LIPIS 5 Feb. - Muhyiddin Yassin menegaskan, isu sabotaj ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan dan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mendapatkan kesahihan berhubung dakwaan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak sepatutnya mengelak daripada membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut sebelum dakwaan itu terbukti kerana melibatkan kepentingan negara.