Selasa, 22 November 2022
BELUM ADA KEPURTUSAN SAPA PM
BELUM ada keputusan lagi siapa perdana menteri yang akan dilantik dan tiada sebarang tempoh akhir ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15, kata Anwar Ibrahim.
Anwar memberitahu pemberita sebaik keluar dari Istana Negara, petang ini.
“Setakat ini tiada apa-apa keputusan,” katanya.
“Sekarang ini ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” tambahnya, menjawab soalan pemberita yang bertanya mengenai kedudukan jawatan perdana menteri.
Setakat ini, Ismail Sabri Yaakob masih perdana menteri sementara, yang memegang jawatan sehingga perdana menteri baharu dilantik selepas pilihan raya umum Sabtu lalu.
Anwar selaku pengerusi Pakatan Harapan petang tadi dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4.30 petang di Istana Negara, bersama pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Mereka tiba di Istana Negara tidak berselang lebih kurang pukul 4.05 petang. Muhyiddin meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira sejam kemudian sementara Anwar keluar untuk mengadakan sidang media pada 5.50 petang.
Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata Yang di-Pertuan menyampaikan pandangan tentang perlunya kesepakatan dan kerjasama semua pihak untuk membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.
Kerajaan kukuh itu diperlukan bagi memberi tumpuan kepada usaha menjaga kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi, katanya.
Kerajaan itu juga mesti bersifat inklusif dan mewakili semua pihak, kaum, dan wilayah.
“Kita berilah masa sedikit kepada kami dan juga tentunya kepada Duli Yang Mulia Tuanku untuk beri pertimbangan dan kebijaksanaan memutuskan dengan muktamad,” katanya. – 22 November, 2022.
YB UMNO BOLEH SOKONG ANWAR
BN tiada kuasa halang ahlinya sokong Anwar jadi PM, kata peguam
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) tidak ada kuasa undang-undang untuk memaksa mana-mana wakil rakyatnya menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10, kata peguam Haniff Khatri.
Beliau berkata, mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, keputusan memilih perdana menteri diserahkan kepada ahli parlimen itu sendiri, dan tidak tertakluk kepada sebarang keputusan parti.
Beliau berkata Perkara 43(2) memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik perdana menteri dan pembentukan kerajaan dengan menentukan ahli parlimen, yang pada pendapat Seri Paduka Baginda, mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Jika BN memutuskan untuk sokong Anwar, keputusan itu tidak boleh mengikat Ahli Parlimen (yang tidak sokong) untuk mengikutinya. Itu tidak berperlembagaan.
“Mana-mana ahli Umno boleh cakap mereka tidak sokong Anwar atau Muhyiddin Yassin (Pengerusi Perikatan Nasional). Tiada tindakan boleh diambil,” kata Haniff.
Awal hari ini, Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menyokong kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH).
Bendahari agung BN itu berkata, beliau lebih rela dipecat parti daripada bekerjasama dengan PH.
“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Saya rela dipecat parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.
“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” tulisnya di Facebook.
Kenyataan Hishammuddin itu dibuat selepas Ahmad Zahid Hamidi menafikan semua surat sokongan yang ditandatangani Ahli Parlimen BN untuk menyokong PN, mendakwa ianya tidak sah.
Haniff berkata kenyataan Ahmad Zahid yang setiap ahli Parlimen BN mesti menyokongnya juga bertentangan dengan keputusan Umno sebelum ini yang tidak mahu bekerjasama dengan Anwar.
“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan pada Perhimpunan Agung Umno pada Mac 2021 adalah untuk menolak Anwar dan DAP.
“Dalam BN, sekarang ini Ahmad Zahid tidak boleh tentang keputusan itu. Beliau akan dilihat menentang keputusan parti.”
Haniff juga berkata mengikut perlembagaan, calon yang mempunyai majoriti terkuat di Parlimen yang patut menjadi perdana menteri.
“Perkara 43 (2) membenarkan keputusan memilih perdana menteri sebagai keputusan individu Ahli Parlimen, tidak tertakluk kepada keputusan parti.”
