Jumaat, 5 April 2024

GADUH - 1 LAWAN 20 !!!


HEBAT KES INI

SATU LAWAN 20

KAH KAH KAH

KHALAS

TATA KELOLA = BERZIKIR DAN BERZAKAR


TATA KELOLA

KAH KAH KAH

BERZIKIR KE

BERZAKAR

KAH KAH KAH

AMIN

INI HANYA SATU TEKTIK


INI TEKTIK

TANGKAP DI SABAH

TAKDA DEMO

AMIN

BICARA DI SABAH

TAKDA DEMO

BIJAK TEKTIK INI

KAH KAH KAH

KHALAS



JALAN AL-AQSA


JALAN AL-AQSA




 Cik Gu Azmi: Majlis Perundingan Perubuhan Islam Malaysia
Pjbt Presiden MAPIM
Tingkat 3 Space U8 Mall ,
Bukit Jelufong Shah Alam Selangor 
Tel 0194744856
azmiabdulhanid58@gmail.com

Kenyataan Media 
5hb April 2024

JALAN AL AQSA DIISTIHARKAN SEBAGAI JALAN BERKEMBAR DENGAN JALAN TUN RAZAK SEMPENA HARI AL QUDS ANTARABANGSA 

Hari ini 5hb April 2025 bersamaan 25 Ramadhan 1445 H  sempena Hari Al Quds Antarabangsa kami sebagai penganjur perhimpunan terdiri dari gabungan Ngo Malaysia telah mengistihar Jalan Tun Razak dengan  nama berkembar  Jalan Al Aqsa .

Tujuan memartabatkan Jalan Al Aqsa adalah untuk menyampai mesej bahawa rakyat Malaysia memberi perhatian serius terhadap status Masjid Al Aqsa yang terancam akibat pencerobohan tentera zionis Israel sejak 1967 keatas Baitul Maqdis serta bila tentera Israel menceroboh ke dalam Masjid Al Aqsa sendiri.

Masjid Al Aqsa adalah lambang kesatuan umat Islam sekaligus adalah simbol kesatuan kemanusiaan dan keadilan sejagat. 

Sementara Al Aqsa merupakan Masjid yang sangat dimuliakan oleh Islam sebagai Qiblat pertama umat Islam , ia juga adalah simbol kehidupan bersama antara agama Islam , Kristian dan Yahudi , yang saling menghormati dan damai di Baitul Maqdis sehingga tentera zionis melakukan pencerobohan ke atas Masjid Al Aqsa .

Kami berpendirian bahawa pencerobohan ke atas Al Aqsa oleh zionis Israel adalah kemuncak kebiadapan yang tidak boleh dikompromi. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini zionis Yahudi memberi fokus untuk melaksanakan agenda proses penYahudian ( Judization )  Masjid Al Aqsa . Matlamat akhir zionis Israel adalah untuk meroboh Masjid Al Aqsa dan digantikan dengan Kuil Yahudi.

Inilah motivasi perjuangan penentangan ( resistance ) yang dilancarkan oleh Hamas yang disokong oleh pelbagai gerakan dan pertubuhan Islam antarabangsa untuk membebaskan Al Aqsa.

Tercetusnya Taufan Al Aqsa ( Al Aqsa Storm ) oleh Hamas pada 7hb Oktober 2023 adalah berintikan semangat bahawa selagi Al Aqsa tidak dibebaskan selagi itu Palestin tidak merdeka. 

Kami mahu rakyat Malaysia dan seluruh aktivis Palestin mempunyai satu tekad iaitu kesucian Al Aqsa mesti dipertahankan. Bahawa Al Aqsa adalah penyatu kepada maruah umat Islam seluruh dunia dan mengabadikan rasa cinta dan mulia kepada Al Aqsa melalui ujudnya satu simbol Al Aqsa    iaitu Jalan Al Aqsa di Kuala Lumpur akan meningkat kesedaran rakyat Malaysia kepada isu perjuangan membebaskan Palestin.

