Khamis, 9 Disember 2021

KE BUKIT TINGGI

 

KE BUKIT TINGGI

Ketua Pengarang commented on

 "HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

oi sibuk melancong pegi sumatera sampai tak update blog.. banyak duit ye boleh melancong… sosialis apa kaya raya? kah kah kah!


Unknown commented on

 "HARI INI

 KE BUKIT TINGGI"

Towkay, bila buka kedai? Asyik bercuti, bila start kerja?


Jigit commented on 

"HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

Tuan TT ni orang nak berdemontrasi bila Najib dibebaskan, dia lari ke Bukit Tinggi pulak...


Unknown commented on 

"HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

selamat jalan selamat pergi dan balik. zihaban wa iyyaaban.


Ketua Pengarang commented on 

"HARI INI 

KE BUKIT TINGGI"

banyak duit kau boleh melancong ke luar negeri..

NOTA

TULISAN DI BAWAH INI
TELAH DIPILIH
PENULISNYA TELAH
DIJEMPUT  DATANG
BERCUTI DI BUKIT TINGGI

BUKIT TINGGI INI
HANYA 40 MINIT DARI GOMBAK

SAYA SIARKAN SEKALI LAGI
TULISAN ITU

NOTA
SOSIALIS ITU
SISTEM EKONOMI
YANG BERTENTANGAN
DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS
PENGANUT FAHAMAN INI
TIDAK DIWAJIBKAN MISKIN
ATAU
DIWAJIB PAKAI SELIPAR
ATAU
HIDUP DALAM PAPA KEDANA

SILA AMBIL PERHATIAN
DALAM DUNIA 
DARI DULU SAMPAI SEKARANG
ADA TIGA KUMPULAN
YANG PALING BERPENGARUH
PETAMA : YAHUDI
KEDUA : GAY & HOMOSEXUAL
KETIGA : KAUM KIRI KOMUNIS & SOSIALIS

KUMPULAN INI BERPENGARUH
KERANA MEREKA BIJAK
MEREKA BIJAK KERANA
MEREKA MANGSA PENINDASAN

KOMPUTER YANG
SEDNAG KITA GUNAKAN INI
ADLAH BJUAH FIKIRAN
SEORANG HOMOSEXUAL

JELAS
TIGA KUMPULAN UMAT MANUSIA
INILAH
YANG  SEDANG MENGGARISKAN
PERJALANAN  DUNIA
AMIN



 KITA BERJALAN

BUKAN UNTUK SAMPAI 

Seratus tahun dari hari ini jika bumi ini masih wujud maka hendaknya akan adalah anak muda yang terjumpa apa yang saya tulis ini. Ini adalah ingat ingatan perjalanan fikrah hidup  merakam sejarah.  Kesah pejalanan ini sama  saperti apa yang telah dilakukan oleh Tun Sri Lanang 400 tahun dahulu dalam Sulalatus Salatin. Saya juga memiliki niat yang sama hendaknya. Amin.

Ketika saya menulis perjalanan fikrah saya ini – 28 April 2020 – sebanyak 210 buah negara dan wilayah sedang diserang oleh Covid-19. Berbilion umat manusia sedang berkurung - berkhalwat. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan. Umat manusia sedang akur mengamalkan jarak sosial untuk menjauhkan diri dari virus Corona. Statistik menunjukkan seramai 3,064,225 telah dihinggapi oleh Corona. Seramai 211,573  telah tewas.  Seramai 922,387 telah diselamatkan. Amin.

Saya juga sedar  tentang tangisan Ibu Pertiwi – Bumi Manusia atau Mother Earth. Ibu Pertiwi telah memberi amaran kepada anak , cucu dan cicit. Ibu Pertiwi telah memberi ingatan. Apa yang sedang berlaku hari ini belum pernah berlaku. Awas dan waspada. Ini bukan bermakna sesudah Covid-19 dilunturkan dan ditewaskan maka kita semua selamat untuk kembali berjoget dan berdansa.

Tidak. Jangan berangan-angan. Umat manusia jangan berkhayal. Sedarlah Covid -19 ini hanya permulaan. Virus, hama dan busung-busung baru akan muncul. Serangan yang akan datang ini lebih hebat, lebih mudarat, lebih ganas dan lebih pantas untuk membunuh umat manusia.

Betulkah? Atau ini hanya propaganda untuk menakut-nakutkan umat manusia? Apakah ada gajah di belakang kancil? Ada projek untuk jual ubat? Atau ini hanya cubaan mengolah persetujuan agar kita semua akan tunduk mengikut arahan?

Ini bukan propaganda.

Tetapi persoalannya, apakah umat manusia ada jalan selamat dari busung, hama dan virus. Manusia memiliki fikrah hingga boleh naik ke bulan. Mustahil fikrah manusia tidak berupaya mencipta ubat-ubatan untuk menewaskan virus, hama dan busung.

Sikap manusia moden hari ini ialah sentiasa berbangga dengan fikrahnya. Manusia moden angkuh dengan ilmu pengetahuan. Manusia moden percaya kemodenan mereka akan memunculkan jalan selamat.  

Kita semua tebeliak mata penuh takjub  bila mendengar pada 7 Mac 2009 National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah menghantar teleskop bernama Kepler ke angkasa raya. Tujuannya untuk mencari planet yang menyerupai bumi. Apakah ini persediaan untuk menyelamatkan diri dari Bumi Manusia ini bila busung baru sampai?

Sebenarnya kita tidak perlu ke angkasa raya untuk selamat. Di bumi ini sedia wujud jalan selamat untuk umat manusia. Jalan selamat untuk kesejahteraan umat manusia sentiasa terbuka. Jalan itu ada – jalan itu sedang kita berjalan diatasnya.

Ah! Kenapalah tidak sedar.

Jalan selamat ini bermula dengan kesediaan umat manusia menerima hakikat bahawa kepala angin segala virus dalam alam semesta ini adalah manusia sendiri. Manusia wajib menerima hakikat bahawa manusia adalah virus. Manusia ialah hama. Manusia ialah busung. Manusia moden adalah busung yang amat merbahaya kepada umat manusia dan kepada Bumi Manusia. Amin.

Kenyataan demi kenyataan – saranan demi saranan – ingatan demi ingatan telah diumumkan kepada umat manusia. Kajian demi kajian. Dari gedung ilmu ini ke gedung ilmu itu. Dari kajian ilmuan benua ini kepada kajian ilmuan benua itu. Hampir setiap tahun ada sahaja para ilmuan, para pakar dan para saintis memberi ingatan. Setiap tahun data diumumkan kepada umat manusia. Tetapi umat manusia tidak ambil port. Umat manusia terus kenduri kendara – berjoget berdansa.

Umat manusia sombong dan angkuh dengan gaya hidup moden. Gaya hidup moden yang rancak dan ranggi ini melalaikan umat manusia. Manusia berdengung khayal ketagih dengan candu yang dipanggil 'consumer'. Umat manusia terus gian untuk menjadi pembeli, pengguna dan pemakai.

Membeli dan memiliki ini menjadi teras tamadun moden. Tamadun consumer ini difatwakan sebagai yang soheh, yang soleh dan yang afdal. Tamadun ini sahajalah yang boleh menjamin kesejahteraan umat. Gaya hidup lain, yang bercawat dan bogel dianggap tamadun kuno dari kitab ajaran sesat.

Justeru ketika umat manusia moden berkhayal, dunia semakin panas. Karbon semakin meninggi. Oksigen semakin kotor. Air semakin tercemar. Sungai semakin kering. Laut semakin mengampuh. Angin semakin ganas. Taufan semakin gila. Hujan semakin lebat. Sawah semakin kering.  Hutan semakin kurang. Kereta semakin banyak. Plastik semakin menggunung.

Sebenar-benarnya umat manusia inilah ibu segala virus. Umat Manusia ialah kepala busung segala busung. Manusia adalah hama segala hama. Umat manusia yang sedia ada hari ini seperti Corona sedang membaham Bumi Manusia.

Serangan Covid-19 yang ketika ini sedang melanda 210 buah negara berpunca dari virus bernama manusia.

Yakinlah – pasca Corona jika kedai akan dibuka semula, kilang akan beroperasi, perniagaan macam biasa, maknanya - business as usual -  meniaga saperti dulu. Jika ini sikap manusia pasca Corona maka umat manusia akan menuju jahanam. Saya cukup yakin dengan kenyataan perjalanan fikrah  saya ini. Masa akan membuktikan saya tepat. Rakaman sejarah saya ini sebagai bukti.

Ketika saya menulis perjalanan ini – ketika pembaca selesai membaca satu perenggan tulisan saya - sebanyak 24,000 tan air batu telah cair. Air yang cair ini masuk ke laut. Setiap saat air laut bertambah sebanyak 10 biji air kolam renang skala olimpik. Warga Bagan Datuk, Tanjung Piai dan Telok Intan sila berwaspada.

Selesai sahaja pembaca membaca satu perenggan tulisan saya ini bermakna 150 ekar hutan dara telah musnah. Setiap saat, setiap hari 150 ekar hutan musnah. Seluas 200,000 ekar hutan hujan tropika dibakar setiap hari. Seluas 78 juta ekar hutan dara dimusnahkan setiap tahun. Lebih 20 peratus hutan hujan tropika Amazon telah musnah. Waspada Sabah dan Sarawak. Hutan dara Kelantan telah habis dijual.

Aduh ! Lihatlah !

Warga Australia baru sahaja selesai melihat hutan kampung mereka terbakar. Sayugia diberitahu bahawa kebakaran hutan ini hanya 15 peratus berlaku secara 'natural' – kerana petir dan kilat. Kebakaran 95 peratus lagi adalah akibat virus yang bernama manusia.

Pada akhir bulan Januari 2020 - di Victoria dan New South Wales cuaca meledak panas. Kebakaran bermula secara natural – panahan petir. Tetapi akhbar Sydney Morning Herald telah melaporkan seramai 183 manusia telah ditahan dan 24 manusia ini telah didakwa kerana memulakan pembakaran.

Hutan di Australia ini terbakar selama 3 bulan. Seluas 27.2 juta ekar hutan telah terbakar. Statistik menunjukkan 20 peratus hutan Australia telah musnah terbakar. Kebakaran tahun 2020 ini paling besar dan belum pernah berlaku.

Rumah Mat Koala dan Siti Kangaroo musnah terbakar. Impian mereka untuk hidup bahagia beranak pinak dalam hutan  Eucalyptus kini tinggal debu.

Dalam perjalanan kita ini saya berani membuat kenyataan bahawa kebakaran di Australia, di California atau dimana sahaja adalah kerana manusia. Manusia adalah punca kebakaran ini walaupun mancis api diguris oleh kilat dan petir.

Saya menuduh manusia sebagai pembakar kerana manusia menjadi punca dunia kita hari ini semakin panas berdebu. Umat manusia tidak boleh menafikan tuduhan ini. Buktinya amat jelas. Apabila suhu di Sydney naik ke paras 48.9 darjah centigrade atau 120 darjah Fahrenheit - ini kepanasan yang belum pernah dirakamkan. Virus manusia moden menghasilkan kepanasan dunia sedemikian rupa. Amin.

Dalam satu minggu saya membuang sampah sarap hampir 4 kilogram. Sisa makanan dan plastik menjadi sampah utama dari saya. Saya tidak tahu apa terjadi kepada sampah yang saya masukkan ke dalam tong sampah moden ini. Moden kerana tong sampah ini ada tiga bahagian – untuk plastik, kertas dan sisa makanan. Tong sampah ini berniat moden untuk menjaga alam sekitar Bumi Manusia.

Pada hemat saya tujuan tong sampah moden ini hanya untuk menyedapkan hati saya. Untuk melalaikan saya agar terus menjadi virus. Agar saya terus mengagungkan budaya consumer. Untuk membuktikan bahawa saya manusia moden yang sedar akan alam sekitar. Saya mahu memperlihatkan bahawa saya bukan virus, tapi sosok yang bertanggungjawab. Pooorah! Semua ini sandiwara consumer budaya moden.

Ketika saya menulis perjalanan ini dan merakamkan sejarah ini kajian telah memaparkan data bahawa setiap tahun 8 juta tan… saya ulangi… 8 juta tan plastik telah masuk ke dalam laut. Hari ini plastik adalah 80 peratus sampah dalam laut. Yang 20 peratus lagi adalah tayar, besi dan pelbagai apparatus peralatan manusia moden.

Akibat dari ini kemalangan yang maha sangat sedang berlaku kepada Sang Laut tempat umat manusia menumpang makan. Laut jadi kotor.  Ikan mati. Rumpai mati. Bila rumpai mati plankton ikut mati. Bila plankton mati, ikan mati kebulur. Apabila nelayan memasang pukat yang masuk hanyalah Plastik Botol bin Plastik Bakul. Nelayan hanya menunggu masa untuk mati.

Kebakaran hutan hujan tropika, pencairan glazier, alam sekitar semakin kotor, sampah sarap plastik menggunung, udara semakin tercemar – semua ini adalah wilayah subur untuk virus baru muncul.

Kita tidak tahu apa lagi virus yang tersimpan beku berjuta-juta tahun dalam glazier. Kita tidak tahu busung apa yang tersimpan dalam perut bumi di hutan Kalimantan. Bila hutan di New South Wales terbakar, kita tidak tahu campuran kimia apa yang akan memunculkan hama yang baru.

Kita juga tidak tahu berapa lama lagi berkurung berkhalwat akan diwajibkan. Tapi saya tahu bahawa virus Corona dan Covid-19 adalah hasil buah tangan manusia. Virus yang bernama manusia ini dengan tamadun moden telah berjaya mengumpul ayam, mengumpulkan lembu dan mengumpulkan kambing untuk dijadikan bahan makanan.

Dalam kawasan sempit, dalam reban dan kandang yang berasak-asak ini – ayam babi kambing lembu dipaksa memakan daging sesama sendiri. Dari haiwan makan rumput kini menjadi haiwan makan daging. Amin.

Tulang ayam dan bangkai ayam diproses untuk dijadikan makanan kepada kambing, lembu dan babi. Tulang dan bangkai babi dan kambing diproses untuk dijadikan makanan kepada lembu. Lembu makan kambing dan babi. Pelik tetapi benar.

Ini bukan penglipur lara dari saya. Ini fakta  punca – mad cow disease - berlaku di United Kingdom pada tahun 1986 yang mengakibatkan 177 kematian. Sebanyak 4.5 juta lembu telah dibakar hidup-hidup untuk memastikan penyakit ini tidak merebak.

Tidak cukup dengan ayam, lembu, kambing dan babi – manusia moden mahu makan kelawar dan tenggiling.  

Aduh! Jika ini bukan bukti bahawa manusia moden ini adalah virus, maka saya bukan dari Orang Asli suku Biduanda. Apakah yang saya tulis ini hanya penglipur lara. Tetapi hakikatnya semua ini adalah fakta, bukan penglipur lara.

Jika ini bukan penglipur lara bagaimana virus yang bernama manusia ini dapat kita musnahkan?

Apakah virus yang bernama manusia ini pula yang perlu dimusnahkan?

Jawapannya ada pada manusia itu sendiri, pada diri kita sendiri. Saya hanya perakam sejarah. Merakam perjalanan hidup manusia moden.  Jangan tuduh saya  Tok Selampit. Cerita saya ini bukan penglipurlara.

Seratus tahun dari  hari ini hendaknya adalah anak muda  yang akan terjumpa kesah perjalanan hidup saya ini. Dalam perjalanan yang penting bukan sampai tapi melihat jalan melihat lorong yang kita lalui. Ketika menapak kita memandang rumput, pokok, sungai dan sawah. Ketika melangkah kita  mendengar suara murai, gagak dan tempua. Ketika mendongak ke langit kita melihat hujan dan pelangi petang. Ketika bergerak ke hadapan kita mendengar salakan anjing liar. Inilah yang telah dirakamkan oleh Tun Sri Lanang. Inilah juga yang saya rakamkan pada awal tahun 2020.

Inilah keindahan perjalanan  hidup yang sesama kita lalui. (TT)




SABRI 114 MENIPU

 



Prestasi jemaah menteri capai 90% dalam 100 hari suntik kesungguhan, kata PM


PRESTASI keseluruhan bagi tempoh 100 hari pentadbiran jemaah menteri yang mencapai sekitar 90 peratus kejayaan bukan alasan untuk mendabik dada sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk barisan kabinet terus bekerja bersama rakyat, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh ahli Jemaah Menteri dengan kerjasama penjawat awam menggembleng tenaga dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada dan berkesan kepada Keluarga Malaysia. 

“Meskipun pencapaian tidak menepati sasaran 100 peratus, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam menghadapi tempoh pandemik Covid-19.

“(Ia dengan) mengetepikan segala kerenah birokrasi. Bagaimanapun, sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata. Maka peratusan yang dicapai ini bukan alasan untuk kita mendabik dada, sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk kami terus bekerja bersama rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.


JELAS SABRI 114

BUAT LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

MASUK OPIS

JADI PM CUKUP

100 HARI JELAS

AMIN

SEMUA ORANG 

FAHAM FAKTA INI

AMIN

 PRESTASI MUNKEE

90% DIKIRA DARI

APA?

KAH KAH KAH

WOIT

BARU 100 HARI

DAH MULA

NAK BODOHKAN

MELAYU

AMIN

MELAYU INI

DAH KENA TIPU

OLEH ARAB

AMIN

KENA TIPU

OLEH CUKONG

AMIN

SIANG  DITIPU

UTUSAN MELAYU

AMIN

MALAM DITIPU 

OLEH RTM 

KAH KAH KAH

 SEKARANG

 SABRI 114 MULA

BODOHKAN MELAYU

KAH KAH KAH

HIKAYAT 1001 MALAM ? SIAPA PENARI GELEK ?

 



Pembelaan derma Arab Najib sama dengan kisah Arabian Nights, kata Mahkamah Rayuan

PEMBELAAN Najib Razak berhubung derma RM42 juta dalam akaun peribadinya dari keluarga diraja Arab Saudi adalah sama dengan kisah Hikayat Seribu Satu Malam, kata Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman kes SRC International setebal 317 muka surat itu, panel tiga hakim memutuskan yang hujah pembelaan berkaitan derma Arab itu tidak dapat dipertahankan dan dibuat-buat.

“Kisah yang mengalahkan Hikayat Seribu Satu Malam itu juga bukan sahaja tiada kredibiliti, malah bercanggah dengan bukti dokumen,,” keputusan itu dibaca.

Hikayat Seribu Satu Malam merupakan koleksi cerita rakyat Timur Tengah.

Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati bekas perdana menteri itu bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd.

Panel hakim itu yang dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil menyampaikan keputusan sebulat suara dalam prosiding hibrid yang diadakan secara peribadi dan melalui Zoom.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada Julai tahun lepas. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. 

Hakim lain ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Hakim berkata derma itu masuk dan keluar dari akaun Najib pada 2013 sebelum RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Mereka berkata sidang media bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari 2016, di mana beliau membebaskan Najib dari sebarang salah laku jenayah selepas hampir enam bulan siasatan tidak kekal.

“Pendapat bekas Peguam Negara yang beliau nyatakan semasa sidang media adalah berkenaan dengan keadaan pada 26 Januari 2016 sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya. – 9 Disember, 2021.



WOIT

INI HIKAYAT

HEBAT 

KAH KAH KAH

KESAH PELAYARAN

NAJIB & ROSMAH

KESAH 1001 MALAM 

 DI PUTAR JAYA

KAH KAH KAH

JIN ALFRIT

IALAH  JO LO

KAH KAH KAH

HAMBA ABDI

IALAH NIK FAIZAL

 RIZAL MANSOR

KAH KAH KAH

WOIT

SAPA PENARI

GELEK ?

KAH KAH KAH

TAK LAIN

TAK BUKAN

PASTILAH

BIK MAMA

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

KEADILAN UNTUK NAJIB

 




Najib yakin dapat keadilan di Mahkamah Persekutuan

BEKAS perdana menteri Najib Razak yakin keadilan akan memihak kepadanya selepas Mahkamah Rayuan semalam sebulat suara mengekalkan keputusan bersalahnya atas pertuduhan yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Melalui hantaran di Facebook, beliau mengulangi pendiriannya semalam yang beliau tidah bersalah malah telah dianiaya secara salah.

Najib turut berterima kasih kepada rakan-rakan dan penyokongnya kerana percaya beliau tidak bersalah malah menyokongnya sepanjang proses perbicaraan.

“Peringkat rayuan seterusnya adalah Mahkamah Persekutuan dan saya percaya akan mendapat keadilan.”

Pasukan peguam Najib berkata mereka telah memfailkan rayuan di mahkamah tertinggi negara bagi membatalkan keputusan yang dikemukakan Mahkamah Rayuan.

Ahli Parlimen Pekan itu juga telah diberikan penangguhan pelaksanaan oleh Mahkamah Rayuan semalam, bermaksud beliau kekal sebagai orang bebas dan hanya akan mengetahui nasibnya apabila diputuskan oleh hakim Mahkamah Persekutuan.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama Allah. Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu. Mahkamah akhirat nanti hakimnya Allah.

“Saya amat berterima kasih dan menghargai keyakinan, kepercayaan dan keprihatinan saudara-saudari semua,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Panel tiga hakim dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara bersetuju dengan penghakiman Nazlan yang Najib ada kepentingan peribadi dalam Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International.

Hakim memutuskan tindakan Najib berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC bukan untuk kepentingan negara tetapi untuk kepentingan peribadi.

“Tetapi saya katakan di sini bahawa sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai,” kata Najib.

“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya.

“Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA. Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa saya turut menerima RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya juga telah sedekahkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti CSR dan program Rakyat.

“Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya,” katanya.

Selain SRC, Najib juga menghadapi perbicaraan jenayah yang dikaitkan dengan kerugian daripada 1MDB dan kerana didakwa mengganggu laporan audit.

Penyiasat berkata kira-kira AS$4.5 bilion telah dirompak secara keseluruhan daripada 1MDB, dana kekayaan negara yang diasaskan Najib pada 2009, tidak lama selepas beliau memegang jawatan perdana menteri.

“Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan. Saya hadapi dengan tenang dan redha. Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia.

“Ini bukan pengakhiran juga. Tidak sama sekali. Kerana ikrar saya kekal, berjuang ke nafas akhir untuk kebajikan rakyat.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan melindungi kita dan permudahkan segala urusan kita,” kata Najib. – 9 Disember, 2021.

NAJIB DAH

REKRUT ALLAH

KAH KAH KAH

TAPI MASIH

DIDAPATI BERSALAH

KAH KAH KAH

NAJIB PERLU

CARI JALAN LAIN

UNTUK SELAMAT

KAH KAH KAH

WOIT

JALAN TERBAIK

GUNAKAN KEMBALI

BOMOH ROSMAH

KAH KAH KAH

PUKAU MAHKAMAH

PUKAU HAKIM

KAH KAH KAH

TAPI

MAHUKAH

ROSMAH MEMBANTU

NAJIB ? 

SATELAH NAJIB

 ADA AWEK MUDA

JENG JENG JENG

NAJIB SUMPAH ATAS NAMA ALLAH YANG MANA ?

 

 

HAKIM WAJIB

MINTA PENJELASAN

AMIN

NAJIB SUMPAH

 ATAS NAMA ALLAH

 YANG MANA?

AMIN 

Unknown commented on

 "NAJIB BERSUMPAH

 DENGAN NAMA ALLAH"

najib suci di mata allah..errr...allah ada mata ke??allah tuhan bukan seperti yg kita sangka..seperti agamawan bersangka syurga bila menerima wang rasuah, spt agamwan amar makruf nahi mungkar kpd org kebykkan yg ditindas tp makan wang dari bapak pencuri dan perasuah..mana muka mufti pahang persis babi..tp babi menafikan iras itu keturunan dia..mana bekas2 mufti..

 

nama allah 99,najib bersumpah pada nama yg mana?gua cuma nak ingatkan, sumpah ni amat berkesan kalo betul caranya..ikut stail org dulu2,kita kena saksikan najib amik wuduk, bukan di dlm masjid tp di luar yg berselipar atau lebih elok berkaki ayam sblm cuci kaki utk pakai selipar. solat sunat dua rakaat, kemudian berdiri diluar masjid dlm keaddan berkaki ayam, pegang quran lama atau quran lusuh..kemudian bersumpah 



dan dlm sumpahan itu wajib ckp kalo apa yg disumpah itu tak betul atau tipu, maka dia akan ditimpa rosmah atau mati berdarah..dah 3 kes sumpah cara ni gua nampak keberkesanannya..sumpah cara ni bahaya, waima agamawan pun takut..ini cara melayu lama..lu salah mmg lu kena..disbkan ketakutan ,maka ulama kata cara ni sesat..

ALLAH TAHU KE TAK TAHU KE NAJIB ?

 


 ALLAH TAHU KE

TAK TAHU KES

SRC NAJIB INI ?

KHALAS 

Unknown commented on

 "SATU PERTANYAAN"

bila dah tersepit maka jalan terbaik ialah merekrut Allah SWT. waktu dapat tahu 42juta ada dalam akuan dan SPRM Bank Negara pun tak kacau masa tu tak teringat nak rekrut Allah. sama lah juga waktu paspispus terima duit umno takda terlintas nak merekrut Allah. peguam si najib, zahid bagan datoh, shahir samad, kak mah, ahmad maselan, azeeezzzzzzzz MP baling tu semuanya takda terlintas nak merekrut Allah.


 bila merekrut Allah akan timbul pula persoalan: 

1. adakah Allah selama ini tidak tahu menahu pasal ni?

 2. jika Allah tak tahu apakah dengan menyebut nama Allah maka Hakim boleh bagi lepas bebas tak masuk penjara? eh! gwa sudah subjudice!

 maaf TUAN HAKIM yang Ariff. tolong jangan lempang gwa. Gwa bukan lepasan ilmu hukum dari Inns of Court.


BAYAR TUKANG TANGIS

 



BAYAR 

TUKANG TANGIS

AMIN 


Unknown commented on

 "LU SILAP - NAJIB DAH

 REKRUT ALLAH"

Siapa sangka, Bossku terlantar sungguh, ramai tukang menangis diatur, ramai penyokong dibayar ramai konco konco berebut cium tangan tapi akhirnya tersadai, nak rayu nak rayu lagi walau terbukti kesalahan, kalau tak tahu duit masuk, mengapa boleh belanja sakan, konon tak tahu kah kah kah,kalau duit masuk juta dalam akaun aku pasti aku terbang woit kah kah kah

ROSMAH HILANG ?

 



 ROSMAH HILANG?

AMIN 

Unknown commented on

 "TER KINI 

TER NWW TER HOTT"

rosmah hilang? kan ada gunung berapi meletus..

MH370 - AKHIRNYA ??

 




 MH 370

AKHIRNYA ??

BETUL KE ??

AMIN

ALLAH PERCAYA KE SUMPAH NAJIB ?

 



 ALLAH PERCAYA KE

SUMPAH NAJIB ?

AMIN

Arymanchino commented on

 "SATU PERTANYAAN"

Allah percaya ke sumpah bos ku penyamun.Hakim kata memalukan Negara.Semua rakyat Malaysia rase malu d tipu oleh bosku penyamun,tp cuba tengok muka bosku penyamun,blh tahan tebal.Takde rase sikit malu.Haramjadah..


APAKAH PENJARA

12 TAHUN INI

LAKNAT ALLAH?

AMIN

KAH KAH KAH

HIKAYAT 1001 MALAM

 



Pembelaan derma Arab Najib sama dengan kisah Arabian Nights, kata Mahkamah Rayuan

INI HIKAYAT

1001 MALAM

KAH KAH KAH

 

UCAPAN SAJAT PADA USTAD

 



UCAPAN SAJAT

PADA USTAD

KHALAS 

Unknown commented on

 "SATU PERTANYAAN"

ustad itu ada lah cikgu lelaki..apa yg hebat sgt dgn ustaz..ust pun bernafsu serakah kuda liar..pantang lihat tiang letrik dipakaikan skirt, terlodeh sudah jubah nafsu serakahnya..