Isnin, 23 Mac 2015

KENDURI 28 HARIBULAN






KENDURI 

MAK JANDA
mak janda
nak kahwin lagi


KENDURI

  ANAK MUDA

sabtu jam 4 petang
sogo


-------------

SIAPA KENAL?




SIAPA KENAL?
maklumat diperlukan
siapa tahu
siapa kenal
orang jahat ini



--------------

AL-FATIHAH





AL-Fatihah
kau pergi awal
sebelum sempat
kita berkenalan
kau pergi
meninggalkan ingatan

petang ini sayulah
seluruh alam
tangisan semua anjing
tangisan semua  serigala
tangisan semua unggas
tangisan semua cenkerik
semua menghantar kau pulang
ke alam mulia
kau yang  berhati suci

bila aku menulis bait ini
air mata aku berlinang
bila aku menulis bait ini
yang tinggal hanya kenangan

-----------

DUDUK BANTAH MALAM INI








MALAM INI


festival filem jalanan
anur nak sekolah
bersama: ronasinar
ayah kepada anur
jam 9:00
dataran merdeka
semua dijemput


----------------

KETUA TWEETER NEGARA







KETUA

TWEETER 

NEGARA

masih aktif





MALAM INI
wayang di dataran merdeka
jam 9:00 malam












-----------

TURUN JALAN RAYA SABTU INI






JAWAB KITA

TURUN

 JALAN RAYA

Mengapa Putrajaya belanja RM28 juta naik taraf jet peribadi, soal Rafizi 

Jet peribadi baharu bernilai RM465 juta dibeli Putrajaya melalui perjanjian sewa beli, ACJ320, turut melalui proses penaiktarafan kabin bernilai RM28 juta, sekaligus menjadikannya asas kepada harga sewa beli berkenaan, kata Rafizi Ramli dalam satu pendedahan hari ini.
Naib presiden PKR itu berkata, berdasarkan laman web Comlux Aviation Group, pemilik ACJ320 sebelum dibeli Putrajaya, keadaan dalaman kabin itu sudah cukup mewah seperti "hotel lima bintang", sekaligus mempersoalkan keperluan ia dinaik taraf semula.
"Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaik taraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung rakyat Malaysia?" kata ahli Parlimen Pandan itu pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-belanja-rm28-juta-naik-taraf-jet-peribadi-kata-rafizi#sthash.0Pi4YLwH.dpuf


KOS NAIKTARAF KABIN JET PERIBADI ACJ320 RM28 JUTA

Jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru dibeli iaitu ACJ320 mula beroperasi sejak 3 Mei 2011 setelah disiapkan pada 29 Mac 2010. Sebelum ini, ia disewakan oleh pemiliknya Comlux Aviation Group dan Kerajaan Malaysia pernah menyewanya bagi kegunaan Perdana Menteri.

Jet peribadi ini merupakan antara yang terbaik dimiliki Comlux dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kapasiti 19 penumpang, termasuk satu bilik khusus untuk VVIP. Ia mempunyai ruang-ruang seperti berikut:

Saya mempunyai salinan perjanjian pembelian di antara Jet Premiere One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO) dan Air Luther AG iaitu syarikat bersekutu dalam Comlux Aviation Group yang memiliki ACJ320 sebelum ini. JPO membeli jet ACJ320 ini dari Air Luther AG kemudian dijual pula kepada Kerajaan Malaysia dalam satu perjanjian sewa beli yang telah saya dedahkan sebelum ini.

Di dalam perjanjian pembelian di antara JPO dan Air Luther AG, salah satu syarat pembelian ialah kerja-kerja menaiktaraf kabin dari keadaan sedia ada pada harga USD8 juta (bersamaan RM28 juta pada kadar tukaran RM3.5 bagi USD1). Harga USD8 juta ini dimasukkan di dalam harga pembelian yang kemudiannya menjadi asas kepada harga sewa beli bernilai RM465 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Saya memaparkan gambar-gambar ruang dalam sedia ada ACJ320 untuk menunjukkan bagaimana kabin yang belum dinaiktaraf sudah pun cukup mewah di luar imaginasi rakyat Malaysia. Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaiktaraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Jika sebelum ini pimpinan Umno memberi alasan pembelian jet peribadi baru ini adalah perlu demi keselamatan Perdana Menteri dan keluarga, apa pula alasan membelanjakan RM28 juta dana rakyat untuk menaiktaraf kabin menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang? Sekiranya wang RM28 juta ini digunakan untuk membina rumah bagi mangsa banjir di Kelantan, pada harga RM35,000 setiap rumah dana RM28 juta ini sepatutnya telah dapat membina rumah untuk 800 keluarga yang menjadi mangsa banjir.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


------------

SEMUA BERITA BAIK






KOMENTAR
kuraqng dua minggu 
sabelum GST
kelihatan rakyat makan marah
jika suasana ini 
jika tenaga ini
jika marah ini
dapat diteruskan
dapat dipanjangkan
maka akan pendek umur
united malays national organisation



Kesatuan desak pemimpin Khazanah letak jawatan

Anne Muhammad | 1:00PM Mar 23
Ini kerana kegagalan mereka untuk menyelesaikan masalah pemberhentian 6,000 kakitangan MAS.


Peserta demonstrasi bantah GST rusuh bangunan kastam

Marah dengan tindakan Pejabat Kastam Kelana Jaya menutup kaunter awam mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kira-kira 100 peserta demonstrasi Gabungan Bantah GST hari ini bertindak merusuh kawasan tersebut.
Protes "duduk dan bantah" yang bermula sekitar jam 11 pagi bertujuan menuntut pihak kastam menjawab sebanyak 106 soalan mengenai GST, tetapi bertukar menjadi kecoh ekoran halangan pihak berkuasa.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peserta-demonstrasi-bantah-gst-rusuh-bangunan-kastam#sthash.fRPQPgt8.dpuf

Rakyat diseru lapor salah guna tweet Khalid kepada Twitter 

Sebuah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang Akta Hasutan hari ini menyeru orang ramai membuat aduan kepada laman Twitter berhubung salah laku Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam menggunakan media sosial itu.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-diseru-lapor-salah-guna-tweet-khalid-kepada-twitter#sthash.O1MCcOtv.dpuf

--------------

BERITA BAIK - TEKSI MOGOK








SABTU SOGO


Pemandu teksi mogok jika tambang baharu batal
KUALA LUMPUR - Kira-kira 37,000 pemandu teksi di seluruh Lembah Klang akan melancarkan mogok sekiranya kadar tambang baharu yang yang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) ditangguh dan dibatal Kabinet.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi berdaftar menyokong apa yang diumum sebagai sesuatu relevan dan membantu peningkatan taraf hidup golongan itu keseluruhannya.
Katanya, seluruh pemandu teksi akan meneruskan kadar tambang baharu itu selagi tidak diumum ditangguh atau batal.
Namun, jika SPAD akur dengan arahan Kabinet, pihaknya akan menganjur himpunan pemandu teksi untuk nyatakan pendirian terhadap isu itu.
Katanya, jika Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar ada menerima tekanan dengan tindakan diambil, pemandu teksi akan berdiri teguh di belakang beliau.
“Itu hak kami (kenaikan tambang teksi), dah beri jangan tarik balik. Kami tidak akan layan bantahan mana-mana pihak,” katanya ketika berhimpun bersama kira-kira 100 pemandu teksi sekitar Lembah Klang di Jalan Cochrane, semalam.


KAH KAH KAH
woit
ini berita amat sedih
ini berita amat gumbira
gwa sedih kerana 
gwa selalu guna teksi
gwa gumbira kerana
ada mogok

mogok perkataan keramat
macam perkataan demo
macam perkataan lawan

MARI  BERDEMO


----------------

KENAL DAN CARI ORANG JAHAT INI




MAKLUMAT

perlu bantuan
maklumat dari 
orang ramai


RAKYAT SEDANG MENCARI SEORANG SAMSENG YANG CUBA MEMUKUL WAKIL RAKYAT DAN MENYEPAK TIKAR SEORANG WARGA EMAS DI DATARAN MERDEKA SEMALAM.
MAMAT ini guna KERETA VAN PREGIO PUTIH CERMIN GELAP. NO KERETA: WA4181R.
SIAPA YANG KENAL MAMAT INI SILA MAKLUMKAN KEPASA ADMIN. Terima kasih.




















--------------

SABAR DAN BACA DAHULU





KOMENTAR
apa yang diluluskan dalam 
dewan undangan kelantan
bukan huhud
bukan hukum allah
jangan silap tafsir

sila rujuk  dan baca
tajuk rang undang itu:

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 

(Pindaan 2015)

kalau hukum allah
mustahil boleh dipinda pinda

jangan bengis
jangan marah tak tentu pasal
ada politik latar belakang
ada kepentingan kuasa
ada kempen poltik
ada strateji politik
dalam usaha meluluskan enakmen ini






PAS bohong dalam p'raya lalu, kata BERSIH

BERSIH hari ini membidas PAS kerana didakwa tidak patuh pada kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat yang disebut-sebut dalam pilihan raya umum lalu, sebaliknya “berbohong” berhubung pelaksanaan hudud.

“PAS dalam pilihan raya umum lalu isytihar mereka parti politik untuk semua, tetapi mereka bohong.

“Jangan kata kamu PAS untuk semua tetapi tutup maklumat dan tipu rakyat yang undi kamu.



KAH KAH KAH

woit
slogan kata
pas untuk semua
pas for all
sebenarnya
pas tipu semua
pas  cheated all
kah kah kah

APA PUNYA BIJAK
---------

SATU PERINGATAN - SATU FAKTA











FACE BOOK


Peringatan: Hadi bukan tuhan, bukan nabi & bukan maksum. Dia adalah ahli politik yg bergantung pd undi! kita boleh kritik dan kutuk!




-----------

DUDUK BANTAH DI SERANG




TERKINI


awal pagi ini
dalam jam 4:00
sesudah tim mat sabu
selesai memberikan sokongan
dbkl telah datang
merobohkan khemah
duduk bantah anak muda
di dataran merderka



TERKINI
walau pun diroboh

anak anak muda
masih berada di dataran
mereka terus memasang 
khemah baru
&
tidak undur
sila berikan sokongan


----------------

HUKUM DARI PAS





KOMENTAR
ini bukan hukum hudud
ini enakmen undang undang shariah
media melapor kelam kabut
para politikus pas
ambil peluang seolah olah
mereka suci menegakkan keadilan

masaalh yang amat besar
orang melayu malas membaca
suka mendengar
maka senang kena kelentong



Hudud PAS bukan dari Allah, boleh dikritik, kata aktivis



Hudud yang diperjuangkan kerajaan PAS Kelantan bukan wahyu dari Tuhan dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian, kata aktivis Dr Ahmad Farouk Musa hari ini, ketika penyokong undang-undang jenayah Islam itu terus menggunakan faktor agama untuk mewajarkan pelaksanaannya.
Pengasas Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata, masalah dengan rang undang-undang hudud PAS itu ialah ia dibentangkan seolah-olah satu mandat dari Allah, menjadikannya seakan-akan imun atau kebal kepada kritikan.
"Kita berulang kali dengar pemimpin PAS berkata, kamu tidak berhak mempersoalkan hudud, ia satu set undang-undang yang ditetapkan Allah," kata ahli akademik dan pemikir Muslim progresif itu.
Beliau berkata demikian pada satu sidang meja bulat bertajuk 'Masa Depan Kebebasan Agama' diadakan di Pusat Pendidikan Universiti Nottingham di Kuala Lumpur.
"Ini menjadikan undang-undang tersebut imun kepada sebarang kritikan padahal ia semata-mata hasil tafsiran literal kumpulan ulama tertentu yang gagal melihat maqasid undang-undang tersebut, atau matlamatnya yang lebih tinggi, dalam mencapai kesempurnaan keadilan.
"Bagi saya, apa yang penting ialah memastikan wujud keadilan. Itulah idea keseluruhan undang-undang Islam. Keadilan ialah salah satu daripada rukun paling penting dalam Islam. 
"Jika anda tidak dapat berlaku adil, tidak ada gunanya dalam meletakkan label Islam kepadanya. Ia menafikan tujuan sebenarnya."
Farouk berkata, rang undang-undang hudud PAS tidak mungkin maksum kerana ia termasuk peruntukan yang masih menjadi perdebatan antara ulama, contohnya hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin.
Katanya, hukuman itu tidak wujud di dalam Al-Quran tetapi disimpulkan dari hadith Rasul, sambil menambah yang orang ramai masih mempertikaikannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-pas-bukan-dari-tuhan-boleh-dikritik-kata-aktivis#sthash.6HawnAlh.dpuf

KAH KAH KAH

woit
memang bukan
hukum allah
ini undang undang 
pas kelantan 356
3 bulan penjara
5 ribu ringgit denda
6 kali rotan
mustahil allah ada sebut
5 ribu ringgit


--------------

JANGAN KELENTONG






RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN (KUASA MAHKAMAH SHARIAH): BUBAR PARTI-PARTI KOMPONEN BN JIKA GAGAL DAPATKAN PENDIRIAN PERDANA MENTERI & TIMBALAN PERDANA MENTERI
 
Sandiwara yang dimainkan Umno untuk memerangkap PAS mengenai isu hudud semakin menjadi-jadi walaupun Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu.

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh  Najib  Razak minggu lalu, laporan mengenai keputusan mesyuarat itu berbeza-beza mengikut sumbernya. Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilaporkan menyatakan bahawa  Najib  Razak menentang rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah shariah) yang bakal dibawa oleh Presiden PAS tidak lama lagi. Malah, Liow Tiong Lai juga berkata Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Sehingga kini, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan  Najib  Razak mengenai pendirian beliau dan Umno apabila rang undang-undang persendirian itu dibentangkan. Malah, tidak ada pengesahan pun bahawa rang undang-undang persendirian itu boleh dibentangkan dalam sidang kali ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang bertanggungjawab menyusun rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen menyatakan semalam bahawa besar kemungkinan rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa presiden PAS itu tidak sempat untuk dibentangkan kerana agenda parlimen kali ini telah sarat dengan rang undang-undang yang dibawa kerajaan.

Sandiwara ini berterusan lagi di media yang rapat dengan Umno dan Barisan Nasional. Akhbar Sinar Harian memuatkan di muka depan bagaimana Umno menyokong penuh pelaksanaan hudud dengan tajuk “BN Sokong Hudud”. Pada hari yang sama, saya dimaklumkan akhbar Sinchew Daily memuatkan laporan di muka hadapan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak menolak pelaksanaan hudud. Pendirian Umno berubah-ubah mengikut pengundi sasaran mereka.

Ini adalah rentetan sandiwara demi sandiwara Umno untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud.

Rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah shariah) yang ingin dibawa Presiden PAS itu hanya boleh dibentangkan dengan persetujuan  Najib Razak. Malah, dengan semua parti selain Umno di Parlimen telah menyatakan pendirian masing-masing mengenai rang undang-undang persendirian tersebut, jika ia dibenarkan dibawa rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah shariah) itu hanya akan lulus jika semua 88 ahli Parlimen Umno mengundi untuk menyokongnya.

Sebab itu saya cabar presiden-presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, UPKO, SUPP, PRS, SPDP, PPP dan LDP) yang telah menyatakan bangkangan kepada rang undang-undang persendirian itu untuk mendapatkan pendirian Najib  Razak dan Timbalan beliau Muhyiddin Yassin dalam bentuk bertulis secepat mungkin.

Jika kesemua presiden-presiden parti-parti komponen Barisan Nasional ini gagal mendapatkan pendirian Najib Razak dan pendirian Umno menjelang hari Selasa ini, lebih bermaruah jika mereka membubarkan sahaja parti masing-masing kerana jelas telah dibuli dan diperlekehkan oleh Umno dalam permainan sandiwara mengenai hudud.

Jelas parti-parti mereka tidak bernilai jika dibandingkan dengan kerjasama di antara Umno dan PAS dalam perkara ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-------------