Rabu, 25 Mac 2020

DULU BERTUNANG - NI ANAK DAH DUA







DULU BERTUNANG

NI ANAK DAH DUA





----------

KUALA LUMPUR PETANG TADI







KL PETANG INI
JAM 6.38 PETANG
RABU 25/3/2020
HARI KE 7
 BERKHALWAT


MENARA RAZAK 
 BUKIT BINTANG




MENARA PNB118
BUKIT STADIUM



MENARA PNB 118



HOTEL MERIDIAN 
HOTEL HILTON
HOTEL REGIS 
BRICKFEILD




BERKHALWAT DISAMBUNG LAGI




UNTUK SELAMAT

KITA SEMUA

TIDAK ADA

PILIHAN



Perintah Kawalan Pergerakan dilanjut sehingga 14 April

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberitahu, tempoh kuatkuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa.


YANG PENTING

KITA IKUT SEMUA

ARAHAN

KITA BERHATI

BERJAGA JAGA


----------

JANGAN LUPA CARA BACA TT?






JANGAN LUPA 

CARA BACA TT

TT, ada orang kata Najib dah kahwin lain 
dan ada khabar angin KJ pun dah kahwin lain,
 ada ke berita Nurul pun kahwin lagi? 
on 
KOMAT IALAH 
ILMU PENGASIH SAKAI
Publish | Delete | Spam
hamim
on 25/03/20

pe



----------

TAHANAN ISA - CUKUP BELANJA







TAHANAN ISA

CUKUP BELANJA
tt, dulu kau ada menang saman,kan? kalau tak silap aku, hal kau disumbat masuk jel sebab buat bersih 2.0. dah habis ke duit? atau belum dapat? on 
GUA ADA ANAK 
DUA EKOR 
WAJIB BERI MAKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 16:16

TT

-------

LAGI LAMA LAGI BERAT





LAGI LAMA

LAGI BERAT 

2.4 juta orang dijangka hilang kerja akibat Covid-19

INSTITUT Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan hilang kerja akibat wabak Covid-19.

Kira-kira 67% daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap, kata MIER dalam kajian terkini mengenai kesan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini adalah dapatan seumpamanya yang dijalankan oleh mana-mana badan pemikir mengenai kesan keseluruhan ke atas ekonomi akibat pandemik yang setakat ini menyebabkan 16 kematian dan 1,624 kes jangkitan di Malaysia.

Badan pemikir itu berkata jumlah pendapatan isi rumah terkumpul sebanyak RM95 bilion dijangka hilang, iaitu penurunan 12% dari tahap asas sebelum PKP dimulakan pada 17 Mac.

Berdasarkan jumlah pendapatan yang diunjurkan, MIER menggesa kerajaan memberi tambahan RM75 bilion selain pakej rangsangan bernilai RM20 bilion yang diumumkan sebelum ini.

“Peruntukan itu penting terutamanya untuk mengelak syarikat muflis, kehilangan pekerjaan serta kebajikan dan pendapatan isi rumah terjejas melalui sokongan perniagaan, memberi nafas baharu kepada PKS dan program jaringan keselamatan sosial,” kata MIER dalam satu kenyataan.

Pengurangan pendapatan isi rumah ini disebabkan oleh penurunan 11% perbelanjaan pengguna walaupun harga barangan turun sebanyak 4.4%.

Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2020 dijangka pada kadar -2.95%, iaitu turun 6.9% daripada unjuran terdahulu.

Kadar pertumbuhan KDNK negatif menandakan kemelesetan ekonomi.

Unjuran ini berdasarkan kepada kesan kelesuruhan ke atas ekonomi susulan pelaksanaan PKP bermula 18 hingga 31 Mac ini, yang berkemungkinan akan dilanjutkan untuk dua minggu lagi. – 25 Mac, 2020.

HARGA WAJIB

KITA SESAMA

URUSKAN BILA

KARONA KALAH
--------

EKAO SAPO?





EKAO SAPO

WAREEH ! 

RAYO NANTI

DATANG RUMAH
TT dan Den lorg Jolobu suku Biduando..
Tp TT lamo kek 20 tahun
 berkelano di tompek org
 on 
KOMAT IALAH 
ILMU PENGASIH SAKAI
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 25/03/20

Si




------------

DEMI KESELAMATAN - WAJIB DILAKUKAN





DEMI 

KESELAMATAN

WAJIB DILAKUKAN

Sarawak arah ladang, kilang sawit senaraikan pekerja asing

SEMUA ladang dan kilang memproses sawit yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarahkan memberi nama pekerja asing mereka kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk menjalani saringan kesihatan.

Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah Embas yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut memberi tempoh tiga hari untuk menyerahkan senarai nama berkenaan, terutamanya yang kembali bekerja di negeri itu pada 12 dan 13 Mac lalu.

Kes pertama jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sarawak pada 13 Mac.

Kebanyakan pekerja asing dalam industri sawit terdiri daripada warga Indonesia.


Uggah yang melakukan tinjauan di kilang Bau Oil Palm (Bapom), kira-kira 38km dari Kuching, pagi tadi berkata arahan tersebut dikeluarkan kerana tidak mahu terjadi seperti di Sabah di mana beberapa ladang sawit terpaksa ditutup ekoran beberapa pekerja dijangkiti Covid-19.

Semalam, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengarahkan operasi ladang dan kilang di Lahad Datu dan Kinabatangan dihentikan serta-merta ekoran beberapa pekerja asing disahkan positif Covid-19. Mereka adalah kontak rapat ahli jemaah tabligh Majid Sri Petaling.

Uggah memberi amaran industri sawit di Sarawak juga bakal berdepan nasib sama jika pekerja asing di dapati dijangkiti Covid-19. – 25 Mac, 2020.

SEMUA WAJIB

BERJAGA JAGA


----------

REZEKI TERJEJAS








REZEKI TERJEJAS
Hasil perniagaan terjejas teruk,” kata Muhammad Arif Asyraff Rusli, 29, yang mengusahakan trak sajian di Shah Alam.  “Pada hari biasa, saya mampu meraih RM1,000 sehari daripada Food Panda dan pelanggan biasa tetapi sejak kawalan pergerakan, saya tidak mampu meraih sebarang keuntungan. Rm1k sehari bai... Kau perabih sumo ko duit tu.... Adehhhhh 
on 
KESAH KESAH 
BENAR DI BUMI MANUSIA
Publish | Delete | Spam
ST 1583 X
on 25/03/20

TT





----------

MUNGKIN TIONG KUNYIT





MUNGKIN

TIONG KUNYIT
Warna kuning, 
burung tiong kunyit kut 
on 
MASUK 
HARI KE TUJUH
Publish | Delete | Spam
hamim
on 25/03/20

W



-----------

TAK PERLU TUDUN MENUDUH



TAK PERLU

TUDUH MENUDUH

YANG PENTING 

HENTI JUAL AGAMA
Paling mengherankan, sampai hari ni, masih ada yg nenyalahkan Madet dan Kerajaan Harapan sebab tak halang pelancong Cina, melancong ke Malaysia sbgai punca pedrmic Covid19. Walhal, pelancobg Cina ni takda kontek dgn rakyat Malaysia Tiga, empat orang yg sakit tu CinaPRC, bukan rakyat Malaysia. Bila terdedah hal kumpulan Tabligh bukan je dijangkiti bakan jadi punca pedemic sampai 115 orang mati di mana 75% dpdnya dari cluster mereka, terus geng agamawan jadi defensive.

 Jangan salahkan Tabligh, semua ujian dari Allah!!!! Kui,kui, kui.....pulak dahhhh!!! Habis, kalau ujian Allah, apasal kamu tak habis-habis, asik bangkitkan soal ni sampai sejarang....???? Sahla, kamu semua memang hati busuk, tamak haloba,pendengki dan pembenci. 
on 
TRIK LAMA
 NIAGA AGAMA
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 25/03/20

takpe





----------

MENAKUTKAN






MENAKUTKAN

2.4 juta orang dijangka hilang kerja akibat Covid-19


BERITA MENYUSUL


----------

TIPU DAN BODOHKAN MELAYU







TIPU BODOHKAN

BANI MELAYU

Betul tu. Macam orang-orang yang selalu dapat derma dari Pak Arab. Orang-orang yang anggap RM2 juta tu macam duit poket jer. Orang-orang politik yang geng dengan cukong. Yang ke hulu ke hilir naik private jet. Yang anak beranak laki bini jadi ahli parlimen. Yang berebut-rebut nak kuasa, jatuh menjatuh, tikam menikam. 
Selama ni orang ni semua membodohkan rakyat, memperkudakan rakyat. Apa sumbangan orang ni semua kepada rakyat marhaen. Rakyat yang susah ketika ini. Yang kais pagi makan pagi esok. Di mana ahli parlimen, di mana ADUN sekarang. Masih berpelukan lagi dengan cukong, samseng dan penyamun kan? 
on 
TUJUH KETURUNAN 
MAKAN TAK ABIS
Publish | Delete | Spam
dr chenor
on 25/03/20

TT dan



--------

PERLU DIRIKAN UNITED FRONT





PERLU DIRIKAN

UNITED FRONT
Kesimpulannya tahap pemimpin politik yg ada kuasa hanya sama taraf dgn kepala taik..dalam bencana besar menimpa negara pun masih berfikiran bebal. Kepala butuh utk pemimpin kotor macam ni 
on 
JIKA BENAR - 
INI SATU KESILAPAN
Anonymous
on 25/03/20

RM 30,000 pun ko kecoh.. 
RM 2,000,000 tu duit poket saya je.. 
kih kih kih.. saje nk bgtaw.. 
jgn marah.. 
on 
JIKA BENAR - 
INI SATU KESILAPAN
Publish | Delete | Spam
jiwa merdeka
on 25/03/20

y





------

ORANG ASAL TAK KENA TIPU






ORANG ASAL

TAK KENA TIPU 
pemerintah yang cool akan  - baca - kesusahan rakyat, cari jalan untuk pastikan bantuan sampai ke tangan rakyat. dia takkan beli mercedes tapi akan beli scrambler bike dan bentuk track jalan ke dalam hutan untuk mudahkan geng bermotor bawa bantuan ke anak2 orang asal. 
makanan ubat2an, pakaian, selipar, buku perkakas sekolah dll. dia tahu yang dia dengan orang asal tiada bezanya. tak perlu mercedes harga lebih setengah juta yang tak berguna pun bila dia sendiri terbaring atas katil di icu nanti. for the record. orang asal lebih bijak kerana tidak ditipu oleh tok arab. 
on 
CARA UNTUK 
DAPAT BIDADARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/03/20

Y





------------

LAJIN KUMPUL LUIT






LAJIN KUMPUL 

LUIT 
Gwa ada ingat bekas menteri yang sangat suci Tuan Haji K.Toyol ngatakan Selangor dan KL akan Sifar Misking pada 2OO5. Sikalang 2O2O lu tingok sindili sapa yang masih misking di KL 
..gwa langgis tingok gerai Melayu di Misjid India. 
Apa pun gwa atak banga ada juga 1 ekor Melayu KL yg sangat lajin dan lapat kumpul 1 billion linggit ooo ..
 on 
KESAH KESAH BENAR 
DI BUMI MANUSIA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 24/03/20

la





----------

MERAKAM SEJARAH - KITA BERKHALWAT





MERAKAM SEJARAH 

KITA BERKHALWAT 

Saya menangguhkan semua siri tulisan Merkam Sejarah yang bersangkutan dengan  keadaan politik tanah air sesudah Mahathir meletak jawatan. Pada hemat saya  - pada saat dan ketika ini saya memaksa diri saya untuk  menulis, merakam dan memberi pendapat tentang kaeadaan negara kita yang sedang diserang oleh Virus Karona – COVID-19.

Saya mahu  merakam sejarah yang saya anggap lebih besar dari pertukaran pentabiran  kerajaan. Yang lebih besar dari Perdana Menteri baru. Yang lebih besar dari segala-segala yang besar yang pernah kita ketahui dahulu. 

Saya menerima satu pesanan ringkas  dari Rahmat Harun kawan dan juga penyunting di portal MalaysiaKini. Isinya pendek padat dan amat amat mengejutkan. Pesanan ringkas itu berbunyi:  THE GREAT RESET -  terjemahan dalam bahasa Melayu  berbunyi : semuanya sekali lagi akan diubah.

Pesanan ringkas ini memaksa saya befikitr. Pesanan ringkas ini memaksa saya melihat  diri. Melihat makna kehidupan. Mencari makna perjalanan hidup dalam dunia ini.  Melihat dan menilai modeniti. Melihat dan menilai politik.  Memikirkan apa saterusnya. Saya jangka  perasaan sademikian bukan saya seorang sahaja yang merasakannya. 

Anak semua bangsa dibumi manusia pada bulan March 2020  ini pasti sama saperti saya – bertanya, befikir, bertanya apa sesudah ini.

Ketika saya mengetik tulisan ini Malaysia telah memasuki hari ke enam berkurung. Saya mengunakan perkatan berkhalwat.  Anak semua bangsa – warga semua agama diminta oleh kerajaan untuk duduk berkhalwat dirumah. 

Berkhalwat  dari padangan agama dan budaya Melayu kita seharusnya menjadi tenang. Merehatkan jiwa dari alam maya. Tetapi berkhalwat pada bulan March 2020 ini tidak sama saperti Hang Tuah  berkhalwat sebelum dan sesudah  bertikam  dengan Hang Jebat.

Berkhalwat tahun 2020 - duduk dihadapan computer menjadikan jiwa  gelisah. Amin.

Sayugia saya rakamkan bahawa berkhalwat ini bukan hanya kita di Malaysia malah seluruh dunia sedang  berkhalwat. Virus Karona sedang mengampoh, mengamuk untuk menyerang penduduk dunia. Virus ini tidak mengenal Melayu, China , India atau  Iban. Virus ini tidak mengenal ahli parti  PKR, DAP, UMNO , BERSATU atau PAS. 

Virus ini tidak mengenal tua muda sida pondan jantan atau betina. Tak kenal miskin kaya. Untuk Karona jika kamu duduk di Country Height Kajang atau di PPRT Kampong Kerinchi semua sama. Virus ini tidak mengenal alim beragama atau tak beragama. Tak mengenal Islam atau bukan Islam.  Mangsa pertama di Malaysia seorang Padri manakala mangsa   kedua seorang ahli Tabligh. Amin.

Dalam hikayat klasik Melayu yang  kita  baca kita akan bertemu dengan watak-watak yang menakutkan orang kampong. Kesah burung garuda datang menyerang hinggakan negeri menjadi padang jarak padang terkukur. Kesah naga  masuk kampong mencari anak dara. Cerita kumpulan penyamun  masuk   kampong membunuh sesiapa saja yang cuba menghalang. Cerita seram Nenek Kebayan menjampi anak dara menjadi batu.  Semua kesah-kesah ini  menakutkan. Tapi Virus Karona  lebih menakutkan dari serangan burung Garuda. Lebih menakutkan  dari serangan pelisit dan polong.  Virus Karona lebih menakutkan  dari Raja Bersiong. 

Yang amat-amat saheh menakutkan  ialah  kita  semua diberi tahu bahawa pada ketika ini  tidak ada ubat atau vaksin yang boleh melawan dan menumpaskan jangkitan virus ini.  Amin.

Untuk tulisan pertama ini saya tidak akan menulis tentang asal usul virus Karona. Blog Tukartiub saya menerima banyak surat yang membocorkan pelbagai teori dan pendapat tentang virus ini.  Ramai pembaca blog saya  mengasak dan meminta  saya menulis pencerahan.

Saya sedar dan faham atas segala permintaan ini. Malah saya juga membaca, meneliti dan mengkaji semua fakta yang bersangkutan dengan virus ini. Saya menyelongkar dan mengeledah pebagai laman dan portal yang menulis tentang Karona. 

Saya tahu apa yang saya  tahu. Saya juga ada pandangan. Saya tahu apa itu biological warfare – perang bioloji.  Saya tahu dimana letaknya Wuhan.  Saya tahu apa makna imperialisma. Saya tahu peranan modal.

Tetapi buat masa ini pada hemat saya pencerahan jalur ini tidak akan memberikan apa manafaat kepada kita semua. Saya mengharapkan kita semua – anak semua  bangsa – warga semua negara – bangsa semua agama selamat dari serangan virus ini. Keselamatan umat manusia  untuk terus hidup  pada ketika ini pada hemat saya adalah ajenda numero uno – ajenda utama. 

“ If the epidemic continues its mathematical rate of acceleration, civilisatioan could easily disappear from the face of the earth within  a few weeks… kalau epidemic ini berterusan dengan jumlah hitungan kematian meningkat dalam beberapa minggu umat manusia akan lupus dari muka bumi ini”. Kata-kata dari Victor Vaughan Surgeon General  Tentera Amerika. Surgeon General ialah sosok perubatan yang tertinggi dalam ranking bala tentera Amerika.

Ucapan ini dilaporkan pada bulan Oktober 1918 ketika Spanish Flu sedang  memuncak menewaskan tentera dalam Perang Dunia Pertama.  Spanish Flu ini dilaporkan membunuh  lebih dari 50 juta warga Eropah. Flu ini membunuh kedua-dua pasokan soldadu yang sedang berperang dan  merabak ke  penduduk di Eropah. Ianya hanya dapat dialahkan pada bulan Disember 1920. 

Membaca sejarah Spanish Flu ini menjadikan saya takut.

Takut! Arwah Emak dan  arwah  Abah saya pernah bersurah  tentang takut. Mereka merasa takut ketika Jepun melanggar Tanah Melayu dalam perang dunia ke dua.  Pada   8 Disember 1941 soldadu  Jepun mendarat di Kota Baru. Saya  belum lahir lagi. 

Keluarga saya pada ketika itu duduk Kampong Tengah Tengkek Negeri Sembilan. Ini wilayah yang dibuka oleh Tok Sidek ayah kepada Zaleha Sidek dan datuk  kepada Hishamuddin Rais.

Emak pernah bersurah bagaimana  Abah   mendirikan pondok dalam paya hutan rumbia dalam sawah. Emak dan Abah menyorokkan kakak saya kerana didesas desuskan  soldadu Jepun akan menangkap  budak perempuan. Ini hanya desas  desus sama saperti desas desus  watapps dan facebook hari ini.

Untuk jenerasi   ibu dan ayah kita   mereka telah mengalami  perang dunia.   Saya amat yakin masih ramai lagi otai otai yang pernah membesar ketika Jepun mengganas. Untuk otai yang muda pasti  mereka ada mengalami  perentah berkurung  pada bulan Mei 1969.

Saya sendiri  pernah dua kali mengalami berkurung. Kali pertama pada tahun 1953 ketika saya berumur 4 tahun. Emak kami seorang guru wajib  berpindah dari Sekolah Tapak Jempol Kuala Pilah  ke  Sekolah Umum Kuala Klawang Jelebu.  Pada ketika itu wilayah Jelebu diistihar kawasan hitam.  Ini bermakna di wilayah Jelebu   ramai Tentera  Pembebasan Rakyat Malaya sedang aktif melawan soldadu Inggeris yang menjajah Tanah  Melayu.

Saya masih ingat lagi pekan Kuala Klawang mendapat perentah berkurung dari  Baginda Queen Elizebeth. Kuala Klawang telah  dipagar dengan kawat berduri. Pagar berduri di Kuala Klawang hanya ada 3 pintu. Satu pintu masuk dari Jalan Seremban. Satu pintu keluar masuk ke Titi dan satu lagi pintu masuk keluar ke Peradong. Soldadu Ghurkha – soldadu upahan Baginda Queen – lengkap  bersenjata mengawal  pintu-pintu ini.  Kami diwajibkan  berada dalam rumah dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi. 

Soldadu Ghurka diarahkan untuk menembak mati sesiapa sahaja yang didapati keluar dari rumah ketika waktu berkurung. Hingga ke hari ini pada tahun 2020 setiap kali saya melintasi tiga bekas  tapak pintu ini ingatan saya akan datang kembali. Pacaran imej soldadu Ghurkha yang lengkap bersenjata akan segar bermain dikepala. 

Dipintu ada khemah khas. Perampuan dibawa ke bilik khas untuk diraba badan agar tidak menyorokan apa-apa – senjata atu makanan. Saya  yag memerhati  apa yang berlaku akan setia menunggu  bila emak saya dipereksa oleh soldadu.

Berkurung ketika itu selain dari tidak boleh keluar rumah makanan warga daerah Jelebu  dicatu.  Setiap anggota rumah dikira. Berapa kati gula, berapa gantang beras, berapa botol minyak kelapa semuanya ditetapkan  oleh Baginda Queen. Satu  keluarga memiliki  satu permit untuk membeli barang-barang ini. Tanpa permit barang makanan  tidak dapat dibeli. Susu tin – cap teko -   dan apa saja barang dalam tin akan ditebuk dahulu.  Semua ini bertujuan agar gerila Parti Komunis Malaya akan mati kelaparan tanpa penyokong dapat menghantar makanan.

Makanan ke Jelebu akan dihantar melalui ‘convoy’ pada hari Rabu.  Lori lori membawa makanan ini datang dari Seremban akan melintas Bukit Tangga. Wilayah hutan yang dikedalikan oleh gerila anti Baginda Queen.  Di hadapan dan belakang lori  makanan ini ialah kereta perisai soldadu Ghurkha. Convoy ini dikawal ketat oleh soldadu yang lengkap bersenjata.

Rumah kami – kuater guru – betul betul   dua ela dari  laluan pagar berduri. Malah saya kerap  bermain  dengan arwah abang saya ditepi pagar berduri ini. Kami amat takut jika terusik pagar atau guli  kami terlepas ke luar pagar. 

Saya masih ingat lagi tentang takut. Diwaktu malam setiap kali  ada ‘ bunyi  diluar  kebiasaan ‘  mata kami sakeluarga akan berpandangan. Apakah  bunyi itu?  Apakah Ghurkha sedang berjalan memereksa pagar. Atau  gerila anti soldadu Queen sedang beroperasi. Dalam rumah sekeluarga  diam senyap.

Kali kedua saya mengalami berkurung ialah pada bulan Mei 1969.  Ketika itu saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setiap pagi Senin semua murid akan berkumpul dalam Dewan Hargreaves.  Diatas pentas ialah guru besar dan jemaah guru-guru duduk beratur. Guru besar akan berucap.  Dormitori terbaik akan mendapat hadiah. Juga nama-nama murid ‘nakal yang yang akan masuk DC - detention class - akan diumum.  Bila nama disebut diumum maka murid ini akan ‘bangun malu’ untuk dilihat oleh 500 kawan-kawan sekolah. Mereka yang kena DC tidak dibenarkan keluar ke pekan Kuala Kangsar dihujung minggu. Mereka dikurung dalam kawasan sekolah.

Tetiba pada Jumaat  16 Mei 1969  semua murid diarah berhimpun di Dewan Hargreaves. Saya hairan dan tertanya-tanya. Apa terjadi. Senin 12 Mei kami telah berhimpun.  Kenapa minggu ini berhimpun sekalI lagi pada hari Jumaat.

Bila kami masuk ke Dewan Hargreaves maka saya lihat semuanya berlainan. Ini bukan himpunan biasa. Saya masih ingat lagi dibarisan depan ialah OCPD Kuala Kangsar dengan pakaian seragam polis. Tuan Pegawai Daerah, Megat Khas Pengerusi Kolej Melayu dan Dr Underwood ahli Majlis sekolah.

Guru Besar  Aziz Ismail memberi taklimat tentang apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Pengerusi  Kolej Melayu Megat Khas  berucap pendek. Kami diberitahu darurat telah diistihar. Parlimen telah digantung.  Kami pelajar  Kolej  Melayu diminta awas berjaga jaga. Makanan akan dicatu. Tapi semua sedang diusahakan. 

Ini berkurung pada tahun 1969. Kami tidak ada radio. Akhbar terputus semenjak 14 Mei.  Kuala Kangsar yang jauh dari Kuala Lumpur menjadikan suasana tidak tegang.  Komunikasi yang terputus tidak menambah keruh keadaan.  Pada  March 2020 semua ingatan ini datang kembali. 

Berkurung kali ini saya bukan di West Wing Dorm19. Saya di Brickfeild. Saya telah berkhalwat semenjak arahan dibuat. Kali ini bukan  arahan Megat Khas Pengerusi Kolej Melayu. Bukan arahan OCPD Kuala Kangsar. Bukan kerana pergaduhan Melayu China. Bukan berkurung  di pekan Kuala Klawang Jelebu kerana  gerila PKM sedang membantai soldadu Baginda Queen. Bukan. Bukan. Bukan.

Kali ini saperti pesanan ringkas dari Rahmat Harun – The Great Reset – sedang berjalan. Virus Karona sedang menyerang. Apa seterusnya. Tunggu minggu hadapan untuk sambungan.( TT)





----------

LU GI TANYA NURUL








HOK GOTU LU GI 

TANYA NURUL 
Jangan cerito pasal komat2 ni, 
KJ dah tak balik rumah... 
jeng jeng apo kono tu 
on 
KOMAT IALAH 
ILMU PENGASIH SAKAI
Publish | Delete | Spam
kjaklsja
on 24/03/20

Esok


---------

JIKA BENAR - INI SATU KESILAPAN






JIKA BENAR

INI SATU

KESILAPAN

KARONA TIDAK

MEMILIH PARTI


Rizam kecewa MB Selangor masih amal politik sempit

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor didakwa masih bermain politik sempit dan gagal untuk membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail kesal dengan tindakan Menteri Besar, i Amirudin Shari dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang memutuskan bantuan RM30,000 sedia ada disalurkan secara terus ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) kecuali sembilan ADUN pembangkang.

“Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak adil memandangkan sebelum ini di dalam ucapan pakej ransangan ekonomi Selangor telah menyatakan sejumlah RM30,000 akan diberi kepada seluruh 56 kawasan DUN melaksanakan aktiviti pengedaran topeng muka, makanan dan minuman untuk manfaat penduduk setempat,” ujar ADUN Sungai Tawar yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Jangan politikkan bantuan ketika negara sedang berusaha untuk membendung wabak pandemik Covid-19,” katanya.- MalaysiaGazette


POLITIKUS WAJIB

DISEDARKAN

BAHAWA KITA

WAJIB 

MENDIRKAN

UNITED FRONT

MELAWAN 

VIRUS KARONA
---------

KOREK IDUNG MASUK TADIKA







KOREK IDUNG

MASUK TADIKA
sejak si baba ni ditegur oleh dr.amalina yg cun dia terus menyepi. dah 5-6 kematian bertambah tapi si baba tak nampak muka pun. tak mungkin malikul sembab pecat dia. takpe, bersangka baik, mungkin sedang masak air panas utk minuman sekeluarga di rumah. amiin 
on 
TERSASUL
 ATAU NGOK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/03/20

Jan



--------

TOKYO MANGSA KARONA



DEMI 

KESELAMATAN

ANAK SEMUA

BANGSA


Sukan Olimpik Tokyo ditangguh ke 2021 

SUKAN Olimpik Tokyo 2020 kini secara rasmi ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik global Covid-19, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengesahkan malam ini.

Keputusan itu dipersetujui selepas mengadakan conference call antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden IOC Thomas Bach hari ini, berdasarkan krisis global semasa dan maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Presiden IOC dan Perdana Menteri Jepun telah memutuskan bahawa Sukan Olimpik XXXII di Tokyo mesti dijadualkan semula sehingga berakhirnya tahun 2020 tetapi tidak berlanjutan sehingga musim panas 2021, untuk menjaga kesihatan para atlet, semua individu yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan komuniti antarabangsa.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa obor Sukan Olimpik akan terus berada di Jepun. Turut dipersetujui mengekalkan jenama sedia ada iaitu Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” menurut kenyataan bersama IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Paralimpik bermula 25 Ogos hingga 6 September.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan bahawa penyebaran wabak koronavirus yang tidak pernah berlaku dan tidak dijangka itu, menyaksikan krisis tersebut semakin menular dengan lebih 375,000 kes direkodkan di seluruh dunia iaitu hampir setiap negara.

Ia merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, tetapi ia pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Dengan perkembangan terbaru ini, sistem kelayakan dan kalendar sukan dunia, yang telah pun terjejas oleh wabak COVID-19, dijangka akan melalui perubahan besar. – Bernama, 24 Mac, 2020.


GUA MASIH

INGAT OLIMPIK

TOKYO 1964

NEGARA ASIA

PERTAMA

TUAN RUMAH

JAM SEIKO

DIPERKENAL

JADI JAM RESMI

NANTI

OLIMPIK 2021 

JAM APA AGAKNYA

AKAN DI IKLAN

OLEH JEPUN

KAH KAH KAH
--------

TRIK LAMA NIAGA AGAMA







TRIK LAMA

IKLAN JUAL AGAMA
Selama ni kita suka sangat main sentimen agama, yg ostad mengata agama org, yg mopti gila keji bangsa org, yg lain semua benda dihina. Awal covid19 segala macam hinaan ditimpakan kepada Wuhan, makan benda kotor, tak sembelih, tak halal, pelik-pelik. 
Direncahkan pulak moselim terlindung sebab makan baik, bersih lagi halal. Bila Tuhan hala spotlight di Malaysia melalui tabligh yang kuat solat, sujud, wudhuk rajin, makan elok, berzikir tak tinggal, berzakar ja miss 40 hari. Bila ini berlaku alasan popular digunakan,  - ini ujian terhebat untuk islam, jangan fitnah mereka. -
 Oooo bila bukan kalangan kamu, bebaslah menghina, memfitnah, memperlekeh. Bila dikalangan kamu senang kamu simpul ujian Tuhan, senang kamu larang jangan fitnah. Sebab itu Tuhan dan Nabi tak bagi hina Tuhan agama lain, tak bagi kutuk bangsa lain, tapi kamu buat sebab kamu rasa agama dan bangsa kamu sahaja yang bagus. 
on 
TABLIGH TAK TABLIGH 
SEMUA SAMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/03/20

Esok



-------------