Tak sampai dua minggu
Hari raya akan sampai
Kelmarin kuala lumpur sesak
Orang selangor bercuti
Mid valley menjadi tumpuan
Sibuk sibuk dan sibuk
Minggu ini pasti ramai dapat jemputan berbuka
Kawan pejabat dengan kawan pejabat
Kawan meniaga dengan kawan meniaga
Kawan politik dengan kawan politik
Awek dengan balak
Yang tak ada awek cuba cari awek
Yang tak de balak cuba cari balak
Hotel, restaurant , kedai mamak dan warong
Semua jadi tumpuan
Masa dan mata lapar merayu juadah
Masa dan mata menunggu hidangan
Masa dan mata melihat jam ditangan
Masa dan mata cuba mendengar azan
Masa akan terus berlalu
Masa telah kita tukar
Masa telah kita niagakan untuk keselesaan
Masa telah merompak kreativiti
Kita tidak lagi pandai memasak
Selalu kita dengar :
Ayah tak tahu memasak
Anak tak tahu memasak
Isteri tak tahu memasak
Tak ada siapa yang tahu memasak
Memasak seperti pelukis adalah satu seni
Memasak seperti pengukir perlukan daya kretif
Memasak adalah melukis
Memasak ialah melukis menggunakan lada, asam dan garam
Hilang daya memasak
Hilang daya kreatif
Semua kini kita beli
Semua kini ada orang lain yang membuat
Kita lupa betapa indahnya membuat secangkir air selasih
Kita lupa betapa indahnya membuat seketul tamar goreng
Kita lupa betapa indah memotong sebiji terong
Kita lupa betapa indahnya menghiris sebiji lada
Kita lupa membuat adalah nikmat yang maha agung
Ujung minggu ini cuba masak di rumah
Jemput sahabat, handai dan taulan
Buka kan dapor sebagai kanvas
Dan pamirkan lukisan di meja makan
Khamis, 18 September 2008
SIDANG KHAS DEWAN RAKYAT TIDAK PERLU – PM
KUALA LUMPUR 18 Sept Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sidang khas Dewan Rakyat tidak perlu diadakan.
Kerajaan juga jelas beliau, tiada perancangan untuk menahan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini. – Bernama

Labels:
glamour,
kelana jaya,
kerdas,
merdeka malaysia,
petai
PEMECAH BERITA - ANWAR, HADI DAN LIM MINTA PARLIMEN BERSIDAN
Tiga pemimpin Pakatan Rakyat – Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk meminta diadakan satu sidang tergempar parlimen tidak lewat dari 23 September ini.
Agenda yang akan dibincangkan ialah – undi tidak percaya kepada pimpinan Abdullah Badawi.
Permintaan sidang tergempar parlimen ini sedia wujud dalam Perlembagaan Negara.
Dalam persidangan parlimen ini pemimpin Pakatan Rakyat akan memberikan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang tidak lagi memiliki keyakinan terhadap pimpinan Abdullah Badawi

perlis,
Pertanian,
petai,
universiti internet
PARLIMEN 23 SEPTEMBER - TERBARU
Laman web Malaysian Insider telah memberitakan yang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan mengadakan ‘undi tidak percaya’ kepada Perdana Menteri.
Persoalan – bukankah parlimen sedang berehat di bulan puasa ini.

