KALAU GWA JADI NAJIB
Ketika tulisan ini digarap - Muhamad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor sedang dalam perjalanan ke New York. Juga diberitakan suami Rosmah ini akan singgah di London dan juga ngelencong ke Itali.
Haji Desas bin Lebai Desus telah heboh bercerita kenapa suami Rosmah akan singgah di London. Bukan singgah untuk membeli kasut Bally di Oxford Street. Bukan. Tapi didesuskan suami Rosmah ini akan disongsong oleh sepupunya dalam usaha bersama untuk membeli senjata demi mempertahankan Malaysia dan bani Ketuanan Melayu.
Tentang ngelencong ke Itali itu gwa tidak mahu komen. Faham fahamlah tujuanya.
Sesudah meledaknya berita Tok Arab memberi derma sebanyak 2.6 bilion ringgit kepada suami Rosmah kelihatan politik Malaysia terus menjadi berita dunia. Dalam hal ini gwa amat berbangga menjadi warga Malaysia. Negara tercinta ini mula dikenali dunia sebagai negara yang dikepalai oleh Calon FBI.
Hakikatnya berita akhbar dunia berkesah tentang suami Rosmah sedang terkepong. Terkepong dari dalam dan dari luar negara. Satu gerakan rapi yang mahu suami Rosmah berudur kian tersusun dan kian lantang. Dalam suasana yang sama suami Rosmah ini semakin lincah bersilat mempertahankan diri.
Dua hari sebelum Peguam Negara menghatar surat pertuduhan kepada Muhamad Najib bin Abdul Razak, suami Rosmah telah menendang keluar Ghani Patail si Peguam Negara. Kes pecah amanah tak sempat sampai ke mahkamah.
Belum sempat Badan Bertindak Khas Parlimen (PAC) mengeluarkan laporan 1MDB - ahli-ahlinya telah dilungkupkan dengan jawatan menteri. Satu lagi kes tutup.
Pegawai polis Cawagan Khas yang disangsikan kesetiaan telah diberi hadiah Pingat Jokowi kemudian diterajang keluar. Pengarah SPRM yang jujur dan berani dipaksa potong buah pinggang untuk dicutikan ke Amerika. SPRM menjadi senyap sepi. Pada ketika ini lembaga SPRM hanya sanggup melakukan sembahyang hajat.
Empat orang saksi dari SRC International Sdn Bhd dihilangkan. Dua orang dikhendaki oleh Bank Negara. Entah ke mana malaon-malon ini lesap. Empat ekor ini terlibat dalam kes 42 juta ringgit duit dari syarikat SRC International yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.
SRC International ini adalah anak syarikat 1MDB - syarikat kerajaan. Jelas ada kes pecah amanah tapi saksi hilang. Kes tutup.
Tup tup Kevin Morais terjun masuk ke dalam peti simin. Yang ini gwa tak mahu cerita kerana simin telah lama beku. Sebelum Kevin masuk ke dalam tong simin ada lagi berita yang lebih mengejutkan.
Bekas Naib Ketua United Malays National Organisation Bahagian Batu Kawan telah berjaya membuat laporan polis tentang 'pengubahan wang haram/money laundring’. Laporan polis ini dibuat Switzerland, di London dan di Hong Kong.
Yang dituduh membuat jenayah ‘money laundring ini’ ialah suami Rosmah.
Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggemparkan. Bukti kejayaan terpampang. Akaun 1MDB telah dibekukan di Switzerland. Dua minggu lalu Peguam Negara Switzerland telah datang ke Kuala Lumpur untuk memulakan siasatan.
Kejayaan serangan dari dalam parti Ketuanan Melayu ini pasti diketahui oleh para Bomoh dan penasehat suami Rosmah. Justeru si Khairuddin telah ditangkap untuk ditahan betul-betul ketika dia hendak terbang ke New York.
Kini orang ramai diberitahu rupa-rupanya si Khairuddin ini telah membuat temu janji dengan Federal Bureau of Investigation (FBI) - badan penyiasat Amerika. Juga Haji Desas bin Lebai Desus telah melaporkan bahawa Mamat ini akan juga ditemu bual oleh The New York Times dan media Amerika. Hebat Mamat ini.
Sekali lihat - seimbas pandang kelihatan semua musuh-musuh suami Rosmah telah tewas. Panglima Bugis masih lagi dalam kapal.
Maka disini gwa masuk mencelah untuk memberitahu pembaca dan rakyat Malaysia apa akan terjadi seterusnya. Kalau gwa Najib dan mahu terus selamat maka dibawah ini adalah tindakan yang akan gwa lakukan. Gwa yakin gwa selamat.
PERTAMA: Tian Chua, Rafizi, Nik Nazmi, Chan Li Kang, Nurul Izah, Dr Hatta, Mat Sabu, Rayers, Tony Pua dan mereka yang sebangsa juga yang berpotensi menjadi calon menentang United Malays National Organisationi akan dihadapkan ke mahkamah. Mereka akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan.
Malah nama-nama yang gwa senaraikan diatas telah pun masuk mahkamah. Kes mereka sedang dan akan didengar dimahkamah. Rafizi dan Tian Chua akan menjadi calon contoh untuk dibatalkan kelayakan bertanding. Ini akan menakutkan yang lain.
Sebelum PRU14 diumumkan gwa akan pastikan mereka semua ini akan didapati bersalah.
Minta maaaf - ini bukan gwa yang jatuhkan hukuman. Ini keputusan mahkmah. Lagi pun yang dituduh masih boleh merayu. Ketika dalam rayuan mereka akan dinafikan hak untuk bertanding. Ini rancangan awal gwa untuk mengenepikan musuh politik. Bijak. Lincin tuntas dan bersih sekali. Semua berlandaskan undang-undang. Obama pasti tersenyum kerana gwa bijak.
