Rabu, 18 September 2024
MADANI ANTI DEMOKRASI
MoU antara Kerajaan dengan Pembangkang di Parlimen Satu Pelanggaran Prinsip Pengasingan Kuasa
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Kewujudan MoU antara Kerajaan Persekutuan dengan ahli-ahli parlimen pembangkang Pembangkang di satu pihak dan antara Kerajaan Persekutuan dengan gabungan Pembangkang di Parlimen adalah bercanggahan dengan amalan demokrasi berparlimen.
2.Di bawah Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan setiap anggota Parlimen tanpa kecuali dikehendaki mengangkat sumpah.
Kandungan sumpah itu antara lainnya ialah setiap anggota Parlimen itu bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
3.Satu ciri penting Perlembagaan Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan ialah mengamalkan prinsip pengasingan kuasa.
Prinsip pengasingan kuasa itu bertujuan untuk memelihara 3 badan utama negara iaitu Parlimen ( Legislative), Kerajaan ( Executive) dan Mahkamah ( Judiciary) masing-masing bebas menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
4.Tetapi MoU tersebut telah mengikat peranan dan fungsi ahli-ahli parlimen pembangkan di Parlimen.
5.Ahli-ahli parlimen sama ada di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang atau di pihak bebas apabila mereka telah menandatangani dokumen angkat sumpah mereka di hadapan Yang di Pertua atau Speaker maka mereka terikat dengan sumpah tersebut.Tidak perlu menandatangani satu lagi dokumen yang bernama MoU antara kerajaan dan pihak pembangkang.
6.Sifat mengikat MoU itu akan memandulkan dan membonsaikan peranan ahli-ahli parlimen pembangkang dan Gabungan parti pembangkang di Parlimen.
7.Mereka hilang kebebasan untuk berperanan sebagai satu kuasa efektif untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan.
8.Ahli-ahli parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang yang merupakan kerajaan bayangan atau "Shadow government" terpaksa tutup mulut dalam perkara-perkara penting melibatkan hal rakyat dan negara.
Kenapa? Kerana mereka telah menandatangani MoU dengan kerajaan iaitu Badan Executive.
9.Jadi MoU yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan bersifat membelenggu kebebasan ahli-ahli parlimen pembangkang dan gabungan pembangkang.
10. Cadangan memperkenalkan MoU tersebut pada asasnya adalah satu contoh pencerobohan kuasa Eksekutif iaitu kerajaan yang berkuasa terhadap kebebasan ahli-ahli parlimen pembangkang yang merupakan pihak yang penting di dalam Parlimen.
11.Cadangan mengenakan syarat menandatangani MoU tersebut juga boleh dianggap pihak Executive iaitu Kerajaan Persekutuan cuba melanggar prinsip pengasingan kuasa kerana dengan sengaja cuba melemahkan blok pembangkang di Dewan di Parlimen.
12.Reformasi yang dikehendaki di Parlimen ialah Kerajaan membawa satu Rang Undang-Undang Peruntukan kawasan parlimen, bahawa Setiap Kawasan Parlimen di seluruh negara diberi hak secara otomatik tanpa syarat, tanpa perlu menandatangani sebarang perjanjian atau MoU.Setiap ahli parlimen sama ada di blok kerajaan atau di blok pembangkang atau di blok bebas dijanjikan oleh undang-undang untuk mendapat peruntukan kawasan parlimen masing-masing sama banyak dan sama adil.
13.Undang-undang seperti inilah yang mesti diinstitusikan mulai sekarang bukannya MoU seperti yang dihebohkan kini.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Rabu 18 September 2024
RUSIA KUTUK ISRAEL
Alat kelui meletup di Lubnan: Russia kecam serangan, anggap tindakan perang hibrid
MOSCOW: Kementerian Luar Russia menegaskan serangan maut yang menyaksikan ratusan alat kelui digunakan anggota kumpulan Hizbullah di Lubnan meletup serentak sebagai tindakan perang hibrid.
Beberapa sumber termasuk pegawai kanan keselamatan Lubnan memberitahu Reuters bahawa agensi pengintip Mossad Israel memasang bahan letupan dalam 5,000 alat kelui yang diimport kumpulan Hizbullah di Lubnan beberapa bulan sebelum letupan berlaku.
Serangan itu menyaksikan ribuan alat kelui meletup di seluruh Lubnan, membunuh sembilan orang dan mencederakan hampir 3,000 yang lain, termasuk pejuang kumpulan itu dan utusan Iran ke Beirut.
"Kami menganggap apa yang berlaku sebagai satu lagi tindakan peperangan hibrid terhadap Lubnan, yang merugikan ribuan orang yang tidak bersalah.
"Nampaknya penganjur serangan berteknologi tinggi ini sengaja berusaha untuk mencetuskan konfrontasi bersenjata berskala besar untuk mencetuskan perang besar di Timur Tengah," demikian kata jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova melalui satu kenyataan.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan agensi perisikan Israel, Mossad masukkan sejumlah kecil bahan letupan dalam 5,000 alat kelui buatan Taiwan yang dipesan oleh kumpulan Hizbullah Lubnan.
Hizbullah yang disokong Iran berikrar untuk bertindak balas terhadap Israel, yang mana tenteranya enggan mengulas mengenai letupan itu.
Dalam pada AFP memetik kenyataan Zakharova berkata, Russia mengecam serangan maut yang menyaksikan ratusan alat kelui digunakan anggota kumpulan Hizbullah meletup serentak di Lubnan itu.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak pernah terjadi sebelum ini terhadap kerukunan Lubnan dan rakyatnya, yang merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara tersebut.
"Ia cabaran serius terhadap undang-undang antarabangsa melalui penggunaan senjata tidak konvensional," katanya. - AGENSI
RUSIA KUTUK
IREAL YANG
SERANG LEBANON
AMIN
DUNIA SEMUA
MENUNGGU
APA TINDAK
BALAS
HEZBULLAH
AMIN
KHALAS
MEMPERKASA BAHASA MELAYU
IKK anjur Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu
PUTRAJAYA: Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) bakal menganjurkan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ketiga bagi memperbaiki kelompangan pengunaan bahasa itu.
Pengerusi Aspirasi Bahasa 2024, Dr Kamarazaman Yacob, berkata ia juga bertujuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di peringkat ASEAN dan antarabangsa.
Selain itu, katanya, penganjuran simposium terbabit juga bertujuan memperkasa dan memperbaiki kelompongan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, terutama dalam sistem pendidikan negara.
Beliau berkata, ia juga akan menghimpunkan tokoh dan pejuang bahasa, ahli akademik serta aktivis dari dalam serta luar negara bagi menyuarakan pandangan dan idea terhadap pemerkasaan Bahasa Melayu sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Katanya, program simposium itu akan membabitkan ucaptama, pembentangan dua kertas kerja, tiga sidang pleno dan forum serta penyediaan resolusi membabitkan pembentangan kertas kerja oleh tokoh tempatan dan antarabangsa.
"Simposium yang mendapat kerjasama Pejabat Perdana Menteri Kesembilan dan Hotel IDEAS Kuala Lumpur ini juga akan menampilkan Malam Puisi Mengukir Bangsa Ketiga.
"Ia adalah lanjutan daripada Malam Gema Puisi 2023 dan Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia pada 2022.
"Tahun ini kita berjaya menarik beberapa tokoh pejuang bahasa seperti Penerima Anugerah SEA Write 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman serta aktivis sosial dan penulis, Hishamuddin Rais, sebagai moderator dan panel," katanya dalam kenyataan hari ini.
Simposium itu turut mendapat kerjasama Kursi Pengajian Melayu dan Peradaban Ismail Sabri Yaakob; Thailand Global Business Administration Technological College (TGBC); Rajamangala University of Technology (RMUTT) Thailand serta Asia Lecturers Teachers Community (ALTC) Indonesia.
Ia akan diadakan di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur, pada 23 dan 24 September ini.
Simposium bertemakan 'Bahasa Membina Bangsa' itu dijadual dirasmikan Ismail Sabri dengan Ahli Parlimen Bera itu dijangka mendeklamasikan puisi, pada Malam Puisi Mengukir Bangsa.
Turut menyertai ialah bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed; bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk P Kamalanathan dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke talian +60189188551 / +601163307978 atau e-mel terus kepada zahidiikksb@gmail.com atau ikkamarazaman@gmail.com.
