Rabu, 4 September 2019

PUKRAK MUKRAK





UNITED SYAITAN



---------

JANGAN BUAT FITNAH






JANGAN 

BUAT FITNAH

TUDUH

TOWKAY LENDIR

TAJA 

BUNGLO ABAM 
TT blh tlg check tak Banglo tu milik siapa. Ramai org fitnah Abg Non kata banglo tu milik tauke lendir dan judi haram. Takan Abg Non sanggup trima banglo dari cukong sedangkan Abg Non nak d lihat kebih Islamik dari Warotad. Lg pun Abg Non baru balik dari Haji dah suci bersih. Lg pun Agong pun dah ampun dia. 
on 
BANGLO ANWAR
 DI JALAN GASING
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
at 19:32

Me-----------

JHO LOW JADI PM






ARAHAN

PIEM

JHO LOW

Pegawai Najib buka akaun bank atas arahan Jho Low



BERITA MENYUSUL


----------

JANGAN SEBAR KHABAR ANGIN




AWAS 
jangan dengar khabar angin
jangan sebar finah

farhash  salvador budak baik
budak jujur
kalau tidak mana mungkin
anwar ibrahim ambil farhash salvador
jadi setiausaha politik
kemudian 
lantik sosok ini
menjawat ketua perhubungan PKR Perak

anwar pasti tahu
anwar pasti kenal baik
dengan sosok ini
cerita cerita karut
khabar angin
bertaburan dihebohkan
ini ada niat jahat
ini ada niat konspirasi
nak burukkan nama
anwar ibrahim
nak busukkan nama
farhash salvador




----------

JEMPUTAN SABTU INI






SABTU MALAM

07. 09. 2019 

DI TEMERLOH

------

BANGLO ANWAR DI JALAN GASING




WOIT
BANGLO
 ANWAR  DI BUKIT GASING 
ANWAR TAK DUDUK
DI BUKIT SEGAMBUT DENGAN
 WAN AZIZAH LAGI KE?
Berita Farhash Salvador difitnah ni langsung tak menarik perhatian. Yang menarik cuma berita kecilnya ini..... - Namun ketika ini, saat ini, dilaporkan polis berada di banglo Anwar Ibrahim, di JALAN GASING untuk siasat Farhash -
.... jeng, jeng jeng.... 
di JALAN GASING!!!!!! 
on 
MANGSA FITNAH
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 04/09/19

TT


--------

JANGAN PERCAYA





JANGAN 

PERCAYA

SEMUA FITNAH


Farhash dikehendaki polis, bantu siasatan kes serang jurulatih tinju



SETIAUSAHA politik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dikehendaki polis berhubung kes rusuhan bersenjata di Ampang pada 31 Ogos.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Farhash dan 10 individu didakwa menyerang seorang jurulatih tinju di luar Kompleks D’Star Arena pada malam sambutan Hari Kebangsaan, Sabtu lalu.

Pada kira-kira pukul 9 malam 31 Ogos, berlaku pergaduhan melibatkan 12 hingga 14 lelaki di Kompleks D’Star Arena, Taman Dagang Permai di Ampang. Pergaduhan tercetus apabila suspek datang ke kompleks itu dan menyerang mangsa (jurulatih tinju) di bahagian muka, kata polis.

Kedua-dua lelaki berkenaan kemudiannya diminta beredar oleh pengurus kompleks.

“Mangsa telah pergi ke tempat letak motosikal di luar kompleks sukan tersebut dan seterusnya sekumpulan 10 orang lelaki telah datang menyerang. 

“Mangsa diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi.

“Ketika itu terdapat tiga rakan mangsa cuba menghalang insiden daripada namun gagal. Mangsa mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan ,” menurut kenyataan polis.

Farhash kini dikehendaki untuk membantu siasatan.

Farhash yang juga pengerusi PKR Perak pada Julai ditahan reman bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz dan tujuh individu lain bagi membantu siasatan terhadap video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Beliau dibebaskan pada 23 Julai selepas ditahan reman lapan hari. – 3 September, 2019.


MUSTAHIL

SETPOL ANWAR

BERKELAKUAN

SADEMIKIAN

INI FITNAH
AWAS BAHAYA

---------

MENGENAL SOSOK






 MENGENAL SOSOK

INI YAHYA ISMAIL
MENGIKUT LAPORAN POLIS
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
YAHYA ISMAIL
CUAB PAU DATUK SERI ANWAR
SEBANYAK 400 RIBU RINGGIT

INI FARHASH SALVADOR
SETIAUSAH POLITIK 
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
YANG SEDANG DI FITNAH





--------

OMBAK KANAN - ANTI PENDATANG





OMBAK KANAN - ANTI PENDATANG

Saya menggarap tulisan ini pada pagi Senin  2 September 2019. Kelmarin Ahad 1 September  parti AFD – Alternative fur Deutschland telah menonjolkan kejayaan cemerlang di dua wilayah  - Saxsony dan Brendenburg di German. Parti AFD  berjaya mengatasi parti  Christian Democrat dan Sosial Demokrat   – parti Angela Merkel. Dua parti ini  walau pun merosot sokongan  tapi  tidak kalah dan masih berjaya bergabung berkongsi kuasa  untuk meneraju German.

Ketika saya menggarap tulisan ini Parlimen United Kingdom sedang  digantung oleh Boris Johnson yang baru mengambil alih kerusi Perdana Menteri dari Teresa May. United Kingdom sedang berhadapan dengan persoalan Brexit – politik kanan mahu Britain tinggalkan Eropah. Atau masuk sekali lagi menjadi angggota Kesatuan Negara Eropah (EEC). Pungutan suara telah  membuat keputusan  untuk keluar dari EEC. Tapi masih ada suara tak puas hati dengan keputusan meninggalkan Kesatuan Eropah.

Ketika saya menulis ini Doland Trump sedang  merayau berkempen. Trump memasang niat untuk bertanding sekali lagi. Untuk mengolah persetujuan para penyokong dan bakal pengundi Presiden Trump terus mengancam pendatang haram yang menerbus masuk ke Amerika.

Trump mahu mendirikan tembok sempadan di Mexico untuk menghalang kemasukkan pendatang haram dari Amerika Latin masuk ke  Amerika Serekat.

Presiden Trump juga sedang menyerang melalui twiter empat ahli Congress yang bukan berkulit puteh. Trump meminta ahli Congress ini agar pulang ke negara asal usul mereka nenek moyang mereka. 

Yang dituduh sebagai pendatang oleh Trump ialah Alexandria Ocasio-Cortez, Ayanna Pressley, Ilhan Omar dan Rashida Tlaib. Kesemua mereka  ahli Congress dari Parti Democrat. Kesemuanya warga Amerika – lahir dan dibesarkan di Amerika kecuali Ilhan Omar lahir di Somalia.

Tanpa pergi jauh ke luar negara pada Senin  2 September 2019 portal Malaysia Insight melaporkan berita tentang seorang  pendatang India bernama Zakir Naik masih  diharamkan berceramah di Melaka.

Tanpa pergi jauh dalam portal yang sama pada tarikh yang sama  saya terbaca  berita  pembatalan persatuan China Dong Zong di Johor oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP).
Apa makna semua ini ? Pada hemat  saya  semua ini adalah manifestasi ombak kanan. Dunia kita hari ini sedang diampoh oleh ombak kanan.

Apa dia ombak kanan?

Untuk memahami ombak kanan kita wajib juga mengetahui apa itu ombak kiri.

Garis kiri dan garis kanan adalah istilah politik. Kita wajib memahami sejarah, ciri dan pola-pola  garis politik kanan dan garis politik kiri.

Dari fakta sejarah - konsep politik kiri dan kanan muncul hasil dari  Revolusi Peranchis ( 1789). Satelah kepala Louise ke 16 dipenggal  dan monarki dihapuskan maka wujud  Parlimen Rakyat di Peranchis. Dalam parlimen ini ahli parlimen yang anti-raja dan pro rakyat duduk disebelah kiri. Ahli parlimen yang masih menyokong kaum feudal, tuan tanah dan kelas agama duduk disebelah kanan. Maka dari sini bermula konsep politik kiri dan politik kanan. Amin

Pola utama politik kiri ialah fikrah yang menyokong kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan umat manusia. Memiliki pandangan  cerah yang progresif untuk membawa perubahan kepada orang ramai. Merayakan  perubahan dan kepelbagaian. Kaum kiri mengambil sikap internatiolisma terhadap anak semua bangsa dan bangsa semua agama.

Manakala ciri utama politik kanan ialah menyokong kuasa,  berhairaki, berkelas, tunduk pada kuasa, sikap feudal,  konservatif, kolot, jumud, bebal dan tidak mahu berubah dan tidak miliki budaya pemikiran kritikal. 

Paling jelas  kaum kanan ialah reaksionari – reaction. Kaum kanan hanya sanggup menentang, bertindak balas ,  menyuarakan bantahan dan bertindak bebal. Kaum kanan dan pemilik fikrah kanan  tidak ada keupayaan untuk menjadi pemula fikrah atau pemula tindakan. Atau memulakan sesuatu ajenda baru. Sosok kanan amat senang hati menjadi Pak Turut.

Hakikatnya garis politik kiri berjuang  untuk kesejahteraan dan kebajikkan ramai – untuk majoriti. Manakala garis politik kanan ialah untuk kesejahteraan dan kebajikkan elit politik, kaum pemodal dengan bantuan kaum agamawan.

Amat jelas pada hari ini garis politik kanan makin melonjak naik.  Makin ampoh. Buktinya di Amerika ada Donald Trump menjadi Presiden. Buktinya Britain menolak Kesatuan Eropah  dengan garis politik Parti Konservatif.

Greece kembali ke garis kanan dengan tewasnya garis kiri Parti Syriza. Itali jelas dengan kerajaan berhaluan kanan. Malah di Itali parti anti kaum pendatang berkempen secara terbuka.

Parti politik berhaluan kanan makin popular di Austria, Switzerland da Hungary. Di Belanda parti kanan makin mendapat tempat. Malah garis kanan ini memiliki perwakilan dalam Parlimen Eropah dan parlimen masing-masing negeri di Eropah saperti di Poland dan Czech Republik.

Apakah ini bermakna parti pekauman , parti Nazi, parti anti-pendatang  semakin mendapat tempat. Kenapa ini berlaku? Bagaimana ini terjadi? Apa kena mengena semua ini dengan kita? 

Bila ajenda pendatang muncul maka ianya akan berkait rapat dengan kita di Malaysia. Tulisan ini akan cuba merungkai sejarah untuk  menambah pencerahan.  Tulisan ini adalah penerusan tema  yang sama  dari tulisan-tulisan awal saya yang kini telah dibukukan untuk menjadi Persolaan Nasional – Surah-surah Terlarang.

Politik kanan bukan satu yang asing. Politik konservati juga bukan satu yang baru. Tetapi kali ini ianya mengampoh  dan merebak luas. Pandangan kanan ini sedang membakar dunia dengan bantuan teknoloji baru. Internet untuk semua benda sedang mewabakkan  pelbagai bentuk pandangan – termasuk yang kanan.

Kita sekarang dalam era pasca moden. Kita telah melintasi moden.  Salah satu ciri-ciri pasca moden ialah sistem ekonomi kapitalis telah berjaya menakloki seluruh pelusuk dunia. Kalau mengikut pandangan Francis Fukuyama dalam bukunya The End of History (1989) – kapitalis telah berjaya mengalahkan pandangan kiri kaum sosialis. 

Manifestasi yang mudah dilihat ialah tidak ada lagi wilayah dalam alam kita ini  yang tidak dilawati oleh Kentuki dan Mek Dogal.  Malah dari surah dan labon kawan-kawan Islam yang pernah sampai ke Mekah – dalam kota Mekah  yang dikatakan suci ini juga berselerak Mek Dogal.  

Justeru salah satu lagi ciri pasca moden ialah berkembangnya  garis kanan yang berkemudikan  ajenda anti pendatang. Dimana-mana  - di Eropah dan Amerika – ajenda imigran – ajenda anti pendatang ini sedang menjadi pemangkin utama wacana dan kempen politik.

Imigran dan pendatang haram adalah ciri politik pasca moden yang paling jelas. Kaum pendatang ini adalah hasil dari sistem  ekonomi kapitalis. Pedatang, imigran – yang halal dan yang haram adalah sebahagian dari ciri-ciri ekonomi kapitalis.

Contoh yang paling afdal  untuk memahami apa yang saya lakar ialah kes  Tanah Melayu. Mustahil kes ini gagal kita fahami.

Pada satu ketika dahulu sebelum Inggeris sampai wilayah  kita  ini hanya diduduki oleh bani berketurunan Melayu  Nusantara. Alam ini adalah alam Nusantara. Kepulauan ini ialah Kepulaun Melayu. Lautnya ialah Laut Sunda. Selatnya ialah Selat Melaka. Semenanjungnya ialah Tanah Melayu. Gentingnya islah Si Genting Kera.

Bani China dan Bani India didatangkan ke Tanah Melayu dari Tanah Besar China dan India.  Bani China dan India ini diperlukan oleh kaum pemodal Inggeris untuk menjarah harta kekayaan Tanah Melayu.  Tanah Melayu kaya dengan bijeh dan galian. Sistem kapitalis yang diperkenalkan  oleh penjajah Inggeris membawa masuk  Bani India dan Bani China sebagai buruh. Ini fakta sejarah.

Generasi hari ini wajib sedar dan diberi tahu  bahawa kekayaan Tanah Melayu inilah yang menjadi induk kekuatan kuasa ekonomi kolonial  Inggeris. Sesudah tamat Perang Dunia Kedua – Britain hamper jatuh muflis kerana perang.  Britain diselamatkan oleh Tanah Melayu. Hampir  60%  suntikan ekonomi Britain datang dari hasil bijeh dan getah Tanah Melayu. 

Sesudah Perang Dunia Kedua -  negara Eropah juga membawa masuk pendatang. Eropah yang hancur akibat perang dunia ke dua perlu dibangunkan kembali. Di Belgium warga dari Moroko datang memburuh. Di German   Barat - yang ketika itu terpecah dua - buruh dari Turki telah dibawa masuk. 

Di Peranchis – warga Algeria meloroh  masuk ke Peranchis kerana  sebelum 1962 Aljeria pada ketika itu ditakrif sebagai wilayah Peranchis.  Britain membawa masuk pendatang dari India, Pakistan dan Carribean.

Kemasukan buruh ini merancakkan zaman industri  moden dengan pengeluaran barang-barang consumer.  Kalau dipermulaan zaman industri buruh diperlukan di ladang dan di lombong saperti di Tanah Melayu. Bila industri berkembang buruh diperlukan untuk bekerja di kilang dan di pabrik.

Pada awal moden - buruh pendatang yang pada satu ketika dahulu di ahlan wa sahlan – dijemput dan dipilihara. Kini dibaca sebagai pembawa masaalah.  Ketika zaman moden bermula pendatang asing dilihat, cun, cantik dan lumayan. Kita dizaman pasca moden  apa yang satu ketika cun, cantik dan lumayan  kini telah menjadi beban negara.

Aoa hubungan semua ini dengan Zakir Naik dan Dong Zong.  Zakir mentafsirkan dirinya sebagai pendatang baru. Manakala Dong Zong pendatang lama. Kedua-dua dilihat pembawa masalah ke Tanah Melayu.

Apa masaalah yang mereka bawa? Tunggu minggu hadapan. (TT)



Tulisan ini disiarkan juga
dalam Suara Keadilan
sesiapa ingin melanggan SK
sila pukul talipon
03 92 21 30 45



------------

JANGAN FITNAH









FITNAH
Fitnah berleluasa
 Farhash Salvador Wafa
Setia Usaha Politik
 Datuk Seri Anwar Ibrahaim
sedang difitnah
ini satu konspirasi jahat

Mustahil 
SetPol Datuk Seri Anwar
dikatakan bergaduh
dikatakan mabuk
dikata ganas

Semua ini bertujuan
untuk mencemarkan
imej Datuk Seri Anwar

Mustahil 
Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan mengambil 
seorang samseng
sebagai setiausaha poitik

Mustahil
Datuk Seri Anwar Ibrahim
melantik  Farhash sebagai
pemimpin PKR di Perak
Mustahil 
semua ini 
tidak masuk akal
semua ini fitnah
semua ini konspirasi jahat






----------

MENGENAL SOSOK





MENGENAL SOSOK

INI SALVADOR DALI
PEMBUAT FILEM SURREAL
WARGA SEPANYOL
MENETAP DI PARIS

INI SALVADOR WAFA
PEMBUAT POLITIK SURREAL
WARGA PERAK
MENETAP DI KUALA LUMPUR 





--------

BERITA FITNAH







BERITA

FITNAH

Farhash dikehendaki polis, bantu siasatan kes serang jurulatih tinju


BERITA MENYUSUL



---------

KES CABUL BINI





CABUL?
Terkena kat btg hidung sndiri baru tau rasa. 
Mntak tuhan jauhkn. 
Maruah kna jga walau dgn apa harga.
 Takkn nk biar camtu je 
nti org ckp dayus plk. 
Bini kna cabul ishhh...
sape2 pun marah
 on 
TUKAR TIUB
 PEMECAH BERIAT
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 03/09/19

Tkl


-------

BINI TANG MANA







BINI YANG MANA

kahkahkah 
kes dah selesai sepatutnya dia duduk diam2. sekarang ni satu dunia dah tau isteri dia kena cabul! kahkahkah patut laa dia marah!! angkat geng tuuu.. 
sebijik macam jamal jamban si baju merah! ada potensi budak ni nanti ganti dato jamal jamban. dah lama tak wujud joker politik.. terasa sunyi la pulak bumi malaya ni. kahkahkah asyik dok dengar lawak tt jer hari2 bosan jugak. on 
TUKAR TIUB
 TEPAT DAN BENAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/09/19

Terke


--------

NIKMAT BUKAN NIK MAT





NIKMAT 

BUKAN NIK MAT
Tk kisah la apa ulasan pon psal syurga..
klu tnya aku mmg nk msuk syurga..
bnyk nikmat yg tuhan sediakn kat dlm tu beb.. 
on 
AWAS - 
TAK MASUK SYURGA
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 04/09/19

john



----------

DAH BERULAT







DAH BERULAT
Kah..kah...Kepala dah busok, 
ekor pula berulat. 
Mcmana burok perangai bos, 
mcm tu lah perangai org dia.
Dok sibuk menjerit semburit,
bini pun xnampak..
Camoak dlm penjara melaon ni.. 
on
 TUKAR TIUB 
TEPAT DAN BENAR
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 04/09/19

abe





-------

NURUL TAHU HOK GOTU





NURUL TAU

HOK GOTU
Gila lah lu org tua, 
siapa lu punya connection. 
Kadang2 wa confius, 
lu org madey atau org abam. 
Nurul Izzah apa cer? 
on 
TUKAR TIUB 
TEPAT DAN BENAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/09/19

ab



-----------

KALAH MUSANG







KALAH MUSANG
hang memang nujum terhebat la bro..
lu tak pakai buah nyoq 
tapi deria bau lu mmg kuat..
kalah musang...
i lespek lu bro tt 
on 
TUKAR TIUB
 PEMECAH BERIAT
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 03/09/19

K


----------

CARA MEMBACA TUKAR TIUB






INGATAN
DIBERI INGATAN SEKALI LAGI
TENTANG CARA MEMBACA
TENTANG TEKNIK 
MEMAHAMI ISI KANDUNGAN
 TUKAR TIUB

SEMUA YANG DIPAPAR
DALAM BLOG TUKAR TIUB
MEMILIKI  TANDA DAN MAKNA

TIDAK ADA SATU PUN POSTING
YANG TIDAK MEMILIKI MAKNA

GAMBAR SOSOK
NAMA SOSOK
KOMEN KOMEN
TAJUK BERITA
KAH KAH KAH
KITA KETAWA
DISEBALIK KAH KAH KAH
ADA BERITA YANG TERSELIT
SEMUA DIPILIH 
SEMUA DIATUR
DISUSUN
OLEH SIDANG PENGARANG
UNTUK MEMASTIKAN
 MAKLUMAT TERSEBAR

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
TUKAR TIUB PENJUAL BERITA
TUKAR TIUB PENYEBAR MAKLUMAT

HANYA TUKAR TIUB
BERANI LANGGAR
LAPORAN TEPAT
KAH KAH KAH


br />




-----------

LAPORAN SAHEH










TUKAR TIUB
PEMECAH BERITA  

PADA 3/9/2019
TEPAT JAM 8.21 PAGI
TUKAR TIUB LAPOR BERITA

PADA 3/9/2019
TEPAT JAM 10.00 MALAM
KETUA JABATAN SIASATAN 
JENAYAH SELANGOR
BUAT KENYATAAN MEDIA

TERBUKTI
SAHEH LAPORAN TUKAR TIUB
Salam rakan media.

KES MERUSUH 
DI ARENA ALL STARS AMPANG

1. Pada 31.08.2019 jam lebih kurang 9.00 malam telah berlaku satu kejadian rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan  Arena All Stars, Taman Dagang Permai, Ampang. Seramai lebih kurang 12 ke 14 lelaki Melayu terlibat dalam kes ini. 

2. Kejadian bermula apabila saspek seorang lelaki  Melayu telah terserempak dengan pengadu dan terus menolak muka pengadu. Seterusnya berlaku kekecohan dan pihak pengurusan kompleks meminta pengadu dan saspek beredar dari kawasan itu.

3. Pengadu telah pergi ke tempat letak motosikal di luar komplek sukan tersebut dan  seterusnya sekumpulan 10 orang lelaki telah datang menyerang. Pengadu telah diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi.

4. Ketika itu terdapat 3 rakan pengadu yg cuba menghalang insiden dari terus berlaku namun gagal.

5. Pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan pengadu. 

6. Ekoran dari kejadian ini pihak polis meminta salah seorang saspek yg dikenali sebagai Farhash  Wafa Salvador, 37 tahun, utk tampil bagi membantu siasatan.

Terima kasih dan salam hormat.

*KJSJ SELANGOR*
3/9/2019
10.00 malam





--------