Isnin, 9 Januari 2023

PROJEK KOBID NAK KURANGKAN PENDUDUK DUNIA



MAKIN JELAS

PROJEK KOBID

NAK KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

KHALAS

KETUA HAKIM BERSUARA - JANGAN KACAU BADAN KEHAKIMAN


Cubaan takut-takutkan badan kehakiman makin ketara, kata ketua hakim

ADALAH tidak wajar (mischievous) bagi sesiapa untuk cuba mencemar imej mahkamah menerusi kritikan yang tidak adil, berat sebelah, dan kritikan yang sering kali dibuat semata-mata kerana tidak menyukai suatu keputusan mahkamah tertentu, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata kritikan membina sentiasa dialu-alukan, namun bukannya cubaan untuk menjejaskan kebebasan badan kehakiman.

“Tahun lepas, cubaan untuk menggertak dan memberi tekanan yang tidak wajar terhadap hakim yang mengetuai kes-kes kepentingan awam menjadi semakin ketara. Percubaan ini adalah penghinaan secara langsung kepada kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.

“Mereka sememangnya patut dikecam dan memang ramai yang secara lantang menentang mereka dengan tegas. Tahun lepas, badan kehakiman menjadi sasaran serangan hebat semasa pendengaran kes berprofil tinggi tertentu,” katanya semasa berucap pada perasmian Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Putrajaya, hari ini.

Menyentuh sistem keadilan jenayah, Tengku Maimun menegaskan bahawa liabiliti jenayah akan terus ditentukan mengikut undang-undang yang terpakai, dan kekuatan bukti yang dikemukakan di mahkamah.

“Mereka yang terbukti bersalah akan disabitkan, dan mereka yang tidak dapat dibuktikan bersalah akan dibebaskan. Tertuduh yang disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal, tidak lebih dan tidak kurang. Ini tugas kami sebagai hakim, dan kami bertekad untuk melaksanakan kewajipan kami tanpa mengambil kira sebarang ancaman yang dibuat bagi menghalangnya.

“Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, seperti yang sering saya katakan sebelum ini, bahawa kebebasan kehakiman tidak akan terjejas selagi kes diputuskan tanpa rasa takut atau pilih kasih, tanpa niat jahat atau motif, tanpa sebarang tekanan luaran mahupun dalaman, dan tanpa mengambil kira personaliti,” katanya.

Beliau berkata selagi setiap hakim komited terhadap prinsip-prinsip ini, dan bersatu dalam usaha menegakkan asasnya, beliau yakin kebebasan badan kehakiman akan dipertahankan.

Beliau seterusnya mengulangi bahawa hakim perlu tegas membuat keputusan serta menulis penghakiman mereka berlandaskan lunas undang-undang, dan bukan kata-kata yang hanya bertujuan mencari populariti.

“Kami menulis untuk memastikan orang ramai mengikuti perkembangan fungsi kehakiman dan bukan untuk mendapatkan pengesahan daripada orang ramai atau daripada mana-mana pihak lain. Jika hakim memutuskan sesuatu kes berdasarkan apa-apa selain daripada undang-undang atau fakta, maka dia membuat keputusan yang tidak betul di sisi undang-undang, dan apabila berlaku, hakim itu dilihat gagal menegakkan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Tengku Maimun juga menggesa orang ramai membaca penghakiman secara menyeluruh sebelum merumuskan pendapat sendiri, dan meletakkan badan kehakiman kepada keadaan difitnah dalam sebarang bentuk.

Mengulas mengenai komposisi anggota Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, beliau berkata adalah penting bagi kebebasan kehakiman, bahawa proses pelantikan kehakiman harus kekal tidak berpolitik dan bebas daripada sebarang bentuk campur tangan dan pengaruh. – Bernama, 9 Januari, 2023.

SALUT

TABEK HORMAT

AMIN

RAKYAT SOKONG

KEBEBASAN

BADAN HAKIM

KHALAS

APA INI ADA

SANGKAUT PAUT

DENGAN PROJEK

NAK BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

AMIN

BERITA MULA

DIBACA ADA

PROJEK NAK

BEBASKAN NAJIB

AMIN

KHALAS

KETUA HAKIM NEGARA DAN NAJIB


Tugas kami selesai, terpulang kepada Najib fail petisyen ke PBB, kata ketua hakim 

PETISYEN difailkan Najib Razak kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD), yang memohon agar beliau dibebaskan daripada penjara atau kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya dibicarakan semula, tidak menjejaskan badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya pada 23 Ogos tahun lepas, “terserahlah kepada Najib” untuk mengambil apa-apa tindakan.