TUTUP KASINO - AGENDA POPULAR PRU16
TUTUP KASINO
AGENDA POPULAR
PRU 16
AMIN
Unknown commented on
"TUTUP KASINO
KEMPEN PRU16"
Hipokrit paling popular di negara orang politik kemudian prof kangkung kemudian masuk TT tempat ke tiga sakai akal panjang walaupun pernah melihat sendiri ke luar negara tetapi terpaksa juga main sentimen demi kelangsungan hidup kah kah kah
Unknown commented on
"TUTUP KASINO
KEMPEN PRU16"
Untuk undi boleh buat apa saja, nak demo boleh, nak kutuk boleh, nak wayang boleh, nak lebih ulama boleh, lebih dari tempat asalnya boleh orang kita bijak, tahu apa drama paling sesuai dimainkan untuk dapatkan undi, ramai lagi masuk tempurung kerana harap belas kasihan kah kah kah, manusia hidup biar berakal sedikit sudah kah kah kah, nanti boleh tambah cabutan loteri setiap minggu untung lebih sedikit kah kah kah nanti boleh cari ayat ikut selera kah kah kah
SIJIL DI TANGGUNG SENDIRI
Menggalakkan restoran berlumba-lumba mohon sijil halal
Di sebuah kota kecil, terdapat sebuah restoran terkenal yang dikendalikan oleh seorang pemilik bernama Encik Lim. Restoran beliau terkenal dengan hidangan mi kari yang lazat, disajikan dengan daging ayam yang lembut dan rempah yang pekat, menarik pelanggan dari pelbagai kaum — Melayu, Cina, India, dan lain-lain.
Namun, perniagaan Lim mula merosot apabila khabar angin tersebar bahawa restorannya tidak mempunyai sijil halal. Pelanggan Melayu yang dulu ramai datang mula menjauhkan diri.
Lim terkejut. Beliau tidak pernah menggunakan bahan-bahan yang tidak halal. Beliau memastikan dapurnya bersih dan bahan-bahannya berkualiti tinggi.
Tetapi, tanpa sijil halal, persepsi masyarakat telah berubah. Mereka mula mempersoalkan kebersihan dan status makanan di restorannya. Bagi mereka, tanpa sijil halal, makanan itu tidak selamat dan tidak mematuhi syarak.
Dalam kekeliruan itu, Lim memutuskan untuk mendapatkan pensijilan halal. Tetapi beliau terkejut apabila mendapati prosesnya lebih dari sekadar mengelakkan babi dan alkohol. Pegawai pensijilan menerangkan bahawa proses ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh ke atas dapurnya — memastikan kualiti bahan, kebersihan tempat penyediaan makanan, cara penyimpanan, serta kesejahteraan pekerja. Ini adalah sesuatu yang baru baginya.
Dia belajar bahawa sijil halal bukan hanya tentang apa yang masuk ke dalam makanan tetapi juga cara bagaimana makanan itu disediakan.
Mula-mula, Lim skeptikal. Dia bimbang kos untuk mendapatkan pensijilan ini akan meningkatkan harga hidangannya, menakutkan pelanggannya yang lain.
Tetapi, setelah memikirkannya, beliau sedar bahawa pensijilan halal sebenarnya adalah penjenamaan semula bagi restorannya. Ia memberikan keyakinan kepada semua pelanggan — baik Muslim mahupun bukan Muslim — bahawa mereka makan di tempat yang mementingkan kualiti, kebersihan, dan integriti.
Dengan tekad usaha, Lim akhirnya berjaya mendapatkan pensijilan halal. Restorannya disenaraikan di laman web dan media sosial sebagai tempat yang disahkan halal. Perniagaannya mula berkembang. Pelanggan lama kembali, dan pelanggan baru dari pelbagai latar belakang mula memenuhi restorannya.
Hari ini, restoran Lim bukan sahaja dikenali dengan mi kari yang lazat tetapi juga sebagai simbol bagaimana halal boleh menjadi penanda aras kualiti dan kepercayaan.
Beliau membuktikan bahawa dengan pendekatan yang betul, persepsi terhadap sijil halal boleh diubah dari sekadar mematuhi syarak kepada satu simbol integriti makanan yang boleh dinikmati oleh semua, tanpa mengira agama.
Halal bukan hanya tentang hukum — ia tentang kejujuran, kualiti, dan peluang perniagaan yang inklusif.
Mari kita perhatikan lagi kisah Lim dan restoran mi karinya yang terkenal.
Walaupun beliau berjaya mendapatkan sijil halal dan perniagaannya kembali pulih, proses ini, pada persepsinya, bukan mudah atau murah. Bukan semua pemilik restoran sanggup melabur masa dan wang untuk mendapatkan pensijilan ini, terutamanya apabila tiada galakan atau insentif dari pihak kerajaan. Di sinilah peranan penting kerajaan perlu wujud.
Kerajaan harus menyedari bahawa pensijilan halal bukan hanya untuk memenuhi kehendak pengguna Muslim semata-mata, tetapi juga sebagai penanda aras kualiti yang menguntungkan semua pihak.
Jika kerajaan menawarkan insentif seperti diskaun cukai pintu, tarif elektrik khas, atau kemasukan ke dalam senarai rasmi laman pelancongan, ia akan mendorong lebih banyak pengusaha untuk mendapatkan pensijilan halal.
Langkah ini bukan sahaja menjadikan restoran lebih inklusif dan mesra kepada semua rakyat Malaysia, tetapi juga merancakkan ekonomi tempatan dengan meningkatkan daya tarikan kedai makan kepada pelancong tempatan dan asing.
Sebagai contoh, bayangkan jika kerajaan menawarkan potongan 30% pada cukai pintu atau diskaun tarif elektrik sebanyak 20% kepada restoran yang berjaya mendapatkan pensijilan halal.
Dengan insentif ini, kos operasi restoran akan menurun, dan ini membolehkan mereka mengekalkan atau menurunkan harga makanan.
Ini akhirnya membawa manfaat kepada pengguna, di mana mereka boleh menikmati makanan yang berkualiti tinggi, bersih, dan selamat tanpa perlu membayar lebih.
Insentif ini juga membantu mengurangkan beban kewangan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan sijil halal.
Selain itu, restoran Muslim juga boleh menggunakan peluang ini untuk meningkatkan penjenamaan produk mereka. Dengan pensijilan halal yang lebih ketat yang melibatkan kebersihan dan prosedur penyediaan makanan yang ketat, restoran Muslim dapat mengukuhkan reputasi mereka di mata semua pengguna — bukan hanya dalam kalangan Muslim.
Mereka boleh menonjolkan bahawa perniagaan mereka bukan sahaja patuh syarak, tetapi juga mementingkan integriti penyediaan makanan dan kebersihan. Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna bukan Muslim terhadap standard kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan.
Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa pensijilan halal itu mahal dan sukar. Hakikatnya, proses mendapatkan sijil halal adalah mudah jika perniagaan sudah memenuhi standard kebersihan dan kualiti yang baik.
Namun, bagi mengubah persepsi ini dan menggalakkan lebih ramai pengusaha mendapatkan pensijilan halal, kerajaan perlu memainkan peranan dengan menawarkan insentif yang mampu mencetuskan permintaan besar dalam pasaran.
Pensijilan halal bukan sahaja tentang menghindari babi, lemak babi, atau alkohol; ia adalah tentang memastikan makanan disediakan dengan cara yang bersih, selamat, dan berkualiti tinggi.
Apabila kerajaan memperkenalkan insentif seperti diskaun cukai pintu, tarif elektrik khas, atau pengiktirafan rasmi di laman web dan aplikasi pelancongan, ia bukan sahaja mengurangkan kos operasi tetapi juga memacu lebih ramai pengusaha untuk mendapatkan pensijilan halal.
Insentif ini bukan kerana proses halal itu mahal, tetapi untuk mendorong lebih ramai pemain industri makanan melihat peluang besar di sebaliknya.
Bayangkan senario di mana restoran bukan halal seperti kedai bak kut teh tradisional menyedari bahawa terdapat permintaan tinggi daripada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, untuk makanan halal yang bersih dan berkualiti.
Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang, mereka mungkin mempertimbangkan untuk menukar bak kut teh babi kepada “chi kut teh” menggunakan ayam, atau hidangan berasaskan daging lain yang mematuhi syarat halal.
Bukan kerana mereka dipaksa, tetapi kerana peluang pasaran yang besar untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Inilah peranan kerajaan. Dengan memberikan insentif dan sokongan, kerajaan boleh mencetuskan perubahan pasaran yang luas di mana restoran bukan halal berlumba-lumba untuk mendapatkan pensijilan halal demi memenuhi permintaan pengguna.
Ini adalah satu bentuk transformasi pasaran yang menguntungkan semua pihak—pemilik perniagaan yang ingin memaksimumkan potensi pasaran mereka, pengguna yang mencari jaminan kualiti dan kebersihan, dan kerajaan yang ingin mempromosikan imej Malaysia sebagai destinasi makanan yang bersih, selamat, dan inklusif.
Lebih banyak restoran yang mendapatkan pensijilan halal, lebih tinggi tahap kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap industri makanan kita.
Ini bukan sahaja baik untuk pasaran tempatan tetapi juga membuka pintu kepada eksport yang lebih besar, menjadikan produk kita lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.
Insentif kerajaan akan menjadi pencetus permulaan yang kuat, membawa kepada permintaan yang semakin meningkat sehingga mencipta keperluan dalam pasaran. Pada akhirnya, matlamat ini akan tercapai apabila semua pemain industri makanan berlumba-lumba memastikan bahawa makanan mereka bukan sahaja halal dari segi agama, tetapi juga berkualiti tinggi dan selamat untuk semua.
Dengan cara ini, pensijilan halal boleh menjadi satu langkah strategik dalam membina imej premium dan eksklusif bagi produk makanan Malaysia.
Daripada hanya dilihat sebagai satu keperluan agama, ia boleh menjadi simbol jaminan kualiti dan kebersihan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Apabila lebih banyak restoran melihat pensijilan halal sebagai peluang untuk meningkatkan penjenamaan, ia akan memacu pasaran untuk menghasilkan produk yang lebih baik dan lebih diyakini oleh semua pengguna.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan dan memberi manfaat kepada pemilik perniagaan untuk mendapatkan pensijilan halal.
Dengan insentif yang betul, kita bukan sahaja menggalakkan lebih ramai pengusaha untuk memenuhi piawaian halal, tetapi juga membantu meningkatkan imej keseluruhan industri makanan di Malaysia, menjadikannya lebih inklusif, bersih, dan berkualiti.
Hal ini baik bukan hanya untuk pasaran tempatan, tetapi juga untuk membuka peluang kepada pasaran eksport yang lebih luas.
WOIT
SAPA NAK
MAKAN SILA
TANGGUNG SENDIRI
KAH KAH KAH
SAPA MAKAN
DIA BAYAR
KAH KAH KAH
KALAU TAK YAKIN
MASAK SENDIRI
DI RUMAH
AMIN
KHALAS
HUJAN TENGAH HARI ?
JAM 12.30
DARI BALKONI GUA
AWAN HITAM MULA BERKUMPUL
APAKAH HUJAN AKAN SAMPAI?
ANGIN MULA BERTIUB
TAPI BELUM KENCANG
IKLIM DAN CUACA
KITA SEMKAIN BERUBAH
ISRAEL SERANG LEBANON
11 terbunuh, 4,000 cedera akibat letupan serentak alat kelui di serata Lubnan
BEIRUT: Letupan 'pager' atau alat kelui di seluruh Lubnan mengorbankan 11 orang setakat ini dan mencederakan lebih 4,000 yang lain termasuk pejuang Hizbullah dan kakitangan perubatan.
Pejuang Hizbullah memberi amaran akan membalas dendam terhadap Israel selepas menuduh mereka dalam kes letupan peranti telekomunikasi mudah alih itu di seluruh Lubnan.
Menteri Penerangan Lubnan, Ziad Makary, mengecam 'serangan' menyasarkan alat kelui iaitu peranti telekomunikasi yang banyak digunakan oleh Hizbullah dan pihak lain di Lubnan.
Hizbullah menyatakan bahawa Israel akan menerima hukumanan yang setimpal atas serangan terbabit.
Tentera Israel yang terbabit dalam pertempuran rentas sempadan dengan Hizbullah yang disokong Iran sejak tercetusnya perang Gaza pada Oktober tahun lalu enggan memberi komen mengenai kes letupan berkenaan.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, jumlah kematian meningkat dari lapan kepada sembilan orang mangsa semalam, manakala jumlah yang cedera sudah melebihi 4,000 mangsa.
Dalam pada itu, Hizbullah mengesahkan bahawa jumlah kematian itu termasuk sekurang-kurangnya dua pejuangnya dan seorang kanak-kanak perempuan.
Peranti telekomunikasi mudah alih berkenaan meletup di selatan Lubnan di kawasan pinggir selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh dan Lembah Bekaa di timur iaitu lokasi kubu kuat Hizbullah.
Sebuah video pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) yang terbitkan penyiar serantau menunjukkan seorang lelaki sedang membayar di kaunter kedai runcit apabila alat kelui yang diletakkan di sebelah juruwang meletup.
Seorang pegawai Hizbullah yang enggan dikenali berkata, tragedi itu adalah 'pelanggaran keselamatan terbesar' bagi kumpulan itu dalam hampir setahun konflik dengan Israel.
Kumpulan pejuang Palestin Hamas, yang melancarkan perang dengan Israel di Gaza, berkata letupan kelui adalah 'peningkatan keganasan' yang hanya akan membawa Israel kepada 'kegagalan dan kekalahan'.
Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert, mengecam serangan itu dalam satu kenyataan dan berkata ia 'menandakan peningkatan keganasan yang amat membimbangkan' dalam konflik itu.
Washington berkata ia tidak terlibat dalam letupan itu dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab, ketika Amerika Syarikat (AS) memperbaharui gesaan untuk penyelesaian diplomatik kepada ketegangan antara Israel dan Lubnan.
Tanpa mengulas secara langsung mengenai letupan di Lubnan, jurucakap tentera Israel berkata ketua kakitangan, Mejar Jeneral Herzi Halevi, bertemu dengan pegawai kanan pada petang Selasa untuk menilai keadaan.
"Tiada perubahan dasar diumumkan tetapi 'kewaspadaan mesti terus dikekalkan'," katanya.
Pejuang Hizbullah telah menggunakan alat kelui sebagai alat komunikasi berteknologi rendah dalam usaha mengelak penjejakan lokasi Israel, kata dua sumber yang biasa dengan operasi kumpulan itu kepada Reuters tahun ini.
Alat kelui ialah peranti telekomunikasi tanpa wayar yang menerima dan memaparkan mesej.
Duta Iran ke Lubnan, Mojtaba Amani, mengalami kecederaan ringan akibat letupan alat kelui pada Selasa dan sedang dalam pemerhatian di hospital, kata agensi berita Iran, Fars.
Korban lain termasuk pejuang Hizbullah termasuk anak kepada pegawai tertinggi kumpulan bersenjata itu, kata dua sumber keselamatan kepada Reuters.
"Ini bukan sasaran keselamatan satu, dua atau tiga orang. Ini adalah sasaran seluruh negara," kata pegawai kanan Hizbullah Hussein Khalil.
Air France mengumumkan pada Selasa bahawa ia menggantung penerbangan antara Paris dengan Beirut dan Tel Aviv hingga Khamis kerana kebimbangan keselamatan.
Terdahulu pada Selasa, agensi keselamatan domestik Israel berkata ia berjaya menggagalkan rancangan Hizbullah untuk membunuh seorang bekas pegawai kanan pertahanan dalam beberapa hari akan datang.
Hizbullah berkata ia mahu mengelakkan konflik habis-habisan dengan Israel tetapi hanya penamatan perang Gaza akan menghentikan pertempuran rentas sempadan.
Selepas letupan Selasa, banyak ambulans dilihat bergegas melalui pinggir bandar selatan Beirut ketika sebahagian besar penduduknya panik menghadapi 'serangan'.
Di Hospital Mount Lebanon di luar Beirut, seorang wartawan Reuters melihat motosikal bertali arus ke bilik kecemasan dan orang ramai dengan tangan berdarah menjerit kesakitan.
Ketua hospital awam Nabatieh di selatan negara itu, Hassan Wazni, memberitahu Reuters bahawa kira-kira 40 orang yang cedera sedang dirawat di kemudahannya. Kecederaan itu termasuk kecederaan di muka, mata dan anggota badan. - REUTERS
WOIT
HIZBULLAH
TAK PERLU
CAKAP BANYAK
AMIN
HANYA SATU
NAK TANYA
AMIN
BILA NAK
SERANG ISRAEL
AMIN
KHALAS
TUTUP KASINO KEMPEN PRU16
PARTI KEMPEN
TUTUP KASINO
AKAN MENANG
PRU16
KHALAS
Unknown commented on
"TUTUP KASINO -
INI DASAR NEGARA ATAU
AGENDA KEMPEN"
benar adakah ini dasar negara bila dapat memerintah atau hanya bahan kempen, amat penting utk d ketahui dgn jelas oleh rakyat sebab bab dasar adalah keutamaan
Unknown commented on
"TUTUP KASINO -
INI DASAR NEGARA ATAU
AGENDA KEMPEN"
kalau ini kempen.. ini kempen yg lebih baik dari kempen saya ulang.. tak ada faedah langsung judi..
NGENTOT JANDA NIKMAT LEBIH
NGENTOT
JANDA NIKMAT
LEBIH
AMIN
Unknown commented on
"WARGA EMAS MANGSA SCAM"
Ada pun hang enchi' tt termasuk dalam golongan gagal teknologi, teruna warga emas&gagalis amat mudah diperdaya oleh love scam mak janda.
Enchi' tt barang diingat kerana budi boleh tergadai body tt.
Jangan Perlekeh Janda.
Amen
HALAL HARAM
HALAL HARAM
RABU 18 SEPTEMBER 2024
ISU HALAL HARAM TIMBUL
ANWAR KATA DULU
HALAL HARAM HANYA
BABI DAN ALKOHOL
SEKARANG HALAL HARAM
MAKIN SOPISTIKATED
APA YANG TAK BERSIH
BAWA MUDARAT PADA KESEHATAN
PASTI HARAM
JENG JENG JENG
DENGAN INI
DI MINTA UMUMKAN
COKE DAN PEPSI HARAM
MEK DONAL HARAM
KENTUKI HARAM
SEMUA INI
TERBUKTI BAWA MUDARAT
PADA KESEHATAN
MALAH GULA JUGA
MEMBAWA MUDARAT
PADAM KESEHATAN
MAKA WAJIB DAPAT SIJIL HARAM
JENG JENG JENG
JADI APA YANG HALAL?
APA SAJA YANG BAIK
UNTUK KESEHATAN
KETUM BAIK UNTUK KESEHATAN
GANJA BAIK UNTUK KESEHATAN
AIR ANGGUR MERAH BAIK UNTUK KESEHATAN
TAPAI DAN TUAK JUGA BAIK
UNTUK KESEHATAN
JENG JENG JENG
LEBANON
11 MATI
11,000 CEDERA
BILA PAGER MELEDAK
HIZBULLAH TUDUH
INI KERJA ZIONIS ISRAEL
YANG BERJAYA MENGGODAM
ALAT PRIBADI INI
AMERIKA
SYARIKAT TUPPERWARE
PEMBUAT BARANG PLASTIK
MUNGKIN JATUH MUFLIS
BULAN DEPAN
GAZA
HAMAS MENGSENARAIKAN
NAMA 34,344 NAMA WARGA
YANG MATI DALAM PERANG
CANADA
PARTI JUSTIN TRUDEAU
KALAH DALAM PRK
PARTI LIBERAL INI
MAKIN DITOLAK RAKYAT
HOKKIEN
PAGI INI CERANG KERING SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BERAWAN BIRU
DENGAN AWAN PUTIH
PETANG KEMARIN
UJAN SEKEJAP
ANGIN KUAT
MENOLAK HUJAN KE ARAH LAIN
GUA DENGAR
SUARA TERKUKUR
SUARA LAIN TENGGELAM
OLEH MESIN RUMPUT
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN MATAHARI
BELUM KELUAR
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU
BRO
GAGAL ITU
IALAH JAMBATAN
MENUJU KEJAYAAN
BRO
HARGA DAN CINTAI
DIRI LU SENDIRI
TAKDA ORANG LAIN
AKAN BUAT
BRO
BANYAK BERCAKAP
KURANG MEMBUAT
HASILNYA KOSONG
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)