Rabu, 9 November 2016

TAHNIAH TRUMP





SUMBAT HILLARY MASUK PENJARA
trump menang..pasaran jatuh, bursa jatuh..mesti la jatuh sb duit perang sudah kantoi..lepas ni trump bole sumbat hillary masuk penjara guatanamo di malaysia pasal kes email dan disebelah hilary pula disumbat najib kerana 1mdb..

benar kata tukar tiub, semua negara ada kapitalis, kapitalis tiada agama, kapitalis juga memakai serban berharga rm90juta, kapitalis juga meniaga ikan bakar tp rugi ..namun apa yg beza antara kapitalis amerika dgn kapitalis negara lain ialah minyak dan duit hijau dollar..disbkan keputusan trump menang, maka fbi juga akan menekan najib rosmah dgn lebih kuat lagi..

ku menunggu godot atau menunggu tanda...apakah raja2 yg bersujud kpd baginda queen akan setuju dan tunduk hormat kpd dinasti china?belum guna yuan,namun china suda ada tapak di negara bangsa johor.. on INI DASAR TRUMP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:26 PM


MUAK DENGAN YANG KELEPEK
itu lah hakikat...jangan ingat kuasa duit akan membantu selama lamanya.... akhirnya tumbang juga...lambat laun... penduduk dunia semakin muak dengan pemimpin yang kelepek duit...semua kelepek semua sapu semua mau untung...

menang utk kayakan diri keluarga....padah menanti...pasti malaysia juga menuju kepada perubahan.... semua dah tau bapa kelepek ada sini... hanya tunggu masa kah akh akaha on INI DASAR TRUMP
Anonymous
at 7:20 PM





-------------

PEREBUTAN JUAL AGAMA







BEREBUT2

NAK BAWA 

KITA JUMPA

BIDADARI

SAMPAI GADUH

SAMPAI SAMAN

MENYAMAN



PU Faiz didakwa cederakan penceramah wanita
Petaling Jaya : Bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai PU Faiz, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penceramah wanita di sekolah tahfiz di Kota Damansara, dua bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, PU Faiz, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Penceramah wanita didakwa ceroboh tahfiz PU Faiz

PETALING JAYA - Penceramah wanita yang didakwa menjadi mangsa pukul naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menceroboh sekolah tahfiz milik Ahmad Faiz atau lebih dikenali PU Faiz.

    
Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret  Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia didakwa menceroboh masuk ke premis Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.

Ibu tunggal empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap Nurul Intan Sakinah.

Wanita itu yang diwakili peguam Hazizah Kassim memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000 atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu tunggal dengan empat anak dan hanya bergantung kepada pendapatannya sebagai penceramah bebas.  



KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
HANG INGAT

SENANG NIAGA

JUAL AGAMA KE?

BANYAK BAHAYA

BANYAK PERSAING

PENUH RINTANGAN

--------------

MALAM INI JAM 9:00





BANGANG 

BODOH 

OTAK UDANG

DIKEPALA LUTUT

MALAM INI

JEMPUT DATANG

JEMPUT DENGAR



RADIO BANGSAR UTAMA

Attachments10:12 AM (23 hours ago)



SIRI WAWANCARA MENUJU #BERSIH5 

'KENAPA WAJIB TURUN BERSIH 5?

BERSAMA  KHAIRUDDIN ABU HASSAN

MODERATOR : RADZI RAZAK - Aktivis Gerakan Media Marah (GERAMM)

TARIKH : RABU 9 NOVEMBER 2016
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KELAB BANGSAR UTAMA, 52C JALAN KEMUJA OFF JALAN BANGSAR
(Belakang Stesen LRT Bangsar, depan SRJK Tamil Bangsar, atas Restoran Nik)

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI!!

INSTAGRAM : RADIOBANGSARUTAMA
FACEBOOK :radiobangsarutama
TWITTER : @R_Bangsar_Utama

DENGARKAN LIVE DI WWW.RADIOBANGSARUTAMA.COM



INI DASAR TRUMP




DARI ARKIB:
10/30/16 - JAM 9 MALAM


TUKAR TIUB

SOKONG TRUMP

JELAS JUJUR

ANTI KAUM

PEMODAL GERGASI

ANTI NEW

WORLD ORDER


How The Oligarchs Plan To Steal The Election
By Paul Craig Roberts
October 28, 2016 "Information Clearing House" - I am now convinced that the Oligarchy that rules America intends to steal the presidential election. In the past, the oligarchs have not cared which candidate won as the oligarchs owned both. But they do not own Trump.
Most likely you are unaware of what Trump is telling people as the media does not report it. A person who speaks like this:



HILLARY KELENTIT

HANYA 

AKAN MENANG

KERANA TIPU UNDI



------------

KEPUTUSAN DI AMERIKA






DONALD TRUMP

DAH MENANG

UMUR DIA 70

7 BULAN 7 HARI





Donald Trump Won, He Will Be 70 Years, 7 Months And 7 Days Old On His First Full Day In Office


A couple of weeks ago, it looked like Hillary Clinton was all set to cruise to victory, but now the FBI has delivered an election miracle in the nick of time.  

