Selasa, 29 November 2022
KES ROSMAH LAMA SANGAT - KATA HAKIM
Hakim ingatkan peguam utamakan kes gubah wang haram Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi hari ini mengingatkan pihak pembelaan untuk memberi keutamaan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Rosmah Mansor, memandangkan kes itu telah mengambil masa lama sejak 2018.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata ia perlu diberi keutamaan oleh peguam yang mewakili Rosmah, 70, kerana kes tersebut belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun isteri bekas perdana menteri Najib Razak didakwa pada 4 Oktober 2018.
“Saya berpendapat mahkamah perlu menetapkan tarikh perbicaraan untuk kes ini, namun sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Rosmah untuk saya menarik diri daripada mendengar perbicaraan, kes akan didengar oleh hakim lain,” kata hakim itu.
Zaini berkata demikian selepas peguam Revin Kumar yang mewakili Rosmah memaklumkan beliau perlu merujuk peguam bela utama Geethan Ram Vincent mengenai tarikh perbicaraan sesuai.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn memberitahu mahkamah pihak pendakwaan akan memanggil 14 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.
Mahkamah kemudian menetapkan 1 Disemebr ini untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes.
Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Pada 1 September lepas, hakim Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
WOIT
KES ROSMAH
LAMA SANGAT
AMIN
DARI ANAK DARA
JADI JANDA
HINGGA JADI
ANAK DARA
SEKALI LAGI
TAPI KES
MASIH BELUM
SELESAI
AMIN
RAKYAT NAK
TENGOK BIK MAMA
SLIM MACAM
ZIANA ZAIN
KHALAS
ZAHID DALAM KABINET
Tian Chua perjelas kenapa Zahid perlu ada dalam Kabinet Anwar
PETALING JAYA: Walaupun ada desakan supaya Ahmad Zahid Hamidi diketepikan daripada dilantik dalam Jemaah Menteri, presiden Umno itu boleh memainkan peranan penting dalam menstabilkan kerajaan Anwar Ibrahim, kata bekas naib presiden PKR Tian Chua.
Tian Chua berkata, Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan, yang akhirnya menyaksikan Barisan Nasional (BN) bersetuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sebelum gabungan dan parti lain menyusuli selepas itu.
Beliau menegaskan terdapat tentangan kuat dari dalam BN terhadap kerjasama dengan PH, tetapi Zahid kekal dengan pendiriannya.
“Pemimpin PH dan BN perlu membina kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan. “Tidak dinafikan, masih terdapat keraguan dalam BN, khususnya Umno. Tetapi Zahid telah menunjukkan keupayaannya untuk menyatukan BN ke dalam pendirian bersama untuk bekerjasama dengan PH.
“Pengalaman Zahid dalam kerajaan adalah satu kelebihan dan beliau boleh melengkapi menteri PH yang tidak berpengalaman. Beliau juga boleh menjadi pengantara antara PH dan perkhidmatan awam dan segmen konservatif kerajaan.
“Zahid juga boleh berperanan dalam menghubungkan parti komponen lain dalam gabungan besar itu, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”
Tian Chua, bekas Ahli Parlimen Batu, berkata mengetepikan Zahid dan “kluster mahkamah” daripada Jemaah Menteri bukan secara automatiknya bermaksud kerajaan terus menjadi bersih.
Katanya, pentadbiran sebelum ini juga tidak mempunyai menteri atau timbalan menteri yang berdepan kes mahkamah, namun dakwaan berlakunya rundingan terus dan pilih kasih dalam perolehan tetap menjadi isu.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan Zahid dalam Jemaah Menteri tidak sepatutnya bermaksud beliau kebal daripada pendakwaan.
“Prosiding perbicaraan harus diteruskan dan Zahid mesti membuktikan beliau tidak bersalah di mahkamah,” katanya.
Tian Chua juga berkata, jika BN mencalonkan Zahid untuk jawatan dalam Jemaah Menteri, ia bukan bergantung kepada PH untuk menolaknya, sambil menyifatkan ini adalah sebahagian daripada prinsip kerjasama dan tanggungjawab kolektif.
“Jika kita mahu serius mengenai (membasmi) rasuah, kita memerlukan pembaharuan yang sebenar untuk merombak secara sistematik institusi pemerintahan kita.
“Untuk melaksanakan pembaharuan menyeluruh, kita memerlukan kerajaan yang kuat dan berkesan. Mujurlah PH menikmati permulaan yang baik. Bagaimanapun, PH tidak mampu untuk bercanggah dengan BN pada peringkat awal ini. Kerjasama antara Anwar dan Zahid adalah sangat penting.”
Semalam, Anwar memberitahu wartawan beliau akan “mengambil kira semua pandangan”, ketika ditanya mengenai desakan supaya Ahli Parlimen yang berdepan kes mahkamah tidak dilantik dalam Jemaah Menteri.
Pengerusi PH itu menyatakan bawah undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
NGO dan pemimpin seperti bekas menteri Rafidah Aziz menggesa Anwar tidak melantik ahli politik yang berdepan kes mahkamah sebagai menteri, sambil berkata ia akan mencalar imej negara.
WOIT
KALAU ZAHID
DALAM KERAJAAN
AKAN STABIL
KERAJAAN
AMIN
KALAU TIDAK
APAKAH AKAN
ADA KES LARI
KELUAR LAGI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
ZAHID MENGIKUT TITAH
'No Anwar, No DAP' hanya untuk hadapi PRU15, kata Zahid
KERJASAMA Umno dengan PKR dan DAP, dalam kerajaan gabungan yang dibentuk selepas pilihan raya umum lepas, tidak akan mengabaikan prinsip parti sebagai wadah perjuangan Melayu dan Islam, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Umno berkata pendirian parti tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP, serta Bersatu, hanyalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) dan bukannya selepas pilihan raya.
“Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama ‘lidi seikat’ ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada Umno dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Zahid juga berkata kerjasama parti-parti politik yang berlaku sekarang atas atas titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan sebuah kerajaan perpaduan dibentuk.
Lebih setahun sebelum PRU15, Umno membuat ketetapan di perhimpunan agung tahunannya pada Mac 2021 menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu.
Keputusan itu lebih popular disebut sebagai “No Anwar, No DAP, No Bersatu”, yang terus diulang-ulang sebelum PRU15.
Selepas PRU15, setelah tiada mana-mana gabungan menang cukup kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno memberi dukungan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk dilantik perdana menteri.
Menurut Zahid, kerjasama politik itu tidak akan menghilangkan identiti Umno sebagai wadah perjuangan Melayu dan Islam.
Malah beliau menyifatkannya sebagai kesediaan Umno berubah mengikut masa dan keadaan.
“Sesuai dengan perkembangan ia perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif.
“Umno tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap sederhana dan progresif dalam menangani perubahan,” katanya.
Umno juga, katanya, menolak parti yang menggunakan agama untuk berpolitik, kenyataan yang dipercayai merujuk pada PAS.
Mengenai kerjasama BN dan PH di Perak dan Pahang, Zahid berkata kerjasama itu untuk memastikan kestabilan dalam kerajaan negeri yang dibentuk selepas pilihan raya.
BN dengan 9 kerusi di Dewan Undangan Perak membentuk kerajaan bersama PH yang menang 24 kerusi. Perikatan Nasional (PN) menang paling banyak 26 kerusi tetapi tidak cukup majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi.
Di Pahang juga, tiada mana-mana gabungan berjaya mendapat sekurang-kurangnya 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Kedua-dua menteri besar daripada BN sebelum PRU15 dikekalkan menerajui Perak dan Pahang. – 29 November, 2022.
APA ZAHID
KATA ADALAH
BENAR
AMIN
INI KERAJAAN
YANG AKUR PADA
TITAH AGONG
KHALAS
AGONG MAHU
SELAMATKAN
MALAYSIA
AMIN
GAYA HIDUP
MALAYSIA BUKAN
GAYA HIDUP ARAB
KHALAS
NEELOFA BERAK DIMANA ?
NEELOFA
BERAK DIMANA
AMIN
Unknown commented on
"BERITA BAIK DARI MUHYIDIN"
Lu tengok bila raya,satu Hari satu mlm baru smpai Kelantan punyer jem jalan.sek2 kito kroje cari makan kt KL, tapi mengundi kt Kelantan.depa susah xde ayor 2x setahun je. depa dah senang kt kl berak x pyh korek telaga.bab xde ayor depa leh ckp kl pun kdg2 xde ayor apa nak heran pas bodo xleh adakan bekalan ayor kt klate.smpai sudah la klate tu negeri mundur negeri banjor tp xde bekalan ayor ke rumah2. Neelofa pun berak kt penthouse,apa nak gaduh2. Yg penting isle.
CONTOH KARUT TERBAIK
PENYEBAR
AJARAN KARUT
KHALAS
Unknown commented on
"INTERNET BAWA PENCERAHAN DAN KEKARUTAN"
gua fikir para alim ulama dan majlis ulama atau majlis fatwa kebangsaan wajib memantau kekarutan dan carba marba mengenai islam versi malaysia ni.pada ketika fitnah diluaskan oleh PN, org2 agama negeri,daerah atau majlis mufti raja2 atau majlis fukwa, tiada seorg pun yg muncul utk mengeluarkan diri dan menghalang fitnah dan kekarutan tersebar.gua faham org2 agama ini ramai asal kelantan dan PN kelantan antara yg paling aktif menyebarkan fitnah.para mufti,agamawan negeri dan daerah wajib memantau para pemegang lesen kuliah agar tidak mjd agen penyebar kebencian antara bangsa,agama dan rasis..kerajaan anwar wajib menyediakan ruang atau pentas agar agamawan dari PN dibenarkan berbahas atau berdebat terbuka dgn fitnah yg mereka bawa.andai tok guru silap dan melakukan dosa dan tidak dibetulkan, dan pengikut2 pula menganngap dosa itu sbg syurga, maka seramai mana pengikut tok guru itu, seramai itu la dosa yg akan dipikul guru tersebut.ada tok guru dpt beri syurga mimpi milik iblis.disbkan mata hati telah terkambus, maka kebenaran tidak dpt dilihat.sila gunakan akal fikiran waras dikurnia tuhan..
INI CONTOH
KARUT TERBAIK
KHALAS
PERUNTUKAN 600 BILION ?
PERUNTUKAN
600 BILION ?
KHALAS
Unknown commented on
"SOKONGAN
WAJIB DIBUKTIKAN"
mahiaddin paling takut pada usul percaya dan tak percaya ini.ditutup parlimen, diadakan darurat dan si sembab kehulur kehilir dgn peruntukan 600bilion..malang apakah disakakan kpd tanah melayu ini.mahu dilihat lebih arab dari arab, mahu dilihat sbg bangsa yg gagah tp hang tuah hanya la cerita panji yg dijadikan sejarah.dikabarkan memiliki keris ampoh namun keris itu hadiah dari kerajaan bukan islam.mahu dilihat sbg serambi mekah tp kota bharu adalah kota gay.
SEMUA DI LARANG - BANGUN DAN LAWAN
SEMUA
TAK BOLEH
AMIN
SEMUA DILARANG
MAKA ANGKAT
KERTAS KOSONG
BANGUN MELAWAN
KHALAS
SUARA TAMRIN
TAHNIAH ANWAR !
SEMOGA PAHAT TIDAK BERBUNYI LAGI
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 29/11/22
1. SURAH AL IMRAN
ayat 26
m/s 53
Katakanlah ( Muhammad ) "Wahai Tuhanku Pemilik Kekuasaan , Engkau Berikan Kekuasaan Kepada Sesiapa Yang Engkau Kehendaki , Dan Engkau Menarik Kekuasaan Daripada Sesiapa Pun Yang Engkau Kehendaki . Engkau Memuliakan Sesiapa Yang Engkau Kehendaki Dan Engkau Menghinakan Sesiapa Yang Engkau Kehendaki . Dengan Kekuasaan Engkau Jualah Adanya Segala Kebaikan . Sesungguhnya , Engkau Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu"
2. Semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT ; apa yang diberi adalah yang terbaik
3. Kita merancang tapi ALLAH adalah sebaik - baik perancang
justeru dengan melapangkan dada kita harus terima Keputusan Pilihanraya dan Pilihan Anwar sebagai Perdana Menteri ke10
4. Rakyat yakin Anwar akan melakukan TERBAIK untuk negara dan rakyat , jika GAGAL juga seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri , pasti rakyat akan menghukum beliau pada Pilihanraya ke 16 nanti
5. Selepas mengundi pada hari Sabtu 19hb November dan perlantikan beliau oleh YDP Agong pada hari Khamis 24hb November Anwar, tanpa berlengah masa telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi rakyat selama ini
6. Selain itu , di dalam beberapa temuramah , beliau bertekad menghapuskan rasuah yang amat nyata dan keterlaluan
7. Sikap Anwar mahu memperkecilkan jumlah Ahli Kabinet , mengurangkan gaji Menteri dan beliau sendiri tidak akan mengambil gaji dan pada masa sama tidak membenarkan kemewahan seperti mengubahsuai pejabat dan menggunakan kenderaan yang ada juga satu langkah yang perlu dialu - alukan
8. Anwar akan pasti diberi sokongan dengan syarat mereka yang sedang menghadapi Perbicaraan Mahkamah TIDAK akan diberi tempat dalam Kabinet yang bakal diumumkan tidak lama lagi - ini TERMASUK Zahid Hamidi , Presiden UMNO merangkap Pengurusi BN yang menyokong beliau
9. Biarlah Badan Kehakiman BEBAS dari campurtangan Kerajaan ; TIDAK CUBA menangguh atau melewatkan Perbicaraan samada di Peringkat Mahkamah Tinggi , Mahkamah Rayuan mahupun di Peringkat Mahkamah Persekutuan
10. Banduan , TEMASUK Najib , bekas Perdana Menteri MESTI dilayani seperti 70,000 banduan lain - dalam ertikata lain TIDAK ada layanan seperti telefon bimbit , tilam yang lebih baik dan 'portable' aircond
11. Seperti janji Rafizi Ramly , Azam Baki perlu disiasat , begitu juga beberapa orang Pegawai Tinggi SPRM harus DIKELUARKAN dari SPRM dalam masa terdekat ini ; mereka tak ubah seperti pepatah :
HARAPKAN PEGAR ,
PEGAR MAKAN PADI
12. Oleh kerana janji Anwar mahu MELAKUKAN PEPERANGAN terhadap salahguna kuasa dan rasuah , rakyat mahu melihat Mahiaddin Yasin , Azmin Ali dan ramai lagi pemimpin yang korap di heret kemuka Pengadilan
13. Biarlah mereka dan penyokong menuduh Kerajaan Anwar zalim atau membalas dendam namun majoriti rakyat pasti akan menyokong tindakan beliau
14. Kes hubungan seks dengan Nika Gee yang telah dilapurkan ke JAWI beserta dengan SD bekas suami Nika tetapi ditutup begitu sahaja dan hubungan seks luar tabaii Azmin Ali dengan Haziq Aziz harus dibuka semula dan diambil tindakan
15. Anwar jangan sesekali :
MENUTUP BANGKAI
GAJAH DENGAN
NYIRU DAN JANGAN SESEKALI MEMILH BULU
ini termasuklah kawan dan lawan , dan jika terdapat mana Sultan atau keluarga yang melakukan kesalahan Perlembagaan dan Undang - Undang samada menjual hak negara dan negeri atau TIDAK MEMBAYAR SEBARANG CUKAI
ini juga REFORMASI yang diperjuangkan oleh PKR/PH selama ini
16. Kini bukan lagi masa rakyat tuduh menuduh , kita harus tumpukan masa dan tenaga membantu beliau membangunkan semula atau RESET negara kita yang telah dihancurkan oleh Mahiaddin Yasin yang GAGAL dan Ismail Sabri Yaakub yang lemah
17. Jika zaman Tun Dr. Mahathir dulu kita dikenali sebagai 'THE ASIAN TIGER' , dan jika Germany dan Jepun hancur akibat Perang Dunia ke2 mampu bangkit semula dan kini merupakan negara terkaya selain China , saya yakin jika kita bersatu dibawah pimpinan beliau , negara kita juga akan seperti Germany dan Jepun
18. BERILAH BELIAU PELUANG DAN SOKONGAN UNTUK MENUJU KEHADAPAN
Wassalam
Terima Kasih
MI SPIK NO INGLIS MULA MELAWAN
Ismail Sabri sangkal dakwaan RM620 bilion tidak direkodkan
KUALA LUMPUR – Ismail Sabri Yaakob hari ini menyangkal dakwaan kononnya sejumlah RM620 bilion yang digunakan untuk pakej rangsangan tidak direkodkan dalam Akaun Perbendaharaan.
Beliau menegaskan, semua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.
“Berhubung dengan komen bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022, saya ingin menegaskan dakwaan ini tidak benar dan semua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.
“Nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion, di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).
“Perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telahpun diluluskan Parlimen sebulat suara,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Beliau mengulas ciapan seorang pengguna akaun Twitter, Yusoff Bachek yang membuat hantaran tidak benar.
Dalam ciapan itu, pengguna Twitter terbabit menyatakan, “RM620 bilion tidak direkod dalam Akaun Perbendaharaan untuk 2020-2022 semasa PKP dan darurat. Sekarang kita tahu kenapa Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak mahu orang lain jadi Perdana Menteri’.
Ahli Parlimen Bera itu menggantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 23 Ogos 2021.
WOIT
MI SPIK NI INGLIS
KAH KAH KAH
REKOD NI
MEMANG ADA
AMIN
YANG PENTING
IALAH DUIT
INI DI BELANJA
UNTUK APA
OLEH SAPA
KEPADA SAPA
KHALAS
REKOD TAK
MAKNA APA APA
AMIN
AKAOUN NAK
DI LIHAT OLEH
AKAUNTAN NEGARA
AMIN
AUTONOMI ATAU MERDEKA
Autonomi Sabah, Sarawak lagi penting dari jawatan TPM, kata penganalisis
RAKYAT Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya melihat jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dilantik dari negeri Borneo sebagai tuntutan utama dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik.
Ia sekadar simbolik semata-mata, kata pakar Asia Universiti Tasmania James Chin, sementara Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia berkata jawatan itu tidak akan merapatkan jurang pembangunan antara Borneo dan Semenanjung.
Isu utama Sabah dan Sarawak ialah mempunyai autonomi untuk menentukan keutamaan pembangunan mereka berbanding mempunyai timbalan perdana menteri, kata mereka.
Masalah dua negeri Borneo itu ialah isu autonomi dan mencari dana untuk menyiapkan banyak projek infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, hospital dan sekolah, kata Chin.
“Autonomi sebab rakyat di Sabah dan Sarawak mahu tentukan sendiri keutamaan pembangunan yang mereka mahu daripada merujuk atau ditentukan Putrajaya,” tambahnya.
Jayum berkata jawatan timbalan perdana menteri tidak akan merapatkan jurang pembangunan di kedua-dua negeri tersebut.
“Jawatan TPM hanya akan beri manfaat kepada individu tertentu, bukannya rakyat Sarawak atau Sabah,” kata profesor sains politik di UPM itu.
Beliau berkata perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kedua-dua negeri ialah mendapatkan dana bagi merapatkan jurang digital; luar bandar dan bandar; Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung; serta Bumiputera dan bukan Bumiputera.
“Sudah tiba masanya pemimpin di Semenanjung melihat ke belakang, menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan buat perkara betul secara bermoral, beretika,” kata Jayum.
“MA63 bukan sesuatu yang perlu dikembalikan. Syarat MA63 sudah ada sejak awal lagi.”
Beliau berkata sudah tiba masanya Anwar menunaikan janji pilihan rayanya mengenai MA63 dan menghormatinya.
“Sabah dan Sarawak sepatutnya tidak perlu mengemis tentang hak mereka. Pemimpin dari kedua-dua negeri itu telah disesatkan dan dinasihatkan secara salah untuk menuntut apa yang sepatutnya menjadi milik mereka sejak mula dan disahkan dalam MA63.”
Kata Chin, memandangkan kebanyakan orang menjangkakan Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof untuk mengisi salah satu jawatan timbalan perdana menteri, ia juga tidak akan memajukan hasrat Anwar untuk mempunyai kerajaan “inklusif, berbilang kaum”.
“Saya jangka timbalan perdana menteri datang daripada GPS (Gabungan Parti Sarawak). Jika itu berlaku, maka GPS akan buka landasan baharu.
“Adakah mereka akan tunjuk komitmen mereka terhadap kepelbagaian kaum jika mereka pilih calon TPM dari pihak Pesaka,” kata Chin merujuk kepada sayap bukan Islam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ketua utama GPS.
Fadillah, naib presiden kanan PBB dan ketua whip GPS di Parlimen adalah dari sayap bumiputera - sayap Melayu-Islam dan Melanau – parti itu.
Chin berkata jika semua jawatan kanan – perdana menteri dan dua timbalan menteri – didominasi orang Melayu Islam, “maka kita tidak akan mencapai sebarang kemajuan (dalam hubungan kaum)”.
“Jadi untuk tujuan simbolik, (Premier Sarawak) Abang Johari Openg yang tidak henti-henti mengumumkan beliau tidak rasis dan mempunyai kerajaan negeri berbilang kaum, hendaklah (mencalonkan) bukan Islam sebagai timbalan perdana menteri.” – 29 November, 2022.
AUTONOMI
ATAU
MERDEKA
AMIN
INI PERSOALAN
HAKIKI YANG
WAJIB DITUNTAS
AMIN
KHALAS
MANA PAK LEBAI LAWAN ZIONIS
MANA PAK LEBAI
LAWAN ZIONIS
KHALAS
Unknown commented on
"AWAS ! BAHAYA ZIONIS
MERESAP"
ini cerita klise, ini cerita mimpi berahi rosmah masih lagi anak dara.pada ketika UAE, arab saudi menghulurkan tangan dan salam menyokong israel, mana hilang pejuang2 palestin?mana hilang haji hadi ? mana hilang malaysiaNOW lidah azmin ali?mana semua hilang?mana haji mahiaddin hilang tercirit dlm parlimen?takyah labon la..ketika morsi jd presiden mesir, morsi pernah mendoakan kemusnahan israel ketika solat jumaat.israel ada memberi amaran kpd morsi,namun morsi terus menerus mendoakan kehancuran israel..lu tau apa israel buat? israel mendedahkan perdagangan rahsia mesir dan israel di media2 dunia.baru la morsi tutup mulut henti berdoa..ini terjadi sebelum rampasan kuasa oleh el sisi..
cuba lu tanya haji mahiaddin dan haji ismail bapak dafi, berapa jumlah dagangan malaysia dgn israel yg berpaksi disinga pura2, singapore??lu lupa cerita org melayu jd agen mossad utk culik rakyat palestin di msia?lu lupa nik abduh dgn agen cia? lu lupa agen cia osama bin ladin asal saudi jd pejuang islam di afganistan?lu lupa tentera US keluar dari afganistan bukan sb ditewaskan taliban??apa punya turrrrr..
SAPA CURI DUIT NEGARA
WIRID
SAPA CURI DUIT
NEGARA
KHALAS
Unknown commented on
"SARAWAK AKUR
TITAH AGONG"
Majoriti rakyat Sabah Sarawak agama Kristian, kalau parti sokong PN atau PAS ini kali saja dapat undi, lain kali kami ke laut saja kah kah kah, kalau setiap rakyat sedar untuk negara menjadi maju, tak boleh lagi main isu kaum agama sampai bila bila, kena fokus urus tadbir, banteras rasuah, penjenayah politik yang curi duit, harta mereka perlu dirampas masuk dalam kantung negara, semak balik semua pemimpin politik yang ada aset luar biasa, berapa banyak mereka curik selama ini patut jadi agenda semua rakyat negara ini, buka lagi asyik wirid wirid DAP DAP DAP, selama ini curik siapa? Siapa rasuah paling kuat? Siapa songlap duit negara berbillion kah kah kah kalau masih tak nampak kalau masih tak dengar baik masuk ke kerajaan langit Tok Ayah Pin sahaja kah kah kah mampooos woit
MASIH MENUNGGU
MASIH MENUNGGU
SELASA 29/11/2022
KITA MASIH TUNGGU
NAMA NAMA MENTERI
AMIN
PASTI PERBINCANGAN
SEDANG BERJALAN
LOBI MELOBI
SEDANG BERJALAN
KITA TUNGGU DAN LIHAT
AMIN
IRAN
MOGOK PEMANDU LORI
MASUK HARI KE TIGA
PEMANDU LORI
KINI MENYOKONG PERJUANGAN
UNTUK MERUNTUH
REJIM PAK LEBAI
BANYAK KEDAI
BANYAK BAZAR DI TUTUP
SEMUA MENYOKONG
GERAKAN ANTI LEBAI
WILAYAH KURDISH
DI ISTIHAR DARURAT
SOLDADU MASUK
MENGAWAL
SECARA RESMI
PAK LEBAI MENGAKUI
400 TELAH TEWAS
AL FATIHAH
AMIN
UKRAINE
ZALENSKY MULA GADUH
DENGAN DATUK BANDAR KYIV
ZELENSKY INI JADI HALANG
CARI JALAN DAMAI
QATAR
GHANA 3 KOREA SELATAN 2
BRAZIL 1 SWITZERLAND O
CAMEROON 3 SERBIA 3
PERMAINAN DITERUSKAN
HOKKIEN
PAGI INI INDAH
JANTAN BERKOKOK
GAGAK BERLAGU
TERKUKUR MERAYU
MATA HARI DAH KELUAR
TAPI DILINDUNGI AWAN
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT CERAH
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
CERITA PAGI INI
GUA IKUT JALAN KE SUNGAI
ADUH !
JALAN PULANG BERSELISEH
DENGAN ACI INDIA
DIA ADA ANJING JANTAN
TAK TAK HAMPIRI
KEMUDIAN BERGADUH
GUA LERAIKAN
GUA ADA TONGKAT
GUA PUKUL TAK TAK
MINAH INDIA INI
SEMASA NAK PUKUL TAK TAK
DIA PUKUL KEPALA GUA
KAH KAH KAH
NASIB BAIK TAK SAKIT
WOW
MINAH NI MARAH BETUL
LALU GUA TERINGAT
FALSAFAH GUA
KALAU KITA MARAH
MACAM MACAM KELUAR
DARI MULUT
BILA REDA
KITA SESALI APA YANG KITA CAKAP
GUA MINTA MAAF
DAN BEREDAR
GUA TAK MARAH
GUA HAIRAN ACI INI
HILANG PEDOMAN
KHALAS
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SELASA
YANG INDAH PERMAI
BRO
LEBIH BAIK
MEMBUAT KESALAHAN
DARI MEMALSUKAN
KESEMPURNAAN
BRO
UNTUK MEMULAKAN
SESUATU WAJIB SATU KEBERANIAN
UNTUK MENYELESAIKAN
WAJIB JIWA YANG KUAT
BRO
CINTA SEJATI INI
MACAM HANTU
SEMUA ORANG BERCERITA
TAPI TAK RAMAI
YANG BERJUMPA
BRO
LU LELAH HANYA
SEBENTAR SAJE
TERUSKAN PERJALANAN
AMIN
SELAMAT MENUNGGU
SAPA JADI MENTERI
Langgan:
Catatan (Atom)