Jumaat, 2 Disember 2022

WARTAWAN TERBAIK



JUJUR 

GUA BILANG

WARTAWAN INI

 TERBAIK

AMIN

UCAPAN JELAS

NOKTAH KOMA 

SENYUM DI TEMPAT

YANG TEPAT

AMIN

SAYANG DAH

BERHENTI DARI

STESEN WION

KHALAS

PAS TAKUTKAN SEMUA ORANG


Sikap ekstrem Pas cetus keresahan orang Melayu – Faiz

KUALA LUMPUR – Pas didakwa meneruskan sikap ekstrem pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini dengan membuat pelbagai tuduhan berunsur fitnah termasuk menuduh Pakatan Harapan (PH) membawa agenda kristianiasi dan komunisme.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, tuduhan tersebut dibuat bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu sehingga mencetuskan gelombang hijau.

Menurut beliau, Pas tidak lagi berhujah atas fakta tetapi atas sentimen dan apa sahaja dakwaan yang dibuat tiada asas fakta tetapi orang Melayu ditakutkan dengan objek yang abstrak kononnya mereka hilang kuasa.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak istimewa orang Melayu tetap dipertahankan dan tidak boleh diubah kerana ia adakah struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan adalah kontrak sosial dan ia mengikat hubungan sesama kaum dalam negara ini. Sebarang pindaan pula memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan memerlukan perkenan Majlis Raja-raja dan sebab itu, struktur asas ini kekal selagi ada bulan dan bintang,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Faiz memberitahu, kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim menyaksikan Ahli Parlimen berketurunan Melayu merupakan golongan yang paling ramai.

Beliau menambah, sentimen takut kepada DAP hanyalah satu permainan politik sedangkan parti itu turut mempunyai empat Ahli Parlimen berketurunan Melayu.

“Jika benar sekali pun Melayu ketinggalan, ia adalah disebabkan kedudukan sosio ekonomi dan pendidikan Melayu yang tidak setaraf.

“Perlantikan Anwar yang memperjuangkan agenda reformasi dilihat mampu mengubah kedudukan ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, Faiz meminta Pas untuk merenung kembali pendekatan politik yang diamalkan bekas Presidennya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang terbuka dan sederhana.

Menurut beliau, Allahyarham amat berhati-hati menjaga sensitiviti kaum dan berusaha keras menjauhkan Pas daripada fahaman ekstrem.

“Ketika berlaku kejadian serangan kumpulan Al-Maunah di Sauk, Almarhum dengan bijak berjaya mengelak persepsi kaitan Pas,” katanya.

Hakikatnya, Faiz berkata, pendidikan dan ekonomi Melayu yang perlu dipulihkan dan usaha itu perlu dilakukan secara objektif tanpa dipesongkan dengan propaganda perkauman yang dimainkan Pas.

“Pas perlu bersama membina negara dengan menjadi pembangkang yang konstruktif untuk menjadi semak imbang yang matang dan sejahtera dan berhenti meniup api perkauman bagi mengelak sebarang ketegangan kaum,” katanya.


WOIT

PAS BUKAN

HANYA TAKUTKAN

MELAYU

KAH KAH KAH

SEMUA ORANG

TAKUT

AMIN

ORANG BERUNAI

PUN TAKUT

AMIN

GAYA HIDUP

MELAYU NAK

DI UBAH JADI

GAYA HIDUP

ARAB

KHALAS

ZAHID AKAN DI LAWAN



Mampukah Zahid kekal sebagai presiden Umno?

Masa depan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno kini menjadi tumpuan ramai terutama apabila beliau membawa parti Melayu terbesar itu untuk bekerjasama dengan dengan Pakatan Harapan (PH), bagi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Meskipun kerjasama antara Barisan Nasional (BN) yang diterajui Zahid dan PH sebelum ini "disyaki" akan berlaku pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), masih ramai menganggap perkembangan ini sebagai satu kejutan terutamanya apabila Perhimpunan Agung Umno memutuskan "No Anwar, No DAP" sebagai pendirian parti itu.

Walaupun tidak mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Anwar sebagai perdana menteri, perhatian kini tertumpu kepada Zahid kerana dianggap sebagai "perancang utama" kerjasama Umno bersama PH di mana DAP parti yang paling banyak kerusi.

Terdahulu, usaha menjalinkan kerjasama antara BN dan PH bukan saja mendapat tentangan  beberapa pimpinan Umno seperti Hishammuddin Hussein dan Annuar Musa, malah ia juga dibantah parti komponen lain seperti MCA dan MIC.

Mereka beranggapan BN sewajarnya berperanan sebagai pembangkang memandangkan tidak mendapat mandat rakyat untuk menjadi kerajaan pada PRU15.

Beberapa penganalisis politik berpandangan kedudukan Zahid sebagai presiden Umno tidak begitu tergugat walaupun beberapa pemimpin parti itu pernah mengeluarkan kenyataan terbuka membantah keputusan beliau.

Bagaimanapun, mereka berkata, kedudukan Zahid hanya akan tergugat sekiranya kes mahkamah yang sedang dihadapi tidak memihak kepadanya.

Zahid pada September lalu diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir, berkata ahli Parlimen Bagan Datuk itu masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan akar umbi Umno terutama apabila 130 ketua bahagian baru-baru ini tampil menyuarakan sokongan terhadapnya.

Malah, titah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan juga dilihat sebagai alasan kukuh untuk merealisasikan kerjasama antara BN-PH.

ADA HISHAM H20

ADA KHAIRY

SEMUA NAK 

LAWAN ZAHID

KAH KAH KAH

KALAU ZAHID TPM

ZAHID MENANG

KALAU ZAHID

TAK JADI APA

ZAHID KALAH

AMIN

GEROMBOLAN

MACAM SEMUT

MANA ADA GULA

MEREKA AKAN 

BERKUMPUL

KHALAS

BN - PH TANDA KERJA SAMA


BN bakal beri laluan calon Pakatan di Padang Serai

Calon BN untuk pilihan raya 7 Disember nanti ialah C Sivarraajh daripada MIC.

Pemimpin MIC berkata keputusan itu dibuat Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi selepas perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

BN adalah rakan kongsi dalam kerajaan pusat yang dibentuk oleh PH dengan Anwar sebagai perdana menteri.

“Penarikan diri akan membolehkan calon PH mendapat peluang lebih besar untuk memenangi kerusi ini,” kata seorang pemimpin MIC.

Bagaimanapun calon MIC itu dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Beliau sebelum ini berkata tidak sepatutnya diminta menarik diri kerana sudah tiga tahun bekerja di kawasan itu.

“Tetapi MIC tiada pilihan. Mengikut persefahaman dengan PH dan Anwar, kita perlu memberi laluan,” kata pemimpin MIC itu yang enggan dikenali.

Sementara itu, seorang pemimpin MIC Kedah berkata mereka diberitahu malam tadi untuk memberi laluan dan berusaha untuk memastikan PH menang.

“Kami kecewa tetapi kami akan berusaha demi BN,” kata seorang pemimpin tempatan.

Sebelum ini, Warisan turut menarik diri daripada pertandingan. Warisan, seperti BN, adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan pimpinan Anwar. 

Ketika BN memberi laluan kepada PH di Padang Serai, sebaliknya berlaku di Tioman, dengan PH menarik diri demi kemenangan untuk BN.

Pilihan raya kedua-duanya pada 7 Disember susulan penangguhan PRU pada 19 November berikutan kematian calon di kerusi masing-masing. 

Calon PH Padang serai, M. Karupaiya meninggal dunia beberapa hari sebelum pengundian, manakala calon Perikatan Nasional (PN) Tioman, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia akibat lemah jantung pada pagi pilihan raya.

Sementara itu, Mohamad Sofee Razak daripada PH kini akan berdepan Azman Nasruddin daripada PN, Hamzah Abd Rahman daripada Pejuang, dan calon bebas Sreanandha Rao.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata keputusan menarik diri daripada pilihan raya Tioman adalah selaras dengan kerjasama PH dan BN di peringkat persekutuan dan negeri.

Sebelum ini, Fadzli Ramly daripada PH menyatakan kesediaannya memberi laluan kepada Johari Hussain daripada BN, yang akan berdepan calon PN Nor Idayu Hashim, Osman A. Bakar daripada Pejuang dan calon bebas Sulaiman Bakar bertanding di kerusi DUN itu. – 2 Disember, 2022.


WOIT

INI TANDA ADA

KERJASAMA

KHALAS

MALAM INI BUKAN PETANG INI


MALAM INI

BUKAN 

PETANG INI

KHALAS



PM umum barisan Kabinet 8.15 malam ini




TANPA ZAHID KERAJAAN GAGAL DITUBUH


TANPA ZAHID

KERAJAAN INI

GAGAL DITUBUH

KHALAS




zaharuddin ahmad commented on 
"AMBIL ZAHID 
BAWA BALA BAWA BHAGIA"

Ambil DSZHamidi..bererti mencari bala...segala pujian baik dalam negeri mahupun dari luar negara..sudah tak ada makna...rakyat terasa malu kalau 'court cluster" masih diberi muka..banduan 12 tahun masih caturkan hala tuju .. keistimewaan tahanan banduan 12tahun masih tidak diendahkan...fahamilah.. kita undi kamu untuk perubahan ...kalau masih macam dulu.. baik kami/rakyat tidak payah mengundi..

AGAMA ITU DARI MANA ?



AGAMA ITU

DARI MANA ?

KHALAS

PETANG IN - KABINET


PETANG INI

KHALAS


Barisan Kabinet diumum petang ini, kata Anwar




KALAU UNTYUNG SEMUA HALAL


KALAU UNTUNG

SEMUA HALAL

KHALAS

Unknown commented on 
"AMBIL ZAHID 
BAWA BALA BAWA BAHAGIA"

Manusia ini macam macam lah, bila ada pangkat kuasa semua cium tangan, kaki pun sanggup cium untuk kebajikan sendiri, kah kah kah, mana satu pemimpin bersih suci murni? Ada berapa ekor ? Selagi tak pegang kuasa jangan cakap merapu lah, semua sama rumpun sama, sejarah sama, tak ubah tunggu nak lihat nanti, lidah kan tidak bertulang, nanti puak bangkang, puak setuju, begitu lah kaum kerabat, kalau untung diri semua halal, kalau untung lawan terus Haram, Pak Lebai pun begitu apa kan pula orang biasa biasa, kah kah kah apa pun patuhi arahan arahan atasan, tak payah sibuk sibuk belaka, kedai kopi penuh bukan bekerja tapi sembang politik sampai lupa waktu sembahyang kah kah buat kerja dulu amin

MANUSIA JADI ANGKUH



MANUSIA JADI

ANGKUH

KHALAS

Unknown commented on
 "ORANG PELARIAN 
AKIBAT MALAPETAKA CUACA"

langit bocor. pencemaran asap. langit kelambukan manusia, selimutkan dengan embun. tapi manusia koyakkan selimut dan bakarkan kelambu. dunia menangis. betapa angkuh nya manusia

BUAT SENDIRI TUJUAN HIDUP


CARI ADN BUAT

SENDIRI

TUJUAN HIDUP

KHALAS

PAK LEBAI TERUS MENGGANAS

 



PAK LEBAI

TERUS

 MENGGANAS

KHALAS

KERAJAAN CAMPURAN



Pembentukan Kabinet dua, tiga hari lagi – Anwar
KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim berkata, pembentukan Jemaah Kabinet akan dibuat dalam tempoh dua, tiga hari lagi.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dengan semua komponen parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan.

JANGAN SILAP

TAFSIR

AMIN

INI KERAJAAN

CAMPURAN

AMIN

KERAJAAN

PERPADUAN

SEMUA PARTI

DALAM KERAJAAN

KHALAS 

PAS & BERSATU

 ENGGAN BERSAMA

KHALAS




SIAPA SEDIA HADAPI HUJAN


Amaran hujan berterusan tahap waspada di 7 negeri 


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan). 

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan. 

“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 kilometer sejam (kmsj) dan 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan.


“Bagi aktiviti perkapalan, angin kencang timur laut (kategori pertama) juga turut dijangka mencapai berkelajuan dan ketinggian ombak yang sama di kawasan perairan Samui, utara Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan sepanjang tempoh sama,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – Bernama, 1 Disember, 2022.

MUSIM 

TENGKUJUH

SIAP SEDIA

HADAPI HUJAN

AMIN

LEBIH LEBAT

LEBIH KENCANG

LEBIH LAMA

AMIN

INI BUKTI

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

YDP KERAJAAN IHSAN AGONG



KERAJAAN 

IHSAN YDP AGONG

KHALAS

WAHAI PARA PEMBACHA 
TUKARTIUB YANG BUDIMAN

Seluroh rakyat tertunggu tunggu senarai Kabinet Kerajaan  Champoran.Ramai bijak pandai mengolah itu dan ini.Mungkin betul mungkin tidak.

Yang pasti terjadi.. kegumbiraan ada sikit sikit.Kedukaan pun sama.Tapi kebanyakan akan tersentap dan kechewa akan Barisan Kabinet bila menjelma.

Akan ada tohmohan... "DSAI dah kenching kita lagi.Chakap tak serupa bikin.Macham mana yang tak ada akal dapat.Semata mata kerana budi!"

Bertenanglah.Imbas kembali lepas PRU 14. tetiba saja..Manifesto di abaikan.Manifesto is not cast in stone.Manifesto are not holy scriptures..kerana REALPOLITIK.Politik memerentah mesti real..bukan dogengan masa kempen.

Masa kempen  kata orang Kelantan...." Kechek buleh"..apa saja buleh janjikan.Bila jadi Memanda tahu lah.Rakyat pun faham.

Memanda DSAI kita sudah tentu mahu semahu daya laksanakan apa yang dia janjikan.Namun bukan saja DSAI..kita semua mesti realistik.

Ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan.

Ini Kerajaan Champoran....atau lebeh tepat Kerajaan Ihsan YDP Agong, Ihsan PH,Ihsan  Zahid Hamidi, Ihsan GPS dan Ihsan Rakyat.

Ramai penyokong PN tak Ihsan kan kerajaan ini.Tak mengapa.Biasalah dalam demokrasi.

Pokok nya Realpolitik memastikan pemerentahan yang berlandaskan real, bukan  omongan dan dogengan semasa berkempen.  Al Marhum Tunku Abdul Rahman pernah di tanya mengapa seorang bekas pengganas komunis tidak diberikan bayaran sepatutnya  kerana memberi maklumat tempat sorok senjata pengganas CPM sedangkan kerajaan janjikan $10 satu peluru, $100 satu pistol.Jumlah senjata   yang banyak di jumpai memungkinkan bayaran ratusan ribu $ .Akhirnya bekas pengganas itu dibayar beberapa ribu $ sahaja.Kata Tunku  "you must never let principles supersede reality".Benar lah senjata senjata yang dirampas itu menyelamatkan nyawa dan anggota2 keselamatan.Namun kerajaan tiada wang dan wang itu lebeh baik diberikan kepada anak isteri anggota keselamatan  yang terkorban!

Jadi tak ngapalah Memanda DSAI.Buatlah apa yang patut.Lantik lah sebaik mungkin..rakyat paham tak boleh sembrono lantik berlandaskan prinsip dan moral semata mata.Mesti realistik.Realpolitik.

Yang berakal dan yang berbudi lantek lah.Tanpa sokongan dan ihsan mereka tak mungkin Kerajaan ini wujud.Khalas.Period.

Lima tahun lagi Rakyat akan tengok Report Card.Buat yang terbaik sedaya mungkin.Rakyat paham Realpolitik.

INI NAMANYA ZALIM


INI NAMANYA

ZALIM

KHALAS

TER NOWW - ANWAR JUMPA AGONG

 




PM Anwar menghadap Agong pagi ini

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan dinaiki Anwar dilihat memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 1 pada 8.22 pagi.

Selepas sesi menghadap hampir sejam, beliau kemudian beredar meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 9.15 pagi. 

Anwar dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 10 pagi.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat dan beliau akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 8 pagi hari ini. – Bernama, 1 Disember, 2022.

NAMA MENTERI?

NAMA ZAHID?

JENG JENG JENG

KHALAS


GULAI LOMAK DAN ASAM PEDAS


GULAI LOMAK

DAN GULAI

ASAM PEDAS

KHALAS

Unknown commented on
 "ASAM PEDAS DAN BANJIR"

ekao herman samo macam ayoh metuo den di port deksen. bila mak metuo den masak asam podeh melako maka merungutlah ayoh metuo den. ayoh metuo den hanya suka masak lomak cili api yooo masak lain taknak nyo susah gwa nak tune selero ayah metuo den mai makan nasi kandaq penang kahkahkah

RAYAKAN APA YANG KITA ADA



RAYAKAN APA

YANG KITA ADA

KHALAS



Unknown commented on 
"BILA KITA
 MAKAN MALAM INI ...."

Betul betul betul ramai alpha, ramai lupa rezeki depan mata biar tunggu, layan what's app, layan face book sampai lupa rezeki depan mata, ramai tak ada makanan dalam dunia,ramai tak ada kemewahan yang kita ada, bila tak ada baru akan ingat, ini fikrah manusia, ini tabiat manusia, tidak hargai apa yang ada, dulu masa berkuasa lupa orang bawah, lupa kuasa amanah, kuasa diberi untuk kebaikan, tapi ramai lagi masih ego tinggi dengan kuasa pangkat jawatan mereka, macam dunia bapak dia punya, bukan setakat makanan, segala apa milk kita boleh hilang sekelip mata termasuk nyawa, jadi ingat ingat lah bila mengkritik orang, hina orang, kata pendatang pembawa sial lupa asal usul kamu sendiri, selalu cermin diri,

 bila pakai Audi lupa Proton, bila pakai Mercedes lupa Jasa orang yang letak kita atas sana, kah kah kah hidup ini singkat jangan rosak dengan hasad dengki, fitnah, perbuatan khianat, tikam belakang semua tak baik buang kah kah kah boleh tak? Rasuah salah guna apa lagi kena buang jauh jauh boleh, perkauman boleh buang ,? Tak payah sibuk nak jaga moral orang, jaga moral sendiri sudah, jaga diri sudah, orang lain tak payah sibuk sibuk bawa masuk syurga macam mereka lah wahyu dari langit kah kah kah baca kitab pun dalam bahasa orang lain, tak payah sibuk sangat ya, perbaiki diri, pamerkan diri ITU baik tingkah laju, budi pekerti nanti orang tengok masuk sendiri jaga jaga woit kah kah kah

DAH MASUK 12 HARI


DAH MASUK

DUA BELAS HARI




JUMAAT 2/12/2022
PRU15 DAH SELSESAI
DAH LINTAS 12 HARI
KITA MASIH MENUNGGU
KERAJAAN BARU

SAPO MONTORI
ZAHID JADI KO TAK JADI TPM?
NI SUMO YANG SIBUK
JADI BORAK KODAI MAMAK
AMIN

LAMO BERUNDING
TAPI SUMO BERLAKU BAIK
TAK BANYAK  BUAT LABON
DALAM MEDIA
AMIN

AFRIKA SELATAN
PRESIDEN RAMAPHOSA
KINI MENGHADAPI TUDUHAN
GELAP DUIT
KITA LIHAT APA 
YANG AKAN BERLAKU

QATAR
TIM BOLA 
GERMAN MENANG 
LAWAN COSTA RICA
4 - 2
TAPI  TERKELUAR
MOROKO KALAHKAN CANADA
2 - 1

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEJUK SEGAR
HUJAN KELMARIN BAWA
UDARA SEGAR

KL & KL SENTRAL
DILIHAT CERAH
MATA HARI DAH KELUAR

HA HA HA
PALING GEMBIRA PAGI INI
KELUARGA CENGKERIK
BUKAN MAIN KUAT SIMPONI

GUA HARAP HARI INI PANAS
JAP LAGI GUA NAK MEMBASUH
AMIN

BRO
SAMBUT PAGI JUMAAT
YANG INDAH INI 
DENGAN SENYUM GEMBIRA

BRO
BILA LU MENANGIS
ITU ERTINYA LU BERSUARA
DENGAN HATI
BUKAN DENGAN MULUT

BRO
HIDUP  TAK BISA 
LEBIH BAIK TANPA CINTA
TAPI CINTA DENGAN
CARA YANG SALAH
AKAN BAWA HIDUP YANG BURUK

BRO
CINTA ADALAH
KETEGUHAN RASA HATI
YANG DITAMBATKAN PADA
MANUSIA
YANG MENYENANGKAN
MASA LALU
MASA KINI
MASA DEPAN

BRO
CINTAILAH SESEORANG
DENGAN APA YANG ADA
JANGAN MENUNGGU SI DIA
SEMPURNA

BRO
BERCINTALAH
TANPA SYARAT

BRO
KATAKAN PADA
SANG KASIH LU TERLEWAT
KERANA TERLALU LAMA
MENATAP GAMBAR  DIA

BRO
CINTA TAK PERLU
DIUCAPKAN
SENYUM LU  ITU
ADALAH TANDA CINTA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU