Rabu, 12 Oktober 2022
PERANAN JO LOW DALAM 1MDB
Jho Low kenalkan bekas pengarah urusan Ambank kepada Najib, kata saksi
SAKSI perbicaraan kes rasuah Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah diperkenalkan kepada bekas perdana menteri itu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.
Bekas pengarah urusan Ambank Cheah Tek Kuang, mengulangi kenyataannya pagi ini semasa pemeriksaan balas oleh ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram.
Sri Ram meminta Cheah menjelaskan sama ada Low sudah berada di rumah Najib semasa dia tiba atau jika Low berada dalam kereta yang sama dengan saksi ketika mereka memandu ke arah rumah Najib.
“Dia berada dalam kereta yang berbeza (dalam konvoi yang sama). Apabila saya berjalan ke rumah, dia (Low) memperkenalkan saya kepada Najib.
“Dia pergi ke bilik lain dan saya berada di bilik lain, selepas meminta Najib menandatangani beberapa dokumen, saya beredar,” kata Cheah di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Minggu lalu, Cheah membuat keterangan yang sama apabila dia disoal oleh peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah.
Cheah pergi ke rumah Najib untuk membantu bekas ahli Parlimen Pekan itu membuka akaun Ambank.
Najib sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah membabitkan RM2.28 bilion dalam dana 1Malaysia Development Bhd. Beliau menghadapi 25 pertuduhan - empat untuk salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram - untuk kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.
Beliau kini menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang, setelah disabitkan kesalahan menyeleweng dana daripada SRC International. – 12 Oktober, 2022.
NAJIB KATA
JO LOW
TAK TERLIBAT
AMIN
SEKARANG ADA
BUKTI JO LOW
MAIN PERANAN
PENTING
AMIN
JO LOW DIPILIHARA
OLEH CHINA MERAH
AMIN
KENAPA PILIHARA
JO LOW ?
AMIN
KERANA
CHINA MERAH
MASIH MAHU NAJIB
KEMBALI BERKUASA
AMIN
KHALAS
MAIL BERA DAH PANDAI BERSILAT
PM salahkan Muhyiddin, 12 menteri Perikatan punca Parlimen bubar
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan Muhyiddin Yassin dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) kerana menyebabkan kerajaan tidak dapat dipertahankan dan memaksa beliau membubarkan Parlimen.
Ismail Sabri berkata surat 12 menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian mereka menentang pilihan raya umum diadakan tahun ini, dan pengisytiharan Muhyiddin terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai musuh PN pada pilihan raya adalah antara sebab keputusannya untuk mencari mandat baharu.
“Tindakan menteri-menteri ini jelas membelakangkan institusi perdana menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekaligus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.
“Malah tindakan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan musuh utama PN adalah BN mengundang bibit-bibit perpecahan, sedangkan partinya turut menganggotai kerajaan,” katanya lagi.
Semalam, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberikan perkenan pembubaran penggal Parlimen semasa, yang sepatutnya berakhir pada Julai.
Pada hari yang sama, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengatakan Agong tidak mempunyai pilihan selain menerima permintaan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata walaupun baginda kecewa dengan senario politik semasa, baginda berasa mandat itu perlu dikembalikan kepada rakyat.
“Selepas bertemu perdana menteri petang semalam (Ahad) dan selepas meneliti permintaan dibuat oleh Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan memberi perkenan diraja untuk membubarkan Parlimen.
“Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan perdana menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil,” kata Istana Negara dalam satu kenyataan.
Naib presiden Umno itu berkata menteri daripada PN semakin memusuhi gabungan BN dan ada yang secara terbuka mengkritik keputusan serta dasar kerajaan yang disertai mereka sendiri.
Ismail Sabri berkata Muhyiddin yang juga pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat kenyataan mencadangkan Parlimen dibubarkan kerana mendakwa kerajaan gagal mengurus negara dan ekonomi dengan baik.
“Kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberikan perkhidmatan serta manfaat terbaik kepada Keluarga Malaysia.
“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang.” – 11 Oktober, 2022.
