KOTA BHARU:Mungkinkah Umno sudah benar-benar terdesak apabila ada ketua-ketua jabatan dikatakan mengarah pengundi pos dalam kalangan kakitangannya membuang undi di hadapannya.
Beberapa pengundi pos dalam aduan kepada Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian.
Pengerusi LUHAM, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya pengundi pos memangkah kertas undi di hadapan ketua jabatan.
“Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan mereka mengarahkan kertas undi pos tersebut diserahkan kepada boss untuk dipungut.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.
Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.
PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.
Abdul Khalid: Umno flies in outsiders to vote in S'gor SELANGOR Caretaker Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim has accused Umno of flying in outside voters, including army voters and especially from Sabah, to make up part of the electoral roll in the state.
Khalid said this when commenting on the 130,000 voters which appear on the state electoral roll, who he said the state was unable to detect through its democratisation project.
However, Khalid, who is also Selangor Pakatan Rakyat chairperson, did not provide any detail in his statement to substantiate his allegations, other than to say the claims were “based on intelligence”.
“Based on intelligence, we find Umno has carried out activities to bring in outside voters, especially from Sabah, using air transport.
Pada satu ketika dahulu
penganalisa politik dari dalam dan luar negara selalu merumuskan
kemenangan United Malays National Organisation kerana 3M. Setiap kali parti Ketuaan Melayu ini menang
dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil maka analisa 3M akan muncul. 3M
ini memberi makna Machinery, Media dan
Money – jentera, media dan duit.
United Malays National Organisation cukup anggkuh dan berbangga apabila dikatakan 3M yang
membuatkan parti mereka terus berkuasa. Sebenarnya pandangan 3M ini
pandangan kangkong. 3M ini adalah pandangan dari Profesor Kangkong
dan penganalisa politik lulusan Universiti Donut.
United Malays National Organisation berkuasa bukan kerana 3M
tetapi kerana 3T. Apa dia 3T ini? Tiga T
ialah Tipu, Tipu dan Tipu. Dari semanjak zaman berzaman 3T inilah yang
memberikan kuasa kepada parti Ketuanan Melayu ini. Penipuan dalam pilihan raya ini dirancang
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan
Pendaftaran Negara, Polis , KEMAS, Ketua Kampong, Tuan Pegawai Daerah dan dan
dan. Semua jentera kerajaan membantu menipu untuk memastikan parti Ketuanan
Melayu menang.
Apabila menang maka Profesor Kang Kong pun memberi analisa bahawa
3M yang membolehkan United Malays National Organisation berkuasa. Ini untuk
menutup penipuan. Hampeh. 3M ini adalah cerita
karut dan analisa politik bangang.
Penipuan dan kerja jahat dari United Malays National
Organisation dan SPR ini tidak akan berhenti.
Mereka hanya berhenti satelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Mereka semua dimasukkan ke dalam
penjara. Tidak ada ampon dan tidak ada
maaf. Ketua-ketua besar dalam SPR
ini adalah orang-orang jahat yang memporak peranda negara kita
ini. Walau pun mereka dilihat sebagai
perkakas tetapi mereka adalah pekakas dan barua yang amat-amat diyakini oleh
United Malays National Organisation. Kesetiaan mereka kepada parti Ketuanan
Melayulah yang membolehkan mereka dilantik untuk mengepalai SPR. Mustahil Tian
Chua atau Saifuddin Nasution akan
dilantik untuk menjadi Pengerusi SPR.
Minggu ini satu lagi penipuan telah dilakukan dengan satu
perancangan licik. Sesudah penamaan
calon kelihatan terlalu banyak calon bebas bertanding. Malah ajen-ejen Kerajaan Perpaduan dalam Pas yang masih setia dengan garis Hasan
Ali juga mendaftarkan nama penyokong mereka.
Setelah ditapis terdapat 7 kerusi bertindih antara Pas dengan PKR.
Melalui perundingan, isu kawasan bertindeh ini selesai. Kalau selesai apa masaalahnya? Masaalah ini
tahun ini dengan licik SPR telah membuat tambahan undang-undang. Nama calon
yang menarik diri akan terus tertera dalam kertas pengundian. Ini akan
menimbulkan kacau untuk para pengundi. Ini rancangan licik SPR. Undang-undang ini
sengaja diperkenalkan tahun ini dengan tujuan untuk buat kacau.
Kenapa tidak boleh
nama bakal calon yang menarik diri dikeluarkan dari kertas undi? Mustahil tidak
boleh dilakukan? Manusia telah naik dan pulang ke bulan. Manusia telah
menghantar roket kaji selidik ke bintang Marekh. Mustahil di Malaysia ini tidak
wujud teknoloji untuk memadamkan nama calon yang telah tarik diri. Jelas semua
ini adakah perancangan SPR untuk menipu.
Minggu ini juga kita
telah terperanjat apabila maklumat dalaman bocor. Umum diberitahu oleh
media baru – internet - bahawa polis dan
mata-mata telah mengundi terlalu awal. Polis dikatakan telah menjalankan undi
pos. Biasanya undi pos akan dijalankan 3
hari sebelum hari buang undi. Kenapa kali ini terlalu awal – lebih dari satu
minggu?.
Sebenarnya undi pos
awal ini juga adalah rancanganh licik untuk menipu. Orang ramai tahu dan sedar
bahawa terlalu ramai polis dan
mata-mata yang memiliki dua kad
pengenalan. Satu kad pengenalan sebagai anggota PDRM. Dan satu lagi kad pengenalan
biasa. Satelah mengundi pos – mata-mata
dan polis ini boleh mengundi
sekali lagi. Ini bukan fitnah ini sedang beroperasi.
Ketika saya menulis tulisan ini satu berita ‘gempar’ telah
tersebar. Anwar Ibrahim telah mengadakan
satu sidang akhbar. Secara terbuka Anwar
telah memaparkan bukti-bukti dan gambar-gambar
rakaman penipuan SPR kepada media.
Mengikut Ketua
Pembangkang ini pada 8 April yang lalu
sebuah kereta resmi SPR yang membawa 2
peti undi telah ngelencong dalam perjalanan ke Putrajaya. Kereta ini telah ngelencong masuk ke Kawasan Industri
Sungai Chua Kajang. Mengikut Anwar peti undi ini adalah peti undi PRU13. Peti
ini ada tanda dan memakai logo SPR. Malah kereta yang membawa peti undi
dibuktikan saheh sebagai kereta resmi SPR.
Ketua Pembangkang mahu
SPR menerangkan apa tujuan 2 peti undi ini disinggahkan ke kawasan
perindustrian ini? Apakah peti undi ditinggalkan
untuk memungut undi-undi hantu –
undi-undi pendatang haram - yang akan mengundi secara gelap. Untuk memungut kertas-kertas
undi ini akan dibawa lambat ke bilik
pengiraan? Saperti telah berlaku di Lembah Pantai dan di Pekan pada PRU11.
Hingga tulisan ini selesai ditulis Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi SPR telah diam membatu. Mereka pasti terperanjat besar. Kerja sulit mereka sudah terbonggeng. Pasti mereka akan tertanya-tanya - bagaimana gambar
kereta dan gambar peti undi ini dapat dirakamkan. Bagaimana Anwar boleh
mendapat maklumat yang dikawal rapi ini. Siapa membocorkan maklumat ini? Siapa
merakamkan gambar-ganbar ini?.
Dalam sidang akhbar yang sama Anwar juga mahu mendapat
jawapan bagaimana 28,953 - semua ini adalah pengundi Pilipina,
Bangla, Pakistani dan Indon -
dapat menjadi pengundi. Seramai 15,907
akan mengundi di Sabah, selebihnya akan mengundi di Selangor. Soalan ini juga gagal mendapat
jawapan. Pada hemat saya Anwar Ibrahim membuang masa bertanya kepada SPR.
Pengundi-pengundi ini sebenarnya pengundi hantu – pendatang
haram - yang telah susun dan diatur untuk memastikan Selangor dapat dirampas dan
Sabah terus dalam tangan United Malays National Organisation. Apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita
minggu ini – satu minggu sebelum 5 Mei ini membuktikan saheh thesis 3T saya ini.
Thesis 3T saya bukan hanya sampai ke tahap ini. Penipuan akan terus dijalankan hingga ke hari
mengundi. Pada hari pengundian bukan sahaja Pengundi Hantu akan datang
mengundi. Peti undi juga boleh bertukar.
Peti undi baru akan dibawa masuk.
Justeru, mungkinkah ini tujuan 2 peti undi yang negelencong hilang ke Kawasan
Perindustrian Sungai Chua Kajang?
Peti undi bertukar sering terjadi. Di Semenanjung orang ramai
selalu mendengar pertukaran ini berlaku. Di Sabah dan Sarawak ini lumrah. Peti undi bertukar dalam helikopter. Peti undi bertukar dalam
van. Peti undi bertukar dalam perahu. Hakikatnya pekerja SPR yang
membawa peti undi ini tidak boleh
dipercayai.
Ini bukan fitnah. Ini bukan tohmah. Umum telah diberitahu
tentang pertukaran peti undi ini oleh
seorang Menteri dan ahli United Malays
National Organisation di Sabah. Datuk Seri Lajim Ukin dengan senyum telah menerangkan bahawa poster, kain rentang dan
ceramah ini hanya wayang. Semua ini
dilakukan untuk memberi gambaran bahawa
di Sabah demokrasi pilihan raya sedang berjalan
sehat. Ini semua sandiwara.
Hakikatnya amat-amat berlainan. Apa yang telah dilakukan
olah Datuk Seri Lajim ialah membeli
Pacaba. Pacaba – adalah pekerja parti yang akan memastikan parti yang
dianutinya tidak akan dpat ditipu. Disini ajen-ajen parti Ketuanan Melayu akan
datang untuk membeli para Pacaba. Membeli Pacaba ini lebih murah dari membeli
calon yang telah menang.
Tugas Pacaba ini ialah untuk memerhatikan kiraan kertas undi
berjalan dengan betul. Mengikut Datuk Seri Lajim yang kini menyokong Pakatan
Rakyat, para Pacaba ini dari awal lagi telah
dikenal pasti dimana tempat tugasan. Ketika pengiraan undi berjalan maka Pacaba
memainkan akan peranan yang amat penting.
Kertas undi ini akan
dikira 10 helai untuk diikat dalam satu kumpulan. Untuk Pakatan Rakyat 12 atau
15 helai kertas untuk akan dijadikan 10 helai. Manakala untuk parti Ketuanan
Melayu 7 atau 8 helai akan dijadikan 10
helai. Penipuan ini dirancang dengan
kerja sama SPR. Mustahil pegawai SPR
tidak tahu hal ini berlaku depan mata. Pacaba dan pegawai SPR ini semuanya telah
menerima habuan dari Datuk Seri Lajim Ukin.
Apa yang cuba saya katakan disini ialah penipuan ini bukan
hanya ada pada senarai pengundi, bukan hanya ada pada Kad Pengenalan segera.
Dalam setiap lubang, dalam setiap sudut
penipuan dirancang. Yang menjadi taruhan
dan rebutan ialah berbilion bilion
rinnggit harta kekayaan negara. Justeru, dalam PRU13 ini United Malays National Organisation akan terus
memperbaiki cara penipuan. Hasil 2008 dahulu memastikan penipuan PRU13 kali ini lebih licik dan lebih meluas.
Dalam masa 9 hari lagi kita akan tahu sama ada rancangan
penipuan United Malays National Organisation ini akan berjaya menghalang
kemaraan ombak rakyat yang mahukan perubahan. Penipuan akan beralaku malah
sedang berjalan. Soalannya samada penipuan ini
dapat menjadi tembok atau tidak.
Rakyat Malaysia anak semua bangsa telah lama menunggu masa untuk
menghumbankan parti Ketuanan Melayu ini ke dalam tong sampah sejarah. Justeru,
jika 3T berlaku secara besaran, rakyat Malaysia anak semua bangsa tidak ada
pilihan. Hanya jalan raya yang akan membenamkan 3T.(TT)
KUALA LUMPUR:Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Anwar dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di pekarangan rumahnya yang dihadiri ribuan rakyat.
KUALA LUMPUR:Dalam satu kenyataan semalam, pihaknya berkata kajian akademik tersebut dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.
Berita yang mengatakan Umno akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan Umno akan dibubarkan di Selangor.
KUALA KANGSAR:Menurut Khalil Idham, walaupun berlaku perpecahan Umno Kuala Kangsar berikutan Datuk Kamalia bertanding atas tiket Bebas, PAS perlu kepada kekuatan tersendiri untuk menang.
JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam.
Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.
Dekat Taman Sri Serdang....ada satu rumah NO 34.... di
jalan 18/62....terdapat 11 nama pengundi yang tidak dikenali oleh tuan rumah
itu sendiri. Kalau kami kata SPR dan Jbt pendaftaran menipu macam mana????. Ini
baru satu rumah....Taman Sri Serdang ada berapa ribu rumah?????Bagi aku....BN
ni sebenarnya adalah PARTI PENDATANG. on LAGI BUKTI PENIPUAN DALAM PILIHAN RAYA
"Saya melihat kesemua calon di kerusi Parlimen dan tiga calon kerusi DUN sangat komited, bersungguh-sungguh dan bersemangat tinggi. Ini sekali gus menyuntik semangat untuk berdepan pembangkang yang bertanding di kawasan ini," kata Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... SIAPA BUAT BISING?.... kah kah kah...
kah kah kah.... SIAPA MAIN MERIAM BULUH.... kah kah kah..
kah kah kah...SIAPA BAKAR MERCUN?..... kah kah kah..
kah kah kah...GANGGU MAMAT INI DARI TIDOOOO.... kah kah kah
NOTA dinasehat kan mamat ini lebih baik zzzzzzzzzz dari bercakap kah kah kah
PARTI KEADILAN BERSIKAP POSITIF TERHADAP KAJIAN PENDAPAT UMUM UMCEDEL, MEMPERTAHANKAN INTEGRITI UNIVERSITI
Parti Keadilan berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi kenyataan.
Perdana Menteri sementara Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum UMCEDEL. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji UMCEDEL pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum UMCEDEL memihak kepada pihak BN.
Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat pada Mei 5.
Pihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43% orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk Negara) percaya kepada kebolehan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39% untuk Perdana Menteri i Najib Razak.
Adalah menggembirakan bahawa 54% daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang Melayu.
Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian.
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market