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata semua ketua parti dan gabungan politik mesti memaklumkan Speaker Dewan Rakyat jika mereka memperoleh majoriti di Parlimen dan menyerahkan pilihan calon perdana menteri kepada istana sebelum 2 petang hari ini.
Ahmad Zahid bagaimanapun meminta Speaker Dewan Rakyat lanjutan masa agar beliau dapat menyusun akuan bersumpah itu.
Justeru itu, Istana Negara hari ini melanjutkan tarikh akhir sehingga 2 petang esok.
Awal hari ini Anwar berkata PH sedang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN demi kestabilan negara.
Pengerusi PH juga berkata beliau masih lagi calon perdana menteri untuk gabungan itu.
“Kita sudah bincang dengan BN. Isu paling penting ialah mewujudkan kerajaan yang stabil, yang inklusif, yang menjaga kepentingan rakyat di negara ini.
“Saya masih optimis yang kita akan dapat membentuk kerajaan yang lebih telus dan demokratik demi kepentingan rakyat,” katanya di hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, petang ini. – 21 November, 2022.
KERAJAAN
PERPADUAN
JALAN KELUAR
AMIN
INI BUKAN
KERAJAAN
CAMPURAN
KHALAS
GEROMBOLAN PECAH
TERKINI: 30 wakil rakyat BN dititah menghadap Agong esok
CYBERJAYA — Seramai 30 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, jam 10 pagi esok (23 Nov).
Namun, BebasNews tidak dimaklumkan sebab mengapa mereka dipanggil.
“Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan mereka seorang demi seorang,” jelas sumber itu.
BebasNews juga difahamkan pihak Istana menolak atau tidak menerima 10 akuan berkanun (SD) yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat BN itu bagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.
Sebelum ini, difahamkan 10 wakil rakyat itu telah menandatangani SD tersebut atas inisiatif Hishamuddin Tun Hussein.
WOW
JELAS
GEROMBOLAN
DAH PECAH
KHALAS
INI BAHAYA
UNTUK ANWAR
AMIN
TUBUH KERAJAAN PERPADUAN BUKAN KERAJAAN CAMPURAN
TUBUH KERAJAAN
PERPADUAN
BUKAN KERAJAAN
CAMPURAN
KHALAS
Unknown commented on
"KERAJAAN PERPADUAN"
ini cuma pendapat gua la... .. parlimen kena bersidang sekarang untuk selesaikan masalah ni dengan agong yang menjadi pengerusi.. sepatunya lah selesaikan maslah ni di parlimen.. kat situ kita boleh selesaikan masalah dengan tuntas dan jelas .. undi kat situ siapa patut jadi pm, nak debat nak hujah... lagi senang tak payah lagi panggil untuk buat undi percaya lepas tu...
Unknown commented on
"SELAMATKAN MALAYSIA
DARI UMNO"
biar la dia BN pulak bukak blog mcm tt... bior merasa jadi mcm tok tt, mcm sy nie, tiap2 bulan lpas nie soru miss, gaji riban2 dah yilek.. duit leterik kena bayar sendiri, air bayar sendiri... umah da la besar2 kilang... syukur... akhirnya begabung jugak dia orgBN dgn dia orgDap... hahahahhaa tu klu phAnuar maintain peeeM tepi...
Unknown commented on
"SELAMATKAN MALAYSIA
DARI UMNO"
Tikam belakang, khianat rasuah curi sondol menyamun semua sifat cukup gambarkan parti Ketuanan Melayu, ada sifat kurang tak? Kah kah kah bila masa Melayu pernah Bersatu ? Asyik bergaduh khianat tik belakang ITU saja kerja Dari zaman Melayu melaka dahulu sampai sekarang, bagi lah penjaja jadi Boss's senang sikit cari makan, dulu Kerala jaga 22 tahun tarak masalah pun, sekarang cari satu Cina atai Kerala jaga balik, kah kah kag
Unknown commented on
"SELAMATKAN MALAYSIA
DARI UMNO"
Mesia menuju kearah duplikasi Lubnan
TER NOWW KE ISTANA
Muhyiddin, Anwar dipanggil mengadap Agong
YANG di-Pertuan Agong menitahkan Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim mengadap di Istana Negara pukul 4 petang ini, maklum sumber kedua-dua pemimpin itu.
