Ahad, 7 Januari 2024

PRU CARA BANGLA - AKAN SAMPAI KE MALAYSIA


PRU CARA

 BANGLA

AMIN

JANGAN KETAWA

SATU MASA AKAN

SAMPAI

 KE MALAYSIA

AMIN

FATWA DARI LEBAI KIT SAING




Pengkomplot gagal tumbangkan Anwar – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa, para pengkomplot telah gagal untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan tempoh perkhidmatan paling singkat.

Menurut beliau, mereka kini semakin terdesak setelah gagal menumbangkan Anwar melalui Langkah Dubai dan Langkah Chow Kit.

“Mereka telah gagal untuk menumbangkan Anwar dengan cara yang tidak demokratik dan perkara ini bermakna tidak akan ada lagi Perdana Menteri ‘pintu belakang’ di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Tanjong di Pulau Pinang, malam tadi.

Teks ucapan tersebut disiarkan dalam laman blog beliau, hari ini.

Baru-baru ini, aktivis-aktivis media sosial Perikatan Nasional (PN) mendakwa kononnya sejumlah Ahli Parlimen telah menarik sokongan terhadap Anwar sekali gus menyebabkan Kerajaan Perpaduan tumbang.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan yang tidak disokong oleh sebarang bukti kukuh itu.

Kit Siang berkata, sepanjang tahun pertama pentadbirannya, Anwar bertarung demi kelangsungannya dengan menyekat pelbagai cubaan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan,

Namun, beliau memberitahu, PN telah gagal merampas Selangor atau Negeri Sembilan walaupun Gelombang Hijau yang dicetuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah mencapai kemuncaknya pada enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.

“Kini, dengan kestabilan politik terjamin untuk tiga ke empat tahun yang akan datang, masanya telah tiba untuk Anwar fokus kepada perpaduan nasional dan menjalankan reformasi institusi yang dijanjikannya dalam 25 tahun kerjaya politiknya sebelum ini,” jelasnya. –

LEBAI BERFATWA

LAGI

KAH KAH KAH

INI SAJA DIBUAT

UNTUK NAIKKAN

KEMARAHAN

ORANG MELAYU

AMIN

BERI GALAKAN

LAGI PADA MUSUH

MADANON UNTUK

KERJA KERAS

BUKTIKAN FATWA

LEBAI KIT SIANG

SALAH

KAH KAH KAH

AMIN


TIGA CALON BOMOH



Sanusi bimbang hilang lebih ramai ahli Parlimen Perikatan, kata Mahfuz


MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor cuba menghalang Ahli Parlimen Perikatan Nasional daripada menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan mendakwa kerajaan sedia ada akan tumbang dalam masa terdekat, kata Mahfuz Omar.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah itu memberitahu Utusan Malaysia pemimpin pembangkang bimbang kehilangan ahli Parlimen mereka kepada kerajaan yang memerintah selain keresahan mereka untuk berdepan beberapa kes mahkamah.

Mahfuz berkata Sanusi sepatutnya bertindak sebagai menteri besar dan bukannya seperti ketua kampung semata-mata.

“Apabila beliau bertindak sedemikian, Muhammad Sanusi sebenarnya bukan hanya akan merosakkan ekosistem ekonomi di luar Kedah malah turut menjejaskan ekonomi negeri ini. Para pelabur akan membuat penilaian dan mungkin merasakan situasi politik di Malaysia tidak stabil.

“Walhal ketika ini keadaan­nya cukup stabil dengan Perdana Menteri memiliki sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. Justeru pemimpin PN terutamanya Muhammad Sanusi perlu lebih bijak tampil dengan watak sebagai Menteri Besar, bukannya bersikap seolah-olah pemimpin politik kampung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mahfuz mengulas kenyataan Sanusi semalam mendakwa kerajaan perpaduan tidak akan bertahan hingga habis penggal kali ini.

Sanusi berkata beliau secara peribadi tahu bila Kerajaan Perpaduan akan jatuh tetapi enggan mendedahkan tarikh sebenar kepada umum.

Tambah Mahfuz, tindak tanduk Sanusi sama seperti watak yang dilakonkan oleh pelakon veteran A.R Tompel dalam filem Nasib Do Re Mi.

“Dalam filem tersebut bomoh berkenaan cuba meyakinkan sekumpulan lelaki untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mereka melarikan seorang wanita. Lebih kurang begitulah halnya dengan apa yang dilakukan Muhammad Sanusi ketika ini,” katanya.

Semalam Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengulangi dakwaan sekurang-kurangnya lapan ahli Parlimen pembangkang akan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Bersatu itu berkata ahli Parlimen akan mengisytiharkan sokongan mereka apabila parlimen bersidang semula lewat Februari.

“Apabila Parlimen bersidang semula pada Februari, aktiviti (mengisytiharkan sokongan) akan bermula. Mereka akan menunggu dan memantau perkembangan sepanjang dua bulan akan datang,” katanya pada program “Jualan Harga Terendah, Perkhidmatan untuk Rakyat” di Projek Perumahan Rakyat di Kerinchi, Kuala Lumpur semalam.

Pada Disember Syed Abu Hussin berkata tujuh atau lapan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional akan mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar.

Terdahulu, Syed Abu Hussin menjadi ketua pembangkang kelima mengisytiharkan sokongan kepada Anwar selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – 7 Januari, 2024.

WOIT

KAH KAH KAH

LANGKAH

BUKIT GANTANG

ADA TIGA BOMOH

KAH KAH KAH

BOMOH SANUSI

BOMOH ABU HUSIN

BOMOH MAHFUZ

KAH KAH KAH

BOMOH MANA

AKAN DIPANGGIL

AGONG

KAH KAH KAH

KITA LIHAT

DAN TUNGGU

AMIN

KHALAS


BANJIR DI TUJUH NEGERI



21 lokasi bencana dikenal pasti babitkan 7 negeri, kata menteri

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 21 lokasi yang terjejas akibat bencana alam melibatkan tujuh negeri setakat Jumaat lepas, kata Menterinya Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ia membabitkan lapan jalan negeri dan 13 jalan Persekutuan di Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Selangor.

“Empat lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (10 lokasi), jalan runtuh (empat lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi).

“Johor mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana iaitu (enam kawasan), Pahang (empat kawasan), Kelantan dan Perak (tiga kawasan), Kedah dan Terengganu (dua kawasan) serta Selangor (satu kawasan),” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melawat Jalan Persekutuan FT008 Seksyen 258.00 Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Paloh di Gua Musang hari ini.

Semalam Nanta memaklumkan KKR memperuntukkan lebih RM50 juta bagi kerja-kerja membaik pulih jalan runtuh dan rosak di seluruh negara yang terjejas semasa banjir baru-baru ini.

“Kami akan segera baik pulih di lokasi terjejas akibat bencana dengan secepat mungkin kerana ketika ini masih lagi berlaku Monsun Timur Laut, jadi kami akan buat pemantauan dan siasatan anggaran jumlah untuk dibaiki,” katanya.

Mengulas mengenai tinjauan beliau di Jalan Persekutuan FT008 Seksyen 258.00 LTU, Nanta berkata projek berkenaan mencapai 58 peratus kemajuan fizikal dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Setakat ini tiada masalah besar berlaku walaupun ada beberapa lot tanah belum selesai penyerahan tetapi kami jangka ia dapat dilakukan kerana projek ini dijangka siap pada 2027,” katanya. – Bernama, 7 Januari, 2024.


MAKLUMAT

INI BERI INGATAN

UNTUK KITA

BERHATI HATI

KHALAS

PENDATNG HARAM DAN RASUAH


SUARA RAKYAT

TAK DENGAR

KERANA

PENDATANG

HARAM ADA

RASUAH

AMIN

Unknown commented on
 "SANDIWARA ? 
TANGKAP PENDATANG HARAM"

Ooii..I..Imegresin/polis..bila nak ke Kuantan lambakan pati banyak kat pasar besar Kuantan dan bangunan-bangunan berhampiran. Dah berbuih penduduk tempatan komplen.. siap buat video lagi dlm TikTok... mungkin ada yg buat tak tahu.. maklumla.a.. takut supply rokok seludup diganggu..atau fulus terganggu... 

dengar cerita ada taikun tapau sebilangan besar tempat hiburan kat Kuantan..kebal..sampai pukul 3pagi masih beroperasi dengan musik tekno Thai..sebagai penduduk tempatan saya cadangkan bukit aman datang sendiri buat pemantauan..sebab nak harapkan penguasaan tempatan..hapeh..dah la tak tahu undang-undang...berlagak samseng.(rogue officers)

SELATAN LEBANON HANGAT


WARGA ISRAEL

LARI  

MENINGGALKAN

SELATAN LEBANON

AMIN

BANGLA DI MALAYSIA MENGUNDI KE TAK ?


BANGLA

 DI MALAYSIA

MENGUNDI KE TAK ?

AMIN

LUASKAN LAGI MEDAN TEMPUR


HISBULLAH

MELUASKAN LAGI

MEDAN TEMPUR

AMIN

KETUM UNTUK KESEHATAN



4 anggota polis disyaki miliki air ketum ditahan

KUALA LUMPUR – Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, kes itu telah diserahkan kepada JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira kira-kira 2.15 pagi di rumah berkenaan.

Mereka yang merupakan staf pentadbiran di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di ibu negara disiasat  mengikut  Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – BERNAMA



WOIT

ABANG POLIS

SEDANG REHAT

JAM 2 PAGI

AMIN

LEPAS KERJA

MINUM AIR KETUM

 KEMBALIKAN

TENAGA

AMIN

DAH SAMPAI

MASANYA KITA

BEBASKAN KETUM

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN

AMIN

KHALAS

ISRAEL DI SERANG HIZBULLAH


Hizbullah lepaskan lebih 60 roket ke pangkalan tentera Israel

KUMPULAN Hizbullah di Lubnan semalam melepaskan lebih 60 roket ke arah pangkalan tentera Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan timbalan ketua Hamas di Beirut.

“Ia sebahagian daripada tindak balas awal terhadap jenayah membunuh pemimpin besar Sheikh Saleh al-Aruri. 

“Hizbullah menyasarkan pangkalan kawalan udara Meron dengan 62 pelbagai jenis peluru berpandu,” kata kumpulan yang disokong Iran itu dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pihak, terutamanya antara tentera Israel dan Hizbullah yang merupakan sekutu Hamas saling berbalas tembakan sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober.

Pembunuhan Aruri pada Selasa di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut, yang menurut seorang pegawai pertahanan AS dilakukan oleh Israel, telah menimbulkan kebimbangan yang berlarutan.

Siren berbunyi di udara di pekan-pekan dan bandar-bandar di seluruh utara Israel semalam, termasuk Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Tentera Israel mendakwa pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 40 roket dilancar dari wilayah Lubnan pagi semalam. – AFP, 7 Januari, 2024.

HIZBULLAH

MENUNAIKAN JANJI

AMIN

ISRAEL DIROKET

INI TANDA PERANG

SEDANG MEREBAK

KHALAS

PENCERAHAN TENTANG ISLAM


PETANG INI

JAM 3

DI KEDAI BUKU

GERAK BUDAYA PJ

AMIN


ESOK PETANG

JAM 3 PETANG

UNIVERSITI 

NOTTINGHAM

JALAN CONLAY

KUALA LUMPUR


LAPORAN DARI MEDAN TEMPUR - HARI KE 91


LAPORAN DARI

MEDAN TEMPUR

AMIN

RAKYAT MAKIN MARAH


RAKYAT MAKIN

MARAH

AMIN

Unknown commented on
 "HOT HOT HOT - 
RAJA PETRA BERLABON LAGI"

Masalah negara kita senang nak kenal satu golongan tiada kerja tetap, senang sangat labon kiri kanan supaya dapat perhatian, lagi satu golongan pencen, macam ayam berak kapur tak senang duduk tak senang berdiri kah kah kah kalau dengar semua cakap orang KITA ini hidup akan semakin susah, 

dah lah harga semua naik - rakyat sakit hati dengar cakap mereka lagi nak berak kapur atas kepala mereka kah kah kah Petra ini orang-orang upahan, siapa upah dia baik lah orang, kalau tak upah jahat asyik berpusing kata kah kah kah

WALANON WALIWAT


WALANON

WALIWAT

WALIWATI

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"PELANCUNG TINGGALKAN
 LANGKAWI"

Langkawi tetap meriah di musim cuti ini fakta... Hanya mereka2 yg x pernah melancong ke Langkawi je yg bodoh dok komen macam2 . Dok jaja fitnah sama macam walaNON waLIWAT waLIWATI

BERITA DAN CERITA


BERITA & CERITA


AHAD 7 JANUARI 2023
TAHUN BARU DAH MASUK SEMINGGU
GUA  DAN 14 KAWAN
DAH PERGI RUMAH PASONG
KES KEPONG DUTA AMERIKA
AMIN

NEGARA HEBOH
KERAJAAN NAK TUMBANG
KAH KAH KAH

ZAMAN INTERNET
KITA TAK TAHU
YANG MANA BERITA
YANG MANA  CERITA
KAH KAH KAH

DAPAT DAGING SIKIT
JADIKAN GULAI DAGING SEKAWAH
MACAM MANA ?
KAH KAH KAH
BUBUH AJI NO MOTO
MEMANG SEDAP DI DENGAR
AJI NO MOTO
BUAT CERITA MACAM BERITA
KAH KAH KAH

AMERIKA
BIDEN GELABAH
PERANG AKAN MEREBAK
YAMAN DAN HIZBOLLAH
TERUS MENYERANG
IRAN DAH SEDIA
JENG JENG JENG

BANGLADESH
PRU SEDANG BERJALAN
PEMBANGKANG BOIKOT
SANA SINI KEGANASAN
PEMBAKARAN TEMPAT
MENGUNDI  BERLAKU
KERETAPI DIBAKAR
ADA NYAWA HILANG

HOKKIEN
PAGI INI BASAH
PAGI INI RENYAI
EMBUN SUBUH TAK HENTI
MATA  HARI HILANG
UNGGAS SENYAP
DARI JAUH GUA DENGAR
SUARA HOW WOW

TAPI GUA YAKIN
DALAM BEBERAPA JAM LAGI
PANAS AKAN SAMPAI
REDUP INI AKAN TAMAT
AMIN

BRO
SENYUMLAH
KITA SENYUM
SAMBUT AHAD YANG REDUP


HATI KEMBANG PENUH PERASAAN
JUMPA TOK BATIN BAWA BALDI
HADI NAK TUMBANG KERAJAAN
TAK PAKAI DUIT  PAKAI SD

PASANG JERAT ROTAN TERPELANTING
UMPAN BAIK KUIH BAHULU
SAPA PM  TIDAK PENTING
TUMBANGKAN KERAJAAN LEBIH DULU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI