Ahad, 29 Mac 2009
MULA LAH BELAJAR BERKEBUN KALAU ADA TANAH KOSONG !!
LOMBONG INTAN BERLIAN TUTUP
Lombong intan berlian yang terbesar di dunia telah ditutup bulan lalu.
Lombong di Botswana Afrika Selatan ini adalah pengeluar 70% dari semua intan berlian dalam dunia.
De Beers tuan empunya lombong telah memberhentikan beratus-ratus ribu buruh lombong.
Di Namibia lombong intan berlian telah juga ditutup.
Di Republik Congo seramai 200,000 buruh lombong telah diberhentikan.Lombong yang sama telah ditutup.
Pasaran untuk intan berlian telah jatuh. Ini adalah tanda-tanda bahawa orang-orang kaya tidak lagi mahu berbelanja.
Hujung minggu ketika puluhan ribu rakyat Malaysia berkumpul di Bukit Gantang dan Bukit Selambau terdapat ratusan ribu para demonstran dari seluruh Eropah juga sedang berkumpul di London.
Anarko, punk, rockers, pendakwah, pak aji, vegeterian, lebai church, padri,mahasiswwa, pak cik, mak cik, minah cun, minah bergetah, losers, doopers - semua sedang berkampong disekitar kota London. Ahad , Isnin, Selasa dan Rabu mereka akan menggodam City of London - sarang kapitalis dunia.
Mereka datang untuk membaham para bankers dan lintah-lintah
darat dari negara G20 yang sedang merancang untuk memufliskan dunia.
Zaman meleset telah hampir sampai.
Sesiapa ada kerja sila jaga baik-baik.
Sesiapa ada duit sila jangan boros.
Sesiapa ada masa sila mula membaca cara
untuk berkebun dan memilihara ayam itik
Sesiapa ada tanah sila mula bercucuk tanam.
AZALINA MEMELUK KETAT KUNCI BILIK DUIT - mkini
Embattled Tourism Minister Azalina Othman Said will not quit from her cabinet portfolio following her shocking defeat in the Umno supreme council elections.
According to the Star, the former Puteri Umno chief said today that she will not tender her resignation similar to what was done by Shahrir Abdul Samad.
kah kah kah…. NAK BERHENTI ?.... kah kah kah..
woit … MANA BOLEH BEEEEB….. HILANG LAH KUNCI BILIK DUIT…kah kah kah
kah kah kah.... HABIS ZOOOOmmmm KENA BOOOOOM ....kah kah kah
AHAD - SEHARI SESUDAH TUTUP LAMPU !!
PERUBAHAN UMNO TIADA KESAN - mkini
Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Najib Razak dan timbalan barunya Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik.
Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Mahathir Mohamad dengan penggantinya Abdullah Ahmad Badaw - semalam hanya meredakan pergolakan dalam parti itu.
kah kah kah…. INI BUKAN KANG KONG TAPI BAYAM…. kah kah kah
TARIK DIRI
Calon bebas Batang Ai Johnny Chuat tarik diri
dan kini berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat.
LIMA BELAS CALON
Calon Parti Keadilan Rakyat S. Manikumar akan cuba di kalahkan oleh S. Ganesan di Bukit Selambau.
Dalam masa yang sama ada 13 orang lagi yang menamakan diri mereka untuk bertanding.
Dari berita yang belum sah nama Mat Ezam juga ada di sebut.
BERITA CUKUP PELIK
Taiping Perak : Sebuah Kapal Selam kelihatan di udara.
Hampir 30 ribu orang ramai yang membanjari pekan Taiping kerana
penamaan calon Nizar Jamaluddin menjadi hairan.
Ada yang menyangka ini adalah UFO yang datang untuk melihat
Bersama merayakan Nizar Jamaluddin.
Tiba tiba seorang budak kecil telah berkata : Itu kapal selam dari Mongolia.
Lalu orang ramai ketawa kah kah kah.
BUKIT GANTANG
Seluruh Taiping tidak ada tempat kosomg untuk letak kereta.
Hampir 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir.
Kumpulamn Gerombolan tidak sampai kerana fulus belum masyuuuk!
NILAI SAYA DARI TINDAKAN BUKAN KHABAR ANGIN - melayau
Najib Tun Razak meminta semua pihak menilainya berdasarkan tindakan selepas mengambil alih tugas Perdana Menteri dan bukan melalui khabar angin dan tuduhan liar yang berniat jahat.
Presiden UMNO yang baru itu berkata, beliau akan melakukan pembaharuan dan perubahan seperti yang dinantikan rakyat dan oleh itu semua pihak mesti berlaku adil kepadanya dalam menilai kepimpinannya.
ah kah kah… KAH KAH KAH… kah kah kah…
woit… BARU TAHU RUPA-RUPA NYA SEMUA BERITA ANGIN…. BERITA KENTUT…. kah kah kah…
kah kah kah… NEW YORK TIMES… TEMPO… SUNDAY TIMES…. KOREA NEWS… AL JAZERAA…. THE AUSTRALIAN…. THE NATION…. KAH LAH KAH…. SEMUA TERKENTUT… kah kah kah…
PENGEDAR HARAKAH TEKAD ABAIKAN KDN - mkini
Pengedar-pengedar Harakah bertekad untuk tidak menyerah kalah kepada tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar tersebut selama tiga bulan sejak Isnin lalu.
"Dalam masa tiga bulan permit digantung, kami bertegas untuk tidak membiarkan masa berlalu begitu saja. Jangan biar tiga bulan berlalu kosong," kata seorang pengedar dari Besut.
CALON BEBAS TARIK DIRI SOKONG KEADILAN - harakah
BUKIT SELAMBAU, Seorang peniaga yang sudah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menarik diri sehari sebelum hari penamaan calon.
Mohd Reduan Md Isa, 52, berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lalu, tetapi kemudiannya menukar fikiran selepas berbincang dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
SAMU VELLU MINTA CALON BEBAS TARIK DIRI - berita hairan
MIC mahu semua calon Bebas yang berhasrat bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, menarik diri dan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka dapat merampas kembali kerusi itu daripada Parti Keadilan rakyat (PKR).
Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata beliau yakin semua calon Bebas yang bertanding tidak akan mampu menunaikan apa yang dijanjikan kerana sudah pasti mereka tidak akan mampu membawa sebarang perubahan kepada masyarakat setempat yang hanya mampu dilaksanakan oleh kerajaan BN.
kah kah kah… PERANGKAP MAKAN TUAN…. kah kah kah..
kah kah kah… MULA MULA SAMY PASANG SATU NAK PECAH UNDI INDIA … kah kah kah..
kah kah kah… TIBA SEPULUH INDIA MASUK…. kah kah kah…
woit… SEMUA NAK MINTA FULUS KALAU NAK TARIK DIRI…. kah kah kah
Labels:
zzzzzzzzzzzz
Langgan:
Catatan (Atom)