Khamis, 30 Julai 2015

TANGKAP MUHYIDDIN










TANGKAP

 MUHYIDDIN

'Badan petugas perlu ambil keterangan bekas TPM'

Pasukan petugas khas mengenai isu 1MDB yang juga menyiasat dakwaan RM2.6 bilion didepositkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, digesa menyiasat dan mengambil keterangan bekas Muhyiddin Yassin untuk membantu siasatan.

Ini perlu dilakukan kerana Muhyiddin nampaknya mempunyai maklumat mengenai dana yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Abdul Razak, kata aktivis Umno Shahbudin Husin dalam posting blognya hari ini.

Ini ekoran tersebarnya video bocor yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai perkara itu dan mendakwa perdana menteri mengakui wang itu dari Timur Tengah dan didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

KAH KAH KAH
woit
apa lagi tunggu
woit ini saksi penting
bila  nak tangkap
kalau tak tangkap subahat
kah kah kah

TANGKAP



------------------

PEMUDA :LABIS KITA LAWAN








BOTO KO NI?


Pemuda Umno Labis minta Najib rehat
LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh  Najib Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta  Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. 


“Pada pandangan kami,  Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif  Negara,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, TaMuhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.



Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.


Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.

Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.

“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh  Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya
.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
hidup melayu
hidup bangsa johor
hidup melayu

PUKRAAK



--------------

HASAN MALEK KE MAT HASAN?







KAYO RAYO
MB den ni orang dio borbatang lurus atau seteretpowed kato omputih, dio tak boborapo pandai main topi-topi, kalau dio nak cucok dio torus masuk ikut tongah, dio tak sebolah sapo-sapo, yang ponting parti dio borosih.

Sobut pasa opisboi teringat den Najmudin yang tetibo kayo rayo tujuh keturunan. Apokah rahsio dio tetibo jadi kayo?. Kojo kuek agak eeaa ... atau ikek porot simpan duit sampai jadi kayo rayo ... boleh jadik. on MB NEGERI SEMBILAN SOKONG MUHYIDDIN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 5:32 PM



--------------

MB NEGERI SEMBILAN SOKONG MUHYIDDIN





SATU LAGi


Muncul pula audio anti-PM, tapi MB nafi

Selepas kebocoran video kenyataan menggemparkan Muhyiddin Yassin, muncul pula rakaman suara yang kritis kepada perdana menteri yang didakwa dibuat oleh menteri besar Negeri Sembilan.

Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

Menteri Besar Mohamad Hasan bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan  yang menurutnya tidak berasas itu.





Berikut antara transkrip rakaman itu:
Saya bukan nak menyebelah Muhyiddin, mana-mana pihak. Tapi dia cakap tu ada fakta. Betul. Apa dia kata, mistake has been doneIt’s okay. You know, just apologise. Kita akan bersama dengan dia, bukan kita nak suruh dia berhenti ke letak jawatan.

Betulkan balik. Jom sama-sama repair. Macam Mahathir tanya tusimple. Dia tak tanya apa, dia tanya duit itu pergi mana, itu saja. Apa yang Najib susah sangat sebenarnya, duit ini aku dah terpakai. Aku dah silap salah manage. Dah tersilap, habis ceritalah.

Mahathir nak itu saja, Bukan nak tahu itu tidak. Yang ditangkapnyaofice boydispatch, 1MDB ditangkapnya, ya Allah hai.

Muhyiddin kata itu betul. Statement dia di Cheras, Muhyiddin kata kenapa tak tangkap orang yang bersalah dan disyaki?

Yang ditangkap adalah yang tidak bersalah. Benda ni kan, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah najib. Siasat Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

Macam mana tu office boy, standard office boy nak buat kerja RM42 bilion ini? Macam tak logiklah benda ini.

Ini yang datang kemarahan rakyat. Rakyat ni tak bodoh. 


KAH KAH KAH
woit
natang gapo ni
batang berok mano
kah kah kah

KANTOI LAGI


--------------------

#KITA LAWAN - BANGUN MELAWAN






AKHIR NYA DUNIA INI

ADA LAH

MILIK ANAK MUDA




Malaysia selamat jika Najib ditangkap, kata #KitaLawan 

Penangkapan Perdana Menteri Najib Razak dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah hanya cara yang mampu menyelamatkan negara ini, kata sekretariat #KitaLawan.
Anggota #KitaLawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13, Fariz Musa berkata, integriti dan kredibiliti Najib kini memberi kesan kepada rakyat.
"Untuk selamatkan negara ini, tiada cara lain, Najib harus ditangkap dan diserahkan kepada undang-undang," kata koordinator Jingga 13 itu pada sidang media Sekretariat #Kita Lawan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.
Sehubungan itu, #KitaLawan turut menggerakkan kempen "Kita Lawan Najib" ke seluruh negara bermula 2 Ogos depan, bagi mengumpulkan sokongan menjelang Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 29 Ogos.
Pada sidang media itu, #KitaLawan turut memberikan komitmen untuk bersama-sama Bersih dalam penganjuran demonstrasi tersebut.
"Kini semangat Kita Lawan kembali dihidupkan, satu-satunya ruang demokrasi yang tinggal perlu dipertahankan iaitu hak berhimpun secara aman demi menyatakan suara keramat suara rakyat," kata Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir.
Beliau berkata, kempen "Kita Lawan Najib" itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bermula di Sabah diikuti Terengganu pada 7 Ogos, Kelantan dan Sarawak pada 8 Ogos, Perak, Melaka, dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 14 Ogos, dan 16 Ogos, manakala 22 Ogos di Johor Baru.
"Tuntutan yang dikemukakan Bersih adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kemelut politik perasuah-perasuah ini," katanya.
"Selagi ada ruang bersuara, kita perlu gunakan sebaik-baiknya untuk lawan rasuah, lawan kezaliman."
Setiausaha Pemuda PKR, Chang Lih Kang berkata, Najib sudah diberikan banyak peluang namun masih lagi enggan meletak jawatan sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka yang kritikal terhadapnya.
"Kali ini kami akan berikan sokongan padu sebab kita tiada pilihan, selain ke jalan raya, sebab Najib sudah diberikan banyak peluang.
"Tapi beliau bukan sahaja tidak letak jawatan tapi pecat mereka yang kritikal terhadap 1MDB," katanya, merujuk kepada syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang kini dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad.
"Tiada pilihan lain, selain jalan raya untuk kita jatuhkan Najib, kita akan kerahkan ramai orang untuk Bersih 4.0," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-selamat-jika-najib-ditangkap-kata-kitalawan#sthash.YgmCiw1b.dpuf

-
-------------

AKHIR YANG BERAKHIR






AKHIR YANG BERAKHIR

Suasana politik Malaysia kini berkecamok. Nilai ringgit jatuh mendadak. Semakin ramai warga hilang pekerjaan. Graduan menganggur semakin ramai. Jenayah ganas - bunuh dan tembak - semakin menjadi-jadi. Pendatang haram semakin ramai menerbus masuk.  Harga bahan makanan makin naik. Nilai gaji semakin turun. Harga bahan bakar petrol naik lagi. GST sedang mencekik  setiap warga Malaysia - tua dan muda.

Tetiba akhbar mingguan The Edge digantung permit selama tiga bulan. Tetiba The Edge Financial Daily digantung sama. Tetiba portal Sarawak Report dipadamkan dari alam maya. 

Tetiba YB Rafizi dan YB Tony Pua dilarang keluar negara. Tetiba YB Tian Chua juga dilarang keluar negara. Tetiba Ambiga, Maria Chin, Adam Adli dan Hishamuddin Rais dilarang keluar negara. Apa sudah jadi?

Dalam suasana kelam kabut ini Lebai Desas bin Haji Desus  terus kencang berlabon. Mengikut surah Lebai Desas Desus : Najib Razak Perdana Menteri Malaysia ke 6 akan didakwa. Najib akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah. Dilaporkan berbilion ringgit duit rakyat telah masuk ke dalam akaun pribadi Najib sendiri. Kes 1MDB jadi buah mulut setiap yang ada mulut.
Betul ke berita ini? Apakah ini hanya sembang-sembang kosong?

Akhirnya -  saya memikul tanggung jawab untuk memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku. Saya akan cuba menerangkan semudah yang mungkin agar Mak Cik dan Pak Cik Felda akan dapat memahami apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita semua.

Pertama ada sosok-sosok politik dan juru fikir yang berpendapat menuntut Najib berundur adalah satu kesilapan politik. Menurut hujah ini - Najib  dan Rosmah adalah umpan terbaik untuk memancing kebencian pengundi dalam PRU14. Rosmah yang kini dilihat sebagai ‘ puaka hidup’ akan dijadikan modal  kempen oleh Pakatan Rakyat Perjuangan (PRP) dalam PRU14.

Sekali imbas pekara ini dilihat masuk akal. Sekali baca dilihat hujah ini rasional. Tetapi politik dan kerja politik memiliki hukum dan syarat tersendiri. Hakikatnya jika sosok-sosok penyokong Pakatan Rakyat Perjuangan sedar akan peranan ‘jahat’  Najib dan Rosmah, pasti  ramai lagi ahli dan kepimpinan United Malays National Organisation yang sedang melihat pekara yang sama.

Justeru - adalah ‘bebal politik’ jika ahli Parti Ketuanan Melayu tidak menyedari hal ini. Malah Mahathir Muhamad bekas Presiden parti mereka, malah Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden parti mereka - telah menyuarakan pendapat yang sama. 

Fakta yang disuarakan : jika Najib terus memimpin Parti Ketuanan Melayu; jika Rosmah terus terkedik-kedik dalam dikaca TV maka jawabnya gerombolan Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncunya akan dihumbankan oleh gerakan rakyat yang semakin ampuh.

Justeru sebelum rakyat bangun megampoh, sebelum rakyat marah turun ke jalan raya adalah lebih  afdal  untuk United Malays National Organistaion ‘merehatkan’ Najib dahn Rosmah dari sejarah Tanah Melayu ini. 

Merehatkan adalah kata sopan. Dalam bahasa politik Najib dan Rosmah wajib ditangkap dan didakwa untuk kebaikkan masa depan United Malays National Organisation.

Dalam surah orang Negeri Sembilan Najib dan Rosmah ini sedang mengabiskan boreh. Najib dan Rosmah  bukan sahaja menghabiskan beras  malah sedang  membawa malapetaka. Kekalahan Parti Ketuanan  Melayu  dalam PRU14 nanti akan menyediakan lokap dan penjara kepada ramai pemimpin Parti Ketuanan Melayu. 
  
Sebelum semua ini berlaku lebih baik Najib dan Rosmah diterajang keluar. Ini akan dilihat oleh orang ramai dan bakal pengundi bahawa Parti Ketuanan Melayu sedang mengambil  langkah tepat yang positif. Ini sedang dan akan berlaku. Ini realpolitik. Tidak ada kuasa yang dapat menahan ombak realpolitik  ini.

Dari sini timbul persoalan  yang orang ramai sedang tertanya-tanya: Apa ke jadahnya pekara yang ditulis oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) ?  Apa yang menjadikan tulisan WSJ bagitu hebat hinggakan mengoncangkan politik Malaysia?

Biar saya terangkan disini bahawa adalah cakap-cakap bodoh yang mengatakan pembocoran  laporan WSJ tentang  2 bilion ringgit masuk ke akaun Najib WSJ adalah rancangan Yahudi. Adalah cakap-cakap  bangang yang mengatakan bahawa WSJ ini ada agenda untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.  Adalah amat bangang sesiapa sahaja yang percaya atau memiliki pandangan bahawa dokumen 1MDB yang dirujuk oleh WSJ itu telah diubah suai.

