dengan politik), dengan keadaan sekarang, harga tinggi sebab Indonesia hentikan eksport, apabila barang (pengeluaran kelapa sawit) kurang harga naiklah.

“Kalau yang ada kaitan (politik) pun menteri yang suruh minum sesudu minyak kelapa sawit,” katanya, merujuk kepada menteri industri utama sewaktu pentadbiran PH, Teresa Kok.

Sewaktu pentadbiran PH, harga komoditi kelapa sawit turun tidak lebih RM250 hingga RM300 bagi satu tan metrik.

Manakala harga minyak kelapa sawit mentah pula pernah berada paras terendah di bawah RM1,800 bagi satu tan metrik, waktu itu.

Sebagai bandingan, harga belian kelapa sawit tandan kini berada pada paras sekitar RM1,500 satu tan metrik.

Manakala setakat 8 Jun lalu, harga pasaran minyak kelapa sawit mentah direkodkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah pada paras RM6,729.50 untuk setiap tan metrik.

Ahmad Nizar berkata, walaupun peningkatan harga sawit sangat tinggi, peneroka juga menanggung kos kenaikan bagi pengurusan ladang seperti upah dan racun yang menurutnya turut meningkat selari dengan kenaikan harga kelapa sawit.

Malah, isu kekurangan buruh juga menyukarkan peneroka untuk mendapatkan hasil pengeluaran optimum daripada ladang mereka.

“Sekarang ini hanya kira-kira 60% hingga 70% hasil sahaja yang boleh dikeluarkan kerana masalah jalan, buruh, dan sebagainya. Semenjak tempoh perintah kawalan pergerakan, (isu kekurangan) buruh memang teruk. 

“Pekerja buruh pula minta kenaikan harga bila buruh tidak ada. Di sini kenaikan harga upah meningkat dua kali dalam tempoh tak sampai setahun,” katanya.

Harga tuai dan angkut kelapa sawit di kawasan itu kini mencecah RM140 setiap satu tan metrik berbanding RM106 sebelum ini.

“Apabila buruh dah tidak ada harga naik lagi, harga sawit naik, kos upah pun naik, kelapa sawit pula mesti dipetik dalam tempoh setiap 15 hari, kalau tak nanti rosak,” katanya.

Sekiranya kelapa sawit gagal dipetik dalam tempoh 15 hari, buah akan terlebih masak dan gugur sekaligus mengurangkan berat tandan.

Pada 7 Julai, kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan kira-kira 80% pinjaman peneroka yang berjumlah RM8.3 bilion.

Isu hutang merupakan bebanan yang ditanggung peneroka sejak sekian lama dan tiada pihak yang dapat menyelesaikannya.

“Pelarasan hutang itu satu kelegaan sebab kita tahu jumlah hutang, sebelum itu tiada tutup buku kira-kira. Bila ada pelarasan kita tahu hutang kita banyak mana,” katanya.

Ahmad Nizar mempunyai hutang berbaki RM70,000 termasuk pinjaman perumahan, daripada lebih RM100,000 sebelum penyelarasan.

Namun begitu, Ahmad Nizar tidak menolak peneroka lebih selesa dengan pentadbiran BN sewaktu Najib Razak menjadi perdana menteri disebabkan perhatian lebih yang diberikan kerajaan waktu itu kepada mereka.

“Sekarang imbuhan (diterima) sewaktu zaman Najib dahulu tidak ada lagi, (peneroka) tidak semewah dulu lagi,” katanya.

Seorang peneroka yang hanya mahu dikenali sebagai Bang Lik, 55, pula merasakan peneroka sepertinya hanya mengharapkan kerajaan memberi perhatian kepada peneroka dan tidak melihat mereka hanya semata-mata untuk meraih undi.

“Siapa pun jadi kerajaan tidak kisah, yang penting kami peneroka ini dijaga, macam sekarang tiada siapa yang bela kami.

“Tiba hari mengundi kita pangkah sahaja mana kotak yang ada dalam kertas undi,” katanya.

Bang Lik bagaimanapun masih mengenang kemewahan yang dirasai ketika pentadbiran Najib dan bantuan yang diberikan wakil rakyat mereka waktu itu.

“Waktu itu kami terima banyak bantuan, mewah, sampai dikatakan kami di Felda ini anak angkat kerajaan.

