Khamis, 28 Jun 2012

TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB




PENGUMUAM UNTUK SEMUA WARGA


mengikut janda bolat
mengikut mira besan najib dan rosmah
anaknya daniyar yang sedang dicari oleh polis new york
sedang berlatih di sandhurt england

gambar dibawah ini baru keluar
dari syarikat pr yang dilanggan mira
syarikat ini berpengkalan di new york

soalannya ialah:

apakah ini kem di sandhurst?
atau ini kem askar di malaysia?

sila lihat logo logo
sila lihat pokok
sila lihat bangunan
sila lihat askar yang lain
dalam gambar ini


sesiapa yang ada pengalaman
sesiapa yang tahu hal tentera
sila buat kajian
sila perhatikan betul betul
sila kembangkan isu ini


LAGI BERITA TAK RESMI

kemana bik mama menghilangkan diri
kenapa tak ada gambar bik mama dengan mira?
apakah bik mama tak setuju dengan anak mira?

gambar daniyar dengan najib ada
tapi tak ada gambar dengan bik mama

pelik tetapi hairan


INI DI UNITED KANGDOM?


















ATAU INI DI PORT DICKSON?







NOTA:
inilah suwey yang menimpa najib razak
telah sampai masanya najib diketepikan
telah sampai masanya muhyiddin anak tok guru ambil ali

mana dia pejuang melayu islam
mana dia hasan ali
mana dai ibrahim ali
mana dia zahrin ali
mana dia ezam ali
mana dia ufilda ali

kenapa senyap
kah kah kah






DEMO JANGAN TAK DEMO - INI BUDAYA KITA







KOMENTAR TUKAR TIUB


sekarang adalah masa yang amat baik
sekarang adalah masa berdemo
ketika gerombolan tercekik
ketika gerombolan tersepit
ketika gerombolan hampir hilang kuasa

lihat bagaimana kelmarin
mat mongol telah meluluskan 70 kursus
di universiti mca
ini kerana nak bodeeek masyarakat china
entah apa kursus ini kita pun tak tahu
tapi yang saheh
ini adalah tanda gerombolan sedang sesak

kerana itu 14 julai ini
kalau warga felda dapat turun 10,000 orang
makan gerombolan akan lagi terdesak

kemudian jika warga india pula turun berdemo
maka akan sesak lagi nafas gerombolan

ingatlah:
bila musuh lemah
ialah masa terbaik untuk kita menyerang
bila musuh kuat kita relax main pakau

jika musuh jatuh
masa yang terbaik pijak mereka
jika musuh bangun adalah masa buat dek

musuh kepada musuh kita
adalah sahabat kita






200 BERDEMO BANTAH ROBIH TEMPAT BERNIAGA

Kira-kira 200 peniaga Kompleks Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) di ibu negara hari ini berdemonstrasi bagi membantah perobohan pusat membeli belah itu yang dijangka akan dilakukan awal tahun hadapan.

Perobohan kompleks itu bertujuan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek stesen Transit Pantas Massa (MRT).

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penyewa-penyewa BB Plaza Hassan Saad yang mewakili 167 peniaga berkata, pihaknya kecewa dan menuntut pembelaan serta campur tangan daripada perdana menteri berhubung perkara tersebut.





LAGI BERITA SUWEY UNTUK NAJIB DAN ROSMAH



TERNOW TERKINI


besan najib
telah di tangkap di dubai
oleh interpol

sedih tetapi benar
berita juga ada mengatakan
bahawa nama najib juga akan masuk
dalam senari interpol jika enggan
datang ke paris untuk jadi saksi
kes rasuah jual beli kapal selam

apa punya suwey!


SEMUA MULUT BESAR






KOMENTAR TUKAR TIUB

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


padan muka

anak nak berancok
pakai duit kerajaan
anak nak berancuk
pakai duit orang ramai


BERANCUK PAKAILAH DUIT SENDIRI



padan muka

kah kah kah
kah kah kah




BESAN NAJIB DI TANGKAP DI DUBAI OLEH INTERPOL - fmt

DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan.

“Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,” kata sumber itu kepada FMT.

MULUT BESAR LULUSAN KULUM DIA


“Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi.
FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu.

DI CARI OLEH POLIS AMERIKA



New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.



layari stesen punk rock:






TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS







NASIB NAJIB CUKUP SUWEY


telah diketahui
bahawa syarikat terasasi
yang mengendalikan duit rasuah
jual beli kapal selam itu
beralamat di daerah wan chai hong kong

telah juga diketahui
bahawa majalah asia sentinel
yang sering membocorkan berita scorpene
yang sering membocorkan berita altantuya
jugab beralamat di daerah ean chai

apa punya nasib
apa punya suwey

patutlah majalah asia santinel ini
sering mendapat scoop
sering mendapat gambar ekslusif
rupa-rupanya ada orang dalam

DARI MANA SUWEY INI DATANG
ada yang mengatakan ini sumpahan bini pertama
ada yang mengatakan ini suwey dari rosmah mansor





BERITA TER HOT
suaram baru sahaja mengadakan
jamuan makan malam untuk dana peguam di paris
sila teka siapakah yang telah
membeli meja yang termahal untuk jamuan suaram ini?
tetapi tidak hadir pada malam jamuan
meja kelihatan kosong

LAGI BERITA TER HOT
ada beberapa dokumen penting
tentang scorpene ada dalam tangan suaram
cuba teka siapakah ahli politik
yang telah hantar ma cai untuk jumpa suaram?







TUBUHKAN SATU TRIBUNAL UNTUK MADEY




SAAT DAN MASANYA TELAH TIBA








KOMENTAR TUKAR TIUB


dua bulan dahulu
anak syarikat milik madey
pedana faoundation telah menubuhkan
satu tribunakl terhadap george w. busd dan tony balir

tribunal ini melihat jenayah
kedua bengolan ini yang melancarkan
perang terhadap iraq

tukar tiub menganggap bahawa
bush dan blair
ada penjenayah perang
sama saperti
henry kessinger
ariel sharon
donald rumsfled
dick chenny


mahathir muhamad juga
telah melakukan jenayah
terhadap warga semenajung
dan warga sabah dan serawak

masanya telah tiba untuk ditubuhkan
satu tribunal untuk melihat jenayah mahathir:

jenayah terhadap:
perlembagaan dan lembaga kehakiman
mahasiswa
kaum buruh
pembunuhan di mamali
memberi kad pengenalan din sabah dan sarawak
pengunaan penjara tanpa bicara - isa


ini adalah diantara kenayah mahathir muhamad
selain dari menyamar sebagai melayu
wal hal mahathir bukan melayu





TUJUAN TRIBUNAL
ini untuk mengingatkan:
anwar ibrahim
tian chua
nurul izah
mat sabu
azmin ali
tony pua
teresa kok
siva rasa
dr hatta
dr zul
haji hadi
lim guan eng
lim kit sing
fauzih saleh
dr wan azizah
syed husin
syed shahir
dan dan dan.....

bahawa jika mereka mengambil alih kerajaan
waspada mata rakyat memerhati
jika mereka melakukan jenayah yang sama
saperti yang telah dilakukan oleh
mahathir maka rakyat akan turun ke jalan raya
untuk menghumban mereka ke atong sampah sejarah

ini bukan ancaman
ini janji


TUJUAN TRIBUNAL
untuk negara bangsa maju ke hadapan
untuk membina negara bangsa
untuk kelestarian sejarah
untuk mengembalikan wibawa negara bangsa
mahathir muhamad wajib dihadapankan ke tribunal

BENTUK TRIBUNAL
wakil peguam
wakil pelajar
wakil tanahan isa
keluarga memali
dan dan dan
akan menjadi saksi




ANWAR SAMAN ORANG UNTUK TUTUP MULUT MEREKA : MAHATHIR
- mSat

PUTRAJAYA: Mahathir Mohamad pada Rabu berkata tindakan Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.

Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.

"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.

"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Rabu.

Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.



