Rabu, 23 November 2022
TITAH AGONG
Agong titah BN sertai kerajaan perpaduan, kata Zahid
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan gabungan itu menyertai kerajaan perpaduan.
Menurut laporan Malaysiakini, Zahid dan dua lagi pemimpin menerima titah berkenaan semasa mengadap Agong pagi tadi.
“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” Zahid dipetik sebagai berkata oleh portal berita berkenaan.
Mengenai BN tidak menyokong mana-mana gabungan politik lain untuk membentuk kerajaan, Zahid berkata ia bukan sebahagian daripada titah Agong.
Terdahulu hari ini, Zahid bersama timbalan BN Mohamad Hasan dan setiausaha agung Zambry Abdul Kadir hadir ke Istana Negara.
Beliau berada hampir 45 minit di dalam istana.
Zahid berkata perkara itu akan dibincangkan oleh majlis tertinggi Umno dan majlis tertinggi BN nanti.
Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, yang turut menghadap Yang di-Pertuan Agong, menolak usul penubuhan kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan.
Anwar, yang turut menghadap Agong, mendakwa selain mahukan kerajaan perpaduan, baginda juga mahu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil merangkumi semua kaum dan agama.
“Ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah rakyat dan memulihkan ekonomi”.– 23 November, 2022.
YA AMPOON
JALAN TERBAIK
UNTUK KITA
SEMUA
KHALAS
BN BERTEMU MUHYIDIN
Ahli Parlimen BN bertemu Muhyiddin, kata sumber
AHLI-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin Yassin petang ini bagi mendengar cadangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkenaan kerajaan perpaduan, menurut sumber parti.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob pertama tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur, disusuli Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan.
Ismail berkata beliau berada di hotel tersebut untuk menghadiri mesyuarat dan enggan mengulas lanjut.
Presiden MCA Wee Ka Siong bagaimanapun tidak menyertai pertemuan petang ini.
Di Facebook, Wee memuat naik gambar di pejabatnya di ibu pejabat MCA, sekali gus menafikan dakwaan beliau turut menyertai pertemuan dengan Muhyiddin.
“Saya kini berada di ibu pejabat MCA untuk urusan parti,” tulisnya.
Pertemuan petang ini diadakan selepas tiga pemimpin tertinggi BN menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi tadi, bagi merungkai kemelut politik negara yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.
“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” katanya dipetik Malaysiakini.
Berkenaan keputusan BN untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau PN, Zahid menjawab: “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah Tuanku.”
Beliau seterusnya berkata titah Baginda itu akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.
Semalam Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Muhyiddin.
Menurut Anwar, Baginda mencadangkan agar PH dan PN bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, Muhyiddin dalam sidang medianya selepas mengadap Agong menolak saranan Baginda bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan PN konsisten dengan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan PH.
Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk memenuhi kehendak Agong dengan mana-mana pihak.
Dalam pilihan raya umum minggu lepas, PH menang 83 kerusi. PN memperoleh 73 kerusi manakala BN hanya menang 30 kerusi. – 23 November, 2022.
BN TUKAR
PANDANGAN
ATAU NAK
TUKAR
DOMPET
KAH KAH KAH
POLITIKUS TETAP
POLITIKUS
KHALAS
DEMI RAKYAT - RAJA BERSIDANG
Raja-Raja Melayu mesyuarat isu PM10 esok
YANG di-Pertuan Agong akan mengadakan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu esok berhubung isu pelantikan perdana menteri kesepuluh dan pembentukan kerajaan, menurut Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, pertemuan jam 10 pagi itu bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi tujuan tersebut.
“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.”
Ia bagi memandu baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan ahli Dewan sebagai perdana menteri, katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, ia bagi memecahkan kebuntuan kerana masih tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik ke jawatan itu.
Semalam Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
Menurut Anwar, Baginda mencadangkan PH dan PN bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, Muhyiddin dalam sidang medianya selepas mengadap Agong menolak saranan Baginda bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan PN konsisten dengan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan PH.
Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk memenuhi kehendak Agong dengan mana-mana pihak.
Dalam pilihan raya umum minggu lepas, PH menang 83 kerusi. PN memperoleh 73 kerusi manakala BN hanya menang 30 kerusi. – 23 November, 2022.
YA AMPOON
YA MAULANA
AMIN
DEMI RAKYAT
DEMI NEGARA
RAJA MELAYU
BERSIDANG
KHALAS
ANWAR. JADI PM KE 10
Anwar Ibrahim angkat sumpah jawatan PM10 petang ini
ISTANA Negara mengumumkan Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesepuluh pada jam 5 petang ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan tersebut selepas memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu.
Tambahnya, pengurniaan suratcara pelantikan, istiadat angkat sumpah jawatan, sumpah setia dan sumpah simpan rahsia perdana menteri akan berlangsung pada masa ditetapkan itu di Istana Negara.
“Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.
“Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain baig merapatkan semula saf antara semua ahli Dewan Rakyat demi masa dengan negara tercinta.”
Menurut Ahmad Fadli, baginda juga mahu Anwar dan kerajaan baharu agar tidak meninggi diri dengan mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Pengumuman itu memecah kebuntuan yang berlarutan empat hari sejak PRU15 apabila tiada mana-mana gabungan menang majoriti mudah.
BN kalah lebih teruk dalam PRU15 namun tiada mana-mana parti gabungan berjaya meraih majoriti mudah kerana PH hanya menang 83 kerusi diikuti PN dengan 73 kerusi Parlimen.
Perbincangan khas yang dipengerusikan Al-Sultan Abdullah hari ini antaranya disertai Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut berangkat Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ia juga disertai Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.– 24 November, 2022.
ANWAR DI NOBAT
SEBAGAI PM10
KHALAS
AMIN
WAT IS DE BEKOS
Polis lancar sekatan jalan raya seluruh negara
POLIS telah mengadakan sekatan jalan raya di lokasi strategik di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara.
Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata tiada sekatan jalan raya akan diadakan pada waktu puncak bagi memastikan aliran trafik lancar, menambah yang keselamatan negara terkawal.
“Bermula 22 November, 2022 sehingga satu masa ditetapkan, polis akan melancarkan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara secara penugasan 24 jam.
“Langkah mendirikan sekatan jalan raya ini adalah sebahagian daripada usaha polis mencegah jenayah melalui peningkatan omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya, terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arahan dikeluarkan ini muncul selepas Acryl Sani memberi amaran keras kepada pengguna media sosial supaya tidak menimbulkan ketegangan atau membuat kenyataan provokatif yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Semalam beliau berkata polis telah mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 serta pembentukan kerajaan.
“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.
“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya.
Pada Sabtu, Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi parlimen, diikuti Perikatan Nasional dengan 73 dan Barisan Nasional, 30.
Pemimpin politik masih bertelagah tentang pihak mana yang boleh membentuk kerajaan. Dalam pada itu ahli Parlimen Barisan Nasional dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini. – 23 November, 2022.
WAT IS
DE BEKOS
AMIN
NAK JAGA
KESELAMATAN
KITA SEMUA
KHALAS
AMIN
KEBIASAN BARU - NEW NORMAL
KEBIASAAN BARU –
NEW NORMAL
Ubah berubah dan semua yang wujud dalam alam ini akan berubah. Hidup kita berubah. Tidak ada satu apa pun dalam alam semesta ini yang terus tetap tanpa berubah. Yang terus menerus tetap hanya perubahan.
Budaya, gaya hidup, bahasa, ilmu pengetahuan, teknologi dan politik akan terus berubah. Bunga jadi putik jadi buah dan gugur masak. Bayi jadi besar, jadi kanak-kanak, mendewasa, tua kemudian wafat.
Kita tidak perlu jadi ilmuwan hebat untuk memahami konsep perubahan ini. Tak perlu jadi pakar sains atau ahli falsafah untuk memahami ini. Diri kita sendiri adalah contoh perubahan.
Dulu saya masuk sekolah darjah satu pakai papan batu. Hari ini papan batu hanya jadi ingatan. Hari ini pen dan kertas diperkenal sebelum masuk ke sekolah. Jadi bahan mainan.
Dulu rumah pakai lampu pelita dan air perigi. Kini api dalam kaca dan air dalam besi. Kita jalan kaki, naik basikal, naik motosikal, naik kereta, naik kapal terbang dan naik roket ke bulan.
Jika semua berubah maka politik kita juga berubah.
Selepas PRU14 kita lihat hegemon Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malaysa National Organisation runtuh. Kerajaan Pakatan memerintah selama 22 bulan. Kemudian naik Muhyidin dan kemudian naik Ismail Sabri.
Babak-babak ini mengejutkan kita warga Malaysia. Ini dilihat baru terjadi di Malaysia. Kita tidak ada rujukan dan tidak ada pengalaman. Ini satu perkara baru untuk politik kita di Malaysia.
Tapi bukan satu yang baru dalam budaya politik di negara lain di dunia. Di United Kingdom berlaku penggantian Perdana Menteri Liz Truss yang jadi Perdana Menteri hanya untuk beberapa minggu. Liz di ganti oleh Sunak.
Di Israel dalam masa empat tahun ada lima pilihan raya. Untuk negara-negara ini perubahan sedemikian bukan satu yang baru. Untuk warga negara ini semua yang berlaku bukan kebiasaan baru. Ianya perkara biasa yang lama telah mereka alami.
Untuk kita di Malaysia Langkah Sheraton kelihatan baru. Yakinlah politik seperti Langkah Sheraton dalam masa yang tidak lama akan menjadi satu kebiasaan baru – new normal – untuk budaya politik kita.
Justeru kita tidak ada pilihan. Kita wajib bersedia berhadapan dan menerima kebiasaan baru ini. Budaya politik dulu telah dikambus sejarah.
Apabila Mahathir dilantik kembali untuk menjadi Perdana Menteri (PM) kali ke dua kita bertanya apakah ini betul. Ianya satu yang baru untuk politik Malaysia. Jika Muhyiddin mencalonkan dirinya untuk menjadi PM sekali lagi ini adalah kebiasaan baru.
Netanyahu di Israel menjadi PM sekali lagi. Turun naik kemudian turun dan naik sosok PM bukan satu yang baru di Israel. Tahun 2022 adalah kali ke tiga Netanyahu menjadi PM.
Lula da Silva kalah kerusi Presiden Brazil pada tahun 2011. Bulan Oktober 2022 Lula di pilih sekali lagi untuk jadi Presiden Brazil. Ini bukan baru untuk politik Amerika Latin.
Mahathir jadi PM untuk kali ke dua, Lula jadi Presiden untuk kali ke dua, Netanyahu jadi PM untuk kali ke tiga bukan satu yang baru. Malah Muhyidin mencalonkan dari untuk jadi PM kali ke dua adalah watak dan ciri politik undi – electoral politic.
Ciri dan watak budaya politik undi ini wajib kita terima sebagai kebiasaan baru. Kita tidak perlu terperanjat bila membaca. Donald Trump akan mencalonkan dirinya sekali lagi untuk menjadi Presiden pada tahun 2024.
Politik undi berbeza dengan politik difaktor seperti di Korea Utara atau di China Merah. Politik undi tidak wujud di Berunai atau di Saudi Arab.
Satu ketika dahulu kerajaan difaktor dialami oleh warga Indonesia di bawah Jeneral Suharto selama 31 tahun.
Satelah Suharto dijatuhkan pada tahun 1998 maka Indonesia mengalami kebiasaan baru. Presiden silih berganti. Muncul Habibi, Gus Dur, Megawati, Susilo dan hari ini Presiden Jokowi.
Pertukaran Presiden di Indonesia menjadi kebiasaan baru dan kini menjadi satu yang biasa. Pertukaran sosok Presiden tidak dilihat pelik atau dibaca ganjil.
Ini tanda kekuatan politik undi.
Kita di Malaysia baru hendak bermula dengan pergantian Perdana Menteri. Bukan sahaja akan mendapat Perdana Menteri baru malah akan dapat PM baru dari parti yang baru juga.
Setelah Inggeris meninggalkan kuasa kepada United Malays National Organisation - semenjak tahun 1955 hingga tahun 2018 Tanah Melayu dan kemudian Malaysia telah di perintah oleh satu parti yang dominan.
Dominasi United Malays National Organisation melalui Perikatan dan kemudian Barisan Nasional menjadikan kita gagal melihat cara dan pendekatan baru.
Kita diperangkap oleh kebiasaan lama. Bila politik baru sampai kita gugup. Kita terperanjat politik.
Apa yang membawa kebiasaan baru ini.
Dari sudut pandang materialis kebiasaan baru ini wujud akibat dari proses pembuatan dan penggunaan.
Untuk memudah fahami yang memangkin kebiasaan baru ini adalah teknologi. Bila teknologi berubah maka budaya dan gaya hidup kita berubah. Gaya dan cara hidup kita ini diubah oleh pemikiran kita. Pemikiran kita berubah kerana teknologi telah mengubah alam di sekeliling kita.
Bila alam di sekeliling kita berubah maka fikrah kita tidak dapat tidak akan berubah sama. Ini hukum alam yang tidak ada satu kuasa pun dapat menghalang,
PRU15 baru selesai. Ketika tulisan ini digarap kerajaan baru belum didirikan. Biasanya dari PRU 1 hingga ke PRU13 parti dominan akan kembali berkuasa pada malam selesai mengundi. Tidak ada eh tidak ada oh. Barisan Nasional akan kembali berkuasa.
Tetapi semenjak PRU14 satu yang baru muncul. Barisan Nasional kembali berkuasa menjadi perkara lama. Budaya politik parti dominan – parti Abang Besar – telah musnah.
Tidak wujud satu parti dominan ini adalah kebiasaan baru. Ini new normal yang wajib kita terima. Wajib kita hayati.
Sebenarnya kebiasaan baru ini yang saya garap hanya dalam hal politik. Sebenarnya yang membuka kebiasaan baru ini ialah teknologi Internet. Budaya Internet untuk semua benda ini – all things Internet - sedang mengubah gaya hidup manusia.
Manusia tahun 1950 bukan lagi manusia tahun 2022. Internet telah mengubah fikrah manusia. Cara berkomunikasi, cara berbudaya, cara membeli, cara menulis, cara mencari kawan dan ..dan.. dan.. semua kini bergantung dengan Internet.
Satu ketika dulu Rene Descartes ( 1596-1650 ) ahli falsafah Perancis berkata : Aku berfikir maka aku wujud.
Tahun 2022 Hishamuddin Rais berkata: Aku berInternet maka aku wujud.
Justeru Internet membuka minda dan membawa kebiasaan baru.
Ketika saya menggarap tulisan ini satu kebiasaan baru telah muncul di Perak. Pakatan Harapan yang dalamnya ada Parti DAP telah bekerjasama mendirikan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional. Dua musuh politik kini menjalin kerja sama. Ini new normal.
Ketika saya menulis ini juga dilaporkan di Pahang kerja sama Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan juga sedang diusahakan untuk mendirikan kerajaan baru. Ini new normal – kebiasaan baru.
United Malaysia National Organisation menerima Democratic Action Party adalah satu yang memeranjatkan. Ada yang tidak dapat menerima. Ini budaya politik baru – kebiasaan baru dalam politik Malaysia.
Sapa yang tergamam dan terperanjat wajib belajar menerima kebiasaan baru ini.
Tulisan ini digarap pada hari ke tiga sesudah buang undi. Malaysia masih belu ada kerajaan. Ini kebiasaan baru. Ini new normal. Justeru kita tak perlu gelabah menyangka yang bukan bukan.
Biar saya nyatakan disini kerajaan Itali yang baru didirikan ini mengambil masa berminggu sebelum dapat di bentuk. Perundingan berjalan. Itali seperti biasa. Tidak ada kacau tidak ada bilau.
Malah saya pernah alami di Belgium di mana kerajaan tidak wujud selama 6 bulan sebelum kerajaan baru berjaya di dirikan.
Apa yang berlaku di Itali dan Belgium bukan new normal tapi old normal. Bukan kebiasaan baru tapi kebiasaan lama yang sering berlaku.
Yang kita hadapi satelah PRU15 ini pada ketika ini dilihat baru. Jangan risau yang baru ini akan menjadi yang lama. Sila biasakan diri kita untuk menerima pembaharuan ini.
Bayangkan kerja sama Democratic Action Party dengan United Malays National Organisation. Satu ketika dulu di baca mustahil.
Hari ini ianya menjadi kebiasaan baru. Justeru jangan gelabah dan jangan terperanjat jika kerajaan baru ini nanti ialah kerajaan campuran antara PH dan BN.
Atau satu kerajaan perpaduan di mana semua parti politik terlibat. Jangan lupa politik ialah seni kemungkinan. Semua mungkin dalam politik.
Mari kita rayakan new normal – kebiasaan baru. Satu hari nanti yang baru ini akan menjadi perkara biasa. Amin (TT)
TULISAN INI JUGA DISIARKAN
DALAM PORTAL MALAYSIA INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413437
MUHHYIDIN TOLAK CADANGAN AGONG
Tolak kerajaan perpaduan, adakah tindakan Muhyiddin tepat?
KEPUTUSAN Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) boleh dilabel sebagai pemberontakan, kata penganalisis.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin wajar menghormati permintaan Agong dalam usaha mencari penyelesaian segera bagi menamatkan kebuntuan politik.
Pada sidang media selepas mengadap Agong semalam, Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong mencadangkan untuk PN bekerjasama dengan PH namun beliau menolak.
“Kami sudah bincang perkara itu sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH. Itu pendirian parti kita sejak dulu sampai ke hari ini,” katanya kepada pemberita.
Beliau menjelaskan PN sudah menyerahkan akuan bersumpah (SD) 115 ahli Parlimen terpilih yang mendukung gabungan itu jadi kerajaan, dan diakui diterima oleh setiausaha sulit kanan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Perkembangan terkini, Agong menitahkan kesemua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadap di Istana Negara pagi ini untuk membolehkan baginda memutuskan pelantikan seorang perdana menteri selepas pilihan raya umum, Sabtu lalu.
Hisomuddin berkata rakan gabungan PN iaitu PAS pernah mencadangkan penubuhan konsep kerajaan perpaduan antara PN dan BN bagi menamatkan kemelut ketika tahun 2020 tapi kali ini mereka tidak dapat terima idea itu.
“Ini salah satu bentu ‘sembah derhaka’terhadap raja yang mahu melihat kerajaan perpaduan bagi memastikan negara boleh maju ke depan.
“Dulu itu idea PAS yang kata negara patut ada kerajaan perpaduan antara BN dan PN tetapi bila dengan PH, kenapa mereka tak boleh buat benda yang sama?” katanya.
Beliau berkata penolakan PN itu boleh menghantar mesej yang salah kepada rakyat.
“Ini boleh menunjukkan orang politik hanya mahu mengejar kuasa. Bukan nak tolong tambah baik negara. Mereka utamakan kuasa bukan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Semalam, Agong menerima mengadap Muhyiddin dan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim ke istana setelah tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Pada 2020, istana memanggil 22 ahli Parlimen BN dan PH untuk sesi temu bual secara individu bagi melantik perdana menteri baharu susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Muhyiddin bersikap realistik
Namun Pengarah Program Penyelidikan Iman Badrul Hisyam Ismail tidak bersetuju dengan pandangan Hisomuddin.
Katanya, Muhyiddin pasti tahu hakikat PN tidak akan dapat bekerjasama dengan PH sebagai rakan dalam kerajaan baharu sebelum menolak cadangan Agong.
Namun Badrul bingung dengan kaedah Agong yang sekali lagi memanggil 30 ahli Parlimen BN untuk sesi temu bual itu.
“Saya fikir Muhyiddin bersikap realistik. Beliau tahu wakil rakyatnya tidak boleh bekerja dengan PH, jadi kenapa nak bazir masa mencari jalan penyelesaian apabila pada akhirnya mereka akan menentang dan tidak setuju dengan dasar negara?
“Jadi saya tidak fikir itu langkah pemberontakan. Tapi sudah tentulah terlepas peluang mereka tidak boleh bekerjasama. Untuk PN mungkin tak boleh lagi nak patah balik.
“Panggil ahli Parlimen lagi untuk temu bual itu tak masuk akal. Agong sepatutnya boleh panggil ketua parti untuk nyatakan pendirian. Mengumpulkan SD itu sudah lapuk selepas penguatkuasaan undang-undang lompat parti.
“Semua keputusan dibuat melalui blok, bukannya individu lagi,” jelasnya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu lalu, PH menang 82 kerusi, PN menang 73 kerusi dan BN hanya memperoleh 30 kerusi.
Sementara Gabungan Parti Sarawak menyapu 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan Bebas (2). – 23 November, 2022.
PERAK DAH
BUAT KERAJAAN
CAMPURAN
BN & PH
AMIN
PAHANG AKAN
TERJADI
AMIN
MAKA MAKIN
JELAS PH & BN
AKAN BERGABUNG
AMIN
SENTIMEN RAKYAT
MAHU PH & BN
BUAT CAMPURAN
AMIN
TERBAIK ADALAH
CADANGAN DI RAJA
KHALAS
CADANGAN DI RAJA
CADANGAN
DI RAJA
WUJUDKAN
KERAJAAN
PERPADUAN
AMIN
LIBATKAN SEMUA
PARTI UNTUK
SELESAI KEMELUT
POLITIK
KHALAS
INI JALAN TERBAIK
DARI ISTANA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)