WOIT
KAH KAH KAH
MAIL BERA
DAH PANDAI
BERSILAT LIDAH
KAH KAH KAH
DAH BERANI
TUDUH ABAH COW
JADI PUNCA
PARLIMEN BUBAR
KAH KAH KAH
ABAH COW TULIS
SURAT PD AGONG
TAK MAHU PRU TAPI
MAIL BERA TUDUH
ABAH COW JADI
PUNCA
KAH KAH KAH
MAIL BERA
UBAH CERITA
KAH KAH KAH
DIA KENA TEKAN
OLEH ZAHID INI
KEPALA PUNCA
KAH KAH KAH
TAPI KERANA
NAK WATIKAH
DARI ZAHID
MAKA MAIL BERA
PUTAR CERITA
AMIN
KHALAS
BANDUAN NEGARA NAK BERKEMPEN
Najib tak dibenar keluar berkempen PRU15, kata Jabatan Penjara
BEKAS perdana menteri Najib Razak sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara.
Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhammad berkata selagi Najib masih menjalani hukuman itu, beliau tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya kepada media pada majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian pihak penjara sekiranya ada permohonan daripada penyokong Najib agar penyandang kerusi Parlimen Pekan itu diberi kebenaran khas untuk keluar berkempen pada PRU15.
Bagaimanapun, Nordin berkata selain permohonan untuk menghadiri sesi sidang Parlimen yang telah ditolak, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan lain daripada bekas perdana menteri itu.
Beliau turut mengulangi bahawa Najib tidak pernah menerima sebarang layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman penjara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Nordin berkata Najib sama seperti banduan lain yang tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara selain prosedur operasi standard jabatan itu.
“Kami memberi layanan yang sama kepada semua penghuni di sini dan tiada istilah pilih kasih kepada banduan di sini,” katanya.
Pada 23 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta. – Bernama, 11 Oktober, 2022.
WOIT
RAKYAT DINAFI
DARI LIHAT MUKA
BANDUAN NEGARA
KAH KAH KAH
INI TIDAK ADIL
ZALIM NAMANYA
KAH KAH KAH
RAKYAT NAK TAHU
BANDUAN GEMOK KE
DAH KURUS
KAH KAH KAH
KHALAS
PAKATAN DENGAN KEMAH KOCIK JAMIN KALAH
PH DENGAN
KEMAH KOCIK
JAMIN KALAH
AMIN
DONGAN
KEMAH BOSA
MUNGKIN MONANG
AMIN
hamim commented on
"SUARA BAKAL PM KITA"
TT, Wak Jahit begitu yakin BN akan menang, tapi naluri saya mengatakan BN tidak akan dapat majoriti untuk membentuk kerajaan begitu juga dengan pati pati lain.....dan saya mengharapkan BN akan tersungkur sekali lagi, harap harap keputusan perbicaraan Akal Budi sebelum PRU15
UKRAINE - DENGAR APA KATA BEKAS KOLONEL INI
HUBAYA HUBAYA
AMIN
DENGAR APA KATA
BEKAS KOLONEL INI
AMIN
KHALAS
ZAFRUL BAKAL PM
ZAFRUL LAYAK
ZAHID LAYAK
MEREKA WAJIB
BERGADUH
AMIN
Unknown commented on
"SUARA BAKAL PM KITA"
Sekejap kata Zafrul bakal jadi PM, pastu kata Zahid pulak. Yang mana satu bro? Konfem ke UMNO BN boleh menang PRU ni? Kau dah tak yakin ngan tuan kau Azmin dan Mahathir? Nak cari tuan dedak baru ke ni? Kah kah kah
AGAMA HANYA MAINAN POLITIK
AGAMA HANYA
MAINAN POLITIK
AMIN
1 JUTA UYGHURS
KENA PENJARA
TAK AMBIK POT
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"DIMANA ISLAM MALAYSIA"
Kah kah kah tak mahu cakap apa apa kah kah kah, baru sedar kah ? Baru tahu? Baru kenal? Agama ugama semua hanya permainan politik belaka kah kah kah, senang nak tipu orang kita kalau pakai ayat ayat Arab lagi senang kah kah kah
AYATOLLAH DAN KAIN TUDUNG
AYATOLLAH
DAN
KAIN TUDUNG
Ketika tulisan ini garap Pak Lebai, Pak Haji, Mullah dan Ayatollah di Iran sedang berhadapan dengan demonstrasi yang maha hebat.
Rakyat Iran sedang bertempur di jalan raya dengan polis dan soldadu.
Orang ramai telah turun ke jalan raya menentang rejim Republik Islam Iran semenjak 19 September yang lalu. Dilaporkan penunjuk perasaan telah keluar ke jalan raya di 80 buah pekan dan bandar di Iran.