“Kerajaan yang naik selepas itu, tidak ada yang beri perhatian kepada kami seperti Najib, sekarang ini kawasan PKR, kerajaan negeri PAS, jadi kami tak nampak apa yang kerajaan negeri ada buat di sini,” katanya.

Felda Gunung Bongsu terletak dalam kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu yang kini diwakili Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. Beliau menewaskan calon Aziz Sheikh Fadzir pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kedah pula ditadbir oleh kerajaan yang diketuai PAS selepas percaturan politik yang menyingkirkan pentadbiran PH pada Mei 2020, dua tahun selepas PRU14.

“Kalau tidak layan rakyat akan datang PAS mungkin susah untuk pertahankan Kedah, kalau menang lagi pun mungkin sokongan merosot,” katanya. 

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor juga katanya belum lagi menjejakkan kaki ke kawasan tersebut dan mengambil peduli masalah peneroka.


“Dia kata apa pun kita dengar sahajalah sebab dia tak pernah tanya pun apa masalah kita,” katanya.

Bang Lik juga berkata, untuk menikmati kemewahan seperti sebelum ini BN harus memang besar dan menjadi kerajaan.

“Zaman BN senang, sekarang susah sedikit, kalau majoriti kerajaan kurang, kuasa pun kurang tiada dua pertiga nanti orang main kuis-kuis.

“Jika menang dua pertiga, senang kerajaan nak buat keputusan,” katanya.

Felda Gunung Bongsu pada peringkat awal penubuhannya merupakan kawasan penanaman getah, namun pada 2011 sebahagian besar peneroka memilih untuk bertukar kepada tanaman kelapa sawit selepas pokok getah ditebang untuk penanaman semula.

Daripada keseluruhan 184 peneroka di tanah rancangan itu hanya 42 peneroka yang masih mahu mengekalkan tanaman getah, dengan 31 peneroka lagi daripada jumlah itu dalam proses menggantikan tanaman getah kepada kelapa sawit.

Selebihnya pula sudah bertukar kepada tanaman kelapa sawit berikutan harga komoditi itu yang lebih tinggi. – 11 Jun, 2022.     

 PANDANGAN

PENEROKA

YANG TEPAT

AMIN

HARGA DITENTU

OLEH PASARAN

AMIN

NANTI BILA

HARGA JATUH

JANGAN SALAHKAN

KERAJAAN

KHALAS

AWAS ! INI PERMULAAAN

 

Gangguan bekalan rantaian punca klinik, farmasi kekurangan ubat

KEKURANGAN beberapa jenis ubat di pasaran ketika ini disebabkan gangguan rantaian bekalan serta bahan aktif dan eksipien (bahan tidak aktif), kata Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Situasi ini bagaimanapun bukanlah kritikal kerana langkah bagi mendapatkan bekalan alternatif untuk mengatasinya sedang diusahakan, kata Presiden MPS Amrahi Buang kepada The Malaysian Insight.

“Memang sukar kalau stok sekejap ada, sekejap tiada. Farmasi maklumkan masalah kekurangan ubat berlaku di seluruh negara.

“Situasi ini bermula sejak Oktober lepas tetapi ubat semakin kurang di pasaran apabila varian Omicron menular, kemudian berlarutan sehingga cuti Krismas, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidlfitri,” katanya.

Amrahi berkata, peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) juga menyebabkan stok ubat di farmasi semakin berkurangan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Selasa mengakui klinik swasta dan farmasi kekurangan stok ubat-ubatan bagi demam, batuk, selesema dan cirit-birit serta antibiotik.

Namun beliau memberi jaminan situasi adalah terkawal, dan beliau sudah mengarahkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementeriannya dan pengeluar ubat-ubatan mencari bekalan alternatif sekiranya masalah ini berterusan.

Mengulas jaminan menteri kesihatan itu, Amrahi melahirkan rasa lega memandangkan bekalan ubat-ubatan tidak mencukupi sejak tahun lepas lagi.

“Dari satu segi, ia disebabkan masalah bekalan dan permintaan, dan mereka cuba cari alternatif untuk selesaikannya.

“Selagi ada tindakan diambil untuk tangani masalah, maka kita tidak bimbang,” ujarnya.

Selain masalah bekalan bahan aktif dan eksepien, isu logistik dan pembungkusan turut menjadi faktor menyumbang kepada kekurangan ubat-ubatan, tambah Amrahi.

“Semuanya saling berkait. Dan perlu juga diambil kira sama ada ubat tersebut diimport atau buatan tempatan,” kata beliau.

Jelasnya, perang Rusia-Ukraine telah mengganggu perdagangan global, tidak terkecuali industri farmaseutikal.

“Kawalan sempadan China juga menjejaskan bekalan, kemerosotan nilai ringgit yang mendorong kenaikan harga ubat.”

Amrahi juga tidak menolak kemungkinan harga ubat-ubatan di pasaran akan terus meningkat.

“Harga memang sudah sedia naik, tetapi kita tak tahu akan terus naik atau sebaliknya,” katanya. – 11 Jun, 2022.   

AWAS

INI TANDA

PERMULAAN

AMIN

BALA BESAR

BELUM SAMPAI

AMIN

KITA WAJIB

BUAT UBAT

SENDIRI

AMIN

JUGA JANGAN

GANGGU UBAT

TRADISONAL

AMIN

GANJA KETUM

TONGKAT ALI

MISAI KUCING

ADN DAN DAN

PERLU DIPERLUAS

PENGUAAN

AMIN

KHALAS

YANG BANGANG DAN YANG BODOH



 YANG BANGANG

DAN

YANG BODOH

KHALAS

Asrul Sani commented on 

"TAK TAK & EZI 
BALIK KAMPUNG"

Bro TT... While Tak Tak and Ezi in Kampong, please look after them extra careful. Don't allow them to mix around with pariah dogs in kampong. Tak Tak and Ezi are elite dogs. Makanan dia orang ikan yang dibeli dari pasar Chow Kit. If you allow them to roam around kampong, maybe they will be screwed by alley dogs.... By the way, while you are there, Meriam Mokhtar wrote an article about CRAB CULTURE, iaitu budaya ketam dalam bakul. 


Meriam kata Ismael Bera tu mengamalkan budaya ketam dalam bakul. Dia tak pandai berbahasa Inggeris dalam forum antarabangsa... lalu diarahkan semua kakitangan kerajaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, termasuk di dalam persidangan antarabangsa. Oleh kerana dia bodo, tak mampu menguasai bahasa asing, maka biarlah semua orang jadi bodoh macam dia juga. Dalam kata lain, orang jenis Mael Sabri ni tak boleh tengok orang lain pandai dari dia...macam ketam dalam bakul...kawan naik sikit nak keluar dari kepompong akan ditariknya turun...bodoh kan PM kita ni...termasuklah KSN.

YANG MATI DAN YANG BUAT DUIT


YANG MATI

WARGA UKRAINE

AMIN

YANG BUAT DUIT

PEMEGANG SAHAM

SYARIKAT SENJATA

KHALAS

JANGAN LUPA KHAMIS


JANGAN LUPA


KHAMIS

 TARIKH

ROSMAH JATUH

HUKUM

KHALAS

YA AMPOON

 



YA AMPOOON

AMIN

Unknown commented on 

"TAK TAK & EZI 

BALIK KAMPUNG"

TT, gua mau ucapkan terima kasih kepada Baginda Sultan Selangor sebab sudah sedarkan gua terhadap virus Pas. Rupa-rupanya yang selalu buat kacau dan pecah belahkan masyarakat adalah puak celaka serta penunggang agama dari Pas. Sekarang gua tak mau lagi dengar dari mulut puaka penunggang agama celaka nie! Ptuih!


EZI DAN TAK TAK BALIK KAMPUNG


EZI & TAK TAK

BALIK KAMPUNG

TUKAR PEMANDANGAN
BERJALAN PAGI 
BUKAN DI HOKKIEN
TAPI DI TEPI SUNGAI 
DI BELAKANG RUMAH
 DI KAMPUNG CHENOR

MINUM PAGI
KEDAI AH FOOK
KUALA KLAWANG

 

PULANG DARI  JELEBU
SINGGAH DI JERAM
DI BUKIT TANGGA

GUA MANDI DI JERAM
GUA TERPIJAK
BADAN  LICIN 
GUA TERPERANJAT
RUPA-RUPANYA
SAEKOR LABI LABI
NASIB GUA BAIK
TAK DIGIGIT KOTE
GUA TAK PAKAI
APA -APA
GUA CARI DIA LARI
MASUK KE BAWAH BATU 
KAH KAH KAH

SINGGAH JUMPA
DR DOG
DI SUNGAI  LUI
ULU LANGAT
EZI & TAK TAK
DAPAT KAWAN BARU
AMIN