“Tugas kami sudah selesai. Kami telah melaksanakan tanggungjawab kami dari segi memutuskan kes itu. Apa sahaja yang beliau mahu lakukan, apa sahaja jalan yang beliau mahu lalui, itu di luar kuasa kami,” kata beliau pada sidang media selepas berucap pada majlis perasmian Tahun Undang-undang 2023, di Putrajaya hari ini.

Minggu lepas, bekas perdana menteri, melalui Tetuan Shafee & Co, memfailkan petisyen di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva secara digital.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu sidang akhbar bahawa anak guamnya memfailkan petisyen itu untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula susulan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bercanggah dengan peraturan keadilan antarabangsa.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International. – Bernama, 9 Januari, 2023.


HAK NAJIB

UNTUK RAYU

P.B.B.

AMIN

INI TIDAK SALAH

TAPI...

JENG JENG JENG

APAKAH ADA

PROJEK SULIT

UNTUK BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

BANGSA BESAATU

HANYA SANDIWARA

JENG JENG JENG

UNTUK KABUR

MATA RAKYAT

KHALAS

ADA MOTIF TERSEMBUNYI - KETUA HAKIM NEGARA


Lebih baik keputusan kehakiman tidak popular daripada ada motif tersembunyi – Tengku Maimun


PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara,  Tengku Maimun Tuan Mat bertegas adalah lebih baik keputusan kehakiman tidak popular tetapi kukuh dalam undang-undang dan adil daripada popular tetapi diputuskan berdasarkan motif tersembunyi dan mempunyai objektif tertentu.

Katanya, keputusan tidak popular bertahan dalam ujian masa manakala keputusan yang mempunyai motif akan menjadi debu sebelum malapetaka melanda.

Beliau berkata, jika hakim memutuskan sesuatu kes berdasarkan apa-apa selain daripada undang-undang atau fakta maka dia membuat keputusan yang tidak betul dalam undang-undang.

Serentak itu katanya, hakim terbabit gagal menegakkan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

Dalam ucapan pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 hari ini, Tengku Maimun turut mendedahkan terdapat cubaan untuk untuk menakut-nakutkan badan kehakiman dalam kes politik yang dibicarakan tahun lepas.

Serentak itu beliau menggesa para hakim untuk terus membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Tahun lepas, cubaan untuk menakut-nakutkan atau melakukan tindakan yang tidak wajar tekanan terhadap hakim yang mempengerusikan kes kepentingan awam semakin menjadi-jadi lebih jelas.

“Percubaan ini adalah penghinaan langsung kepada kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman. Mereka pastinya patut dikutuk dan memang ramai yang lantang menentang mereka dengan kata-kata yang kuat.

“Adalah sangat nakal bagi sesiapa yang cuba memburukkan imej Mahkamah dan mencemarkannya melalui kritikan yang tidak adil, berat sebelah dan sering kali tidak bercahaya kerana mereka tidak menyukai keputusan tertentu,” katanya.

Beliau menegaskan kebebasan kehakiman di negara ini tidak akan terjejas selagi kes di mahkaman diputuskan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Menurut Tengku Maimun, kebebasan institusi itu juga terjaga selagi keputusan dibuat tanpa dipengaruhi oleh personaliti tertentu.

“Kebebasan kehakiman tidak akan terjejas selagi kes diputuskan tanpa rasa takut atau pilih kasih, tanpa niat jahat atau motif, tanpa sebarang tekanan luaran atau dalaman dan tanpa mengambil kira personaliti.

“Selagi setiap hakim tetap komited kepada prinsip ini, dan bersatu dalam menerapkan maksim ini, saya yakin kebebasan kehakiman akan dipertahankan,” kata Tengku Maimun.

Turut hadir Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman

Juga hadir Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Peguam Besar Negeri Sabah, Peguam Besar Negeri Sarawak dan Presiden Majlis Peguam.