KEDUA: Gwa akan berunding dengan Tuan Guru Haji Hadi tentang Akta 335. Akta ini telah dihebohkan sebagai Hukum Hudud. Ini untuk menakut-nakutkan China DAP. Setakat ini ajen-ajen gwa dalam DAP telah memainkan peranan mengoreng Akta 335 ini sehinggakan Pakatan Rakyat pecah.
Gwa akan beritahu Hadi Awanag bahawa parti gwa akan bersedia menyokong penglulusan Akta 355 ini dalam Parlimen. Tapi Hadi wajib menjanjikan tidak menyokong apa sahaja bentuk undi tak percaya terhadap gwa.
Gwa minta PAS menyokong gwa meluluskan penambahan kerusi Parlimen demi Bani Melayu. Sebagai buktinya kesucian niat walau pun gwa hendak terbang ke London tapi gwa masih ada masih melawat Mursidul Am Tuan Haji Harun Din di IJN.
KETIGA: Gwa akan hasut dan yakinkan Hadi dan menantunya Din Ayam untuk jangan bekerja sama dengan China DAP, PKR dan Amanah.
KE EMPAT: Gwa akan minta parti PAS untuk bertanding disemua kerusi Parlimen dan DUN diseluruh negara. Kepada Din Ayam dan Nik Abduh gwa akan katakan - jangan risau tentang fulus. Fulus melambak-lambak lebih banyak dari kerja baca doa di Perangsang. Gwa ada Tok Arab dengan dolar halal.
KE LIMA: Saperti biasa gwa akan arahkan SPR untuk melakukan kerja-kerja biasa. Tapi dalam PRU 14 ini SPR wajib lebih teliti. Dari sekarang SPR wajib mula mengalih-alihkan nama-nama pengundi muda Cina yang kelihatan menyokong Bersih. Pengundi-pengundi Melayu yang menyokong PKR atau Amanah akan dipindah-pindahkan atau nama mereka gwa padamkan dari daftar pengundi.
Gwa tahu kerja melupus dan mengalih nama ini sedang berjalan di Lembah Pantai dan di Klang.
Kerja alih mengalih dan padam memadam ini amatlah senang untuk dilakukan kerana bukan lagi menggunakan tenaga manusia. Nama boleh diatur dan data dikumpul melalui program internet.
KE ENAM: Sebelum PRU13 PKR, DAP dan PAS telah amat aktif mendaftarkan ahli mereka untuk menjadi pengundi. Ini terbukti PRU13 membawa kemenangan untuk mereka. Sekarang gwa telah arahkan SPR membatalkan pekara ini. Hanya SPR dan Pejabat Pos sahaja yang boleh mendaftarkan bakal pengundi. Gwa tutup lubang nafas Pakatan Rakyat. Bijak
KE TUJUH: Gwa akan beri satu arahan pendek kepada SPR. Gwa mahu menang besar.
Tujuh pekara ini sudah cukup untuk memastikan suami Rosmah akan menang dalam PRU14. Suami Rosmah akan menang besar. Ada sesiapa nak bertaruh?
Tujuh pekara diatas pasti telah lama difikirkan oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak. Suami Rosmah ini pasti telah diberitahu oleh para Bomoh dan penasehat bahawa seteru besarnya Mahathir bin Muhamad sedang merancang siang dan malam.
Mahathir sedang menggunakan semua tenaga , semua jaringan untuk memastikan suami Rosmah anak tergelincir dari kuasa.
Haji Desas bin Lebai Desus telah mula membuka cerita bahawa Mahathir kini telah sanggup bekerja sama dengan sesiapa sahaja untuk memastikan suami Rosmah lungkup.
Dalam masa yang sama suami Rosmah masih mahu bertahan. Suami Rosmah mahu bertahan sahingga berjaya mengendalikan PRU14. Justeru, pilihanraya kali ke 14 ini akan menjadi satu PRU yang paling kotor.
Orang ramai tahu dan heboh sambil berbincang tentang duit 1MDB berjumlah 42 bilion ringgit. Orang ramai juga tahu sebanyak 2.6 bilion ringgit telah masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. Apa yang orang ramai gagal mengira ialah tolak 2.6 bilion dari 42 bilion ada berapa? Dimana agaknya baki duit ini?
Justeru dengan duit berbilion ringgit ini gwa amat yakin suami Rosmah akan berjaya membeli SPR, SPRM, Polis, Hakim, Mahkamah termasuk Parti PAS, Nik Abduh, Tantawi dan Din Ayam.
Hakikatnya hari ini suami Rosmah telah membeli negara ini. Ini bukan kata-kata dari Hishamuddin Rais. Ini kata-kata dari ucapan Tun Dr Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden parti United Malays National Organisation.
Najib Razak mahu terus bertahan sahingga PRU14 dapat dijalankan. Keputusan PRU14 ini telah ada dalam tangan Najib Razak. Keputusan PRU14 akan memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mendapat kembali majoriti dua par tiga. Ini bukan mustahil. Ini akan berlaku.
Kenapa suami Rosmah gila-gila hendak bertahan sahingga ke PRU14? Kerana suami Rosmah ingin membuktikan kepada Tun Dr Mahathir Muhamad bahawa Muhamad Najib bin Abdul Razak mendapat sokongan rakyat.
Muhamad Najib bin Abdul Razak ingin berkata kepada Mahathir Muhamad ‘ fuck you Mahathir...!”
Maka jika gwa jadi Mahathir Muhamad gwa pasti mahu lupuskan suami Rosmah ini sebelum akhir tahun. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
--------