PRESIDEN TAKUBIN
DIFITNAH LAGI
--------------




Minggu lalu saya menulis tentang kelahiran sikap anti-komunis. Saya menerangkan bagaimana di Tanah Melayu ini komunis dianggap Bani China dan Bani China itu dicap komunis. Sikap ini memiliki sejarah. Ianya tidak muncul secara tersendiri. Ada perancangan licik untuk memunculkan sikap ini.
Idealoji komunis mengajukan sikap internationalisma – umat sejagat tanpa bangsa. Slogan – Buruh Sedunia Bersatulah - tidak ada yang hilang kecuali rantai penindasan. Slogan ini kukuh mengegar dunia termasuk di Tanah Melayu.
Di Tanah Melayu gerakan komunis dan gerakan kiri cukup ampoh. Gerakan yang paling tersusun adalah kesatuan serekat kaum buruh. Buruh ladang getah dan buruh lombong bijeh disusun dalam kesatuan buruh. Kesemua buruh ini adalah buruh impot – pendatang dari China dan India. Bani Melayu pada tahap ini hanya kaum tani.
Justeru laungan merdeka pertama di Tanah Melayu datang dari Kesatuan Melayu Muda – KMM (1938-1945) ). KMM di bubarkan pada tahun1945. Sebuah parti politik baru - Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM ) ditubuhkan sebagai ganti pada tahun 1945. PKMM meneruskan laungan merdeka. Ketika PKMM melauangkan merdeka – parti United Malays National Organisation masih lagi berenang dalam kerandut telor Inggeris.
Senang sahaja jawabnya. Negara ini nama asalnya ialah Tanah Melayu. Tanah Melayu ialah penggabungan beberapa negeri Melayu yang beraja sendiri. Dalam istilah Melayu negeri Bergajah Tunggal. Negeri negeri ini bergabung. Ini sama saperti negara Bani Arab yang dipanggil United Arab Emirites hari in. Penduduk asal Tanah Melayu ialah Bani Melayu. Justeru nama asal Malaysia ialah Tanah Melayu – The Land of the Malays.
Dalam masa yang sama PKMM telah berjaya menyusun kaum tani Melayu. Pada 7 Julai 1947 di Kajang Selangor PKMM telah menubuh sayap tani yang dipanggil Barisan Tani Malaya (BTM).
Karl Marx ( 1818-1883) anak watan German mendapat suaka politik di London. Menulis teori perjuangan kaum buruh di Perpustakan London. Rujukan teori Marxis berasaskan kapitalisma Inggeris . Rujukan buruh Marx adalah buruh di Manchester England. Pastilah kuasa kolonial Inggeris mengetahui dengan dalam dan luas garis perjuangan yang dicadangkan oleh Marx.
Kuasa kolonial Baginda Queen sedar bahawa komunis Melayu atau nasionalis kiri Melayu lebih merbahaya dari komunis China atau komunis India. Dalam perang melawan Inggeris seorang gerila Melayu dianggap sama tahapnya dengan 8 orang gerila bukan Melayu. Ini bukan penglibur lara Hishamudin Rais. Ini dari rujukan sejarah yang boleh diselongkar dari Pejabat Kolonial Inggeris ketika aparacik penjajah melancarkan perang saraf.
Maka dari jabatan kolonial perang saraf ini lahir School of Oriental and African Studies (SOAS)pada tahun 1916. Gedung ilmu ini khusus memberi ilmu pengathuan tentang budaya dan bahasa warga Asia, Afrika dan Timur Tengah. Tanpa SOAS mustahil Inggeris dapat menjalankan dasar pecah perentah. Mustahial dapat menaklok lebih darai tiga par empat dunia ini.
Biar Hishamuddin Rais terangkan bahawa Datuk Nenek Moyang Khoo Kay Kim – masih di Tanah Besar China apabila Dol Said melancarkan Perang Naning (1831). Khoo Kay Kim masih dalam kerandut telor ayahandanya ketika Datuk Bahaman dan Mat Kilau melawan Inggeris pada tahun 1891. Ketika Tok Janggut bangun melawan soldadu Begali upahan Inggeris pada tahun 1915 – kerandut telor ayahanda Khoo Kay Kim baru mula mengembang.




KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873