Rabu, 21 September 2022
MUHYIDIN LEBIH POPULAR DARI SABRI
Rakyat lebih puas hati Muhyiddin PM, kata pegawai
RAKYAT lebih berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri berbanding Ismail Sabri Yaakob sekarang, kata bekas ketua setiausaha sulitnya Marzuki Mohamad.
Marzuki membuat perbandingan itu berdasarkan kajian sentimen oleh Merdeka Centre, merujuk pada lima bulan pentadbiran berasingan Muhyiddin dan Ismail Sabri.
Katanya, “markah” purata Muhyiddin sebagai perdana menteri ialah 67%, yang disifatkannya “lulus dengan baik” sementara tahap puas hati kepada Ismail Sabri menurun secara konsisten di bawah 50%.
“Berdasarkan data inilah Tan Sri Muhyiddin mengatakan perdana menteri gagal. Ini adalah penilaian oleh rakyat yang diperolehi menerusi kajian saintifik, bukan tuduhan melulu,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.
The Malaysian Insight difahamkan data yang dirujuk oleh Marzuki sememangnya kajian daripada Merdeka Centre.
Menurut kajian itu, 72% rakyat berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin pada bulan Mei 2020. Angka itu meningkat kepada 74% pada Julai 2020 sebelum turun ke 73% pada September 2020.
Sentimen puas hati kepada Muhyiddin seterusnya 67% pada November 2020, 63% (Januari 2021), 68% (April 2021) dan 57% (Jun 2021).
Muhyiddin letak jawatan perdana menteri pada 16 Ogos 2021 selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno diketuai presidennya Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan mereka.
Kajian Merdeka Centre juga mendapati tahap puas hati terhadap Ismail Sabri hanya 50% pada Oktober 2021.
Ia kemudian menurun kepada 48% pada Disember 2021, seterusnya ke 40% pada Jun 2022 dan 35% pada Ogos 2022.
“‘Markah’ atau approval rating perdana menteri telah menurun secara konsisten dengan purata 45%,” kata Marzuki.
Menurut Marzuki, beliau membuat perbandingan itu sebagai menjawab kenyataan Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan yang meminta Muhyiddin cermin diri sendiri apabila berkata pentadbiran Ismail Sabri gagal.
Kelmarin, Muhyiddin berkata Parlimen elok dibubarkan segera kalau pentadbiran Ismail Sabri gagal mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi yang terus membelenggu rakyat sekarang.
Dalam reaksinya, Ismail Sabri berkata kalau betul kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara sekarang, kegagalan itu tanggungjawab bersama termasuk menteri Kabinet daripada Bersatu.
Malah katanya Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diketuai Muhyiddin pun tentu gagal juga kerana tugasnya menasihati kerajaan. – 21 September, 2022.
BETUL
MAT SEMBAB
LEBIH POPULAR
DARI MAT BLUUR
KAH KAH KAH
TAPI POLITIK
IALAH PERSEPSI
BUKAN KAJIAN
SAINTIFIK
KAH KAH KAH
BILA MAT REMPIT
MULA BERDEMO
KERAJAAN GAGAL
MAKA
MUHYIDIN DILIHAT
TELAH GAGAL
AMIN
KITA TUNGGU
APAKAH MAT REMPIT
DI BATU PAHAT
AKAN DISUSUN
LAGI UNTUK DEMO
KERAJAAN
MAT BLUUR GAGAL
AMIN
KHALAS
TUNGGU LAMBAT PUN TIDAK APA
TUNGGU
LAMBAT PUN
TIDAK MENGAPA
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"KITA MASIH MENUNGGU"
Agong bagi ampun utk kuar penjara je, salah sbab sakau duit tetap bersalah oleh mahkamah. Dia ptut dh hilang hak ahli parlimen.. Didapati bersalah oleh mahkamah dan pengampunan di raja ada 2 pekara yg berbeza.
Unknown commented on
"KITA MASIH MENUNGGU"
Awat la susah SANGAT nak jatuh hukum... Ni bukan kes curi ayam woit.. Adussssss. What is the becos.
KERENAH NAJIB BERJAYA
Penjara sahkan Najib dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
JABATAN Penjara Malaysia mengesahkan bekas perdana menteri Najib Razak kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan akan dihantar semula ke Penjara Kajang selepas selesai rawatannya.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Penjara memaklumkan Najib dihantar ke HRC atas rujukan daripada pihak Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa kesihatannya selepas dibawa kepada mereka pada 12 September.
“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Dato’ Sri Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.
“Dato’ Sri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata kenyataan itu.
Kenyataan Jabatan Penjara ini dikeluarkan tiga hari selepas tersebar dakwaan di media sosial bahawa Najib, yang diberi nama kod “Merpati”, mendapat layanan istimewa.
Namun kenyataan Jabatan Penjara tidak menyentuh beberapa dakwaan lain dalam sebaran yang sama, antaranya cadangan ubah suai ruang penjara untuk Najib.
Jabatan Penjara bagaimanapun mengingatkan, selain melaksanakan hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah, mereka juga bertanggungjawab memastikan kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.
Ini termasuk menyediakan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan mengikut syor pegawai perubatan kerajaan, kata kenyataan itu lagi. – 21 September, 2022.
MERPATI
BERJAYA BUAT
KERENAH
AMIN
SOALAN BERAPA
LAMA AKAN
DUDUK DI CHERAS
AMIN
KHALAS
ADA SEBAB ARAB BUNGKUS KEPALA
ADA SEBAB ARAB
BUNGKUS KEPALA
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"OTAK KURANG OXYGEN"
Ini lah punca Taliban rosak, sebab kurang oksigen kurang udara masuk kepala untuk berfikir, konon nak jadi Arab, tapi padang pasir tak sama, orang kena bungkus supaya pasir tak masuk telinga mata hidung kah kah kah sini air banjir saja masuk ikut kaki kah kah
TAHNIAH PDRM !
Dua sindiket dadah tumpas, polis rampas barangan bernilai RM20.56 juta
SHAH ALAM – Dua sindiket dadah di Lembah Klang dan selatan tanahair tumpas dan polis berjaya merampas barangan bernilai RM20.56 juta dalam tiga serbuan baru-baru ini.
Salah satu daripada sindiket itu menjadikan sebuah rumah di Damansara sebagai makmal memproses dadah, kata Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed.
Kedua-dua sindiket itu ditumpaskan dalam tiga serbuan berasingan pada 13 dan 15 September lalu.
Katanya, pada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dengan kerjasama JSJN Bukit Aman, JSJN Johor dan Negeri Sembilan telah berjaya membuat penangkapan lima lelaki berusia antara 23 hingga 35 tahun sekitar Ampang Jaya, Serdang dan Petaling Jaya.
“Dalam kes pertama, pada 13 September lalu, JSJN Selangor dengan kerjasama oleh JSJN Bukit Aman berjaya menangkap dua lelaki berumur 32 dan 35 tahun di kawasan tempat letak kereta berdekatan sebuah pasar raya di Ampang.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke dalam kereta suspek berjaya merampas empat ketulan mampat bahan disyaki dadah jenis heroin base anggaran seberat 1.54 kilogram.
“Manakala pasukan berpandukan maklumat dan arah dua suspek pertama itu telah membuat serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong sebelum telah berjaya menangkap seorang lagi suspek lelaki berumur 35 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambah Arjunaidi, seterusnya pada sebelah malam polis menyerbu sebuah rumah di kawasan Sri Damansara, Petaling Jaya.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam sebuah kereta Mercedes di kawasan Sri Damansara itu telah menjumpai sebanyak 112 ketulan mampat disyaki heroin base anggaran seberat 43.48 kilogram, 89,500 biji pil Erimin 5 anggaran berat 27.2 kilogram.
Kemudian dalam kes tangkapan kedua pada 15 September lalu dengan kerjasama antara JSJN Selangor, Johor dan Negeri Sembilan telah berjaya menangkap dua lelaki berumur 23 dan 27 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Damansara Perdana yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah secara haram.
“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut berjaya menjumpai bahan disyaki dadah iaitu sebanyak 355 bungkusan disyaki heroin base anggaran berat 134.19 kilogram (kg), 54 bungkusan disyaki dadah jenis methampetamine anggaran berat 59.04 kg, 20 ketulan mampat daun kering disyaki ganja anggaran berat 20 kg, 15,830 biji pil Erimin 5 anggaran berat 4.56 kg, tujuh bungkusan mengandungi dadah disyaki pil ekstasi anggaran berat 3.19 kg dan enam bungkusan disyaki kafein anggaran berat 6.12 kg.