BULAN MALAPETAKA TELAH MASUK











NAKBA IALAH MALAPETAKA

rakyat palestin mengingati nakba pada 15 mei
rakyat malaysia menhingati malapetaka pada 31 ogos

15 mei zionis datang menjajah bumi palestin
31 ogos british meninggal tanah melayu kepada
united malays national organisation

henry gurney menjalankan dasar nakba di palestin
henry gurney di bunuh dibukit fraser oleh gerila pembebasan malaya

marilah kita kembali mengenal sejarah

selama ini kita ditipu dengan 31 ogos
sabahan ditipu
sarwakian ditipu
dengan nasionalisma dayak
dengan nasionalisma iban
dengan nasionalisma kadazan
kita sama sama memperlekhkan 31 ogos

kita berjaya!



16 september kini adalah hari malaysia
31 ogos islah hari malapetaka bukan hari malaysia

mari kita kenali kembali pejuang nasionalsima kita
mari kita kenali senjarah bendera kita

nasionalis bangun angkat senjata melawan penjajah
bukan bangun melawan orang yang melawan penjajah



NOTA:
perhatikan nanti
cerita cerita dongeng
tentang united malays national organisation
yang bagun BUKAN melawan penjajah inggeris
tetapi menjadi barua melawan gerakan nasionalisma
yang bangun angkat senjata melawan penjajah british

kenali:
rashid mydin
chin peng
pak sako
burhanuddin helmi
shamsiah fakeh
mat indera
mat amin




NOTA:
tukar tiub akan merungai kembali sejarah
sejarah perjuangan negara bangsa








RADIO BANGSAR UTAMA
radio bangsar utama
sering memainkan kalu lagu pejuangan
ikuti sejarah-sejarah perjuangan nasioanlis
yang bangun menentang british
hanya di radio bangsar dapat didengar
lagu lagu dari rejim ke 10 parti komunis malaya

radio bangsar adalah radio punk rock
radio bangsar adalah paling cool
hanya yang cool mendengar radio bangsar
yang poyo mendengar rtm dan era kah kah kah



SANG SAKA TANAH MELAYU




WAJAH WAJAH NASIONALIS

mat indera
boestamam
rashid maidin
abdullah sidi
shamsiah fakeh






















LAGU TERANG BULAN DI CIPLAK
gerombolan tidak ada kretiviti
lagu kebangsaan pun di ciplak

betapa hinanya
lagu kebangsaan negara ini
diciplak dari memula moon
lagu peranchis yang jadi
terang bulan lagu indon
kemudian jadi lagu negara ku
kah kah kah




MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA




SHAZNI MUNIR DARI SMM







TEMU BUAL BERSAMA SHAZNI MUNIR -PEMIMPIN SOLIDARITI MAHASISA MALAYSIA


Shazni Munir, semasa menjadi mahasiswa merupakan Presiden PMIUM, Timbalan Presiden GAMIS dan Pengerusi SMM. Kini merupakan Ketua Pemuda Pas Sekijang, Segamat dan Pengarah Kajian Polisi Pas Johor.

Sekarang bergerak aktif sebagai ahli jawatankuasa NGO Gerakan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH).

Radio Bangsar Utama akan mengundang beliau bagi membincangkan peranan anak muda dalam organisasi politik, dalam NGO mahupun individu yang secara persendirian dalam usaha untuk membawa perubahan politik di negara ini.


Selain itu, antara perkara yang akan turut dikupas ialah tentang permasalahan dan isu kritikal yang dihadapi golongan muda serta langkah untuk mendapatkan sokongan dari kelompok pengundi terbesar negara ini.

Apakah strategi Pakatam Rakyat dalam menangani isu dan fenomena perubahan yang secara meluas diketahui digerakkan oleh golongan muda ini?

Adakah orang muda hanya sebagai perkakas kepada organisasi politik, atau sebenarnya menjadi penentu untuk setiap dasar yang menentukan hala tuju negara?

Perkara ini akan dikupas bersama-sama bekas pimpinan mahasiswa, saudara Shazni Munir yang kini giat bergerak dalam organisasi politik dan NGO di selatan tanahair.

Jumpa jam 9 malam ini di Radio Bangsar Utama. Berani Langgar Laporan J

PERTANDINGAN MENBUAT LAGU



NOTA:
dijemput anak muda
di jemput old tai
untuk menulis lagu
untuk kita turun berdemo

kita jadikan demo budaya
kita jadikan demo darah daging
kita jadikan demo panglima politik


SYRIA DAN NEW WORLD ORDER





INILAH MUDUH RAKYAT SEDUNIA





PENCERAHAN DARI PEMBACA:

kalo PR pun kene sokong yahudi ngan amerika sama mcm umngok, ada beranik ka makhluk2 islam nak bangun berjihad? hahahaha lendir pun pakat2 takdak.. pasal ni musti ada jalan penyelesaiannya.. mcm sistem kapitalis yang boleh dilawan dan ditawan.. bukannya kita jadi pengikut sistem kapitalis.. dan menganut kapitalis islam.. nabi saw sudah ajar, pilih islam memang selamat.. zaman nabi, siap buleh juggling lagik ngan yahudi2 ni..yahudi sudah beberapa kali dihalau keluar dari madinah.. dihalau dari kampung halaman dan kampung asal mereka.. kenapa kita tak nak belajar cara diplomasi nabi hinggakan yahudi boleh dinyahkan dengan menggunakan undang2 yang mereka cekap dan menguasainya sendiri??.. cakap memang murak?? ternyata tektik lapuk nabi 1400 tahun dahulu cukup berkesan daripada kaedah teknologi dan kajian2 terbaru yang berbagai2, akhirnya kita juga yang dibodoh2kan oleh yahudi dan zionis.. yahudi=zionis=semiticism=atau apapun sebutan lunak2nya keatas makhluk yahudi baik atau jahat ini, sumernya tak boleh dipakai langsung.. BOLEH BLAH!!! 2x5=5x2 saja.. buka sirah rasullullah... lepak2 baca, tulis dan kaji..mereka2 ini adalah bangsa yang sudah rosak dan hidupnya merosakkan orang lain dan tiada manfaat langsung untuk kehidupan manusia lain.. hinggakan seluruh 99% nabi yang diturunkan dari bangsa mereka sendiri pun, mereka tak nak ikut.. inikan pulak kita bangsa cikai nak jadi pandu arah yahudi2 ini.. senaraikan saja apa2 teknologi2 yahudi yang memberikan impak besar kepada umat seluruh alam, akhirnya teknologi2 itu, membodohkan para pengikutnya sahaja.. tak perlulah kita terus bodoh sombong dalam hal ni.. beli saja buku sirah nabi, baca saja petang2..jangan lupa taruk kopi jangan bagi lena.. TT: Ingatkan juga pada umat manusia sumer, membaca sahaja tidak cukup untuk membuka minda dan menjadi pandai.. ingatkan juga pasal kene menulis.. rajin membaca + rajin menulis + rajin mengkaji = otak jadi cerah! katakuncinya ialah RAJIN.. menulis? apa dia menulis ni... gua tak nak surah lebih2 cara menulis ni.. nak tahu apa dia "menulis" ini.. samalah cara nak tahu camana kita melawan sistem kapitalis yang sedia ada untuk menjadi kaya dalam bentuk wang, kaya emas, bebas hutang, beli tanah sendiri, buat rumah sendiri hatta kita ni pemalas secara fizikal sekalipun.. kita tetap mampu dilihat rajin.. MISTERI kan? semisteri lahirnya nabi isa as tanpa bapa? tak la sampai tahap tu.. jumpa lagi dimasa akan datang.. -tabernacle,nottinghill.
By Anonymous on SYRIA DAN NEW WORLD ORDER on 6/28/12
aku rasa tt dah tulis cukup clear...kenapa ada lagi org faham ini antara syaih dan sunni. matlamat menghancurkan negara arab adalah demi minyak bukannya untuk membantu demokrasi sbb arab saudi pun bukan negara demokrasi walauun arab spring bermula utk kebaikan. apajd pd libya sekarang? nak bunuh belalang pun tak mampu. kenapa korea utara dibiar? sbb dia pengeluar tempoyak bukan minyak. sila pahami agenda selepas perang dingin.
By binjai on SYRIA DAN NEW WORLD ORDER on 6/28/12
nwo da lama wujud broo..skg diorg dlm fasa terakhir utk persiakan haikal sulaiman di palestin...skg wa nak tgk apa jadi waktu temasya olimpik london nanti..x sbar gila...klu temsya olimpik tu nanti bertukar menjadi huru hara..confirm arus politk dunia berubah secara total..skg wa da x stim follow perkembangan politik demokrasi dlm negara sbb wa tau last2 x kira siapa pemimpin yang naik x kira anwar or najib or mat sembab semua tu ttp akan jadi balaci amerika,zionis selagi diorang percaya berpaut bergantung dengan demokrasi.. akhir zaman ni akan berlaku perang dunia ke3..perang dunia ke3 ni selalu digambarkan dengan perang agama..ini semua karut..sebenarnya perang dunia ke3 adalah perang antara manusia percaya/sembah tuhan versus manusia/golongan menyembah syaitan..sapa yang sembah syaitan...lu pun sendiri tau....apa2 pun wa respect lu punya tulisan kali ni...keep it up bro..!!!
By anti demokrasi on SYRIA DAN NEW WORLD ORDER on 6/28/12
Erdogan barua us? Tt lupa ke dia bantai israel kes marmara? Byk kesilapan fakta. Pegi ngadap prof rezuan tu. Dia lama buat kajian. Jgn makan nwo tu. Itula gula2 tau tak. Percayalah. Mereka merancang. Tapi Allah maha hebat perancanganNya. Demi Allah. Bukan demi zeus lahhh
By Anonymous on SYRIA DAN NEW WORLD ORDER on 6/28/12
tulisan yg ilmiah.... Ulasan .. mcm tu la org melayu.. tak pasal kita gaduh kerana hanya pada tulisan.. Profesional la .. kau setuju hak kau,, begitu juga kalau 'tak'... bebas,. demokrasi.. tak perlu kita menyuruh/memaksa org menerima pandangan kita .. Salute to TT,.. terbuka dgn memasukkan ulasan pembaca walaupun tak setuju dgn pandangan beliau.. TAPI,,.. bila kita terlalu 'freedom'.. dan jika terlalu kebebasan diberi.. org ramai boleh bergaduh atas sebab yg mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Sekadar nasihat..
Aku tak sangka, aku terkejut, aku terkedu yang ramai dari rakyat tak boleh hadam tak boleh terima apa yang TT utarakan. Ini termasuk orang2 di sekeliling aku, pak2 lebai, ustaz2 dan pemimpin2..aduhai, ini bermakna mereka yg sependapat dengan TT dalam isu Syria adalah golongan minoriti! Aduhai, betul2 aku tak sangka..Apa yang TT utarakan ini sama dengan apa yang Sheikh Imran Hosein utarakan. Cuma bezanya, TT menghala kepada sistem ekonomi etc, tapi Sheikh Imran menghala kepada isu2 yg berkaitan agama (Dajal, Imam Mahdi, etc)..Tapi isi kandungannya tetap sama, NWO dan Zionisme. Sedih aku melihat keadaan ini, dimana majoriti umat islam masih di dalam isu sunni dan syiah, masih terduduk kekenyangan mamai dalam keadaan dunia yg semakin tenat ni, walhal musuh utamanya ZIONIST terus melebarkan kuasa dan mereka terus bertelagah isu Sunni dan Syiah?? kahkahkahkah i dont know how to talk anymore warghhkahkahkah i'm sick!!!
By Anonymous on SYRIA DAN NEW WORLD ORDER on 6/27/12
Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas maka Iran tidak akan diserang nasibbaik hj najib belom benarkan kelantan memiliki royalti petroleum, terpaksalah tgna dgn anak2 negeri dia berpuashati sebagai pemilik budu je setakat ni, jadi idak la kena serang dek imperial anglo-amereka! hukhik hukhik jgn mara haa! -average joe- klakka-la.blogspot
By Anonymous on SYRIA DAN NEW WORLD ORDER on 6/27/12







NOTA:
buat lagu
untuk turun berdemo
sila layari laman pertandingan ini!

NAJIB RAZAK DI TIMPA BALA LAGI - SATU BALA SUDAH LARI KE PARIS





BEKERJA UNTUK ANAK BINI & KRONI





CAMPUR TANGAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK BERTENTANGAN DENGAN KEPUTUSAN AWAL JAWATANKUASA PEROLEHAN MENTERI KEWANGAN

Walaupun KEADILAN telah memaklumkan bahawa pendedahan bersiri mengenai anugerah kontrak bernilai RM1 bilion projek sambungan LRT Ampang akan membuktikan campur tangan terus Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga kini beliau masih belum bersuara.

Saya percaya beliau memahami betapa besarnya kesan pendedahan ini kepada kredibiliti pentadbiran beliau. Desas-desus campur tangan beliau yang bertentangan dengan penilaian bidaan (bid evaluation) dan tindakan beliau menolak semua keputusan yang telah dibuat di peringkat jawatankuasa bertanggungjawab menjadi bahan bualan di kalangan mereka yang terbabit di dalam projek ini.

Ia menguatkan lagi pandangan komuniti perniagaan di dalam dan luar negara bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau memainkan peranan mempengaruhi pelbagai keputusan tender dan berkait rapat dengan pihak yang berkepentingan.

Dalam kes kontrak kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas melahirkan hasrat beliau untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang lalu.

Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa perolehan tertinggi di peringkat Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini (seperti yang didedahkan sebelum ini oleh KEADILAN).

Sebaliknya, JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000.

Keputusan itu ditandatangani sendiri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak (Menteri Kewangan), Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II) dan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) seperti yang dilampirkan bersama.

Keputusan JPMK itu kemudiannya disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana melalui satu surat bertarikh 26 Januari 2012 (yang dilampirkan bersama).

Rentetan keputusan ini menimbulkan persoalan-persoalan berikut yang perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak:

1. Kenapakah Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?

2. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menafikan bahawa beliau menandatangani kertas keputusan JPMK jika dokumen yang saya tunjukkan hari ini adalah palsu;

3. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan atas faktor apakah beliau mengubah fikiran sehingga campur tangan untuk menolak keputusan awal anugerah projek yang beliau sendiri sama-sama bersetuju; dan

4. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa campur tangan beliau di dalam anugerah projek ini langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan.


KEADILAN akan terus menunggu maklum balas daripada Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung perkara ini dan akan terus membuat pendedahan.


Pun begitu, saya yakin bahawa campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah pun melanggar etika pentadbiran telus dan berbaur penyelewengan kuasa. Oleh yang demikian, KEADILAN akan membuat satu laporan polis dan laporan SPRM terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat 29 Jun 2012 untuk mendesak perkara ini disiasat secepat mungkin.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

27 JUN 2012


BERSAMA KITA BANGUN MELAWAN




NOTA:
jangan lupa festival ini
sabtu 14/06/2012
di taman rusa pj
depan panngung wayang state pj

MALAYSIA NEGARA UNIK LAGI PELIK LAGI MELIK





GUA RASUAH 1 BILION BARU OK






SPRM SIASAT RAFIZI ISU PM CAMPUR TANGAN TENDER
- mkini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.

Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini.

Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.

Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... MALAYSIA INI MEMANG PELIK.... kah kah kah...

kah kah kah...MALAYSIA INI MEMANG UNIK.... kah kah kah...

kah kah kah... KALAU BUAT ADUAN TENTANG ORANG BUAT RASUAH.... kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN SPRM SIASAT ORANG YANG DITUDUH RASUAH ... kah kah kah...

kah kah kah... TAPI SPRM SIASAT ORANG YANG BUAT TUDUHAN ITU... kah kah kah..

kah kah kah...SAMPAI KIAMAT RASUAH TAK SELESAI SELESAI.... kh kah kah...


NOTA :
rafizi tuduh najib rasuah
najib salah guna kuasa

tapi yang disiasat bukan najib
tapi rafizi kah kah kah


PERTANDINGAN LAGU - MENANG BESAR





NOTA:
pertanding
membuat lagu jalanan
atau lebih tepat lagi

membuat lagu untuk turun berdemo

anak anak muda sila klik:
www.pestalagujalanan.com.my