Rabu, 2 Oktober 2024

INI BALASAN DARI IRAN


INI BALASAN IRAN

INI YANG DUNIA

TUNGGU

KHALAS



ISREAL KLIM SEMUA PELURU HIPERSONIK IRAN BERJAYA DI TANGKIS



ISREAL TERUS KLIM

SEMUA PELURU

HIPERSONIK IRAN

BERJAYA DI TANGKIS

KAH KAH KAH

KHALAS

TERBONGKAR !!! BUKAK MULUT MOHONG !!!


BUKAK MULUT

MOHONG !!!

KAH KAH KAH

TERBONGKAR LAGI

KAH KAH KAH

AMIN

DAP TERUS PERLEKEH UMNO


DAP TERUS

PERLEKEH UMNO

AMIN

KAHLAS

BILA NAK SAMAN ?


Dakwaan Bloomberg diyakini kerana sikap membisu PM dalam isu saham Farhash, kata peguam


Seorang peguam mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status laporan berhubung pembelian saham oleh Farhash Wafa Salvador dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kontrak lumayan kerajaan, susulan pendedahan mengejutkan oleh Bloomberg bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menghalang siasatan ke atas bekas setiausaha politiknya itu.

Haniff Khatri Abdulla merujuk ketiadaan apa-apa tindakan susulan SPRM, lebih enam bulan selepas laporan difailkan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil.

Isham dalam laporannya berkata pembelian saham oleh Farhash berkemungkinan melanggar undang-undang pasaran modal Malaysia dan proses perolehan kerajaan.

"Kenapa mereka diam? Mac tahun ini sampai sekarang, tak ada kenyataan (mengenai) Sejak perkembangan siasatan," kata Haniff kepada MalaysiaNow.

"Yang ada cuma kenyataan rambang Farhash yang mengatakan dia sudah jual saham itu."

Walaupun kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan Bloomberg itu, ia mengundang reaksi pelbagai pihak yang menggesa Anwar menyaman agensi berita kewangan itu untuk membersihkan namanya.

Dalam laporannya minggu lalu, Bloomberg memetik tiga sumber yang mendakwa Anwar pernah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam Heitech Padu Berhad.

Punca kebimbangan ramai ialah syarikat itu disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion bagi pembangunan sistem imigresen baharu.

"Kerusi perdana menteri telah dicemari oleh laporan Bloomberg. Ini bukan soal Anwar Ibrahim tetapi mengenai kerusi perdana menteri."
Farhash, 41, dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia milik taikun Vincent Tan, hanya lima minggu selepas Anwar mengambil alih kerajaan.

Mac lalu, bekas pengerusi PKR Perak itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.


Rosetta Partners ialah anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, firma yang dimiliki Farhash bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Sehari selepas pembelian itu, HeiTech Padu dilanjutkan kontrak menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bernilai lebih RM13 juta.

Pada 15 April, syarikat itu diberikan kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta, disusuli Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mencabar pengkritik melaporkan kepada SPRM.

Tiga hari kemudian, Farhash dilaporkan tidak lagi pemegang saham terbesar Heitech Padu susulan perubahan struktur Mfivesouthsea Sdn Bhd.

Bulan lalu, Heitech sekali lagi menjadi perhatian apabila diberikan satu lagi kontrak JPJ bernilai RM133.73 juta.

Haniff berkata isu utama bukan sama ada Farhash sudah melepaskan pegangan sahamnya, tetapi sama ada pembelian itu mengandungi unsur "insider trading", situasi di mana seseorang kedudukannya atau sumber dalaman dibekalkan maklumat mengenai syarikat yang boleh memberi kesan kepada harga saham.

"Adakah dia dapat maklumat daripada sumber kerajaan yang membolehkan dia tahu syarikat itu nak dapat kontrak?" soal Haniff.

Beliau memberikan analogi seorang perogol yang mengahwini mangsanya bagi menghalalkan jenayah itu.

Menurutnya, pembelian saham itu masih perlu disiasat bagi menghapuskan sebarang keraguan.

