Rabu, 29 November 2023

ZIONIS LANGGAR GENCATAN SENJATA


ZIONIS LANGGAR

GENCATAN SENJATA

AMIN

SOLDADU RUSIA SEDIA UNTUK BERTEMPUR


SOLDADU RUSIA

SAMPAI KE GOLAN

BERSEDIA UNTUK

BERTEMPUR

AMIN

BAGAIMANA DENGAN 1.22 JUTA YANG DAH MASUK TAK KELUAR ?




Aspek keselamatan negara tidak diabai dengan pengecualian visa, kata Anwar 

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata agensi keselamatan telah diminta untuk memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara.

“Ada Ahli Yang Berhormat yang mungkin gusar kerana isu keselamatan dibangkitkan, maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan negara,” kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini. 

Sebelum ini Anwar berkata kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.

Beliau berkata ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.  – Bernama, 29 November, 2023.




APA LANGKAH

APA CARA NAK

SELESAKAN 1.2 JUTA

WARGA CHINA

YANG DAH MASUK

TAK KELUAR KELUAR

AMIN

INI AKAN UBAH

BENTUK PENDUDUK

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

LANGKAH BAIK WAJIB DI PUJI TAPI....



PDRM rancang tubuh 3 batalion baharu perkasa kawalan sempadan Sabah, Sarawak

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan tiga batalion baharu bagi memperkasakan kawalan keselamatan sempadan di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini berkata ia melibatkan dua batalion di Sabah dan satu di Sarawak.

“Tahap kawalan keselamatan di Sabah dan Sarawak, khususnya di sempadan Kalimantan (ketika ini) berada pada tahap maksimum melalui penempatan 73 pos kawalan keselamatan di bawah kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Selain itu, PDRM melalui PGA turut menjalankan operasi secara berterusan seperti Op Taring, Op Awas dan Op Batas,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai mengenai langkah kerajaan sekiranya berhasrat mengembalikan semula Pasukan Pengakap Sempadan yang sangat terbilang semasa peristiwa konfrontasi dan ancaman Pasukan Komunis Kalimantan Utara dahulu.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata Rang Undang-Undang Pesara dan Bekas Polis dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun hadapan.

Beliau berkata ketika ini, pegawai undang-undang di Kementerian Dalam Negeri sedang membuat proses semakan dan satu sesi libat urus berkenaan rang undang-undang berkenaan akan dibuat pada awal tahun hadapan sebelum dimajukan kepada Jemaah Menteri.

“Ini komitmen kita untuk membolehkan kawal selia yang baik bagi memastikan kebajikan bekas pegawai (polis) di semua peringkat dapat dibuat,” katanya. – Bernama, 29 November, 2023.


LANGKAH PDRM

AMAT BAIK 

WAJIB DIPUJI

KAWAL SEMPADAN

AMIN

TAPI BOCOR 

DI KLIA 

AMIN

INI BOCOR BESAR 

BUKAN RATUS RATUS

JUTA JUTA MASUK

DENGAN PASPOT

MASUK TERUS

AMIN

MASUK SEBAGAI

PELANCUNG TERUS

JADI PENDATANG

HARAM

AMIN

KHALAS

AWAN HITAM DAN GURUH


AWAN HITAM & GURUH


JAM 6.30 PETANG AWAN HITAM  
TERUS BERKUMPUL

JAM 7.45
RINTIK RINTIK  
SUASAN GELAP
KEDENGARAN GURUH
DARI WILAYAH YANG JAUH

APAKAH MALAM INI
AKAN HUJAN
AMIN



YASSIN BEBAS !!!



Yasin bebas dan lepas tuduhan dadah

MAHKAMAH Sesyen di Petaling Jaya hari ini melepas dan membebaskan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin memerintahkan Muhammad Yasin, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Faiz berkata setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh ada melakukan perbuatan sebagaimana dalam ketiga-ketiga pertuduhan.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan dengan alasan semasa kejadian sebagaimana yang didakwa pada 24 Mac 2022, tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras walapun tertuduh sedar akan sifat perbuatannya.

“Namun begitu, gejala-gejala ‘mania’ (emosi tidak stabil) yang dialami tertuduh pada masa tersebut menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui perbuatan itu adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang.

“Justeru, menurut Seksyen 348 (1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tertuduh diletakkan di bawah penjagaan yang selamat di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk tempoh selama mana diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) KTJ,” katanya.

Yasin yang memakai t-shirt berwarna hitam dilihat memeluk ahli keluarganya selepas keputusan itu.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Kota Damansara di Petaling Jaya, pada 5.30 petang, pada tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan. – Bernama, 29 November, 2023.

