KOMENTAR
pemikiran stratejik
adalah politik bentuk baru
satu ilmu baru dalam pemikiran umat manusia
meletakkan mat sabu
adalah contoh pemikiran stratejik
baca sepenuhnya
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-di-bukit-gelugor-mampu-jernih-hubungan-pas-dan-dap-kata-penganalis
Mat Sabu di Bukit Gelugor mampu ‘jernih’ hubungan PAS dan DAP, kata penganalisis
Pakatan Rakyat (PR) mampu menjernihkan hubungan antara parti komponen mereka terutamanya PAS dan DAP sekiranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diletakkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang merupakan kerusi tradisi bekas pengerusi parti itu, mendiang Karpal Singh.
Penganalisis politik tanah air meramalkan, meletakkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan turut memberikan kesan kepada Barisan Nasional (BN) berbanding calon daripada DAP.
"Boleh Mat Sabu bertanding. Dalam suasana sekarang memang ada polemik hebat dalam PR, seperti isu hudud.
Cadangan meletakkan Mat Sabu sebagai calon di kerusi berkenaan pada mulanya dilontarkan oleh aktivis sosial Hishamuddin Rais dalam satu forum mengenai hudud awal minggu ini.
Hishamuddin yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, langkah berkenaan juga mampu menangkis serangan negatif terhadap PAS dan DAP yang terus bertelagah dalam isu hudud.
"Bagi saya, cadangan itu amat sesuai kerana saya rasa ia akan menyelesaikan stigma yang mengatakan DAP parti Cina dan sekali gus akan memperlihatkan politik baru dalam DAP.
"Secara strategik, ia akan selesaikan tohmah terhadap DAP dan PAS termasuk PR, terutamanya dalam isu bersangkutan hudud," katanya.
Hishamuddin berkata, langkah itu akan dapat memperlihatkan DAP begitu serius menjalinkan kerjasama dalam PR.
"Jika ini dilakukan, maka ia akan mengubah landskap politik Malaysia lebih luas.
"Manakala dalam Pakatan tidak akan timbul konflik. Pakatan juga harus melupakan kepentingan politik sempit mereka," katanya. – 9 Mei, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-di-bukit-gelugor-mampu-jernih-hubungan-pas-dan-dap-kata-penganalis
-----------