BERiTA BIASA
BERLAKU
BACA DISINI:
http://www.themalaysianoutsider.com/
Muhyiddin dedahkan pemimpin Umno kecamnya sekarang mahu Najib undur sebelum ini
Muhyiddin yang digantung daripada Umno semalam berkata, mereka mula menjauhkan diri daripadanya apabila beliau mula bersuara mengkritik Najib membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.
"Mungkin ramai yang tidak mengetahui pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama Umno datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya," katanya, merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
"Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang Umno akan ditolak rakyat jika Najib terus memimpin parti," kata Muhyiddin dalam kenyataannya di Facebook hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau mencadangkan kepada mereka supaya bersama-sama secara kolektif menasihati Najib namun tiada siapa yang berani memperkatakannya.
"Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib.
"Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan Umno dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib," katanya.
Oleh kerana situasi semakin teruk, Muhyiddin berkata, beliau mengambil tanggungjawab mengkritik Najib menggunakan platform parti dan kerajan.
"Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka.
"Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya," kata Muhyiddin.
Keputusan penggantungannya diumumkan Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat yang berlangsung bermula jam 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Keputusan menggantung itu diambil berasaskan fasal 10.15 Perlembagaan Umno dengan ahli MT sebulat suara bersetuju untuk menggantung Muhyiddin serta-merta.
Keputusan itu juga kekal hingga pemilihan parti akan datang.
Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam setengah itu dipengerusikan seorang lagi Naib Presiden, Hishammuddin Hussein, sementara Presiden Umno Najib Razak dan Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkecuali dengan keluar daripada bilik mesyuarat.
Tengku Adnan berkata, tindakan dan kecaman yang dibuat Muhyiddin tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang timbalan presiden dalam membantu presiden menjalankan tugas.
Sehubungan itu, tugas timbalan presiden akan digalas Zahid yang juga timbalan perdana menteri yang diberikan tanggungjawab memperkukuhkan semula parti. – 27 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/muhyiddin-dedahkan-pemimpin-umno-kecamnya-sekarang-mahu-najib-undur-sebelum#sthash.rmpuF98Z.dpuf
KAH KAH KAH
woit
apa yang muhyiddin cerita
bukan satu yang baru
mana mana pun sama
belum apa apa dah heboh
bila projek tutup
bila fulus tak sampai
semua lari lintang pukang
kah kah kah
KESiAN DiA
-----------