A few of my readers had criticized me for suggesting that Trump might lose, but I don’t know who is going to win the election, and so all I had to go on was the cold, hard numbers.  And a couple of weeks ago the cold, hard numbers were telling me that Hillary Clinton was going to win.




----------------

SIAPA MENANG DI AMERIKA



JAM: 2.20 PAGI AMERIKA

SIAPA MENANG?



dah masuk subuh
ada lima wilayah
belum ada keputusan

tim hillary clinton
sudah pulang tidoo
tim trump masih berkumpul
menunggu trump

hillary tak muncul
trump tak muncul

kiraan undi masih berjalan

NOTA:
difahamkam 
trump dalam perjalanan ke new york
ke ibu pejabat republikan
dah macam presiden amerika ke 45











--------------------

MENGAPA TUKAR TIUB SOKONG TRUMP



DARI ARKIB:
8/916 - 4.30 PETANG



TT SOKONG

DONALD TRUMP

KENAPA?
trump berfahaman kanan
trumph rasis
trump sexist
trump anti imigran
kenapa sokong trump?

tt sokong trump
kerana trump dilihat jelas
trump sosok kanan yang radikal
dilihat dasar kanan jelas
dilihat sikap rasis jelas
tidak menyamar
tidak menyorok
tidak berselindung

apakah pembaca sedar bahawa
bush dua beranak
bersama clinton
mengebom dan membunuh
warga dunia
tapi obama seorang sahaja
membunuh dan mengebom
lebih dari jumlah 3 presiden ini

ini bahaya kulit hitam
yang digunakan untuk
buat kerja jahat
lebih jahat dari kulit puteh

hillary adalah calon pilihan wall street
kini tim neo konservatif
telah masuk sokong hillary

justeru dunia dalam bahaya 
lebih banyak BAHAYA datang dari hillary
hillary yang bermuka muka
bahaya besar datang dari presiden
yang dianggap liberal
kita telah lihat obama mengebom
lebih banyak negara
membunuh lebih banyak
rakyat dunia dari  jumlah tiga presiden


DASAR TRUMP
tidak sokong perang di syria
tidak sokong tppa di asia
tidak sokong ttip di eropah
tidak mahu bermusuh dengn rusia
tidak mahu bermusuh dengan china
mahu berniaga dengan rusia
mahu berniaga dengan china
tak suka kerajaan saudi arabia
tak minat dengan NATO

amerika untuk amerika
tentera amerika pertahan amerika

buruh amerika didahulukan
bukan pendatang haram dari mexico
bukan pendatang haram dari pakistan
bukan pendatang haram dari afrika
bukan pendatang haram dari bangladesh

kilang dan syarikat amerika
beroperasi di amerika
bukan di china
bukan di vietnam
bukan di malaysia

RASISMA TRUMP
sikap rasis trump
tidak menyentuh kita
melainkan kita masuk
secara haram cari kerja di amerika

MAKNA NYA
lebih baik brahim ali
dengan dasar kanan yang jelas
lebih baik ahmad maslan
dengan cakap bodoh yang jelas

dari kahiry jamaluddin
yang menyamar pandai
dan melambatkan perubahan

lebih baik namewee
lebih baik tan keng liang
yang jelas anti melayu
yang tak sedar hidup di tanah melayu
dari riduan tee
dari sangkaran pillay a.k.a chandra muzafar
yang menyamar melayu
mereka lebih bahaya


KETIKA INI

DUNIA DALAM

BAHAYA BESAR

SEBELUM TRUMP

MENANG RUSIA

IRAN & SYRIA

AKAN DISERANG



-------------

SUASANA LUARAN & DALAMAN



SUASANA LUARAN & DALAMAN

Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya telah menerangkan beberapa teori dan pratik politik jalan raya. Pola dan ciri-ciri politik jalan raya  tidak samestinya muncul sedondon. Ada perbezaan  dari negara  ke negara - dari kota ke kota - dari wilayah ke wilayah. Pengaruh dan suasana tempatan memainkan peranan yang penting. 

Suasana politik yang wujud pada ketika itu akan membantu kejayaan politik jalan raya. Suasana ini bukan hanya ‘ambiance’ - ianya lebih dari itu. Suasana yang saya maksudkan ialah real politik ketika itu. Real politik yang sedang berjalan ketika politik jalan raya disusun. Malah politik inilah juga yang boleh memangkin dan membantu kejayaan politik jalan raya.

Politik juga macam kita memasak.  Kita memerlukan semua ramuan yang tepat dan betul. Saperti kita membuat rendang itik - semua rempah rampai, semua lada dan asam,  serai da santan telah tersedia sebelum itik direndang.

Jika ada rempah ratus tercicir, jika santan dan serai tidak bersama maka rendang itik kita  tempang.  Rendang itik yang kita idam-idamkan meleset gagal.

Justeru, wajib disedari bahawa Revolusi Iran  memiliki  ciri-ciri dan pola tersendiri. Politik jalan raya yang menjatuhkan Marcos  atau Suharto  atau Mubarak atau Zainal Abidin ada rupa bentuk dan pensejarahan tersendiri. Ketersendirian ini wujud dari suasana  dan suhu politik satempat.

Dalam masa yang sama ada pola ciri dan hukum-hukum yang sama antara setiap negara ini. Hukum dan syarat inilah yang boleh kita pelajari untuk kita memahami bagaimana politik jalan raya berjaya di negara-negara ini. Kejayaaan inilah yang kita cuba rayakan.

Tulisan-tulisan saya yang lalu cuba mencari apakah hukum dan pola-pola itu hingga boleh mewujudkan  teori dan pratik politik jalan raya. Saya telah merakamkan asas teori politik jalan raya:

1 - penggalangan barisan bersatu yang luas
2 - satu tuntutan kompak untuk semua
3 - garis politik tepat yang memimpin
4 - membaca politik dengan tepat
5 - suasana luaran /antarabangsa

Suasana luaran antarabangsa  ini bukan hanya  laporan CNN, The New York Times atau The Wall Street Journal. Laporan media luar negara ini amat penting terutama di Malaysia di mana media tidak bebas. Laporan media dunia ini akan membantu memberi semangat kepada para penyokong politik jalan raya. 

Jika demo kita mendapat laporan CNN, jika mendapat laporan BBC atau ABC atau News Chanel Asia - ini bererti aksi politik yang kita lakukan memberi makna politik. Bukan omong kosong. Ini membarakan lagi semangat.

Media luar negara juga membantu kita kerana media yang wujud di Malaysia hampir ke semuanya begenre bodek. Media Malaysia   dimiliki oleh Cukong MCA atau oleh jaringan syarikat kerabat gerombolan United Malaya National Organisation.

Media bergenre bodek tidak memberi maklumat yang tepat. Mereka kaki putar alam. Tapi ianya ada  memberi satu yang positif untuk kita. Mereka terus menerus menyerang politik jalan raya.

Serangan terhadap kita ini adalah serampang dua mata. Pertama ianya membuktikan kita  sedang melakukan kerja politik yang betul. Musuh menyerang kita kerana kita berjaya mendobrak nadi jantung musuh. Justeru mereka mempertahankan diri dengan menyerang kita. 

Jika kita tidak diserang ertinya kita kini hanyalah satu kumpulan manai. Ertinya kita telah jadi hampeh. Ertinya musuh tidak takut dengan kita. Ertinya kita tidak efektif. Ertinya kita telah sama selari dengan musuh justeru musuh tidak lagi menyerang. 

Bilamana media musuh - Utusan atau TV3 - memberi liputan - maka jelas kita dengan musuh telah bersama. Atau kita telah menawarkan diri untuk menjadi talibarut musuh. Atau peha kita telah terkangkang untuk bersedia menjadi penasehat  atau penyedap musuh.

Sayugia disedari bahawa serangan dari media musuh ini juga memberika kita publisiti. Jangan risau dalam alam propaganda - dalam alam perang - apa saja yang tercetak untuk dibaca umum akan membantu.  Berita kutukan dari media musuh akan memaksa  penyokong kita mencari maklumat yang tepat untuk mengetahui apa yang kita buat. Penyokong pasti akan mencari maklumat yang lebih tepat tentang kesahehan berita. 

Jangan lupa serangan musuh akan meninggikan lagi tahap juang penyokong politik jalan raya. Ini hukum sosial. Sebanyak mana kita di serang sebanyak itulah akan lahir perlawanan.

Bayangkan jika Mat  Ikan Tongkol tidak menyerang maka pasti BERSIH5 tidak sagempaq ini. Serangan musuh ini memperkuatkan akidah dan gaya kerja kaum kerabat Bersih.  Kini satu Malaysia - malah media dunia akan berbondong-ondong turun pada 19 haribulan Npovember ini nanti. Semua ingin melihat apa akan terjadi di Dataran Merdeka. Apakah kita perlu berterima kaseh Mat Ikan Tongkol?

Secara jujur saya katakan - saya akan kecut hati. Saya gusar gundah gulana tak dapat tidur nyenyak  jika Ketua Twitter Negara opps.. Ketua Polis Negara, jika OCPD Dang Wangi, jika Zahid Hamidi, jika Nur Jazlan, jika Khairy Jamaludin, jika Muhamad Azalina - tidak berkata apa apa  tentang Bersih. Dan tidak menyerang Bersih5.

Kalau malaon-maloan ini tidak ambil pot tentang Bersih5 ertinya Bersih5 ini adalah hampeh sama setaraf dengan  Parti Bowtie atau Parti Cinta Malaysia atau Parti Umat Islam SeMalaya, atau kumpulan PKPIM atau GAMIS. Jika Bersih tidak diserang maknanya telah sampai masanya Bersih gulung tikar tutup kedai.

Yakinlah, musuh  yang menyerang telah menimbulkan suasana yang sehat lagi rancak untuk memajukan politik jalan raya.

Jelas apa yang telah saya tulis kelihatan tuntas.  Apa yang saya tulis memperlihatkan pada Sabtu 19 November nanti kita akan ada kerajaan baru. Sabar dulu. Bertenang dahulu. Ini anggapan salah.

Ada satu lagi pekara yang amat penting sebelum politik jalan raya berjaya untuk dirayakan. Apakah pekara itu?

Apa yang saya tulis disini penting. Tapi para pembaca wajib melakukan penyelidikan sendiri untuk memahami lebih teperinci. Dalam tulisan-tulisan ini saya hanya menyebut nama-nama dan naratif. Untuk kajian mendalam wajib bertanya dengan Tuan Lebai Google.

Dari Mesir saya saya membawa naratif - Mohamed Hassanein Heikal ketua pengarang akhbar Al-Ahram Mesir. Heikal telah menulis buku Iran The Untold Story pada tahun 1982.  Dalam buku ini ada satu babak dimana dikesahkan  bagaiman Shah Reza Pahlevi telah bersedia untuk membantai sebanyak mungkin para demonstran yang turun  ke jalan raya di Tehran.

Shah telah mengarahkan bala tentera bersedia  untuk menembak dan membunuh. Tetapi Shah sedar  dia memerlukan sokongan  dari  Amerika. Ketika itu Jimmy Carter duduk di Rumah Puteh.

Mengikut Heikal  - Raja Segala Raja ini telah menalipon Carter. Bayangkan betapa terkejutnya  Ahmad  Reza Pahlevi apabila yang menjawb bukan Carter tetapi pembantu Presiden.
‘ Sorry, your Royal Highness, The Presiden  sedang berehat di Camp David dan dia TIDAK mahu diganggu….”

Inilah kata-kata akhir dari Rumah Puteh. Kata-kata akhir ini adalah ledakan nuklear yang memusnahkan Tahtha  Burung Merak milik Reza Pahlevi yang dinobatkan oleh CIA pada tahun 1953.

Dari Tehran mari kita ke  Jakarta. Pada 12 Mei 1998 empat mahasiswa dari Universiti Trisakti ditembak mati oleh soldadu. Trisakti adalah universiti elit tempat anak orang kaya-kaya  belajar. Ketika  trajedi ini berlaku  ketua tentera  Suharto ialah General Wiranto.

Hingga ke hari ini tidak diketahui siapa yang melepaskan dan memberi arahan tembak ini. Trajedi Trisaktgi menjadi ledakkan nuklear yang menjatuhkan Tuan Haji Ahamad Suharto yang  telah dinobatkan oleh  CIA dari tahun 1965.

Kemudian mari kita lihat apa yang berlaku di Manila pada tahun 1986.  Marcos telah menipu dalam pilihan raya. Rakyat telah keluar ke jalan raya.  Untuk meneruskan kuasa Marcos telah bersedia untuk membantai para demonstran.

Sama saperti Shah,  Marcos juga didokong dan dinobatkan oleh Amerika. Justeru Marcos perlu mendapat sokongan  Rumah Puteh. Marcos telah menalipon Senator  Paul Laxalt kawan baik Presiden Regan untuk mendapat sokongan Amerika. 

Jawab Sang Senator ‘… cut and cut clean’.

Lalu, Presiden Marcos meminta General Juan Ponce Enrile rakan setia dirinya  untuk membawa kereta kebal ke pusat kota Manila. Tetapi  General Enrile telah enggan mengikut kata Marcos. Ini menjadi ledakan nuklear untuk Marcos.

Apa sabenarnya naratif yang saya paparkan ini? Apa makna naratif ini dalam kontek teori politik jalan raya?
Naratif ini menunjukan bahawa  disetiap kejayaan politik jalan raya - para  elit politik dan elit pemerentah telah pecah. Para elit telah bergaduh  sesama sendiri  ketika rakyat turun ke jalan raya.

Jutaan rakyat di Tehran, di Manila , di Jakarta, di Cairo, di Tunis - telah menakutkan gulungn elit. Rakyat di jalan raya sedang memberi tekanan. Para elit takut apa yang akan berlaku. Pada hemat Wiranti adalah lebih baik Suharto diterajang. Pada hemat Enrile adalah lebih molek Marcos dinyahkan dari Pilipina. Pada hemat Amerika adalah lebih baik Ahmad  Reza dibungkus hilang.

Elit politik dan elit ekonomi kembali kepada asas  wujudiah manusia. Manusia wujud untuk kepentingan  diri.

Lihat apa yang terjadi sesudah  politik jalan raya berjaya. Sah , Wiranto memiliki cita-cita politik. Sah, Enrile juga memiliki cita-cita politik. Dua bengolan ini   telah bertanding untuk menjadi Presiden sesudah Suharto dan Marcos lingkup. 

Pasti Wiranto berfikir : jika aku arahkan bunuh rakyat mungkin  aku lingkup dibaham rakyat lebih baik Suharto yang lingkup. Aku boleh jadi pengganti Suharto.

Pasti Enrile juga berfikir : dari aku membunuh jutaan rakyat Pilipina lebih baik Marcos disingkir. Aku selamat dan aku boleh menjadi pengganti Marcos.
Ini hujah dalam kepala para  general - para elit yang memerentah. Apa pula  kepentingan Jimmy Carter?  Bagaimana pula perhitungan Ronald Reagan? Tunggu minggu hadapan. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



------------

JANGAN TERPERANJAT








JANGAN 

TERKEJUT

JANGAN 

TERPERANJAT

JANGAN 

TAK CAYA

warga amerika sedang mengundi
untuk memilih president pada selasa
8 november  waktu amerika 
pada ketika ini warga amerika
sedanag mengundi 

waktu kita ialah 9 november 
kita lebih awal 
matahari muncul awal

jangan terkejut
jangan terperanjat
jangan tak sedar
keputusan hanya akan diketahui
pada 19 DISEMBER 2016 nanti

betul ke ?

satau badan yang dipanggil :
FEDERAL ELECTION COMISSION (FDR)
akan berjumpa dan bermesyuarat
pada hari RABU kedua bulan disember
mereka bukan bermesyuarat di satu tempat
tapi di ibu-ibu kota 50 wilayah amerika

menjadi tradisi lembaga ini
akan melantik siapa yang telah
diundi oleh orang ramai
tapi awas suara suara sumbang
pernah kedengaran
malah telah mula kedengaran

justeru 29 wilayah amerika
membuat undang-undang
untuk memastikan ahli lembaga
akan patuh dengan keputusan undi

waspada ada  21 wilayah 
yang tidak ada undang-undang 
yang memaksa ahli lembaga ini
melantik presiden mengikut suara ramai

dalam kes hilllary dan trump
apa sahaja boleh berlaku
jika  kemenangan terlalu tipis
semua bergantung pada
ahlu lembaga FDR

siapa yang akan mengangkat sumpah
pada 20 JANUARI 2016 ini
masih belum jelas pada ketika ini

NOTA
tt masih menyokong trump
tidak menyokong hillary clintit









---------------

MAO HU TANG BUAT JANJI








FACE BOOK

MAO HU TANG

BUAT JANJI



SEBELUM PILIHANRAYA KAMU RAYU KAMI...
LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...
DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..
SUDAH 7 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..
NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT & NEGARA SAMPAI POKAI KA ???
Hakikatnya... "MELAYU MUDAH LUPA"









----------------------