DI SANA DAN DI SINI
Hari raya akan sampai. Sekali lagi kita akan berhadapan dengan kematian anak-anak muda kita. Angka dan jumlah anak muda kita yang tewas di jalan raya pasti akan bertambah.
Apakah terlintas dihati untuk bertanya kenapa hari ini di IPTA dan di IPTs majoriti warganya ialah pelajar wanita.
Apakah terlintas dihati untukk bertanya kenapa hari ini jumlah wanita melebihi warga lelaki dalam negara kita.
Anak-anak muda lelaki yang akan menjadi warga saban tahun semakin banyak gugur di jalan raya.
Saban tahun juga saya menulis tentang ini – tanpa sudah-sudah. Saya cuba menimbulkan kesedaran bahawa jalan-jalan raya kita hari ini telah menjadi satu tempat merbahaya yang mungkin menyamai Falujjah atau Tebing Gaza.
Saya juga cuba menimbulkan tentang wujudnya pilihan lain sebagai cara untuk kita semua bergerak dari satu daerah ke satu mukim. Saya mencadangkan kemungkinan kita untuk lebih banyak menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan terbaik.
Bergerak pantas ke hadapan menuju ke sana adalah niat dan cita-cita kita semua. Semua kita yang dari sini memang ingin ke sana. Mereka yang di sana pula ingin ke sini. Dalam cita-cita dari sini hendak ke sana dan dari sana hendak ke sini kita lupa untuk melihat ke kiri dan ke kanan.
Bayangkan betapa derasnya pacuan sebuah kereta. Bayangkan betapa pantas sebuah motosikal meluncur maju ke hadapan. Dalam deras laju ini kita terlupa dan terlalai bahawa di sana dan di sini yang kita kejar itu tidak pernah pindah pindah.
Dalam masa harga minyak yang semakin mahal. Dalam suasana ekonomi yang semakin tidak menentu, rasa saya kita semua perlu berfikir kembali. Apakah berbaloi dan masuk akal cara kita bergerak dari sini ke sana. Apakah ini satu-satunya cara yang terbaik untuk bergerak. Apakah ada cara ini yang paling ekonomik untuk kita semua bergerak.
Sistem pengangkutan awam dari kota besar ke kota kecil pada ketika ini agak tersusun. Tetapi dari kota kecil ke pekan dan dari pekan ke kampung-kampung sistem bas kita semakin merosot berbanding dua puluh tahun dahulu. Kerana tidak wujudnya penyambungan sistem bas yang lumayan di pekan-pekan kecil ke kampong-kampong maka tidak dapat tidak warga ‘dipaksa’ bergerak dengan kereta persendirian.
Pada ketika ini budaya kita telah menobatkan kereta sebagai satu ‘berhala’ yang perlu di ‘sembah’. . Budaya moden telah mengalihkan nilai kita dari melihat kereta sebagai alat untuk bergerak. Kini kereta telah dijadikan tanda dan makna untuk menilai harga seorang insan. Nilai inilah yang menjadikan jalan dan lebuh kita sebagai satu wilayah yang merbahaya.
Di jalan-jalan kecil yang bukan lebuh raya, anak-anak muda bermotosikal dan pemboncengnya kini menjadi mangsa utama. Mereka inilah yang akan menjadi statistik yang kita baca seminggu sebelum hari raya atau satu minggu sesudah hari raya. Mereka gugur untuk menjadi berita statistik, tidak lebih dari itu.
Sebenarnya kita tidak perlu memacu liar untuk ke sana. Dalam perjalan dari sini hendak ke sana cuba perhatikanlah rumput-rumput di pinggir jalan. Cuba perhatikan semuncup dan pucuk sembilu. Cuba perhatikan pucuk paku, buluh dan daun keduduk. Liarkan mata untuk melihat ungas dan burung. Amati dan perhatikan daun, ranting, dahan dan banir. Lihat anak-anak air, lopak-lopak berpaya dan aliran sungai.
Semua ‘makhlok-makhlok’ ini sedang melambai-lambai dan memanggil-manggil agar kita perlahankan perjalanan hidup. Hanya mata kita gagal untuk mendengar lambaian mereka..
Juga kita terlupa ke sana yang kita kejar itu akhirnya akan menjadi di sini. Ke sana akan terus di sana.

malaysia baru
HARGA JAJAN/MAKANAN
Jam 5.30ptg:
Satu ketul ayam/ikan, nasi , sayur dan ulam jam di Bangasr ialah Rm4.50 -
Kueh Seringgit untuk 3 biji.
Minuman Seringgit sebungkus
Manisan Tofu, bubur dll –Rm2.00
Jam 7.40ptg
Satu ketul ayam/ikan, nasi , sayur dan ulam jam 5.30 ptg di Bangasr ialh Rm2.50
Kueh Seringgit untuk 5 biji.
Minuman Seringgit 2 sebungkus
Manisan Tofu, bubur dll – RM1.00
Kalau tolong kemas meja dan kerusi mungkin dapat percuma. Kalau tunggu jam 9.00 malam mungkin dapat sedekah dari tuan empunya warong
-

BERITA EKONOMI
Harga bahan bakar petrolium telah turun di bawah 100 dolar satu tong.
Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Bursa saham jika diambil sebagai penunjuk semakin merundum.

EKONOMI
LIPUTAN BERITA
- Abdullah Badawi bertukar jawatan dengan Najib Razak
- KJ akan bertanding sebagai ketua pemuda United Malays National Organisation
- Sheikh penulis blog Kickdefella ditahan dibawah Akta Hasutan
- SAPP telah meninggalkan Barisan Nasional tetapi tidak memasuki Pakatan Rakyat.
- Mufti Perlis berkata Islam tidak memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri

ADUN SABAH,
Khairy Jamaluddin,
malaysia baru,
Mufti Perlis
Langgan:
Catatan (Atom)