Haniff berkata selain SPRM, polis dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), badan yang mengawal selia pasaran modal Malaysia, juga membisu.

Begitu juga Anwar, yang menurutnya masih belum menunaikan janjinya memberikan penjelasan.

Sebelum ini, Anwar berkata akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai butiran pembelian saham melibatkan orang kuatnya itu.

Haniff berkata isu Heitech menjadi punya orang ramai tidak meragui dakwaan Bloomberg.

"Selepas enam bulan, tak ada kenyataan Anwar (mengenai pembelian saham oleh Farhash)."

Haniff berkata adalah penting bagi Anwar membersihkan bukan sahaja namanya tetapi juga imej kerajaan dengan menyangkal dakwaan Bloomberg dalam mahkamah.

"Kerusi perdana menteri telah dicemari oleh laporan Bloomberg. Ini bukan soal Anwar Ibrahim tetapi mengenai kerusi perdana menteri.

"Kalau beliau tidak saman, maka sepatutnya polis menyiasat SPRM dan Anwar."

Semalam, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membuat laporan polis menggesa Anwar disiasat atas salah guna kuasa.

Ia berdasarkan laporan Bloomberg yang sama yang mengatakan perdana menteri mengarahkan Azam untuk menyiasat Daim dan Dr Mahathir Mohamad, kedua-duanya musuh politik Anwar.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan kita, seorang perdana menteri tertakluk kepada undang-undang sama seperti orang lain," menurut laporan polis dibuat isteri Daim, Naimah Khalid di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya semalam.

Haniff berkata kegagalan Anwar membawa perkara itu ke mahkamah dikhuatiri akan ditafsirkan sebagai pengakuan terhadap dakwaan yang terkandung dalam laporan Bloomberg.

"Selagi anda tak ambil tindakan, selagi itu anda membenarkan pihak media terutamanya media antarabangsa untuk membuat dakwaan yang mungkin palsu dan mencemarkan nama negara kita."

Beliau berkata kenyataan penafian atau jawapan Parlimen tidak mencukupi untuk membersihkan namanya.

"Yang lebih baik daripada kenyataan penafian adalah tindakan undang-undang sebab (ini) kali kedua," katanya merujuk kepada satu lagi laporan Bloomberg yang mendakwa Anwar berbincang dengan taikun mengenai cadangan membina kasino di Forest City, Johor.

Walaupun Anwar menafikan dakwaan itu, beliau tidak mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.

MalaysiaNow telah menghubungi Farhash untuk mendapatkan maklum balas, selain SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Anwar dalam pada itu mengelak wartawan yang cuba menyoalnya mengenai isu itu ketika hadir di sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.

BLOOMBERG

BUAT FITNAH ?

AMIN

KALAU FITNAH

KENAPA TAK

SAMAN

AMIN

TAK SAMAN

ERTINYA FITNAH

BLOOMBERG BENAR

KHALAS

PENYAMUN CHINA TIPU PEMIMPIN MELAYU


Watak Jho Low dalam 1MDB wujud, bukan rekaan - Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan kes penyelewengan dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Low Taek Jho atau Jho Low adalah individu yang sangat rapat dengan  Najib Razak dan keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dalam hujah akhir prosiding kes itu mendakwa, watak Jho Low benar-benar wujud dan bukannya satu rekaan.

Katanya, disebabkan hubungan rapat tersebut, pengurusan 1MDB dan ahli lembaga pengarah syarikat itu mematuhi semua arahan yang diberikan ahli perniagaan berkenaan.

“Jho Low ada di mana-mana termasuklah percutian keluarga Najib atas kapal mewah antara tahun 2009 dan 2010. Ada gambar untuk buktikan dakwaan ini.

“Kebanyakan saksi juga mendakwa pernah melihat Jho Low keluar masuk pejabat Najib, keluar masuk rumah Najib di Langgak Duta, saksi ada mengesahkan perkara itu dan gambar Jho Low di mahkamah.

“Jho Low ini ada di mana-mana dalam kes ini dari awal hingga akhir. Beliau terlibat dalam banyak perkara dan banyak transaksi,” katanya di hadapan Hakim, Collin Lawrence Sequerah.

Sehubungan itu hujah Ahmad Akram, saksi seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),  Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak boleh dipersalahkan kerana menuruti arahan Jho Low berkaitan dana 1MDB kerana keakraban beliau dengan Najib itu diketahui orang sekelilingnya.

“Saksi ini memberi keterangan tentang apa yang telah mereka lakukan seperti diarahkan oleh Jho Low kerana mempunyai tanggapan seperti itu.

“Walaupun ada kalanya arahan itu datang daripada Allahyarham Azlin Alias dan Jho Low, tapi mereka anggap itu adalah arahan Perdana Menteri.

“Sebenarnya Najib tahu tentang penyelewengan dana 1MDB dan transaksi-transaksi ini,” tegasnya.

Najib yang juga mantan Ahli Parlimen Pekan sedang dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.-

INI KES JELAS

PENYAMUN CINA

TIPU PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

AMIN

PEMIMPIN MELAYU

JUAL NEGARA

KERANA CHINA

TIPU

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

IRON DOME GAGAL TANGKIS ROKET IRAN



'Iron Dome' makin lemah, gagal tangkis roket Iran

BAITULMAQDIS: Iron Dome, sistem pertahanan Israel yang melancarkan roket pemintas dari darat ke udara dilapor gagal menangkis serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh tentera Iran malam tadi.

Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran.

Memetik laporan media antarabangsa, Iron Dome dikatakan gagal menangkis puluhan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.

Kegagalan sistem pertahanan Israel itu sekali gus membuatkan beberapa kawasan di wilayah rejim Zionis berkenaan terkena bedilan peluru berpandu terbabit.

Menurut laporan portal Turkiye Today, kegagalan Iron Dome menangkis serangan peluru berpandu itu memaksa Israel mengarahkan penduduknya berada dekat atau berlindung di tempat perlindungan bom, selepas siren amaran serangan udara dibunyikan di seluruh negara.

Serangan itu memaksa penggera di seluruh Israel dibunyikan dengan kejadian letupan direkodkan di Baitulmaqdis dan lembah Sungai Jordan ketika penduduk mencari perlindungan.

Iron Dome ialah satu sistem pertahanan Israel yang melancarkan roket pemintas dari darat ke udara pada jarak yang dekat sehingga 70 kilometer.

Ia seperti 'perisai' untuk berlindung dan memintas roket-roket, jet pejuang, helikopter, dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Sistem ini dilengkapi dengan radar dan misil pemintas Tamir yang menjejaki dan meneutralisasikan misil atau ancaman roket.

Pemintas Tamir sepanjang tiga meter (m), berdiameter 0.16 m, 90 kilogram berat, dan boleh bergerak sejauh 2 hingga 40 km.

Setakat ini, berdasarkan kepada rekod, teknologi Iron Dome ini amat canggih hanya Israel memiliki sistem pertahanan ini, selain Singapura pada 2016 pernah membeli 'Multi Mission Radar' (sebahagian sistem pertahanan Iron Dome).

PELURU BERPANDU 

HIPERSONIK

DARI IRAN 

AMAT HEBAT

AMIN

IRON DOME

TERCANGGIH

BUATAN AMERIKA

GAGAL MENAGKIS

ROKET DARI IRAN

AMIN

KHALAS

ALAM JADI GELAP


ALAM JADI GELAP

KILAT DAN GURUH

JAM 6.30 PETANG

AMIN

APAKAH HUJAN

AKAN TURUN

KHALAS



TAKUT PADA CHINA MERAH


    TAKUT PADA

CHINA MERAH

AMIN

Unknown commented on 
"BAS SEKOLAH TERBAKAR"

Pelik bin ajaib sungguh orang Melayu Malaysia ni

Seko pun tak berani nak berkata Dan berteriak terpekik terlolong atau nak guling guling bila nak tangkap Jho Low.. Jho low kaya raya lesap billion billion..