“Turut dirampas bahan-bahan serta peralatan memproses dadah seperti empat botol plastik accetone, satu botol plastik ethanol, lapan balang kaca mengandungi cecair disyaki dadah anggaran isipadu lima liter setiap satu, sebuah mesin memproses dadah, satu corong besi serta pelbagai peralatan dipercayai untuk menghasilkan dadah tersebut,” katanya.
Ujar Arjunaidi, hasil serbuan itu, anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas dirampas bagi kedua-dua kes itu adalah membabitkan 179.21 kg heroin base, 105,330 biji pil erimin 5 bersamaan 31.77 kg, 59.04 kg Methamphetamine, 20 kg ganja, 3.19 kg pil ekstasi, 6.12 kg kafein dan nilai rampasan dadah berjumlah RM20.56 juta.
Tegas beliau, dadah yang dirampas disyaki bekalan mentah itu diperoleh dari negara jiran dengan Muar dipercayai menjadi transit sebelum mengedar untuk pesaran di Selatan tanah air dan juga ke Lembah Klang.
Menurutnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana pihak polis telah menyita aset-aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM152,001 iaitu dua buah kereta iaitu Nissan Impul dan Audi, lima buah motosikal curi iaitu Ducati, Honda ADV, Yamaha RXZ, Yamaha Y15ZR, SYM, sebiji helmet Shoei, tiga utas jam tangan bernilai RM5,000 dan wang tunai bernilai RM5,001.
“Dua daripada lima suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan dadah dan kini kesemua mereka telah direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.
AWAS
DADAH INDUSTRI
BESAR
AMIN
TAIKON DADAH
MASIH BEBAS
AMIN
TOWKAY DADAH
AKAN MASUK
MEMBERI DANA
PADA POLITIKUS
AMIN
INI SEDANG
BERLAKU DI MEXCIO
DI LATIN AMERIKA
DAN DI PAKISTAN
AMIN
INI NARCO POLITIK
AWAS
IANYA AKAN
SAMPAI
KE MALAYSIA
AMIN
KHALAS
NAJIB JADI ABDULLAH ANG ?
NAJIB JADI
ABDULLAH ANG
AMIN
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"KEMPEN BODOHKAN
RAKYAT BERMULA"
tadi kat pavilion gwa nampak saekor yg iras sebijik mcm Najib ..malah kaki nye siap kepit lagi. Apa kah peristiwa ala Dollah Ng berulang. Tapi tak mungking ..Najib insan kamil darjat nye setaraf Nabi Jusof ..Najib tak pandai tipu ..bila2 masa dia boley masuk masjid bersumpah yg Si Kepit tu bukang dia.
PROPAGADA DILATIH DI AMERIKA
JENTERA PROPA
GEROMBOLAN
DILATIH DI AMERIKA
AMIN
SEKARANG OLEH
CHINA MERAH
AMIN
KHALAS
MERPATI DUA SEJOLI
KAKI JOLI
KINI JADI
MERPATI DUA
SEJOLI
BERSARANG
DI KAJANG
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"KITA MASIH MENUNGGU"
BRO JIKA LU TIDAK MENGUBAH ARAH LU PASTI AKAN SAMPAI TEMPAT YANG LU TUJU si penyamun keluarga cekai merpati(dua sejoli) tidak mengubah arah daripada sifat saekor pencuri kepada pencuri tersohor "national embarassment" dan tentunya penyamun itu selamat sampai ke tempat yang dituju. Kajang suami beliau akan ikut serta ke kajang. anak sekolah di sarawak nak belajar dengan sempurna dengan kemudahan infrasturktur tapi sudah tabiat penyamun dia laki bini nak juga sakau duit masuk ke poket dia orang. jenis keluarga cekai
BALIK KAMPUNG
DEN BALIK
KAMPUNG KOJAP
KAH KAH KAH
AMIN
Abg long commented on
"BALIK KAMPUNG"
Cakap pasai lagu ni, dengar ceriteranya, kak mah ada buat piring hitam, buat album. Dan di dengar dari yang empunya ceritera, lagu dalam piring hitam kak mah adalah tersangat shahdu. Tak tau la pulak kalau ada lagu balik kajang, eh, balik kampung. Ada pun, kak mah memang berbakat dalam berlagu, selain dari menjadi broka maut
HIKMAH NAJIB KE PENJARA
HIKMAH NAJIB
KE
PENJARA
Pada Selasa 23 Ogos 2022 Najib Razak bekas Presiden Parti United Malays National Organisation merangkap bekas Perdana Menteri Malaysia di masukkan ke dalam penjara Kajang.
Najib di penjara selama 12 tahun dan didenda 210 juta ringgit. Ini satelah didakwa, di bicara dan di dapati bersalah. Najib di buktikan kesalahan mengubah wang haram. Atau lebih popular kes ini di kenali sebagai kes SRC Internasional.
Ketika tulisan ini di garap Najib telah melintas sebulan menginap dalam penjara. Najib masih lagi menjadi tajuk berita dan kadang kala induk berita untuk media dalam dan luar negara.
Kes Najib juga memberi dan membuka mata warga Malaysia tentang pelbagai sudut perundangan yang biasanya tidak diambil peduli. Pemahaman tentang kewujudan beberapa tahap mahkamah, tentang peranan pendakwa, cara hukuman di tulis dan cara peguam menjalankan tugas.
Najib tokoh politik yang bukan kecik anak. Pernah menjadi Menteri Besar Pahang, memimpin dan menjadi Ketua Pemuda dan kemudian menjawat Presiden parti United Malays National Organistion. Menjadi Menteri Belia, Menteri Pertahanan sebelum menjadi Perdana Menteri pada 3 Mei 2009 .
Pada Julai 2011 Najib juga pernah menjadi tamu Ratu Elizabeth di Istana Buckingham London. Baginda Elizabeth sengaja memakai baju kuning untuk memberi ingatan kepada Najib bahawa kuning ialah waran NGO Bersih.. opps... silap warna kuning ialah warna diraja.
Najib juga ada darah kerbat DiRaja Pahang.
Ketika menjadi Perdana Menteri Najib adalah rakan golf Presiden Obama dari Amerika. Pada tahun 2015 Najib pernah dilihat bercanda-canda main golf di Hawaii dengan Obama.
Najib memang hebat. Malah ketika bertemu Presiden Trump pada bulan September 2017 Najib telah berjanji kepada Presiden Trump untuk menyelamatkan ekonomi Amerika.
Najib berkata kepada Trump yang dia akan mengarahkan Sistem Penerbangan Malaysia MAS untuk membeli kapal terbang Boeing buatan Amerika.
Malah jumlah duit yang hilang dalam kes 1MDB – kes yang sedang berjalan – adalah satu rekod dalam dunia rompakan. Rekod dunia ini hingga ke hari ini masih dipegang oleh Najib.
Kini Najib di beritakan sakit. Saya amat yakin sakit ini bukan teater. Sakit ini bukan sandiwara. Pandangan saya ini adalah dari pengalaman saya yang telah memasuki berbelas-belas penjara dan lokap dalam dan luar negara.
Untuk yang belum pernah memasuki penjara biar saya paparkan rutin penjara itu. Ini pencerahan dari Hishamuddin Rais yang juga bekas banduan. Pencerahan ini hasil pengalaman yang telah saya lalui.
Pertama: Pada petang Selasa 23 Ogos 2022 Najib di bawa dalam kereta polis – biasanya dalam Paddy Wagon atau Black Maria. Najib agak spesial. Dia naik kereta Polis dari mahkamah Putrajaya ke Penjara Kajang.
Untuk banduan yang baru masuk ke penjara ini rutinnya : Sang Banduan akan di ambil gambar. Wajah muka depan, sebelah kiri dan kanan akan di rakam. Ketinggian dan berat badan dan umur, jantan atau betina akan di nota.
Sepuluh cap jari akan diambil.
Sang Banduan akan dibogelkan untuk dicari kesan parut luka atau ada tanda badan atau ada tatu. Semua ini di rekodkan.
Kemudian Sang Banduan akan mandi. Pakaian penjara akan diberi penjara mengikut status penjara. Sang Banduan akan di bawa ke dalam sel yang telah disediakan.
Banduan akan diberi nombor. Nombor saya di Kamunting ialah 2504. Nombor inilah yang menjadi pengganti nama.
Esoknya Sang Banduan akan di bawa ke klinik penjara untuk di rakam butir kesihatan dan apa apa keperluan perubatan. Apa penyakit yang dihadapi dan apa ubat yang perlukan semua akan diambil tahu oleh Tabib Penjara.
Ini rutin yang saya alami di Penjara Air Molek Johor Bahru, di Bilik Sulit Tahanan Rahsia ISA, di Kem Kamunting, di Penjara Taiping. Di Melbourne Australia dan di Bombay India . Semua sama.
Semua negara bekas tanah jajahan Almarhum Baginda Queen Elizabeth memakai sistem yang sama. Ini susun cara peraturan dalam penjara antarabangsa.
Saya tidak tahu apakah Najib dalam bilik persendirian atau berkongsi dengan banduan lain. Jika berkongsi dalam bilik seluas dua bilik darjah pasti ada tandas dan bilik mandi. Semua di kongsi.
Katil bertilam nipis. Kain selimut dan bantal disediakan. Lampu dalam bilik sel sentiasa cerah.
Kalau dalam sel kecil untuk tiga orang tidak ada tandas. Diberi calung – tin kosong – untuk kencing. Jika nak terberak - sakit perut tengah malam - maka wajib memanggil wadar. Jika tidak ada wadar maka terberak dalam calung.
Ketika saya menulis ini jika Najib telah bercampur gaul dengan banduan lain pasti Najib telah tahu beberapa lingo slanga penjara.
Dalam penjara wadar dipanggil Cik Gu. Payung ertinya ada yang membantu. Kalau di payungi Cik Gu ertinya ada wadar yang baik membantu. Submarine ertinya menyeludup melalui lubang jubur.
Saya yakin Najib tidak selesa tidur dalam penjara. Ini pengalaman pertama Najib masuk penjara maka Najib pasti gelabah.
Najib dari kecil lagi di kelilingi oleh pembantu. Bila mencampuri politik Najib menjadi pemimpin. Najib bukan pemasang poster, bukan pengatur kerusi, bukan memasang khemah atau memikul alat pembesar suara.
Najib sentiasa di dukung, di tatang dan di muliakan.
Najib tidak pernah ke pasar, tidak pernah memanjat kelapa, tidak pernah beratur di pasar raya dan tidak pernah berjumpa Mat Bangla tukang pam minyak di stesen Petronas.
Makanan Najib sentiasa terhidang. Tepuk dada tanya selera. Babu dan Tukang Masak akan mengurus. Jika selera Peranchis datang maka Chef Peranchis akan dilanggan.
Di meja makan semua makanan terhidang dalam pinggan mangkuk tembikar buatan terbaik dari England. Sudu garpu dari perak. Di Kajang makanan sampai dalam tray plastik dan makan dengan tangan.
Dalam sel di malam pertama ketika terlentang ke saorangan Najib akan ngelamun. Semua babak yang membawa dirinya ke Kajang akan melintas satu demi satu.
Wajah isteri pertama, wajah Rosmah wajah Altantuya, wajah Ziana Zain akan muncul. Najib akan terkenang pelukan isteri barunya.
Wajah Sirul dan Azilah juga akan muncul. Bila wajah Azilah muncul Najib akan membuka mata kerana Azilah juga sama berada dala. Penjara Kanjang.
Secara jujur babak-babak ini akan bermain dalam kepala Najib. Paling dramatik ialah babak Sumpah Laknat di Masjid Kampung Bharu. Macam filem ianya akan berputar dalam ingatan.
Ini yang dialami oleh semua banduan dalam penjara.
Adalah menjadi fakta – dari pengalaman - bahawa paling ramai orang tidak bersalah telah saya sendiri temui dalam penjara. Najib juga yakin dia tidak bersalah.
Di sebalik Najib masuk penjara ada satu perkara yang wajib saya rakamkan. Yang ingin saya rakamkan ini bukan kegembiraan atau tepuk tangan kerana Najib masuk penjara. Bukan. Bukan. Bukan.
Ada satu perkara yang lebih penting yang wajib kita pelajari dari pemenjaraan Najib.
Perkara ini ialah hikmah runtuhnya 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan.
Awalnya saya merasa kecewa juga apabila kerajaan Pakatan runtuh. Tapi semenjak Najib masuk penjara pandangan saya berubah. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik jatuhnya Mahathir. Ada hikmah apabila kerajaan Muhyidin menjadi kerajaan gagal. Ada hikmah apabila Sabri menjadi Perdana Menteri.
Bayangkan jika Mahathir masih lagi Perdana Menteri pada Selasa 23 Ogos 2022 yang lalu. Gambarkan Muhyidin sebagai Perdana Menteri pada hari Selasa itu.
Saya yakin jika Mahathir atau Muhyidin Perdana Menteri ketika hakim memenjarakan Najib negara ini akan menjadi kacau bilau.
Pada petang Selasa 23 Ogos 2022 Malaysia tenang dan teratur. Tidak ada huru hara walau pun yang masuk ke penjara bekas Perdana Menteri dan bekas anak Perdana Menteri.
Kita wajib berterima kasih kepada Ismail Sabri. Tahniah Ismail Sabri. Tanpa Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri saya tidak yakin pemenjaraan Najib akan berjalan dengan tuntas. Salut kepada Ismail Sabri.
Najib Razak bekas Presiden United Malays National Organisation dimasukkan ke dalam Penjara Kajang oleh Ismail Sabri Naib Presiden United Malays National Organisation.
Inilah dia hikmah. Perdana Menteri dari parti United Malays National Organisation memenjarakan bekas Presiden partinya sendiri.
Jika Mahathir menghantar Najib ke penjara pasti rakyat akan keluar berdemo sama seperti kes liwat Anwar Ibrahim. Mahathir akan sekali lagi menjadi Mahafiraun dan Mahazalim.
Mahathir akan di tuduh sekali lagi sebagai kepala konspirasi.
Malah hari ini sesudah Najib di penjara masih ada penyokong Najib yang percaya lagi yakin bahawa semua ini adalah kerja Mahathir.
Masih ada yang percaya di belakang pemenjaraan Najib ini dikatakan kerja gelap Mahathir.
Bayangkan jika Muhyidin menghantar Najib ke penjara rakyat keluar berdemo dengan sekelip mata kerajaan Muhyidin akan patah terbarai.
Jika Mahathir atau Muhyidin menghantar Najib ke Kajang huru hara ini pasti beratus kali berlipat ganda dari demo kematian Adib.
Tidak mustahil kacau bilau ini akan menjurus ke tahap tragedi 13 Mei. .
Justeru hikmahnya ialah Ismail Sabri mengambil tanggung jawab sebagai Perdana Menteri menghantar Najib Razak ke Penjara Kajang. Tahniah Ismail Sabri.
Tahniah juga wajib diberikan kepada Mahathir. Sosok yang licik berpolitik ini memiliki pembacaan politik yang tepat. Mahathir juga bijak membaca watak. Mungkin tidak sebijak membaca sekilas ikan di air sudah kenal jantan betinanya.
Sebagai Perdana Menteri Mahathir ditugaskan untuk memilih beberapa nama untuk menjadi Ketua Hakim Negara. Ini kebijaksanaan Mahathir - dia telah memilih Tengku Maimon. Sejarah membuktikan ini satu pilihan yang tepat.
Tahniah juga kepada Muhyidin. Dia melantik Peguam Negara yang baru. Langkah Muhyidin yang tepat dan bijak ialah dia tidak menggantikan Pendakwa Raya dalam kes SRC Internasional yang sedang berjalan.
Ketua Pendakwa Sri Ram dilihat oleh Najib dan Rosmah sebagai pendakwa yang tidak lut dengan tembakan peluru emas. Sri Ram wajib di nyah.
Tetapi tugasan Sri Ram diteruskan oleh Muhyidin dan tidak disingkir. Muhyidin meneruskan semua pasukan yang menjalankan pendakwaan terhadap Najib.
Kenyataan Muhyidin yang dia tidak mencampuri urusan kes Najib dan juga kes Zahid adalah benar belaka.
Muhyidin membocorkan bagaimana satu minggu sesudah menjadi Perdana Menteri Zahid telah datang berjumpa. Zahid dengan fail kes di tangan telah meminta Muhyidin campur tangan.
Muhyidin tidak berganjak. Muhyidin mencadangkan kepada Zahid – jika tidak bersalah – maka pasti ini akan dibuktikan oleh mahkamah. Salut untuk Muhyidin.
Tahniah yang paling besar ialah kepada semua pengundi yang telah mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14.
Tanpa undi Mak Cik , Pak Cik, Amat dan Dollah , Ah Soo , Ah Beng, Mutu dan Aci – Najib Razak masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Pencuri masih berkuasa.
Sejarah akan merakamkan kejayaan agung terbesar Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan ialah memasukkan Najib ke Penjara Kajang.
Kejayaan besar rakyat Malaysia ialah mengheret bengolan-bengolan kaki rasuah, kaki salah guna kuasa dan pencuri harta rakyat ke mahkamah.
Di sebalik keruntuhan Pakatan Harapan ada hikmahnya. Salut untuk Pakatan. Salut untuk rakyat yang mengundi Pakatan Harapan. Amin (TT)
TULISAN INI JUGA DISIARKAN
DALAM KOLUM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
ttps://www.malaysiakini.com/columns/636449
Langgan:
Catatan (Atom)