Selasa, 16 Januari 2024
SIAPA LELAKI INI ?
Reman lelaki disyaki khianat api di rumah Ngeh disambung sehari lagi
TEMPOH reman lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, disambung sehari lagi hingga esok.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi berkata permohonan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pagi ini.
“Kita akan terus menyiasat untuk mengetahui sejauh mana penglibatan suspek dalam kes ini,” katanya.
Yusri juga berkata hasil siasatan forensik kebakaran yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga akan diambil kira dalam penyiasatan berkenaan.
Lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam pada 12 Jan lepas, ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan “molotov cocktail” menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. – Bernama, 16 Januari, 2024.
WOIT
INI SASPEN
LAGI MISTERI
KAH KAH KAH
SAPA LELAKI INI
JENG JENG JENG
YANG JELAS
BUKAN PONDAN
BUKAN SIDA
BUKAN SAJAT
TAPI LELAKI
KAH KAH KAH
MELAYU ?
CHINA ?
BENGALI ?
INDIA ?
ATAU
BANGLA
KAH KAH KAH
AMIN
KETUM BAIK UNTUK KESEHATAN
Proses ketum: Polis tunggu keputusan patalogi
KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu keputusan patalogi membabitkan anggota polis yang dipercayai terbabit kegiatan memproses dan mengedar ketum.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid berkata, keputusan tersebut dijangka dijangka diperoleh dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
“Kita telah menghantar laporan berhubung kes ini kepada Jabatan Kimia bagi dijalankan ujian dan ia dijangka akan diperoleh dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
“Keputusan patalogi ini akan kita gunakan bagi membuat pertuduhan sama ada boleh atau tidak ke atas suspek terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Jalan Batu, di sini, hari ini.
Hadir sama Guru Besar SK Lelaki Jalan Batu, Roslinawati Yusoff dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Soffan Hafizal Md Yusuf.
Mengulas lanjut, Allaudeen berkata, tindakan tatatertib telah diambil ke atas empat daripada enam anggota polis yang terlibat.
“Empat anggota ini dikenakan tahan tugas, manakala dua lagi anggota yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan setelah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan, tujuh individu termasuk enam anggota polis telah ditahan disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum.
Ia susulan sepasukan polis menahan empat lelaki berusia 24 hingga 38 tahun yang juga anggota polis di sebuah rumah di Brickfields, di sini, 4 Januari lalu. –
BEBASKAN
KETUM DARI
PENJARA
BAGINDA QUEEN
AMIN
MINUM
AIR KETUM
BAIK UNTUK
KESEHATAN
KHALAS
MENUNGGU ROSMAH MASUK JIL
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 Mac depan untuk mengetahui perkembangan mengenai representasi baharu yang dikemukakan Rosmah Mansor bagi menggugurkan 17 pertuduhan terhadapnya.
Representasi itu adalah berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan representasi yang dikemukakan oleh isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu pada Disember lepas masih dalam penelitian Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Pihak kami masih perlu mendapatkan pernyataan daripada beberapa individu bagi melengkapkan siasatan sebelum memuktamadkan keputusan representasi itu,” kata Ahmad Akram.
Terdahulu, peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana diberi cuti sakit dan memohon agar prosiding hari ini ditangguhkan.
Ahmad Akram tidak membantah permohonan itu.
Mahkamah sepatutnya menyambung pendengaran hujahan permohonan Rosmah bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya.
Ini adalah representasi ketiga Rosmah selepas yang pertama dan kedua, masing-masing dihantar pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lepas, masih belum diputuskan oleh AGC.
Pada 4 Oktober, 2020 Rosmah memfailkan notis usul agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
Rosmah, 72, didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Disember, 2013 dan 8 Jun, 2017 serta LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini dari 1 Mei, 2014 hingga 1 Mei, 2018.
Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Ogos tahun lepas dan dua saksi dipanggil memberi keterangan. – Bernama, 16 Januari, 2024.
AMARAN CUACA - BAHAYA !!!
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di tujuh negeri hari ini sehingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia pada 3.45 petang tadi, negeri terbabit ialah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Selain itu, di Pahang (Jerantut dan Kuantan) serta Selangor (Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat).
Di Sarawak pula melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).
Pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah turut dijangka keadaan cuaca yang sama.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
KITA MASIH
DALAM MUSIM
HUJAN & BANJIR
AMIN
MASIH WAJIB
BEJAGA JAGA
KHALAS
SUARA KUAT JANGAN TIDO
SUARA KUAT
JANGAN TIDUR
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"CERITA KARUT
DARI BERSATU"
Nak tanya satu soalan kepada Abe TT, kenapa ustaz ustazah kita bila bagi ceramah berteriak bersuara kuat walaupun pakai mike? Adakah kerana menegaskan kebenaran atau memang gaya begitu? Lantang teriak dengan sunah, makruh harus haram halal setiap masa betulkah cara begitu?