Siapa dan apa dia Wall Street Journal ini?

The Wall Street Journal - dengan namanya telah menjelaskan bahawa harian ini mewakili kepentingan kaum pemodal antarabangsa. Wall Street ialah pusat perniagan saham, komoditi dan insuran terbesar dalam dunia. Terletak di New York perniagaan bursa saham ini adalah perniagaan bursa saham syarikat gergasi didunia.

Ini bukan tempat perniagaan Ikan Bakar Sekinchan atau Nasi Lemak Mek Jah Ulu Berang atau jual beli saham Plus Highway.

Hakikatnya Wall Street ialah Kaabah Kapitalis. Akhbar Wall Street Journal ialah jurucakap resmi dari Kaabah ini. Melalui WSJ  para Imam dan Ayatolah wakil kaum pemodal  akan mengeluarkan fatwa fatwi tentang salah benar  dan halal haram segala bentuk perniagaan yang sedang berjalan dalam dunia kapitalis. Hakikatnya WSJ ini mewakili kepentingan perniagaan kaum pemodal antarabangsa.

Lalu timbul persoalan - kenapa membocorkan maklumat tentang bank akaun Najib?

Untuk ini saya menjawab bagini:  Wall Street Journal (WSJ ) tidak menulis tentang Kenya, tidak menulis tentang Uruguay, tidak menulis tentang Zimbabwe. Apakah negara-negara ini aman permai? Apakah tidak ada rasuah dinegara ini?  Jawabnya tidak. WSJ tidak menulis tentang Zimbabwe, atau Kenya atau Uruguay atau negara lain kerana mereka tidak memiliki kepentingan berniaga dalam negara itu. Malaysia ialah rakan niaga Amerika yang ke sepuluh.  Malaysia memiliki  ekonomi yang kukuh di Asean dan Wilayah Pasifik. Malaysia negara kapitalis penting dalam ekonomi kapitalis dunia.

WSJ menulis tentang Najib bukan kerana mahukan demokrasi berjalan di Malaysia. Bukan kerana hak asasi manusia.  Atau kerana Anwar dalam penjara.  WSJ menulis tentang akaun Najib bukan kerana mereka  cintakan Orang Melayu Bumiputera atau sayangkan Islam. Bukan bukan bukan.

WSJ  membocorkan berita itu untuk memberi tanda  dan isyarat kepada kaum pemodal dunia bahawa Najib Razak bukan lagi sosok yang boleh dipercayai di Malaysia untuk mewakilii dan menjaga kepentingan ekonomi mereka. 

Justeru sebaik sahaja berita bank akaun Najib keluar dalam WSJ maka The Age Melbourne, Sydney Morning Herald, The New York Times, The Guardian, BBC, CNN, CNBC dan berpuluh akhbar dan tv dunia membuat laporan yang sama.

Maknanya - selesai sahaja Ayatolah memberi fatwa maka Imam, Bilal, Kadi dan Khatib di seluruh dunia menyuarakan pekara yang sama.

Amat jelas bahawa kaum pemodal antarabangsa telah menolak Najib Razak. Kaum pemodal antarabangsa merasakan jika Najib Razak terus berkuasa  pelaburan modal dan perniagaan mereka akan  merosot. Nilai ringgit yang sedang  merosot ini bukan saja mengurang keuntungan mereka malah berpotensi  menjadi ‘wabak’ di Asean.  

Jangan lupa akan ‘wabak Tom Yam’ pada tahun 1998 yang memporak perandakan ekonomi Asean dan menjadikan ekonomi global lebih parah.

Justeru, lebih awal Najib Razak disingkir lebih molek untuk kaum pemodal di Malaysia dan di Asia Tenggara dan di kawasan Pasifik.

Najib Razak sekarang dalam keadaan yang sama  saperti yang pernah dihadapi  oleh Suharto dan Marcos. Di Pilipina Marcos berhadapan dengan gerakan rakyat kaum kiri. Di Jakarta Suharto berhadapan dengan gerakan anak muda mahasiswa. 

Berkemungkinan keadaan akan menjadi kacau bilau dan merugikan kaum pemodal. Maka dengan licik Amerika membawa pulang Senator  Benigno Aquino dari Amerika. Maka dengan licik Paul Wolfowitz  Duta Amerika di Indonesia menyusun peralihan kuasa - jika tidak warga kiri Inodonesia akan mara berkuasa. 

Najib Razak kini berhadapan dengan ombak rakyat yang mahukan perubahan. Anak anak muda makin gelisah dan resah. Untuk pertama kalinya Sarawak telah merayakan Hari Sarawak Merdeka.  Semangat nasionalisma Dayak semakin memuncak. Di Sabah suara menuntut Sabah Merdeka makin lantang. 

Diseluruh Malaysia sentimen mahu menghumban Parti Ketuanan Melayu semakin membara. Dalam PRU13 jelas kelihatan 52% warga telah memilih Pakatan Rakyat Perjuangan dan menolak United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.

Mustahil ajen Amerika dari Jalan Ampang tidak tahu bagaimana kuasa mutlak terletak di tangan Rosmah Mansor. Keadaan ini amat-amat merbahaya. Kaum pemodal antarabangsa telah melihat peranan Ibu Tien dan Imelda Marcos.  Semua ‘first lady ‘ ini menjadi ikon kebencian - yang mengumpul kemarahan rakyat untuk turun ke jalan raya. Ini membawa porak peranda.

Hakikatnya - semua pergolakan politik Malaysia  diperhatikan oleh kaum pemodal antarabangsa dengan teliti. Selain dari menerima laporan resmi dari Pak Duta di Jalan Ampang , kaum pemodal juga memasang pelbagai  bentuk lembaga perisek dan  ajen. Ada ajen terbuka,  ajen upahan, ajen tertanam, ajen menyamar sebagai akademia, ajen menyamar sebagai wartawan atau pun ajen sedang  membuat kajian di universiti.  Semua ‘alat-alat’ ini  memberi laporan untuk memastikan pelaburan mereka selamat dan terus mendapat keuntungan maksima.

Justeru adalah silap besar apabila menuduh bahawa WSJ tidak tahu politik Malaysia. Adalah silap besar jika tidak sedar bahawa WSJ mengetahui terperinci hal  dalaman politik United Malays National Organisation berbanding dengan pengetahuan ramai Ketua-ketua Bahagian gerombolan sendiri.

Akhiranya - adalah silap besar jika menganggap maklumat dari Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Bangkok sebagai palsu. (TT)

 NOTA
 tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu 
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 
  


-------------

DARI MANA DUIT DATANG







MUHYiDDIN KATA 

NAJIB NGAKU DUIT 

DUA BILION 

ADA MASUK

 KE DALAM AKAUN 
\
PRIBADI NAJiB


SOALAN TiMBUL

DARI MANA 

DATANGNYA
\
 DUIT iNI?

1- najib menang loteri
2- najib jumpa harta karun
3- najib pecah tabung buluh
4- najib ada toyol
5- najib dapat sedekah tok arab
6- najib jual tanah
7- najib jual durian
8- duit dari united nation
9- duit dari arwah gadafy






----------------

EMPIRE STRIKES BACK




SELAMAT 

DARI APA?

Gugur Muhyiddin: Najib belum selamat lagi?

SHAH ALAM – Kedudukan  Najib  Razak sebagai Perdana Menteri didakwa masih belum 'selamat' lagi meskipun beliau sudah menggugurkan  Muhyiddin Yassin dari Kabinetnya.

Demikian kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sambil menegaskan bahawa Najib hanya selamat jika beliau boleh memecat keahlian Muhyiddin dalam Umno seperti yang pernah dilakukan oleh Mahathir Mohamad kepada  Anwar Ibrahim pada 1998.

“Adakah Najib sanggup menanggung risiko selepas ini? Muhyiddin ada kuasa dan keupayaan khususnya untuk berjumpa bahagian demi bahagian, cawangan demi cawangan terutamanya ketika musim pemilihan sekarang in


KAH KAH KAH
woit
ini sudah perit
ini sudah susah
dah mula gelabah 
dah mula goyah
kah kah kah
empire muhyiddin strikes back

MANTOi



--------------

MAT MONGOL SUDAH KANTOI




KANTOi 

MANTOi





Dalam video bocor, Muhyiddin kata Najib mengaku RM2.6 bilion masuk akaunnya

Najib Razak mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya, kata bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya malam tadi, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
“Saya tanya dia (Najib) daripada siapa? Dia tak sebut nama, tetapi dari Timur Tengah. Berapa banyak? Lepas itu dia kata, susah nak kata, dia kata ‘a lot, a lot’.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dalam-video-bocor-muhyiddin-kata-najib-mengaku-rm2.6-bilion-masuk-akaunnya#sthash.fTG4pZ3N.dpuf

LU NAK KATA 

APA LAGi

KAH KAH KAH

-----------

MANO ILANG?






TUN

APO KOBA 

MANO iLANG

LAMO BONA

TAK DOGA 

CERITO CERINTi

SATU KLUMPO

NUNGGU TUN


--------------

SATU OGOS - SOGO










2 hrs · 
 

Mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi himpunan pada Sabtu ini terbuka untuk anak semua bangsa tidak kira ideologi atau fahaman politik.

Ayuh bangkit anak muda, lupakan segala bentuk perbezaan. Negara ini harus di selamatkan dari tangan-tangan mereka yang korup dan kotor.

Bangkit! Ayuh rampas masa depan kita sendiri!
#TangkapNajib









---------------

APA SUDAH JADI?







APA

SUDAH JADi



Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini dibatalkan 



Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dijadualkan berlangsung Jumaat ini, yang menjadi spekulasi akan membuat keputusan berhubung status  Muhyiddin Yassin dan  Shafie Apdal, dibatalkan.
Perkara itu dimaklumkan kepada ahli MT melalui satu surat bertarikh hari ini ditandatangani Setiausaha Agung Umno  Tengku Adnan Tengku Mansor.
Alasan pembatalan mesyuarat itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.
Selain itu, turut dibatalkan ialah majlis taklimat tertutup isu semasa oleh PresidenNajib Razak dan sambutan hari raya kepimpinan Umno yang dijadualkan pada tarikh sama.


Perkara itu bagaimanapun dimaklumkan dalam surat berasingan kepada pemimpin Umno peringkat Bahagian.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mesyuarat-majlis-tertinggi-umno-pada-jumaat-dibatalkan#sthash.DYFbw3Ld.dpuf

KAH KAH KAH
woit
apa sudah jadi
apa punya hal
kira punya kira
tak cukup orang ke
hitung punya hitung
muhyiddin lebih geng ke
kira punya kira
sharizat lembu nak berontak

PADAN MUKA
----------------

BERSEDIA






ANAK MUDA 

BERSEDiA







4

Bersih 4 bermalam di KL 29 Ogos desak Najib letak jawatan


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan untuk kali keempat di 3 bandar raya berasingan pada 29 Ogos ini bagi mendesak  Najib Razak meletak jawatan.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, himpunan itu akan diadakan secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu bermula jam 2 petang hari Sabtu itu dan berakhir pada keesokan harinya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-4-bermalam-di-kl-29-ogos-desak-najib-letak-jawatan#sthash.aCE3eYB5.dpuf









4
------------

TRANSFORMASI






FAHAMi APA

iTU

TRANSFORMASi
 


-------------

ANAK MUDA BERSIH 4





ANAK MUDA

BERSEDiA

-----------------