Majlis mengadap dipercayai berkaitan dengan urusan pembentukan kerajaan selepas tamat tempoh masa yang diberi setakat 2 petang tadi untuk semua gabungan menyatakan sokongan mereka kepada calon perdana menteri. – 22 November, 2022.
PENYAMUN POLITIKUS HAMPIR SAMA
PENYAMUN
DAN POLITIKUS
HAMPIR SAMA
KHALAS
Ulor sawa kemaman commented on
"MASALAH NAK KONTROL DAP"
Kamu pengundi masih percaya ke pada Bang Non ni????Tak sedar lagi ke yang dia ni paling kuat menipu samada semasa dalam BN atau dalam PH atau dalam penjara. Timbalan dia pulak syok sendiri seolah-olah dia paling pandai pasal kewangan dan orang lain bodoh. Last sekali terlepas cakap ugut pegawai kerajaan. Rafizi..kamu pandai sahaja, tapi bukan cerdik.
Masuk reba. commented on
"HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO"
Kamu jangan ingat Bn sahaja banyak penyamun...dalam PH sebenarnya lagi banyak penyamun, kalau dapat memerintah Malaysia sekali lagi jangan kamu menangis dan meraung mengenang nasib badan. Semasa PH jadi kerajaan ingat tak cadangan menarik elaun kritikal staf hospital. Lupa ke? Kamu memang bangang. Duit RM 80 bilioon menteri kewangan ambil dari petronas tu ada sesiapa tau dia buat apa????
Unknown commented on
"LAPORAN MEDIA ASING
TENTANG KITA"
la porn...cerita blue ke... kah kah kah dengar cerita nuar macam dah tak sabar jadi pm .. dia potong barisan.. ini pm yang kita cari.. kompom time dia ... pm convoi bersepah eskot tepi.. kah kah kah Nuar pm mampus rakyat.. kah kah kah
SD UNTUK DIPERSEMBAHKAN
SD UNTUK
DIPERSEMBAHKAN
KHALAS
DARI ARCHIVES KITABUL TT DISEMBER 2019
WAHAI PARA PEMBACHA TUKAR TIUB YANG BUDIMAN
Hari ini ada dua S.D.
Kedai tutop 2 Petang.
Bukan Special Draw Magnum Kuda Toto...itu tutop 7 Malam
Kita berhujah pasal SD yang libatkan kepentingan negara.Mengapa terbawa bawa dengan SD?
Lupakan sahaja Sampah Durjana ini .Dah banyak kali Sumpah Durjana bawa bala kepada rakyat dan negara.Orang yang tak berhak jadi PM tetiba jadi PM dah dua kali!
YDPA sewajarnya pileh SESIAPA sahaja yang Baginda PERCHAYA ada majority.Itu sahaja.PERIOD.KHALAS.
Lupakan Sumpah Durjana.
Suatu masa tahun awalan 1970an semasa Hung Parliament di UK....Alec Douglas-Home diberi peluang membentok Kerajaan tanpa absolute majority.Beliau minta tempoh kembali dengan majority satelah parliament bersidang..Dan beliau berjaya.
KERAJAAN kena tumboh.Rakyat dah undi.
Kalau pun YDPA tersalah pileh..tak ngapa.Terus dengan UNDI PERCHAYA sampai dapat...tapi tukar Speaker dulu!
AYOH...SD Istana Negara tutop 2PM
LEBEH MUSTOHOK..SPECIAL DRAW Magnum Kuda Toto tutop pukul 7 PM.
KERAJAAN PERPADUAN
JIKA GAGAL
TUBUH KERAJAAN
MAKA
JALAN TERBAIK
IALAH TUBUH
KERAJAAN
PERPADUAN
AMIN
SEMUA GABUNGAN
SEMUA PARTI
TERLIBAT DALAM
MEMBENTUK
KERAJAAN
UNTUK
MENGHADAPI
KRISIS EKONOMI
DAN
PALIANG BAHAYA
KRISIS
MALAPETAKA
CUACA
KHALAS
SARAWAK DAN SABAH HAK MENENTUKAN KENEGARAAN
GPS pilih parti beri mudarat lebih kecil, kata pemimpin parti
GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) memilih parti yang memberi mudarat lebih kecil dalam membentuk gabungan kerajaan Persekutuan baharu, kata pemimpin utama pakatan itu kepada The Malaysian Insight.
