Isnin, 7 Ogos 2023

ORANG ITAM PERANG ORANG ITAM


ORANG ITAM

PERANG

ORANG ITAM

KHALAS

BUDAYA MELAYU KEKAL DI PATTANI


BUDAYA MELAYU

KEKAL DI PATTANI

KHALAS

ORANG MELAYU HIL;ANG KUASA POLITIK


Ramai orang Melayu hilangkan kuasa politik – Abdul Hadi

SEREMBAN – Orang Melayu adalah paling ramai menghilangkan kuasa politik kerana sikap mereka yang kurang kesedaran keluar mengundi.

Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berkata, situasi itu amat menyedihkan berbanding kaum lain yang lebih ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam proses pilihan raya.

“Kewajipan mengundi sangat besar dan yang menyedihkan kita kaum lain keluar mengundi 90 peratus tapi orang Melayu 70 peratus pasal ramai tak mahu mengundi.

“Masih tak sedar mengundi adalah kuasa politik, kalau kita tak mengundi bermakna kita menghilangkan kuasa politik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best di Sendayan, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Ahmad Faizal Azumu.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan rakyat di negara ini lebih mudah, berbeza dengan negara lain yang terpaksa mengangkat senjata untuk memilih pemimpin.

“Kita hanyalah berjuang dengan pangkah (undi) melalui pilihan raya, mudah sangat tapi yang mudah tu kita tak nak buat.

“Orang Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem perlu menyokong PN untuk membuat perubahan yang baik bukan berubah yang kacau bilau, bergaduh sesama sendiri,” katanya. – 

WOIT

BILA PAS

MEMERENTAH

BOLEH PAKAI

SELUAR PENDEK

ATAU TIDAK

KAH KAH KAH

PARTI PAS SUKA

JAGA TEPI 

KAIN ORANG

AMIN

KHALAS

AHLU UMNI CABUT LARI



Ahli UMNO keluar parti tak jejas sokongan – Calon Johol

KUALA PILAH – Tindakan beberapa ahli cawangan UMNO keluar parti tidak akan menjejaskan kekuatan jentera kempen calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman.

Malah menurutnya, jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) di bawah semangat Kerajaan Perpaduan mampu meneruskan kerja keras untuk mengekalkan kemenangan BN di kerusi tradisinya itu yang tidak pernah tewas sebelum ini.

“Saya ada terbaca beberapa ahli cawangan UMNO di bahagian Kuala Pilah telah keluar parti menyertai parti lain.

“Ini tidak menjejaskan langsung pergerakan jentera di Kuala Pilah kerana mereka ini bukanlah orang yang penting di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) atau kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempennya di Kampung Baru Dangi, Johol, di sini, hari ini.


Semalam, media melaporkan beberapa pimpinan UMNO peringkat cawangan di bahagian Kuala Pilah mengumumkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Sokongan itu dinyatakan secara terbuka oleh Naib Ketua Cawangan UMNO Kampung Cheriau, Mahadi Ishak dalam ceramah kempen pilihan raya di DUN Pilah, malam Sabtu lalu.

Mahadi menzahirkan sokongan itu bersama-sama dengan 12 orang lagi ahli cawangannya selain 20 lagi ahli cawangan Kampung Parit.

SOKONGAN

GEROMBOLAN

MAKIN MEROSOT

KAH KAH KAH

PASAI APA

AHLI LARI ?

AMIN

BENCI ANWAR

BENCI ZAHID

ATAU BENCI DAP

KHALAS

MAK JANDA MUHAMAD ALI


Akauntan ditahan tumbuk bekas suami ketika tuntut hutang RM87,000

GARA-gara tidak berpuas hati bekas suaminya mengelak daripada membayar hutang sebanyak RM87,000, seorang wanita bertindak menumbuk dan menendang lelaki itu di sebuah rumah di Bukit Indah, Ampang, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian pada 6.55 petang, wanita berusia 38 tahun yang bekerja sebagai akauntan itu telah pergi ke rumah bekas suaminya yang berusia 28 tahun dan bertindak memarahi mangsa berkaitan hutang berkenaan sebelum menumbuk mulut pengadu.

“Suspek juga telah mengetuk kepala mangsa dengan hulu pengikis simen serta menendang pengadu di bahagian perut. Ketika kejadian mangsa sedang mengemas rumah sewa untuk diserahkan kembali kepada pemilik rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Berikutan kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang peniaga telah membuat laporan polis dan wanita berkenaan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, pada 9.45 malam, di Ampang.

Katanya siasatan mendapati, pasangan yang mempunyai seorang anak berusia setahun lebih itu telah bercerai pada 11 Julai lalu. 

Menurutnya polis mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya. – Bernama, 7 Ogos 2023.

WOIT

JANDA BUKAN

SEBARANG JANDA

KAH KAH KAH

JANDA PAKAR

ILMU TINJU

KAH KAH KAH

KHALAS

DUIT RIZAB NAIK


Rizab antarabangsa Bank Negara naik kepada AS$112.9 bilion

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai, berbanding AS$111.8 bilion (AS$1=RM4.56) pada 14 Julai, 2023.

Bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM627.66 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM529.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.01 bilion). 

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM183.56 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.27 bilion), deposit-deposit lain (RM37.22 bilion), kertas Bank Negara (RM29.75 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.64 bilion). – Bernama, 7 Ogos 2023

DUIT RIZAB

KITA NAIK

AMIN

INI BAIK

UNTUK EKONOMI

AMIN

UNTUK IMPOT

5 BULAN KIRA

OKAY

AMIN

RINGGIT APA

CERITA 

NAIK KE TURUN

KHALAS

JUAL AGAMA DI DEPAN KAABAH


JUAL AGAMA 

DI  DEPAN KAABAH

AMIN

BUDAYA ANTI MEMBACA


BUDAYA 

ANTI MEMBACA

KHALAS


Unknown commented on 
"PROFESOR MALEH BACO BUKU"

Bukang salah profesor pong. Budaya Melayu Isle melarang membaca buku tulisan kapir. Tok guru mak bapak selalu dok posan jgn dibaca ei bible nanti sosat. Jgn dibaco buku omputeh nanti sosat. Jadilah minda melayu minda yang tak tercabar. Pusing pusing kok tu jugak. Tak boleh berfikir. Berhujah... Jadi molayu hanya dok meratib. Haram tok pahe apo yang dio dok meratib.

ANAK MUDA TAK AMBIL POT


ANAK MUDA

TAK AMBIL POT

KHALAS


Unknown commented on 
"LAGI 4 HARI"

Mana mana tempat seluruh Malaya anok mudo duk bawah khemah pn...geng pH dh ketor lutut ..tak lama laie terkoncing...bro tt bila nK keluar cai parti mana monang...biasanya cai tt tepat
Unknown commented on 
"LAGI 4 HARI"

Anak muda umur 18 tahun apa peduli sekarang? Asyik main telefon siang malam, mereka tidak tahu karenah Taliban lagi, tak boleh konsert tak boleh pancut tak boleh ini tak boleh itu semua nak jaga moral tapi sendiri pun asyik curi balak, curi REE, curi rasuah pakai kopiah, nak Audi nak Mercedes nak hebat nak nenas nak pornography kah kah kah 

ini lagi senang ajak anak muda jadi mat rempit isi minyak tukar minyak hitam anak muda seronok lah, kalau bagi 100, 200, 300 lagi suka pusing free mereka tak peduli siapa jaga ekonomi siapa jaga kerja siapa jaga negara asal enjoy menjoy sajat sekarang kah kah kah jangan lupa Sajat lari dah lama tak tahan dengan Taliban kah kah kah

YANG INI TAK MINTAK NO TALIPON


YANG INI

TAK MINTAK

NO TALIPON

KAH KAH KAH

KHALAS

DEMOKRASI BERMULA ESOK


Pengundi awal tunai tanggungjawab esok 


SERAMAI 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, esok.

Pengundian awal turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon PAS Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

Menurut SPR, Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dan PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

Ia menyaksikan seramai 49,660 anggota ATM dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing, akan mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi PRN.

PRK Kuala Terengganu pula akan melibatkan pengundi awal yang terdiri daripada 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan dengan empat pusat mengundi awal dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.

Kesemua pusat pengundian awal bagi PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.

Di Kuala Terengganu pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bagi bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada pukul 12 tengah hari diikuti DUN Bandar pada pukul 2 petang dan yang terakhir DUN Ladang pada 5 petang, manakala bagi DUN Wakaf Mempelam tiada pusat pengundian awal.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN melibatkan enam negeri dan PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini.

PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 29 Julai lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos. – Bernama, 7 Ogos, 2023.


SAPA AGAKNYA

YANG DAPAT

UNDI AWAL ?

AMIN

DULU BANYAK

PUTAR

AMIN

BALAI TOK SARJAN

YANG PANGKAH

AMIN

DI KEM ASKAR

PEGAWAI YG

PANGKAH

AMIN

SEKARANG 

BUDAYA NI

DAH HABIS

KERANA KERJA

BERSIH

KHALAS


PROJEK TUMBANGKAN KERAJAAN MASIH BERJALAN



Akta anti lompat parti tak halang kerajaan bertukar – Peja

SEREMBAN – Putrajaya boleh jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN) sekiranya parti itu memenangi semua enam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini walaupun terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku mengikut proses undang-undang yang dibenarkan perlembangaan.

“Macam-macam cara (tukar kerajaan), walaupun di negara kita ada anti lompat parti, tetapi ada proses undang-undang yang boleh dijalankan untuk menukar sesebuah kerajaan.

“Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan negeri lain, ada proses perundangan mengikut perlembangaan yang boleh dibuat,” katanya.

Beiau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jelajah PN Best Bersama Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang di Sendayan, di sini malam tadi.

Kerajaan Pusat yang kini dipimpin dua gabungan blok parti terbesar, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ditanya mengenai keyakinan PN memenangi sekurang-kurangnnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Negeri Sembilan berkata, mereka optimis ia mampu dicapai.

“Saya lihat perkembangan amat positif ada potensi kita mendapat 19 kerusi atau lebih untuk tubuh kerajaan negeri kerana bukan sahaja mendapat pengundi Cina tapi juga India berlaku perubahan sokongan yang amat ketara.

“Walaupun adalah juga ‘nyamuk’ (jentera PN kecewa calon) sana sini tapi jangan ambil kira sebab saya lihat dalam UMNO juga ada begitu,” katanya.

Mengulas mengenai berkenaan dakwaan wujud tindakan ‘jual kerusi’ dalam pemilihan calon PN di Negeri Sembilan, beliau menafikannya.

“Kalau saya boleh jual kerusi, saya ingat kita tak ada masalah duit, tak ada masalah kita nak berkempen dan sebagainya sebab kalau kita lihat kami berkempen dalam keadaan begitu ala kadar.

“Kepada mereka yang buat dakwaan fitnah saya telah jual kerusi, saya ampunkan supaya tak payah cari saya di padang mahsyar nanti,” katanya. – 

PROJEK 

TUMBANG

 KERAJAAN

MASIH DIATUR

KAH KAH KAH

APAKAH HADI

AKAN JADI

CALON PM

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

KHALAS

JEMPUTAN FORUM


SEMUA PEMBACA

TUKAR TIUB

DI JEMPUT HADIR PELANCARAN 

& FORUM

KHALAS




KERETA API TERGELINCIR


PAKISTAN

KERETA API

TERGELINCIR

AMIN

PROFESOR MALEH BACO BUKU



PROFESOR

MALEH

 BACO BUKU

KAH KAH KAH

KHALAS


panglimo potaseh commented on
 "PROFESSOR NEGARA KITA"
Jawatan Profesor samo jo cam kojo kerani atau angkat taek .. bokojo untuk idop .. tinggal lagi gaji moreko terlebih banyak. Den ado ghamai kawan Profesor.. io lah Profesor Molayu maleh baco buku .. bilo di tanyo lobeh sikit terus pucat

CARA JANGAN JADI GEMOK


CARA JANGAN

JADI GEMOK

KHALAS

Unknown commented on
 "BUKIT GASING -
 KURUS GANTI GEMOK"
Nasik tak jahat. makanan ruji nusantara. tapi lepas makan nasik makan roti. makan pulak kueh. lebih manis lebih baik. bila ruji nasi, jadi makan hanya nasi. bukan mi, bukan bihun, bukan roti. jika keramaian dijamukan, sekali sekala jamahlah. kepalkan tangan kiri seperti revolusioner. berapa besar kepal itu, sebanyak itu saja nasik dalam pingganmu. makanlah seperti mereka. sekali sehari sahaja makan. lain itu hanya teh, kopi, susu segar bukan susu tin atau ayer puteh.

LAGI 4 HARI


LAGI 4 HARI


SENIN 7 OGOS 2023
LAGI  EMPAT HARI
6 NEGERI AKAN MENGUNDI

HEBOH HEBOH HEBOH
PALING HEBOH INTERNET
TWITEER LIVE
INSTAGRAM
FB LIVE
YOUTUBE
DAN PALING PANAS
TIK TOK
SEMUA POLITIKUS
BERTIK TOK

PRN KALI INI
DI DOMINASI
OLEH TIK TOK & YOUTUBE

TADI MALAM
GUA PERGI DENGAR CERAMAH 
DI KAMPUNG MEDAN
NAK LIHAT SUASANA

INI CERAMAH PAKATAN 
APA YANG MENONJOL
IALAH TIDAK ADA ANAK  MUDA
KAMPUNG MEDAN 
YANG DILIHAT BUAT RAMAI
WALAU PUN ADA ITO & BLUES GENG
ADA BAND LAIN
ANAK MUDA TAK AMBIL POT

MACAM MACAM CERITA
MACAM MACAM DRAMA
KUTUK MENGUTUK
TIBAI MENIBAI
KAH KAH KAH
SEMUA NAK RAIH UNDI
KHALAS

NIGER
APAKAH ASKAR LUAR
AKAN MASUK MENYERANG
UNTUK MELUPUSKAN
REJIM TENTERA
DAN KEMBALIKAN PRESDIEN
YANG DI PILIH RAKYAT

CHINA MERAH
HUJAN LEBAT
14 ORANG MATI LEMAS

PAKISTAN
KERETA  API 
PENUMPANG TERGELINCIR
3O MATI
 BERATUS CEDERA

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
TAPI KELAM
MATA  HARI DI LINDUNGI AWAN
LANGIT TIDAK CERAH

GUA DENGAR SUARA
TIONG BERCEKAK
GUA DENGAR SUARA
GAGAK MENANGIS
DARI KAWASAN YG JAUH
SEDIH BUNYINYA

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
JIKA ANGIN KUAT
CUACA AKAN ENAK

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN  SENYUMAN

BRO
AYAM DARA BELUM DISEMBELIH
AYAM JANTAN DI ASAH TAJI
TIBAI MENIBAI LONDEH MELONDEH
PANCING UNDI SERIBU JANJI
AMIN

LAKUKN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSENIN