Rabu, 4 November 2009
LEBAI BERCAKAP HAL MORAL
TUNTUTAN DARI BURUH DAN PEKERJA - GAJI YANG ADIL
TINDAKAN CUEPACS SALAH DARI SEGI MORAL: NAJIB - melayau
Najib Razak berkata, tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta bonus adalah salah daripada segi moral kerana keadaan ekonomi negara ketika ini belum pulih sepenuhnya.
KAH KAH KAH…
woit… MACAM SALAH DENGAR… kah kah kah..
woit… MACAM SALAH BACA… kah kah kah..
kah kah kah… DARI SEGI APA ?... DARI SEGI KOPORAL… kah kah kah..
kah kah kah… DARI SEGI MORAL… kah kah kah…
kah kah kah... MAT MONGOL SUDAH CAKAP HAL MORAL... kah kah kah..
woit…. BELI KAPAL SELAM… TAK SALAH DARI SEGI MORAL… kah kah kah…
woit… 12 BILION RINGGIT HANGUS DI PELABUHAN KLANG… TAK SALAH DARI SEGI MORAL… kah kah kah..
kah kah kah… BILA BURUH DAN PEKERJA MINTA NAIK GAJI… MINTA BONUS.. TIBA TIBA EKONOMI BELUM PULEH…. kah kah kah..
woit… OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM… kah kah kah..
woit… OUR FUNDUMENTALS IS STRONG…. kah kah kah..
kah kah kah… PASAL ITU CAKAP HENDAKLAH JUJUR… JANGAN TIPU… kah kah kah..
kah kah kah… TIPU PUNYA PASAL… LEHER SENDIRI KENA JERAT… kah kah kah
Labels:
KENA BANTANG HIDUNG SENDIRI
TERESA KOK PAKAI MINI SKIRT
INI BUKAN RANTAI MERAH TERESA
PEGAWAI JAKIM SALAHKAN UTUSAN ISU IJAZAH PALSU - malaysiakini
Penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa wartawan Utusan Malaysia membuat kesimpulan salah terhadap kenyataannya berhubung status ijazah Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa bekas mufti Perlis itu mempunyai kelayakan palsu dalam bidang syariah daripada Universiti Jordan.
Jelasnya, beliau hanya memberi kesimpulan bahawa Dr Mohd Asri bukan seorang ahli hukum dan tidak layak dilantik kepada jawatan mufti.
Dr Mohd Asri hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zamihan berdasarkan kenyataannya yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan semalam.
KAH KAH KAH….
kah kah kah… PADAN MUKA…. BARU RASA… kah kah kah…
kah kah kah…KELENTONG PUNYA PASAL… kah kah kah..
kah kah kah…. BUAT KESIMPULAN?…. kah kah kah..
woit… APA YANG NAK DI SIMPUL SIMPUL… kah kah kah..
woit… DULU TERESA PAKAI MINI SKIRT DENGAN MAT SABU… kah kah kah..
kah kah kah... SEKARANG... BARU LUNYAI... kah kah kah..
kah kah kah... ENTAH ENTAH DUA DUA PUN KELENTONG... kah kah kah..
kah kah kah..SAMAN… JANGAN TAK SAMAN… kah kah kah…
Labels:
MEMBANGUN KAN MINDA MELAYU h
MENGENAL SEJARAH
RAKYAT PEMBUAT SEJARAH
LAPAN TIGA DUA KOSONG KOSONG LAPAN
Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.
Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikait dan disangkutkan dengan beberapa susuk dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku.
Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya - perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.
Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya - memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.
Tetapi harus di sedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifesti dari babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas dari peranan sejarah susuk-susuk ini.
Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah – tetapi ianya hanya sebahagian dari lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.
Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan Republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus di jajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta juta orang China.
Di Malaysia ini - terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ini anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tapi jika rakyat tidak mengambil pot – susuk ini akan terpeleok.
Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga kan dia merasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi yang kecut dan kempis. Ini congak yang salah.
Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi dari harapan ini.
Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR - Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam. Kesian - apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah kalau hendak bersembahyang Jumaat. Kalau dahulu sepuluh masjid pun tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai bukan oleh individu.
Lapan tiga dua kosong kosong lapan adalah contoh dimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.
Jika ada politikus atau YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam. Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.
Jika Zulkifli Nordin atau Hassan Ali menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat. Jika Badrul Hisham menganggap susuk dirinya bagitu penting maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial tidak ada satu susuk yang penting.
Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah di beli. Tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin. Jika ombak rakyat sampai – semua akan lingkup.
Dalam arus perubahan yang kita lihat pada lapan tiga dua kosong kosong lapan dahulu adalah contoh dimana orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.
Betul – rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul – rakyat boleh di tipu dengan pelbagai helah. Betul – rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap dimana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.
Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu dari kebenaran. Tidak ada yang lebih kompak dari yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.
Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan. Ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laongan – lawan dan berjuang – maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.
Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada di minggu pertama dan minggu ke dua ketika Anwar Ibrahim dibuang dahulu. Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti ‘ dia mentor saya ’ - ‘ saya anggap Mahathir sebagai ayah…’ dan dan dan. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.
Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir.
Tetapi apabila slogan – lawan tetap lawan – muncul makan beratus ribu anak muda mula turun ke jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia. Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.
Melaongan perlawanan terbukti lagi dalam sejarah kes Musa Hitam. Ketika Musa Hitam dibuang dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa Hitam akan terus menjadi tun tikus. Bagitu juga pada Anwar - jika ketika di buang dahulu dia tidak melaongan perlawanan – dia juga akan menjadi dato seri tikus tikus.
Tetapi waspada – jika Musa dan Anwar menikus - ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si Polan menjadi tun tikus maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.
Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih dari itu. Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.
Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang bengok dengan ranjau di sepanjang jalan. Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis Mat Malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.
Tetapi yakinlah tidak ada satu pun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.(TT)
JANGAN BUKA CERITA GILA TALAK
INI BUKAN JANDA DENGAN DUDA - INI DARA DENGAN TERUNA
KERAJAAN PERPADUN : NAJIB MENGIGAU DAN GILA TALAK ! – harakah daily
Najib Razak dinasihatkan menangani masalah dalaman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang penuh dengan isu rasuah dan moral daripada berunding mengenai kerajaan perpaduan dengan PAS.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya berkata,"Najib masih mengigau untuk berbaik dengan Pas, walaupun Presiden Pas sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN.
"Kelakuan Najib tidak ubah seperti orang gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya,"jelasnya.
Ustaz Idris menambah, PAS akan terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"PAS ingin menasihatkan Najib selesailah masalah rasuah dan moral dalam umno dahulu dan parti komponen bn yang semakin kelam kabut,"katanya.
KAH KAH KAH…
woit… INI BETUL BETUL BAHAYA… kah kah kah..
kah kah kah… USTAZ INI BETUL CARI BALA…. kah kah kah…
woit… GILA GILA TALAK INI JANGAN SEBUT SEBUT… kah kah kah…
woit… KESAH CERAI BERAI MAT MONGOL JANGAN USIK USIK… kah kah kah
kah kah kah… JANGAN BUKA CERITA GILA TALAK…kahkah kah…
woit… USTAZ … NANTI KENA BALA…. kah kah kah…
kah kah kah... KALAU BIK MAMA TAHU... CERITA GILA TALAK INI...kah kah kah
kah kah kah kah...BAIK MAMA HANTAR HANTU KOPEK... kah kah kah..
TANGKAP ! TANGKAP !
KALAU ADA REKOD INI BOLEH BAGI KULIAH?
POLIS DAKWA WAKIL PAS ADA REKOD JENAYAH - malaysiakini
Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.
Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).
Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."
Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".
KAH KAH KAH…
woit… TAK SANGKA ANAK BUAH TUN MUSA HITAM INI ORANG JAHAT…kah kah kah..
kah kah kah… TAK SANGKA ADIK SHAHRIL INI ADA REKOD JENAYAH…kah kah kah..
kah kah kah…PELIK… MACAM MANA ADA REKOD JENAYAH… BOLEH JADI AHLI PARLIMEN…. kah kah kah..
woit… INI MESTI KES JENAYAH BESAR…. kah kah kah..
kah kah kah… INI MESTI KES PAKAI SELUR DALAM TERBALIK …kah kah kah..
kah kah kah… KALAU TIDAK INI MESTI KES JENAYAH NAIK BASIKAL TAK PASANG LAMPU…kah kah kah
nota:
kalau ada rekod ziana zain ok tak?
kah kah kah
JADIKAN DEMO BUDAYA HIDUP
BANGUN DAN LAWAN !
PESAWAH DEMO BANTAH KOUTA PADI – malaysia kini
Lebih 100 petani di Mukim Bendang Morak, Tumpat hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan sawah padi mereka bagi meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghapuskan sistem pembelian padi mengikut kuota oleh pengilang.
Mereka mendakwa sistem kuota yang berkuatkuasa tahun lalu itu menyebabkan mereka menanggung kerugian besar.
Dalam demonstrasi kira-kira sejam itu dan sambil mengibarkan sepanduk antaranya tertera 'Jangan Sekat Rezeki Kami' dan 'Hapuskan Sistem Kuota Yang Merugikan Petani', mereka mendakwa tidak sanggup lagi menanggung kerugian.
Penyelia Pembangunan Mukim Bendang Morak, Yusuf Salleh berkata sewajarnya kerajaan menghapuskan sistem kuota itu bagi membolehkan pengilang membeli seberapa banyak padi daripada petani.
"Apabila sistem kuota dilakukan, ada pengilang yang menolak untuk mengambil padi kami yang dijual pada kadar harga RM1,000 untuk satu tan metrik padi.
"Mahu tidak mahu kami terpaksa mencari kilang lain yang hanya mahu membeli pada kadar harga jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya," katanya kepada pemberita.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… HEBAT… PANAS… kah kah kah..
woit… ORANG KAMPONG TELAH BERANI TURUN… kah kah kah..
nota:
inilah budaya yang patut terus ditanamkan.
jadikan budaya demo dan tunjuk perasaan sebagai
budaya satu malaysia. apa sahaja yang kita tidak suka kita berdemo.
hantar memo. jumpa menteri adalah kerja yang sia sia.
hantar memo untuk melambatkan jakan penyelesaian.
lihat kalau tidak ada demo isa – kerajaan tidak peduli.
lihat kalau tidak ada demo anti ppsmi – kerajaan tidak peduli.
kalau mahasiswa seluruh malaysia bangun buat demo anti auku –
dalam masa tiga hari – auku akan lupus.
p/s: ingat demonstrasi baling 1974
BOMOH JUAL HANTU
PAKAR PERUBATAN SETUJU SYOR SUNTIKAN HPV
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia turut menyokong usaha suntikan pelalian cegah kanser pangkal rahim dikenali Human Papillomavirus (HPV) yang akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan kepada pelajar berumur 13 tahun pada tahun depan.
Presidennya, Dr Syed Mohamed Aljunid, berkata imunisasi HPV itu memberi banyak faedah.
"Berdasarkan tahap keberkesanan vaksin 98 peratus, kadar kanser serviks dijangka menurun hingga ke tahap satu per 100,000 penduduk selepas 30 tahun akan datang, tidak seperti anggaran 2003 kadar anggaran adalah 17 hingga 20 orang dan kira-kira 1,500 kes baru dikesan setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kos pemvaksinan RM340 juta diperlukan untuk mengendalikan pesakit kanser seviks juga dapat dikurangkan selepas 20 hingga 30 tahun akan datang.
Ini juga, katanya, selaras dengan resolusi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2005 yang menggesa setiap negara anggota menggiatkan usaha menangani faktor penyebab segala jenis kanser yang boleh dicegah.
"Pelaksanaan ini juga dapat mengurangkan beban wanita berpendapatan rendah kerana kos pemvaksinan di hospital swasta masih tinggi," katanya. - Bernama
KAH KAH KAH…
kah kah kah… MULA MULA BUKA CERITA HANTU… kah kah kah..
kah kah kah… KEMUDIAN JADI BOMOH… kah kah kah…
kah kah kah… KEMUDIAN JUAL TANGKAL DAN AIR JAMPI… kah kah kah..
nota:
banyak negara hanya mencadangkan warga menggunakan hpv.
di uk dua bulan lalu seorang anak sekolah telah meninggal dunia
sebaik sahaja disuntik hpv.
di malaysia – macam ada konspirasi – tukang pembuat ubat
lobi kerajaan. kerajaan beli dari kompeni ubat. kemudian kerajaan
wajib rakyat mengunakan ubat ini.
kompeni ubat pulak lobi persatuan bomoh. bomoh bomoh mula
bersuara untuk meyakinkan orang ramai.
entah entah bomoh bomoh ini pundapat dana dari kompeni ubat.
atau bomoh bomoh ini juga sebahagian dari tuan punya syarikat
yang impot ubat ini.
p/s: sila tanya lebai google tentang hpv
ini macam perniagaan bumiputera sahaja kah kah kah.
Langgan:
Catatan (Atom)