Malah di dua kota suci mazhab Shiah - Mashhad dan Qom - warga telah juga keluar berdemo. Mereka dengan berani bangun menentang kerajaan Islam Iran.
Angka yang tewas terkorban di tembak oleh soldadu telah melintasi 100 nyawa. Angka penunjuk perasaan gugur dibunuh terus meningkat dari hari ke hari.
Ombak demonstran ini sama ampuhnya seperti tahun 1979 bilamana rakyat Iran bangun melawan kerajaan Ahmad Shah Reza Pahlevi – Raja dari Segala Raja-Raja.
Hakikatnya para Mullah dan para Ayatollah di Iran sedang berhadapan dengan krisis besar yang belum pernah berlaku semenjak kerajaan Republik ini didirikan pada tahun 1979.
Semua bermula dengan lawatan ke Tehran oleh seorang anak gadis bernama Mahsa Amini. Gadis ini datang dengan adik lelakinya ke Tehran untuk melihat kota besar. Mahsa berumur 22 pelajar jurusan biologi ini berasal dari Saqqez dalam provinsi Kurdistan. Justeru berbangsa Kurdish.
Di pinggir jalan dalam kota Tehran Mahsa telah di tahan oleh Gasht-e-Ershad atau Pengawal Moral atau Polis Moral pada 16 September. Mahsa dikata telah tidak betul cara memakai kain tudung di kepala. Dikatakan rambut Mahsa nampak terkeluar. Pakaian kurang sopan.
Polis Moral ini telah menangkap Mahsa untuk dibawa ke balai. Di balai polis ini Mahsa akan di dakwa atau diberi kuliah tentang cara betul memakai kain tudung.
Tiga hari kemudian Mahsa meninggal dunia. Mahsa meninggal dunia dalam hospital.
Dari sini timbul kontroversi. Keluarga Mahsa telah menuduh Polis Moral memukul dan mengganasi anak gadis ini.
Tuduhan ini berasakan dari maklumat yang di terima dari beberapa orang wanita yang sama di tangkap pada hari yang sama. Mereka menjadi saksi melihat apa yang telah berlaku.
Mengikut saksi yang sama ditangkap ketika dalam kereta , Polis Moral telah membelasah Mahsa.
Pihak Ayatollah seperti biasa telah menafikan Mahsa di ganasi. Mengikut laporan doktor Mahsa mati kerana serangan jantung. Keluarga Mahsa menafikan kerana Mahsa tidak pernah ada memiliki sejarah sakit jantung.
Di zaman media sosial – semua benda berinternet – maka gambar Mahsa yang sedang nazak dengan talian paip bantuan oxygen di atas katil hospital tersebar luas.
Simpati dan kemarahan meledak.
Mayat Mahsa dibawa pulang ke kampung. Satelah pengkebumian selesai maka bermulalah tunjuk perasaan.
Orang ramai yang datang ke majlis pengkebumian Mahsa beralih dari sugul menjadi marah. Kemarahan ini bertukar menjadi tunjuk perasaan. Dari upacara agama ianya beralih menjadi bantahan politik.
Demonstrasi dari pekan kecil ini merebak ke seluruh Iran.
Upacara pengkebumian bertukar menjadi demo ini telah menjadi budaya politik di Iran. Pada tahun 1979 inilah taktik yang digunakan untuk menjatuhkan Shah.
Mayat pendemo yang telah ditembak mati oleh soldadu Shah akan di julang beramai -ramai – di arak ke kubur. Jika mayat ini berdarah maka ramai ingin membasahi tangan masing-masing dengan darah si mati.
Mati ditembak oleh soldadu Shah dianggap mati syahid. Ini menaikkan semangat berjihad untuk mati syahid.
Inilah cara rakyat berkumpul beramai-ramai di zaman Shah. Awalnya bersedih, berdoa dan bertahlil dan kemudian semua berubah. Dari tanah perkuburan orang ramai akan masuk ke dalam pekan untuk menunjuk perasaan.
Majlis pengkebumian menjadi tunjuk perasaan. Demo ini akan menambah lagi kematian. Kematian akan menyemarakkan lagi tunjuk perasaan. Lingkaran ini tidak berhenti.
Babak tahun 1979 telah diulangi ketika pengkebumian Mahsa.
