Ahad, 7 April 2024
KEMBALI KE ZAMAN JEPUN
Johari diserang selepas ajak rakyat makan ubi kayu ganti nasi
Media sosial menjadi kecoh selepas orang ramai melahirkan rasa terkejut dan lawak terhadap cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul supaya rakyat Malaysia menggantikan beras dengan ubi kayu sebagai makanan ruji alternatif sebagai penyelesaian kepada krisis bekalan beras yang dihadapi negara ketika ini.
Ahli politik PKR itu berkata ubi kayu, yang pernah menjadi makanan harian ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua akibat kekurangan beras, juga merupakan sumber karbohidrat yang baik.
Apa tujuan kita makan beras? Tujuannya untuk dapatkan karbohidrat?
"Saya pernah berbincang dengan beberapa MP dari Sarawak. Banyak MP Sarawak yang tanam ubi kayu.
"Orang-orang Sarawak, dia guna ubi kayu... kalau kita dapat perkenalkan makanan suplemen menggantikan beras, buatlah macam mana pun...saya difahamkan di Sarawak amat berjaya,” katanya ketika melawat Jualan Termurah Madani di Sungai Petani, kerusi yang pernah diwakilinya untuk PKR.
Johari berkata Malaysia "harus ada keberanian" mencuba penanaman ubi kayu, sambil menambah ia lebih berkhasiat daripada beras dan kandungan gulanya juga lebih rendah, di samping mengurangkan pergantungan negara terhadap import makanan.
Kenyataannya menyaksikan kebanjiran komen di media sosial.
Antaranya ialah daripada pempengaruh politik popular Ratu Naga, yang memanggil Johari "Jo Ubi".
"Kenapa masih gagal dapatkan beras sedangkan Malaysia mengeluarkan 60% beras tempatan. Kenapa susah sangat nak nampak beras di Malaysia?
"Kalau tak ada beras, ganti dengan ubi (kayu), kalau pemimpin bodoh, rakyat boleh tak gantikan dengan pemimpin pandai?" soalnya dalam klip video menyindir Johari, pemimpin PKR yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-15 yang lalu.
Nada sama dimuatkan dalam banyak komen lain di pelbagai platform media sosial, di mana pemimpin kerajaan dan penyokong mereka diminta beralih kepada ubi kayu sebagai makanan harian.
"Kalau boleh semua ahli Parlimen dan Adun makan ubi kayu dulu, yang beras berikan (kepada) rakyat yang memerlukan," tulis Abd Rahim.
""Dulu kangkung... ok lagi.. ni suhnyer makan ubi. Jahanam punya kera jaan," menurut satu lagi komen, yang mengimbas kenyataan Najib Razak sedekad yang lalu.
Pada 2014, bekas perdana menteri itu mengundang kutukan dan sindiran orang ramai selepas cubaannya menolak dakwaan kenaikan harga dengan memberikan contoh harga kangkung yang turun pada masa itu.
TikToker Na'im Brundage turut mencabar Johari untuk cuba dulu memakan ubi kayu selama setahun.
"Kau ingat ni zaman pemerintahan Jepun ke?"
Idea Mohamad Sabu
Cadangan serupa pernah diutarakan tahun lalu oleh Mohamad Sabu, menteri yang bertanggungjawab bagi keterjaminan makanan.
Malaysia berdepan masalah bekalan beras putih tempatan sejak tahun lalu, disebabkan bukan sahaja perubahan iklim dan kenaikan kos benih padi, tetapi juga tindakan orang tengah dan kartel menyimpan stok dan manipulasi harga.
ia diburukkan lagi dengan keputusan India mengharamkan eksport beras putih bagi melindungi bekalan domestik negara itu.
Bagaimanapun, beberapa negara yang bergantung kepada import beras dari India, seperti Singapura, sudah terlebih dahulu membuat perancangan awal, dengan mengadakan perjanjian pengecualian dengan New Delhi bagi mengelak gangguan bekalan beras.
Bekalan beras putih tempatan mula "hilang" di pasaran selepas Padiberas Nasional (Bernas), syarikat milik taikun Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mempunyai monopoli mengimport beras, menaikkan harga runcit beras import sebanyak 36% pada September tahun lepas, menyebabkan peningkatan mendadak untuk beras tempatan yang lebih murah.
Pengeluaran beras putih tempatan, yang harganya dikawal pada RM26 setiap 10kg, hanya mampu memenuhi 60% hingga 70% permintaan negara.
Sementara itu, beberapa pengguna media sosial berkata ubi kayu lebih mahal daripada beras, dalam reaksi mereka terhadap cadangan Johari.
"Nanti bila ubi pula tak cukup, ubi pula kita import, hehehe," sindir Azlan Suhaizat Mohamed Pitchay.
Azrul Hisyam mengaitkan cadangan Johari dengan prestasinya sebagai penceramah.
"Ingatkan kat Parlimen sahaja kelakar, luar Parlimen pun sama-sama kelakar."
Ahmad Nusi dalam pada itu menyindir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang sering mendapat jolokan "raja formula".
"Ini bukan idea, dia cuma bagi formula macam kawan-kawan dia," tulisnya.
Seorang lagi pengguna bertanya sama ahli politik kerajaan akan menghidangkan ada ubi kayu menggantikan nasi pada majlis rumah terbuka Hari Raya yang bakal tiba.
Manakala seorang lagi bertanya sama ada zakat fitrah, yang kadarnya berdasarkan harga makanan ruji sesebuah negara, akan dikira berdasarkan harga ubi kayu.
WOIT
KITA BALIK
KE ZAMAN JEPUN
KAH KAH KAH
HURAAH HURAH
RU MAKAN APAA
KEPALA POTONG
HURAAH HURAAH
KAH KAH KAH
OTAK MANA ?
KEPALA POTONG
KHALAS
LEPAS STOKIN DI TAPAK KASUT
Pemuda UMNO beri Vern’s 24 jam jelaskan isu kalimah Allah di tapak kasut
MELAKA – Isu kedudukan kalimah Allah di tempat tidak sepatutnya terus mendapat perhatian Pemuda UMNO, kali ini dilihat seakan tulisan itu tertera di tapak kasut berjenama pula.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau mendapat tahu perkara itu pagi tadi, namun melihatnya dari sudut berbeza dengan isu sama pada stoking dijual KK Mart, 13 Mac lalu.
“Marah memang marah bila terdengar perkara sedemikian, tetapi saya menenangkan diri untuk melihat apakah situasi yang sebenarnya berlaku.
“Apabila saya lihat semula, saya mencari sebanyak mana maklumat mengenai logo di tapak kasut sedemikian dan saya terbaca satu posting memaklumkan ia adalah logo seperti sebuah kasut tumit tinggi dengan talinya sekali,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mengaku turut melihat logo itu sama seperti dimaksudkan syarikat berkenaan
“Ada logiknya di situ tetapi apa sekali pun kita mendesak satu penjelasan yang segera dari pihak syarikat Vern’s mengenai isu ini.
“Kami orang Islam di Malaysia ini bukan jenis yang bertindak semberono tanpa usul periksa, kami berhusnuzon (bersangka baik) dahulu dan kami mahukan penjelasan dari pihak kamu.
“Jika tiada penjelasan dalam tempoh 24 jam, maka jangan salahkan kami jika boikot terhadap produk kamu pula selepas ini,” tulisnya lagi.
Beliau turut meminta umat Islam di negara ini kekal bertenang sehingga mendapat penjelasan syarikat itu. –
BETUL KE
ADA KALIMAH
ALLAH DTAPAK
KASUT ?
AMIN
ATAU GETAH
TAPAK BERPUTAR
MACAM TULISAN
JAWI ?
AMIN
KHALAS
HAPUSKAN AKTA HASUTAN BAGINDA QUEEN
Kenyataan Akhbar
Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda Umno tidak sepatutnya disiasat di bawah Section 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Section 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain kerana kedua-dua akta tersebut bersifat kuku besi dan zalim yang sering disebut akta yang draconian.
2.Pakatan Harapan pernah berjanji di dalam manifesto pilihanraya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang zalim dan meminda Section 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang terlalu luas, kabur dan terbuka untuk disalahgunakan.
3.Ketua Pemuda Umno itu sewajarnya disiasat di bawah Section 298A Kanun Keseksaan yang lebih adil dan berpatutan. Yang berkait dengan kesalahan kerana mungkin menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan dalam masyarakat, menimbulkan kebencian atau membangkitkan sebab kepada orang lain melakukan keganasan.
4.Kita mungkin tidak setuju atau tidak sependapat dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Dr Muhamad Akmal Saleh tetapi hak beliau untuk bersuara dan menyatakan pendiriannya dalam soal stokin yang dikaitkan dengan kalimah Allah adalah dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
5.Oleh kerana saya Hassan Abdul Karim secara peribadi telah pernah disiasat, dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan mengetahui betapa zalimnya Akta Hasutan tersebut Maka sebagai seorang peguam dan ahli parlimen Malaysia yang mahu melihat Akta Hasutan 1948 dimansuhkan di Malaysia merdeka ini, maka saya dengan suci hati dan ikhlas menawarkan diri jika Dr Muhamad Akmal, Ketua Pemuda Umno sudi dan bersetuju untuk menerima tawaran ikhlas saya sebagai salah seorang peguambela dalam pasukan guaman Dr Akmal jika sekiranya beliau pada akhirnya tetap akan dituduh di bawah Akta Hasutan 1948.
Yang benar,
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sabtu 6 April 2024.
BRO .. TERUSKAN
BRO...
TERUSKAN
AMIN
Unknown commented on
"TERUSKAN BOIKOT
MEK DONAL"
Sejak aku membaca surah TT, sejak sedekad lalu, minum kopi dalam cawan bukan dalam gelas plastik. Apa lagi makanan paket yang perlu dikoyakkan. Aku melakukan yang sama. Setiap pekan kampung yang aku singgah, wajib aku rasai lauk pauknya dan kopi dalam cawan
TV1 JADI TV JAMBU
TV1 JADI
TV JAMBU
AMIN
"KERAJAAN DI LUAR TABII"
Pagi ni den nenggok TV1, koBOLAKANGan ini TV1 ado buek boborapo innovasi supayo TV1 lobey idop dan togak.
Yang paling kotaro ado boboghapho penyampai jantan baru yang jambu-jambu bak BIAWEH baru nak kuning .. kahkahkah ..
ini lah yg di katokang pomikiran "Luar Thobiey" ooop maksud den Pomikiran Luar Kotak .. kahkahkah
JANGAN SEBAR FITNAH - JO ABDUL BUKAN KAYU
JANGAN SEBAR
FITNAH
JO ABDUL BUKAN
KAYU
AMIN
DIA CADANG MAKAN
UBI KAYU
KHALASI
TAKDA UBI KAYU MAKAN APA ?
TAKDA UBI KAYU
MAKAN RUMPUT
KHALAS
Unknown commented on
"BOIKOT KK MART
DITERUSKAN !!!"
Yaaaa..tak kala tak der beras..rumput pun jadi la..teruskan teruskan...yeehaah..hippikayaaay...no retreat no surrender...
APA JAWAPAN PERBENDAHARAAAN ?
APA JAWAPAN
PERBENDAHARAAN
AMIN
DAH JAWAB KE
BELUM ?
AMIN
DAH NAK MASUK
DUA MINGGU
KHALAS
27 Mar 2024 — KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash Wafa ...
Missing: farsha tanya per4bendaharaan
27 Mar 2024 — KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash ...
TERUSKAN BOIKOT MEK DONAL
Dari burger ke kopi, jenama global tewas kepada produk tempatan ketika kempen boikot Israel berterusan
Daripada gerai burger kepada jenama malt coklat tempatan yang selama ini cuba bersaing dengan nama global, kempen memboikot produk dan syarikat yang mempunyai pertalian atau simpati dengan Israel telah mengubah nasib banyak jenama tempatan.
Sebelum ini, mustahil bagi syarikat tempatan untuk menamatkan pengaruh besar beberapa jenama antarabangsa terhadap pengguna di negara ini.
Ia termasuk sebuah jenama minuman malt coklat terkenal yang selama beberapa dekad dipasarkan sebagai minuman sihat, dikaitkan dengan acara sukan dan juga menjadi sajian wajib di hospital.
Tinjauan di beberapa pasar raya utama menunjukkan produk tersebut kini hampir tidak bergerak dari rak.
Sebaliknya, produk tempatan yang biasanya dipamerkan di sebelahnya, kini mendapat permintaan tinggi, malah selalunya tidak lagi kelihatan kerana kehabisan stok.
Perkara yang sama berlaku untuk produk kopi, di mana banyak kedai kopi yang tidak dikenali sebelum ini mula berkembang pesat di seluruh negara dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Ini kerana syarikat kopi tempatan tampak lebih yakin pengguna akan beralih kepada jenama mereka.
Ada juga jenama yang dipromosikan di platform media sosial seperti TikTok menggunakan hashtag #boikotIsrael, dengan harapan memanfaatkan sentimen pro-Palestin di kalangan pengguna.
Sebagai respons, beberapa jenama besar termasuk syarikat makanan segera yang terjejas oleh kempen boikot di dunia Islam, bertindak menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dengan mengumumkan bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
Terdapat juga syarikat, seperti KFC, yang menggantung sepanduk di luar premis untuk memberitahu orang ramai yang syarikat itu milik tempatan.
Sementara syarikat seperti McDonald's telah mengambil pelbagai pendekatan untuk melawan trend boikot, daripada mengadakan kunjungan kepada pemimpin agama kepada mengumumkan sumbangan zakat, dan yang terbaru tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengaitkannya dengan kekejaman Israel.
Taktik sedemikian bagaimanapun hampir tidak memberi apa-apa kesan dalam mengubah nasib yang menimpa produk dan jenama Barat yang menjadi sasaran boikot.
Sekumpulan pelajar universiti di Cyberjaya mendapati kempen boikot telah menukar pilihan menu mereka pada bulan Ramadan kali ini.
Pada tahun-tahun lepas, Nurul Izzani, 21 dan rakan-rakannya bersahur di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tengah-tengah bandar Cyberjaya.
Menurutnya, restoran itu mempunyai menu khas untuk sahur yang menjadi kegemarannya selain pelbagai pilihan lain.
Tahun ini, mereka memilih untuk berkunjung ke gerai burger berhampiran.
"Selepas gambar kanak-kanak kelaparan, mati tertimbus dan hospital dibom, kami pilih untuk makan di sini sahaja.
"Bukan sahaja boleh jimat, burger biasa tepi jalan pun lagi sedap," kata Izzani kepada MalaysiaNow, sambil memesan "Burger Special", menu wajib di kebanyakan gerai burger.
Pemilik sebuah gerai burger, Thaqif, berkata perniagaannya laris sejak November tahun lalu, iaitu tidak lama selepas Israel melancarkan kempen pengeboman berskala penuh di Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober.
Katanya, sebelum kempen boikot mula tersebar, agak sukar menghabiskan stok burgernya, walaupun gerainya dibuka sehingga 1 pagi.
"Ada hari tak sampai 100 biji dijual sebab bergantung kepada pelanggan yang lalu kaki lima di sini.
"Sekarang, selalunya pukul 11 malam dah habis. Saya tinggal kurang 10 biji roti untuk dijual," kata Thaqif.
Dia menunjukkan ke arah seorang lelaki Mesir di sebuah gerai shawarma berhampiran.
"Sejak beberapa bulan lepas, kami selalu bergurau siapa tutup kedai dulu.
"Kadang-kadang shawarma dia habis awal, kadang-kadang burger saya," tambahnya.
Boikot anti-Israel telah menyaksikan kedai makanan segera seperti McDonald's dan Starbucks hampir sepi pada waktu puncak, apabila umat Islam menggunakan kuasa pengguna mereka menyahut seruan global yang asalnya dimulakan oleh Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) sebuah gerakan yang menganjurkan boikot terhadap syarikat, jenama dan institusi akademik yang didakwa secara langsung atau tidak membiayai dan menyokong rejim Israel.
BDS berkata jenama itu disasarkan "kerana syarikat-syarikat ini atau cawangan atau francais mereka di Israel secara terbuka menyokong apartheid Israel dan/atau memberikan sumbangan yang banyak kepada tentera Israel ketika 2.3 juta rakyat Palestin yang terkepung di Gaza diserang".
Pergerakan BDS, yang diasaskan di AS pada 2005, diilhamkan oleh sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan pada tahun 1980-an, yang membawa kepada berakhirnya rejim apartheid kulit putih.
BOIKOT
MEK DONAL
BERI BURGER
PERCUMA PADA
ASKAR ZIONIS
AMIN
BOIKOT
KK MART
AMIN
SATU ZIONIS
INTERNASIONAL
SATU LAGI
ZIONIS TEMPATAN
AMIN
KHALAS
SIMPAN DUIT BAWAH BANTAL
SUsah layan panggilan tidak dikenali termasuk ejen bank – JSJK
KUALA LUMPUR – Dalam suasana keceriaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak melayan sebarang panggilan yang tidak dikenali.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohammed Yoosuf berkata, jangan mengambil risiko itu kerana terbukti dengan hanya menjawab satu panggilan kurang satu minit, seseorang individu boleh kerugian puluhan ribu ringgit.
Menurut beliau, nasihat ini juga terpakai kepada tindakan pihak bank yang menggunakan ejen-ejen perkhidmatan pelanggan untuk memaklumkan pelanggan tentang urusan perbankan mereka.
Ejen-ejen ini menggunakan nombor telefon bimbit mereka untuk memanggil pelanggan bank, seterusnya akan meminta pengesahan daripada pelanggan.
“Kebiasaannya empat angka akhir kad pengenalan. Pengesahan jenis ini adalah mengelirukan kerana scammer juga menggunakan taktik yang sama.
“Justeru JSJK menasihatkan supaya jangan mengesahkan sebarang maklumat peribadi kerana ia akan mendedahkan kepada kemungkinan menjadi mangsa scammer,” ujarnya.
Oleh itu, pihak bank disaran mencari kaedah lain yang lebih efektif untuk berurusan dengan pelanggan terutama yang melibatkan panggilan telefon.
“Diharapkan nasihat ini memberi manfaat kepada orang ramai supaya tidak terjebak dalam kes penipuan yang boleh menjejaskan keceriaan menyambut Syawal,” tambah Ramli. –
NAMPAKNYA
SIMPAN DUIT
BAWAH BANTAL
LEBIH SELAMAT
KAHKAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)