DEMI MASA
akhirnya kau pergi
akhirnya kau tinggalkan aku
akhirnya aku berhadapan dengan diri aku
akhirnya belum berakhir sebenarnya
demi masa
apakah aku tidak pernah bertanya
dari kelmarin hingga ke esok
dari semalam hingga ke lusa
demi masa
apa yang akan aku isikan
demi masa
lalu aku mencari
lalu aku membaca
lalu aku menggali
lalu aku berjalan ke padang rumput yang luas
lalu aku berjalan ke padang pasir yang kering
lalu aku berjalan ke padang salju yang landai
demi masa
aku ke laut
aku ke bukit
aku ke kampong
aku ke kota
demi masa
aku pun mengetuk setiap pintu
aku memanjat setiap tangga
aku membuka setiap tingkap
aku duduk di setiap kerusi
demi masa
tidak juga aku temui
bayangkan kau yang hilang
tidak aku temui aroma kau yang kudus
demi masa
yang berjalan
demi masa yang beredar
demi masa yang membakar ingatan
demi masa yang memerangkap ingatan
demi masa
babak babak itu
datang kembali
berputar sadetik demi sadetik
demi masa babak babak itu
terputus putus
demi masa
babak babak itu semakin kabur
demi masa
babak itu tidak berpanh berhenti
berjalan tanpa noktah
berlari tanpa sempadan
demi masa
aku bershaer ini
untuk kembali mengingati kau
wahai masa
SILA KLIK IKLAN INI
kalau tidak klik
iklan ini dilihat percuma sahaja
satu klik satu sen
dana yangh dikumpulkan
akan diwakafkan
kepada projek dapur jalanan
memberi makan warga kota
tanpa tempat tinggal
-------------