Sabtu, 27 Februari 2010
KESIAN TERANG BULAN
INI BUKAN TERANG BULAN - INI TERANG HATI
TAK HORMATI ‘NEGARAKU ’ PSSI DI DENDA - malaysiakini
Aksi para penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam dalam pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di Jakarta Isnin lalu, mengakibatkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda AS$5,000 (RM 17,006).
Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) setelah Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana kelakuan itu telah mencemarkan maruah sebuah negara.
Walaupun Indonesia menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Uzbekistan Mei ini, aksi penyokongnya itu sedikit sebanyak mencemarkan kejayaan pasukan republik itu.
Pasukan tuan rumah layak ke pusingan akhir di Uzbekistan setelah menewaskan Malaysia 3-5 pada peringkat separuh akhir pada Rabu lalu.
Pada kejadian pada hari Isnin di Stadium Tenis Tertutup Senayan itu, sejurus pasukan negara memasuki stadium dan lagu Negaraku dimainkan, para penonton telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya.
Nyanyian oleh para penonton yang ramai itu menyebabkan lagu Negaraku menjadi tidak kedengaran.
Para penonton juga tidak bangun menghormati ketika lagu kebangsaan negara lain dimainkan.
Semasa permainan berlangsung pula, ada penonton meneriak perkataan maling (pencuri) dan banci (pondan) kepada pemain pasukan Malaysia.
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng telah memohon maaf berhubung kejadian itu.
Penganjur juga kemudiannya mengingatkan para penonton supaya tidak membuat bising dan bangun menghormati lagu kebangsaan negara lain ketika ia dikumandangkan, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada perlawanan seterusnya yang membabitkan Malaysia.
Pasukan negara pulang ke tanah air dengan rasa hampa setelah tewas kepada pasukan Vietnam 3-6 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat semalam, dan dengan kegagalan itu juga bermakna Malaysia gagal menempah tempat ke Uzbekistan.
KAH KAH KAH...
kah kah kah... NAK HORMAT MACAM MANA... kah kah kah..
woit.... NEGARAKU IALAH LAGU TERANG BULAN DI INDONESIA.... kah kah kah..
kah kah kah... LAGU INI LAGU KLASIK DI INDONESIA.... kah kah kah..
kah kah kah...LAGU INI ADA BANYAK IRAMA... kah kah kah..
kah kah kah... ADA POP... ADA KERONCHONG... ADA DANG DUT.NG DUT... kah kah kah..
kah kah kah.... ZAMAN INDONESIA MELAWAN BRITISH KONFRONTYASI... TERANG BULAN BERKUMANDANG DI UDARA.... kah kah kah
nota:
telah sampai masanya
negara bangsa Malaysia
memerlukan sebuah lagu
yang bukan di ciplak dari peranchis
yang baik di ciplak dari peranchis
hanya french cap kah kah kah
DUIT RASUAH DI RAMPAS KERAJAAN SIAM
JADI PERDANA MENTERI BOLEH SONGLAP BERBILION RINGGIT
MAHKAMAH RAMPAS RM4.7 BILION MILIK THAKSIN - malaysianinsider
Mahkamah Agung Thailand malam ini membuat keputusan untuk merampas 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) aset yang dibekukan milik perdana menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra dan keluarganya.
Jumlah harta yang dirampas itu bersamaan dengan 60 peratus nilai kekayaan dimiliki mereka termasuk kadar faedah yang ditimbangkan.
Panel sembilan hakim memutuskan untuk merampas harta keluarga Thaksin dan saudara-maranya, yang diperoleh hasil jualan Ship Corp kepada Temasek Holdings, syarikat pelaburan milik Singapura pada 2006.
KAH KAH KAH...
kah kah kah... BANYANGKAN BETAPA BEBASNYA BADAN KEHAKIMAN DI SIAM... kah kah kah...
kah kah kah... BANYANGKAN... BARU DUA PENGGAL JADI PM... THAKSIN SUDAH ADA BERBILION BILION... kah kah kah..
kah kah kah... KALAU THAKSIN JADI PM SELAMA 22 TAHUN... AGAKNYA ADA BERAPA BILION RINGGIT.... kah kah kah..
woit... KALAU 22 TAHUN JADI PM... ANAK THAKSIN MESTI JADI BILIONAIRE...kah kah kah..
kah kah kah... NASIB BAIK RAKYAT BANGUN LAWAN... kah kah kah..
kah kah kah... AGAKNYA SIAPA DI MALAYSIA YANG SUSAH TIDOR BILA BACA BERITA INI.... kah kah kah...
kah kah kah... ITU FASAL LAH ANWAR MESTI DI PENJARA... kah kah kah..
kah kah kah... ITU FASAL LAH... PAKATAN MESTI DI PECAHKAN... kah kah kah..
woit... KALAU TIDAK ADA MALAON TAK SENANG TIDOOOOR.... kah kah kah...
GULA UNTUK MENGULA GULA
TERUSKAN LAGI
MAHASISWA PULAU AKTIVITI ANJURAN MPMUM - malaysiakini
Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) mengambil keputusan untuk memulaukan 'kabinet' baru Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dibentuk oleh kumpulan pro-Aspirasi (pro-A).
17 calon pro-M yang menang pada pilihan raya kampus yang lalu juga tidak hadir pada majlis perlantikan yang diadakan di Dewan Tunku Canselor kelmarin.
Bantahan itu bertujuan menyatakan pendirian mereka bahawa pilihan raya kampus pada 28 Jan lalu tidak dijalankan secara telus dan adil. Ia juga sebagai tanda protes berhubung keengganan pihak pro-A untuk menghormati kemenangan pro-M pada peringkat kerusi umum
KAH KAH KAH...
woit... SATU PELAJARAN TENTANG PILIHAN RAYA... kah kah kah..
woit... KALAU PILIHAN RAYA TAK BEBAS... SAMPAI KIAMAT TAK MENANG.... kah kah kah..
woit... TUJUAN HANYA UNTUK BUAT MAIN MAIN... kah kah kah..
kah kah kah... NAK BAGI GULA GULA... TAPI TAK AKAN ADA YANG BERUBAH... kah kah kah..
woit... KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH KEADAAN HARI INI... PILIHAN RAYA SUDAH LAMA DI HARAMKAN.... kah kah kah..
IKAN AKAN NAIK HARGA - NAK BAGI KRONI BUAT DUIT
KENAPA NAK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN MAK CIK INI ?
WAJIB GUNA KOTAK BERINSULASI JEJAS BEKALAN IKAN - melayau
Bekalan ikan dalam negara akan berkurangan jika kerajaan meneruskan langkah mewajibkan pemborong dan pengimport ikan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini.
Malah, lebih membimbangkan, harga ikan di pasaran akan melambung tinggi jika langkah itu diteruskan kerana pengimport akan menaikkan harga ikan bagi menampung kos pembelian KIBFG.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail berkata, ini berikutan harga kotak itu berlipat kali ganda lebih mahal berbanding tong plastik yang digunakan sekarang.
Justeru tegasnya, pihaknya akan terus menggunakan tong plastik kerana ia tidak mempunyai sebarang masalah dan disahkan selamat digunakan oleh Jabatan Kesihatan.
Katanya, sebanyak 1,500 tan metrik ikan yang diimport dari Thailand dan Indonesia setiap hari mungkin tidak dapat dibawa masuk ekoran penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu.
''Kami tidak berhasrat untuk berhenti membawa masuk ikan import tetapi jika Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) paksa juga kami tukar kepada kotak berinsulasi, ikan tidak dapat dibawa masuk kerana kami tidak mampu membelinya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia di sini hari ini.
Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mengumumkan penggunaan KIBFG diwajibkan bagi pengimportan ikan basah khususnya kepada pemborong dan pengimport ikan berkuat kuasa 1 Mac tahun ini.
Beliau berkata, penguatkuasaan itu mengambil kira pewartaan penggunaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pemborong dan pengimport ikan.
Tindakan tersebut mengundang kemarahan pemborong dan pengimport ikan kerana menteri terdahulu, Datuk Seri Mustapa Mohamed membatalkan penguatkuasaan penggunaan KIBFG.
Namun, pada masa sama beliau menggalakkan mereka menukar kepada tong berinsulasi secara berperingkat.
Menurut Yusoff, tindakan mewajibkan mereka membeli KIBFG hanya daripada KF Marketing Sdn. Bhd. yang ditaja LKIM adalah cubaan menekan pengusaha membeli tong itu yang begitu mahal, sekali gus mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.
Katanya, tindakan tersebut menampakkan sikap monopoli syarikat untuk menindas rakyat sedangkan lima kilang lain bersetuju menjual kotak tersebut pada harga lebih murah.
''Kami memohon kerajaan supaya kotak berinsulasi dapat dibeli di pasaran terbuka dan pengusaha dibenarkan menukarnya secara berperingkat apabila tong plastik biasa mengalami kerosakan," ujarnya.
Kotak ikan plastik yang diguna pakai sekarang berharga RM28 bagi berat 30 kilogram tetapi kotak berinsulasi yang dijual KF Marketing Sdn. Bhd. berharga RM105 sebuah.
Bagi kotak plastik seberat 100 kilogram pula harganya RM125 berbanding kotak berinsulasi berharga RM230 sebuah.
Dalam pada itu beliau memberitahu, penggunaan kotak berinsulasi akan menambah kos pengangkutan kerana memerlukan banyak lori untuk mengangkutnya berbanding tong plastik.
''Bagi tong plastik yang dibawa menggunakan tiga lori kontena, selepas ikan dipasarkan boleh dibawa pulang dengan sebuah lori kontena sedangkan kotak berinsulasi terpaksa diangkut dengan tiga buah lori kontena juga walaupun selepas ikan dipasarkan," katanya.
nota:
sila baca berita ini dengan hati hati.
apa makna berita ini.
ikan akan naik harga dipasar.
kenapa?
kerana ada undang undang baru yang memaksa
tok peraih ikan menggunakan kotak berinsulasi.
kenapa?
dikatakan untuk mendapat ikan yang segar?
betul ke? selama ini kita tidak mendapat ikan yang segar.
ikan segar baik untuk kesehatan !
betul ke kenyataan ini ?
kalau nak jaga kesehatan rakyat kenapa hospital di swastakan?
kalau nak jaga kesehatan rakyat kenapa ubat di swastakan?
jadi apa yang sebenarny kotak insulasi ini?
mesti satu mamat telah terlihat kotak ini semasa bejalan-jalan di eropah
atau ada satu syarikat beri cadangan pada satu mamat agar lobi
kerajaan untuk paksa nelayan beli kotak ini.
lihat ! semua kotak berinsulasi mesti di beli dari satu syarikat ini.
ini syarikat siapa ?
sila selidik
jamin ini syarikat kroni.
inila cara perniagaan bumiputera
menyusahkan orang ramai
inilah cara perniagaan bumiputera
jalan nak cepat kaya tapi malas kerja kah kah kah
nota:
cuba siasat hubungan syarikat pembejal ini
dengan malaon menteri yang buat arahan.
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catatan (Atom)