Isnin, 19 Julai 2010
JANGAN TANYA SATU SOALAN
PROPAGANDA UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN
REALPOLITIK DI KEMAS KINI
Ada tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.
Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.
Tiga pekara ini ialah :
1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan
2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat
3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan
Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.
Kerajaan Najib Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah jika Anwar ‘diketepikan’ maka Pakatan rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.
Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan aparacik politik Najib Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.
Dalam strateji politik langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet , bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan di yakini umum.
Langkah pertama ialah mengkaitkan Anwar dengan lubang berak Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan lubang berak Saiful telah di tujah dan diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Muhamad pada tahun 1998 dahulu melalui lubang berak Azizan.
Apabila Saiful diberitakan tidak terberak selama dua hari kerana menyimpam bahan bukti didalam juburnya maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Ganja telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.
Seluruh Malaysia telah senyum puas. Kemudian dengan tetiba warga se Tanah Melayu menjadi hairan dan tertanya-tanya siapakah agaknya yang menuliskan kata bual yang bagitu bodoh untuk si Saiful ini.
Seperti kes lubang berak Azizan , kes lubang Saiful ini juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib Rosmah. Propaganda lubang berak Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.
Dengan cepat para aparacik dan jentera Najib Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strateji baru – ajen asing.
Harus di sedari bahawa surah – ajen asing – ini juga telah mula muncul pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998 dahulu memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ajen CIA. Apabila berita ini tersebar kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.
Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran bahawa : sila jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai maka surah Anwar ajen Amerika pun mati tak berasap.
Pasti pekara yang sama juga telah terjadi sekali lagi kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini tidak lagi melaung-laungkan surah ajen asing ini. Pentabiran di Rumah Puteh melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA maka pasti pentabiran Obama ini , seperti tahun 1998 dahulu telah mengambil pendirian yang sama.
Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh aparacik dan jentera Najib Rosmah ialah memastikan parti Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adaklah langkah yang amat stratejik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika Pas dapat dipisahkan dari Pakatan maka dengan segera Pakatan rakyat akan luntur dan pecah.
Kita harus menyedari bahawa walau pun Pas mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam macam. Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.
Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kueh bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.
Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.
United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.
United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.
Waspada ! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Rosmah untuk berunding dengan Pas ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan Pas maka Najib sang anak juga akan berunding dengan Pas. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warong Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.
Keinginan berunding dengan Pas ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan - perpaduan Pakatan rakyat yang kompak wajib di lemahkan. Kota yang kukuh wajib di bocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau bilaukan. Pas wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua – sebahagian. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.
Lalu kita smapai ke strateji ke ketiga : mengharu birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu gugat kerana slogan – ‘kita semua Melayu dan kita semua Islam.’ Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi ‘slow sikit’ kerana Dap ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli Dap. Malah Dap ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum.
Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau , masjid, kuil , sekolah, kasut, punggung, jubur – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.
Aparacik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada Adun PKR yang akan berpaling tadah.
Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerjaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.
Dimana akhirnya semua ini ? Dalam merancang realpolitik Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini stratiji utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib Rosmah susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Serawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula agen-agen CIA yang lain? – apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti lubang berak Saiful – senjata dan propaganda akan memakan tuanya.
Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.
Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan : mengajak Pas datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau Pas meminta Najib melempang Muhyiddin – pasti Munyiddin akan kena satu pelempang. Kalau Pas meminta Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan di tampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang , Najib akan melakukan apa sahaja keculi Pas tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. (TT)
BERITA PELIK LAGI MELIK
PARA DEMONSTRAN MENYURUK TIDAK MAHU GAMBAR DI AMBIL
300 BANTAH PENUTUPAN IKYS - melayau
Lebih 300 orang termasuk pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) berhimpun secara aman di pekarangan IKYS di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan negeri menutup institut itu secara mendadak Jumaat lalu.
Pelajar terlibat mendakwa, mereka hanya mengetahui tentang penutupan institut tersebut dan arahan berpindah ke Kolej Antarabangsa Inpens (Inpens) di Kuala Selangor minggu lalu selepas menghabiskan cuti semester baru-baru ini.
Selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang diketuai Mohamad Khir Toyo, waris keluarga pelajar terlibat turut menyertai perhimpunan hampir dua jam yang bermula pukul 10.30 pagi itu di pekarangan IKYS Bagan Terap..
500 BERKUMPUL BANTAH PENUTUPAN IKYS – berita hairan
Lebih 500 orang mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam bagi membantah penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakannya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu terjejas.
Perhimpunan aman yang bermula jam 10.30 pagi sebelum berakhir sejam kemudian di hadapan bangunan IKYS itu turut mengecam keputusan kerajaan negeri menyerahkan nasib pelajar institut berkenaan kepada pengurusan Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS) yang dikatakan mengenakan yuran pengajian lebih mahal.
Selain pelajar IKYS, perhimpunan berkenaan turut disertai ibu bapa; Ketua Pembangkang, Mohamad Khir Toyo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
KAH KAH KAH…
woit…. MADEY DEMO BUKAN BUDAYA KITA?...kah kah kah..
woit… SYABAS ! … DEMO BUDAYA ADALAH KITA….kah kah kah..
kah kah kah… LEPAS NI TURUN DEMO DENGAN PROTEST KERANA HARGA MINYAK NAIK…. kah kah kah..
woit… TAPI PELIK… MELAYAU KATA 300 ORANG… kah kah kah..
kah kah kah…BERITA HAIRAN KATA 500 ORANG… kah kah kah..
woit… GAMBAR TAK ADA PUN ORANG… kah kah kah..
woit… SELALU KALAU KUTUK KERAJAAN PAKATAN… MESTI ADA GAMBAR….kah kah kah…
kah kah kah… PELIK BIN MELIK...…GAMBAR TOYO DENGAN MEGAPONE PUN TARAAAK… kah kah kah..
kah kah kah… NAMA ADUN YANG TURUT SERTA PUN TARAAAA….HANYA DAN LAIN LAIN…. kah kah kah
nota:
kepada penyokong pakatan di padang terap
sila beri perhatian
betul atau tidak berita ini
kemudian tolong ajar
anak anak muda cara berdemo
kemudian ajak mereka turun demo bersama
tolong ajar toyo cara pakai megapone
dan tunjukkan kedai mana boleh beli
megapone kecil tapi suara kuat
jangan lupa ajar toyo bila beli barang
minta resit kah kah kah
DISERAK BERTALU TALU - HINGGA TEMBOK PECAH DARI DALAM
SIAPA YANG AKAN MENJADI SANG RAJUNA TAPA?
PAS TAK PERNAH MINTA MUFTI PERAK JADI ORANG TENGAH - minsider
PAS hari ini menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Mufti Perak Harussani Zakaria agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.
“Tidak, PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi... saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat, setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau,” kata Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad.
MUFTI PERAK : PEMIMPIN UMNO, PAS JUMPA SAYA ORANG KECIL SAJA - minsider
Sambil menjelaskan beliau tiada kuasa untuk mengatur pertemuan antara Umno-PAS, Mufti Perak berkata, mereka yang datang memujuknya agar menjadi orang tengah adalah “pemimpin kecil” kedua-dua parti Melayu Islam itu.
Harussani Zakaria yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini, sekali lagi mengakui ada pemimpin Umno dan PAS berjumpa dengannya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
“Memang ada pemimpin kedua-dua parti berjumpa saya mengenai perkara itu tapi hanya orang kecil sahaja.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH..
woit… INI MESTI JUMPA ZUL NORDIN DAN LOKMAN ADAM…. kah kah kah…
kah kah kah... BARU TAHU RAHSIA.... KENAPA ZUL NORDIN MENGAKU AHLI PAS...kah kah kah..
kah kah kah .... ADA STRATERJI.... NAK RUNTUHKAN PAS DARI DALAM... kah kah kah
woit…. HEBOH MACAM NAK RAK…. kah kah kah..
woit… RUPA RUPA NYA JUMPA MAT BISUL…. kah kah kah
PAS SELANGOR : MELAYU TETAP BERKUASA WALAU PUN TANPA UMNO – minsider
PAS Selangor menegaskan pendiriannya menolak sebarang pertemuan Umno-PAS sambil memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jikapun Umno diketepikan dalam pilihan raya umum ke-13.
Oleh itu PAS Selangor pimpinan Dr Hasan Ali berkata, parti itu dan PKR berupaya untuk memastikan kuasa akan kekal di tangan orang Melayu menerusi kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, yang lebih jujur dan adil.
“Orang Melayu tidak akan hilang kuasa kalau pun Umno sudah tidak lagi memerintah negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
KAH KAH KAH….
nota:
yang ini jaga jaga sikit
baca ayat betul betul
baca kenyataan betul betul
bukan kuasa rakyat
tapi kuasa melayu
nampak?
kuasa melayu jenis ini
tak ada beza dengan kuasa melayu jenis gerombolan
dua dua kuasa
dua dua yang nak rembat harta kah kah kah
nota:
ingat sang rajuna tapa dan dang anum?
kalau tak tahu jangan jadi melayu
jadi bengali jual roti kah kah kah
MALAM RABU INI DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA
KE JALAN RAYA SEKALI LAGI
PROTES NAIK HARGA DI LANCAR 28 JULAI - mikini
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.
Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.
Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.
Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.
nota:
semua di jemput hadir
sila masukkan dalam jadual
jangan lupa malam rabu ini
kita sama sama tibai dan hina gerombolan
bagi isteri rosmah susah hati kah kah kah
DENGAR DAN SIMPAN JANJI INI
JANGAN BUNG SUKA BERJANJI - KALAU TIDAK DI TEPATI !
HAPUS CUKAI 5 TAHUN JIKA PAKATAN JADI KERAJAAN – harakah daily
Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan beberapa cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan,Husam Musa semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.
"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.
Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.
Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Najib Razak, menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.
Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.
Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.
KAH KAH KAH…
woit… INI BARU BETUL… kah kah kah..
woit… BUKAN SAHAJA CUKAI BOLEH DI GANTUNG UNTUK BEBERAPA TAHUN… kah kah kah..
woit… HOSPITAL BOLEH PERCUMA…. kah kah kah..
woit…. BELAJAR DI UNIVERSITI BOLEH PERCUMA…. kah kah kah..
woit…KENAPA NAIKKAN MINYAK BILA PARLIMEN SELESAI …. kah kah kah..
woit… APA PUNYA KERAJAAN TAKUT PADA PARLIMEN…. kah kah kah
woit... NAK NAIKKAN HARGA BARANG ... DALAM GELAP GELAP KE?... kah kah kah...
woit... SELURUH MALAYSIA SUDAH TAHU... TAK PAYAH SOROK SOROK... kah kah kah..
TAK NAK HINA MACAM MANA ?
NEGERI TERKAYA KINI DI BAWAH PAKATAN
PM MINTA PAS HENTI HINA UMNO, JANGAN LETAK PRASYARAT – berita hairan
Najib Razak mengingatkan PAS supaya berhenti menghina UMNO dalam ceramah dan kenyataannya jika serius dalam hasrat berbincang semeja demi perpaduan orang Melayu.
Najib berkata, UMNO sentiasa bersedia menggerakkan usaha ke arah perpaduan demi masa depan orang Melayu tetapi ia tidak sewajarnya dilingkungi pelbagai prasyarat seperti dikenakan PAS sebelum ini.
KAH KAH KAH….KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
woit…. KESIAN… SEDIH… HIBA… BERDERAI AIR MATA....kah kah kah..
kah kah kah… GEROMBOLAN KENA TIBAI OLEH PAS… kah kah kah..
woit… PAS INI PUN SATU HAL…. BAGI CHAN LAAAA GEROMBOLAN…. kah kah kah….
kah kah kah…. SEKARANG GEROMBOLAN SUDAH NYAWA NYAWA IKAN…. kah kah kah..
kah kah kah…. JANGAN SEKSA DAN HINA GEROMBOLAN…. kah kah kah…
woit…. TEKAN SEKALI DAN TUTUP OXYGEN… PUTUSKAN TALIAN HAYAT…. kah kah kah
kah kah kah.... KALAU LAMA TERSEKSA... KALAU CEPAT SATU MALAYSIA GUMBIRA...kah kah kah
nota:
satu yang mustahil untuk tidak
menghina gerombolan
kalau gerombolan tidak dihina
ertinya rasuah sudah lupus di malaysia
selagi rasuah ada maka gerombolan
akan terus di hina kah kah kah
YANG SESAT DAN YANG MENYESATKAN !
SESAT SENDIRI CUKUPLAH
HARRUSANI SEMAKIN CELARU – harakah daily
Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dahulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Harussani Zakaria sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan Umno yang ‘sesat’.
“Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
“Nampaknya dia semakin bercelaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar,” ujar Khalil di dalam blognya.
KAH KAH KAH..
woit… MUFTI PUN BOLEH SESAT DALAM BELUKAR…. kah kah kah..
woit.. . JENIS MUFTI APA…. BOLEH SESAT…. kah kah kah..
woit… SENDIRI SESAT CUKUPLAAA ... kah kah kah..
woit... JANGAN SESAT KAN ORANG LAIN…. kah kah kah..
kah kah kah… INI SUDAH SESAT LAGI MENYESATKAN…. kah kah kah..
kah kah kah…. KALAU SESAT DI BUKIT BINTANG OK JUGA…. kah kah kah….
nota:
ada siapa terbaca apa fatwa mufti ini
ketika visen tan dapat lesen judi dari
najib ?
sapa ingat ?
apa fatwa mufti ini
bila rakyat heboh gula pasir dan toyo
heboh nak makan pasir kah kah kah
PEMIKIR DAN PEJUANG ISLAM DI PERLUKAN
BISUL ZUL NORDIN SUDAH BERES
PERANTARA PERBINCANGAN UMNO-PAS DIALAU ALUKAN :TPM - melayau
Muhyiddin Yassin berkata, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara UMNO dan Pas.
Dia berkata, ini kerana usaha untuk menyatupadukan orang Melayu dan Bumiputera Islam bukan hanya terletak pada satu badan sahaja.
"Apa pun, saya menghargai kalau ada pihak-pihak yang katanya bersedia sama ada menjadi orang tengah, menjadi fasilitator untuk mempermudahkan usaha-usaha ini.
KAH KAH KAH…
woit… ORANG YANG TERBAIK UNTUK JADI PERANTARA IALAH AHLI PEMIKIR… kah kah kah
kah kah kah…. AHLI PEMIKIR YANG TERBAIK DARI GEROMBOLAN IALAH LOKMAN ADAM… kah kah kah…
kah kahkah…. MEMANG BETUL … BUKAN TERLETAK PADA SATU BADAN SAHAJA….kah kah kah..
kah kah kah….PASTI KAN ADA SUSUK YANG BERWIBAWA DAN BEJUANG KERANA ISLAM…. kah kah kah..
kah kah kah…. ORANG NYA TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IALAH ZUL NOTRDIN…. kah kah kah..
woit… LAGI PUN BISUL ZUL NORDIN SUDAH MELETUS…. kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)