Khamis, 27 Oktober 2011
AL-FATIHAH UNTUK GADDAFI
ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA
JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN
Tuan yang saya muliakan:
Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.
Tuan yang saya muliakan,
Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.
Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.
Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.
Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.
Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.
Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.
Tuan yang saya hormati,
Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.
Tuan yang saya hormati,
Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.
Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ‘ budak jahat’ dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya.
Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.
Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi.
Pertama:
Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.
Kedua:
Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.
Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.
Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.
Ketiga:
Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.
Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.
Tuan yang saya hormati,
Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa.
Tuan yang saya hormati,
Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?
Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?
Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADLIAN terbaru
sesiapa ingin berlanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
TUKAR TIUB - PEMECAH BERITA
BERITA BARU MASUK
Sekumpulan pelajar UITM Shah Alam
ketika ini sedang berhadapan
dengan pegawai HEP - hal ehwal pelajar.
Mereka telah dipanggil pagi ini.
Ini bersangkutan dengan keterlibatan mereka
mengambil bahagian yang aktif berdemo
di hadapan Masjid UIA Jumaat dahulu.
Jumaat dahulu lebih dari 1500 anak anak muda mahasiswa
telah berkumnpul untuk bersetiakawan dengan
Profesor Aziz Bari yang telah digantung tugasnya.
Aziz Bari pensyarah ilmu Hukum telah digantung
dari menjalankan tugas kerana bercakap benar.
Aziz Bari seorang pakar perlembagaan telah membuat
kenyataan bahawa rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan
berhak dan boleh mengkritik raja.
Pelajar-pelajar yang dipanggil oleh HEP ini
mungkin akan diambil didakwa dibawah AUKU.
RAJA DAN PEMAISURI
NOTA:
hanya mahafiraun
dan kavita singh
sahaja yang tidak boleh dikritik
ini kerana kavita singh menggunakan
sex teknik benggali
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
JANGAN IKUT PERANGAI POLITIKUS
BUAT DULU KEMUDIAN CAKAP
MAHASISWA SEDIA HIMPUN MACAM BERSIH 2.0 – harakah daily
GOMBAK, 26 Okt: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.
"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.
Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...BETUL KE INI?.... kah kah kah..
kah kah kah...ATAU CAKAP BERDEGAR DEGAR... BERAK DALAM BELUKAR.... kah kah kah..
kah kah kah...INI MACAM KENYATAAN PERHIMPUAN SEJUTA UMAT.... kah kah kah..
kah kah kah...AKHIRNYA HANYA 5 RIBU YANG DATANG..... kah kah kah...
woit...KALAU STUDENT DAPAT BERDEMO 5,000 ORANG DAH CUKUP.... kah kah kah..
kah kah kah..TAK PAYAH NAK SAMA MACAM BERSIH.... kah kah kah...
kah kah kah.... JANGAN CAKAP DULU... BUAT DAN SUSUN DAHULU KEMUDIAN BARU CAKAP.... kah kah kah...
kah kah kah...JANGAN IKUT PERANGAI AHLI POLITIK.... CAKAP BERDEGHAR DEGAR.... kah kah kah
WASPADA !
nota:
anak muda dan mahasiswa
wajib belajar dan lihat
bagaimana satu negara ketawa
melihat braheng
cakap berdegar degar
berak dalam seluar
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
PERKASA SOKONG ROSMAH MANSOR
PUCUK PIMPINAN TERINGI PERKASA
GAMBAR: Pucuk Pimpinan tertinggi PERKASA bergambar untuk kenangan.
Hampir kesemua pucuk pimpinan tertinggi PERKASA ini
adalah penyokong setia Rosmah Mansor. Ini kerana
semua pucuk pimpinan PERKASA ini tidak ada leher
sama seperti Rosmah Mansor. Ini satu trademark
yang menunjukkan mereka bukan senang untuk disembelih ( Ap PhoTio)
MESYUARAT AGONG PERKASA BERJAYA
Kuala Lumpur:26-Okt-2011 - PERKASA a sebuah badan NGO Melayu Islam
yang terunggul dengan kekuatan 300,000 ahli baru sahaja
selesai mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan.
Badan NGO Melayu Islam ini adalah satu-satunya organisasi NGO
yang telah berjaya menngumpulkan ahli-ahli Politik Bundel.
Kalau anak anak muda tergila-gila mencari pakaian vintage
dan klasik dari kedai BUNDLE - bagitu juga dengan PERKASA.
Dari laporan ajensi berita kelihatan ramai Politikus Bundel
yang telah datang dari seluruh pelusuk negara
untuk dirayakan oleh PERKASA.
Kenapa PERKASA menjadi satu tarikan masih belum jelas.
Tetapi dari laporan ajensi berita tidak dapat tidak
PERKASA telah berjaya mengumpulan Politik Bundle
Badan NGO Melayu Islam ini dilihhat semakin berkembang sama
selari dengan pertumbuhan keda-kedai BUNDLE di merata kota kecil
dan besar.(Ajensi)
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
ZUL BISUL NAIK PANGKAT
PERJUNAGN SUCI PENJIHAD ISLAM
ZUL NOORDIN DILANTIK NAIB PRESIDEN PERKASA -mkini
Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.
Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Mokhtar Samad.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... DARI SEORANG PENJIHAD ISLAM KINI PENJIHAT PERKASA....kah kah kah..
woit.... NASIB BAIK JADI NAIB PRESIDEN...... kah kah kah...
kah kah kah...KALAU JADI BENDAHARI.... LINGKUP PERKASA.... kah kah kah...
kah kah kah.... HUTANG 15RIBU DEPOSIT BERTANDING BELUM SELESAI DI BAYAR...kah kah kah...
kah kah kah...DUIT RUMAH ANAK YATIM PERKID DI HULU LANGAT LESAP.... kah kah kah..
woit...HARAP HARAP PERKASA AKAN WASPADA.... kah kah kah...
JAGA - DOMPET KALAU DEKAT ZUL
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
TOLONG JANGAN BEERI MALU IBRAHIM ALI
MELAYU TUNGGUL OPPS... UNGGUL
IBRAHIM ALI KECEWA HIMPUN TAK RAMAI YANG HADIR - minsider
Ibrahim Ali has expressed embarrassment over the poor turnout at the Himpunan Sejuta Umat rally, despite the Malay rights movement earlier shrugging off the low attendance.
Only 5,000 people filled the 100,000-seat Shah Alam Stadium where the rally against the alleged Christianisation of Malaysia took place last weekend.
“Even as late at 4pm, there were fewer than 10,000 people... I was embarrassed as a Malay and a Muslim. Where are our Malays?
“But when there’s a conference or an assembly, why this, why that?” Ibrahim said in his winding-up speech at the 2nd Perkasa general assembly here.
The Malay rights leader lamented that Malays were very good at asking for things but were reluctant to put their money where their mouth was when time came for action.
“What is our sacrifice? How far are we willing to go?” he said.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... WHERE ARE THE MALAYS?..... kah kah kah...
woit... HANYA LIMA RIBU YANG HADIR.... kah kah kah..
woit..PASAL APA CIPUT SANGAT...... kah kah kah
kah kah kah.... KENAPA BERI MALU PEJUANG BANGSA IBRAHIM ALI.... kah kah kah..
kah kah ka.... APA SUDAH JADI DENGAN MELAYU TUNGGUL Opps UNGGUL.... kah kah kah..
kah kah kah...APA JADI DENGAN KETUANAN MELAYU?...kah kah jkah..
kah kah kah... BETUL BETUL SUDAH ME LAYU..... kah kah kah
NOTA:
kenapa tak beri braheng bercakap
kalau abang perwira negara ganda wang anda
bercakap pasti ramai akan datang
kah kah kah
SATU STRATEJI PERANG
9 JULAI: BUKAN SEBAB TAKUT , KATA IBRAHIM - mkini
Presiden PERKASA, Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.
Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.
"Ada yangboleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.
"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).
"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... SAMPAI HARI INI KESAH BRAHENG TAKUT MUNCUL LAGI....kah jkah kah..
kah kah kah...INI KERANA ADA AHLI PERKASA YANG MASIH TAK PUAS HATI... kah kah kah
kah kah kah...INI KERANA KESAH MULUT BESAR INI TELAH TERSEBAR LUAS....kah kah kah...
kah kah kah...AHLI TAK PUAS HATI... CAKAP BERDEGAR DEGAR...KENCING DALAM SELUAR...kah kah kah
woit...DULU BRAHENG KATA ISTERI DI RUMAH TAK BAGI KELUAR...... kah kah kah...
kah kah kah...ADA YANG KATA KERANA HANYA 25 ORANG AHLI PERKASA YANG DATANG...kah kah kah..
kah kah kah...NAK CARI MAT BANGLA.... KHAIRY DAH CEKAU.... kah kah kah...
kah kah kah..KALI INI KENYTAAN BRAHENG BARU JELAS..... kah kah kah..
woit...RUPA RUPA NYA INI STRATEJI PERANG..... kah kah kah..
kah kah kah... INI BETUL TAKTIK GERILA AJARAN MAO TSE TUNG.... kah kah kah..
kah kah kah.... BILA MUSUH REHAT KITA BURU.... kah kah kah..
kah kah kah...BILA MUSUH BURU KITA LARI.... kah kah kah..
kah kah kah...BILA BINI MARAH ... KITA SENYAP MENGKATAK KAN DIRI.... kah kah kah
PENIPU
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
BETUL KE APA YANG BRAHENG KATA?
CABUT KERIS SAJE - MACAM LAWAK
AHLI PERKASA PENENTU KEMENANGAN CALON PRU KE 13 : IBRAHIM ALI - mStar
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.
Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.
"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.
"Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... PERANAN MACAM MANA INI?.... kah kah kah..
kah kah kah.. PERKASA BOLEH MENANGKAN MACAM MANA?... kah kah kah..
kah kah kah..ADAKAH PERKASA PERKAKAS SPR.... kah kah kah
woit... SEBELUM MEMENANGKAN ORANG LAIN...ADA SATU SOALAN... kah a kah kah
kah kah kah...SOALANNYA.... PRESIDEN PERKASA SENDIRI AKAN TANDING DI MANA?....kah kah kah
woit...KALI INI MUSTAHIL DAPAT KERUSI DARI PAS...kaah kah kah..
kah kah kah...ATAU AKAN BERTANDING DI PEKAN.... kah kah kah..
kah kah kah..ATAU AKAN BETANDING DI PAGOH.... kah kah kah..
woit..KALAU TAK DAPAT KERUSI APA MACAM?.... kah kah kah...
woit....KALAU TAK DAPAT KERUSI SELAMAT MACAM MANA?.... kah kah kah
nota:
jaga tepi kain sendiri dahulu
jangan jaga tepi kain orang
NOTA :
braheng boleh menang sekali lagi ke?
sudah bersedia kah pengundi indon mengundi braheng
ada pengundi bangla akan mengundi
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)