Isnin, 10 Mac 2014

MARI BELAJAR BAHASA INGGERIS







MARI BELAJAR

BI
PENGUMUMAN
adalah diberitahu
bahawa universiti bangsar utama
akan mengadakan kelas bahasa inggeris
kelas ini terbuka untuk semua

kelas ini dikendalikan
oleh graduan  BI
dari universiti malaya 

kelas ini diberi percuma
semua boleh datang

maklumat lanjut
sila hubungi 
universiti bangsar utama
52 c jalan kemuja
bangsar utama
atau hubungi
radiobangsarutata@gmail.com

MARI BUAT AMAL
mari kita selamatkan
anak muda ini
dia nak dilihat cool
maka mari kita ushakan
agar dia  boleh
mengunakan bahasa inggeris dengan betul
agar dia boleh membeli
kaca mata hitam
yang bersesuaian dengan bentuk 
muka dia

NOTA
jangan tunjukan
bangang
kepada dunia
kah kah kah

--------

SEMUA NAK JADI HASAN MALEK



INI HASAN MALEK

MH370: Nelayan diminta lapor jika ternampak objek pelik di laut
PUTRAJAYA: Nelayan terutama di kawasan utara dan timur laut perairan negara diminta supaya membuat laporan jika ternampak sebarang objek 'pelik' yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  Ismail Sabri Yaakob berkata bilangan nelayan yang dianggarkan berjumlah antara 17,000 hingga 20,000 orang di Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, boleh digembleng untuk membantu pihak berkuasa dan badan profesional dalam misi pencarian pesawat itu. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MUNKEEE NI PUN NAK BERVCAKAP... kah kah kah..

kah kah kah..APA GUNA TEKOLOJI CANGGIH... kah kah kah..

kah kah kah...APA TAK GUNA SCORPENE?... kah kah kah..

kah kah.. NAK GUNA NELAYAN... KAH KAH KAH.. kah kah

kah kah kah.. SEMUA HASAN MALEK... kah kah kah

INI SABRI MALEK

---------

SERUPA DAN SAMA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

yang mana hasan malek
yang mana bik mama
dua dua makan dedak

YANG MANA JANTAN
YANG MANA BETINA


DUA  DUA
 MAKAN DEDAK


--------

MARI MENGENAL MUKA







JANTAN OH JANTAN
apakah susah untuk
kenal jantan arab 
dari 
jantan india

apakah susah nak kenal
 jantan itali
dari jantan china



INI  JANTAN AUSTRIA

 INI JANTAN ARAB

INI JANTAN ITALI

INI JANTAN INDIA

INI JANTAN CHINA


INI JANTAN BODOH


--------

NASI PANGGUNG SATU TAHUN







SELAMAT 
ULANG TAHUN
DAPUR JALANAN
Bulan March genap setahun 
Anak muda berdapur di jalan panggung
Meraikan warga kota tanpa rumah
bertanya khabar, mengisi perut, berkongsi cerita
cerita yang terpinggir dalam arus pembanggunan kota

MEMASAK DI UBU
Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayam
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim Unitar - Roti / Biskut / Baju
Izzah & kawan-kawan - Baju
PyanHabib - Towkey Air
 
DI JALAN PANGGUNG
Para penyumbang tenaga; yang sibuk & buat ramai di Jalan Panggong:-
Ikhwan the master chef, Faz, Aisyah, nadhiatul, Syu, Zu
Mashitah, Madhuri, Munzir dan awek-awek & mamat-mamat dari Unitar
Shad, Farhan & mamat-mamat hensem dari MSU
Izzah, Zaihan, Athirah & kawan-kawan, Rina & suhaila dari UTM skudai
Amani, Hazwani & awek-awek cun dari UM, Fauzi & kawan-kawan UIA
dan kawan-kawan yg hadir membantu & menjayakan Dapur Jalanan hari ini!

WARGA KOTA YANG DATANG

Terima Kasih! Thank you! Gracias! merci! cảm ơn bạn!
Jumpa di minggu hadapan

PENGUMUMAN
Tim Dapur Jalanan sedang merancang untuk mengadakan pesta jalanan untuk meraikan genap usia setahun dapur jalanan menyediakan nasi panggong untuk warga kota. 

Sesuatu yang istimewa sedang dirancang untuk warga kota yang setia bersama dapur jalanan. Tunggu pengumuman seterusnya. Akan ada pelancaran, akan ada acara jalanan & macam-macam lagi. SATU TAHUN DAPUR JALANAN

maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL 

-yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

 yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-267-12-85  
atau Hadikhalid = 012-664-88-73

UNTUK KENANGAN
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
10 March 2014




JANGAN LUPA MALAM INI
jam 9:00
radio bangsar utama




--------------

MALAM INI JAM 9:00




SATU JEMPUTAN

MALAM INI 
JAM  9:00 MALAM
di studio radio bangsar utama
temu bual 
nasionalis revolusineer
pejuang kemerdekaan


semua dijemput  hadir
untuk berkenalan dengan pejuang nasionalis
pejuang api
  rakan seperjuangan boestamam
 pak sako
burhanuddin helmi

uiversiti bangsar utama
52 c jalan kemuja
bangsar utama


DARI  PUTERA AMCJA
 KE 
PAKATAN RAKYAT

PAK WAN KHAZIM WAN DIN

BEKAS SETIAUSAHA ANGKATAN PEMUDA INSAF (API) PERLIS

RAKAN SEANGKATAN AHMAD BOESTAMAM, DR BURHANUDDIN AL-HELMY & PAK SAKO DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN DARI PENJAJAH BRITISH

ISNIN 10 MAC 2014
JAM 9 MALAM
KELAB BANGSAR UTAMA

MERDEKA DENGAN DARAH

------

MAK LEMPER MUNCUL KEMBALI




DARI FACE BOOK




20 minutes ago 

Rosmah muncul di Parlimen!


Like ·  · Share

KAH

KAH KAH

KAH KAH KAH

----------

SEMIOTIK DAN GARIS POLITIK



SEMIOTIK 
DAN GARIS POLITIK
semiotik ialah ilmu memahami imej
imej juga memiliki nahu
imej juga bersuara

justeru imej boleh dibaca
justeru imej boleh dikaji

empat keping gambar ini
adalah gambar sejarah

ini adalah gambar gambar bila mana
wan azizah
diumumkan sebagai calon n25 kajang

dalam ilmu semiotik
yang dibaca hanya siapa dalam bingkai
dalam ilmu semiotik dan politik
bukan sahaja imej siapa ada dalam bingkai di baca
tetapi
 siapa tidak ada dalam bingai
pun wajib dibaca sama

siapa yang tak ada dalam bingkai
gambar ini
adalah nahu semiotik politik

inilah nahu membaca garis politik


SIAPA TAK  ADA?



NOTA
merajuk
atau  
umarah
umarah apa
kah kah kah



-----------

SATU JANJI





KOMENTAR TUKAR TIUB
spr secara senyap senyap
sedang merancang
sedang mengatur 
sedang membuat peta
untuk memunculkan sempadan  sempadan baru
kawasan parlimen dan dun

tujuan hanya satu:
untuk memastikan
united malays national organisation
akan terus berkuasa

bersih juga sedang menrancang
bersih juga sedang mengatur tindakan

para pengundi sedang dilatih
untuk membantah jika pengundi merasa
sempadan baru ini  hanyalah tipu helah spr

jika bantahan ini gagal
maka bersih akan turun ke jalan raya

ini bukan satu ancaman
ini satu janji




BERSIH 4 jika bantahan gagal

Himpunan BERSIH 4.0 akan diadakan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan tuntutan rakyat dalam proses persempadanan semula bermula tahun ini.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah  bagaimanapun berkata, SPR boleh mengelaknya jika mengambil kira bantahan dalam proses berkenaan yang dijangka diumum di parlimen bulan ini

"Jika semua ini gagal dan SPR tidak mahu dengar kerana mempunyai agenda lain, jadi ia (BERSIH 4.0) tidak dapat dielak.

"Jika mereka (SPR) tak mahu dengar, apa lagi pilihan yang kita ada? " kata Maria kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran DART peringkat kebangsaan hari ini.

--------

HENDAK NYA




HENDAKNYA
ketika seluruh dunia sedang mencari
ketika seluruh dunia sedang bertanya
ketika seluruh dunia merasa sedih
ketika seluruh dunia bersimpati
kepada kita warga malaysia

marilah kita tayangkan kedewasaan
marilah kita tayangkan jiwa besar
yang berupaya melintasi politik
yang berupaya melintasi agama
yang melintasi semua batas
untuk memperagakan kemanusiaan kita

hentikanlah pandangan agama karut marut
hentikanlah kesah kesah lucah
hentikanlah teori-teori sampah
terhadap apa yang terjadi
terhadap kemalangan ini

mari kita tunduk tegak sebagai manusia
dengan jiwa yang besar

hendaknya janganlah kita gunakan 
teknoloji internet ini untuk menunjukkan
ketidak upayaan kita untuk
memertabatkan diri sebagai manusia

hendaknya jaganlah gunakan fb
untuk menunjukan tahap fikrah kita
marilah kita bejiwa besar
untuk bersimpati 
bukana hanya untuk kauam keluarga
tetapi kemalangan yang telah menimpa
diri kita  anak semua bangsa

kemalangan ini seharusnya merapatkan
kita sesama kita
untuk menilai diri sebagai manusia

-----------

AL- FATIHAH




AL-FATIHAH 
untuk yang gugur dalam kemalangan ini

simpati dan simpati 
dari tim tukar tiub
dari pembaca tukar tiub

untuk
ibu ayah 
anak isteri
adik kakak
kekasih tunang
sanak saudara
kaum kerabat
rakan taulan 
yang terlibat dalam kemalangan ini

sidih mata membaca
sedih mata menonton
sedih lagi keluarga yang malang



Di manakah pesawat MH370 dan lain-lain persoalan

Pencarian di udara dan laut terus dibuat untuk hari ketiga pagi ini ke atas kapal terbang MH370 di samping pelbagai persoalan terus menyelubungi kedudukan dan identiti sebahagian penumpang di atas pesawat Boeng 777-200ER yang hilang pagi Sabtu lalu. Pihak berkuasa Vietnam menemui suatu objek yang dipercayai pintu bahagian dalam


--------

RERORMASI MULA LAGI




Ribuan Hadir ke Stadium Kajang Tanda Solidariti Terhadap Anwar

Walaupun dengan notis hanya dua jam, ribuan penyokong dan pendokong keadilan sempat berhimpun di Stadium Kajang sebagai tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Umum mengetahui dengan hukuman bersalah yang diumumkan mahkamah, sekali gus menghalang Anwar dari bertanding di DUN Kajang. Maka rakyat celik pasti membaca situasi ini sebagai satu penganiayaan. Aparat pemerintah sekali lagi digunakan untuk tujuan kotor.

Jelaslah walaupun sosok Anwar yang berumur 67 tahun itu masih berbisa dan ditakuti oleh regim, maka kezaliman diteruskan dan kebahagiaan keluarganya dirampas. Rakyat marah akan bangkit melawan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada rakyat yang hadir dan menggesa lebih ramai turun ke Kajang bagi menyatakan sokongan dan membuktikan penolakkan terhadap apa jua bentuk kezaliman.

Ketika ini, SAMM dengan kerjasama Pejabat Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor sedang menganjurkan Karnival Rakyat Selangorku di Stadium Kajang dari 7-22 Mac, menampilkan ceramah umum hampir setiap hari dan pelbagai acara keramaian. Jadikan stadium Kajang ini sebagai lokasi semua ahli Pakatan Rakyat dan aktivis berkumpul.

Api kebangkitan rakyat akan terus menyala, dan terus membara. Anak muda akan terus lawan penindasan!

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






----------