SALUT

UNTUK KETUA

HAKIM NEGARA

AMIN

APAKAH MOTIF

TERSEMBUNYI INI

AMIN

APAKAH INI

PROJEK NAK

BEBASKAN NAJIB

KHALAS

LAWAN DASAR TINGGLAN PENJAJAH


WAJIB LAWAN

DASAR PECAH

PERINTAH INGGERIS

AMIN

TAK BOLEH TERUS

SALAHKAN 

PENJAJAH

KHALAS


Unknown commented on 
"MIMPI MAKIN BERAT"

PM ke Indonesia lawat luar negara pertama selepas jadi PM, nak cari kerjasama, nak cari pelabur, tahu kah anda Indonesia kuasa ekonomi Asia sekarang, satu negara pelbagai etnik pelbagai agama tetapi berjaya menjadi negara bangsa semua rakyat, Malaysia gagal kerana pecah perintah dasar Inggeris diteruskan United Gerombolon Sfn Bhd, diskriminasi kaum agama terus diperlukan demi kuasa politik para tikus politik negara, mereka tak boleh terima kalau rakyat pelbagai agama pelbagai bangsa Bersatu, semua agenda kayakan diri kah kah kah kalau masih tak sedar tak guna Merdeka, tak guna pendidikan kalau asyik bonsai otak kurang oksigen wahai manusia Taliban sekutu sekutu sekalian amin kah kah kah

MAKIN LAMA MAKIN BANYAK CERITA TENTANG VAKSIN


MAKLUMAT BARU

TENTANG BAHAYA

VAKSIN

KHALAS


POLITIK SABAH - RAKYAT MUAL


POLITIK SABAH

RAKYAT MUAL

KHALAS


Unknown commented on 
"RAKYAT HEMPAS PULAS
 CARI MAKAN"

Betul lah perangai orang politik ini, asyik kacau tikam menikam sekarang politik Sabah kacau lagi, semua nak tebuk semua nak kuasa tak kira mana, perangai sama, perangai buruk, ada kuasa bukan buat baik pun, curi rasuah rompak segala projek untuk diri, ada kes rayu rayu sampai buang masa, kah kah kah orang politik ini sampah masyarakat sampah tahi rakyat yang makan free berak busuk merata tempat, macam mana PM nak fokus kemajuan kalau asyik berpolitik siang malam woit? Baik seliparkan orang politik ini semua, rakyat kena bangkit selipar ludah muka orang politik tak kira parti mana, menyusahkan semua seluruh rakyat marhaen, kah kah kah Mula sekarang mula today amin

MAKLUMAT BARU MASUK


MAKLUMAT

BARU MASUK

KHALAS

Unknown commented on
 "ROSMAH MASUK PENJARA"
Apa tt ni? Sumber tt siapa sekrang ni? Tt dh tertinggal bas atau macam mana? Projeknya ialah kick Anwar, zahid dan dap, dengan keluarkan Najib, untuk olah persetujuan melayu2. Sambung rompak. Langkah2 sedang disusun untuk jatuhkan dsai hanya bertujuan untuk merompak. Nak guling kerajaan sekarang ni, nak xnk kena pilih antara dua- collaborate dgn Zahid atau dgn Najib, nk hrp Bera xkemana,nk harap lidah kontot /kj penyokong dorang dlm umno gabung sekalipun xsekuat team Zahid. Tt tahu tak ni siapa tgh tabur duit dkt pemain langkah2 kebelakangan ni? Kalau tt xtahu lebih baik tt pencen sajalah politik.

MEKAH DI LANDA BANJIR




BANJIR & BAH
Eeeeeeh tak pelek pun.Serambi  Mekah  selalu pun bah!
KAH KAH KAH


ROSMAH & NAJIB AKAN DIKORBANKAN ?


UNTUK 

SELAMATKAN

ZAHID  

ROSMAH & NAJIB

DIKORBANKAN

KHALAS

Unknown commented on 
"ROSMAH
 MASUK PENJARA"

Nampaknya kakmah terpaksa berkorban untuk najib...tak lama lagi geng yang anti team Anwar/Zahid kena pilih antara team Anwar/Zahid dengan team Najib/Muhyiddin/Hadi Awang. Tt nak pilih team mana?? Kahkahkah tuckbeer

PAK LEBAI TERUS DI LAWAN



PAK LEBAI

TERUS DI LAWAN

KHALAS

KE KANGKONGAN TERBUKTI KANGKONG



Pensyarah universiti rugi RM1.3 juta diperdaya Macau Scam


SEORANG pensyarah universiti di Iskandar Puteri kerugian RM1.3 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 41 tahun itu mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata individu itu mendakwa mangsa terlibat dengan pemalsuan laporan Covid-19 di Sabah sebelum menyambung panggilan telefon tersebut kepada pegawai polis di Sabah yang kemudian menyatakan pensyarah berkenaan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

“Selepas mangsa menafikan dakwaan itu dia diarahkan inspektor terbabit untuk membuka akaun bank baharu dan menyerahkan kata laluan serta mendaftarkan nombor telefon yang diberikan oleh inspektor itu bagi penerimaan TAC.

“Mangsa memindahkan wang tersebut antara 17 Oktober 2022 hingga 25 November 2022 selepas diarahkan kononnya bagi memastikan simpanannya selamat sementara menunggu kes mangsa disiasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru hari ini.

Kamarul Zaman berkata mangsa menyedari ditipu selepas semua wang daripada akaun baharu dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali pada awal bulan ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Selain itu, beliau berkata turut memaklumkan menahan enam lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita asing berusia lingkungan 27 hingga 68 tahun yang dipercayai ahli sindiket along di Kuala Lumpur, Rabu lepas.

Katanya siasatan awal mendapati mereka menerima upah RM800 bagi melakukan perbuatan khianat menggunakan api dan menyimbah cat terhadap rumah atau kenderaan mangsa dengan mengiklankan tawaran pinjaman di Facebook selain menyasarkan pekerja Malaysia di Singapura.

Kesemuanya direman selama enam hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427, 435 dan 436 Kanun Keseksaan.

Kamarul Zaman juga berkata sepanjang 2022, sebanyak 232 kertas siasatan dibuka melibatkan sindiket along dengan 106 daripadanya adalah kes simbah cat, khianat api (114), ugutan (10) dan pemerasan (dua).

“Daripada 232 kes, sebanyak 108 kes adalah melibatkan pinjaman warga Malaysia di Singapura. Seramai 43 individu ditahan dengan 33 berjaya dituduh di mahkamah dan satu tangkapan diambil tindakan di bawah  Akta Pencegahan Jenayah,” katanya. – Bernama, 8 Januari, 2023.

APA NAK HAIRAN

APA YG PELIK

KAH KAH KAH

KANG KONG

TERBUKTI

KANG KUNG

KAH KAH KAH

KEMANA PERGI

TETAP KANGKUNG

KAH KAH KAH

KHALAS

APAKAH INI PROJEK BEBASKAN NAJIB ?


APAKAH INI

PROJEK 

BEBASKAN

NAJIB ?

KHALAS


Unknown commented on
 "ROSMAH MASUK PENJARA"

Terhot ternow ,,,,abam dalam dilema. Pembaca tukartiub tolong korek. Benarkah PN akan buat u turn sokong Najib Dan Rosmah? Dikhabarkan Najib hampir bebas, bukan kerana abam tapi kerana langkah London?? Shafiee mesti tahu cerita. Kahkahkah ... Woit Najib tanding lawan Zahid baru temu buku dan ruas. Kahkahkahkah

NGO KAKI RASUAH



SPRM tahan bekas pengerusi NGO kes tuntutan palsu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengerusi dan seorang bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan berjumlah lebih RM11,000, dua tahun lepas.

Menurut sumber, bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Johor di Johor Bahru antara 8.30 malam hingga 9.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, kira-kira penghujung Januari 2021, mereka mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru, bagi kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan,” menurut sumber.


Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan kedua-dua penahanan itu.

“Kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama, 9 Januari, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

DAH BERAT

KAH KAH KAH

NGO PUN

PANDAI RASUAH

KAH KAH KAH

PANDAI BUAT

KLIM

KAH KAH KAH

KHALAS

SAUDARA KITA KEBULURAN = APA YANG DAPAT KITA LAKUKAN ?



SAUDARA KITA

KEBULURAN

AMIN

APA YANG DAPAT

KITA LAKUKAN ?

AMIN

PAK LEBAI ZIONIS DI LAWAN

 




LEBAI ZIONIS

SEDANG DILAWAN

KHALAS

SEJUKKAN ALAM INI


ALAM SEDANG

MARAH

AMIN

KITA WAJIB

SEJUKKAN ALAM

KHALAS

Unknown commented on 
"ALAM JADI MARAH !!!"

Mother nature atau alam semulajadi mengancam manusia, manusia tak pandai hidup dengan alam, korek sini korek sana, kacau sini kacau sana, sendiri cari masalah, semua nak cepat, sudah sampai bulan, sudah sampai marikh planet, semua benda pandai, buat senjata pemusnah, bunuh orang, rasuah curi rompak semua boleh, sekali datang alam ganas terus kedu kah kah masa sudah sampai TT, semua akan hanyut, semua akan benam, semua akan hilang,.mana nak simpan billion ringgit,.mana nak simpan beg birkin, mana nak simpan Intan berlian kah kah kah tunggu masa ya g dinanti akan sampai kepada perasuah pencurik pembunuh perogol semua kah kah aamin, hantuk.kepala cari Hj Bawang tak bolehs selamat

JANGAN BEBASKAN NAJIB


BUAT MASA INI

NAJIB DIDAPATI 

BERSALAH

AMIN

ZAHID MASIH

DIBICARAKAN

AMIN

JANGAN BEBAS

NAJIB 

AMIN

JANGAN HENTI

BICARA ZAHID

KHALAS

Unknown commented on 
"HALANG PENCURI 
KEMBALI BERKUASA"

Bro tt, lu tetap kena pilih antara jawa dengan bugis. Hadi awang pun tahu dia kena pilih antara 2. Kalau tidak tak dapatlah nak singkirkan PMX. Advantage dekat perikatan nasional sekarang ni,,,kalau pilih Najib pun suci, pilih Zahid pun suci,,asalkan dapat kuasa.

TUNGGU ROSMAH MASUK JIL



TUNGGU ROSMAH

MASUK JIL


SENIN 9/1/2023
KITA MENUNGGU
7 JULAI 2023
HARI ROSMAH BICARA 

SEBELUM ITU
KITA ADA RAYA CHINA
ADA RAYA MELAYU
ADA PILIHANRAYA
AMIN

HARGA BAHAN MAKANAN
AKAN MENJADI 
 AGENDA BESAR NEGARA
EKONOMI NEGARA AKAN KACAU
BILA EKONOMI KACAU
POLITIK KACAU

DI MALAYSIA INI
SEMUA JADI ISU KAUM
BARANG MAHAL KERANA CHINA
MELAYU SUSAH KERANA CHINA
AWAS !
BILA EKONOMI DUNIA
TERBARAI
KITA JUGA IKUT TERBARAI
AMIN

ISRAEL
NAK BUAT UNDANG UNDANG
BARU MACAM SOSMA
DI LARANG KIBAR
 BENDERA PALESTIN

SAPA KIBAR
AKAN DITUDUH
BERSIMPATI DENGAN
PENGGANAS
AMIN

UKRIANE
RUSIA MEROKET
 KEM SOLDADU UKRAINE
RAMAI MATI
INI BALASAN
MINGGU LALU UKRAINE 
MEROKET  KEM RUSIA
SEPERTI BIASA
UKRAINE NAFI ADA YANG MATI
KAH KAH KAH

BRAZIL
PRESIDEN BARU LULA
NAK MULA BUAT KERJA
KUMPULAN FACIST
DATANG MENYERANG
PEJABAT PRESIDEN
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI 
SEGAR TERANG INDAH
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI SINAR MASIH MANJA
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH

GUNUNG GANANG
DI HULU LANGAT
DARI JAUH DILIHAT BIRU

CENGKERIK BERLAGU KUAT
DARI JAUH HOW WOW BERSUARA
DENGAN SUARA LATAR MURAI
GAGAK MENDAYAU
PIPIT BERSUARA
CHIP CHIP CHIP
TERKUKUR BERLAGU
HOKKIEN PAGI INI
INDAH PERMAI

DI BALKONI GUA
KETIKA GUA MENULIS
CAHAYA MATAHARI DAH SAMPAI
DI BELUKAR
MURAI TERUS BERKICAU
ADUH !
HIDUP YANG INDAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
SENIN YANG INDAH

BRO
KITA BERSABAR
REZEKI MELUAS

BRO
DAH PASANG NIAT
NAK KERJA TERUS KERJA
DAH PASANG NIAT
CARI REZEKI JANGAN
CARI PASAL

BRO
KEBAIKAN DAAN KEBURUKAN
ADA BERSAMA SAMA
INI HUKUM ALAM

BRO
HUKUM ALAM
KITA MENCAPAI BAHAGIA
TETAPI MELALUI DERITA

BRO
SOSOK YANG SELALU
BERSYUKUR
WAJAH PENUH SENYUMAN

BRO
JANGAN REMEHKAN
HAL YANG KECIL
HAL BESAR BERMULA
DARI HAL KECIL

BRO
HIDUP INI TERUS BERJALAN
SELARI DENGAN MASA
MEMBAWA TINGKAH LAKU
UNTUK BAIKI NASIB KITA

BRO
SOSOK YANG CEMERLANG
BERBUAT BAIK
DENGAN SENYAP SENYAP
TAK HEBOH SATU DUNIA

BRO
INGAT DAN WASPADA
SEDAR DAN SABAR
HEMAT DAN MENGABADI
IKHLAS DAN TENANG

BRO
YANG DAH PERGI
KITA LUPAKAN
YANG YANG DATANG
KIAT TUNGGU
YANG DAH ADA
KITA BERSYUKUR

BRO
KEJAYAAN TIDAK SAMPAI
PADA SOSOK YANG MALAS
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT MUNUNGGU
ROSMAH MASUK JIL