Sabtu, 13 Julai 2013

GERAKAN TIBAI NAJIB BERGERAK LAGI

 

KOMENTAR TUKAR TIUB

apa maknanya berita ini?
berita ini adalah berita tibai najib
jangan lupa
sila ingatkan kembali
sesudah bersih 2
najib telah pergi jumpa pope
dan membuka hubungan diplomatik

MAT MONGOL
YANG BUKA HUBUNGAN
ingat tak?

sebelum ke rome
najib hampir pengsan
apabila baginda elizebeth pakai baju kuning
dalam bilik tamu dihiasi bunga ros kuning

 

Usir Duta Vatican City

KUALA LUMPUR 12 Julai - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini. 
 
Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik.





-----------

LAGI LAGI KESAH DARI KUALA BESUT

 

 
KUALA BESUT 
PAGI INI



RESTORAN UNGGUN API

ada rojak buah
ada rojak ayam
memang enak
aku layan kerang bakar 
ini bukan makan serious
aku melepak dalam restoran ini
untuk mendengar gosip politik

dalam restoran ini ada banyak jenis yang datang
sentiasa penuh hingga ke sahur
ada pelanggan tempatan
dan ada pelanggan luar macam aku
amat sibut sekarang
kerana restoran ini tak jauh dari  salah satu pusat pas

 BERSAHUR  MELINTASI SEMPADAN
pagi kelmarin aku melintasi sempadan

masuk ke kelantan
menuju ke tok bali
bukan ke pasar
tapi mencari sahur

aku dapat maklumat
ada ikan bakar dan pulut ikan
lalu merentas jalan
maklumat memang tepat
banyak kedai makan dan restoran

pasar tok bali aku ternampak  tutup
lalu pusing pulang ke kuala besut
lalu singgah disebuah restoran ikan bakar

aku memesan dua jenis ikan
boleh dibakar kering
boleh dibakar dengan rempah

aku memilih dengan rempah


dan paling menarik
datang bersama ikan bakar
ialah sepinggan nasi
bersama ulam pucuk ketereh
ulam timun
ulam kacang botol
bersama budu
bersama air asam 

aku hanya minum air panas
rasakan nikamtnya!




PAGI INI
aku bangun awal pagi ini

telah ada temu janji dengan penjual daging
juga wajib ke pasar ikan

tanpa mandi
aku telah pergi ke pasar ikan
memang ramai mak cik dan pak cik
memang ramai tok peraih
ramai mak cik beli ikan ujung minggu
masak ikan comel comel agar suami
tak cari bini baru

pasar ini terletak disebelah jeti
tepi  kuala sungai besut yang masuk ke laut
ini bangunan baru

untuk sesiapa yang selalu mencari ikan segar
yang selalu mencari ikan baru naik
pasti akan tahu bahawa disetiap wilayah nelayan
akan ada bangunan jabatan perikanan yang menyediakan
tempat untuk ikan naik
ikan akan ditimbang untuk dijadikan stastik
maka kita tahu berapa banyak ikana yang dimakan
oleh warga malaysia

SATU KOMPLIN
seharusnya aku ada cadangan
dalam setiap kapal dan perahu nelayan
ada jaring  - ada jaring penapis

apabila ikan masuk pukat maka ikan ini
wajib masuk ke  jaring penapis dulu
mana ikan kecil jatuh kembali ke laut
yang besar sahaja boleh dibawa ke darat
dengan cara bagini kita dapat
memastikan ikan kita tidak lupus

jika ikan  kecil lagi
anak ikan pun kita baham
maka pasti ikan dilaut  akan pupus

IKAN DIPASAR
aku beli dua jenis ikan  merah
ikan ini aku kenal
daging manis
dan juga ikan parang
bukan untuk aku tapi untuk kawan
yang ibunya mahu buat asam pedas ikan parang

harganya agak demokratik

tetapi apabila aku sampai ke kereta
ada seorang mak cik
yang bertanya harga ikan ikan aku
aduh!
mengikut kata mak cik ini
pagi ini harga ikan mahal
kerana puasa
kerana orang luar ramai datang
suami mak cik ini muncul
dia  menyokong kesah isterinya
nampak sang suami dan isteri
datang  dengan teksi milik mereka

DAGING DAGING
aku menepati janji
pak cik penjual daging menyimpan
tiga kilo daging untuk aku
tapi BUKAN batang pinang yang aku mimpikan
lalu aku hanya membeli sekilo satengah

aku masih lagi belum bertemu
daging batang pinang yang aku kenal 

NAK POTONG RAMBUT
dari kelmarin aku mencari  gedai gunting
pusing pusing tapi gagal
hari ini di jalan pantai
tempat ceramah kelmarin
aku terjumpa
seorang abang melayu
tukang gunting
kedainya koyak rabak
tapi amat menarik
dinding terbuka luas dan angin laut datang menderu
kedai gunting ini cukup menarik
kedai gunting yang berlatarkan laut luas

sayangnya
abang  tukang gunting yang bertopeng ini hanya
menggunting rambut
aku perlu bercukur

lalu aku mengundur diri
dan mengucapkan selamat hari raya
abang ini ketawa

TABIAT LAMA
aku memiliki satu tabiat
macam anjing
jika berjalan ke tempat baru
sang anjing akan terkencing
aku pula - jika sampai ke tempat baru
akan potong rambut dan bercukur

dieropah ramai orang ada satu tabiat
bila sampai ke tempat baru
anak anak muda eropah dapat cari kekasih baru
di kuala besut ini
mustahil tabiat ini boleh dilakukan
tapi mungkin di pulau perhentian akan minah saleh 
yang sedang ingin mencari mamat tak kulup
 
BERBUKA PETANG INI DI MANA
masih belum tahu
masih berangan angan
merancang nak ke kota bahru



-------

SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA






KOMENTAR TUKAR TIUB
persoalan hakiki ialah
kenapa razak baginda yang terlibat
dalam kes bunuh altantuya dibebaskan
tanpa diminta ulang bicara

ini persoalan yang masih belum dijawab


TERLIBAT KES BUNUH
BUNUH PENYEDAP NAJIB

KEADILAN mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan mebuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes A Kugan.

Tindakan ini langsung tidak prihatin kerana tindakan ini hanya memanjangkan penderitaan keluarga Kugan, termasuk ibunya N. Indra, yang telah terpaksa berjuang begitu lama dan gigih untuk memenangi keadilan untuk anaknya.

Tidak patut seorang ibupun melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan Kerajaan Persekutuan.

Rayuan ini juga sekali lagi menarik perhatian terhadap kegagalan Kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia, terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban.

Justeru, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya membebankan keluarga malang ini dengan penderitaan berpanjangan dan membazir masa dan wang yang berharga, tetapi sebaliknya melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia sebagaimana didesak masyarakat sivil selama ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat. Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah.

Tujuannya juga agar tragedi seperti kes Kugan ini dan begitu banyak lagi kematian di dalam tahanan – yang menjejaskan nama baik negara – tidak akan berulang lagi.

Jelas dan nyata sekali Kerajaan Persekutuan tersilap dalam membuat keputusan ini.


NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYA



--------

GEROMBOLAN HANYA DAPAT 47% UNDI - JANGAN ANGKUH

  • KOMENTAR TUKAR TIUB
  • mustappa wajib sedar
  • united malay national organisation
  • hanya menang dengan 47% peratus undi rakyat
  • pakatan rakyat mendapat 52%
  • jadi jangan angkuh
  • menang pru13 dengan jalan tipu
  •  
  •  
  • Mustapa mengelak jawab soalan di forum TPPA
  • mustapa mohamedKetika tarikh akhir bagi Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) semakin mendekati, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dilihat seolah-olah mengelak menjawab beberapa isu penting yang dibangkitkan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...HABIS NEGARA KENA JUAL.....kah kah kah

kah kah kah.... NAK TANYA PUN TAK BOLEH... kah kah kah...


--------

MAT SAID LAWAN IDRIS JUSUH





PENCERAHAN 
DARI WARGA  KUALA BESUT



 RESTORAN UNGGUN API

"dalam restoran unggun api ini baru sakejap tadi kesah ini telah terdengar malah sesudah pru13 lalu hampir bergaduh kerana ramai kena kencing tup tup yb mati maka ini jadi berita hangat" Terbaekk ah berita ni bro tt.. on KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT

         
Anonymous
         
on 7/13/13
MAT SAID LAWAN MAT DERIS
pilihanraya ini penting untuk UMNO sebelum perhimpunan agung umno nanti..ini pertemuan dua musuh perang dingin antara Mat Said melawan Idris Jusoh...ini juga hidup dan nyawa BN/UMNO di Terengganu yg kaya dgn minyak...soal calon PAS tidak penting..tatkala PAS makin pudar di Kedah dan kelantan...PAS Terengganu makin kuat dan berpengaruh..

MAt Said dah ada 'banker' baru...seorang taikon yg dapat projek mining bukit besi dan pasar kedai payang...bangun anak muda..peliharalah Pasar Kedai Payang..kekalkan identiti sejarah turun temurun...kesianlah makcik pakcik tua nak meniaga..nanti pasar digantikan dgn hotel dan mek Donel,giant,Louis Vutton dan Birkin... on BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT
         
Anonymous
         
on 7/13/13
          KES PEWAJA
calon BN dr kemamang?WTF... ini pertarubgab Mat Said VS Iblis Jusoh...nampaknya mat said nak sebar pengaruh di Besut...Mat said juga ada kroni..abu juling...jgn lupa beli The Star..Sabtu..

Abu Juling nak cuci tangan kat Perwaja..Abu Juling nak hentam Madey..Abu Juling nak salahkan ramai orang..Abu Juling nak duit modal buat Pasar kedai Payang..projek mat said..projek kasi undi pada Pakatan...mungkin jadi isu di besut nanti..rafizi bila nak masuk??? on CERAMAH TEPI PANTAI
         
Anonymous
         
on 7/13/13


DARI JAMIE D - ATAU JAMES DEAN

Jamie D berkata...

    dah lama aku kagum, style penceritaan yang simple tapi ada pelbagai peristiwa dalam 1 masa. kisah2 begini hanya boleh dibaca beberapa kali dalam TT; ketika mencari makan di param dlm bulan ramadhan, ketika senja berlabuh, ketika musim pilihanraya atau ketika merantau melihat2 tempat org.

 Unik, itu yg aku suka. dalam serius ada lawak. mana tak lawak, elok2 bercerita pasal bakal calon yb, gulai itik + tuak, tiba2 terselit pasal minah salleh tetek kencang dan sarkot!!

    LPF takleh tapis! ini jujur at the highest level! i like!!

    kahkahkah

-------

CERAMAH TEPI PANTAI




DARI KAMPONG PASIR 
tadi ada ceramah di kampong pantai
tak jauh dari jeti ke pulau perhentian
ada 300 orang yang datang

untuk pertama kali calon pas berucap
nampaknya kantoi
tak tahu kenapa pas memilih calon ini
dia hanya berucap tak sampai 4 minit
hanya mengenalkan diri

yang hebat berucap ialah
yb dari rantau panjang

tapi kempen gerombolan juga lembik
yang kelihatan budak budak muda
sedang memasang bendera dacing
 diharapkan mereka dapat upah
kerana dalam pru13 yang lalu
ramai telah kena kencing
terutama pengundi luar

isu utama disini
ialah anak tempatan
ini kerana calon gerombolan bukan anak tempatan
dikatakan berasal  dari kemaman
tapi duduk di putrajaya
ini sedang menjadi isu heboh dari warong ke warong

kekuatan calon pas ialah
dia anak tempatan
peniaga pasir
tuan punya kilang kayu
ertinya  peniaga bumiputer yang kaya

tadi diumumkan
jika calon pas ini menang
dia tidak akan ambil duit gaji
semua duit gaji 
akan digunakan untuk orang ramai
ini janji calon pas

kita lihat dan tunggu



-------

KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT



DARI RESTAURAN UNGGUN API KAMPONG NAIL
sedang duduk di restauran  unggun api
tak jauh dari jeti ke pulau perhentian
ini restoran cool
tak jauh juga dari padang ceramah pas
tapi malam ini ceramah di tepi pantai

BERBUKA
sekali dalam hidup
wajib berbuka ditepi laut
indah menghadap laut dan pulau
angin dan ombak

BERTEMU JUGA KHIRNYA
akhirnya bertemu dengan gulai itik serati
berbuka dengan
kerabu mangga
gulai pisang
patin tempoyak
goreng kacang
pulut ikan
ulam petai
gulai batang keladi
bersama 
kurma dari tunisia
dan buah manggis

terbaik

tapi awas
jangan beli air tuak di kuala besut
tipu
air tuak campur gula
tak ada gas
gagal gagal gagal

sekali dalam hidup
saperti melintasi sungai dari bintulu
ke kuching - wajib berbuka puasa di tepi laut kuala besut

PASAR RAMADAN
pilihan masakan tempatan
agak murah harganya dari kuala lumpur
kakak tempat aku membeli gulai batang keladi
membenarkan aku membeli 1 ringgit sahaja
lalu mencuba pelbagai jenis
di kl mustahil ada kakak
yang sudi berbuat demikian

panjangkan umur kakak ini
dan murahkan rezeki kakak ini

TERDENGAR BERITA
ada juga difahamkan ada 
pasar ramadan yang lebih besar di kg raja
akan cuba
tapi 
esok telah berjanji dengan abang jual daging
akan datang untuk mendapatkan 2 kilo daging teduh
untuk yang tak biasa dengan daging
daging teduh adalah yang terbaik
lembut dan enak
juga dipanggil daging batang pinang

UNTUK GENG KING KONG DAN SARONG PARTY BOY
banyak minah saleh
cun berkopek tegang mudar mandir
dalam pekan kuala besut
ada yang nak pergi
ada yang nak pulang
dari pulau perhentian

bulan julai ini adalah
bulan menenui untuk orang pulau
dan untuk mat sarong parti selamat mencuba
dan jangan lupa pakai kondom

POLITIK POLITIK
dari heboh heboh politik
telah terswbar berita bahawa 
pas memiliki peluang yang baik
dari culaaan kemungkinan pas menang adalah baik
menang tipis

kenapa?

kerana mengundi hari rabu
ramai pemgundi luar tak balik mengundi

juga berita telah tersebar
bahawa ramai pengundi luar telah kena kencing
pada pru13 pengudi diluar dijanji 200-300 ringgit
tak tahu siapa sudah kelepet duit ini
pasal itu kesah ini mula tersebar

dalam restoran unggun api ini
baru sakejap tadi kesah ini telah terdengar
malah sesudah pru13 lalu
hampir bergaduh kerana ramai kena kencing
tup tup yb mati
maka ini jadi berita hangat

 petang tadi di pasar ramadan
ada mamat dan minah dacing
menyebarkan buku komik mat mongol
kah kah kah
sapa yang belum ada sila cari
cukup lawak
ini kesah mat mongol
tapi tetiba saje mat mongol kahwin dengan rosmah
tak ada cerita bini pertama mat mongol
tak ada kesah rosmah menjanda 7 kali 
kah kah ah

di jalan besar ada mamat 
beri baju t
kami benci najib
tak tahu siapa punya kerja 
mungkin ini geng muhyiddin

TOK BALI
telah difahamkan bahawa ikan dari tok bali
banyak ikan dari siam
ertinya ikan ini telah dicampur dengan kimia mayat
maka rancagan untuk cari ikan di tok bali telah dibatalkan

PASAR IKAN KUALA BESUT
ada pasar besar tepi sungai
ini nelayan naik
tapi di sepanjang jalan dari kuala besut ke jerteh
ada banyak pasar dan kedai jual ikan segar 
boleh mencuba nasib

 ok akan disambung..

 
------