Selasa, 28 Jun 2011

BERHEMAH TINGGI ?




NOTA:


sila buat bandingan
antara gambar di atas dengan
gambar di bawah

mana yang lebih berhemah tinggi
kah kah kah


BERHEMAH?





BN TERUS BERJAYA JIKA AHLI BERHEMAH TINGGI
– berita hairan

Jenama Barisan Nasional (BN) akan terus berjaya pada masa depan jika setiap ahli berhemah tinggi, sentiasa berbudi dan mendampingi rakyat kerana ia terbukti sebagai produk yang masih laku, diterima dan disanjung, kata Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, selepas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, BN memenangi sebahagian besar pilihan raya kecil dengan peningkatan majoriti, selain sekali lagi membentuk kerajaan negeri di Sarawak dengan majoriti melebihi dua pertiga walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi pembangkang.

Beliau berkata, ia menunjukkan rakyat menaruh keyakinan dan pengharapan besar kepada BN dan berikutan itu tiada sebab ahli hilang keyakinan seolah-olah BN lemah atau bukan lagi jenama yang boleh dipasarkan.


BERHEMAH ATAU BERKEMAH







TIPU SULTAN DAN MELAYU KENA TIPU




MAKAM HARIMAU MYSORE


nota:
ini pun makan tipu
tapi ini makam Tipu Sultan (1950-1799)
raja Kerajaan Mysore
yang mati berjuang menentang British
di Mysore Indian

arwah ini bukan mati kena tipu
kah kah kah



SUBSIDI RM74 BILION : KERAJAAN TIPU RAKYAT, KATA PAKAR – mkini

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… GEROMBOLAN INI SEDANG SAUK KIRI SAUK KANAN…. kah kah kah..

kah kah kah…KERJA HANYA MENIPU SAHAJA… kah kah kah..

woit…SEBELUM MENIPU… BODOH DAN BANGANG KAN ORANG RAMAI DULU…. kah kah kah..

kah kah kah..YANG JADI MANGSA ORANG MELAYU…. kah kah kah..

nota:
tanya mak cik felda
kalau beras tak ada ada
boleh rebus ketuanan melayu atau tidak

kalau duit anak nak sekolah tak ada
boleh jual ketuanan melayu atau tidak
kah kah kah


NOTA:
orang melayu ini
pagi pagi ditipu majikan
tengah hari di tipu utusan
petang petang ditipu barisan
malam malam ditipu gerombolan

hidup dengan harapan
mati menunggu janji
kah kah kah


TAK ADA KELAS PUNYA MALAON




ANAK BERANAK KAMI MAKAN FREE






nota:
ini belum masuk kira
berapa banyak belanja
untuk anak nak berancuk
kah kah kah





RM17 JUTA DIBELANJA UNTUK LAWATAN PM DAN ISTERI - mkini

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.

Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.

Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.


KOS LAWATAN NAJIB , ROSMAH RM17 JUTA – harakah daily

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

nota:
lihat dan baca sendiri angka-angka ini
lihat dan baca sendiri untuk fahami
lihat dan baca sendiri duit siapa ini

lihat dan sedarilah


MENTERI BESANG NAIK BENGANG





MAT LEBONG JUMPA MAT KELENTONG








nota:
ikang lawang ikang
sapang akang menang
kang kang kang



KAJIAN STADIUM RUNTUH TAK SIAP - berita hairan

Menteri Besar, Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… DAH BERAPA TAHUN BUAT KAJIAN… kah kah kah….

kah kah kah… DAH BAYAR BERAPA BANYAK PADA CON SLUT TAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI CARA KONTREKTOR BUMI CARI MAKAN…. kah kah kah..

woit.. INGAT CARI MAKAN..BUKAN BUAT KERJA.... kah kah kah..

kah kah kah…BUAT PROJEK… TAK SIAP…. kah kah kah

kah kah kah….MINTA DUIT LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah…BILA BANGUAN SIAP… ADA BOCOR ..ADA BERLUBANG…. kah kah kah..’

kah kah kah…MINTA DUIT LAGI UNTUK BAIKI… kah kah kah…

kah kah kah…LAGI LAMBAT ..LAGI BAIK… kah kah kah

woit… BILA RAKYAT MARAH…. TUDUH RAKYAT JADI ALAT PAKATAN… kah kah kah

nota:
bila agaknya melayu nak sedar!



MULUT CARI MAKANG

PROGRAM BERSAMA ABANG MAT MALAM ESOK




NOTA:


semua dijemput malam esok
datang untuk bermunajat

kemudian turut bersama
dengan ceramah mat sabu




SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU



SPR ANGGAP TUNTUTAN BERSIH PELIK
- meloya

PUTRAJAYA 27 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 sebagai 'pelik' dalam usaha mewujudkan sistem pilihan raya yang adil di negara ini.

Pengerusinya, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR, satu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan manakala tiga lagi adalah antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu.

''Bila saya baca dalam lapan tuntutan itu, ada sikit lain dan juga melibatkan kuasa kementerian lain. Saya juga menganggap perhimpunan pada 9 Julai ini tidak hanya kerana SPR sahaja," katanya.

Lapan tuntutan Bersih 2 meliputi antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam.
Ditanya mengenai penggunaan dakwat kekal, Abd. Aziz berkata, ia sukar untuk dilaksanakan kerana melibatkan pindaan Perlembagaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH JAH


woit… KALAU ITU PELIK…. INI LAGI PELIK…. kah kah kah..

kah kah kah…. LIHAT GAMBAR INI LAGI PELIK…. kah kah kah



YANG INI PELIK LAGI MELIK


surat dari pembaca:

jang, den ado 13 orang sepupu jadi askar. Kato dio orang solamo kojo dalam askar tak ponah pogang koroteh undi time-time mengundi.

Pegawai jo yang pogang. "Ni ha koroteh undi kau.." kato pogawai dan tunjuk koroteh undi kosong. Angkek tabik, "Yo, tuan.." lopeh tu keluar.

Dia orang tak tau apo yang pogawai dio orang tu pangkah ....

Oleh rantai pada AWAS ! JANGAN JADI MANGSA KELENTONG pada 11/06/28

AWAS ! JANGAN JADI MANGSA KELENTONG







TIADA MANIPULASI UNDI POS : NAZRI AZIZ – berita hairan

Dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos adalah tidak benar sama sekali, terutamanya berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999 dan 2008.

Mohamed Nazri Abdul Aziz, memberitahu persidang Dewan Rakyat hari ini bahawa pada pilihan raya umum 1999 dan 2008, kebanyakkan undi pos memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam.

Nazri berkata, seramai 3,894 anggota tentera yang bersara sudah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang 2010.

Beliau juga berkata, anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa selepas bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL KE UNDI POS INI TAK TIPU?.... kah kah kah..

kah kah kah…BETUL KE YANG MENGUNDI ITU ALHI TENTERA… kah kah kah..

kah kah kah…DENGAR KHABAR TOK SAJAN YANG TOLONG UNDIKAN…. kah kah kah..

kah kah kah… NI MACAM NAK TIPU ORANG MELAYU SAJE…. kah kah kah

tak caya undi pos tipu?
sila baca di bawah ini

MENGAPA ISTERI TENTERA DALAM SENARAI UNDI POS – harakah daily

Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

Sedangkan katanya, mengikut seksyen 2 (b), isteri tentera diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya mengundi pos.

"Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam.

"Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… JELAS UNDI POS ADALAH UNDI TIPU… kah kah kah..

woit... UNDI INI SELAMATKAN GEROMBOLAN... kah kah kah..

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

DIMANA MENANTU AYAH NAK TUNJUK MUKA




KES INI YANG KANTOIKAN KJ










LEBIH RAMAI ORANG MUDA DIBERI TEMPAT DALAM PIMPINAN KERAJAAN - meloya

Najib Razak berkata, lebih ramai muka baru dalam kalangan orang muda akan diberi tempat dalam pimpinan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Najib, kerajaan pimpinannya ketika ini sangat memerlukan suara orang muda untuk terus bersama-sama dengan kerajaan.

"Saya percaya akan ada lebih banyak pengiktirafan untuk orang muda bila tiba masanya. Saya tak boleh buat perubahan besar tetapi apabila diberikan mandat, kita akan cuba melakukan perubahan.

"Kita perlu gabungan muka baru dan lama dalam kerajaan,'' katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KESIAN TENGOK MENANTU AYAH…. kah kah kah…

kah kah kah….INI MAT MONGOL PERLI KJ KAW LAW…. kah kah kah…..

woit… MENANTU AYAH INI MUDA KE TUA?..... kah kah kah…

kah kah kah…KALAU MUDA KENAPA TAK DALAM KABINET PIMPINAN… kah kah kah..

kah kah kah…MENANTU AYAH TERTINGGAL DALAM KABINET DAPOOOR…. kah kah kah

woit... NAMPAKNYA MENANTU AYAH ADALAH MUDA YANG CEPAT TUA.... kah jkah kah