Kami mengharapkan Jalan Aqsa ini akan kekal sebagai ikon kepada Kuala Lumpur dan semua pihak menghormati inisiatif NGO ini.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

DS Ust Ahmad Awang
Pengerusi MANAR

DW Ust Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohammad Faiz Fadhil
Setiausha Agong 
Parti Amanah Negara

Datuk Raja Kamarul Bahrin Ahmad Shah 
Briar Timbalan Menteri Luar 

Syed Shekh Al Atas
Pengerusi SEJAGAT

Chua Tian Chang
Pengerusi Sekretariat Solidariti Palestin

Hishamuddin Rais
Aktivis Sosial

PENGGANAS YAHUDI - BILA BICARA ?


Lelaki Israel miliki senjata api: 16 individu ditahan secara keseluruhan – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini secara keseluruhannya menahan seramai 16 individu berhubung siasatan berkait tangkapan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain berkata, dalam perkembangan terbaharu kes itu – polis memberkas seramai menahan 12 individu selepas menjalankan siasatan terhadap suspek utama Shalom Avitan, 38, pasangan suami isteri warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun yang menjual pistol kepada Shalom dan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pemandunya.

Tiga daripada 12 individu yang ditahan itu adalah turut membabitkan dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan Cawangan Khas (SB).

“Kesemua 12 individu itu ditahan dalam serbuan ke atas beberapa premis di sekitar Johor dan ibu negara berdasarkan risikan, siasatan dan maklumat yang diterima dari orang awam.

“Malah ada tangkapan ini diperoleh dengan kerjasama hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berhubung aktiviti pembayaran wang kripto,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Razarudin, setakat ini, tangkapan oleh JSJK menerusi hasil siasatan itu dipercayai diperoleh berdasarkan penjejakan pembayaran untuk senjata api membabitkan suspek dan juga pasangan suami isteri tempatan yang membayar menggunakan mata wang kripto.

RAKYAT NAK

TAHU BILA

KES BICARA

AMIN

APA TUDUHAN?

MUKA RUPA APA?

SAPA GENG

YAHUDI INI?

AMIN

KHALAS

PANAS PANAS PANAS


Satu lagi kematian akibat strok haba, libat kanak-kanak tiga tahun – NADMA

KUALA LUMPUR – Satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.

Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Feb lepas.

“Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes) dan kes kejang haba (satu kes).

“Terdapat dua kes masih mendapat rawatan di hospital, iaitu masing-masing satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kelesuan haba di wad biasa. Kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” menurut laporan itu yang memetik sumber Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi pecahan mengikut negeri, Perak dan Kedah masing-masing merekodkan lapan kes, Johor (lima), Negeri Sembilan (empat), Sabah (empat), Selangor (tiga), Perlis (dua) dan masing-masing satu kes di Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Memetik sumber Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), NADMA melaporkan setakat semalam enam empangan menunjukkan stok bekalan air pada paras amaran dengan tiga daripadanya di Kedah iaitu Empangan Muda (39.12 peratus), Empangan Malut (35.70 peratus) dan Empangan BS Padang Saga (41.29 peratus).

BERHATI HATI

PANAS SEDANG

MENYERANG

AMIN

TERPERANGKAP DALAM TEROWONG


TERPERANGKAP 

DALAM

TEROWONG

AMIN

PENJARAKN TERUS NAJIB


PENJARAKAN

TERUS NAJIB

KHALAS

Unknown commented on 
"NAJIB DIBERI BETIS 
MINTA PEHA ROSMAH ?"
Siapa yang memandai bagi najib kurangkan hukuman?????Najib curi duit negara/rakyat...kenapa pandai-pandai bagi pengampunan pada najib. Lain lah kalau najib curi duit bapak dia...boleh le dia bagi ampun pada najib. Ibu tunggal curi susu untuk bayi pun kena 3 bulan penjara, tapi tak siapa pun ambil kisah jauh sekali bagi ampun. Gila punya negara Malingsia ni!!!!

DIUMUMKAN - JALAN AL-AQSA


DI UMUMKAN

PADA  JUMAAT  5 APRIL 2024
DI HARI AL-QUDS SEDUNIA
JALAN DI SEBELAH
KEDUTAAN AMERIKA
DIUMUMKAN
SEBAGAI  JALAN AL-AQSA
AMIN
KHALAS

ZAHID & ANWAR SAILANG NAJIB


ZAHID & ANWAR

SAILANG NAJIB

AMIN

NAJIB ADA TALIPON KE ?


Tiada layanan istimewa untuk Najib di penjara, kata Saifuddin

NAJIB Razak tidak menerima sebarang layanan istimewa semasa menjalani hukuman penjara di penjara Kajang, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

“Tiada sesiapa menerima layanan istimewa di penjara termasuk Najib.

“Saya tetap dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Penjara kerana mereka yang menjaga bekas perdana menteri 24 jam sehari.

“Jabatan Penjara mempunyai pegawai dan blok mereka sendiri… dan mereka memantau Najib seperti cara mereka mengawasi banduan lain,” katanya ketika sidang media di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun katanya beliau tidak mengetahui dakwaan bahawa Najib tidak memakai pakaian tahanan di penjara.

Bulan lalu pendakwah Wan Ji Wan Hussin memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara bahawa Najib menerima “layanan yang sangat istimewa” di penjara dan “tidak memakai pakaian banduan” tetapi “pakaian biasa seperti di rumah”.

Wan Ji yang baru-baru ini dibebaskan selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang juga berkata Najib ditempatkan di “blok khas” di penjara itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Nordin Muhamad menafikan kenyataan Wan Ji dan menegaskan setiap banduan dilayan sama rata.

Dalam perkara lain Saifuddin turut menyentuh permohonan Najib untuk menamatkan hukumannya di bawah tahanan rumah berdasarkan “perintah tambahan” yang dikatakan daripada Yang diPertuan Agong sebelum ini.

Saifuddin berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai “perintah tambahan” itu.

“Saya hanya menerima permohonan daripada Najib untuk menghabiskan baki masa penjaranya di bawah tahanan rumah.

“Dan saya tidak mempunyai maklumat mengenai dokumen tambahan ini.

“Saya bukan ahli Lembaga Pengampunan. saya tidak tahu.

“Sebab itu saya nyatakan bahawa kita akan mengkaji perkara itu berdasarkan maklumat yang ada,” tambahnya.

Pada 2 Februari Lembaga Pengampunan mengumumkan ia mengurangkan separuh tempoh penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun. Ini bermakna Najib akan dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028. – 4 April, 2024.


WOIT

BETUL KE

NAJIB ADA

TALIPON ?

AMIN

MUSTAHIL WAN JI

TAK TAHU NAJIB

TAK PAKAI BAJU

BANDUAN

AMIN

WAN JI BOHONG

ATAU PEGAWAI

PENJARA BOHONG

AMIN

KHALAS

DANA KWSP DIGUNA KOKOHKAN RINGGIT ?


DANA KWSP DIGUNA

UNTUK KOKOHKAN

RINGGIT?

AMIN

GAZA - TIDAK ADA GENCATAN SENJATA


Tiada kemajuan gencatan senjata di Gaza - Hamas

DUBAI: Pemimpin Hamas, Osama Hamdan hari ini memaklumkan tiada kemajuan dalam rundingan gencatan senjata Gaza walaupun kumpulan Palestin itu menunjukkan fleksibiliti.

Hamdan berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghalang kedua-dua pihak daripada mencapai persetujuan serta "tidak berminat" untuk membebaskan tebusan Israel.

"Kerajaan pendudukan itu masih mengelak dan rundingan dibelenggu dengan masalah yang sama", kata Hamdan pada sidang media yang diadakan di Beirut.

Usaha Mesir dan Qatar yang disokong oleh Amerika Syarikat, setakat ini gagal mencapai gencatan senjata.

Walaupun Hamas mahu sebarang perjanjian gencatan senjata bagi memastikan penamatan serangan tentera Israel, tentera Israel itu lebih suka perjanjian pembebasan tawanan tebusan serta enggan komited bagi menamatkan kempen ketenteraannya.

Di Gaza, pengeboman Israel terus menyasarkan kawasan di seluruh wilayah Palestin sehingga membunuh 62 orang dalam tempoh 24 jam lalu, kata kementerian kesihatan wilayah itu.

Tentera Israel membebaskan 101 rakyat Palestin yang ditahan tentera ketika serangan darat dalam beberapa minggu dan bulan lalu.

Tahanan yang kebanyakannya mengadu mengenai layanan buruk di penjara Israel, dibebaskan melalui persimpangan Kerem Shalom Israel ke selatan Semenanjung Gaza.

Lebih 33,037 rakyat Palestin terbunuh dengan 75,668 cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

PERANG

 DITERUSKAN

HINGGA ISRAEL

MUSNAH

AMIN

MATI KEBULURAN



31 kanak-kanak Gaza mati akibat kebuluran

GAZA CITY – Jumlah kematian akibat kebuluran dan dehidarasi berikutan sekatan makanan dan bekalan air oleh rejim Israel semakin meningkat.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam setu perkongsian di media sosial melaporkan, seramai 31 kanak-kanak direkodkan maut kerana kebuluran dan dehidrasi.

Sebelum itu, doktor di utara Gaza telah memberi amaran bahawa mereka cuba merawat bayi dan kanak-kanak kecil yang mengalami kekurangan zat makanan akut di wad hospital dengan bekalan yang sangat terhad. – Agensi


MARI BERSAMA

AMIN

NAJIB TAK SEDAR DIRI


NAJIB

TAK SEDAR DIRI

AMIN

Unknown commented on 
"NAJIB MAHU DI TAHAN
 DALAM RUMAH SENDIRI"

Tak tau malu punya keturunan...curi duit negara berjutaaaa, dah diberi pengurangan hukuman malah minta tahanan rumah pulak. Yang bagi pengampunan pun tak sedar diri...anggap negara ni bapak dia yang punya.

MADANON LAWAN TITAH RAJA ?


MADANON LAWAN

TITAH RAJA ?

AMIN

MUSTAHIL !!!

KHALAS

Unknown commented on
 "NAJIB MAHU DI TAHAN
 DALAM RUMAH SENDIRI"

betul ke madanon lawan titah raja ?... kalau betul, patutnya kabinet kerajan madanon semuanya patut kena tangkap akta 3R sumbat dalam penjara.. kah kah kah

HARI AL-QUDS SEDUNIA


HARI AL-QUDS

SEDUNIA


JUMAAT 5 APRIL 2024
HARI INI HARI AL-QUDS SEDUNIA
PULUHAN  KOTA BESAR
 DI SELURUH DUNIA
AKAN BERDEMO

DI KULA LUMPUR
INI ACARA TAHUNAN
HARI INI JAM 2 PETANG
WARGA AKAN BERHIMPUN
DI HADAPAN BANGUNAN
TABUNG HAJI

DARI SITU WARGA
AKAN BERARAK
KE PEJABAT DUTA AMERIKA

TAHUN INI
KAUM ZIONIS
SEDANG MENGGILA. MEMBUNUH
WARGA PALESTIN

PARA PEMBACA TT
DI JEMPUT SAMA BERDEMO
BERSOLIDARITI DGN PALESTIN
AMIN

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN
MAHU GENCATAN SENJATA
DIJALANKAN SEKARANG
KERANA. RAKYAT BIASA 
YANG BANYAK JADI KORBAN

UK
DATUK BANDAR KOTA LONDON
SADIQ KHAN
MAHU UK HENTIKAN
BEKALAN SENJATA PADA ISRAEL

TAIWAN
GEMPA BUMI MERUNTUHKAN
BANYAK BANGUNAN
10 TEWAS
 LEBIH DARI 1000 CEDERA

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH BASAH
HUJAN PETANG KEMARIN
MATA HARI BELUM KELUAR

PAGI INI TAK BANYAK KERETA
HANYA BERBELAS
SEMBAHYANG KUBUR DAH REDA
MERCUN PUN TAK KEDENGARAN
ESOK SABTU MUNGKIN
KEMBALI SIBUK

KUIH BUAH LILIN
ARAK PEHA AYAM & DUIT UNTUK
DI HANTAR KEPADA SI MATI
BASAH DAN BERTABURAN

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
HARI INI GUA TAK KE PASAR
GUA NAK TURUN
BERDEMO ANTI AMERIKA
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM PADA 
PAGI JUMAAT
 
TOK  RAHIB KONON MERAPU
CAKAP BANYAK AMAT PERAMAH
NAJIB  KLIM  MADANON MENIPU
ADA TITAH PENJARA DIRUMAH

BIAWAK MELINTAS BAWA SIAL
BALING BATU BERKETUL KETUL
NAJIB DAPAT LAYANAN SPESIAL
PENJARA KATA  BERITA TAK BETUL 

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERDEMO