Rabu, 8 Mac 2023
SU SULIT XPM LARI KE LONDON
LARI KE LONDON
SETIAUSAHA SULIT
BEKAS PERDANA MENTERI
LARI KE LONDDN
JENG JENG JENG
APA CERITA
KAH KAH KAH
DUDUK DI MANA?
PASTI BUKAN
DI BRIXTON
KAH KAH KAH
DI PARK LANE
ATAU DI MAYFAIR
BRIXTON MANA
ADA STANDARD
KHALAS
MUHYIDIN AKAN DI TANGKAP
Muhyiddin bakal ditahan, politik negara semakin panas
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dipercayai berada dalam senarai pemimpin pembangkang yang akan didakwa dan MalaysiaNow difahamkan bekas perdana menteri itu akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal esok.
Setakat ini, masih belum jelas pertuduhan yang akan dikenakan terhadap presiden Bersatu itu yang mengetuai kerajaan semasa kemuncak pandemik Covid-19.
Akan tetapi desas-desus ini muncul selepas beberapa minggu pemimpin kerajaan menyerang Bersatu, disusuli dengan soal siasat terhadap pemimpin parti itu berhubung dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan JanaWibawa, program pasca Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga membekukan akaun bank Bersatu sehinggakan parti itu tidak dapat membayar operasi hariannya.
Pada 20 Februari, Wan Saiful Wan Jan yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor serta seorang lagi pemimpin parti ditahan dan didakwa SPRM.
Sebarang langkah menahan Muhyiddin dijangka akan memanaskan lagi suhu politik negara.
Pemimpin PN sebelum ini memberi amaran pentadbiran Anwar Ibrahim akan melakukan penahanan secara besar-besaran bagi memburuk-burukkan pemimpinnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di mana lima daripadanya mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) hilang undi Melayu kepada PN.
MalaysiaNow sedang menunggu maklum balas daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengenai spekulasi terbaru ini.
JENG JENG JENG
AKHIRNYA ABAH
DITANGKAP UNTUK
DIDAKWA
KHALAS
MENARIK
AMAT MENARIK
AMIN
KERAJAAN TUKAR
BEKAS PM KENA
TANGKAP
AMIN
INI CARA TERBAIK
UNTUK BERSIHKAN
POLITIK NEGARA
AMIN
BILA HADI
JADI PM
SAPA PULAK
KENA DAKWA
KAH KAH KAH
ATAU TAK SEMPAT
SPRM DAH MASUK
AWAL DAKWA HADI
KAH KAH KAH
KHALAS
LANGKAH HADI ADA KEBENARAN
Zahid ingatkan calon pemilihan Umno tidak terpengaruh kumpulan cuba gugat kerajaan
AHLI Umno termasuk calon yang bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti itu yang bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan Umno.
Timbalan perdana menteri itu berkata beliau berharap mereka yang mencalonkan diri adalah terdiri daripada yang benar-benar komited untuk memperkasakan Umno di semua peringkat terutamanya di peringkat nasional.
Berucap pada sesi pengenalan calon bertanding pemilihan Umno di Kota Kinabalu malam tadi, beliau berkata calon juga diingatkan supaya patuh kepada peraturan pemilihan, kerana setakat ini didapati ada calon yang hilang kelayakan sebelum tiba hari pemilihan.
Menurutnya Jawatankuasa Pemilihan mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan, dan ahli Umno diharap memahami peraturan yang ditetapkan.
Sementara itu ketika ditemui pemberita Zahid berkata, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan keabsahan kepada Perhimpunan Agung Umno 2022 yang membawa usul jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan.
Beliau berkata ia adalah kerana Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruddin mengikuti semua peraturan yang termaktub dalam peraturan mesyuarat perhimpunan itu dan usul juga mengikut perlembagaan parti.
“Tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) adalah untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana badan yang berdaftar dengan RoS, dan kepentingan ahli itu mengikut sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan.
“Maka dalam hal ini kuasa menteri adalah kuasa muktamad untuk menentukan keabsahan Perhimpunan Agung Umno 2022,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun ini.
Saifuddin Nasution berkata pihaknya merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan Umno mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832. – Bernama, 8 Mac, 2023.
KENYATAAN
ZAHID INI
ADALAH BUKTI
BAHAWA PROJEK
LANGKAH HADI
WUJUD
AMIN
LANGKAH HADI
NAK JADIKAN
PMX SEBAGAI XPM
KAH KAH KAH
NAMPAKNYA
DALAM
GEROMBOLAN
ADA JUGA
PENYOKONG HADI
TU PASAL ZAHID
BERI INGATAN
JENG JENG JENG
KHALAS
HISHAM HUSIN BARU SEKARANG BERSUARA
Apa dah jadi dengan Umno, soal Hishammuddin
PEMIMPIN Umno yang digantung, Hishammuddin Hussein mempersoalkan apa yang berlaku dalam parti itu dengan kontroversi baru-baru ini berhubung surat daripada menteri dalam negeri bagi mengecualikan parti daripada dakwaan salah laku dalam pemilihannya.
“Apa dah jadi dengan Umno? Sekarang diheret pula Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).
“Inilah sebab kita dipecat dan digantung, ‘just in case’ menteri tak bagi pengecualian,” kata Hishammuddin, menjawab ciapan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin di Twitter.
Hishammuddin kini digantung enam tahun daripada Umno manakala Khairy dipecat daripada parti itu pada Januari.
Umno pada perhimpunan tahunan Januari, meluluskan resolusi untuk tiada cabaran bagi dua jawatan tertinggi dalam pemilihan parti.
Susulan itu, dua ahli Umno membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan berhubung resolusi yang didakwa tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti.
Pada Selasa, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementerian memutuskan untuk memberikan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berhubung larangan bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan Umno akan datang.
Beliau berkata keputusan itu dibuat menurut Seksyen 70 Akta, yang menyatakan menteri boleh mengikut budi bicaranya secara bertulis mengecualikan mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta ini daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
Terdahulu Khairy juga mempersoalkan pengecualian menteri, yang katanya bermakna parti itu sebenarnya melanggar perlembagaannya dengan resolusinya, dan kini memerlukan pengecualian menteri untuk membenarkannya. – 8 Mac, 2023.
WOIT
MASIH RAMAI
TAK FAHAM
APA YANG TELAH
BERLAKU
AMIN
ADA YG KENA
BUANG PARTI
AMIN
ADA KENA
GANTUNG
AMIN
SEMUA INI
POLITIK DALAMAN
POLITIK PRIBADI
POLITIK TAKNAK
MASUK PENJARA
AMIN
PALING PENTING
RAJA RAJA MELAYU
SELAMATKAN
NEGAAR DARI
TALIBAN
KHALAS
MUHYIDDIN DI TAHAN
SPRM tahan Muhyiddin, akan didakwa esok, kata laporan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok, lapor portal Harapan Daily.
Laporan memetik sumber itu menyebut pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditahan ketika bermain golf di Selangor.
The Malaysian Insight cuba mendapatkan pengesahan daripada SPRM tetapi masih belum mendapat respons setakat berita ini ditulis.
Beberapa portal memetik sumber melaporkan seorang pemimpin tertinggi PN akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM 2009. – 8 Mac 2023.
WOIT
DITAHAN MASUK
LOKAP ATAU
TIDAK
AMIN
SAJE NAK TANYA
JANGAN MARAH
KHALAS
NAJIB SAMBUNG BELAJAR
Najib sambung belajar dalam penjara, kata menteri
NAJIB Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun dengan memilih untuk menyambung pengajian di peringkat lepasan ijazah, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanapun, menteri dalam negeri berkata bekas perdana menteri itu tidak dibenarkan menggunakan komputer riba atau mengakses internet semasa mengikuti kursus di Penjara Kajang.
“Najib kini mengisi masa dengan menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah.
“Di Penjara Kajang, malah ada yang berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana dan PhD. Ramai orang tidak tahu perkara ini,” katanya kepada akhbar harian berbahasa Cina Sin Chew Daily dalam temu bual eksklusif.
Najib dipenjarakan sejak 23 Ogos apabila panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, denda RM210 juta dan hukuman penjara 12 tahun kerana menyelewengkan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Saifuddin juga menjawab pertanyaan daripada akhbar itu mengenai bekas ahli Parlimen Pekan itu yang aktif di media sosial.
“Beliau secara fizikalnya dipenjarakan di Kajang, tetapi beliau mempunyai pasukan media sendiri. Saya diberitahu mereka mempunyai nama pengguna dan kata laluannya dan mereka boleh menyiarkan buah fikirannya di media sosial.
“Tetapi sama ada beliau mempunyai akses kepada mana-mana gajet, jawapannya adalah tidak. Ambil terus daripada saya, individu paling berwibawa dalam hal ini,” katanya yang dipetik dalam laporan itu.
Saifuddin berkata Najib mengeluarkan kenyataan dari penjara adalah sama seperti Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.
Beliau maklum kenyataan spontan Anwar di mahkamah atau nota digunakan di media sosial. – 8 Mac, 2023.
INI PEKARA
BETUL YANG
DIBUAT NAJIB
AMIN
PENJARA WAJIB
BERI RUANG
UNTUK NAJIB
BELAJAR
AMIN
MUNGKIN BOLEH
TULIS BUKU
TENTANG 1MDB
ATAU
MENULIS NOBEL
KERANA 12 TAHUN
MASA LAMA
AMIN
12 KALI BELI
KASUT BARU
AMIN
KHALAS
SEKALI KERAJAAN BERUBAH SEKALI PM REBAH
SEKALI KERAJAAN
BERUBAH
SEKALI BEKAS PM
DI TANGKAP
KAH KAH KAH
JADIKAN INI
BUDAYA POLITIK
AMIN
BILA HADI NAIK
SAPA PULAK
AKAN KENA
TANGKAP
AMIN
KHALAS
RAJA RAJA MELAYU TOLAK TALIBAN
RAJA RAJA
MELAYU
TOLAK TALIBAN
KHALAS
Unknown commented on
"SURAT SAH TIPU"
Taliban nak rampas kuasa, untuk itulah terpaksa terus guna Ulamak Dunia serang demi serang, semua untuk dapatkan jawatan kuasa pangkat saja, bukan layak pun, bukan mampu cakap English pun, tak pandai menguruskan negeri pun, seluruh rakyat Malaysia gusar takut tengok Taliban berbungkus kepala, oksigen susah masuk, susah nak dengar, susah nak rasional, susah nak berurusan kah kah kah
bukan saja rakyat risau malah Raja Sultan semua takut cara mana negara dibawa oleh perompak, pensakau, takut semua kena curi, semua tanah kena jual, Anwar berulang kali cakap rasuah salah guna kuasa akan dikenakan tindakan, sebab itu Taliban sudah takut itu sahaja amin, kah kah kah
HOT HOT TER KINI TER NOWW
TAN SRI
APA KOBA
ANAK ANAK
SEMUA SEHAT
AMIN
TAKDA SPRM
DATANG RUMAH
KAH KAH KAH
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
AMIN
KHALAS
UMAT MANUSIA TELAH DIBERI INGATAN
UMAT MANUSIA
TELAH DIBERI
INGATAN
RIBUAN TAHUN
DAHULU
AMIN
Unknown commented on
"DUNIA MUSNAH
KERANA MANUSIA"
Telah berlaku kerosakan didarat dan dilaut kesan dari perbuatan tangan manusia. Dah 1400 tahun diingatkan bukan baru sekarang TT.
Unknown commented on
"DUNIA MUSNAH
KERANA MANUSIA"
mentaliti konservatif feaudal. malu mau kutip sampah keliling rumah. malas juga mau tanam pokok dan jaga. tanah pusaka atau tanah kosong, juga parit tali air biarkan semak samun, sumbat dan cetek. cukai parit tali air biarkan tertunggak tidak mahu dibayar. jauh lagi mau ekonomi mandiri. disini madet sangat betul. melayu pemalas sampai diri keluarga dan rumah tetangga tidak mahu dijaga. kite jage kote dibaca taling.
SAPA MEMIKUL KAVADI ?
SAPA MEMIKUL
KAVADI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
Unknown commented on
"MEMIKUL KAVADI"
Woit tetiba keluar cerita Kavadi apa hal Bro? Sihat kah, demam kah kah kah kah makan ubat dulu Bro
UKRAINE : PERANG DUNIA KE TIGA
UKRAINE : PERANG
DUNIA KE TIGA
Ramai pemerhati politik menganggap Perang Dunia Ke 3 sudah bermula di Ukraine. Riak dan tanda-tanda berulangnya perang dunia telah kelihatan.
Sejarah merakamkan bagaimana Amerika telah menyekat kapal Jepun dari melintasi Terusan Suez pada tahun 1938. Ini merudumkan ekonomi Jepun yang mengimport 74.1% besi buruk dan 93% tembaga dari Amerika.
Menyekat ekonomi berniat untuk mencekik negara yang dimusuhi.
Tahun 2022 ekonomi Rusia sedang di sekat. Pelbagai bentuk sekatan sedang dijalankan bukan hanya oleh Amerika malah oleh 27 buah negara Kesatuan Eropah
Persoalan terus ditanya : apakah perang ini berterusan? Atau akan dicari jalan damai ?
Semenjak Operasi Spesial Putin bermula pada 24/2/2022 yang lalu Amerika telah menghantar lebih dari 113 bilion dolar bantuan kepada Ukraine. Dana ini juga digunakan untuk memperbaiki pelbagai jenis senjata yang telah di hantar dari Amerika.
Setakat ini Negara Kesatuan Eropah telah juga memberi dana sebanyak 18 bilion euro.
Amerika dan 31 buah negara NATO telah menghantar peluru, bom , senapang, roket anti-kereta kebal, kereta kebal, howitzer, drone, misile dan seribu satu macam jenis senjata kepada Ukraine.
Semua senjata dikatakan untuk mempertahankan diri. Bukan untuk masuk menyerang bumi Rusia.
Permintaan terbaru Presiden Zelensky ialah jet pejuang F16 dari Amerika.
‘ Ukraine is finished...Ukraine can never defeat Russia ....’ Ini kata-kata dari Kolonel bersara Douglas Mangregor.
Kolonel bersara ini bukan kecik anak. Dia ada pengalaman Perang Teluk (1990-1991). Juga mengambil bahagian mengebom Yugslavakia pada tahun 1999. Kolonel ini telah menulis buku Breaking The Phalanx (1997 ) – tentang teori dan strategi perang. Pada tahun 2020 bekas kolonel ini pernah dilantik sebagai Penasihat Kanan Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika.
Sosok ini sering di kaca tv untuk menyatakan pandangan. Sosok ini satu-satunya suara bekas ‘orang dalam’ yang mahu perang di tamatkan. Malah sosok ini mengkritik Presiden Biden kerana mengambil garis berperang dengan Rusia.
Satu lagi sosok yang memiliki pendapat yang sama ialah Scott Ritter. Bekas pegawai risik dalam Marine Corps. Sosok ini bertugas – 1991-1998 - di bawah PBB untuk merisik dan mencari senjata pemusnah milik Saddam Hussein.
Risikan Lembaga PPB yang dijalankan oleh Scott membuktikan bahawa Saddam tidak memiliki senjata pemusnah.
Scott Ritter meletakan jawatan kerana tidak bersetuju dengan dasar Amerika yang terus mahu menyerang Iraq walau pun Saddam tidak memiliki senjata pemusnah.
Hari ini Scott Ritter kerap bersuara untuk mempertikai segala propaganda media Amerika tentang Ukraine. Melalui pengalaman sebagai pegawai risik Scott tahu putar alam media arus perdana Amerika yang pro perang seperti CNN, The New York Times, atau The Washington Post.
Selain dari intelektual kiri seperti Noam Chomsky yang mengkritik keterlibatan Amerika dalam perang ini ialah Profesor John Mearsheimer. Sosok yang mengajar di University of Chicago adalah pakar hubungan antarabangsa.
Profesor ini mengajukan dasar luar Amerika yang bersifat realis dan menolak sikap hegemoni imperialis Amerika.
Pada tahun 2007 Profesor Mearsheimer menggemparkan Amerika dengan buku The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy. Mearsheimer membuktikan pengaruh Israel dalam mendalangi dasar luar Amerika.
Profesor ini berpendapat kemungkinan besar perang akan meletus antara Amerika dengan China jika dasar luar Amerika tidak berubah.
Pandangan dan pendapat sosok-sosok ini dilihat sebagai ‘ penjilat Putin’ Tetapi mereka terus menerus menyebarkan pandangan mereka ini walau pun dituduh sebagai agen Putin atau warga Amerika yang tidak patriotik.
Scott Ritter dan Macgregor yang memilik latar belakang tentera mempelekehkan bantuan senjata yang diberikan oleh Amerika dan NATO.
Mengikut pandangan mereka tidak ada apa bentuk senjata yang akan dapat menyelamatkan Ukraine dari dikalahkan oleh Rusia.
Ketika tulisan ini digarap berita telah mula tersebar tentang bandar Bakhmut dikatakan telah berjaya di tawan oleh soldadu Rusia. Soldadu Rusia ketika ini telah menduduki lebih dari 18% wilayah Ukraine.
Infrastruktur Ukraine seperti penjana elektrik , loji air, pencawang alat komunikasi – semuanya telah musnah. Banyak pekan besar dan kecil telah hancur. Kota, pekan dan kampung ditinggalkan kosong.
Ukraine sebelum perang diduduki oleh 47.79 juta warga. Hari ini seramai 8 juta warga Ukraine telah menjadi warga pelarian perang.
Data Pelarian Perang PBB pada 18 September 2022 menunjukkan seramai 2.77 juta lari ke Rusia, 1.5 juta lari ke Poland, satu juta masuk ke German, satengah juta masuk ke Republik Czech.
Seramai 3 juta warga Ukraine telah melarikan ke Eropah Barat seperti ke Belgium, Belanda, Perancis dan United Kingdom.
‘ We will not negotiate.. we will not sit with the same table with Putin.... ‘ Ini kata-kata sombong lagi angkuh dari Presiden Zelensky.
Presiden Ukraine ini menolak semua bentuk perundingan. Malah dari kaca mata Zelensky Ukraine berupaya mengalahkan Rusia.
Jika ini bukan kenyataan gila maka garam tidak lagi masin dan madu tidak lagi manis.
Hakikatnya semua sedar bahawa Ukraine akan kalah dalam perang ini. Semua mengakui bahawa Ukraine tidak akan berupaya untuk mengalahkan Rusia.
Semua pakar perang, pemerhati politik dari garis kanan dan garis kiri berpendapat bahawa Amerika dan NATO tidak akan menghantar bala tentera di Ukraine.
Ukraine bukan anggota NATO. Ukraine telah melamar untuk menjadi anggota NATO. Justeru soldadu NATO tidak akan masuk ke Ukraine untuk membantu.
Keangkuhan Zelensky ini muncul dari sokongan yang diterima dari Biden, Amerika dan NATO. Dana dan senjata yang datang mencurah-curah meyakinkan bekas pelawak ini yang Rusia boleh dikalahkan.
Jika tidak ada jalan perdamaian apa akhirnya akan terjadi?
‘ The war will end until the last Ukrainian ...’ Ini kata-kata Profesor Mearsheimer.
Profesor ini berkata dengan nada sinis. Perang hanya akan tamat apabila yang tinggal hanya seorang soldadu Ukraine. Yang lain telah habis gugur.
Pada 20/2/2023 media telah melaporkan Presiden Biden telah melakukan lawan mengejut ke Kyiv ibu kota Ukraine.
‘ We will support Ukraine as long as it takes ….’ Presiden Biden mengulangi sekali lagi sokongan Amerika pada sidang akhbar bersama Presiden Zelensky di Kyiv.
Amerika akan terus memberi Ukraine sokongan tanpa mengira berapa lama perang ini akan berlanjutan.
Sekali dengar kata-kata Biden ini seolah-olah dia telah nyanyuk.
Berbilion dolar dihantar ke Ukraine. Data terkini menunjukkan 582,462 warga Amerika tidur di tepi jalan, di bawah jambatan, dalam terowong atau tidur dalam bangunan tinggal.
Ini kes klasik : Kera di hutan disusukan – anak di rumah mati kelaparan.
Apakah tidak ada suara rasional untuk mengingatkan Presiden Biden bahawa ekonomi Amerika sedang berhadapan dengan krisis inflasi.
Kadar inflasi di Amerika pada awal tahun 2023 ini diantara 6 – 7 %. Presiden Biden masih boleh tersenyum puas hati kerana inflasi masih rendah berbanding dengan 92.3% Zimbabwe atau 31.5% data bulan Januari 2023 untuk Pakistan.
Akhbar The Guardian dari London telah melaporkan pada 5/3/2023 telah kedengaran suara-suara lantang menolak dasar Ukraine Presiden Biden.
Joe Biden is “putting the entire world at risk of world war three”... ini satu pandangan dari Conservative Political Action Conference (CPAC). Badan ini menganggap dasar Biden ini bahaya dan berpotensi membawa pecah perang dunia ke 3.
CPAC ini ialah himpunan terbesar gulungan kanan konservatif Amerika. CPAC baru saja berhimpun Jumaat 3/3/2023 yang lalu.
Perhimpunan CPAC ini telah menjemput Donald Trump untuk berucap.. Dengan bijak Trumps telah membaca ‘ moods’ yang dalam dewan yang menolak dasar Amerika untuk terus menyokong Ukraine.
Trump yang berniat untuk menjadi calon Presiden sekali lagi pada 2024 telah berkata ‘ we will end the disastrous war between Russian and Ukraine... ‘.
Trump berjanji akan menamatkan perang antara Rusia dengan Ukraine jika dia menjadi Presiden sekali lagi.
Apa yang jelas dalam masa terdekat - selagi Biden masih menduduki Rumah Putih maka perang ini akan berterusan. Sokongan Amerika dan NATO akan diteruskan.
Mari kita lihat kembali sejarah Perang Vietnam. Pada tahun 1963 Johnson menjadi Presiden ketika Amerika baru masuk campur dalam Perang Vietnam. Pada tahun 1969 Johnson telah menambah 543,000 bala tentera Amerika ke Vietnam. Presiden ini cuba yakini warga Amerika bahawa Amerika akan menang di Vietnam.
Akhirnya Presiden Johnson terikat dengan retorik politik dirinya sendiri. Maka dia terus yang menyokong penerusan perang di Vietnam. Johnson tidak ada jalan keluar sehingga Presiden Nixon mengambil alih Rumah Putih dari Johnson pada tahun 1969.
Rundingan damai menjadi kenyataan bila Nixon menjadi Presiden.
Kali ini Presiden Biden juga terperangkap dengan retorik politik pro Ukraine. Maka untuk menamatkan perang ini Biden wajib diketepikan.
Sama ada Trump menang atau tidak dalam pemilihan Presiden 2024 bukan persoalan. Apa yang penting untuk menamatkan perang ini ialah akan muncul sosok baru menduduki Rumah Putih. Amin.
Jika pada 2024 Joe Biden masih lagi penghuni Rumah Putih maka perang ini akan berterusan.
Jika Joe Biden masih lagi Presiden Amerika pada tahun 2024 maka cakap-cakap tentang perang dunia ketiga akan terbukti betul. Juga berita desas desus tentang penggunaan bom nuklear akan menjadi kenyataan. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIANISIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/431601
Langgan:
Catatan (Atom)