Kenapa mayat seorang gadis Kurdish boleh memulakan satu gerakan massa yang ampuh bangun menentang rejim Islam ?
Seyogia diberi tahu 16 September ini bukan kali pertama para Ayatollah mendapat tentangan.
Rejim Republik Islam Iran ini tidak pernah aman semenjak ianya didirikan. Krisis demi krisis dihadapi oleh kerajaan peninggalan Ayatollah Khomeini.
Pendemo ditembak mati oleh soldadu bukan juga satu perkara yang baru dan memeranjatkan di Iran.
Begitu juga dengan Gerakan Demokrasi pada tahun 2017-2018 yang membawa ribuan rakyat dengan keresahan ekonomi ke jalan raya. Tetapi semua berakhir dengan tangan kosong.
Kali ini dilihat demonstrasi ini lebih meluas dan lebih ampuh. Apa yang membezakan demo kali ini ialah partisipasi kaum wanita. Jelas dan menonjol agenda menolak paksaan memakai kain tudung ini menjadi penggerak utama ke jalan raya.
Kain tudung ini bukan satu perkara yang baru . Dalam minggu ketiga sesudah Republik Iran di tubuhkan pada 1 April 1979 undang-undang mewajibkan perempuan memakai tudung telah di lembagakan.
Penentangan bermula dari semenjak dicadangkan lagi tetapi tidak membuka ombak ke jalan raya.
Dunia melihat pelik tetapi benar malah tidak masuk akal bagaimana rambut perempuan boleh mengancam atau boleh menaikkan nafsu syahwat Pak Lebai, Pak Haji, Mullah dan Ayatollah.
Tetapi kain tudungkah yang telah dipaksakan kepada perempuan, wanita, nenek, kakak dan kepada budak perempuan sekolah di Iran.
Untuk memastikan kain tudung dipakai maka diwujudkan Polis Moral. Polis ini akan meronda pekan dan bandar untuk memastikan kain tudung dipakai seperti peruntukan yang tercatit dalam kanun jenayah hukum hakam Iran.
Polis Moral ini amat-amat dikenali oleh warga Iran. Kesah dan cerita Polis Moral ini mengganasi perempuan dalam pekan dan bandar telah tersebar luas. Malah hampir semua perempuan di Iran jika badan sendiri tidak pernah diganasi oleh Polis Moral pasti kenal jiran tetangga atau Minah ini dan Siti itu yang telah di tahan oleh Polis Moral.
Dengan wujudnya telefon bimbit yang ada kamera rakaman menjadikan kesah Polis Moral beraksi menangkap, memasukan perempuan atau lebih tepat lagi menghumban masuk perempuan ke dalam van polis tersebar luas.
Kebencian nenek, emak, perempuan, gadis dan kanak-kanak sekolah terhadap Polis Moral ini telah lama terpendam berbuku.
Justeru Mahsa Amini itu diabadikan sebagai diri sendiri, anak sendiri, adik sendiri atau kakak sendiri. Justeru kemarahan menggelodak membara dan mengarah ke jalan raya.
Hakikatnya kali ini dunia melihat wanita, perempuan dan anak gadis menjadi kemudi pergerakan. Mereka membakar kain tudung. Mereka melepaskan rambut. Gadis remaja memotong rambut mereka di khalayak ramai.
Mullah dan Ayatolah kini berhadapan dengan politik rambut wanita yang dianggap mengancam agama Islam.
Maka Mullah bertindak ganas.
Dari pengalaman yang lalu jika 20 atau 30 pendemo di bunuh mati yang lain akan takut. Jika 100 atau 200 aktivis, wartawan dan ahli politik ditangkap maka suasana akan reda.
Kali ini semua gagal. Hampir 2000++ warga Iran telah ditahan. Malah warga negara asing juga ditahan sama. Yang gugur makin bertambah. Tapi setiap malam ada sahaja demo berjalan.
Internet yang menjadi penyambung dan penyusun demo kini di bedal. Sama seperti apa yang telah berlaku di Mesir ketika Arab Spring – Internet memainkan peranan penting. Maka laluan Internet wajib dipotong. Hubungan antara penunjuk perasan antara kota dengan pekan dipersusahkan.
Pemotongan Internet tidak juga menggagalkan demonstrasi.
Wajib di rakam bahawa kini yang turun ke jalan raya bukan hanya Minah dan Siti. Bukan hanya Mak Cik dan Kakak. Abdel dan Ahmed – Abang dan Datuk juga telah turut sama berdemo.
Untuk yang turun ke jalan raya Mahsa Amini mungkin anak mereka – mungkin kakak mereka dan mungkin isteri mereka. Dan mungkin diri mereka sendiri akan di belasah oleh Polis Moral.
Mahsa Amini kini menjadi tanda dan makna penentangan terhadap rejim Islam Iran.
Gambar Pemimpin Agung Ayatolah Ali Khamenei diconteng dan dibakar. Ini belum pernah berlaku dalam protes dan demo-demo yang lepas -lepas.
Paling memeranjatkan ialah apabila Presiden Ebrahim Raisi datang melawat Universiti Alzahra di Tehran dia telah di boo oleh pelajar wanita.
Slogan – hancurkan diktator – dilaungkan di hadapan Presiden Ebrahim. Laungan Jin Jiyan Azadi – Perempuan-Hidup- Kebebasan didengar dengan lantang.
Jin Jiyan Azadi kini menjadi tali pengikat gerakan menentang rejim Islam Iran.
Paling terkini adalah berita bagaimana stesen TV Nasional Iran telah digodam. Ketika siaran warta berita imej Mahsa Amini telah ditayangkan bersama imej perempuan membakar kain tudung.
Berita juga telah melaporkan bagaimana Bazari – tuan pemilik bazar – pemilik kedai runcit - telah mula bersimpati dengan penunjuk perasaan.
Kembali melihat sejarah 1979 bagaimana Bazari ini memainkan peranan yang penting.
Bila mereka menutup kedai melakukan hartal maka dampaknya amat berkesan. Babak akhir pada tahun 1979 sebelum Shah Reza Pahlaivi lari kelas Bazari telah bersepakat menutup bazar merea di seluruh Iran.
Kelihatan 1979 berulang kembali.
Marga Shah di ganti dengan Marga Diktator . Marga ialah - mampus kau - dalam bahasa Parsi. Jan Jiyan Azadi menganti kan Down with Amerika !
Hanya satu tidak wujud pada tahun 2022 : Tidak ada induk kepimpinan garis politik yang jelas.
Pada tahun 1979 – dari segi ideologi politik anak muda Iran telah dipasak oleh tulisan Ali Shahriati. Ketika itu dalam negara yang menyusun tunjuk peranan melawan Shah adalah Tudeh - Parti Komunis Iran. Jaringan politik Islam progresif Mujahiden Khalaq yang di pimpin oleh Massaoud Rajavi. Ada Ayatollah Telegani bekas tahanan politik Shah yang progresif. Di luar negara - di Paris ada Ayatollah Khomenei.
Tanpa kepimpinan yang jelas, tanpa tuntutan politik yang merangkumi semua kelas masyakat Iran besar kemungkinan demo kali ini juga akan hilang stim sama seperti demo-demo yang lalu.
Jan Jiyan Azadi ini akan menjadi sejarah dan terus menjadi satu slogan kaum feminis. Mahsa Amini akan tercatit sebagai anak gadis pemula pemberontakan.
Sokongan dan demo bersetia kawan yang diadakan di London, Paris, New York, Melbourne, Toronto, Brussels atau di mana saja tidak akan membawa ke tahap akhir yang dituju.
Justeru perkara induk kepimpinan dan garis politik ini pasti sedang dibincangkan oleh para ilmuwan, para intelektual, para agamawan progresif, para aktivis, kaum feminis dan para aktivis yang menyusun demo ini semenjak sebulan yang lalu.
Tanpa kepimpinan dan garis politik yang jelas tahap akhir perjuangan ini tidak akan tercapai.
Tahap akhir perjuangan ini pastilah menjatuhkan kerajaan Republik Islam Iran dan mendirikan Republik Rakyat Iran berasakan demokrasi dan bukan berasakan teokrasi. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/405650
BUJET PANCING UNDI
Buang masa bentang Belanjawan 2023, kata pengkaji
BELANJAWAN 2023 sudahpun luput sebaik Parlimen dibubarkan semalam dan perlu dibentangkan semula oleh pentadbiran baharu, kata bekas speaker Dewan Rakyat dan pengkaji undang-undang.
Bekas speaker Mohamad Ariff Md Yusof memberitahu The Malaysian Insight Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat itu hanya di peringkat bacaan pertama di Dewan Rakyat.
“Dari segi teknikal, RUU Perbekalan hanya mempunyai bacaan pertama selepas bacaan ucapan Belanjawan.
“Apabila Parlimen dibubarkan, ia luput. Belanjawan perlu dibentangkan semula,” katanya ketika diminta menjelaskan status belanjawan dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion itu.
Pandangan itu dipersetujui pengkaji Universiti Kebangsaan Malaysia Salawati Mat Basir yang menanggap Belanjawan 2023 yang dibentangkan Tengku Zafrul Aziz sebagai “tidak berguna”.
“Dalam kata lain, anda perlu melakukannya semula. Lebih baik jika bajet itu tidak dibentangkan kerana ia lebih dilihat sebagai gula-gula untuk rakyat dan dengan tiba-tiba ia sudah tiada,” katanya.
Oleh itu, pentadbiran baharu perlu memutuskan sama ada untuk meneruskan bajet dibentangkan Tengku Zafrul atau menilai semula perkara itu, kata pensyarah fakulti undang-undang itu.
Jelasnya, pentadbiran baharu tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan dalam penggal hadapan tanpa belanjawan baharu.
“Kesannya kita tidak boleh menggunakan wang itu, kita tidak boleh meneruskan apa-apa projek melainkan kita mendapat kerajaan dan kerajaan baru itu perlu membentangkan bajet semula.
“Jadi ia sudah dibekukan. Kesannya ialah ia akan melambatkan pembangunan (infrastruktur) terutama jalan raya, hospital dan sekolah,” katanya.
Seorang lagi pengkaji, Fahri Azzat berpendapat, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz masih sah dan tidak terbatal.
Pengarah Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia Malaysia itu berkata, cadangan undang-undang itu bagaimanapun hanya belum diluluskan Dewan.
Beliau juga menjangka bajet yang dibentangkan Jumaat lalu akan terus diguna pakai sekiranya parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diwakili perdana menteri waktu ini berjaya menguasai Putrajaya semula.
“Mengikut percaturan mereka (Umno), mereka akan kembali dan menjadi kerajaan yang meluluskannya.
“Jika tidak kenapa mereka mahu membentangkannya dan kemudian menggesa pembubaran Parlimen.
“Sekiranya Umno menang, mereka akan menilai semula bajet yang sama. Sebab itu ia disebut bajet pilihan raya, ia menjadi umpan kepada Umno untuk memancing pengundi,” katanya.
Beliau juga melihat Ismail Sabri amat tertekan sehingga bertindak membubarkan Parlimen sebaik membentangkan Belanjawan 2023 yang disifatkannya tidak masuk akal.
“Tiada satu pun daripada perkara ini untuk kepentingan awam. Orang ramai sudah memberontak, kita tidak tahu apa yang mereka rasakan mengenai belanjawan.
“Bagaimanapun, sekiranya parti lain menjadi kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mereka akan mengemukakan bajet baru. Tidak mungkin mereka akan (menyokong) bajet yang sama.”
Malah, seluruh usaha untuk merangka dan membentangkan bajet itu membazirkan kos dan masa, kata Fahri.
“Sekiranya kerajaan yang dipimpin parti lain membentuk kerajaan nanti atau jika mereka tidak meluluskan belanjawan sebelum ini, apa faedahnya?”
Tengku Zafrul pada hari pembentangan tersebut mengakui Belanjawan 2023 perlu dibentangkan semula sekiranya apabila Parlimen dibubarkan
Katanya, situasi sama berlaku pada tahun 1999 apabila pilihan raya umum diadakan sebelum RUU Perbekalan diluluskan.
PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan semalam. – 12 Oktober, 2022.
WOIT
PENGKAJI TAK
TAHU KAJI
KAH KAH KAH
BUJET NI
DI RANCANG
SEBAGI UMPAN
KAH KAH KAH
UNDILAH
BANDUAN NEGARA
DAPAT BUJET INI
KAH KAH KAH
LAGI SATU
BUJET INI
BERTUJUAN UNTK
MEMPERKENALKAN
ZAFRUL SEBAGAI
CALUM PM
AMIN
ZAFRUL BIJAK
BAHASA INGGERIS
ZAFRUL BIJAK
BAHASA ISTANA
ZAFRUL BIJAK
HAL EKONOMI
AMIN
MEMANG LAYAK
UNTUK GANTI
MAIL BERA
YANG MI SPIK
NO INGLIS
KAH KAH KAH
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)