Isnin, 4 November 2013

LAGI PROJEK HASAN MALEK








CUBAAN MENGHASAN MALEK KAN ORANG RAMAI
8.30pm dah muktamad dah dgn 1000++ undi..tuptup time 9pm..RTM masih tunjuk BN mendahului 9600++ drpd PAS 9200++.. mmg lawak gila sindrom UMNO bodo ni.. rumah aku sblh markas utama PAS.. jenuh tunggu ustat azam bagi ucapan.. 

pimpinan PAS yg taik2 ayam pun sibuk nak pegang mikrophone..mujur abg mat mai..ada dia suruh pi MADA amik gula 50 sen sekg besok.. on TER NOW TERKINI
Publish | Delete | Spam
Anonymous

at 10:54 PM
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BILA ORANG  RAMAI TAK TENGOK TV ...MARAH... kah kah kah..

kah kah kah..TUDUH CHINA TAK PATRIOTIK...kah kah kah..

woit... BILA ORANG RAMAI TAK BACA AKHBAR MELAYU .. MARAH.. kah kah..

kah kah kah..TUDUH CHINA TAK SOKONG BAHASA MELAYU... kah kah kah..

woit.... BUAT BERITA  BANGANG... SAPA NAK CAYA TV.... kah kah kah..

kah kah kah... BUAT BERITA BODOH... SAPA NAK BELI UTUSAN... kah kah kah...


----------

SURAT MAT LENDIR




LAGI KESAH HASAN MALEK
Mat.... semalam aku balik kampung bini kat juaseh. Singgah tepi jalan kat teraachi beli itik panggang. mak cik tu dah pandai menghasan malekkan aku. sekor itik serati panggang dah naik rm42. balik rumah buat gulai cili padi campur cekor. 

sekor itik serati panggang tak cukup untuk aku sekeluarga. mak mentua ngan bapak mentua aku setakat hirup kuah nak bagi cucu2 dan anak menantu dia makan. dulu rega rm30 sekor. 

tapi sejak nama hasan malek naik, itik serati panggang dah naik sampai rm12 sekor. mak cik tu kata kat aku...kalaau nak murah, panggang sendiri la ayam ternak. mungkin rega dalam 15 hinggit sekor. aku pun tak faham la, kenapa fahaman hasan malek boleh tersebar luas kat kampung bini aku.... on TANDA TANDA KALAH
Publish | Delete | Spam
Mat Lendir Kg Lonek

on 11/4/13


------------

TER NOW TERKINI



TER NOW

sms dari alor star : Assalam bang pas menang sungai limau 1080 majoriti


-----

TANDA TANDA KALAH



JERAI 4 Nov. - Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohami Lazim menyifatkan proses pengundian hari ini sebagai kemuncak kepada usaha yang dilakukan sepanjang kempen...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KALAU BAGINI BUNYI NYA...kah kah kah..

kah kah kah...INI TANDA KALAH.... kah kah kah


------------

APA CIA TAHU TENTANG NAJIB ALTANTUYA

 



INI BUKAN SPY
INI BERSEPAI SEPAI
KLUANG 3 Nov. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Australia diminta memberi penjelasan secara telus dan terperinci berhubung dakwaan kegiatan intipan yang dijalankan oleh kedutaan masing-masing di negara...

Pegawai asing boleh ditangkap jika didapati mengintip
JERAI 3 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap para perwakilan asing sekiranya dikesan terlibat dalam kegiatan pengintipan maklumat di negara. Ketua...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
woit...KAH KAH KAH... KAH KAH KAH....kah kah kah..

 kah kah... APA  CIA TAHU TENTANG NAJIB ALTANTUYA?... kah kah..

 kah..APA LEE KUAN YEW TAHU TENTANG NAJIB ALTANTUYA?... kah .

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... CIA INTIP  35 TALIPON KEPALA NEGARA ..kah kah kah..
'
kah kah..ADAKAH TERMASUK TALIPON LOKMAN ADAM?... kah kah

kah kah kah..OPPS.. SORI TALIPON NAJIB RAZAK?... kah kah kah


NOTA
soalan timbul
kenapa tanah ktm di singapura
di jual amat murah?

kenapa sekarang tentera amerika
turun naik di malaysia
zaman mahathir ini TIDAK pernah berlaku


--------

DAPUR JALAN MUNCUL DI JAY BEE






BERITA BAIK DARI JAY BEE
anak anak muda
kumpulan punk
kumpulan kounter culture di johor bahru
akan memulakan kerja amal
makan percuma
untuk warga miskin kota
wargha tanpa tempat tinggal

WARGA  KAYA
warga kaya dn berduit
sila beri bantuan kepapa anak anak muda
sila hulurkan apa sahaja bantuan
diucapkan terima kaseh

DARI FACE BOOK


Beri sokongan kepada geng "Makanan Bukan Periuk Api" di Johor Bahru. Program mereka akan bermula hari Sabtu 9 November 2013 jam 8.30 malam.. Depan City Square, Jalan Wong Ah Fook, JB. Untuk sumbangan kewangan, pakaian, peralatan, tenaga dll - sila hubungi Wan (016-2664776)

PEJABAT POS PERTAMA
DAPUR JALANAN
JALAN PANGGUNG

ini ialah jalan panggung
banguan kayu ini
ialah pejabt pos pertama di tanah melayu
dari sinilah ukur baru bermula
dari sinilah kuala lumpur diukur
umur telah melintasi 100 tahun

dapur jalanan dijalankan di hadapan
pejabat pos lama ini
sebagaiu tanda hormat
kepada sejarah dan warisan

banyak banguann lama 
disekitar jalan panggung
akan hancur
dimusnahkan
atas nama pembangunan


TIM ASAL
DAPUR JALANAN

DAPUR JALANAN 
PETANG KELMARIN

HUJAN HUJAN  HUJAN
petang kelmarin
hujan turun dengan lebat
terpaksa pindah ke gigi bangunan

warga yang datang saperti biasa
dari jam 5:30  telah ramai yang datang

tim syed  shahir
telah datang dengan sup ayam
dengan roti
dengan mee hoon  goreng

tim batu 18 hulu langat
datang dengan pulut sambal

tim anak muda dari bangi/sungai long
datang dengan nasi briani ayam

kelab bangsar
membawa capati

tim siapa bawa kari ayam?

planet bundle
datang dengan kain baju

ucapan terima kaseh untuk semua yang datang
juga kepada kawan baru
param singh campanero
hakim dari ganu
dan minah minah cun dari sungai long




----------

SATU LAGI CALON ANUGERAH HASAN MALEK




KOMENTAR TUKAR TIUB
mempertikai
memperlekeh
sangsi
tidak percaya 
tidak bagitu yakin
kepada keputusan mahkamah 
bukan satu yang mustahil

banyak kes yang kena lekeh
tidak dipercayai
tidak diyakini orang ramai

CONTOH
- razak baginda terlepas kes bunuh altantuya
- kes bunuh dalom resoran uncle don
- kes mati pelakon kawan anak sami velu

ini hanya sebahagian dari contoh

kes terbaru ialah bebasnya lee liong sik

kes kalimah allah ini pun sama
sedang diketawakan
sedang diperlekehkan
sedang dipertikai
bukan hanya di malaysia
malah diseluruh dunia

malah dikalangan menteri sendirik
pandangan bercelaru
zahid kata lain
nazri kata lain
idris jala kata lain
majlis peguam kata lain
najib di london kata lain


CALON ANUGERAH
HASAN MALEK 

Kalimah Allah: SKMM digesa segera siasat Ezra Zaid

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pihak berkuasa terutama polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didesak bertindak terhadap seorang penyampai radio yang memperlekehkan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah.

Ezra Zaid yang juga anak kepada pemimpin politik kontroversi, Zaid Ibrahim didakwa menerbitkan sebuah video memperlekehkan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kecenderungan Ezra bertindak sedemikian dikhuatiri akan mewujudkan lebih banyak kekeliruan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


---------

SANG SAKA BERKIBAR LAGI





DARI FACE BOOK




" di stadium shah alam sebentar tadi "

NOTA
anak muda malam tadi
telah mengkibarkan sang saka rakyat
dalam stadium shah alam
ketika pertandingan bola sepak

sybas! anak muda
salut! anak muda

lagi ditekan lagi dilawan

---------

APA CIA TAHU TENTANG NAJIB





KENYATAAN MEDIA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Kedutaan Amerika dan Australia supaya tampil memberikan penjelasan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, berikutan kegiatan tidak bermoral mereka mengintip pergerakan pemimpin-pemimpin politik di Malaysia.


AMK senada dengan ketegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap kedua-dua negara yang tidak langsung menghormati persahabatan yang sudah terjalin di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Australia.

Bagi AMK kejadian pengintipan ini bukan merupakan suatu yang remeh, malah ia mencetus kebimbangan, banyak rahsia negara sudah berada di dalam gengaman pihak perisikan AS dan Australia.

Kami menggesa kegiatan pengintipan ini dihentikan serta merta, malah Kerajaan Pusat seharusnya memanggil segera Duta AS dan Australia dan meminta penjelasan daripada mereka.

Putrajaya perlu bertindak segera menghantar nota bantahan kepada Kedutaan AS dan Australia, kerana AMK bimbang mereka akan memanipulasi keterlibatan Malaysia di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Kes ini harus dipandang serius kerana, baru-baru ini dunia dikejutkan berikutan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" dan turut melibatkan Britain dan Kanada. STATEROOM didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.

AMK turut menggesa rakyat Malaysia, supaya mencontohi rakyat Jerman, yang bangkit membuat bantahan kepada AS, berikutan pengakuan mereka membuat intipan dan merakam perbualan telefon Canselor Jerman, Angela Merkel.

Perkara ini tidak boleh kita diamkan sama sekali, sehubungan itu AMK akan berbincang dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia dan DAPSY untuk tindakan selanjutnya.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil

----------