Khamis, 6 Jun 2013

MESRA ALTANTUYA SAMPAI MATI



MESRA WANITA
 HINGGA SAMPAI MATI
Rosmah: Wanita M'sia tak perlu turun jalan raya

Wanita Malaysia sudah bebas dan tidak perlu turun ke jalan raya demi memperjuangkan perkara yang mereka kehendaki, kata suami perdana menteri,  Rosmah Mansor.

Menurutnya, wanita di negara ini sangat bertuah apabila Najib  Razak sendiri menegaskan bahawa beliau mesra wanita.
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... ROSMAH GEMOK INI CAKAP BETUL... kah kah kah...

kah kah kah.... ROSMAH GEMOK KATA NAJIB MESRA WANITA... kah kah kah..

kah kah kah.... BETUL...BETUL.... TEPAT...kah kah kah

woit... NAJIB MESRA ZIANA ZAIN...kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB MESRA FLORA.... kah kah kah...

kah kah kah..NAJIB MESRA ALTANTUYA....kah kah kah...

woit... ALTANTUYA TERLAMPAU MESRA... SAMPAI MATI... kah kah kah


MINAH 
KAKI SEDUT

-------

SATU PENCERAHAN DARI PEMBACA


DATARAN PADANG MERBOK
SABTU 15 JUN
JAM 2:00 PETANG
 Sikap dwi standard syarikat swasta milik kaum Cina, Hak graduan Melayu dinafikan
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Bukhari A. Rahim berkata, tindakan itu juga memperlihat sikap diskriminasi dan perkauman menebal syarikat milik kaum Cina tersebut.

HAJI DAN APEK
wan sahabiri, gua penah bekeje untuk beberapa orang, maksudnya penah mintak keje dan penah makan gaji sebagai pekeje/kuli pada majikan. majikan pertama selepas gua rasmi jadi graduan u-ni-obesiti, adalah seorang melayu berpangkat haji.

gua dapat bekeje dgn kompeni haji ni pun selepas gua mintak menerusi intebiu yg dianjurkan "org kenal". lepas 2 tahun dapat pengalaman pahit manis bekeje pertama kali, gua pun bagi notis sebulan dan blah. bukan sebab gua tak berterimakasih atau tak kenang budi diberi peluang keje, tapi haji org kuat amenu ni sesen bones (bonus) pun takde nak hulur mana2 staf walaupun yg senior2 yg dah banyak tahun bertungkus-lumus naikkan syarikat dia bagi untung hingga angka juta. 

lepas 1 minggu gua berhenti, gua dapat intebiu dgn kompeni lain dan terus diambil jadi kuli terbaru. majikan kali ni 3 org cina apek baka pendatang dari tanah besar china yg tak penah jejak kaki kat mekah atau madinah. hujung tahun pertama gua keje situ, apek2 tu hulur gua 1.5 bulan gaji on SAEKOR LAGI KANG KONG BUAT REKOD
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 6/6/13

DATARAN PADANG MERBOK

---------

KITA KE JALAN RAYA SEKALI LAGI






KALAU PILIHAN RAYA 
BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti
PILIHAN RAYA 
TELAH LAMA DIHARAMKAN 
di malaysia

POLITIK – DUNIA KE TIGA 
Biar saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas Tuntutan Gerakan Anti Tipu 505.

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13
Kedua : Menuntut ditubuh SPR baru
Ketiga : Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan

Tiga Tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana  undi mereka telah ditipu. Kemarahan para pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu turun ke jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi  bahawa para pengundi tidak mahu ditipu. Paling menjolok  mata ialah kehadiran ratusan ribu  anak anak muda  di jalan raya – walau pun  mereka mungkin belum mengundi – tetapi mereka tidak mahu  menerima penipuan.

Ramainya orang  turun ke jalan raya itu adalah bukti saheh bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru. Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka TIDAK dibekalkan dengan  nasi bungkus.

Mereka ke jalan raya dengan kedesaran. Beratus ribu  turun ke  jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu akan terus berkuasa.

Bermula dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh negara. Turun ke jalan raya ini  kini telah menjadi ampoh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam merancang penipuan PRU13. Tidak  dapat tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale’ gerakan jalan raya ini.

Jelas terbukti bahawa kesedaran wujudnya  PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin orang ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan  raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Pernipuan PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke  jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan yang hak.

Seluruh dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah dicuri. Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil   anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai  akan turun ke jalan raya.

Anak anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung.  Anak muda  turun ke jalan raya  melawan  kezaliaman kini sedang menjadi trend dan feshen seluruh dunia. Dimulakan oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke  Bahrain,  ke  New York – dan terakhir ke Turkey. 
Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka. Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat. 

Masih ada yang bertanya : Kenapa kita ke jalan raya? Apa salahnya pilihan raya kita?

Dua soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang telah menyuarakan soalan ini. Justeru disini saya cuba memberi jawapan sejelas mungkin.

Awal wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia Ketiga. Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini  amat berbeza dari hukum dan syarat politik di Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Canada. Ada perbezaan hakiki antara  Negara Dunia Ketiga dengan negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan Negara Kedua di Eropah.

Kesemua Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara imperial. Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua diwujudkan oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara  pemisah dengan perjanjian  kuasa imperial Peranchis yang menjajah Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial.

Sejarah Tanah Melayu  yang kemudiannya menjadi Malaysia  adalah sejarah kolonial Briitish. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion untuk mengambil alih pentabiran Bristish  pada 31 Ogos 1957.

Salah satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum kapitalis dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah untuk kaum pemodal internasional.  Kerana mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays National Organisation untuk mengembangkan  jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis  ini akan reput.

Ini perbezaan politikal ekonomi  yang wajib difahami. Inilah sebab utama  kenapa pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini. Kepentingan ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa daulah. 

Menteri jaga politik – menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam  syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang  syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.

Justeru ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya. Daim Zainuddin, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Vincent Tan, Ananda Krishan  – semua sedar jika United Malays National Organisation tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai diantara mereka akan diheret ke penjara.  Anak Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak  masuk penjara. Ini hakikat politik Negara Dunia Ketiga.

Ini tidak akan berlaku di Canada, New Zealand, Australia, German , Sweden atau Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan  Kedua ini – kaum kapitalis telah kukuh bertapak. Kepentingan  ekonomi mereka berselirat didunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain – perniagaan  Mark and Spencer saperti biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General  Motors akan terus berniaga.

Pilihan raya  dalam Negara Pertama dan Kedua adalah tentang dasar.  Dasar parti politik mana yang akan dapat membawa  keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa kestabilan ekonomi. Tidak saperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia  ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang mana yang akan  dapat  kontrek, dapat  tanah atau  dapat lesen cari gali.  Politikal ekonomi inilah yang menjadikan pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara.

Untuk saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun saya telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama ini adalah tepat dan benar.

Akhirnya saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah. Saya yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?

Dari apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib Razak amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai kekuatan musuh kita.

Seluruh dunia – Dari Obama di Rumah Puteh – dari akhbar di Austarlia, New Zealand, Hong Kong, Jepun, United Kingdom, German, Peranchis dan dan dan... malah The New York Times telah membuat karton memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa kerajaan Najib Razak ini kerajaan haram.

Najib dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana penipuan. Justeru kita lihat bagaimana Allah telah digunakan untuk  melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13. Kita juga melihat  bagaimana Mufti telah direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13.

Akhir ini kita melihat bagaimana Yang DiPertuan Agong  telah direkrut untuk membuat rayuan kepada orang ramai agar menerima keputusan PRU13.

Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib mula berkelentong untuk membawa  SPR ke bawah jawatan kuasa Parlimen  - memberi tanda  bahawa Najib sedang terdesak. Bila musuh terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.

Justeru pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 15 Jun 2013 ini rakyat akan berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan   #Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. (TT)

ANAK MUDA #TIPU 505



NOTA

tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45












-------------

SILA BERI TAHU APA ITU DULI



APA ITU  DAULAT
KAH KAH KAH
Bekas hakim cadang gubal Akta Derhaka
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya satu akta baru dengan nama Akta Derhaka digubal untuk membendung perbuatan menghina institusi beraja yang didakwa semakin serius sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan Utusan Online hari ini, Mohd Noor turut turut mencadangkan agar akta berkenaan memperuntukkan hukuman minimum tidak kurang daripada dua tahun penjara bagi kesalahan menderhaka kepada raja.

Katanya, undang-undang derhaka kini terletak bawah cabang Akta Hasutan 1948 sedangkan perbuatan menghasut dan menderhaka adalah dua perkara yang berbeza.

Beliau merupakan seorang pembentang kertas kerja di program Seminar Institusi Raja di bangunan Bank Negara Malaysia, hari ini

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SEBELUM GUBAH AKTA DERHAKA ADA SATU PEKARA PENTING... kah kah kah..

kah kah kah... TOLONG BERI TAHU ORANG MELAYU APA ERTINYA DULI.... kah kah kah..

kah kah kah...BERI TAHU ORANG MELAYU APA ERTINYA PATEK.... kah kah kah..

kah kah kah....APA ERTINYA PACAL... kah kah kah...

kah kah kah... BERI TAHU ORANG MELAYU KENAPA MENYEMBAH DULI....kah kah kah

woit...KALAU  ORANG MELAYU DAH TAHU ...BARU BOLEH BINCANG AKTA DERHAKA...kah kah kah


INI DULI SIAPA?
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

-----

SEMUA TERTAKLOK DI BAWAH PERLEMBAGAAN



KOMENTAR TUKAR TIUB
ini satu pandangan yang amat jelas
semua rakyat malaysia tertaklok di bawah perlembagaan

raja nazrin ke
agong ke
sulatan mana pun
semua tertaklok dibawah perlembagaan

NOTA:
tolong jagan bodohkan melayu
jangan minta melayu sembah tapak kaki
jangan panggil melayu anak anjing


DARI MANA
RAJA RAJA DAPAT HARTA?
INI ORANG RAMAI NAK TAHU



Bahas titah Agong tiada masalah – Aziz Bari

aziz_bariKUALA LUMPUR 4 JUN: Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.
“Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya.
“Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara.
“Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan,” katanya dipetik Malaysiakini.

DATARAN PADANG MERBOK



------

SEMUA WAJIB BERSEDIA



TURUN
JANGAN TAK TURUN 

PENGUMUMAN 
UNTUK SEMUA

diminta semua anak anak muda
yang bijak melakar poster
yang bijak membuat flyer
flyer dan poster untuk alam siber
sila buat flyer
sila buat poster
sila buat butang
untuk demo dataran padang merbok

PASTIKAN 
lakaran
desin dilihat cool
dilihat counter culture
dilihat bangun melawan

BUKAN
poster ceramah

MASUKKAN MAKLUMAT INI
sabtu: 15 jun 2013
waktu: 2:00 petang
tempat : dataran padang merbok

TIGA TUNTUTAN

1 - 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
2 - 30 pemilihan baru dikawasan penipuan
3 - hentikan serta merta persempadanan semula







----------

RAJA RAJA TELAH DI BERI INGATAN



SILA  BACA APA KATA
PEMUDA
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
TERHADAP RAJA RAJA
 

'Tolak amalan ekstremisme'

Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah institusi Raja ialah lambang perpaduan dan simbol penyatuan yang bertenaga untuk membina kesatuan dalam kepelbagaian. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...YA AMPOOON... SETUJU.... SOKONG...kah kah kah..

kah kah kah..YA AMPOON...SEMUA MESTI TOLAK EKSTREMISME.... kah kah kah..

kah kah kah...TAPI MENGAPA TAK TOLAK TIPU UNDI.... kah kah kah...

kah kah kah...NAPA TAK TOLAK RAJA POTONG GILIRAN.... kah kahj kah..

kah kah kah...NAPA TAK TOLAK RAJA TAK IKUT ADAT... kah kah kah...

woit... TOK EEEEEEEZI...... JANGN BODOHKANB MELAYU....kah kah kah


DEMO KEMARAHAN RAKYAT
SILA TURUN
KE DATARAN PADANG MERBOK
SABTU 15 JUN 2013
JAM 2:00 PETANG
------

NAJIB NAK BUKA KESAH LAMA


BARU BETUL GUSTI


Kembali bersatu hati - Najib

KUALA LUMPUR 5 Jun - Sempena peristiwa Israk dan Mikraj,  Najib  Razak menyeru umat Islam di negara ini agar kembali bersatu hati meneruskan agenda transformasi demi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif.

Mengambil contoh Nabi Muhammad SAW yang mengimami solat yang disertai seluruh para nabi semasa peristiwa itu di Masjidil Aqsa, Perdana Menteri berkata, ia menjelaskan kepentingan menyatukan ummah dalam menegakkan risalah Allah di muka bumi ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TAK PAYAH LAAA CAKAP HAL ISLAM.... kah kah kah...

kah kah kah... CAKAPLAH SESUATU YANG SENDIRI TAHU DAN HAYATI.... kah kah kah..

klah kah kah...CAKAP HAL ALTANTUYA.... KEMUTNYA MACAM MANA?... kah kah kah..

kah kah kah...CAKAP LAAA HAL ZIANA ZAIN ... SEDUTNYA  MACAM MANA?... kah kah kah...

woit.,.. HAL EHWAL  ISLAM INI BERIKAN  KEPADA LEBAI VINCENT TAN.... kah kah kah

DEMO ANTI PENIPUAN PRU13
DATARAN PADANG MERBOK
SABTU 15 JUN 2013
JAM 2:00 PETANG
PAKAIAN HITAM

--------

TAJUL ROSALI SUDAH BERI AMARAN PADA RAJA



SILA DENGAR 
APA KATA TAJUL ROSLI
Rakyat wajib bangkit pertahan raja - Harussani

Mufti Perak,  Harussani Zakaria berkata, institusi raja yang menjadi payung kepada agama Islam di negara ini wajib dipertahankan apabila terdapat pihak tertentu mengancam kelangsungan institusi tersebut.

Tambahnya, Islam sendiri mengarahkan setiap umatnya mentaati raja dan adalah berdosa jika rakyat bertindak menderhaka termasuk menghasut orang ramai bangkit mengancam institusi raja.

"Apabila raja diancam, umat Islam wajib berjihad mempertahankannya apatah lagi dalam situasi di Malaysia dan saya lihat selepas pilihan raya umum lalu macam-macam ancaman sedang dilakukan ke atas institusi raja.

"Derhaka kepada raja itu adalah satu dosa kerana Islam sendiri mengarahkan umatnya mentaati raja selaku pemimpin," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Raja pada Seminar Institusi Raja di sini hari ini. - UTUSAN MELOYO ONLINE




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...  SETUJU... KITA  WAJIB HORMAT MENGHORMATI SESAMA MANUSIA.... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU INSAN ITU JUJUR DAN BAIK MAKA KITA WAJIB HORMAT....kah kah kah...

kah kah kah... TAK KIRA LAAA...RAJA ATAU TAK RAJA.....kah kah kah..

kah kah kah... KALAU INSAN ITU ZALIM DAN JAHAT... WAJIB DI TENTANG.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KIRA LAAA ... RAJ ATAU TAK RAJA..... kah kah kah...


PERTANYAAN

1 - zaman nabi dahulu siapa jadi raja?
2 - ayat mana kata derhaka pada raja satu dosa?



PERTANYAAN
1 - zaman nabi dahulu siapa jadi raja?
2 - ayat mana kata derhaka pada raja satu dosa?




----------