Khamis, 1 September 2022

RASUAH BELUM LAGI HUKUM MATI


ROSMAH TAK

FAHAM RASUAH

BELUM LAGI ADA

HUKUM MATI

AMIN

KACANG PUTIH UNTUK ROSMAH


Siapa boleh bayar denda sejumlah itu, tanya peguam Rosmah

JUMLAH denda besar yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Rosmah Mansor selepas disabitkan dalam perbicaraan rasuah hibrid solar, adalah tidak pernah berlaku sebelum ini dan yang terbesar dalam sejarah perundangan Malaysia, kata Jagjit Singh.

Ketua peguam bela itu mengkritik denda yang dikenakan ke atas Rosmah dan menyatakan dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan.

“Hari ini hukuman dijatuhkan dan dendanya RM970 juta, hampir RM1 bilion.

“Kamu beritahu saya, jika ada di antara kamu yang mampu sediakan wang seperti itu?

“Kami mempunyai hampir RM1 bilion untuk dibayar oleh anak guam kami yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Denda yang dikenakan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia adalah yang terbesar dalam sejarah perundangan Malaysia,” kata Jagjit kepada akhbar selepas keputusan itu hari ini.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah melakukan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. – 1 September, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

PEGUAAM BENGALI

TAK FAHAM ATAU

TAK BACA BERITA

KAH KAH KAH

ADA POLIS BENGALI

RAMPAS LIMA LORI

HARTA ROSMAH

KAH KAH KAH

EMAS INTAN

 BERLIAN

MILIK ROSMAH

 BERKILO KILO

KAH KAH KAH

LIMA BEG BIRKIN

5 BEG HERMIS

KALAU TAK CUKUP

BIK MAMA BOLEH

CABUT BULU

LELONG 

KASI BERES

KAH KAH KAH

KHALAS

SOALAN SOALAN


APAKAH AKAN

ADA JUGA

GERKANKAN

AMPUNKAN

ROSMAH 

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

JANGAN BUAT JAHAT


JANGAN BUAT

JAHAT

JANGAN PISAHKAN

SUAMI & ISTERI

AMIN



CARA MEMBACA MEDIA

 



Azalina letak jawatan penasihat PM, umum Pejabat Perdana Menteri

AZALINA Othman Said meletakkan jawatan sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Ogos.

“Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut Azalina kini bercuti sehingga tamat notis pada hujung bulan ini dan sepanjang tempoh itu tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

Beberapa media yang memetik sumber sebelum ini melaporkan peletakan jawatan berkenaan, namun dinafikan oleh sumber yang dekat dengan Azalina.

Azalina dilantik penasihat khas kepada Ismail Sabri pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau bagaimanapun dikritik dan didesak letak jawatan susulan kenyataannya semasa berucap di majlis Taklimat Khas Presiden Umno, yang diadakan berhubung sabitan dan hukuman ke atas Najib Razak.

Dalam ucapan pada perhimpunan 27 Ogos itu Azalina antara lain mempersoalkan kenapa perdana menteri tidak menggunakan kuasanya untuk menukar peguam negara yang beliau bayangkan sepatutnya lebih mendengar kata.

Majlis taklimat itu diadakan untuk menunjukkan solidariti Umno kepada Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula Rabu lepas.

Selain Azalina, majlis turut mendengar penjelasan daripada peguam Najib iaitu Shafee Abdullah dan Zaid Ibrahim, serta ucapan dua anak bekas perdana menteri.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri terkait tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah tertinggi itu mendapati pembelaan Najib terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. – 1 September, 2022.


CARA TT

MEMBACA

MEDIA MASIH

TEPAT

AMIN

KELMARIN PURTAN

MENAFIKAN

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

APA YANG 

DINAFIKAN

AKAN 

MENJADI BENAR

AMIN

KAH KAH KAH

KHALAS

ROSMAH MANGSA BELOT

 



Rosmah menangis, minta simpati mahkamah

ROSMAH Mansor tidak dapat menahan sebak ketika berucap di mahkamah selepas disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkait projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

“Saya mengaku saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Saya tidak pernah ambil wang.”

“Saya betul-betul terkejut bagaimana keadaan boleh bertukar, jadikan (saya) mangsa. Setiap kali saya buka mulut, suami saya akan cakap ‘Rosmah, awak cuma isteri saya, jangan masuk campur.’

“Ia boleh berlaku kepada saya sekarang, ia boleh berlaku kepada anda semua.

“Saya harap Yang Arif akan menimbang fakta bahawa saya adalah seorang wanita yang terpaksa mengambil alih peranan seorang lelaki di rumah saya. Yang Arif, pandanglah saya sebagai seorang wanita dengan sedikit belas kasihan dan perikemanusiaan. Saya mangsa dalam semua ini,” katanya sambil menitiskan air mata.

“Anda telah melakukan ini kepada suami saya dan keluarga saya telah menderita. Saya hanya seorang wanita yang hanya mengambil alih peranan seorang lelaki dalam rumah,” katanya merujuk kepada sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC International minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, malah Najib perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal akan dikenakan tambahan lima tahun penjara.

Rosmah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah yang diterima atau diminta mengikut Seksyen 24(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 18 Februari tahun lepas, isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Beliau didakwa meminta suapan RM188 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovoltaik Hibrid, serta penyelenggaraan dan operasi set penjana diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus. – 1 September 2022.

WOIT

ROSMAH MANSOR

MANGSA BELOT

KAH KAH KAH

PEMBANTU 

RIZAL MANSOR

TELAH BOCOR

SEMUA MAKLUMAT

KAH KAH KAH

NAMA 

RIZAL MANSOR

NAMA AYAH SAMA

SATU MASUK JIL

SATU ENJOI

DE MENJOI DG

DUIT JUTA JUTA 

RINGGIT & DOLAR

AMIN

KHALAS

ROSMAH MASUK JIL 10 TAHUN ?

 


Rosmah dihukum penjara 10 tahun, denda RM970 juta

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, ke atass Rosmah Mansor selepas beliau didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Februari lepas. – 1 September, 2022.

ROSMAH

DI PENJARA

10 TAHUN 

AMIN

ADAKAH INI

ADIL ?

AMIN

MANA KEADILAN

BILA ISTERI KENA

12 TAHUN

SUAMI  KENA

10 TAHUN

AMIN

KENAPA ISTERI

LEBIH LAMA

DUDUK DALAM JIUL

DARI SUAMI

KAH KAH KAH

KHALAS

OPPPS...

APAKAH KERANA 

SUAMI KENA

DENDA 970 JUTA

MANAKALA ISTERI

HANYA 210 JUTA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

SOSOK JUJUR LAGI BERANI


Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM dan kerajaan

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.

Lokman, 49, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bagi pertuduhan pertama membabitkan perdana menteri, beliau dituduh melakukan perbuatan itu pada 11.16 malam, 20 Ogos lepas.

WOIT

LOKMAN

SOSOK BERANI

LAWAN SABRI

KAH KAH KAH

LOKMAN TAHU

SABRI BELOT

AMIN

LOKMAN JUJUR

SETIA PERTAHAN

NAJIB NAZAK

SORNAG DIRI

DALM PENJARA

AMIN

KHALAS

KONCING LAA DI MANO MANO


NAK KONCING

KONCING LAH

DI MANO MANO

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"HANYA SATU SOALAN"

Apalah TT! Orang lain koncing diri atau cangkung kesah dia la. Kau sibuk buat apa? Kau nak koncing diri-cangkung-diri-cangkung, bagi teman "golden shower", itu pasal kau sendiri. Tiap orang ada freedom to koncing.

LAPORAN RESMI KERAJAAN

 



Rosmah didapati bersalah

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Pada 18 Februari tahun lepas, isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Februari lepas. – Bernama, 1 September, 2022.


INI LAPORAN

KERAJAAN

AMIN

INI LAPORAN

BERNAMA

AMIN

ORANG RAMAI

UCAPKAN 

TERIMA KASIH

AMIN

TERIMA KASIH

SABRI

AMIN

TERIMA KASIH

MUHYIDIN

AMIN

TERIMA KASEH

MAHATHIR

AMIN

TERIMA KASIH

PAKATAN HARAPAN

AMIN

KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR ROSMAH


Rosmah didapati bersalah atas semua pertuduhan
Seluruh perhatian bertumpu kepada Rosmah Mansor hari ini, sama ada dia akan menyusuli suaminya, Najib Razak dengan didapati bersalah atau dibebaskan daripada kes rasuah berhubung projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Namun, dalam langkah saat-saat akhir, Rosmah dua hari lalu memfailkan permohonan agar hakim perbicaraan, Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes ini.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menyampaikan keputusan tiga pertuduhan rasuah terhadapnya.

Mahkamah dapati Rosmah bersalah

2.56 petang: Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar berjumlah RM1.25 bilion.

Zaini berkata tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap hujah pendakwaan, dan pembelaannya hanyalah penafian dan tidak diiringi dengan bukti berwibawa.

Mahkamah kini menunggu pasukan peguam Rosmah untuk berhujah bagi mitigasi untuk hukuman yang lebih ringan.

SEGEMOK GEMOK

ROSMAH

AKHIRNYA AKAN

KURUS JUGA

DUDUK DALAM

PENJARA

AMIN

KHALAS