SYUKUR

SELAMAT

AMIN

BERUBAT REHAT

DAN KEMBALI

BERKARYA

AMIN


MATI DALAM SIMIN ?





Bomba bimbang 

empat mangsa 

sudah mengeras 

dalam simen
BATU MAUNG – Empat mangsa insiden runtuhan bangunan logistik yang masih tertimbus dipercayai berada dalam timbunan lantai simen yang telah mengeras.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Zulfahmi Sutaji berkata, ia susulan kejadian tersebut telah berlaku lebih 12 jam selain faktor cuaca panas hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, lantai simen yang telah mengeras itu bukan berada dalam keadaan yang mampat.

“Kami tidak menolak kemungkinan kesemua empat mangsa berada dalam timbunan lantai simen yang mengeras kerana kejadian telah berlalu lebih 12 jam.

“Ini kerana lantai simen tersebut dibancuh kira-kira jam 9 malam semalam dan runtuhan rasuk utama berlaku ketika mereka melakukan kerja-kerja memasang lantai konkrit pada ketinggian 18 meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Tambah beliau, ketika ini pihak bomba sedang berusaha mengalihkan rasuk utama seberat 33 tan di lokasi kejadian bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan.

“Setakat jam 2 petang tadi dianggarkan lebih 60 hingga 70 tan sisa konkrit serta besi telah dialihkan dan kita juga melakukan beberapa kaedah untuk mengalihkan rasuk utama seberat 33 tan itu.

“Kita lebih berhati-hati dalam mengalihkan rasuk utama itu kerana bimbang ia menyentuh dan mengganggu struktur lain sekali gus menyebabkan lokasi kejadian tidak selamat untuk pasukan keselamatan meneruskan SAR.

“Ketika ini, sudah masuk percubaan ketiga untuk kita alihkan rasuk tersebut namun ia senget dan berkait antara satu sama lain seterunya memberi risiko kepada pasukan penyelamat,” katanya.

Mengulas lanjut Zulfahmi berkata, keadaan cuaca panas turut membantu dari segi operasi namun pihaknya tidak dapat menjangkakan sama ada kesemua mangsa dapat dikeluarkan hari ini.

“Sekiranya cuaca hujan ia akan menyukarkan operasi mencari mangsa kerana kawasan ini masih dalam tapak pembinaan,” katanya. –


KEMALANGAN

BERLAKU

AMIN

INILAH RISIKO

KAUM BURUH 

YANG GAJI 

SELALU DI KELEPET

AMIN

UNTUK KAYAKAN

KAUM PEMODAL

AMIN

DI HARAPKAN

MEREKA SEMUA

SELAMAT

AMIN

GENCATAN SENJATA DITERUSKAN ATAU PERANG MELUAS


GENCATAN 

SENJATA

DITERUSKAN ATAU

PERANG  MELUAS

AMIN

PETANG RABU


PETANG INI

JAM 4 PETANG
MATAHARI BERSINAR PANAS
CUACA INDAH
LANGIT BIRU
AWAN PUTIH BERGUMPAL
KITA DI BUMI
MERASA SELESA TAK BASAH

APAKAH HARI INI
SEPERTI KELMARIN
HUJAN TIDAK TURUN
DAN 
 MALAM AKAN DISINAR 
BULAN PURNAMA

AH !
INDAH BUMI KITA
YANG SATU INI
JANGANLAH KITA ROSAKKAN
AMIN


SATU PANDANGAN YANG BIJAK


SATU PANDANGAN

YANG BIJAK

AMIN

Unknown commented on 
"KES BUNUH"

Kita harus bersyukur Dasai main bontot. Kalau tak kerana berahi jubor, Dasai da lama jadi PM lepas Madey. Walaupun tak suka Madey, bayangkan Dasai jadi PM5… berani jamin perangai akan zalim macam mentor dia entah2 lagi teruk. Sekarang walaupun konon cuba nak tonjol centrist pun nampak tayangan sneak preview Anwar an untold disaster. Rampas jam, rampas buku, tarik dana dari MP pembangkang. Rrrrakus, rrrrampas hak rrrrakyat!

TAHFIZ TERBAKAR


TAHFIZ TERBAKAR

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "KONSERT BACOK"

Tu lah gwa dah royak byk kali .. lu pernah dingar sekolah kapir keling atau kapir Cina di makan api .. sekolah kebangsaan pun tak de .. kan, kan. Semalam sebijik lagi Tahfiz marak terbakar .. mungki TaT nye sedang out-station meniaga air doa atau sibuk melabur duit derma tahfiz .. ingat .. Tuhan tu tak bodoh seperti yg di gambarkan oleh kebanyakan TaT

AL-FATAH YANG BELOT AKUI PERJUANGAN HAMAS

 


AL-FATAH YG BELOT

KINI AKUI 

PERJUANGAN

HAMAS

KHALAS

NILAI EMAS NAIK - NILAI RINGGIT JATUH



Harga emas naik, orang ramai ambil kesempatan cairkan simpanan

PEMILIK emas mengambil kesempatan menggadai emas simpanan dan barang kemas mereka ketika harga emas di pasaran mencecah sekitar RM300 segram untuk mendapatkan tunai bagi menyelesaikan urusan tertunggak atau menambah modal perniagaan.

Tinjauan di Cheras, Petaling Jaya, Seri Kembangan dan Kajang mendapati ada yang mula berurusan di beberapa kedai pajak gadai sebaik dibuka pukul 9 pagi.

Keadaan ini biasa sejak harga emas naik melebihi harga tertingginya sekitar RM280 segram lebih sebulan yang lalu, kata mereka.

Seorang peniaga nasi lemak di Kajang berkata beliau membeli emas sebagai pelaburan, yang beliau cairkan ketika harga emas melonjak naik kerana pulangannya juga lebih tinggi.

“Duit gadai emas ini saya akan gunakan sebagai modal berniaga untuk buka satu lagi kedai nasi lemak di Semenyih untuk anak uruskan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Seorang ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Sarah, 54, pula berkata, kenaikan harga emas memberi peluang kepadanya menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh hasil pulangan baik menggadai emas perhiasannya.

Sarah yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan pejabat kerajaan berhasrat  membeli sebidang tanah di kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

“Ketika saya datang ada dalam lima orang pelanggan di kedai. Biasanya ketika harga emas rendah, kedai ini agak lengang,” katanya.

Sarah berkata sejak 10 tahun lalu, harga emas jarang melonjak naik hingga ke RM300 dan ini peluang keemasan untuk menjadikan emas sebagai modal pelaburan.

Sementara itu, di beberapa kedai emas di Lembah Klang pula, harga emas yang tinggi mendorong sesetengah pengguna menjual barangan kemas mereka untuk mendapatkan keuntungan.

Peniaga emas, Shahid Ali Muhammad Ali, 32, mengakui banyak orang datang menjual barangan kemas mereka dalam tempoh sebulan ini selepas harga emas perhiasan 916 meningkat lebih 50 peratus.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, harga emas pada masa ini adalah yang tertinggi sehingga melebihi RM280 untuk satu gram bagi emas perhiasan 916. Kebanyakan golongan wanita mengambil kesempatan menjual barangan kemas mereka.

“Mereka jual emas kerana mahu memegang duit tunai yang lebih banyak termasuk untuk membeli barangan keperluan harian,” katanya ketika ditemui di Brickfields.

Ada juga sesetengah pengguna yang menukar emas lama dengan emas baru, tambahnya.

Seorang lagi pemilik kedai emas Teoh Boon Cheah, 37, berkata, penjualan emas pada harga tinggi adalah perkara biasa, seperti yang pernah berlaku ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dua tahun lalu.

“Ketika itu, orang ramai menjual barangan kemas kerana harga tinggi dan mereka mahu memegang wang tunai selepas tidak dapat bekerja berikutan PKP.

“Mereka juga menjual emas ketika itu kerana bercadang untuk membeli emas pada harga yang rendah. Namun, harga emas tidak turun seperti dahulu hingga membuatkan orang ramai tidak membeli kembali emas.

“Namun, bagi yang ada barangan kemas mereka mengambil kesempatan menjual emas mereka pada masa ini,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya.

Jelas Teoh, harga emas tinggi menyebabkan jualan emas di kedainya merosot 50 peratus, antara lain kerana orang ramai takut untuk membeli emas ketika harga di puncak.

Seorang peniaga emas di Lebih Ampang, Nurul Hamizah Mohd. Izani berpendapat harga emas pada masa ini naik kerana ketegangan di Palestin selain krisis kewangan dunia.

Jelasnya, harga emas sebelum Israel menyerang Palestin berada di sekitar RM270 setiap gram.

“Sebelum ini harga menunjukkan trend turun naik daripada RM270 kepada RM260/g sebelum naik RM5 beberapa kali bulan ini sehingga terkini mencecah RM301/g.

“Keadaan ini menyebabkan le­bih ramai pelanggan datang mahu menggadai barang kemas berbanding membeli,” katanya ketika ditemui di kedai emasnya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Saraswathy Ramayah tidak pasti sama ada harga emas akan turun dalam masa terdekat selagi keadaan di Palestin tidak reda.

“Jika perang di Semenanjung Gaza berakhir sekali pun, mungkin mengambil masa untuk melihat harga emas kembali turun disebabkan campur tangan Amerika Syarikat dan Rusia.

“Situasi ini pastinya menggusarkan golongan peniaga dengan sambutan dingin oleh pelanggan yang kini turut berhadapan dengan isu kenaikan kos sara hidup,” katanya. – 29 November, 2023.

NIAI EMAS NAIK

NILAI RINGGIT 

JATUH

AMIN

SATU KETIKA DULU

1 RINGGIT  SAMA

NILAI DENGAN

SATU RINGGIT EMAS

AMIN

SEKARANG DUIT

TAK DISOKONG

OLEH EMAS

AMIN

NILAI DUIT HANYA

DI SOKONG OLEH

KEYAKINAN 

AMIN

ERTNYA DISOKONG

OLEH KOSONG

AMIN

KHALAS

FATWA TAN SERI


Kerajaan Perpaduan mungkin kalah PRU16 jika gagal tunai janji – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika gagal menunaikan janji-janjinya kepada rakyat sebelum penggal ini berakhir.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, kemungkinan itu boleh berlaku sekiranya Anwar tidak melakukan reformasi seperti yang dijanjikan.

Menurut beliau, janji-janji tersebut merangkumi doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, kebebasan sistem kehakiman, memerangi rasuah, tadbir urus yang baik, reformasi pendidikan, hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan agama.

“Kita berada pada persimpangan penting dalam sejarah negara ini.

“Adakah kita akan bangkit menjadi sebuah negara bertaraf dunia yang hebat atau menjadi negara yang berpecah-belah, gagal dan kleptokratik?

“Ia akan ditentukan dalam masa tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada program dialog di Malaysia Hall, London semalam.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menambah, perspektif dan keutamaan politik kini adalah berbeza jika dibandingkan dengan semasa berjuang untuk kelangsungan politik dahulu.

Namun, beliau percaya, memandangkan kestabilan politik telah dipulihkan, masanya sudah tiba untuk Kerajaan Perpaduan melaksanakan reformasi dan janji-janjinya.

“Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad adalah reformasi tidak boleh berlaku dalam masa yang singkat.

“Saya berharap mereka yang mengkritik Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar supaya memberinya masa tiga atau empat tahun lagi untuk menilai sama ada ia gagal melaksanakan janji-janji reformasinya pada PRU16,” jelasnya.

Kit Siang mengakui bahawa beliau sendiri tidak gembira dengan banyak perkara yang berlaku ketika ini namun setelah kestabilan politik berjaya dipulihkan, Anwar mempunyai masa tiga hingga empat tahun untuk menunaikan janji-janji reformasinya. – 

WOIT

KAH KAH KAH

TAN SERI

TAK PUAS HATI

KAH KAH KAH

REFORMASI DAH

JADI REFROMATI 

KAH KAH KAH

INI FATWA DARI

TAN SERI

KAH KAH KAH

TAN SERI DAH

RISAU TALIBAN

AKAN MENANG

KAH KAH KAH

WOIT

TAN SERI

TAK PERLU RISAU

KITA ADA RAJA

BOLEH MINTA

SEKALI LAGI

TUBUH KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

KHALAS

PROJEK KEMUT BUJET KE ?


Tiga maut, dua parah manakala empat lagi masih tertimbus


Operasi mencari empat mangsa tertimbus diteruskan pagi ini




Operasi mencari dan menyelamat mangsa gudang runtuh diteruskan 

OPERASI mencari dan menyelamat empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di George Town, diteruskan sejak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.

“Kren digunakan untuk mengalihkan struktur beam berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa,” menurut JBPM dalam kenyataan pagi ini.

Kenyataan itu memberitahu anggota JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

“Kesukaran kita setakat ini ialah mengalihkan struktur yang terjatuh kerana ia melibatkan struktur konkrit yang berat dan besar. Kerja-kerja ini memerlukan jentera mesin untuk mengangkat dan membersihkan kawasan supaya pasukan penyelamat boleh akses kepada lokasi mangsa.

“Kita menggunakan kren dan khidmat anjing pengesan jika dikhuatiri ada mangsa yang tidak dilaporkan. Kita akan teruskan operasi sehingga semua mangsa dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Setakat 6 pagi tadi, empat mangsa dilaporkan dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. – Bernama, 29 November, 2023.

WOIT

INI PROJEK

KEMUT BUJET KE?

AMIN

BUAT BANGUNAN

TAO FOO

MACAM DI CHINA

KAH KAH KAH

KEMUT SANA SINI

HINGGA 

BANGUNAN RUNTUH

AMIN

KHALAS