Sabtu, 5 November 2022
MAIL BERA JADI POSTER PEMBUNGKUS
Imej PM dan ‘poster boy’
Ismail hancur berderai
Imej Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy Barisan Nasional (BN) dan calon perdana menteri dihancurkan oleh cara pemilihan calon pilihan raya yang dikuasai sepenuhnya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Kedudukan kawan-kawan Ismail yang berjuang bersama-samanya dalam Kabinet langsung tidak dapat dipertahankan oleh PM sendiri.
Empat menteri dan empat timbalan menteri pentadbiran Ismail digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim (Arau), Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa (Ketereh), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba (Tenggara), dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).
Bagi timbalan menteri pula, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abdul Mutalib yang tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Maran.
Turut digugurkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula dihantar ke tengah Sungai Buloh selepas kawasan selamatnya dirampas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan.
Mengapa Mohamad Hasan tidak bertanding di Sungai Buloh sahaja jika beliau merasakan kerusi itu selamat?
Ini bukan penampar. Ini tumbukan padu membawa maut.
Siapa lagi sahabat PM di dalam Umno yang masih mempercayai PM dapat menyelamatkan mereka?
Siapa di dalam Umno yang masih percaya Ismail akan menjadi PM?
Yang percaya itu mesti masih dibuai mimpi.
Adakah Ismail sendiri percaya beliau masih akan menjadi PM selepas PRU15?
Peranan Ismail kini hanya tinggal poster.
Persepsinya, BN sudah mempunyai calon PM yang lain. Nama yang dicalonkan ialah Ismail, tapi drama yang berlaku sedang menonjolkan calon PM sebenar ialah orang lain - yang lebih berkuasa dalam Umno.
Peluang Ismail menjadi PM sangat malap malah menghampiri sifar.
Daripada mengundi BN yang sedang bermain silap mata dengan rakyat, lebih baik mengundi mereka yang menawarkan calon PM yang nyata.
Contohnya, pakatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terang-terang menawarkan Muhyiddin Yassin sebagai PM tanpa sebarang silap mata.
Yang suka kepada kerajaan 22 bulan, ikutlah.
Cuma, usah undi BN.
Kemungkinan besar barang sampai tidak serupa dengan apa yang dipesan, malah ada kekurangan moral.
WOIT
POSTER BOY
TINGGAL POSTER
KAH KAH KAH
LAGI BERAT
JADI POSTER
PEMBUNGKUS
KAH KAH KAH
HEBAT ZAHID
GAGAH BERANI
BAKAL PM
AMIN
MAIL BERA
KENA LIPAT
KAH KAH KAH
AMIN
PRU 15 LAWAK KE ?
Ibu segala pilihan raya, atau lawak jenaka?
INI ibu segala pilihan raya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menjelang hari pengundian pada 19 November.
Ia mungkin ibu segala pilihan raya bagi gabungan yang lama memerintah yang kalah pada 2018 sebelum bernafas semula apabila berkongsi kuasa dengan Bersatu dan PAS pada 2020.
Tetapi sekarang, sehari sebelum penamaan calon, nampaknya ia juga macam satu lawak jenaka.
Semua gabungan yang bersaing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti menggagau mencari akar selepas sudah tidak ada rotan lagi untuk bertanding semua 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat.
Lihat saja Perikatan Nasional (PN) dan parti anggotanya Gerakan.
Sudah jauh menyimpang daripada parti yang diasakan oleh tokoh akademik seperti Dr Syed Hussein Alatas dan ahli politik seperti Lim Chong Eu dan Lim Keng Yaik, parti itu menamakan penjual karpet Deepak Jaikishan sebagai calon di kerusi Parlimen Pulai.
Dia lebih dikenali kerana kaitannya dengan kes pembunuhan Altantatuya Shaariibuu serta banyak urusan lain yang dikatakan melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.
Dia malah menulis mengenainya dalam sebuah buku bertajuk “Black Rose”.
Dia calon bertanding menggunakan lambang PN. Presiden Gerakan Dominic Lau tidak terpilih jadi calon.
Tidakkah itu lawak daripada satu gabungan yang mahu diberi peluang sekali lagi mentadbir Malaysia?
Begitu juga BN, adakah ia bersungguh mahu menang semula Putrajaya atau hanya berharap pada undi di luar bandar dan selepas itu merundingkan kongsi kuasa selepas pilihan raya?
Senarai calonnya di Kuala Lumpur nampak lemah dan tidak mampu bersaing dengan penyandang Pakatan Harapan (PH), melainkan mereka berharap tidak ramai pengundi yang keluar atau semata-mata pengundi muda.
Mungkin hanya Johari Ghani di Titiwangsa yang nampaknya ada saingan dengan Khalid Samad daripada PH, tetapi yang lain hanya menambah bilangan calon di kertas undi.
Malah PH pun buat silap yang sama. Calonnya di Sungai Buloh jauh lebih rendah kualitinya berbanding bekas ahli Parlimen Sivarasa Rasiah.
Setakat ini BN meletakkan orang kuatnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang berpindah dari kawasannya di Rembau, Negeri Sembilan datang bertanding di Selangor.
Selain itu, PH juga menamakan Shamsul Iskandar Md Akin untuk mencabar Zahid di kubu kuat presiden Umno itu di Bagan Datuk.
Apa peluang untuk seorang ahli politik yang kalah pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini? Payah hendak dikata dan membingungkan apabila dia dilihat boleh jadi “giant killer”.
Tetapi jenaka paling lucu ialah mereka yang digugurkan oleh Umno dan PAS tetapi dikutip masing-masing oleh parti yang bermusuh itu.
Shahidan Kassim daripada Umno akan bertanding sebagai calon PAS dengan lambang PN di Arau sementara Mohd Khairuddin Aman Razali bertanding sebagai calon Umno dengan lambang BN di Kuala Nerus.
Atau apakah lebih lawak lagi, Annuar Musa yang digugurkan oleh Umno tetapi kemudian cepat-cepat mendedahkan ada sebuah parti baharu Muafakat Nasional untuk bertanding di Ketereh.
Itu nama pakatan politik antara Umno dan PAS lebih dua tahun dulu yang sekarang sudah pecah.
Ibu segala pilihan raya? Ya, tetapi lucunya nampak sekarang ini menjadikan Malaysia satu lawak jenaka. – 4 November, 2022.
* Jahabar Sadiq pengendali
The Malaysian Insight.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN
DITOLAK DARI BERTANDING
PRU15: Enam borang pencalonan ditolak
PUTRAJAYA – Sejumlah enam borang penamaan calon ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada proses penamaan, hari ini.
Menurut pengerusinya, Abdul Ghani Salleh, jumlah itu adalah empat di peringkat Parlimen dan dua di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tetapi, tiada kerusi yang menang tanpa bertanding, katanya dalam sidang media di ibu pejabat di ibu pejabat SPR, hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Ghani tidak memperincikan butiran senarai kerusi-kerusi yang telah ditolak borang mereka.
Laporan media hari ini mengatakan tiga borang pencalonan ditolak antaranya calon Pakatan Harapan (PH), Manolan Mohamad bagi kerusi DUN Kemayan.
Pencalonan Manolan ditolak kerana beralamat luar Pahang menyebabkan pencalonannya ditolak.
Borang calon Gabungan Tanah Air (GTA) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Pahang Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak juga ditolak.
Satu lagi adalah borang pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony bagi Parlimen Tenom.
Dalam pada itu, SPR memberitahu, Parlimen Batu menyaksikan pertembungan calon paling ramai iaitu sebanyak 10 orang.
“Manakala bagi pertandingan di Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan paling tinggi di N.47 Chenderiang, Perak iaitu tujuh penjuru.
Untuk PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah turut menyaksikan pertandingan tujuh penjuru lagi. –
YANG DITOLAK
YANG DIBUNUH
YANG DIPANCUNG
KAH KAH KAH
SEMUA HANTU
KERUSI
KAH KAH KAH
BUKAN HANTU
TAKUT
AYAT KERUSI
KAH KAH KAH
KHALAS
TANAM SAYUR KAWASAN RUMAH
TANAM SAYUR
KAWASN RUMAH
AMIN
Unknown commented on
"SAYUR MAHAL -
BAGAIMANA NAK ATASI"
Motif utama mereka naik harga, tak kira lah apa sebab, pasti bukan pasal cuaca, banjir, semua ini bukan pelik, setiap kali raya China semua akan naik, masa buat untung, masa buat projek khas, nak naik harga telur, hilang kan telur di pasaran, ayam diarah supaya tidak bertelur telur kah kah kah, projek kapitalisme, dulu sama sekarang lagi hebat, nak naik kena cari alasan dan cara, senang kan, kalau tetiba naik harga orang ramai akan marah, roti inti kelapa dulu tahun tahun sebelum kobid rm 1.20 sekarang 2.40 bagi double terus, bukan pasal harga tepung naik ,memang naik tetapi harga melonjak dua kali ganda, moto dia supaya untung lebih, ini cara komuniti bekerja operasi sekalian kah kah kah kah kalau tak tipu bukan .....kah kah kah
Hudbenseman commented on
"SAYUR MAHAL -
BAGAIMANA NAK ATASI"
Bagi amaran ke tidak yang aku tahu tiap tahun baru Cina sayur memang naik harga. Musibat2 ni nak buat duit saja. Guna pakai segala alasan untuk raih keuntungan. Tt, ada pekebun Cina yang tt kenal miskin ke? Dah sampai masa kerajaan pantau kos dan kawal harga.
VIRUS IKUT ARAHAN
VIRUS
OMICRON
IKUT ARAHAN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"IKUT ARAHAN
UNTUK SELAMAT"
Virus ini pun pandai ikut cakap manusia, sekejap naik, sekejap turun, masa lock down, langkah Sheraton terus menaik, sampai semua sekali tutup, bila nak turun dia pandai kurang, adakah sebab vaksin? Hanya yang maha tahu, apa taktik apa strategi apa muslihat, sebab itu ramai hilang kepercayaan terhadap sistem pentadbiran negara kah kah kah bila tak ada integriti semua kurang percaya lah
EKONOMI AKAN KACAU LEPAS PRU15
MEMBERI INGATAN
AWAL
AMIN
LEPAS PRU 15
EKONOMI DUNIA
KACAU TAK KIRA
SAPA MENANG
AMIN
KHALAS
wabwas commented on
"ANWAR - ZAHID KERJASAMA ?"
Satu je nak posan.. ekau kalau nak beri pencerahan, beri pencerahan sekarang sebelum pru ni. Kojap kuburkan gerombolan, kojap baik pulak untuk negaro. Esok dah lepas pru x guno dah ekau sibuk nk tulis merakam sejarah la.. mat songel la bendo dah lepas. Sekarang yo tt.. den tunggu ni
MERANCANG KE UNIVERSITI
MERANCANG
KE UNIVERSITI
Aku bukan pelajar yang cekap dalam ilmu kira-kira. Aku selalu merasa hairan jika Cik Gu Ilmu Hisab berkata ‘ let the number be X ‘. Aku pening kepala. Aku tak faham kenapa angka itu jadi X.
Setahu aku X ini adalah ganti nama untuk gadis yang terlibat dam kes rogol di mahkamah. Nama Miss X ini kerap aku baca dalam Utusan Melayu.
Gadis sunti ini diberi nama Miss X dan tidak diketahui Cina atau Melayu. Bab kes rogol ini aku faham. Miss X digunakan untuk melindungi nama gadis ini dari di ketahui umum.
Let’s the number be X dalam kelas Ilmu Hisab aku tidak faham.
Justeru sesudah lulus dari tingkatan tiga melalui peperiksaan L.C.E ( Lower Certificate of Education ) aku masuk ke tingkatan empat aliran Sastera.
Ketika menyambung dalam Tingkatan Enam di MCKK aku tetap dalam aliran Sastera. Aku cuba lari dari belajar ilmu kira-kira.
Tetapi bila aku mengambil mata pelajar Ekonomi aku terserempak lagi dengan kira-kira. Aku berjumpa dengan X sekali lagi. Hasilnya di MCKK aku masih bebal dalam mata pelajaran ekonomi.
MCKK ketika aku disana adalah wilayah creme de la creme untuk pelajar Melayu. Pelajar yang menjadi Budak Koleq dipilih dan terpilih.
Ketika itu ada Commonwealth Scholarship untuk menyambung belajar ke United Kingdom, Australia, New Zealand dan Canada. Menyambung pelajaran dalam. Semua ilmu – Sains , Sastera dan Undang-undang.
Mereka. yang mendapat Biasiswa Commonwealth ini adalah pelajar MCCK yang terbaik dan terpilih. Creme de la creme di atas cream de la creme produk MCKK.
Tahun 1970 aku dalam Tingkatan Enam Atas aku telah mula membaca Mahasiswa Negara. Ini akhbar dwi mingguan dari Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).
Mohd Arif dari kelas aku ada hubungan dengan Mahasiswa Negara. Maka dua minggu sekali beberapa naskah Mahasiswa Negara akan dijual oleh Mohd Arif.
Membaca Mahasiswa Negara menaikkan semangat untuk ke universiti.
Dari akhbar ini aku mula mengikuti perkembangan kampus UM. Aku tahu wujudnya Kelab Sosialis. Ada PBMUM – Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan PMIUM – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.
Di MCKK aku juga akhbar dan majalah kami sendiri. Majalah MCKK – school magzine - diterbitkan setahun sekali. Majalah ini merakam apa yang berlaku pada tahun itu.
Kami ada akhbar Kris Kangsar – akhbar dalaman - yang keluar berkala.
Dari pelajar aliran sastera ada Majalah Semaian. Ini majalah sastera MCKK yang terbit setahun sekali. Ada cerpen, ada sajak, gurindam, pantun seloka dan ada tulisan berkenaan sastera yang bersangkutan dengan mata pelajaran Sastera.
Pada tahun 1970 aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Pengarang Majalah Semaian MCKK.
Antara sidang pengarang yang membantu aku ialah Rashid Harun, Kamat Norbit dan Kamaruddin Jaafar sebagai penasihat.
Aku ingat lagi usaha dijalankan untuk mencari dana. Kami menjual iklan dan meminta derma. Sebagai ketua pengarang aku beberapa kali ke Taiping untuk urusan pencetakan.
Semua beres. Sebelum akhir tahun – sebelum masuk pereka HSC Majalah Semaian terbit.
Aku merasa bangga. Aku merasa aku telah menjadi Budak Koleq. Aku teringat lagi bagaimana satu ketika dulu aku ingin meninggalkan MCKK dan berpindah ke KGV di Seremban. Kini semua tinggal ingatan.
Six Form Union MCKK juga amat aktif. Malah ada jaringan kesatuan Six Form Union untuk seluruh Perak. King Edward dari Taiping, Anderson, Anglo Chinese School, St. Micheal dan STAR dari Ipoh dan SDAR dari Tanjung Malim.
Tahun 1970 MCKK menjadi tuan rumah untuk pertemuan pelajar Six Form Union. Sebagai tuan rumah kami susun program. Di sebelah pagi perbincangan dan debat. Di sebelah petang ada acara sukan.
Para tamu datang dengan bas sekolah masing-masing.
Dewan Hargreaves di datangi oleh pelajar perempuan Melayu, Cina dan India dari Ipoh dan Taiping. Bayangkan ada pelajar perempuan di MCKK. Ini satu perkara yang ‘rare’ - perempuan di lihat dalam padang bola MCKK dan duduk dalam Dewan Hargreaves
Masuk penggal ke dua Six Form Union menjalankan program Union NIght. Kami mendapat tahu bahawa seorang pemimpin pelajar dari Universiti Malaya akan datang ke Dewan Hargreaves. Sosok ini bernama Anwar Ibrahim yang juga ‘old boy ‘ Budak Koleq.
Malam Khamis – malam union - itu aku ingat lagi Anwar Ibrahim pemimpin PBMUM – Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya telah naik pentas dan berucap. Aku ingat lagi ucapan pemimpin pelajar ini ialah tentang negara-negara Islam yang miskin yang wajib dibangunkan.
Sebenarnya aku telah ada membaca berita Anuar Ibrahim ini dari Utusan Melayu. Pada tahun 1969 sesudah Mei13 PBMUM dan PMIUM mengambil garis politik mendesak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman letak jawatan – berundur.
Garis politik Anwar Ibrahim ini selari dengan garis politik Dr Mahathir yang juga menentang kepimpinan Tunku.
Beberapa bulan selepas tragedi Mei13 Tunku menulis buku berjudul Sebelum dan Sesudah Mei13. Dari apa yang aku baca buku ini telah di bakar di Sudut Pidato UM. Sosok yang memimpin pembakaran buku ini antaranya ialah Anwar Ibrahim.
Anwar dan kumpulannya telah menconteng cat pada semua papan tanda dalam Universiti Malaya. Ini kempen PBMUM yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Aktiviti pelajar Universiti Malaya telah aku ikuti sebelum aku sendiri masuk universiti.
Sebelum mengambil peperiksaan HSC lagi borang untuk melamar Biasiswa Commonwealth telah aku isi. Malah semua pelajar Tingkatan Enam Atas aliran Sastera dan Sains telah melamar.
Aku melamar untuk belajar Ilmu Undang-Undang di United Kingdom. Sebenarnya banyak ilmu ‘liberal arts ‘ yang lain tapi aku sendiri tidak tahu. Yang aku tahu hanya Law Degree.
Kami dipanggil ke Ipoh untuk ditemu bual oleh Jawatankuasa Biasiswa Commonwealth. Kami membawa surat ‘sulit’ laporan dari guru yang menyatakan sama ada kami ini berpotensi untuk lulus atau tidak.
Bulan November 1970 bulan puasa sampai. Dalam bulan November ini juga peperiksaan HSC yang di kendalikan dari United Kingdom berjalan.
Pelajar lain dari kelas bawah semua pulang bercuti panjang. Kami dalam Tingkatan Enam Atas berhadapan dengan HSC.
Guru Besar Tuan Syed Bakar Barakhbah telah memberi arahan jika sesiapa pelajar yang tidak mahu berpuasa kerana ada ujian HSC pada hari itu dibenarkan tidak berpuasa.
Aku telah dilantik untuk menguruskan roti dan sardin untuk mereka yang tidak berpuasa. Berbuka puasa dan makan malam kami masih diurus dalam Dewan Makan. Hanya pelajar sedikit.
Ketika peperiksaan belum bermula lagi aku telah mendengar ada beberapa pelajar telah mendapat Biasiswa Commonwealth. Semua ini berasakan ‘laporan sulit- forecast result ’ dari guru kami.
Nama aku tidak naik untuk mendapat Biasiswa Commonwealth. Dalam kelas aku hanya tiga pelajar mendapat biasiswa. Kamaruddin Jaafar, Ahmad Ibrahim ke United Kingdom dan Shamsudin Husin ke New Zealand. Bila keputusan resmi sampai mereka akan terbang ke luar negara.
Kami yang lain wajib menunggu keputusan untuk melamar universiti tempatan. Aku telah memasang niat untuk ke Universiti Malaya.
Tahun 1970 hanya ada tiga buah - Universiti Pulau Pinang, Universiti Kebangsaan dan Universiti Malaya. Paling berprestij ialah Universiti Malaya.
Selesai HSC – kami semua mengucap selamat tinggal pada MCKK. Aku merasa sedih. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat kena rotan.
Malam akhir kami di Dorm Kapal Haji kami bergambar untuk kenangan dan berjanji lagi aku berjumpa kecuali yang akan pergi ke luar negara.
Malam akhir di MCKK - kami ambil kereta api malam ke Kuala Lumpur. Hatta, Ghani, Rashid. Baharuddin, Kamat pulang ke Johor. Jalil turun di Kuala Kubu Baru. Anuar a.k.a Wabbit pulang ke Kuantan. Brahim a.k.a Yok pulang ke Terengganu. Sulaiman a.k.a Uncle Porno berhenti di Kula Lumpur.
Pelajar dari Kelantan seperti Mahmud Awang Kecil dan Kamaruddin Jaafar lebih hebat mereka naik kereta api ke Utara melintas Padang Besar masuk ke Siam ambil kereta api Siam turun di Golok.
Pagi itu kereta api sampai di stesen Kuala Lumpur. Kami tidak merayau di Kuala Lumpur. Kami meneruskan perjalanan ke Selatan.
Aku ingat lagi – aku turun dan menangis di stesen kereta api Seremban. Aku sedih meninggalkan Hatta, Ghani, Rashid yang meneruskan perjalanan ke Johor.
Kamal Adham a.k.a Ogo datang memeluk bahu aku. Dia cuba meredakan tangisan aku.
‘Its okay Herman..... we will meet again...’ Ogo membantu aku mengangkat beg. Ogo dari aliran Sains berasal dari Kuala Pilah.
Kami menapak ke stesen bas seremban. Ogo mencari teksi ke Kuala Pilah. Aku mencari teksi pulang ke Jelebu.
Tempat jatuh lagi dikenang. Ini kan pula Kuala Kangsar tempat aku pertama kali bertemu laksa dan popia.
Perigi batu, lampu pelita dan Kampung Chenor menunggu aku. Hari Raya akan sampai seminggu kemudian pada 30 November 1970. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/11/05/merancang-ke-universiti
TAIKO SELANGOR KENA PANCUNG
Saya takkan lawan parti yang berjasa pada saya, kata Noh
PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih Umno.
“Saya orang parti, takkanlah parti yang berjasa dengan saya, saya mahu lawan pula,” katanya ketika menjawab soalan media, susulan beliau tidak dinamakan sebagai calon untuk mempertahan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada pilihan raya umum kali ini.
Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan mengumumkan Ketua Wanita Umno Tanjong Karang Habibah Mohd Yusof, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Tanjong Karang hari ini, Noh, yang mempertahankan kerusi itu enam penggal sejak 1995 berkata beliau akan turun berkempen bagi memastikan BN menang di Selangor.
“Saya sebagai pengerusi tentulah nak menang di Selangor. Insya-Allah, kita akan cuba yang terbaik, kalau dalam keadaan tsunami pon Tanjong Karang boleh menang, kali ini dengan keadaan yang lebih baik, saya yakin Tanjong Karang boleh kekalkan kerusi parlimen,” katanya.
“Saya mula-mula menjadi calon pada 1995, saya tidak terfikir mahu menjadi calon, tiba-tiba dapat menjadi calon, siapa sangka? Paling penting keikhlasan dalam perjuangan, jangan sesekali kita bekerja nak kejar jawatan,” katanya yang akan hadir pada penamaan calon di Dewan Dato’ Hormat bagi memberi sokongan esok.
Dalam pada itu, Habibah berkata beliau berterima kasih kepada Noh dan parti, kerana memberi laluan serta peluang kepadanya untuk bertanding pada PRU15.
“Saya anak didik Tan Sri (Noh), saya pernah bekerja dengan Tan Sri, lebih kurang 10 tahun, banyak pengalaman yang saya timba. Saya tidak mahu terlebih konfiden, tetapi saya yakin dan percaya dengan bantuan serta pertolongan serta tunjuk ajar Tan Sri, kita boleh ulangi kegemilangan yang telah dibuat Tan Sri,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai penamaan calon PRU15 dan pengundian awal pada 15 November manakala hari pengundian pada 19 November. – Bernama, 4 November, 2022.
WOIT
MALAON NI
TAIKO SELANGOR
KAH KAH KAH
HEBAT ZAHID
PANCUNG TAIKO
KAH KAH KAH
TAIKO DAH
KAYA RAYA
KENA PANCUNG
TAK HAL
KAH KAH KAH
KHALAS
MELAYU TAK SOKONG BN LAGI
Sokongan Melayu kepada BN merosot, kata Merdeka Centre
SOKONGAN pengundi Melayu kepada Barisan Nasional (BN) merosot dari bulan ke bulan dalam tempoh enam bulan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata tinjauan terkini Merdeka Centre for Opinion Research.
Kajian itu mendapati sokongan pengundi Melayu kepada BN pada hujung Oktober hanya 32% berbanding 40% pada hujung Mei.
Kajian Merdeka Centre ini disiapkan sebelum BN mengumumkan calon-calonnya untuk PRU15. Dalam senarai calonnya, BN menggugurkan beberapa tokoh utama Umno sehingga mencetuskan bantahan dalam kalangan ahli parti di kawasan berkenaan.
“Dapatan nampaknya menunjukkan kecenderungan jelas dalam kalangan pengundi Melayu kepada BN dan peningkatan kecil kepada Pakatan Harapan (PH),” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media mengenai ringkasan kajian.
Sokongan pengundi Melayu kepada PH pula didapati meningka tiga mata daripada 10% pada Mei kepada 13% pada hujung Oktober, manakala sokongan untuk PN menyusut satu mata daripada 14% kepada 13%.
Sokongan pengundi Melayu kepada BN sebelumnya jatuh empat mata kepada 36% pada hujung Julai tetapi naik sedikit kepada 37% pada hujung September sebelum jatuh lima mata semasa kajian terkini hujung Oktober.
Kajian itu antara Mei hingga Oktober tahun ini, melibatkan 1,209 pengundi berumur lebih 18 tahun yang ditemubual melalui telefon dari seluruh negara.
Mereka ditanya mana satu gabungan yang mereka pilih antara PH, BN, Perikatan Nasional, dan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Sokongan pengundi Melayu kepada GTA, menurut kajian Merdeka Centre ini, hanya 2%.
Bagaimanapun kajian itu juga mendapati 29% pengundi Melayu menyatakan mereka belum lagi membuat keputusan.
“Ada kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini akan menyokong parti pemerintah tetapi pengalaman lalu memberitahu kami majoriti mereka ada kemungkinan akan mengundi parti lawan, sama ada PN atau PH,” kata Merdeka Centre.
Sementara itu, kajian mendapati 6% pengundi India juga masih belum buat keputusan.
Dalam kalangan pengundi Cina, 47% menyokong PH manakala 18% tidak pasti.
Responden ini dipilih secara berkadar dengan demografi kawasan pilihan raya di seluruh negara, melibatkan 62% pengundi bandar dan 38% pengundi luar bandar dan separa bandar.
Kajian terakhir ini dijalankan antara 19 hingga 28 Oktober. – 4 November, 2022.
INI BERITA
BAIK
AMIN
TAPI SATU
SOALAN
AMIN
KEMANA ARAH
SOKONGAN
MELAYU ?
AMIN
BERALIH KE PH
ATAU ALIH KE PN
AMIN
KITA HANYA TAHU
LEPAS INI
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)