Rabu, 18 Ogos 2021

KITA BUKAN ARAB - KITA MELAYU

 



KITA BUKAN ARAB

KITA MELAYU

AMIN

ARAB ADA 

BUDAYA ARAB

MELAYU  ADA 

BUDAYA MELAYU

AMIN

HENTI REBUT KUASA

 

POLITIKUS HENTI

BEREBUT KUASA

AMIN

BERSATU LAWAT

VIRUS WUHAN

AMIN




Yang menang tidak menang semua, titah Agong

SEMUA pemimpin politik perlu sedia bekerja dalam satu pasukan apabila kerajaan baharu dibentuk secepat mungkin bagi menggantikan pentadbiran Muhyiddin Yassin, titah Yang di-Pertuan Agong.

Ia dititahkan sewaktu baginda menerima menghadap para pemimpin parti politik semalam bagi memilih perdana menteri baharu, menurut kenyatan dikeluarkan Istana Negara hari ini.

“(Baginda menitahkan) ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya dan semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua manakala yang kalah pula tidak kalah semua,” kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin itu dipetik.


Perkara itu diingatkan sewaktu beberapa blok dibentuk kalangan ahli Parlimen dan parti politik kini bergelut untuk meraih sokongan majoriti sebelum tempoh sehingga jam 4 petang ini berakhir.

Semua 220 ahli Parlimen tersebut perlu mengemukakan surat akuan dengan nama calon pilihan selewat-lewatnya petang ini bagi membantu baginda memilih perdana menteri kesembilan.

Seterusnya, perdana menteri baharu itu perlu mengemukakan usul percaya di Dewan Rakyat secepat mungkin untuk mengabsahkan kedudukannya.

Menurut Ahmad Fadil, baginda antara lain mahu perdana menteri itu dipilih mengikut perlembagaan.

Baginda juga mahu ahli Dewan Rakyat sepakat dan jujur dalam membuat pilihan berkenaan bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat diutamakan.

Menurutnya, baginda kesal kerana kemelut politik itu berterusan walau negara masih bergelut dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.

Ini memandangkan majoriti petugas baris hadapan keletihan berhadapan ribuan pesakit dan fasiliti kesihatan negara masih dalam keadaan membimbangkan, kata Ahmad Fadil.

Selain itu, baginda juga mahu perancangan bawah dasar sedia ada diteruskan termasuk projek pembangunan, program menangani pandemik, program vaksinasi dan program pemulihan negara.

Baginda mahu perkara itu disegerakan memandangkan kemelut politik tanpa noktah itu menggangu urusan kerajaan sewaktu negara diancam pandemik Covid-19, katanya.

Ia dititahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menerima menghadap para pemimpin parti politik semalam, kata Ahmad Fadil.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah, katanya.

“Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara.

“Di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini,” katanya. – 18 Ogos, 2021.    



MUSUH KITA

MUSUH RAKYAT

DUNIA SEKARANG

IALAH VIRUS

DARI WUHAN

AMIN

YANG LAIN

LUPAKAN DULU

BUAT SEMENTARA

AMIN




KERAJAAN PERPADUAN REDAKAN PEREBUTAN KUASA

 



KERAJAAN 

PERPADUAN

REDAKAN 

PEREBUTAN

KUASA

AMIN


Unknown commented on 

"LETIH DENGAN POLITIK -

 MARI RAYAKAN BUDAYA KITA"

kalau jadi kerajaan perpaduan.. maka kita semua adalah pembangkang dan kita semua adalah kerajaan.. kah kah kah.. maka kita jaga kita atau kita tikam kita.. amin

GARIS DEMOKRATIK

 

INI GARIS

DEMOKRATIK

AMIN

SAHKAN DALAM

PARLIMEN

AMIN

PINTU BELAKANG

TUTUP

AMIN

BUAT CARA 

TERBUKA

KHALAS




PM baharu perlu dapat undi percaya di Dewan Rakyat, kata istana

PERDANA menteri baharu perlu mendapatkan undi percaya di Dewan Rakyat sebaik sahaja dilantik ke jawatan itu oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut Istana Negara.

Ia menyebut, baginda menitahkan calon perdana menteri kesembilan itu mengemukakan usul undi percaya secepat mungkin untuk mengabsahkan dirinya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan tatacara pelantikan selepas para ahli Parlimen mengemukakan nama perdana menteri pilihan hari ini.

“Perdana menteri yang telah dilantik oleh baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”


Menurutnya, ia disyaratkan ke atas ahli Parlimen yang bakal dilantik oleh baginda berdasarkan surat akuan yang perlu dipersembahkan 220 ahli Dewan Rakyat menjelang jam 4 petang ini.

Jelasnya, semua ahli Parlimen tersebut dititahkan mempersembahkan surat akuan menyatakan nama ahli dewan yang diberikan kepercayaan menjadi perdana menteri baharu.

“... Surat akuan tersebut adalah bertujuan untuk membantu Baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.”

Baginda juga akan mempengerusikan perbincangan khas Raja-Raja Melayu berkaitan isu semasa mengikut masa dijadualkan pada Jumaat, kata Ahmad Fadil.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap para pemimpin dan parti politik utama semalam.

Pertemuan melibatkan pemimpin Umno, DAP, PKR, Bersatu, PAS, Amanah, Warisan dan Pejuang itu bertujuan membentuk kerajaan baharu yang stabil secepat mungkin.

Ia ekoran peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada Isnin.

Ahmad Fadil berkata, baginda juga berharap sesi menghadap ahli Parlimen yang lain akan dapat diatur dari semasa ke semasa.

Timbalan Yang di-Perstuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah turut hadir sewaktu para pemimpin parti menghadap di Istana Negara semalam, katanya. – 18 Ogos, 2021.

RAKYAT WAJIB

MELIHAT SIAPA

YANG DIPILIH

AMIN

BUKAN  DALAM

GELAP

AMIN

BUKAN LAMPU

PADAM

AMIN

KEMBALIKAN

KEYAKINAN RAKYAT

AMIN



BETUL TUANKU

 



BETUL TUANKU

II TEPAT

AMIN




PM baharu perlu dapat undi percaya di Dewan Rakyat, kata istana


YA AMPOOON

YA MAULANA

AMIN

PEMINAT BENNY HILL - SELAMAT BERKELANA

 




PEMINAT 

BENNY HILL

SELAMAT

 BERKELANA

AMIN

Unknown commented on

 "BERKUBANG 

DENGAN BARBARIAN"

Bro TT selang berapa tahun aku pun tinggalkan Singapura/Malaya....tak lama lepas kamu sampai di Belgium.... Cuma...antara komedi (bukan jahid komedi ya!) kat UK apasal kamu tak tengok Benny Hill ke? 



Dia punya show pun kelakar gila campur awek cun always joget lambak at the end of the show....macam Solid Gold show di LA! Anyways...teruskan tinggalkan sejarah sebelum sejarah itu hilang begitu saja bak cerita nenek kamu gi haji tuh.... The difference between me and you...aku masih lagi berkelana, wink!

YA AMPOON YA MAULANA

 



BETUL TUANKU

AMIN




Yang menang tidak menang semua, titah Agong



YA AMPOON

YA MAULANA

AMIN

HANTAR SD ONLINE

 


HANTAR SD

ONLINE

KHALAS

Unknown commented on 

"TARIKH AKHIR

 JAM 4.00 PTG"

Mcm mana hantar SD? Pakai Grab kah? Sape grab driver? Hantar secara individu atau dlm kumpulan? Drive sendiri secara individu? Nanti ada pulak SD sampai lepas kul 4 ptg.

MELANUN SAMPAI KE ARGENTINA

 


MELANUN SAMPAI

KE ARGENTINA

KHALAS

ANWAR HANYA AD PUNAHSEHAT

 


 ANWAR HANYA

ADA PUNAHSEHAT

AMIN

TAK ADA 

PENASEHAT

KHALAS

cikminah commented on 

"MACAM 

JURU CAKAP AGONG PULAK"

Don't count your chicken before they are hatched tapi Anwar dan machai-machainya bukan je dah mengira bahkan dan mula memikirkan nak masak apa ayam-ayam tu bila dah cukup besar. Semua dah berkompang, bergendang dan menari romba. Malunya kalau telor-telor itu rupanya semua tembelang!!!!

PANDANGAN BETUL

 



 DALAM POLITIK

INI 

PANDANGAN BETUL

KHALAS

capt salai commented on 

"MAK JANDA 

AKAN SAMAN MUHHYIDIN"

Masa ada tongkat taknak pukul kepala ular sampai hancur,kan dah kena patuk hahaha..mampus la korang

MASA SUDAH SAMPAI

 


MASANYA

DAH SAMPAI

INILAH

MASA YANG TEPAT

MASA YANG SESUAI

MASA YANG MOLEK

MASA YANG AFDAL

MASA TERBAIK

UNTUK 

PEMIMPIN ISLAM

DATUK SERI 

 ANWAR IBRAHIM

MEMBUKTIKAN

I GOT DE NUMBO

AMIN



INI DIPANGGIL PANDAI ROYAK

 



 MELAYU PANGGIL

PANDAI ROYAK 

AMIN 

ORANG PUTIH

 PANGGIL MEDIA SAVVY

AMIN

Unknown commented on

 "MACAM 

JURU CAKAP AGONG PULAK"

sejak bila malaon MP PD ni jadi jurucakap Agong? sampah di pantai PD dah habis kutip? baju kuning jangan lupa pakai. juga master plan apa cerita? daripada muda sampai ke tua membohong temberang sudah jadi darah daging.



JANGAN LUPA FAKTA

 


BRO 

 JANGAN LUPA FAKTA

ANWAR IBRAHIM

MULAKAN 

HURU HARA

NAK TOLAK MADEY

AMIN

Unknown commented on

 "SEMUA DAH SIAP"

Ni bukan tentang samdol ni ke abam ke apa dah sham oi... Ni tentang umno yg akan kuasai balik. Simpan lu punya individual tu sham oi . Negara nak melingkup ni. Lu suka ke?

SABRI MACAI KAK ROS ?

 


 SABRI MACAI

KAK ROS ?

BETUL KE ?

AMIN

Unknown commented on 

"TARIKH AKHIR 

JAM 4.00 PTG"

Lega..mail pm. Cukai billiyun setel. Duit songlap 1mdb setel. Duit yayashan setel. Duit samun bagi sama rata.selesai.masing2 gumbira. Enjoi menjoi duit 114 juto yg dapat balik.kahkahkah Im back. Kak ros jerit.

LANGKAH TEPAT INDONESIA

 


LANGKAH TEPAT

INDONESIA

AMIN

BERKUBANG DENGAN BARBARIAN

 

 BERKUBANG

DENGAN

BARBARIANS

Aku masih ingat lagi di mana aku berada pada  4 Julai 1986.   Pada pagi hari itu - dari Brussels aku naik bas menuju kota San Sebastian wilayah Basque di Utara Sepanyol. 

Perjalanan bas  membawa aku masuk ke dalam   perut kota Paris. Perjalanan ini mengambil masa  hampir 19 jam.  Satu pengalaman. Hanya aku seorang penumpang berkulit hitam.  Bas  dipenuhi oleh warga Sepanyol. Justeru video dan lagu yang ditayangkan  dalam bas semua berbahasa Sepanyol.

Pada hemat aku semua penumpang ini warga Sepanyol yang bekerja di Belgium dan pulang bercuti musim panas.

Aku  ke San Sebastian kerana ada temu janji. Aku berjanji untuk menziarah    Carmen  anak gadis kelahiran Basque yang bekerja di San Sebastian. Kami bertemu  ketika sesama belajar Bahasa Peranchis  di Universiti Katholik  Leuven la Neuve.

‘ Isham... you arrived on a perfect day… your timing .. tomorrow we are going to Pamplona … San Fermin Festival .... Running of the Bull starts tomorrow …’ Ini ucapan selamat datang  dari Carmen bila aku sampai di hadapan stesen bas di San Sebastian.

Nama kota Pamplona pernah aku dengar. Ini kota romantik  yang selalu menjadi latar  belakang  dalam cerita pendek dan novel The Sun Also Rises - kesah cinta yang di tulis oleh Ernest Hemingway (1899-1961). Sekarang aku pula  berpeluang untuk  melakar kesah cinta aku dengan Carmen di Pamplona.

Carmen kemudian menerangkan apa  dia  Running of the Bulls  dan  Pesta San Fermin.  Memang aku bernasib baik tanpa dirancang aku akan melihat permulaan pesta lembu masuk padang bertarung dengan  Sang Matador.

Petang  esoknya kami naik bas menuju ke Pamplona. Kota kecil  57 batu dari San Sebastian terletak dalam lembah subur.  Perjalanan bas kami  melintasi bukti bukau. Lalu aku teringatkan   Bukit Tangga , Kuala Klawang dan Jelebu.

Petang itu apabila   Carmen dan aku sampai ke Pamplona – kota kecil ini telah dipenuhi oleh manusia.  

‘ No hotel... we sleep on the street like everyone....’ Carmen memberi arahan kenapa kami  tidak perlu melanggan bilik hotel.

Lalu kami merayau-rayu bersama  ribuan pencari suasana pesta. Kami  berlegar pindah dari satu bar ke satu bar. Kami tidur-tidur  ayam -  semua  menunggu jam 8 pagi sampai. Inilah masanya lembu-lembu jantan akan dilepaskan dari kandang.

Apabila dilepaskan lembu-lembu jantan yang khas diternak untuk San Fermin ini akan masuk ke lorong pekan untuk menuju ke dalam padang di mana Sang Matador sedang menunggu dengan kain merah dan pedang terhunus.

Tapi bukan kesah pertempuran lembu jantan dan Sang Matador yang ingin aku surahkan. 

Di setiap bar yang Carmen dan aku masuki semua mengalu-alukan kami. Malah ada yang membelanjakan kami air anggur merah.  Semuanya gembira melihat  gadis Sepanyol berpacar dengan aku yang dianggap ‘orang hitam’.

‘ Where are you from...’ Ini soalan di setiap bar yang aku temui.

‘Malaysia...’ aku menjawab sambil Carmen menerangkan  dalam bahasa Sepanyol di mana kami bertemu.

‘ Hah!  What !  You... Malaysia... dangerous... dangerius..’ Lelaki kacak yang sedang  memangku aweknya di kerusi bar bersuara bila aku menerang dari mana aku datang.

‘  They hang  people for drugs...’ Awek cun berambut hitam panjang  lagi cun menambah kesah.  Kemudian  pasangan ini  menunjukkan  tangan  mereka memotong leher.

Tiga bar aku masuk. Di-setiap bar yang aku masuk bila  aku terangkan aku dari  Malaysia  semuanya menunjukkan leher mereka kena cekik.

Tiap kali aku melihat lakonan  pantomim  ‘mati ‘ ini ditayangkan aku hanya ketawa. Kemudian aku  angkat gelas air anggur dan terus yamseng. 

Aku tahu asal usul  pantomim ini.  Pada 7 Julai 1986 ketika aku dan Carmen  di Pamplona berita  Kevin Barlow warga United Kingdom dan Brian Chambers  dari Australia telah digantung mati  di Penjara Pudu Kuala Lumpur telah meledak ke seluruh dunia. 

Dua anak muda berkulit putih  warga United Kingdom ini didapati bersalah atas tuduhan memiliki  dadah.   Hukum gantung sampai mati ini menjadi berita dunia.

Bila aku masuk ke Brixton College berita mati kena gantung akibat dadah ini  tidak lagi menjadi perbualan nasional di United Kingdom.  Malah aku selalu bertemu  Mamat Itam berdagang ganja dan hashih  dengan senang sekali di Coldhabour Lane di tepi pekan Brixton. 

Ketika ini  aku semakin selesa dengan kota London.  Aku sedang menyambung belajar dan aku kini ada tempat tinggal resmi milik Majlis Tempatan Tower Hamlet. 

‘ Me...sorted... I’m kosher..’ Aku telah selamat. Aku telah dihalalkan.  Ini mengikut istilah  warga kota London.

Aku sedang sedaya upaya memahami dan menghayati budaya penduduk setempat.  Bak kata Orang Melayu – masuk kandang kerbau menguak – masuk kandang kambing membebek.

Kini aku sedang belajar membebek macam Mat Salleh.

Budaya  demokratik yang terbuka  memang mudah dihayati dalam kota London. Keceriaan nilai hidup diperkukuh dengan budaya teater, wayang,  bola, budaya pub atau konsert.

Teater mungkin agak mahal.  Wayang dengan kad pelajar   harga tiket agak demokratik. Kalau tak ada modal duduk di rumah layan tv.  Empat saluran tv kota London menjamin cita rasa dari pelbagai  jalur dan cita rasa.

Aku yang setia dengan  tunjuk ajar Tony  Budak Itam kawan sedarjah aku di Brixton College. Hasilnya  aku kini menjadi gian dengan rancangan tv komidi Inggeris. Makin lama aku duduk dalam kota London semakin faham aku akan humor Inggeris. 

Aku perhatikan humor Inggeris ini terikat dengan politik , kuasa , ekonomi yang disalut oleh kelas. Inilah yang menjadikan humor Inggeris ini berbeza dari yang lain.

Blackadder komidi purbawara.  Alo Alo komidi Inggeris  tentang perang dunia ke dua.  Komidi politik  yang ‘ hot’ dan paling diminati ialah  Yes Minister.  Manakala komidi klasik  tentang gambaran budaya a politik zaman Magaret Thather pastilah  Only Fools  and Horses.

Aku telah  ketagih  dengan  Only Fools and  Horses.  Del Boy watak yang dimainkan oleh  David Jason kini telah aku fahami. Watak Rodney  adik Del Boy yang dimainkan oleh Nicholas Lyndhurst menjadikan aku bersimpati dengan kelas bawahan.

 Malah setiap kali aku ternampak kereta roda tiga aku akan teringat akan Del Boy. Setiap kali aku ke pasar  Bricklane pada pagi Ahad aku akan terbayangkan muka pemilik  gerai itu sebagai Del Boy yang sedang melaung laungkan barang  curian untuk dijual.

Jika aku nampak Pak Cik Tua sedang berjalan di Whitechapel aku teringat akan Pak Cik Albert bapa saudara Del Boy – bekas soldadu anti- Hitler.

‘ Isham... how’s  your Del Boy...’  Tony memeriksa  sama ada aku berada di hadapan kaca tv pada malam Selasa  yang lepas  menuntun Only Fools and Horses atau tidak. 

‘  In innnit...’  Jawapan aku cuba mengajuk lorat Del Boy.

Tertiba  tiga tahun sesudah aku pulang dari Pamplona  kesah anak muda  Barlow dan Chamber yang mati digantung di penjara Pudu muncul kembali. Kali ini dalam bentuk  drama teater. 

Awalnya teater  Amongst the Barbarians  garapan Michael   Wall  dipentaskan di   Manchester. Kemudian dibawa masuk ke Hamstead Theatre London.
Kami warga  Malaysia yang mengikuti budaya teater dan bangsawan kota London mula  bersembang tentang sandiwara baru ini. Nak tengok atau tak nak tengok.

Ada kawan Malaysia aku yang mengandaikan  ‘barbarian’ ini ialah kita  rakyat Malaysia.  Sikap nasionalis sempit muncul. Barbarian bermakna  satu kumpulan manusia yang tidak bertamadun, kasar, lucah dan ganas.

Aku tidak memiliki apa apa pandangan. Falsafah hidup aku amat senang. Sama seperti buku Salman Rushdie  The Satanic Verses – aku tak baca maka aku tak komen.  Pekara yang aku tidak tahu mustahil aku ada pandangan. Maka aku beli tiket dan pergi  menuntun teater ini.

Musim sejuk tahun 1989 aku tinggal di New Mill House East London. Satu petang pulang dari sekolah mesin peti jawapan talipon aku ada berkelip-kelip lampu hijau.  Ada pesanan yang ditinggalkan dalam peti pesanan.

‘ Mister Rais .. please return my call... James from Oriental Casting....’

Aku terperanjat  bila mendengar pesanan ini.   Aku tak kenal pun siapa sosok yang  bernama James ini.

Aku pun memukul talipon dan memanggil  James.

‘ Ello.. Mister  James please....  you rang me ... Isham here ...Malaysian student,,,’

‘Oo... great...  you knew the play Amongst The Barbarians at Hamstead Theatre recently ... now BBC is making a film based on the play... they  need a Malaysian actor... to.act as  a Malaysian journalist would you be intrested... I got your number from....’ 

Mulut aku ternganga. Aku tak percaya apa yang aku dengar.  Drama Amongst The Barbarian kini hendak dijadikan  filem oleh BBC.  Pasukan produksi sedang mencari pelakon. 

Aku bukan pelakon. Aku belajar filem bukan belajar teater atau berlakon. Tapi berlakon bukan sesuatu yang amat asing dalam mempelajari  filem.

‘ David Jason.. Anne Caroll.. Rwena Cooper .. Kathy Burke ... amongst the talent...’ James memberi nama-nama yang akan berlakon sama. Aku tidak tahu pun nama-nama yang disebutkan. Malah nama yang disebut dalam talian juga tidak begitu jelas dalam pendengaran.

Aku senyap tidak menjawab. James menambah lagi

‘ David Jason... don’t you know him... Del Boys  from Only Fools and Horses......’
Mulut aku ternganga bila mendengar nama Del Boys. Berlakon dengan Del Boy? Aku bertanya pada diri aku sendiri. Mustahil.

Aku hampir  tak percaya apa yang aku dengar. Khayalan aku pergi jauh macam aku akan berlakon dengan Ismail Bontak atau Mat Kambing. Atau berlakon dengan Nordin Ahmad bersama Latifah Omar.

‘ Yes.. yes... count me in...’ Aku terus bersetuju.

‘ I’ll post you the details...if you give  me your address...’ James menamatkan perbualan.

Ketika itu aku tinggal  serumah  dengan Maria   dari  Finland.  Maria ini warga Finland tetapi berbahasa  dan berbudaya Swedish. Dia  terlatih sebagai textile designer justeru  pandai jahit menjahit.

Maria orang pertama aku beri tahu yang aku akan berlakuan dengan David Jason.

‘ No... you’re not... you are  not qualified...’ Maria  kurang yakin dengan apa yang aku surahkan.

‘ Please Piggy...  I just spoke  with the casting agency... acting a a Malaysian journalist.. you make me a new shirt...’ Aku mahu Maria menjahitkan aku sesehai baju baru  khusus untuk aku berlakon.

No... you’re not...’  Maria masih tak percaya.

‘ Yes Piggy...’    Aku memangil Maria dengan nama  Piggy. Ini nama manja  yang aku pungut dari watak Piggy dalam nobel William Golding  (1911-1993 ). Lord of The Flies ini buku   pertama aku baca apabila aku sampai  ke  Braine Le Comte Belgium.

Esoknya di kampus aku mencari Tony dan jumpa dia dalam kafe.

‘ Guess what... me  acting in a film with Del Boy..” Aku dengan bangga memberitahu Tony  bahawa aku akan berlakon dengan Del Boy.

Tony buat tak dengar dan meneruskan minum paginya.

‘ My dear Tony.. I will be acting in a BBC production with David Jason...’  Aku menarik cawan tehnya kerana aku  mahu dia memberi pandangan kepada aku

‘ What... Isham... don’t bull me...’ Tony menanggap aku  temberang.

‘ Yes.. Del Boy..remember that play Amongst the Barbarian ... about the  two blokes got hang in Malaysia...’  Aku cuba mengingatkan kembali Tony kepada  kes Barlow dan Chambers.

‘ When... are you meeting your Del Boy...’ Akhirnya ada juga  orang percaya bahawa  aku akan berlakon  dengan David Jason a.k a Del Boy. (TT)


TULISAN INI JUGA
MUNCUL DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW. COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/08/18/berkubang-dengan-barbarian/