Apa yg hebat sangat pasal Jho Low ni...!?

Kalau kau hebat bebenor ngate kau keturunan pemburu... Helok ko buru Jho Low dulu lahh....semak lah kau ni..!!

Cer cite cer cite...sketttt

WALAU PUN DISERANG - HIZBULLAH TERUS MEROKET ISRAEL


WALAU PUN

DISERANG

HIZBULLAH TERUS

MEROKET ISRAEL

AMIN

BAS SEKOLAH TERBAKAR



Bas sekolah terbakar di Thailand, 25 dikhuatiri maut


BANGKOK: Kebakaran dahsyat melanda sebuah bas Thailand yang membawa 44 pelajar dan guru dalam satu lawatan sekolah hari ini, kata pegawai, dengan menambah sehingga 25 dikhuatiri maut.

Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan terdapat kematian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit menyatakan bahawa jumlah kematian masih tidak jelas tetapi 25 orang masih hilang selepas kebakaran terbabit.

"Laporan awal menyatakan terdapat 44 orang di dalam bas, termasuk 38 pelajar dan enam guru. Sehingga kini, tiga guru dan 16 pelajar sudah berjaya keluar.

"Bagi mereka yang masih hilang, kami belum mendapat kepastian," katanya kepada wartawan.

Bas terbabit sedang membawa pelajar dari wilayah Uthai Thani ketika tayar bas meletup di sebuah lebuh raya di pinggir utara Bangkok, menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang, menurut seorang pekerja penyelamat dalam rakaman yang disiarkan di TV tempatan.

Bas berkenaan beroperasi menggunakan gas mampat dan kemalangan itu menyebabkan pembakaran tangki bahan bakarnya, kata pekerja penyelamat terbabit.

Rakaman video dari lokasi menunjukkan api membakar bas terbabit ketika ia terbakar di bawah jejambat, dengan awan asap hitam tebal menjulang ke langit.

"Saya telah dimaklumkan mengenai kebakaran bas yang membawa pelajar dari Uthai Thani... yang mengakibatkan kematian dan kecederaan," tulis Paetongtarn di laman X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

"Sebagai seorang ibu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga yang terbabit."

Kebakaran itu sudah dipadamkan tetapi pekerja penyelamat terpaksa menunggu bas berkenaan sejuk sebelum memulakan pencarian untuk mangsa, kata seorang pekerja penyelamat.

Thailand mempunyai salah satu rekod keselamatan jalan raya terburuk di dunia, dengan kenderaan tidak selamat dan pemanduan yang buruk menyumbang kepada jumlah kematian tahunan yang tinggi. - AFP

KEMALANGAN

BERLAKU

AMIN

KITA HANYA

BERSIMPATI

PADA KELUARGA

YANG MALANG

AMIN

DEMO SETAHUN PERANG GAZA


IKUT BERSAMA

DEMO SETAHUN

PERANG GAZA



MUNCUL NAIM QASSIM MENGGANTI NASRULLAH

MUNCUL

NAIM QASSEM

MENGGANTI

HASSAN NASRULLAH

AMIN

OMBAK KANAN DAN PENDATANG


OMBAK KANAN

DAN PENDATANG


Tunjuk perasaan dan rusuhan anti pendatang haram yang berlaku sebulan dulu di United Kingdom sudah reda. Tetapi kemarahan Bumiputera United Kingdom terhadap kaum pendatang masih membara. Hakikatnya  agenda menolak pendatang haram dan kaum imigran ini belum selesai.

Fenomena anti imigran ini bukan hanya berlaku di United Kingdom.  Eropah – Eropah Timur dan Barat -  pada ketika ini sedang dihantui oleh masalah pendatang.  

Pendatang di Eropah  ini ada yang telah bermastautin lama -  satu dua tiga  generasi. Ada pendatang baru. Ada pendatang haram. Ada pendatang baru yang mahu menceroboh masuk.

