Rabu, 22 November 2023

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZELENSKY



HARI HARI AKHIR

SAEKOR ZELENSKY

KHALAS

JUMLAH SOLDADU MATI DIRAHSIAKAN


JUMLAH 

SOLDADU MATI

DI RAHSIAKAN

KHALAS

GENCATAN SENJATA 4 HARI !!!


GENCATAN SENJATA

4 EMPAT HARI

BERTUKAR TAWANAN

KHALAS

RAKYAT MAKIN BENCI PADA MADANI




Ramai tidak puas hati dengan kerajaan Anwar, kata tinjauan
HAMPIR separuh daripada mereka yang ditinjau mengenai prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan rasa tidak puas hati.

Tinjauan Merdeka Centre yang diadakan dari 4 hingga 24 Oktober melibatkan 1,220 pengundi semua etnik di seluruh negara menunjukkan 41% daripada mereka tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Persekutuan manakala 7% melahirkan kemarahan.

Berdasarkan etnik, Melayu merupakan responden tertinggi (60%) yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Anwar diikuti India sebanyak 52%.

Tinjauan mendapati kebanyakan responden dari kawasan bandar, luar bandar di semenanjung turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Persekutuan.

Mengikut kumpulan pendapatan mereka yang mempunyai julat gaji di bawah RM4,000 adalah yang paling tinggi menyuarakan keluhan mereka kepada kerajaan semasa.

Berbanding rasa tidak puas hati, 4% pengundi menyatakan mereka gembira dengan kerajaan Anwar, manakala 11% sama ada enggan menjawab atau menyatakan tidak tahu.

“Pada pandangan kami pergerakan dalam sentimen pengundi sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan mereka terhadap ekonomi dan bagaimana ia memberi kesan kepada mata pencarian mereka,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan berdasarkan hasil tinjauan itu.

Pada 19 November tahun lalu Malaysia mengadakan PRU yang menyaksikan tiada satu pun daripada tiga gabungan besar – Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional dapat membentuk kerajaan.

Ini membawa kepada Parlimen yang pertama digantung di negara ini. Selepas beberapa kali pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, PH memutuskan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN serta parti Sabah dan Sarawak.

Ini memberikan Anwar sokongan 148 ahli Parlimen dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Beliau kini mendapat majoriti lebih kuat di Parlimen dengan 151 ahli Parlimen menyokongnya termasuk empat daripada Bersatu. – 22 November, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

APA NAK CAKAP

APA NAK ROYAK

KAH KAH KAH

MADANI DAH

JADI MAHAL DAHNI

KAH KAH KAH

BOLEH BERTAHAN

BERAPA LAMA

KALAU DILIHAT

DAH GAGAL

JENG JENG JENG

PUTAR JANGAN

TAK PUTAR

KAH KAH KAH

KELENTONG JANGAN

TAK KELENTONG

KAH KAH KAH

KHALAS

PAS FRUS MENONGGENG



PAS tegaskan konsert Coldplay mesti batal

SAMA ada Coldplay menyokong Palestin atau tidak, konsert kumpulan rock popular dari Britain itu esok perlu dibatalkan kerana ia akan membawa masuk budaya hedonisme dalam masyarakat, tegas Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.

“Sebagaimana yang disebut Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) tadi dalam isu Coldplay, perdana menteri menyebut kumpulan itu memberikan sokongan kepada Palestin.

“Bukan isu memberikan sokongan atau tidak kepada Palestin semata-mata, tetapi isu budaya hedonisme yang nak dibawa dalam masyarakat.

“Dalam suasana hiruk pikuk isu Palestin pada hari ini, membawa satu kumpulan antarabangsa dalam negara kita, ia tidak sesuai,” kata ahli Parlimen Pasir Mas pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa Kementerian Sukan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Anwar pada sidang pagi tadi berkata beliau akan berbincang dengan mufti Wilayah Persekutuan berhubung keperluan untuk meneruskan penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang dijadual berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini kerana ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan dan pada masa sama terdapat pihak lain menyarankan konsert itu dibatalkan, kata perdana menteri.

“Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan lepas luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti (berhubung) keadaan ini.

“Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan berikan pandangan kepada menteri luar dan pejabat saya menyatakan kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Sabtu lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah dalam satu kenyataan menyifatkan konsert Coldplay sebagai melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Justeru, beliau menasihatkan penganjur konsert berkenaan supaya tidak meneruskan penganjuran program itu. 

Luqman juga menasihatkan orang ramai tidak memberi sokongan kepada penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan nilai murni dan budaya di negara ini.

Konsert Coldplay esok merupakan sebahagian daripada siri jelajah Music of the Spheres World Tour. – 21 November, 2023.


KONSERT INI

HANYA AKAN

BATAL JIKA

ADA GEMPA BUMI

DI BUKIT JALIL

KAH KAH KAH

PAS FRUS

MENONGGENG

AMIN

LAIN  KALI 

SUSUN DEMO

LEBIH AWAL

PASTI BERJAYA

SEKARANG DAH

TERLAMBAT

AMIN

KHALAS


KOBID MASIH JADI ANCAMAN


Covid-19 tetap menjadi ancaman, kata WHO

COVID-19 tetap menjadi ancaman kerana varian virus itu menular ke seluruh dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.

“Virus ini, SARS-CoV-2, menular di setiap negara pada masa ini dan ia masih membawa ancaman,” kata pakar WHO Maria Van Kerkhove.

“Kita masih perlu berjaga-jaga kerana virus itu masih bergerak, berubah dan bertukar,” katanya.

Pada masa ini ada tiga varian berkepentingan (XBB.1.5, XXB.1.16 dan EG.5) dan enam varian dalam pemantauan – paras kebimbangan lebih rendah.

Satu daripada enam itu, iaitu BA.2.86 kini menjadi varian berkepentingan.

Klasifikasi baharu itu dapat membantu dalam menganjurkan pemantauan dan penyelidikan.

Who turut menerbitkan penilaian risiko baharu untuk EG.5, yang mewakili kira-kira setengah varian yang dialami seluruh dunia.

Pandemik Covid-19 menyebabkan jutaan maut di seluruh dunia dan memusnahkan ekonomi selain mencetuskan huru-hara sosial.

WHO mengisytiharkan darurat kesihatan awam susulan pandemik itu pada 30 Januari, 2020 dan menarik balik darurat itu pada 5 Mei, 2023.

Selain jangkitan dan penyakit yang akut, WHO juga bimbang berkenaan kesan jangka panjang berpunca daripada virus itu, dikenali sebagai long Covid atau keadaan pasca Covid.

Sebanyak 13.5 bilion vaksin Covid-19 diambil seluruh dunia. – AFP, 22 November, 2023.

WOW

MAT KOBID

MASIH ADA

AMIN

MASIH KACAU

WARGA DUNIA

AMIN

KITA JAGA KITA

IKUT KEMBALI

PENGALAMAN LAMA

AMIN

KHALAS

LEPAS AMERKA MASUK CHINA


AWAS !!!

LEPAS AMERIKA

DATANG CHINA

KHALAS

Unknown commented on
 "LANGKAH BAIK DARI PILIPINA"

Laut China Selatan apabila nama China ada sana dia ingat keseluruhan laut dia punya lah, semua nak hak milik, alam laut bukit paya semua sekali nak hak milik sendiri berhad kah kah kah perangai silam perangai manusia nak buat camana? Lagi hebat kemajuan cepat pantas laju China seluruh dunia dengan kewangan banyak negara-negara hutang dengan China? Kita pajak dusun atau memang dah jual semua sekaligus? Kah kah kah selidik tengok berapa banyak dah gadai berapa banyak dah pajak dan berapa banyak dah jual? Kah kah kah nanti ada modalnya kah kah kah



PEMIMPIN ARAB OIC BERTEMU PUTIN


PEMIMPIN ARAB &

PEMIMPIN OIC

BERTEMU PUTIN

KHALAS

ANWAR DAN NAJIB TIDAK SAMA


JANGAN SAMAKANA

ANWAR DGN NAJIB

AMIN

NAJIB PENCURI

ANWAR PELAWAT

OPPS ...PELIWAT

KHALAS

Unknown commented on 
"PENCURI PERLU DISEKSA UNTUK TAKUTKAN YANG LAIN"

itu pasal madey seksa nuar dulu kot.. kah kah kah

NEGARA KITA MAKIN MEROSOT



NEGARA KITA

MAKIN MEROSOT

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "MADANI AKAN BEBASKAN NAJIB ?"

Selalunya apabila habis satu pemerintahan kita semua berharap akan ada perubahan baik tetapi apa yang nampak sejak ketinggalan Mahathir Mohamad, lagi teruk lagi hebat kecurian kesayuan kesatuan perpaduan hancur semakin ramai puak Taliban semakin ramai pencuri semakin ramailah perompak wang negara, lagi hebat lagi cerdik

masuk pak lah masuk Najib masuk Mahathir balik kemudian Mahiaddin Sabri sampai Anwar sekarang, nampak tak ada kemajuan semakin kemungkinan kemunduran saja setakat ini, negaraku semakin hilang sinar, semakin ramai warganegara asing semakin dayus kehidupan kah kah kah semakin kebelakangan nak kembali ke zaman jahiliyyah balik kah kah kah asal tiket-tiket syurga disediakan dengan derma tin milo

TERKINI TER NOWW - PERANG BERHENTI 4 HARI


TERKINI TER

 NOWWW

PERANG BERHENTI

SELAMA 4 HARI

KHALAS



Setahun perintah, janji reformasi jadi 'reformati'?

MASUK setahun Anwar Ibrahim mengemudi kerajaan perpaduan, namun masih banyak janji reformasi yang belum dilunaskan seperti yang beliau laungkan selama ini.

Reformasi institusi, pemansuhan undang-undang drakonian, mengurangkan kos sara hidup dan membanteras rasuah – ini antara yang diikrarkan Anwar sebelum mengangkat sumpah jawatan perdana menteri 24 November tahun lalu.

Begitu juga janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) jika beliau jadi perdana menteri.

Kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berulang kali menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang lapuk yang disifatkan sebagai zalim dan menindas itu.


Julai lalu, Anwar dilapor media sebagai berkata penggunaan Akta Hasutan masih diperlukan bagi kes-kes yang menyentuh institusi diraja.

Perdana menteri berkata beliau pada dasarnya mengelak Akta Hasutan digunakan namun ia tidak dapat dielakkan bagi hal-hal yang melibatkan soal kedudukan raja-raja Melayu.

Pakatan Harapan (PH) lantang mendesak supaya undang-undang tersebut dimansuhkan ketika gabungan itu jadi pembangkang.

Berkenaan Sosma pula, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Februari lalu berkata kerajaan perpaduan tidak berhasrat untuk memansuhkan akta berkenaan sebaliknya akan melaksanakan penambahbaikan.

Kemudian pada Ogos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata usaha meneliti penambahbaikan Sosma hampir selesai.

Peruntukan membenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai bagi tahanan Sosma adalah antara syor utama yang sedang diteliti, katanya.

Pada masa ini, Seksyen 13 Sosma membenarkan ikat jamin jika pesalah berumur bawah 18 tahun, wanita, sakit atau kurang upaya.

Sosma diperkenalkan pada 22 Jun 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan. ISA dimansuhkan pada 15 September 2011 selepas diperkenalkan pada 1960. 

Kedua-dua undang-undang itu, Sosma dan ISA membenarkan tempoh penahanan yang lama tanpa bicara. Seksyen 4 Sosma membenarkan penahanan suspek sehingga 28 hari tanpa bicara di mahkamah manakala tempoh tahanan di bawah ISA menjangkau sehingga 60 hari.

Kebebasan media

Anwar dan PH ketika jadi pembangkang pernah menjanjikan kebebasan media. Bagaimanapun, setelah mengambil alih Putrajaya, beberapa portal berita yang dianggap kritikal terhadap kerajaan diarahkan supaya menurunkan kandungan berita dan dikenakan sekatan.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian dikritik sekumpulan tokoh wartawan dan wartawan kanan.

Sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian sama sekali tidak dapat diterima, kata mereka dalam satu kenyataan. 

Sejak Jun, SKMM dilapor mengenakan sekatan ke atas beberapa portal berita antaranya Malaysianow, Utusan TV dan TV Pertiwi.

Terbaharu, Jabatan Penerangan, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), membatalkan pas media wartawan Harakah pada 8 November lalu selepas lidah rasmi PAS itu menerbitkan artikel yang mengaitkan Anwar dengan Israel.

Tindakan Jabatan Penerangan itu mendapat perhatian Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), yang kemudian menggesa KKD mengkaji semula pembatalan pas media wartawan Harakah serta akreditasi akhbar itu.

NUJM dalam satu kenyataan berkata tindakan itu mesti mengambil kira kebajikan wartawan yang terlibat dalam pembatalan pas media tersebut.

Tempoh perkhidmatan PM 

Pada 2018, kerajaan PH ketika itu dibawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad membentangkan rang undang-undang bagi meminda perlembagaan untuk menghadkan perkhidmatan perdana menteri tidak melebihi dua penggal atau 10 tahun.

Melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri jika pernah memegang jawatan tersebut bagi tempoh dua penggal Parlimen. 

Pada Mac 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata kertas dasar berhubung had tempoh khidmat perdana menteri kepada 10 tahun yang sudah diperhalusi akan dibentangkan kepada Kabinet untuk keputusan selanjutnya.

Sehingga kini masih belum ada keputusan mengenai perkara itu.

Portfolio PM dan menteri kewangan

Semasa jadi pembangkang, PH dan Anwar memperjuangkan bahawa perdana menteri tidak turut memegang jawatan menteri kewangan bagi mengelakkan pemusatan kuasa yang meningkatkan risiko salah guna kuasa dan penyelewengan berskala besar kerana tiada semak dan imbang.

Ia bagi mengambil iktibar daripada skandal kewangan besar seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku ketika kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Najib Razak.

Namun, selepas sembilan hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Anwar ketika mengumumkan barisan Kabinet kerajaan perpaduan turut umum beliau juga memegang portfolio menteri kewangan.

Keputusan Anwar untuk menerajui Kementerian Kewangan diselar Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu akan menjejaskan kepercayaan pelabur terhadap kerajaan.

Isu pemusatan kuasa juga dibangkitkan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu.

Kata Radzi, pemimpin PH kini ‘menikus’ apabila ketua mereka pegang dua jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan. sama sekali berbeza semasa mereka jadi pembangkang.

Menjawab kritikan terhadapnya, Anwar menegaskan tiada masalah jika seorang perdana menteri turut memegang jawatan menteri kewangan selagi individu berkenaan tidak menggunakan kuasa itu untuk kepentingan diri sendiri.

“Dalam sejarah, sama ada digabungkan atau sebaliknya, tidak ada masalah. Masalahnya adalah individu berkenaan menggunakan kedudukan untuk merombak harta rakyat, ini terpakai dalam banyak kalangan, yang ‘bersih’ di sebelah sini (kerajaan) dan sana (pembangkang) jangan bimbang.

“Yang terpalit dengan rasuah yang harus merasa tertekan dan bimbang, saya bertekad untuk pentadbiran kerajaan perpaduan, saya akan gunakan segala usaha mengelak dan menghalang khianat dari segi rasuah yang berleluasa,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Februari lalu. – 23 November, 2023.

REFORMASI

DAH JADI

REFORMATI

KAH KAH KAH

I REST MY CASE

MY LORD

KAH KAH KAH

KHALAS

PENCURI PERLU DISEKSA UNTUK TAKUTKAN YANG LAIN


Adakah Najib akan terima keadilan 1 Disember ini?

KUALA LUMPUR – Sebutan semula kes tuduhan pengubahan wang haram dana SRC International sebanyak RM27 juta pada 1 Disember ini akan menentukan sama ada bekas Perdana Menteri, Najib Nazak menerima keadilan di bawah Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.

Pentadbir laman Facebook Najib  berkata, jika kes itu diteruskan, bekas Presiden UMNO tersebut akan terus diseksa dengan keadaan yang sangat unik serta melanggar perlembagaan dan asas sistem keadilan bahawa seseorang tidak boleh dibicara dua kali untuk kes yang sama.

“Kali terakhir kes ini naik ke mahkamah adalah pada Ogos 2023 di mana hakim bersetuju dengan permintaan pihak pendakwaan untuk meminta satu lagi penangguhan atas alasan Pejabat Peguam Negara (AGC) perlukan masa untuk meneliti dan membuat keputusan sama ada untuk menerima surat representasi Najib atau tidak.

“Namun sehingga kini, pihak pendakwaan masih belum memberi apa-apa jawapan kepada Najib,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menjelaskan, kes yang didakwa pada 2018 itu sepatutnya dibicarakan bersama kes SRC International melibatkan dana sebanyak RM42 juta.

Walau bagaimanapun, pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, ia menjadi kes yang berasingan atas kesilapan besar bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan keengganan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membicaranya atas alasan tidak mahu melambatkan kes melibatkan dana SRC RM42 juta itu.

“Ia melibatkan saksi yang sama dan dokumen-dokumen yang sama dengan kes SRC RM42 juta.

“Maka timbullah situasi yang amat unik di mana seseorang tertuduh dibicara dua kali atas kes yang sama iaitu satu pelanggaran perlembagaan dan juga asas sistem keadilan,” katanya.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta didakwa hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 


WOIT

YANG AWAL

KES NAJIB CURI

42 JUTA RINGGIT

AMIN

YANG INI 

KES CURI 27 JUTA

AMIN

MESTILAH

BERBEZA WALAU

PUN DI CURI DARI

BANK YANG SAMA

AMIN 

KEADILAN UNTUK 

PENCURI 

ADALAH PENJARA 

AMIN

KHALAS

CHINA MERAH TUTUP MASJID


China closing hundreds of mosques in northern regions, rights group says

HRW says other mosques altered, for example through removal of minarets, as part of sinicisation campaign


Pihak berkuasa China telah menutup atau mengubah beratus-ratus masjid di wilayah utara Ningxia dan Gansu, wilayah  penduduk Islam tertinggi di China selepas Xinjiang, langkah ini sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk “menghina” minoriti agama China, menurut satu laporan.


Penyelidik di Human Rights Watch (HRW) berkata kerajaan China telah mengurangkan dengan ketara bilangan masjid di wilayah autonomi Ningxia dan wilayah Gansu.


Parti Komunis China (PKC) telah lama mengekalkan cengkaman ketat terhadap agama dan etnik minoriti China, dan sejak 2016 apabila Xi Jinping, pemimpin China, menyeru agar agama China dihina, kadar dan intensiti perubahan masjid telah meningkat.



TINDAKAN

CHINA MERAH 

INI SAMA

SEPERTI TINDAKAN

ZIONIS DI PALESTIN

AMIN 

APA KOMEN

NEGARA  ISLAM

 DAN OIC ?

KHALAS

LANGKAH BAIK DARI PILIPINA


Filipina cadang kod tatalaku baharu bagi Laut China Selatan


FILIPINA mencadangkan kod tatalaku baharu di Laut China Selatan bagi menjamin kestabilan dan keamanannya.

Pembentangan idea oleh Manila itu dibuat selepas Presiden Ferdinand Marcos menyatakan kebimbangannya mengenai rundingan berpanjangan antara negara Asia Tenggara dan China berhubung Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Filipina.

“Kami sedang merundingkan kod tatalaku kami sendiri, contohnya dengan Vietnam memandangkan kemajuan proses kod tatalaku antara China dan Asean yang agak perlahan.

“Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk berunding dengan negara-negara lain di sekitar Asean yang terlibat dalam konflik wilayah sedia ada,” kata Marcos pada satu acara di Pusat Kajian Keselamatan Asia-Pasifik di Honolulu, Hawaii pada Isnin.

Laporan itu menyebut Marcos juga sedang mendapatkan sokongan daripada negara seperti Vietnam dan Malaysia untuk mewujudkan kod baharu bagi mengekalkan keamanan di Laut China Selatan.

Pertikaian wilayah di Laut China Selatan membabitkan tuntutan bertindih ke atas pulau dan maritim antara beberapa negara termasuk China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Deklarasi Laut China Selatan mengenai Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) ialah perjanjian tatalaku Laut China Selatan yang ditandatangani oleh Asean dan China pada November 2002. – Bernama, 22 November, 2023.


SATU LANGKAH

SATU CADANGAN

BAIK DARI

PILIPINA

AMIN

UNTUK HELAK

DARI DIJAJAH

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS