Jumaat, 2 Julai 2021

RAFIZI TIBAI ANWAR IBRAHIM

 

 RAFIZI TIBAI

ANWAR IBRAHIM

PENYAKIT KKS

KUREENG KASEEH

SAYEENG

KHALAS

TAK JADI LAWAN RAJA



 YA AMPOOON

TAK JADI

NAK LAWAN RAJA

KAH KAH KAH

INGAT ADA

RANCANGAN

REPUBLIKAN

KAH KAH KAH



PM setuju Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos, kata Takiyuddin

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin bersetuju bahawa parlimen akan dipanggil untuk bersidang sebelum 1 Ogos, kata Takiyuddin Hassan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata tarikh persidangan akan diputuskan oleh Kabinet dalam mesyuaratnya pada 7 Julai.

“Kerajaan Persekutuan mematuhi pandangan Agong mengenai semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negara, termasuk yang berkaitan dengan pembukaan semula Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara, mengulangi keputusannya sebelum ini bahawa Parlimen harus bersidang “secepat mungkin”.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan perkara ini kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang Dipetua Dewan Negara, Dr Rais Yatim semasa sesi menghadap.

“Dalam sesi satu jam yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Dewan Rakyat Azalina Othman Said dan Rashid Hasnon, raja menegaskan Parlimen perlu segera bersidang semula, mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard yang ditentukan oleh kerajaan.

“Ini untuk memungkinkan Proklamasi dan Ordinan Darurat dapat dibentangkan di Parlimen sebagaimana yang dinyatakan di bawah fasal 150 Perlembagaan Persekutuan,” kata pernyataan itu

Artikel ini menggariskan bahawa proklamasi dan ordinan darurat dapat diundi jika Parlimen memilih untuk melakukannya.

Pada 16 Jun, selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja, Agong memutuskan Parlimen harus bersidang secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat.

Dalam pernyataan yang berasingan, Majlis Raja-Raja memutuskan darurat tidak boleh dipanjangkan melebihi 1 Ogos. – 2 Julai, 2021.

 BUKA PARLIMEN

BUKAN ADA APA

KAH KAH KAH

BUKAN KOBID

AKAN TAKUT

KAH KAH KAH

KERAJAAN

JATUH ?

KAH KAH KAH

JATUH MACAM 

MANA?

AMIN



HARI HARI AKHIR SAEKOR RAFIZI OPPS..SILAP ...

 

 

HARI HARI AKHIR

SAEKOR RAFIZI

OPPS... SILAP

KAH KAH KAH

Pemberontakan dalam 


Pemuda PKR bergejolak


 ketika pergelutan 


proksi Anwar berlarutan

 HARI HARI

AKHIR SEEKOR 

APA HAH ?

KAH KAH KAH

SEEKOR

AKMAL

KAH KAH KAH

TAK AKAN BERLAKU

 




 TAK AKAN

BERLAKU

Unknown commented on

 "TER KINI 

TER HOTT TER NOW"

Ismail Sabri KJ Hishamuddin Annuar Musa copek masuk Bersatu sokong PM Mahiaddin tinggalkan UMNO kah kah kah

TOK SHEIKH NAIK SHEIKH

 


 BAGI 

TOK SHEIKH

NAIK SHEIKH

Unknown commented on 

"TER KINI

 TER HOTT TER NOW"

Tipu tu semua. Itu semua sandiwara gerombolan dengan bersatu nak bagi abg non stim. Bila abg non stim, semua akan caca marba mcm kera dapat bunga. Tiba2 keluar dakwaan abg non dah korek pungkog sapa pulak ntah. Nanti bila semua tengah kucar kacir kes abg non, dlm diam2 gerombolan dan bersatu akan menyamun. Pak lebai pulak jadi tukang jaga air. Ada lah upah nanti.

AMARAN UNTUK MUHYIDIN


 

 AMARAN DARI

PAKATAN

KAH KAH KAH

PAKAI PERISAI

SULTAN MELAKA

KAH KAH KAH


Pakatan beri tempoh hingga 5 Julai untuk Muhyiddin tentukan sidang Parlimen

Mereka memberikan tempoh selewat-lewatnya 5 Julai kepada Muhyiddin untuk menjawab persoalan mereka bila sidang Parlimen diadakan.

“Sekiranya perdana menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua ahli Parlimen sama ada pembangkang mahupun kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021,” menurut majlis itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani oleh ketua pembangkang yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Menurut mereka, mereka kesal kerana sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah agar Parlimen kembali bersidang secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan pandangannya semasa menerima mengadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertuan Dewan Negara Rais Yatim.

“Majlis mengadap selama sejam itu yang turut disertai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad dan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnoon dan Azalina Othman Said, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia.”

Ahmad Fadil berkata ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. – 2 Julai, 2021.


ADAKAH

MUHYIDIN

AKAN JATUH ?

 JENG JENG JENG

AMIN




KERAJAAN MUHYIDIN AKAN JATUH

 


 BILA UMNO

TARIK DIRI

APA JADI?

KAH KAH KAH

MUHYIDIN AKAN

JATUH 

KHALAS



Ahli Majlis Tertinggi Umno akan tinggalkan Perikatan sebelum 1 Ogos, kata sumber

LEBIH 30 ahli Majlis Tertinggi Umno menandatangani usul untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, menurut sumber.

Pimpinan Umno memanggil ahli Majlis Tertingginya untuk mereka menandatangani usul berkenaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

Presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan persetujuan mereka pada mesyuarat dengan ahli Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti yang turut dihadiri timbalan presiden parti Mohamad Hasan dan setiausaha agung parti Ahmad Maslan.

Umno mempunyai 42 ahli Parlimen dalam 222 kerusi Parlimen dan tindakan menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan PN tumbang.

Langkah berkenaan adalah susulan daripada keputusan biro politik parti itu pada 21 Jun yang menuntut agar Parlimen bersidang semula dalam tempoh 14 hari.

Ahmad Zahid berkata kegagalan untuk bersidang merupakan satu penghinaan kepada institusi raja.

Katanya kerajaan perlu menghormati titah Agong dan Raja-Raja Melayu untuk Parlimen bersidang secepat mungkin.

“Umno berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini.

“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah,” kata Zahid dalam satu kenyataan.

 JENG JENG JENG

APA STRATIJI

MUHYIDIN?

AMIN

HANYA SATU

DIRIKAN KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

HANTAR

TIM BANDUAN

KE SUNGAI BESI

AMIN

SEMUA PARTI

BEKERJASAMA

 LAWAN KOBID

KHALAS




MUHYIDIN DI TEKAN LAGI

 


 TEKAN LAGI

KAH KAH KAH

AMIN



Pakatan beri tempoh hingga 5 Julai untuk Muhyiddin tentukan sidang Parlimen

 SAMPAI

TERCIRIT CIRIT

KAH KAH KAH

KHALAS

BENDERA ITAM JATUHKAN KERJAAN LEBAI

 



ANGKAT

BENDERA ITAM

TANDA NAK

JATUHKAN 

KERAJAAN LEBAI

Unknown commented on

 "JANGAN BUANG 

MASA DENGAN PELACUR"

Yg tak bagi kibar bendera putih nie adalah lebai2 yg jd wakil rakyat kawasan melebihi 75% pengundi melayu. Mrk tak tahu lansung dgn cara kehidupan dibandar2. Kalu kawasan penduduk campuran, sebaris rumah teres ada melayu, ada india, ada cina. 


Kalu penghuni rumah org melayu yg kelaparan ikut kata lebai2 ni, mrk tak naikkan bendera putih hanya dok berdoa saje. Penghuni sebelah rumah mrk org India yg naikkan bendera putih akan didatangani NGO menghulurkan bantuan. Apa akan jd pd klrga yg tak mahu naikkan bendera putih tu?



Unknown commented on

 "TANGKAP SEGERA

 MASUKAN KE PENJARA"

panji hitam katanya nak berkibar .. patut panji hitam ni puak lebai yang angkat .. sekali panji hitam diangkat sebab nak jatuhkan kerajaan lebai .. kah kah kah

TER KINI TER HOTT TER NOW

 



APA KAN JADI

JENG JENG JENG

AMIN



Ahli Majlis Tertinggi Umno akan tinggalkan Perikatan sebelum 1 Ogos, kata sumber


 KERJAAN RUNTUH

KAH KAH KAH

AMIN

MASUKKAN TIM BANDUAN DALAM PENJARA -

 


 MASUKKAN

TIIM BANDUAN

DALAM PENJARA

ANGKA KOBID

AKAN MENURUN

KLALAS


panglimo potaseh commented on

 "RAKYAT MARAH - 

BOLEH KAH MUHYIDIN SELAMAT ?"

Selagi Geng Banduan ni bebas selagi tu kito di lando kovid. Lopeh kovid apo lagi ..pocayo lah ckp den ..tak cayo lu cubo try JEL Najeeb, Zaheed, Azeez, Tueekui, Eejad, Rosmah ..kompom isok kovid turon dari 6,7000ekor sari kopado 6,7ekor jo ..Allahhuakbar.

TAK PERLU BUAT APA APA

 


 UIGHUR

TAK PERLU BUAT

APA APA 

AMIN

HANYA BUAT 

LAPORAN BERITA

DALAM

 BAHASA MELAYU

BAGI PENCERAHAN

UNTK LEBAI SEMAN

DAN 

MAK CIK BIBAH

 AMIN

Unknown commented on

 "OIC - OH ! WHAT DID YOU SEE ?

 UIGHUR OR SAJAT ?"

kote sajat dalam negara .. uighur luar negara.. kote sajat kini dimana ? dalam negara atau luar negara.. kalau luar negara. sapa bagi kote sajat keluar.. uighur... cam mana nak bantu .. ada cadangan ?

PENJARAKAN SEKARANG

 



 PENJARAKAN

SEKARANG

Unknown commented on

 "RAKYAT MAKIN MARAH"

Bersatu dan gerombolan tu Dna sama. Seekor dah salin kulit seekor lagi pakai kulit lama. Pas Rubber stamp sebab 90juta, jawatan2 dan projek. Kalau lagi sekali PN pegang kuasa makna nya kes ni semua buang. Tak seekor masuk penjara. Duit samun boleh kongsi sama-sama.


Anto nyo beraga @ Antoniobraga commented on "RAKYAT MAKIN MARAH"

Kah kah kah...ko masih mentah tt dalam dunia politik...weh samdol, kita DUNIA KE-3 lah wei..Ingat senang ke nak penjara Datuk,Opah,Tan,Tin,Tun ni..Lain lah kalo dinegara kapr makan vavi dan tak caye tuhan...macam CHAINA MERAH yang ko anti sangat tu...



Malaon-malaon macam ni yang ada mencika duit negara kalau kat Chaina merah dah lama hukum tembak depan orang ramai kasi tumpo...weh ko gi berkhalwat 44 hari ko kaji apa yang aku katakan ni KASI MANTAP JIWANYA GAIS..

SEDAP KENA KECCING - RASA PANAS

 



 SEDAP KENA

KENCING 

RASA  PANAS

Unknown commented on 

"NURUL DAN RAFIZI

 PUN CABUT LARI"

pastu ada plak si Zahid ni nak ikut pak sheikh lagi haru kena kencing dengan abam memang tak ke mana lah geng banduan kah kah kah

OIC - OH ! WHAT DID YOU SEE ? UIGHUR OR SAJAT ?


OIC !

WHAT DID U SEE ?

UIHGUR OR SAJAT?

herman adnan commented on 

"MANA LEBIH BAIK -

 JAGA KOTE SAJAT ATAU 

SOKONG UIGHUR"

Boros sangat nko ni Sham.... Sajat tu Kote pun ada.... Pepet pun ada... Aku dah jumpa mak dan ayah Sajat.... Tu yang JAKIM diam jer.... Memang ada budak yang lahir ada dua-dua kote & pepet..... Uighur tu biar OIC lah yang uruskan Sham ooiiii

KUASA DATANG DARI LARAS SENAPANG


 KUASA DATANG

DARI LARAS

SENAPANG

AMIN

 KUASA  SENAPANG

UNTUK

MENJADI KAYA

TANGKAP SEGERA MASUKAN KE PENJARA

 


IKUT CARA

KOREA SELATAN

AMIN

PRESIDEN RASUAH

TANGKAP MASUK

PENJARA

KHALAS

LOL LEK LOK LEK

MEREKA BUAT

 KACAU

AMIN

DUIT HARAM 

MEREKA MASIH 

BANYAK 

BOLEH BELI 

UNDANG UNDANG

DAN  PEGUAM

AMIN




SRC serah writ saman kepada semua defendan termasuk Najib, kata peguam

SRC International Sdn Bhd telah menyerahkan writ saman kepada semua enam defendan kecuali bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil yang tiada di Malaysia. 

SRC International, di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan enam lagi atas dakwaan pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.

Menurut seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership yang bertindak bagi pihak SRC, writ saman itu telah diserahkan kepada Najib dan lima bekas pengarah SRC iaitu Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Ismee Ismail dan Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

“Writ terbabit diserahkan kepada semua defendan kecuali defendan ketiga (Nik Faisal) kerana beliau tidak ada di Malaysia,” kata peguam itu selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Fairuz Zainol Abidin yang diadakan secara maya hari ini.

Menurut peguam itu, writ saman tersebut akan diserahkan kepada Nik Faisal menerusi perkhidmatan gantian dan mahkamah menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya bagi plaintif membentangkan perkembangan kes kepada mahkamah.

Menurut Aturan 60 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, perkhidmatan gantian merupakan kaedah secara tidak langsung untuk menyerahkan dokumen kepada individu yang didakwa sengaja mengelak, atau jika tidak praktikal untuk menyerahkan dokumen secara langsung kepada individu berkenaan.

SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei tahun ini, mendakwa kesemua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah selain mendakwa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Najib merupakan Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), menuntut perisytiharan agar supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman itu selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC dalam writ samannya berkata pada Januari 2019, syarikat itu telah diletakkan di bawah jagaan pegawai daripada Kementerian Kewangan (pengurusan baharu), dan setelah meneliti serta menyemak rekod SRC, didapati pengarah terdahulu tidak mengambil sebarang langkah munasabah bagi memastikan pinjaman KWAP berjumlah RM4 bilion kepada SRC pada 2011 dan 2012 digunakan dengan betul bagi membiayai aktiviti pelaburan am syarikat tersebut dan keperluan modal kerja am.

Dakwa syarikat itu, pengarah terdahulu tidak memantau pelupusan RM3.6 bilion kepada SRC BVI (dana pelaburan dicadangkan) kononnya bagi SRC melaksanakan aktiviti pelaburan dalam sektor sumber tenaga di luar negara, serta gagal memantau keterdedahan kerajaan Malaysia berhubung jaminan yang diberikan kepada SRC selain gagal menyiasat tentang penyelewengan dana SRC.

“Pengurusan baharu itu turut mendapati sejumlah besar pengeluaran, pemindahan dan penggunaan pinjaman KWAP adalah secara penipuan atau salah,” menurut syarikat itu dalam writ samannya. – Bernama, 1 Julai, 2021.

 

KERAJAAN

MUHYIDIN

AKAN DINGATI

SEBAGAI KERAJAAN

BERANI

AMIN

TEGAS

MASUKKAN

TIM BANDUAN

DAN

TIM 

PENCURI DALAM

PENJARA

KHALAS



RAKYAT MARAH - BOLEH KAH MUHYIDIN SELAMAT ?

 


 RAKYAT MARAH

AMIN

BOLEH KAH

MUHYIDIN SELAMAT

AMIN

BOLEH !!!

KHALAS 

APA CARA ?

AMIN


Kenapa rakyat marah Putrajaya

MEMANG terang lagi bersuluh rakyat tengah marah.

Jelas sekali ia disebabkan kerajaan gagal mengawal situasi Covid-19 sehinggakan ramai kebuluran dan bunuh diri, kata aktivis dan penganalisis politik.

Ramai hilang kerja, dan ramai pula terpaksa meminta-minta makanan.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan darurat yang gagal, ditambah lagi sikap pilih kasih menteri dan ahli Parlimen yang terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) tetapi tidak dikenakan tindakan sedangkan rakyat biasa didenda, dihukum.

Penganalisis berkata inisiatif “Bendera Putih” dan “Code Black” adalah tindakan terdesak rakyat untuk meluahkan kesusahan dan melepaskan amarah mereka kepada Putrajaya.

Iswardy Morni, aktivis yang juga salah seorang pengasas gerakan bendera putih, memberitahu The Malaysian Insight rakyat menyuarakan rasa tidak selesa dan marah mereka terhadap kerajaan kerana sudah penat menanggung beban.

“Kita marah sebab kita sudah tak larat. Sudah lebih setahun, kenapa kita masih tidak tahu (cara tangani pandemik)?

“Kalau anda tidak layak untuk memimpin, anda perlu sedar diri dan mengaku silap, serahkan (kuasa) kepada orang lain.

“Undur saja jika anda tidak lagi dapat buat kerja. Ini (berada dalam pemerintahan) bukan hak istimewa, kamu tidak diundi oleh rakyat. Kenapa kamu tidak boleh mengaku kamu buat kerja yang teruk?.” kata Iswardy.

Katanya, keadaan di negara ini bertambah buruk walaupun pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sekatan dibuat.

Semalam, Malaysia mencatatkan 6,988 kes jangkitan baharu Covid-19, sebulan selepas negara dikenakan PKP Penuh.

“Bila PKP mula tahun lepas, keadaan masih terkawal tetapi kes naik selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Sekarang selepas tiga PKP dan dua sekatan pergerakan, kita masih melaporkan lebih 6,000 kes setiap hari walaupun program imunisasi kebangsaan dan PKP Penuh,” katanya

Iswardy berkata hakikat rakyat terpaksa meminta makanan malah ada yang bunuh diri, menunjukkan mereka sudah hilang punca.

“Ini buat saya marah sebab rakyat sudah di tahap itu, negara ini sudah di landasan salah. Ini menunjukkan rakyat tidak dapat lihat jalan keluar yang lain.”

Data dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semalam menunjukkan peningkatan ketara kes bunuh diri, dengan 609 kes dilaporkan pada 2019, 631 pada 2020 dan 468 dari Januari hingga Mei tahun ini saja.

Jika rakyat tidak tunjukkan rasa tidak senang mereka sekarang, mungkin kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan lanjutkan lagi darurat yang sepatutunya tamat 1 Ogos ini, kata Iswardy.

Katanya, perkara paling penting yang harus dibuat kerajaan sekarang adalah memutuskan rangkaian jangkitan yang kebanyakannya berpunca daripada industri dan kilang yang dibenarkan beroperasi di bawah PKP Penuh “setengah masak” ini.

Penganalisis politik Oh Ei Sun berkata pergerakan seperti bendera putih menunjukkan rakyat Malaysia terdesak kerana ramai hilang punca rezeki ketika PKP.

“Apa lagi yang dapat mereka buat selain minta tolong?

“Ini menunjukkan fakta kerajaan tidak dapat jaga kebajikan rakyat yang benar-benar memerlukan, terutama golongan B40 sehingga mereka terpaksa buat isyarat untuk minta bantuan,” kata Oh kepada The Malaysian Insight.

Gerakan bendera putih dimulakan oleh pengguna media sosial menggesa mereka yang memerlukan bantuan ketika PKP untuk mengibarkan bendera putih di luar rumah mereka bagi memudahkan pihak lain menghulurkan bantuan apabila ternampak bendera itu.

Oh berkata pergerakan Code Black oleh doktor kontrak yang tidak puas hati adalah masalah lama yang kini muncul kerana beban kerja meningkat dihadapi pekerja kesihatan.

“Adalah fakta bahawa doktor kontrak tidak dilantik ke jawatan tetap dan mereka tidak ada prospek kerjaya, ini sudah lama berlangsung.

“Cuma sekarang dalam masa yang sangat kritikal, ramai antara mereka ditugaskan dengan beban lebih dan tidak dapat memikulnya lagi.

“Ini adalah masalah lama dan kerajaan patut selesaikan terutama semasa darurat kesihatan ini.

“Anda tidak boleh selesaikan dengan menghukum mereka, kerana jika anda hukum mereka, tidak ada doktor untuk bantu kawal pandemik,” katanya.

Kempen Code Black dilancarkan kumpulan perubatan sebagai tanda protes terhadap sistem pegawai perubatan kontrak yang tidak adil. Ia akan berlangsung dari 1 Julai dan berakhir dengan “Black Monday” pada 12 Julai.

Oh berkata tanda pagar seperti #PMcirit, #KerajaanCirit dan #KerajaanGagal, ditujukan kepada Muhyiddin yang dimasukkan ke hospital pada Rabu kerana cirit-birit, menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan ini.

Profesor Sharifah Munirah, pensyarah kajian strategik dan hubungan antarabangsa di Universiti Kebangsaaan Malaysia berkata kemarahan rakyat Malaysia terhadap perdana menteri sudah melampaui rasa tidak hormat. – 2 Julai, 2021.

 

MASUKAN

KE PENJARA

TIM BANDUAN

DENGAN SEGERA

AMIN

TUBUH KERAJAAN

PERPADUAN

 AMIN

HANYA KERAJAAN PERPADUAN 

 SEMUA PARTI 

BERSATU LAWAN

KOBID BERSAMA

KHALAS