Untuk memahami konsep pendatang ini  saya gunakan Tanah Melayu sebagai contoh. Ada persamaan dari apa yang kita alami di Tanah Melayu dengan apa yang sedang berlaku di Eropah. 

Di Tanah Melayu hasil dari kemarahan Bumiputera Melayu Islam ini terhadap pendatang ini di manifestasikan dengan babak Mei13.  

Sikap  Melayu Islam tidak selesa terhadap pendatang ini sedang kita saksikan hingga ke  hari ini. Kalimah Allah, stoking  kalimah Allah dan sijil halal ini adalah manifestasi sikap Melayu  Islam terhadap pendatang.

German adalah negara German Kristian berkulit putih. Italy adalah negara Itali Kristian yang di duduki oleh bangsa Italy yang berkulit putih. United Kingdom adalah negara yang diduduki oleh Anglo Saxon, Irish , Scots dan Welsh – semuanya Kristian berkulit putih.

Manakala Tanah Melayu – sebahagian dari kepulauan Melayu Nusantara – adalah  negara yang diduduki oleh Melayu Islam yang berkulit sawo matang. Kuasa kolonial Inggeris membawa masuk  pendatang asing - kaum China dan kaum India  ke bumi Melayu. 

Jenayah penjajah Inggeris ini telah mengubah  rupa bentuk Tanah Melayu.

Sebelum penjajah Inggeris membawa masuk pendatang  asing ,  Tanah Melayu ini adalah bumi khusus Melayu Islam termasuk Singapura.

China dan India dibawa masuk untuk tujuan membangunkan ekonomi penjajah Inggeris. Bani Melayu tidak ada pilihan dipaksa menerima pendatang asing  kerana kuasa – senapang dan peluru – berada di tangan penjajah Inggeris.  Mengikut Mao Zedong : Kuasa lahir dari muncung senapang.  

Hakikatnya Bani Melayu Islam tidak pernah dirujuk sama ada bersedia  menerima pendatang baru  ini atau tidak.

Bagaimana pula dengan Eropah yang berkulit putih – siapa pula yang membawa  pendatang berkulit hitam masuk?

Kalau Tanah Melayu penjajah Inggeris membawa masuk pendatang kerana kepentingan modal. Di Eropah juga  pendatang di bawa masuk kerana kepentingan modal kaum kapitalis.

Sesudah Perang Dunia Ke Dua bumi Eropah hancur.  Amerika yang koyak sedikit dalam perang telah mengeluarkan dana melalui Marshall Plan – Rancangan Marshall.  Ini adalah rancangan untuk bangun membina kembali Eropah.

Rancangan Marshall (1948)  menyediakan pasaran untuk barangan Amerika, mewujudkan rakan dagangan yang boleh dipercayai, dan menyokong pembangunan kerajaan demokratik yang stabil di Eropah Barat.

Amerika mengeluarkan dana sebanyak 13.6 bilion dolar  bersamaan 88 bilion dolar nilai tahun 1997. Penerima terbesar wang Marshall Plan ialah United Kingdom (menerima kira-kira 26% daripada jumlah keseluruhan). Sumbangan tertinggi seterusnya diberikan kepada Perancis (18%) dan Jerman Barat (11%). Sebanyak lapan belas negara Eropah menerima faedah Rancangan Marshall.

Wajib disedari Rancangan Marshall ini adalah rancangan kaum kapitalis yang  anti Rusia dan  anti negara Sosialis yang baru muncul di Eropah Timur selepas Perang Dunia Ke Dua.

Dana ini memungkinkan Eropah membangunkan ekonomi. Kilang dibuka kembali. Bangunan runtuh di baiki. Bangunan perumahan di dirikan.  Ekonomi Eropah rancak dan  kembali gah. 

Apa yang berlaku di Eropah pasca perang sama seperti yang berlaku di Tanah Melayu sebelum perang. Kolonial Inggeris memerlukan pendatang untuk menanam getah dan mem bijih timah.  Pendatang menjadi tenaga untuk memacu ekonomi.

Peranan modal dulu dan sekarang adalah sama. Modal mencari untung. Hari ini sejarah berulang. Justeru   buruh pendatang  asing di perlukan.  Tenaga buruh diperlukan untuk membina  ekonomi. 

Babak yang sama berlaku di Eropah. Pasca perang  United Kingdom membawa masuk anak-anak bekas tanah jajahan. Buruh dibawa masuk dari India dan Pakistan. Buruh berkulit hitam dibawa  masuk dari Carribbean. 

Manakala Peranchis membawa masuk warga Arab dari Algeria dan Tunisia. Belanda membawa masuk anak tanah jajahan dari Indonesia dan Suriname. Belgium membawa masuk warga dari Moroko.

Ketika ekonomi berkembang semua aman makmur.

Pada Julai 1957 Perdana Menteri UK Harold Macmillan berkata  ‘ You never had it so good...kamu tidak pernah merasa senikmat ini...’ Ini untuk menggambarkan tahun-tahun 50’an selepas perang warga UK hidup makmur.

Dalam masa yang sama ada juga ahli politik UK yang melihat jauh ke hadapan.  Mereka meramalkan membawa masuk pendatang dan imigran ini akan membawa bala.

Ucapan "Sungai Darah" telah dibuat oleh ahli politik British Enoch Powell pada 20 April 1968 kepada mesyuarat Pusat Politik Konservatif di Birmingham.  Enoch Powell, yang ketika itu merupakan Setiausaha Negara Bayangan untuk Pertahanan dalam Kabinet Bayangan Ted Heath.

Powell  mengkritik keras kadar imigresen dari Komanwel Baru – bawa masuk imigran dari bekas jajahan Empayar British ke United Kingdom sejak Perang Dunia Kedua. Powell meramalkan bahaya.

Pada 4 Ogos 2024 apa yang di ramalkan oleh Enoch Powell berlaku. Bumiputera  kulit putih  telah berdemo  dan merusuh di beberapa bandar di UK. Bumiputera UK kini menolak pendatang  dan imigran yang bukan berkulit putih.

Apa yang telah  dan sedang berlaku di UK ini bukan satu manifestasi yang hanya di hadapi oleh UK.   Bumiputera Eropah berkulit putih  sedang menentang  imigran dan pendatang  - lama dan baru  - yang sedang mengampuh Eropah – Timur dan Barat.

Dari kajian statistik  hari ini pendatang dan imigran di Belanda berjumlah 4.83% dari 18 juta penduduk. Belgium penduduk berjumlah 11 juta ada 2.2 juta imigran. Jumlah penduduk Peranchis berjumlah 68.4 juta ada 8.9 juta imigran. UK ada 66 juta penduduk dan 10 juta imigran dan pendatang. 

Ketika tulisan ini digarap German adalah negara teramai pendatang dan imigran -  sebanyak 16.5 juta, Peranchis 8.9 juta dan Sepanyol 8.2 juta.

Hakikatnya Eropah yang dulunya Kristian berkulit putih kini telah berubah. Perubahan demografi ini membawa perubahan sosial. Perubahan sosial membawa perubahan politik.

Justeru dari sini lahir teori - The Great Replacement (Bahasa Perancis: grand remplacement), juga dikenali sebagai teori penggantian atau teori pengubahan -penggantian budaya. Teori ini dikembangkan oleh pengarang Perancis Renaud Camus.

Teori asal menyatakan bahawa, dengan keterlibatan atau kerjasama elit dan kaum pemodal  penduduk etnik Perancis dan Eropah kulit putih secara amnya sedang secara demografi dan budaya digantikan oleh orang bukan kulit putih—terutamanya daripada negara Arab Islam.

Dalam bahasa mudah imigran mengubah budaya anak watan Bumiputera tempatan. Demografi Eropah sedang berubah. Dalam bahasa mudah Temasek menjadi Singapura. Dalam bahasa mudah Tanjung menjadi George Town.

Ketika tulisan ini digarap Austria sedang mengadakan pilihan raya umum.  Suasana politik sedang menunjukkan FPO - Freedom Party akan memunggah undi terbanyak. 

Party ini berkempen hanya dengan satu slogan – Ambil Kembali Negara Kita.  Parti ini berkempen secara jelas dan tuntas menolak imigran – menolak pendatang yang bukan berkulit putih. Garis politik kanan ini popular dan di terima dengan maju jaya oleh Bumiputera Austria.

Hari ini ombak kanan yang anti imigran dan anti pendatang sedang mengampuh.  Di setiap negara Eropah parti-parti berhaluan kanan yang anti imigran sedang mencanak maju.

Di Switzerland ada Swiss People’s Party. Di Italy ada Brothers of Italy yang kini menjadi kerajaan di bawah pimpinan Giorga Meloni. Meloni sendiri adalah hasil politik  saki baki dari serpihan parti fasis Mussolini. Parti Brothers of Italy menang berkuasa dengan  kempen  anti imigran.

Di Hungary ada Party Fidesz yang kini jadi kerajaan di bawah pimpinan politikus garis kanan Victor Orban.  Di Sepanyol wujud  Vox – parti aliran kanan yang semakin popular yang baru berumur 10 tahun.

Di Belanda PVV – Party for Freedom -  parti  garis kanan yang terbesar dalam kerajaan campuran konservatif terbaru di Belanda.

‘ If you want to come to Poland you will be killed ... ‘  Ini adalah  ucapan dari Dominik Tarczynski yang di pungut dari portal Modern Wisdom yang muncul di YouTube. Sosok berhaluan kanan ini adalah ahli Parlimen Eropah semenjak 2020 dari Law and Justice Party Poland.

Poland baru sahaja meluluskan undang-undang jika ada pendatang  cuba meredah masuk ke Poland secara haram mereka boleh ditembak mati.

Di German pula pada 1 September 2024 Party AFD – Alternative for Germany – telah menang dalam pilihan raya negeri. Kini AFD mendirikan kerajaan di wilayah Thuringian – bahagian Timur German. Parti ini jelas dengan agenda dan kempen anti pendatang dan imigran

Pada ketika ini ada 83 ahli Parlimen Eropah  dari parti yang berhaluan kanan  dari jumlah 720 dari 27 negara Eropah.

Hakikatnya ombak kanan sedang mengampuh Eropah. Dasar anti pendatang dan imigran ini bukan hanya sedang menghantui Eropah. Di Amerika juga Trump telah mengambil garis anti imigran dan anti pendatang haram.

Dasar dan kempen Trump ini adalah seirama dengan ombak kanan yang sedang  mengampuh di Eropah Timur dan Barat.

Pada Selasa 5 November 2024 ini warga Amerika akan turun mengundi. Mereka ada dua pilihan calon Presiden -  Trump atau Kamala Harris. 

Dasar Trump  tentang pendatang dan imigran ini amat jelas dan amat popular. Trump tidaklah seganas Poland yang akan menembak mati pendatang haram. Tapi kerajaan Trump akan menangkap dan menghantar pulang semua pendatang haram yang menceroboh masuk ke Amerika.

Dasar dan kempen Trump ini amat popular dikalangan Bumiputera Amerika. Tidak dapat tidak Kamala Harris terpaksa mencelah. Pada 10 September 2024  lalu Kamala Harris   membuat kenyataan jika dia menjadi Presiden dia juga akan   memperkasa undang-undang sempadan.

Garis politik Kamala terhadap tidak sekeras dasar anti imigran Trump.

Ombak kanan anti imigran dan anti pendatang ini tidak akan luntur dalam masa terdekat. Malah ianya akan mempengaruhi banyak negara termasuk kita di Malaysia.

Maka wajib kita semua bertanya apa jawapan kepada ombak kanan yang kita hadapi sekarang ini. Paling penting kenapa ombak kanan ini muncul. 

Apakah semua negara akan mengambil garis  Dominik Tarczynski dari Law and Justice Party  Poland – tembak dan bunuh pendatang haram. Sila tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/721191