Kalau semuanya nak kira adakah boleh kita pakai mike berbunyi bising pasti ciptaan orang-orang kafir belaka? Mana harus boleh terangkan sedikit pencerahan sebab saya lagi percaya Abe TT daripada ustaz ustazah dalam media TikTok ini kah kah kah
CERITA KARUT DARI BERSATU
Jangan terkejut jika usul tidak percaya dari pihak kerajaan sendiri – Razali Idris
KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan jangan terkejut sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim datangnya daripada pihak kerajaan sendiri.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Razali Idris berkata, ia kerana kemungkinan undi tersebut akan dibawa oleh ahli Parlimen mahupun parti dalam kerajaan adalah sangat tinggi.
“Jangan terkejut sokongan usul undi tidak percaya terhadap PMX datangnya dari barisan Kabinet, Ahli Parlimen PKR, Ahli Parlimen UMNO, BN dan Ahli Parlimen Amanah. Tidak terkecuali beberapa orang dari Sarawak dan Sabah.
“Jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana di kaca mata rakyat, kerajaan PMX semakin sombong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Razali berkata, cadangan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi untuk mewujudkan rang undang-undang (RUU) untuk mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal juga agak pelik.
Jelasnya, Anwar lebih nampak panik sehingga mengaitkan dengan institusi beraja serta integriti dan kedaulatan berparlimen.
“Mengapa pula secara tiba-tiba hendak dicadangkan RUU Penetapan Had Tamat Tempoh Parlimen serta mencabar pembangkang membawa usul tidak percaya terhadap PMX.
“Tindakan pihak pemerintah adalah sangat pelik kerana mungkin sudah ada dalam kalangan Ahli Parlimen mereka sendiri yang beralih sokongan?,” soal beliau lagi.
Awal bulan ini, penulis blog kontroversi, Raja Petra mendakwa pembangkang berjaya memperoleh 120 akaun bersumpah untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.
Ekoran itu, Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.
WOIT
INI BERITA
KARUT MARUT
AMIN
YB BARISAN
NAK SAIN SD
SECARA SULIT
TAKUT
KAH KAH KAH
MUSTAHIL BERANI
BUAT UNDI
TAK PERCAYA
SECARA TERBUKA
KAH KAH KAH
MUSTAHIL BERLAKU
PUNDEEK LAAA
KAH KAH KAH
KHALAS
YAMAN NEGARA ARAB LAWAN ISRAEL
Yemen tembak peluru berpandu ke arah kapal pemusnah AS di Laut Merah
TEHRAN – Tentera Yemen melancarkan peluru berpandu ke arah kepal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS Laboon yang berada di selatan Laut Merah, Ahad lalu.
Menurut Pemerintah Pusat AS (CENTCOM), bagaimanapun peluru berpandu itu ditembak jatuh di kawasan pantai Hudayyah oleh pesawat pejuang AS.
Tambahnya, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
“Pada 14 Januari kira-kira jam 4.45 petang (waktu Sanaa) sebuah peluru berpandu anti-pelayaran kapal ditembak dari kawasan Houthi di Yemen terhadap USS Laboon yang beroperasi di selatan Laut Merah,” katanya menerusi kenyataan.
Pada awal pagi Jumaat lalu, tentera AS dan United Kingdon (UK) melancarkan serangan udara ke atas empat wilayah Yemen, termasuk ibu negara, Sanaa, Al Hudaydah, Taizz and Sadah. – Agensi
YAMAN SATU
NEGARA ARAB
YANG BERANI
LAWAN ISRAEL
AMIN
ISRAEL TAK AMBIK POT
PBB gesa gencatan senjata segera di Gaza
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, ketika pertempuran antara Israel dan pejuang Palestin berlarutan lebih 100 hari.
“Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera. Untuk memastikan bantuan mencukupi sampai ke tempat diperlukan. Untuk memudahkan pembebasan tebusan.
“Untuk meredakan bahang peperangan lebih luas kerana semakin lama konflik di Gaza, semakin besar risiko peningkatan dan salah perhitungan,” kata Guterres pada taklimat media di New York.
Peperangan yang dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas ke atas Israel mencipta malapetaka kemanusiaan untuk 2.4 juta penduduk di wilayah Palestin yang dikepung.
Rejim Zionis melancarkan kempen ketenteraan tanpa henti sejak 7 Oktober yang membunuh sekurang-kurangnya 24,100 di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan kerajaan Hamas.
PBB berkata pertempuran yang berlarutan lebih tiga bulan menyebabkan kira-kira 85% penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal, bersesak-sesak ke tempat perlindungan dan bergelut untuk mendapatkan makanan, air, bahan api dan rawatan perubatan.
Guterres mengecam situasi kemanusiaan di Gaza yang dikatakannya sukar digambarkan.
Majoriti kakitangan PBB Palestin meninggalkan rumah mereka dan 152 kakitangan terbunuh sejak 7 Oktober, kata Guterres – “kehilangan nyawa terbesar dalam sejarah organisasi kami”.
Dengan akses bantuan yang sukar sampai kepada pihak memerlukan, penduduk Palestin di Gaza kini berdepan kebuluran.
“Tiada apa-apa yang boleh membenarkan hukuman kepada rakyat Palestin,” kata Guterres.
Pemimpin PBB itu juga memberi amaran mengenai limpahan konflik, termasuk merentasi sempadan Lubnan-Israel.
“Ini berisiko mencetuskan peningkatan yang lebih meluas… dan menjejaskan kestabilan serantau secara mendalam,” katanya. – AFP, 16 Januari, 2024.
REJIM ZIONIS
TAK AMBIK POT
AMIN
DIBELAKANG
ISRAEL ADA
KUASA AMERIKA
AMIN
LAWAN AMERIKA
JATUHKAN
AMERIKA BARU
ISRAEL KALAH
AMIN
KHALAS
SAPA ADA KUASA DIA BETUL
SAPA ADA KUASA
DIA BETUL
KHALAS
Unknown commented on
"KONSEP MASYUUK MASUK"
Sama sajalah siapa ada kuasa dia menentukan siapa masuk siapa keluar siapa bebas, kalau bapak Najib ada memang Najib tak masuk, dendam kesumat semuanya, kalau bapak Mahathir ada selagi itu tak akan biarkan anak masuk sebab bapak mana tak sayang anak sendiri darah daging sendirilah kan?
Memang bapak berjaya kayakan seluruh generasi keluarga sendiri dahulu, nak selamatkan Melayu nak selamatkan Isle nak selamatkan apa lagi?
Cari modal sesuai dengan keadaan asalnya terlepas bebas terlepas simpan segala harta kekayaan kah kah kah orang paling mudah kena tipu-helah begini kita semua sedia maklum, provokasi sikit mula tak guna akal fikiran kah kah kah cerita banjir apa cerita cerita air tak ada apa cerita, cerita teh tarik susu apa cerita, semua cerita panas masa pilihanraya saja lah, selepas itu semuanya lupa kah kah kah memang Kerala ada strategi lupa lupa lupa kah kah kah
KOREK KES RENONG
KOREK KOREK
KES RENONG
AMIN
Unknown commented on
"SKANDAL RENONG -
SIASAT JUGA ANWAR IBRAHIM"
Korek korek korek, tak kira siapa, dulu geng sama sama penyamun jugak, sekarang berpecah geng penyamun perompak tak sama bidang, kalau ada kuasa menjadi perompak utama, yang sampingan geng geng kita minta projek atas alasan agama bangsa negara kah kah kah yang lainnya duduk tepi tunggu masa pilihanraya dapatlah sedikit kah kah kah
DUIT GAJI ?
DUIT GAJI ?
SELASA 16 JANUARI 2025
APAKAH NAJIB AKAN BEBAS ?
BILA NAJIB AKAN BEBAS ?
KENAPA NAJIB DI BEBAS ?
BILA ROSMAH AKAN MASUK JIL ?
BILA KES ZAHID DI BUKAN KEMBALI ?
BILA ISA SAMD MASUK JIL?
JENG JENG ENG
KENAPA ZAHID DAPAT DNAA
PEGUAM NEGARA KATA
TAK PERLU BERI TAHU SAPA APA
JENG JENG JENG
SAPA BAYAR GAJI
PEGUAM NEGARA ?
SAPA BAYAR GAJI KETUA HAKIM?
KALAU PEGUAM NEGARA
PUTAR ALAM ?
MACAM MANA ?
KALAU KETUA HAKIM
PUTAR ALAM MACAM MANA?
JENG JENG JENG
YAMAN
KAPAL LAUT AMERIKA DI ROKET
OLEH YAMAN
JENG JENG JENG
AMERIKA
DI IOWA PEMILIHAN
CALON PRESIDEN SEDANG BERJALAN
PAK CIK TRUMP
MENJADI JUARA
GAZA
HAMAS KLIM
DUA TAWANAN MATI
KENA BOM ISRAEL
KURDISTAN
IRAN KLIM
PUSAT INTEL ISRAEL
DI SERANG
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
LANGIT MALAP
KL & KL SENTRAL BERKABUS
MATA HARI TAK MUNCUL
GUA LINTAS DEPAN ARA
MASIH RAMAI SUARA
PELBAGAI UNGGAS
TAK NAMPAK MUKA
HANYA DENGAR SUARA
HOW WOW
BERSUARA TAK HENTI
DI PANGKAH OLEH KENG KENG
DI PADANG RUMPUT
CENGKERIK GUMBIRA
BUMI BASAH
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
LANGIT YANG KELAM
AKAN BERSIH
BILA MATAHARI MUNCUL
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG YANG TAK LUAR BIASA
DENGAN SENYUMAN
MAIN BOLA NAK JADI JOHAN
MAIN DI PEKAN KUALA PILAH
PAK CIK TRUMP JADI PILIHAN
JOE BIDEN PASTI KALAH
DARI PILAH KE SERI MENANTI
NAIK KERETA TAYAR MELETUP
TRUMP MENANG PERANG BERHENTI
TENTERA NATO SEMUA DI TUTUP
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)