Dua mudarat dimaksudkannya ialah DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) ekoran perdebatan di media sosial mempertikaikan tindakan Pengerusi GPS Abang Johari Openg yang mahu bekerjasama dengan parti Islam itu.
“Saya Kristian dan saya tidak sokong perkauman atau percaya kepada ekstremis agama. Begitu juga GPS tetapi kita ada pilihan untuk memecah kebuntuan.
“Jika GPS memilih PH, maka kita akan bekerja dengan orang yang mahu memusnahkan kita. Jika kita memilih PN, PAS ada di situ dan majoriti rakyat Sarawak yang bukan Islam akan pertikai kenapa kita bekerjasama dengan pelampau agama,” kata pemimpin GPS itu yang enggan namanya disiarkan.
Katanya, perbezaan antara PAS dan DAP adalah PAS hanya bercakap namun tidak melakukan apa-apa ketika mereka berkuasa.
“Ya, mereka cakap, cakap, cakap. Mereka masih bercakap.
“DAP tak bercakap. Apabila mereka berkuasa pada PRU14, mereka terus mula kempen untuk buat Sarawak bayar.
“Pada mereka, sudah tiba ‘masa untuk membayar balik’. Mereka cuba bantutkan perkembangan kita, bunuh pembangunan negeri apabila mereka mula membatalkan kontrak untuk projek infrastruktur utama bernilai jutaan ringgit,” katanya merujuk kepada tindakan menteri kewangan PH ketika itu, Lim Guan Eng.
Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen juga sering dituduh bersubahat dengan Guan Eng dalam usaha menjadikan Sarawak mangsa.
“Ya, PAS banyak bersuara soal kaum dan agama dalam kempen baru-baru ini tapi diam-diam DAP terbukti lebih berbahaya kepada GPS.
“Kita boleh kekal neutral dan jadi pembangkang tapi bukan itu yang kita mahu,” katanya.
Bekas setiausaha PKR Sarawak, Joshua Jabeng mencetuskan perdebatan di akaun Facebooknya dengan menulis, “Saarwak akan semakin tertindas dengan dasar perkauman dan agama PAS jika GPS memberi laluan kepada PAS untuk berada dalam kerajaan.
“Sarawak, sebagai negeri sekular perlu tuntut supaya politik dan agama mesti dipisahkan,” katanya.
Jabeng berkata PAS dengan 49 kerusi dalam gabungan PN berada dalam kedudukan untuk menggulingkan perdana menteri yang dilantik Muhyiddin Yassin pada bila-bila masa untuk meletakkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata jika Hadi menjadi perdana menteri, mungkin akan ada lebih banyak pergolakan kerana kaum Dayak, yang pernah diperlekehkan oleh Hadi, sudah tentu menolaknya dengan melabelkan beliau dan partinya sebagai ancaman besar “kepada kepelbagaian budaya dan warisan rakyat Sarawak”.
Jabeng kemudian merayu kepada semua ahli Parlimen GPS “membuat keputusan berani” menolak sebarang hasrat untuk bekerjasama dengan PN dan PAS.
Muhyddin juga didakwa sebagai fanatik agama apabila memperlekehkan masyarakat Kristian, menuduh mereka dan Yahudi merancang untuk mengkristiankan Malaysia jika PH menang dalam kempen pilihan raya yang baharu selesai.
Paul Raja, presiden Kongres Nasional Dayak (DNC), berkata GPS meletakkan PAS berkuasa akan membatalkan semua slogan gabungan itu.
“Sarawak untuk rakyat Sarawak bermakna mengekalkan status quo Sarawak sebagai sebuah negeri sekular dengan semua kaum hidup dalam harmoni dan menghormati antara satu sama lain.”
“Kami manu GPS menjadi lebih terhormat dan waras. Kerajaan persekutuan yang diterajui PAS tidak boleh dipersetujui oleh GPS, jika mereka menghargai status dan keharmonian di Malaysia secara keseluruhannya,” kata Raja.
“PAS adalah parti paling dominan sekarang, bukan sahaja dalam PN tetapi keseluruhannya dengan 49 ahli Parlimen. Bukan satu rahsia lagi yang PAS adalah sebuah parti pelampau agama yang berikrar untuk memperkenalkan hukum Hudud di Malaysia apabila mereka berkuasa.”
“Sebagai parti tunggal terbesar di Malaysia sekarang, siapakah GPS, dengan hanya 22 ahli Parlimen, untuk berkata ‘tidak’ kepada PAS dalam melaksanakan undang-undang dan dasar di Malaysia?”
Seorang pengguna Facebook, yang menggunakan nama “Dylla Fudillah”, menjawab kiriman Jabeng, berkata patung Buddha terbesar di negara ini adalah di Kelantan.
Beliau berkata jika PAS adalah parti ekstremis seperti yang didakwa bukan Islam, maka patung itu sudah lama hilang.
“Jangan kaitkan isu ini (siapa yang patut menjadi perdana menteri) dengan agama. Ia sensitif.”
“Mari kita hadkan perbincangan kita kepada siapa yang layak menjadi perdana menteri.”
Keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri dijangka dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini apabila baginda bertemu wakil PN dan PH serta calon perdana menteri mereka.
Pada Ahad, Pengerusi GPS Abang Johari mengumumkan membentuk gabungan dengan PN, BN dan GRS.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menafikannya dengan berkata beliau tidak membincangkan isu ini dengan PN mahupun GPS.
Tanpa BN, gabungan PN, GPS dan GRS hanya mempunyai 101 kerusi di Parlimen, kurang 11 kerusi daripada majoriti mudah.
Zahid sebaliknya bertemu dengan pemimpin PH di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam berikutan Anwar berkata PH sedang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN demi kestabilan negara.
Pengerusi PH itu juga berkata beliau masih calon perdana menteri untuk gabungan itu. – 22 November, 2022.
WOIT
SABAH SARAWAK
WAJIB DIBERI HAK
UNTUK MENENTUKAN
NASIB SENDIRI
AMIN
PROJEK MALAYSIA
PROJEK BRITISH
AMIN
SLOGAN SABAH
UNTUK SABAHAN
SARAWAK UNTUK
SARAWAKIAN
WAJIB
DITUNTASKAN
KHALAS
SELAMATKAN MALAYSIA DARI UMNO
Umno gagal belajar daripada kesilapan lalu, kata pemerhati
UMNO melakukan beberapa kesilapan yang tidak henti-henti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu yang menyebabkan calon-calon ‘heavyweights’ tewas, hilang dua negeri serta prestasi buruk Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.
Pemerhati politik memberitahu The Malaysian Insight, Umno juga gagal belajar daripada pilihan raya lalu, tidak menghiraukan sokongan Melayu yang semakin berkurang sejak 2018.
Mereka juga tidak menafikan elemen sabotaj dalam Umno selepas Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menggugurkan beberapa ‘warlords’ daripada bertanding.
Umno hanya menang 26 Parlimen, salah satu kekalahan terburuk sejak negara merdeka.
Semua nama besar seperti Khairy Jamaluddin, Mahadzir Khalid, Abdul Azeez Rahim dan Tengku Zafrul Abdul Aziz tewas.
Ramai yang tewas di tangan calon Perikatan Nasional yang pertama kali menjadi wakil rakyat.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Zahid gagal memahami sentimen rakyat boleh berubah dengan mudah sedangkan beliau masih terbuai dengan prestasi cemerlang Umno di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka awal tahun ini.
Tambahnya, kegagalan Umno bersaing dengan PN melalui media sosial sepanjang tempoh berkempen menjadi punca lain mengapa parti Melayu itu kehilangan begitu banyak kerusi kepada PN.
“Jelas sekali Umno tidak belajar daripada kesilapannya. Mereka terbawa-bawa dengan kemenangan PRN Melaka dan Johor. Perkara sama jadi bila mereka buat PRU14 lepas menang bergaya di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Tingkah laku pengundi kerap berubah dan Umno tidak boleh bergantung kepada keputusan di Melaka dan Johor. Tambahan pula mereka menggesa pilihan raya semasa musim tengkujuh, sebab itu mereka ditumpaskan,” katanya.
Hisomuddin berkata pengundi pertama kali termasuk yang atas pagar dipengaruhi oleh kempen dalam talian PN terutamanya melalui TikTok malah katanya pengundi muda tanpa parti lebih memilih PN.
“Ia seperti BN bagi PN tumpang sepanjang tempoh kempen. Mereka tidak cuba lawan atau cabar PN pun. Sebab itu pengundi pertama kali mudah dipengaruhi PN,” kata Hisomuddin.
Pakatan Harapan (PH) menang 76 kerusi, sementara rakan gabungannya DAP Sarawak mendapat lima kerusi dan Muda satu kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 82 kerusi.
Perikatan Nasional (PN) dan PAS menang 51 dan 22 kerusi dengan jumlah keseluruhan 73 kerusi.
Barisan Nasional (BN) menang 30, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan Bebas (2). – 22 November, 2022.
BAGUSLAH
GEROMBOLAN
BUAT SILAP
MAKIN KALAH
AMIN
INI PARTI
BONEKA INGGERIS
AMIN
NAMA PUN
UNITED MALAYS
NATIONAL
ORGANISATION
AMIN
CAKAP
KETUANAN MELAYU
TAPI NAMA
INGGERIS
KHALAS
- BUKAN WAYANG TAMIL - TUBUH KERAJAAN PERPADUAN
TUBUH KERAJAAN
PERPADUAN BUKAN
BUAT WAYANG TAMIL
KHALAS
Unknown commented on
"KITA BERGOJET TUNGGU
KERAJAAN BARU"
hisham shiok calon tetap PM hilang kerusi bekas PM hilang deposit jilaka ko sham org tengah susah hati ko boleh berjoget pulak
Unknown commented on
"KITA BERGOJET TUNGGU
KERAJAAN BARU"
Kah kah kah kah i've the numbers..... kita makan pop corn dulu
Unknown commented on
"KITA BERGOJET TUNGGU
KERAJAAN BARU"
Kerajaan baru apanya tt. Kerajaan yang sama. Wayang Tamil semua ni. Depa nak lawan sesama depa saja. Sapa lg banyak menang, wakil dia jadi PM. Gabung tetap gabung. Aku ni terus terang tak suka si Anwar. Cuma kalau nak ada issue peribadi, nak mungkir janji, nak kroni ke ape.. pada aku benda tu standard..politikus. Tapi jangan buat wayang babi macam ni! Ni anggap kami semua ni yang bersesak balik hadap jammed. Beratur nak mengundi, seperti melakukan kerja yang sia2! Siapa nak bayar duit aku habis 3-4 ratus atas nama tanggungjawab yang sebenarnya cuma wayang korang ni????siapa pulak nk ganti berjuta duit negara digunakan untuk pru ni?? Cibai pukimak
Unknown commented on
"KITA BERGOJET TUNGGU
KERAJAAN BARU"
doloh sani kaloh... aduh x dapt no dengor gelak babi dia dah.. kah kah kah
KEMAH BESAR DAH TERLAMBAT
KEMAH BESAR
ADA KERJASAMA
ELAK CALON
BERTINDIH
AMIN
SEKARANG SIBUK
NAK BUAT
KEMAH BESAR
DAH TERLAMBAT
KHALAS
Unknown commented on
"ANWAR TETAP ADA NUMBO"
Lojiklah apa yang PN BN Dan PH buat skrang. Cuba hang bgitahu macam mana nak buat awal2 kalau masing2 nak calon dia jadi pm? Yang dok sibuk khemah besar awal2 ni atuk and shafie ja. Sebab apa? Sebab depa tau lepas pru memang dah takdak chance! Kehkeh. Anwar, Zahid, Muhyiddin tiga2 gamble. Ni baru namanya politik. Bukannya awal2 dh nak bersatu. Tu namanya takut hilang deposit. Kahkahkahkah
KERAJAAN TAKDA MAJORITI BESAR ADALAH BAIK UNTUK RAKYAT
KERAJAAN BAIK
YANG TAK ADA
MAJORITI BESAR
AMIN
KERAJAAN INI
BUAT DASAR
BERHATI HATI
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)