Selasa, 15 Oktober 2024

BANJIR BESAR AKAN SAMPAI KE KELANTAN ?


BANJIR BESAR

AKAN SAMPAI

KE KELANTAN ?

AMIN

IRAK SERANG PERLABUHAN HAIFA


IRAK SERANG

PELABUHAN HAIFA

AMIN

MELAWATI TANAH RUNTUH


HUJAN BAWA

TANAH RUNTUH

DI MELAWATI

AMIN

KENAPA KES GLOBAL IKHWAN GUNA SOSMA ?


PELIK KENAPA

KES GLOBAL IKHWAN

GUNA SOSMA ?

AMIN

UNDI ROSAK LEBIH BANYAK DARI UNDI MENANG - ZAHID KALAH


WOIT 

ZAHID KALAH

KAH KA KAH

INI KES UNDI ROSAK

LEBIH BANYAK

DARI UNDI MENANG

KAH KAH KAH

WARTAWAN BLOOMBERG AKAN DI TANGKAP ?




Anwar serah kepada polis siasat Bloomberg di sebalik gesaan bersihkan nama dakwaan campur tangan SPRM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengelak daripada menjawab soalan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya berhubung laporan Bloomberg bulan lepas yang mendakwa beliau mencampuri urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengarahkan siasatan terhadap lawan politik di samping menghalang siasatan terhadap bekas pembantunya.

Sebaliknya, Anwar berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap wartawan agensi berita kewangan itu.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa polis telah mengambil keterangan daripada Bloomberg dan "individu-individu terkait" pada 1 dan 11 Oktober.

"Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat dan peguam negara mengambil tindakan yang sesuai," katanya kepada Dewan Rakyat menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Fadhli bertanya sama ada kerajaan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg berhubung laporan yang diterbitkan pada 26 September, yang disusuli dengan sebuah laporan polis oleh bekas menteri kewangan Daim Zainuddin menggesa Anwar disiasat atas dakwaan salah guna kuasa.

Soalan itu dibangkitkan di tengah-tengah gesaan yang semakin meningkat supaya Anwar memfailkan saman terhadap Bloomberg, di mana pelbagai pihak mengatakan penafian SPRM dan Pejabat Perdana Menteri tidak meyakinkan untuk menyangkal tuduhan dalam laporan tersebut.

Pada 26 September, Bloomberg memetik tiga sumber yang berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pernah memberitahu pegawainya bahawa Anwar memberi arahan memulakan siasatan terhadap beberapa musuh politik, termasuk Daim, Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya.

Pada masa sama, laporan itu memetik sumber yang sama sebagai berkata Anwar turut memberitahu Azam supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai RM1 bilion.

'Kes apa?'

Anwar hari ini mempersoalkan dakwaan terhadap Farhash dengan berkata syarikat yang dimaksudkan melibatkan Sultan Kelantan.

"Isu dia apa? Syarikat apa? kes apa? Saya percaya YB Pasir Mas tahu bahawa yang dikaitkan itu satu syarikat yang melibatkan Tuanku Sultan, tidak melibatkan Farhash," kata Anwar dalam jawapannya.

Ia menerima bantahan Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan, yang memetik Peraturan Mesyuarat melarang penggunaan nama sultan dengan tujuan mempengaruhi Dewan.

Farhash, bekas pengerusi PKR Perak, dilantik pengerusi 7-Eleven Malaysia milik taikun Vincent Tan hanya lima minggu selepas Anwar mengambil alih kerajaan.

Mac lalu, beliau membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, firma yang dimiliki bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Sehari selepas pembelian itu, HeiTech Padu dilanjutkan kontrak menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bernilai lebih RM13 juta.

Pada 15 April, syarikat itu diberikan kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta, disusuli Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mencabar pengkritik melaporkan kepada SPRM.

Tiga hari kemudian, Farhash dilaporkan tidak lagi pemegang saham terbesar Heitech Padu susulan perubahan struktur Mfivesouthsea Sdn Bhd.

Bulan lalu, Heitech sekali lagi menjadi perhatian apabila diberikan satu lagi kontrak JPJ bernilai RM133.73 juta.

Anwar berkata kontrak kepada syarikat itu diluluskan oleh kerajaan yang lalu.

"Tapi saya tak mahu panjangkan kerana ini melibatkan isu-isu bagi saya remeh, melibatkan individu... kerana kebetulan 4-5 tahun dulu dia pernah menjadi staf saya, maka itu dibangkitkan."

Dalam mempertahankan Farhash, Anwar berkata syarikat terbabit kini dimiliki sultan, sambil menambah segala urusan melalui proses tender yang betul.

"Kalau ada pelanggaran, bawa. Kalau ada kes, itu disiasat oleh SPRM dan kalau ada kes, saya langsung tidak menutupnya. Tapi saya tanya, kes apa?

'Bersihkan nama'

Sementara itu, Fadhli berkata adalah penting untuk perdana menteri mengambil tindakan terhadap Bloomberg, sambil mengingatkannya mengenai sabitannya atas salah guna kuasa dua dekad lalu.

Menurut Fadhli, pihak berkuasa sebelum ini telah pun menyiasat wartawan Bloomberg berhubung laporan pada April lalu, yang mendakwa Anwar mengadakan perbincangan dengan taikun untuk membuka kasino kedua Malaysia.

"Ada siasatan tetapi tidak ada pengumuman dan tidak ada tindakan lanjut. Bahkan rakyat melihat, perdana menteri sendiri boleh hadir ke pentas (acara) yang diadakan agensi itu," katanya merujuk kepada penyertaan Anwar dalam sebuah forum anjuran Bloomberg di Qatar tidak lama selepas laporan pertama itu.

Fadhli berkata perdana menteri harus membersihkan namanya secara peribadi dan bukan bertindak mengheret wartawan dan pihak yang menggesa beliau menyaman Bloomberg.

"Saya mohon jawapan yang tegas dan tuntas daripada perdana menteri, tekanan secara peribadi daripada perdana menteri yang saya yakin rakyat akan bersama dengan perdana menteri," katanya.

Awal bulan ini, dua peguam Daim mempersoalkan polis kerana gagal bertindak atas laporan polis beliau terhadap Anwar.

Mereka berkata laporan polis itu jelas meminta polis menyiasat dakwaan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasa berhubung siasatan SPRM terhadap musuh politiknya.

"Aduan itu kini disiasat seorang inspektor di Sentul. Tetapi aduan yang dibuat ini memerlukan PM disiasat. Bolehkah inspektor menyiasat PM? Tidak mungkin," kata peguam Rajesh Nagarajan pada 1 Oktober.

Difahamkan, polis menyiasat laporan polis Daim di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia - undang-undang yang sering digunakan terhadap pengkritik kerajaan - serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu melibatkan kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

WOIT

BLOOMBERG

INI AJENSI BERITA

YANG JAHAT

AMIN

SUKA BUAT

FITNAH PADA

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

YG WARAK JUJUR

LAGI SYUMUL

KAH KAH KAH

TAPI PELIK

KENAPA ANWAR

TAK NAK SAMAN

KAH KAH KAH

AMIN

SHAMSUL KENA TIBAI OLEH ANAK ZAHID


Kira sekarang ni kau nak kata kau la korban diri untuk bergabung? – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin disifatkan sebagai berhalusinasi berhubung keputusan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu di Parlimen Bagan Datuk.

Ketua Penerangan UMNO Bagan,  Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menyindir Pengerusi Biro Antarabangsa PKR itu sebagai ‘terpaling tahu’.

“Bila seseorang merasakan terpaling tahu dan terpaling hero keluarlah pengakuan halusinasi. Kira sekarang ni kau nak kata kau la korban diri untuk bergabung?” kata Nurulhidayah dalam perkongsian di Instagram.

Terdahulu tular klip video podcast Shamsul Iskandar berkaitan keputusan PRU melibatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah yang juga Exco Wanita UMNO berkata, Barisan Nasional dan PKR boleh membuat permohonan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat dakwaan yang dilemparkan Shamsul Iskandar.

“Betul la kadang tu perangai (Ketua Pemuda UMNO) Dr Akmal sound manusia-manusia yang cakap besar dalam gabungan ni. Lepas tu sentap.

“Kalau macam tu Barisan Nasional dan PKR boleh keluarkan surat untuk mohon SPR siasat dan saman kau sebab kenyataan bodoh kau ni,” katanya.

Nurulhidayah turut kesal kerana tidak ada pihak dalam UMNO yang mempertahankan Ahmad Zahid susulan dakwaan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar.

Shamsul Iskandar dalam sesi podcast mendakwa beliau diarahkan Presiden PKR untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid.

Beliau berkata, dia merasakan sesuatu yang pelik apabila pengiraan kertas undi di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam, walaupun jelas beliau bakal menewaskan Ahmad Zahid di kubu kuat presiden UMNO itu.

“Saya dapat panggilan telefon Anwar pada 2.30 pagi,” katanya ketika ditanya kemenangan tipisnya sebanyak 348 majoriti di Bagan Datuk.

“Ketika itu, saya cakap, kita mesti lawan. Kita kena pastikan kita kira betul-betul. Undi rosak pun dekat 800. Macam mana pulak, saya kalah 348 (majoriti). Kita mahu terus lawan.”

Bagaimanapun, Shamsul berkata Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

“Dia (Anwar) telefon, dia kata, ‘Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tanda tangan untuk menubuhkan kerajaan’,” kata Shamsul dalam podcast “Apa Cerita”.-

WOIT

JELAS ZAHID

TAK MENANG

DI BAGAN DATUK

KAH KAH KAH

UNDI ROSAK

LEBIH BANYAK DARI

UNDI MENANG

KAH KAH KAH

WOIT

KENAPA BOCOR

SEKARANG ?

JENG JENG JENG

NAK TIBAI ZAHID

DAN ANWAR KE ?

JENG JENG JENG

WAT IS DE BEKOS

PASAI APA?

KAH KAH KAH

PASAI SAIFUDIN

KENA BUANG

ATAU ADA KES

LAIN

JENG JENG JENG

AMIN

BANJIR DI PAHANG


BANJIR DI PAHANG

AMIN

WAHABI SESAT ?



WAHABI

SESAT ?

KAH KAH KAH

AMIN

abu qassim commented on 

"WAHABI AJARAN SESAT ?"


Kojo yg paling bangang

Ajak bodobat nk biar org ramai tontukn sapo boto sapo salah

Cubo nk jd hiro bangang

Nk libatkn org ramai ajak la turun jalan rayo

Baru boto nk tahu org ramai sokong ko tidak..

Ni agamawan nk cr pablisiti jo..

Nk bosakn pengaruh..

Utk apo?

Bulih jd kayo ko lopeh tu?

Ni mesti ado bitkoin balik batu nih .

KAH KAH KAH


Unknown commented on 

"WAHABI AJARAN SESAT ?"

salah guna kuasa yg sesat tanpa sedar kesian tertipu terpedaya dgn ujian. kuasa kahkahkah faham2lah

BANJIR DI PERAK


BANJIR DI PERAK

AMIN

ZAHID BERJUBAH BERJANGGUT BERZIKIR BERZAKAR


ZAHID BERJUBAH

BERJANGGUT

BERZIKIR BERZAKAR

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"BANGGA JADI MELAYU - BAHASA NYA INDAH SENINYA DALAM"

Ya paling mudah bercakap, modal hanyalah air liur, cukup senang, buka mata boleh bercakap sampai katup mata, cukup mudah sekali, boleh berjanji macam macam tak.perlu ditunaikan kerana lidah tiada tulang, boleh berbelit-belit boleh menjilat boleh merasa nikmat dunia tanpa sebarang persiapan apa, orang tak tanya, orang tak marah malah akan ada yang cium tangan berlakon depan macam langit runtuh, 

terbaik dalam dunia tetapi dalam hati semua ketahui dia sedang berbohong, buka mulut mohong tetapi tak ada siapapun berani berkata takut habuan hilang tetapi belakang lain cerita mengungkit mengata fitnah semua dibenarkan kerana ada Nas mohon ampun ada boleh dibayar dengan ziarah kubur dan sebagainya,

ada cara cuci apa sekalipun perbuatan jahat walaupun berkilo rasuah makan duit haram akhirnya boleh mohon ampun maaf diskaun sebagai kah kah kah inilah perangai orang kita yang termasyhur sekali kah kah kah kah Zahid Hamidi sudah pakai jubah arab siap janggut sejemput bawa tasbih sekarang ini, kira 47 kes selesai diampunkan olehnya amin

GUMBIRA TANPA SEMPADAN


GUMBIRA

TANPA

SEMPADAN

AMIN



KEZALIMAN KERAJAAN MADANI ?


KEZALIMAN

KERAJAAN MADANI?

AMIN

WAHABI AJARAN SESAT ?


RUU Wilayah Persekutuan: Mufti Perlis ajak Menteri Agama berdialog


KUALA LUMPUR – Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan media rasmi kerajaan memberi ruang  kepadanya untuk berdialog bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar diadakan secara terbuka untuk membincangkan isu mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan.

Mohd Asri berkata,  Mohd Na’im sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan selaras engan idea kerajaan Madani.

Namun beliau menyifatkan menteri berkenaan sedang membawa negara ke kancah kafir-mengkafir dan sesat-menyesatkan.

“Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini?

“Apa kata jika media rasmi kerajaan memberi ruang saya berdialog dengan Menteri Agama secara terbuka disaksikan rakyat, tanda beliau berupaya mempertahankan ideanya?” soalnya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau mempersoalkan sama ada Mohd Na’im melaksanakan pemikiran Madani selaras dengan pentadbiran Madani di bawah Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Anwar pada Ahad lalu menyerahkan pertikaian mengenai isu RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dijawab oleh Menteri Agama.

Ia susulan pertikaian yang dibangkitkan peguam hak asasi, Latheefa Koya baru-baru ini bahawa RUU tersebut didakwa boleh mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Na’im sebelum ini menjelaskan fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti itu hanya terpakai kepada orang Islam dan terhad di bawah bidang kuasa negeri.

Ujarnya, RUU tersebut bertujuan menyediakan peruntukan berkaitan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta hal-hal berkaitan di Wilayah Persekutuan sahaja.

Menurutnya lagi, penggubalan undang-undang seperti itu merupakan ciri-ciri negara berdaulat di mana tiada individu boleh melanggar prinsip Perlembagaan selain menambah bahawa sekatan terhadap kebebasan individu tidak bermaksud hak asasi dilanggar kerana keabsahan hak tersebut ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.- 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KAH KAH KAH

WAHABI JADI

SESAT

KAH KAH KAH

HANYA AJARAN

MADANI SAJA

YANG TAK SESAT

KAH KAH KAH

SEBENARNYA

SEMUA SESAT

YANG TAK SESAT

YANG MEMILIKI

KUASA

KAH KAH KAH

KUASALAH

YANG UMUM

INI SESAT

ITU SESAT

KAH KAH KAH

KHALAS

TRUMP WAJIB DIBUNUH




Lelaki miliki senapang, pistol ditahan berdekatan perhimpunan Trump

LOS ANGELES: Seorang lelaki yang didapati memiliki senapang patah dan pistol berisi peluru secara haram ditahan sepasukan anggota polis yang bertugas di perhimpunan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Republikan, Donald Trump di Coachella, California.

Perkhidmatan Rahsia memaklumkan, mereka menyedari mengenai penahanan itu dan tiada sebarang ancaman terhadap bekas presiden berkenaan atau peserta perhimpunan ketika insiden yang berlaku, Sabtu lalu.

"Walaupun tiada penahanan Persekutuan dibuat pada masa ini, siasatan sedang berjalan," kata organisasi yang bertanggungjawab melindungi presiden dan calon presiden dalam satu kenyataan bersama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pejabat Peguam AS.

Pasukan sherif menyatakan lelaki dikenali sebagai Vem Miller, 49, dari Las Vegas itu kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa di mahkamah pada 2 Januari depan.

Katanya, Miller ditahan ketika sedang memandu di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV)

hitam ketika melalui sekatan jalan raya.

Miller kemudian didakwa di sebuah pusat tahanan tempatan atas tuduhan memiliki senjata api berisi peluru dan 'magazine' (kelopak senjata api) berkapasiti tinggi.

Insiden itu berlaku selepas dua percubaan pembunuhan iaitu satu di Pennsylvania, di mana peluru mencederakan telinga Trump, manakala satu lagi cubaan yang berjaya dipatahkan ketika Trump berada di lapangan golfnya di Florida.

Sherif Riverside County, Chad Bianco yang juga penyokong Trump dan turut berucap dalam perhimpunan itu berkata, tidak ada cara untuk mengetahui apa yang difikirkan oleh pelaku berkenaan, tetapi beliau percaya pegawainya berjaya mencegah cubaan membunuh Trump untuk kali ketiga.

Bianco berkata, suspek lelaki itu mempunyai beberapa pasport dan pengenalan diri dengan nama yang berbeza dalam kenderaannya, yang tidak berdaftar.

Tiada kenyataan segera daripada Trump mengenai kejadian itu.

Keputusan Trump untuk mengadakan perhimpunan di California mengejutkan penganalisis politik kerana negeri itu didominasi oleh Demokrat, tetapi dia berjaya menarik orang ramai ke perhimpunan itu walaupun ketika cuaca panas 38 darjah Celsius.




SATU LAGI

PROJEK 

BUNUH TRUMP

AMIN

INI KERJA

DAULAH 

TERPENDAM

TAK MAHU TRUMP

MENANG

KHALAS

ANWAR BODEK CHINA DAP



MAMAT  SAEKOR

INI TAK FAHAM

AMIN

ANWAR WAJIB 

BODEK CHINA DAP

AKH KAH KAH

KALAU TIDAK

KERAJAAN RUNTUH

KHALAS

KERAJAAN MADANI DERA KANAK KANAK


KERAJAAN MADANI

DERA KANAK KANAK

ATAS ALASAN

AJARAN SESAT

AMIN

Unknown commented on 
"KERAJAAN MADANI 
MENDERA KANAK-KANAK ?"

in dah jadi kelako...

gisbh didakwa sebab konon anak2 dipisah dari keluarga untuk jadi kuli dan didera.. tapi kini keluarga kata kerajaan pisahkan anak dengan mereka..tuntut kembalikan anak mereka. ini juga satu penderaan..

sekarang ni siapa pulak nak kita tangkap...? abunon ? kahbkah kah

KAMBING TAK MAIN BONTOT



KAMBING 

TAK MAIN

BONTOT

KHALAS

Unknown commented on

 "ZAHID KALAH PRU15 - KENAPA BARU SEKARANG HEBOH"

Walaupun hanya ijazah kelas 3....tapi semua cerdik pandai tak dapat melawan dia...sebab apa ???Sebab manusia ni pembohong, penipu dan ketagih stor kunyit kelas 1. Kambing pun tak jolok stor kunyit kambing betina.


Unknown commented on 

"ZAHID KALAH PRU15 - KENAPA BARU SEKARANG HEBOH"

malam pun kena liwat.. mantap non

PAGI INI


PAGI INI


SELASA 15 OKTOBER 2024
KELUAR DARI LIFT
DI BELUKAR TEPI PAGAR
GUA DENGAR
MURAI BERKICAU
KUAT DAN MERDU
INDAH SUNGGUH PAGI INI

HOKKIEN
BASAH SEGAR
UJAN LEBAT KEMARIN
LOPAK AIR DI SANA SINI
ADA JALAN LECAH BERLUMPUR
DARI JAUH  KENG KENG
MENJERIT
DALAM PADAG RUMPUT
TIONG BERSUARA

HA HA HA
TIGA EKOR PUPPY
DATANG MENYALAK TAK TAK
KECIL LAGI DAH PANDAI
IKUT PERANGAI EMAK DAN AYAH

LEBANON
BOM ZIONIS MEMBUNUH 20++
WARGA LEBANON
DARI DAERAH KRISTIAN

AMERIKA
TRUMP MEMINTA
ASKAR AMERIKA
BERSEDIA MENJAGA
SERANGAN MUSUH DALAMAN
KETIKA MENGUNDI

CANADA
TUDUH DIPLOMAT INDIA
TERLIBAT DALAM
KES BUNUH AKTIVIS
PUNJAB MERDEKA

KETIKA GUA MENGETIK INI
HUJAN LEBAT DAH TURUN
KILAT GURUH KEDENGARAN
TAK TAK TAKUT
DENGAN GURUH DAN KILAT
TAK TAK MENYOROK
DUDUK  DIBAWAH MEJA
BETUL BETUL DI BAWAH KAKI GUA

GUA RASA
HARI INI AKAN TERUS MENDUNG
BASAH
GUA HARAP MATAHARI
AKAN SAMPAI JUGA
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH DI PAGI
SELASA

BRO
LU BUAT APA YANG LU
NAK BUAT
JANGAN IKUT APA
ORANG LAIN KATA

BRO
HIDUP INI SATU PERJALANAN
YANG  TAK TERDUGA
NIKMATILAH SETIAP
DETIKNYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA