Ahad, 22 Mei 2022

KITA PEMUSNAH ALAM INI

 


KITA MANUSIA

PEMUSNAH

ALAM KITA

KHALAS

TAK PERLU BAKAR RUMAH

 




Politik korup, Melayu muflis, negara gagal

SAYA melibatkan diri dalam politik ini pada asalnya, hanya ikut-ikutan, bukan kerana minat atau bakat. Namun, selepas itu saya sedar bahawa politik mesti ada tujuan yang jelas. Saya memilih menyertai usaha politik kerana saya percaya pada usaha membangunkan negara bangsa. 

Kepercayaan ini muncul apabila saya mempelajari bagaimana tokoh-tokoh hebat boleh muncul seperti Al-khawarizmi, Ibnu Sina, Imam Syafei, Michelangelo, P. Ramlee, Picasso, Bill Gates, Micheal Schumacher dan lain-lain yang menjadi minat saya. 

Malah saya begitu cemburu melihat kehebatan tamadun di kota-kota Andalusia, Baghdad dan lain-lain.

Jika mengkaji sejarah, kita akan menyedari bahawa selain faktor bakat dan ilmu, tokoh-tokoh ini muncul apabila wujud suasana sosial yang kondusif—-suasana yang ada budaya ilmu dan persekitaran sosial yang progresif. 


Tanpa suasana ini, tak mungkin akan lahir tokoh dan peradaban yang hebat. Mungkin juga kerana itu, kita sering mendengar anak Malaysia berjaya diluar negara. Kenapa luar negara? Apa ada di sana? Kenapa tidak di dalam negara? 

Justeru, menyertai usaha membangunkan negara bangsa ini adalah untuk mewujudkan satu suasana ekonomi dan sosial yang maju dan kondusif kepada semua. 

Namun, usaha ini rupanya amat sukar. Kerja membangunkan negara bangsa ini menuntut pengorbanan dan pertanggungjawaban yang bukan main-main dan sekejap; sebelum kita mengajak rakyat berubah, kita sendiri harus berubah dan menjadi contoh.

Bagaimana DEB disalah guna

Untuk memahami cabaran mewujudkan sebuah negara bangsa, kita harus sedar cabaran utama. Di mana saja di dunia ini, masalah utama manusia ialah kemiskinan. Kemiskinan akan menyebabkan masalah dalam pendidikan, kesihatan, kebajikan dll. 

Menurut Marxis, punca utama kemiskinan adalah apabila berlakunya pengagihan kekayaan dan pendapatan yang tidak sekata. Dengan kata lain, ketidakadilan agihan kekayaan ini berpunca dari masalah politik.

Memahami masalah itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) muncul untuk memperkasa kumpulan majoriti dalam negara iaitu kaum Melayu yang tercicir dari kemakmuran negara. DEB yang diperkenalkan pada 1971 itu juga banyak kelemahannya.

Kelemahan itu sebenarnya lebih tertumpu kepada proses agihan atau penyampaian yang lemah dan korup, bukan salah pada objektifnya.

Kelemahan ini menyebabkan objektif DEB gagal dicapai seperti yang diharapkan. Keadaan ini semakin buruk apabila usaha dalam DEB telah disalahgunakan atau dimanipulasi oleh rejim Kleptokrat dengan menggunakan wang untuk tujuan ‘kuasa politik’, bukan untuk memakmur dan memajukan kaum Melayu yang masih miskin dan tercicir. 

Selepas kejatuhan regim Kleptokrat ini, saya melihat usaha tersebut terabai oleh kerajaan Pakatan Harapan atas sentimen bahawa DEB bersifat perkauman oleh sesetengah parti dalam PH.

Dan kerana sikap dan sentimen ini jugalah menjadikan politik Malaysia tidak stabil malah bergolak dan berantakan.

Politik aliran kanan bertembung dengan politik aliran kiri dan sederhana dalam kerajaan PH. Akhirnya, usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu terus terabai.

Sebaliknya fitnah antara pemimpin, curiga-mencurigai dan pengkhianatan terjadi hingga akhirnya ‘checkmate’. Akhir kepada keributan ini, kerajaan tidak lagi stabil sehingga hari ini dan pada masa yang sama rakyat semakin hilang keyakinan pada ‘politik’.

Politik korup, bangsa muflis

Natijah daripada semua keributan ini, rakyat telah menunjukkan sikap mereka dalam setiap pilihanraya apabila peratusan keluar mengundi sangat rendah. Rakyat muak dan mungkin merasakan ‘politik’ tidak lagi boleh diharap untuk membantu hidup mereka. 

Apabila semua parti politik korup, maka politik tidak lagi menjalankan fungsinya untuk rakyat. Politik yang telah korup akan menjadikan bangsa ini muflis.

Kenapa saya bercakap tentang Melayu? Kumpulan yang dikategorikan kumpulan B40 ini adalah majoritinya kaum Melayu.

Dan, jika kajian dibuat selepas pandemik ini, berkemungkinan besar B40 telah menjadi B60 atau B80. Majoritinya siapa? Melayu.

Jika teras dan kekuatan ekonomi Malaysia ini ada pada perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS (SME), maka teras PKS (SME) ini adalah juga dalam kalangan kaum Melayu. Maka, masalah kemiskinan kaum Melayu adalah agenda nasional, bukan agenda perkauman. 

Dalam konteks politik, memajukan kaum Melayu memerlukan integriti dan prinsip yang teguh, bukan wang. Hanya dengan jalan ini sahaja keyakinan rakyat kepada sistem politik boleh dikembalikan. Apabila sistem politik kembali berfungsi, rakyat akan memilih parti yang berintegriti dan benar-benar mahu berjuang untuk mereka.

Pada masa yang sama, orang Melayu sendiri harus sedar bahawa kemiskinan mereka bukan kerana Cina atau India, tetapi kerana Melayu menjadikan pemimpin dan parti yang korup sebagai ikutan. 

Mengikut pemimpin dan parti yang korup akan menjadikan kita lupa pada makna dan istillah ‘budiman’. Etimologi ‘budiman’ seharusnya menjadikan Melayu manusia yang berbudi dan beriman (berintegriti dan yakin). 

Tetapi jika kita berbudi pada “I’ll help you, you help me” dan kita beriman bahawa “cash is king”, akan tiba masanya negara ini menjadi sebuah negara yang gagal. – 22 Mei, 2022.

 * Mahdzir bin Ibrahim,
 ahli Parti Pejuang Tanah Air

DI SRI LANGKA

RUMAH PM

DI BAKAR

KERANA PM

CURI DUIT

RAKYAT

KHALAS

DI MALAYSIA

PENCURI DUIT

RAKYAT NAJIB

AMIN

KITA TAK PERLU

BAKAR RUMAH 

NAJIB

AMIN

MASUKKAN SAJE

NAJIB KE DALAM

PENJARA

AMIN

SEMUA BERES

SABRI 114

BOLEH JADI PM

TERUS

AMIN

KHALAS

KAH KAH KAH

SEMUA AGAMA ADA SISTEM CUCI DOSA

 



SEMUA AGAMA 

ADA SISTEM

CUCI DOSA

AMIN

Unknown commented on

 "MASYUK

 SYURGA FREE ?"

di Msia budaya melayu isle yg korup kebanyakan pi cuci dosa di Mekah selepas pencen cuma pelik sikit agak boleh pakai ke amalan ni atau syiok sendiri.... !

BILA NAJIB MASUK JIL

 




Pejuang nilai kerjasama dengan BN, Perikatan, kata pemimpin parti

PEJUANG tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum akan datang, menurut pemimpin pusat parti itu.

Pemimpin berkenaan mengesahkan kepada The Malaysian Insight, pertimbangan tersebut berdasarkan sifat parti berkenaan yang berasaskan Melayu dan Islam.

Ia berbeza dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap tidak berasaskan Melayu dan Islam, jelasnya.

“Sebab dalam politik ini apa-apa pun boleh berlaku. Kita Pejuang nak lebih bersama (parti politik berasaskan) Melayu dan Islam. Parti Melayu Islam yang tinggal adalah BN, Umno atau PN.


“PH bukan parti Melayu, Islam,” katanya.

Beliau yang enggan namanya disebut itu percaya ia satu kemungkinan yang nyata kerana politik perlu diamalkan secara anjal.

“Tidak mustahil Pejuang, PAS, Umno, dan Bersatu bergabung, politik jangan ingat ianya perkara yang statik, ia fleksibel.

“Tetapi bila dah kawan akan ada rundingan kerusi, waktu itu baru kita tahu siapa pergi mana,” tambahnya.

Beliau menjelaskan, parti diasaskan Dr Mahathir Mohamad itu sedang memutuskan perkara tersebut kerana Pejuang berdepan laluan sukar sekiranya menghadapi PRU15 secara bersendirian.

“Sebenarnya kita sedang membuat keputusan untuk bersama siapa. Kalau pergi secara individu di Parlimen agak susah, kita perlu ada gabungan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat anggota pimpinan tertinggi Pejuang.

“Mesyuarat pimpinan tertinggi juga dah buat keputusan untuk bersama dengan mana -mana (gabungan politik) yang boleh kita terima,” katanya.

Perkembangan itu berbeza dengan pendirian keras dinyatakan Dr Mahathir pada April lalu untuk tidak bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin, presiden Bersatu yang merupakan parti tunjang PN.

Menurut perdana menteri ketujuh itu, beliau serik selepas dikhianati Muhyiddin yang menyebabkan pentadbiran PH tumbang pada 2020.

Pejuang tidak akan menyokong Muhyiddin yang menurutnya mahu menjadi perdana menteri sekali lagi sedangkan prestasinya buruk apabila mengambil alih menjadi perdana menteri kelapan.

Kenyataan ahli Parlimen Langkawi itu pada April ekoran tindakan Muhyiddin yang bertemunya untuk merintis kerjasama baharu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Usaha itu ekoran kegagalan Bersatu dan juga Pejuang yang kalah teruk dalam pilihan raya negeri Johor pada bulan sebelumnya.

Sumber Pejuang itu mengesahkan ia antara pertimbangan yang dibuat selepas menilai faktor kekalahan parti tersebut dalam pilihan raya negeri Johor.

“PRN Johor salah satunya, sebab kita dah nampak tak boleh pergi. Tapi faktor kalah bukan itu sahaja, ada faktor lain, sekarang rakyat lapar, mereka tak mahu tahu rasuah, kerja tidak ada.

“Bukan semua negeri Pejuang kuat tetapi ada juga negeri yang strukturnya kuat, kita bukan parti yang dah kuat, cuma sekarang bergantung penerimaan orang kepada individu itu.

“Jadi Pejuang kena ada gabungan,” katanya.

Tambahnya, Pejuang juga menumpukan masalah periuk nasi dan keperluan hidup rakyat, lebih-lebih lagi pasca pandemik Covid-19, berbanding isu rasuah dan salah guna kuasa.

Jelasnya rakyat sedar kedudukan sosioekonomi negara dan juga bosan dengan pertukaran demi pertukaran pentadbiran kerajaan.

Tambahnya penjelasan mengenai isu rasuah tidak mampu menarik lebih banyak sokongan kepada dan kleptokrasi pula dilakukan oleh pemimpin dan bukannya oleh parti.

“Sekarang kita tukar tiada lagi cerita rasuah tapi cerita nak pulihkan bangsa. Cerita rasuah ini orang berpendidikan yang faham, tetapi di bawah ini mereka sudah tidak peduli.

“Kleptokrat ini pun sudah tak pergi mana dah, kita cakap dengan pucuk pimpinan.

“Umno ini sama sahaja macam parti lain. Dua individu sahaja yang jahat, jangan sebab mereka kita benci parti itu,” katanya.

Beliau dipercayai merujuk pemimpin Umno yang kini berhadapan kes mahkamah iaitu Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak.

Salah seorang pemimpin Pejuang, Mahdzir Ibrahim juga mengesahkan perbincangan rentas parti berhubung perkara itu sentiasa berjalan namun tiada sebarang kata putus secara rasmi.

Calon Pejuang bagi DUN Semerah dalam PRN Johor itu memberitahu The Malaysian Insight perbincangan masih berjalan namun kumpulan kleptokrat tetap ditolak.

“Kalau nak ikutkan parti setakat ini tiada masalah berbincang, mencari titik temu, perbincangan boleh diteruskan daripada mana-mana parti.

“Hasilnya kita tengoklah nanti, setakat ini secara rasmi tidak ada, pertemuan tidak rasmi silang parti ada antara Bersatu ke Umno.

“Semua sedang berjalan namun belum ada sesuatu yang konkrit, jadi saya minta beri peluang proses demokrasi itu berjalan,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Namun, untuk sebarang kerjasama politik  Pejuang katanya kekal dengan prinsip menolak kumpulan kleptokrat.

“Kita lebih memilih parti yang konsisten tolak kleptokrasi, yang berpakat dengan mereka, yang menyokong mereka dari belakang itu bertentangan dengan prinsip kita,” katanya.

Mahdzir juga berkata, semua parti politik agar perlu menumpukan kerjasama menarik minat pengundi untuk terus percaya kepada sistem politik.

Jelasna kadar peratusan keluar mengundi yang begitu rendah direkodkan di PRN Melaka dan Johor.

“Saya sebagai bekas calon melihat gambaran yang lebih besar, soal nak tanding berapa kerusi tak timbul.

“Pejuang boleh sarankan parti yang sedang mencari jalan keluar fokus menggembleng tenaga pastikan tarik minta rakyat kembali mengundi… Masa depan di Malaysia masih ada.

“Sekarang isu terbesar gembleng tenaga menarik rakyat terus percaya kepada sistem politik dan keluar mengundi,” katanya lagi.

Setiausaha Agung Pejuang Marzuki Yahya pula menegaskan parti itu belum memutuskan untuk membentuk atau menyertai mana-mana gabungan politik.

“Tidak ada (keputusan sertai gabungan politik). Sekarang fokus perkasakan Pejuang, sebagai parti politik, terhad setakat situ sahaja.

“Tidak ada dan tidak pernah buat keputusan untuk sertai mana-mana gabungan, kita masih sendiri setakat ini,” kata Marzuki.

Senator itu berkata Pejuang sedang memperkasakan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah parti politik, terutamanya menjelang PRU15.

Selain Dr Mahathir yang mewakili Langkawi, tiga lagi ahli Parlimen Pejuang Dr Shahruddin Md Salleh, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah dan (Kubang Pasu).

Parti itu juga sedang menyusun organisasi di peringkat cawangan dan akar umbi selepas pendaftarannya diluluskan secara rasmi pada 8 Julai 2021. – 21 Mei, 2022

YANG PENTING

NAJIB MASUK

PENJARA

AMIN

BERESKAN DULU

KES PENCURI INI

AMIN

BILA DAH BERES

BANYAK PEKARA

BOLEH BINCANG

KHALAS

BERITA SEDIH

 




SEDIH LAGI PILU

AMIN


BERITA 
TELAH TERSEBAR
WARGA INTENET
SIBUK DENGAN BERITA
NAJIB KAWIN MAK JANDA

DI BELAKANG BERITA INI
ADA BERITA YANG AMAT SEDIH
BERITA SEDIH LAGI PILU

BERITA INI
TENTANG ROSMAH MANSOR
YANG DITINGGLKAN OLEH NAJIB
KINI ROSMAAH MANSOR
MENJANDA SEORANG DIRI

TIDAK CUKUP 
DENGAN INI
BERITA TELAH MEREBAK
BAHAWA NAJIB AKAN
DAPAT PENGAMPUNAN
DARI AGONG

APA YANG MENYEDIHKAN
AGONG TIDAK MUNGKIN
MENGAMPUNKAN
DUA LAKI BINI

MAKA
ROSMAH AKAN MASUK
PENJARA SEORANG DIRI
AMIN

MASYUK SYURGA FREE ?

 




MASUK SYURGA

FREE ?

KAH KAH KAH


panglimo potaseh commented on

 "MASUKKAN NAJIB KE DLAM JIL

 SEBELUM MATI"

Kahkahkah ..sapa kata nak masyuk surga tak pirlu duwit ..kato PanTek oppp, TaT ..kok poey mokah ikot tabong aji, cium batu itam kiro abih doso ..tambang 25ribu jo, apo ado hal, tikit syurgo ooii. Dormo ko Tahpiz pahalo ngalir mcm air, TaT guno duwit dormo tu moli belfayer entot2 dlm keto ..pondermo dapek syurgo lagi byk pantek boley dapek ..abih cam no ..yg tak borduwit ngango jo lah ..buek doso sikit kono bakar ..kono layor kek api norako jahanam ..tuckbEEr ..

PAKISTAN INDIA DILANDA. PANAS - MELIMPAH KE MALAYSIA ?

 


PAKISTAN INDIA

DILANGGAR PANAS

AMIN

APAKAH AKAN

MELIMPAH

KE MALAYSIA ?

AMIN

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

AL-KARUTUN WAL KARUTIN

 


BENDA 

HALUS HALUS

KAH KAH KAH

AL KARUTON

WAL KARUTIN

KHALAS

Unknown commented on

 "KENAPA KITA 

TAK JADIKAN ILMU SIHIR

 DASAR PERTAHANAN NEGARA ?"

Udahlah TT... Lo pung tau ilmu siher tu ilmu temberang... Kalau tak jadi dikatakan tidak diikut pantang larang... Kalau menjadi pengsiher dapat namo.. Sakit misteri sakit tak tau punca sering dikaitkang dengan SIHEr sobab apo? Sobab hanya PENIPU ajo yang tau apo sobonarnya torjadi... Tak ado bukti pong... Macam hantu lah... Siapo pornah tengok hantu tu PENIPU... Atau otak dia ado masaaloh... Itu jo... Ilusi semuo tu...


SYARIKAT SRI LANGKA DAN SYARIKAT MALAYSIA

 

SRI LANGKA

ADA SYARIKAT

RAJAPAKSA

ANAK BERANAK

AMIN


DI MALAYSIA

ADA SYARIKAT

NAJIB 

ANAK BERANAK

KHALAS



WAJAH GEROMBOLAN

 


WAJAH

GEROMBOLAN

AMIN

SILAP AWAL MUHYIDIN

 




Parti politik perlu bekerjasama bentuk kestabilan politik, kata Muhyiddin

SEMUA parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus bekerjasama demi membentuk kestabilan politik di dalam negara, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata kestabilan politik penting dalam usaha negara untuk pulih daripada pandemik Covid-19.

Menurutnya, sudah tiba masanya semua parti politik melakukan pengorbanan dan mengetepikan perbezaan politik untuk mengeset semula negara.

“Parti-parti politik tidak kira siapa, BN, PH, atau PN, kita mesti cari jalan bersama. Mesti ada pengorbanan. Kalau boleh bekerjasama lebih bagus. Tidak senang, tapi itu adalah salah satu cara untuk selesaikan masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Gerakan Pulau Pinang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata di luar negara ada akta “Confidence and Supply Act” (CSA) dan ini mungkin adalah antara salah satu penyelesaian untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Isu ini besar. sewajarnya mana-mana pihak yang berminat dan memikirkan kepentingan negara, duduk bersama untuk membentuk kerajaan yang stabil dan amanah,” katanya. – Bernama, 21 Mei, 2022.

SILAP AWAL

KETIKA JADI PM

MUHYIDIN

DIAJAK BERSAMA

TAPI TAK NAK

AMIN

SEKARANG BARU

SEDAR PERLU

BARISAN BERSATU

AMIN

MASIH TAK

TERLAMBAT UNTK

MENDIRIKAN

UNITED FRONT

MEMASTIKAN

PENCURI MASUK

PENJARA

KHALAS

PARLIMEN WAJIB SEGERAKAN

Wanita antara 3 individu ditahan proses, edar air ketum di Kajang

POLIS menahan tiga individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar air ketum di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata susulan tangkapan pada 11.20 malam, 19 Mei lepas polis merampas tiga kilogram daun ketum dan 70 bungkusan air ketum dianggarkan bernilai RM7,000. 

Beliau berkata kesemua individu berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu aktif memproses air ketum sejak empat bulan lepas untuk diedarkan di sekitar Bandar Mahkota Cheras dan Kajang. 

“Bekalan daun ketum ini dipercayai dari utara Semenanjung,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zaid berkata ketiga-tiga individu itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 21 Mei, 2022.



PARLIMEN

WAJIB SEGERAKAN

RUU BEBASKAN

KETUM DARI

BAGINDA QUEEN

AMIN

PDRM BANYAK

TUGAS YANG

LEBIH  PENTING

AMIN

JANGAN HABISKAN

MASA POLIS

BUAT KERJA

TAK BERFAEDAH

KHALAS

KINCING TAK TAK MUNYI

 


KINCING

TAK TAK MUNYI

KAH KAH KAH

panglimo potaseh commented on

 "PELAYAN GRO - 

BERAPA SEWA ?"

Najib ada bini apa mau heran ..dia sudah ada laki "manyak galang punye ..hali-hali mau ..". Sikalang sulah sampai masa Lajib atak bini ..kinching tatak munyi punye ..manyak syok.

MALAPETAKA BERTAMBAH

 

MALAPETAKA

MAKANAN

MALAPETAKA

PERANG

MALAPETAKA

KOBID

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

MASUKKAN NAJIB KE DLAM JIL SEBELUM MATI

 




MASUKKAN NAJIB

KE DALAM JIL

SEBELUM MATI

AMIN

DAH MATI

DIHUKUM

TAK BERMAKNA

KHALAS

Unknown commented on

 "LOPEH MATI 

TAKDA MAKNA"

hakikatnya mmg akan ada sesetengah manusia terlepas dari hukuman di dunia. namun Allah maha adil, ditetapkan syurga dan neraka di akhirat. hukuman di dunia. penjara bukan selama lamanya. ada kadar tertentu ada ikhsan ada pengampunan. kadang terlepas hukum penjara kerana punyai duit dan kuasa yang best kat akhirat tiada hukaman mati. pencinta hak asasi pasti suka. khalas

JANGAN HANTAR SAMPAH KE JAKARTA

 



JANGAN HANTAR

SAMPAH

 KE JAKARTA

KHALAS

Unknown commented on 

"MAIL ANTA SAMPAH

 KE JAKARTA"

Macam tarak orang melainkan mangkuk hayun n

BERAYA KE 21

 




RAYA  HARI KE 21

AHAD  22/5/2022

KITA SAMPAI HARI KE 21
BERAYA

ANGKA
MASIH DI BAWAH
2000+++

RUMAH TERBUKA
DAH NAK SELESAI
LEPAS NI KITA RAYA LAGI
RAYA AJI PULAK
RAYA YANG INI
BERKORAN
KITA KORBANKAN
LEMBU ATAU KAMBING
KAH KAH KAH
AMIN

HARGA BARANG
HARGA MAKANAN
KOS HIDUP
MAKIN NAIK

BAGAIMANA AGAKNYA
EMAK DAN ABAH
ANAK TIGA
PENDAPATAN RENDAH
NAK HIDUP DENGAN
2000RM SEBULAN ?

BERAPA HUTANG NEGARA?

SRI LANGKA 
JADI CONTOH TERBAIK
DIMANA RASUAH
DIMANA SALAH GUNA KUASA
DIMANA NEPOTISMA
DIMANA PERANGKAP
CHINA MERAH
MENGHASILKAN 
NEGARA GAGAL
AMIN

UKRAINE
PASUKAN FASIS
1000+++ ORANG SOLDADU 
TELAH SERAH DIRI
PADA RUSIA


SALAH SATU AGENDA PUTIN
UNTUK MEMBASMI
 KUMPULAN FASIS INI
KELIHATAN DAH BERJAYA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI KOSONG
CERAH MATA HARI  DAH KELUAR
LANGIT BIRU
KL & KL SENTRAL CERAH
PANAS YANG MENJANJIKAN


DI PINTU MASUK
GUA DISAMBUT KOKOK JANTAN
KEMUDIAN GUA DENGAR KENG KENG
DARI ATS BUKIT

GUA PERHATIKAN
POKOK MENGKUDU
GUA NAMPAK SAEKOR TEMPUA
PASTI DIA BERSEDIH
RUMAHNYA TELAH DI CURI

APAKAH TEMPUA INI
AKAN MEMBUAT SEBUAH LAGI
 RUMAH DI POKOK YANG SAMA?
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
UNTUK MEMULAKAN
PAGI INI

BRO
BUKAN KURANG DUIT
YANG DIANGGAP MISKIN
TAPI KURANG BERFIKIR
ADALAH KEMISKINAN SEBENAR

BRO
PUTAR IALAH SATU
PENYAKIT
UBATNYA IALAH 
KEBENARAN

BRO
LU TAK AKAN DAPAT
SEMUA YANG LU HARAP
ANGIN BERTIUP
KE ARAH MANA DIA SUKA
BUKAN IKUT KATA LAYAR

BRO
DUNIA INI
MACAM PENARI GELEK
DIA MENARI SAKEJAP
UNTUK KITA SEMUA

BRO
SEBELUM LU MASUK
FIKIRKAN JALAN
KELUAR

BRO
ESOK NI TAK JAUH
JIKA LU SABAR

BRO
KEKAYAN DATANG
MACAM KURA KURA
TAPI AKAN MENCANAK LARI
MACAM KIJANG

BRO
SANGSI INI ADALAH PENGKHIANAT
MEMBUATKAN KITA GAGAL MENANG
MENJADIKAN  KITA
TAKUT MENCUBA

BRO
LEGASI TINGGALAN
YANG PALING AGUNG
IALAH KEJUJURAN

BRO
KALAU KITA JUJUR
PADA DIRI KITA
MUSTAHIL KITA
AKAN BERBOHONG
KEPADA ORANG LAIN


BRO
MAMAT BEBAL
DI KENALI DENGAN ENAM WATAK
MARAH TANPA SEBAB
BERCAKAP TAK BAWA UNTUNG
BERUBAH TAK BAWA KEBAIKKAN
MENAKAJI TANPA  TUJUAN
PERCAYA PADA ORANG TAK DIKENALI
LAWAN DIANGGAP KAWAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERAYA