Khamis, 15 Oktober 2009
UNTUK INGATAN SEMUA WARGA SATU MALAYSIA
SEMUA PEMBACA TT – SILA AMBIL INGATAN BERITA BERNAMA INI
40 GEMPA DI MALAYSIA SEJAK 2007 - bernama
Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
nota:
kaki lobi, ajen komisen, macai menteri
sedang melobi kerajaan malaysia
agar membeli loji nuklear
dari peranchis.
ajen ajen penjual loji nuklear peranchis
sedang bersepah sepah mencari malaon-maloan
yang boleh melobi menteri agar membeli loji nuklear.
ajen dari korea dan amerika juga bersepah-sepah dan
sedang mundar mandir dengan niat yang sama.
perhatikan dari hari ke hari akan banyak laporan dari tukang
karut pak kang kong yang akan menjual cerita bagaimana
baiknya tenaga nuklear ini. ini adalah sebahagian dari
kelentong untuk tipu orang melayu.
waspada : di pilipana loji nukelar bataan sudah siap pada tahun 1984 tetapi sampai
hari ini tak diguna kerana kawasan gempa bumi.
setiap hari rakyat pilipina kena bayar 155,000 dolar
sehari hingga ke hari ini - masih belum berhenti.
ini duit hutang belanja buat loji. hutang pada syarikat amerika.
kontrektor dan para kroni marcos semua sudah belah.
di sepanyol – loji nuklear lemoniz di utara sepanyol siap tahun 1983.
sampai hari ini tak dibuka kerana di tentang oleh orang kampong.
kontrektor dan penjual telah kaya raya.
anak anak muda bersedia untuk satu gerakan anti-nuklear.
lebih baik bersedia awal.
projek ini sedang dirancang.
PENGUMUMAN UNTUK KONTREKTOR KELAS F
AJEN BUMIPUTERA DI CARI UNTUK KAPAL SELAM INI
KIKIS UMNO UNTUK CARI MAKAN – malaysiakini
Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan satu Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Najib Razak.
"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.
LEBIH BAIK - LEBIH MURAH DARI KAPAL SELAM MONGOLIA
"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.
"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…
WA WA WA…. WA WA… WA WA WA
woit… SENAK PERUT ….MENDENGAR LEBONG DI WAKTU PAGI… kah kah kah…
kah kah kah…. PARTI CARI MAKAN???…. kah kah kah…
kah kah kah…. HINA BETUL PARTI GEROMBOLAN INI… kah kah kah…
kah kah kah... RUPA RUPA NYA SELAMA INI.. PARTI CARI MAKAN...kah kah kah..
woit…. KESIAN… SEDIH… PILU… BERTABURAN AIR MATA… kah kah kah..
kah kah kah… APA AKAN JADI KEPADA KONTREKTOR KELAS F…kah kah kah..
kah kah kah… FRUS MENONGENG….. TUKANG JUAL KONTREK… kah kah kah…
kah kah kah… BALACHI DAN MACAI… LARI BERTEMPIARAN…kah kah kah..
woit… MALAON YANG CARI KOMISEN…. KEBULUR TAK MAKAN…kah kah kah..
kah kah kah… SIAPA YANG AKAN BAWA PROJEK JUMPA MENTERI…kah kah kah…
woit…NAK BUANG JAUH JAUH SAMPAI KE MANA ?... kah kah kah..
woit… NAK BUANG SAMPAI KE PARIS ?... kah kah kah…
woit… NAK BUANG SAMPAI KE MONGOLIA?.... kah kah kah…
nota:
woit munkee ini dah bertimbun emas dan harta
tak bagi orang lain cari makan
ini niat nak monopoli untuk anak bini dan kroni
hulur hulur laaa komisen kapal selam tu
tak kan nak makan sorang kah kah kah
Labels:
altantuya gadis cun mongolia,
ziana zain
MAWI DAN SITI - TOLONG KE TEPI - ANAK MUDA DAH BOSAN
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.
Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.
Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.
Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.
Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.
Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.
Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.
Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1871 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.
Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.
Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.
Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri.
SEMUA DI JEMPUT UNTUK MERAYAKAN PELANCARAN ALBUM INI:
DIJEMPUT DATANG BERSANTAI DAN BEREVOLUSI
Album ini akan dilancarkan:
Di : DEWAN MAJLIS PEMBANDARAN AMPANG JAYA
AU2 - Keramat Ulu Klang
Dari Jam 8.00 hingga 12.00 malam
Pada : 17hb Oktober 2009
Hari Sabtu
Bersamaan Hari Revolusi Bolshevik
Bersamaan Hari Kepulangan Cahaya Kebaikan Dewa Rama
ACARA:
- tayangan video Al-Fatihah Memali
- nyanyain amin iskandar/nik jidin/kumpulan d palang
- puisi rahmat haron/ pak janggut samad said
- tukar tiub akan berada disana untuk komidi
FATWEE DARI MUNKEEE EEEEE
ULAMA KENA AMBIL TINDAKAN TERHADAP NIK AZIZ – REEZAL - melayau
Golongan ulama digesa mengambil tindakan tegas terhadap Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa perjuangan UMNO tidak akan membawa seseorang masuk syurga.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican beranggapan, kenyataan pemimpin Pas itu jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran al-Quran sebenar serta membuatkan agama Islam dipandang hina.
"Saya tak faham macam ulama-ulama UMNO dan kerajaan atas nama al-Haf kenapa tak boleh cakap dan ambil tindakan terhadap Nik Aziz.
"Dia cakap benda yang tak masuk akal. Dia cakap perjuangan UMNO tak boleh bawa orang masuk syurga. Macam mana dia tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka," katanya semasa ucapan mencadangkan ucapan dasar Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pada Persidangan Pemuda sempena Perhimpunan Agung Khas di sini hari ini.
KAH KAH KAH…
kah kah kah…. SATU LAGI FATWEEE… kah kah kah…
kah kah kah… DARI MUNKEEE .. EEEE … kah kah kah…
woit…. KENAPA EEE TAK PERNAH MINTAK ULAMA BUAT FATWEE TENTANG ISA?.... kah kah kah…
woit… KENAPA EEE TAK MINTA MUFTI BERI PANDANGAN TENTANG ISA…kah kah kah…
woit…KENAPA EEE TAK MINTA ULAMA BERI PANDANGAN TENTANG AMBIL KOMISEN JUAL KAPAL SEEEEELAM…. kah kah kah…
woit… KENAPA EEE TAK MINTA ULAMA TUNTUT LAPORAN STADIUM RUNTUH….kah kah kah…
woit… MINTALAH… BARU BOLEH DIPADAMKAN NAMA EEEEEE….BARU BOLEH NAIK KERETA KETUANAN MELAYU…kah kah kah
woit.... TOLONG JANGAN BODOHKAN MELAYU... kah kah kah
ASIK ASIK MURTABAK
BANGAKITKAN SEMANGAT MELAYU DALAM UMNO MELALUI UTUSAN - melayau
Akhbar Utusan Melayu yang menggunakan sepenuhnya tulisan jawi perlu diperluaskan bagi meniupkan semula semangat perjuangan orang Melayu di dalam UMNO.
Wakil Wanita UMNO Johor, Rahana Mohamad yang mengemukakan cadangan tersebut berkata, langkah tersebut akan melengkapkan aspirasi orang Melayu serta mampu memulihkan semangat perjuangan parti yang kian hambar kini.
“Kami yakin usaha memperluaskan akhbar Utusan Melayu yang sinonim dengan sejarah perjuangan menubuhkan UMNO dan semasa menuntut kemerdekaan dahulu penting untuk mengembalikan semangat kebangsaan Melayu yang pada hakikatnya masih menjadi ideologi UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul politik dan pendidikan pada Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Rahana berkata, usaha tersebut akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
KAH KAH KAH…
nota:
macam macam pandangan nak mengviagrakan gerombolan.
ada cadangan buang keris pakai bomoh.
ada cadangan jangan bernostalgia
ada cadangan belajar sejarah…
hairan… pelik… takjub…
tak ada satu pun cadangan untuk hentikan rasuah
tak ada satu pun cadangan untuk hapuskan isa
tak ada pun satu cadangan hapuskan auku 1974
tak ada pun satu cadangan hapuskan akta cetak
tak ada pun satu cadangan hapuskan undi pos
tak ada pun satu cadangan untuk siasat kes memali
tak ada pun satu cadangan untuk siasat siapa beri arahan bunuh altantuya
asik asik nak memurtabakkan bangsa melayu
asik asik nak memurtabakkan bahasa melayu
woit murtabak ini makanan eeee bukan melayu asli
mulalah dengan diri sendiri
united malays national organisation itu bukan bahasa melayu
nama sendiri pun dalam bahasa urdu kah kah kah
BAPAK NGANTUK ANAK TIDOO
PEMUDA UMNO IKRAR PASTIKAN ANWAR TIDAK BENTUK KERAJAAN - mStar
Pergerakan Pemuda Umno hari ini berikrar memastikan Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai 'sesumpah politik' yang melalaikan masyarakat Malaysia, tidak akan dapat berkuasa dan menubuhkan kerajaan.
Dalam ucapan sulung sebagai Ketua Pemuda Umno pada perhimpunan agung pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, berkata Umno khususnya Pemuda Umno tidak akan membiarkan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menipu rakyat dan mendakwa dirinya sebagai pemimpin yang bersih dan pejuang rakyat bawahan.
KAH KAH KAH…
woit… KAD NIKAH MUNKEE NI LAKU LAGI KE ?.... kah kah kah…
woit… NAPA NGOOK SANGAT NI… TAK TAHU KE PAKATAN SUDAH ADA 5 NEGERI…. kah kah kah…
kah kah kah… LIMA LIMA NEGERI INI YANG TERKAYA… kah kah kah…
woit… MUNKEEE NI BARU TURUN DARI POKOK …kah kah kah...
kah kah kah... SAMA TIDOO DENGAN PAK MENTUA KE?... kah kah kah
woit… DULU MUNKEE NI KATA MELAYU MESTI MILIK 70% HARTA NEGARA… kah kah kah…
kah kah kah… HARI INI MUNKEE NI KATA … TAK PERLU PULAK… kah kah kah…
kah kah kah… DULU KATA KOUTA MESTI DINAIKKAN …HARI INI KATA TAK PERLU… MASUK UNIVERSITI DENGAN KELULUSAN BUKAN DENGAN KOUTA… kah kah kah
woit… NASIB BAIK AHKBAR GEROMBOLAN KONTROL…KALAU TIDAK MUNKEEE BUKAN LIDAH BERCABANG …. TAPI EKOR BERCABANG…kah kah kah..…
nota:
surat nikah nilainya sampai bila kah kah kah…
GEROMBOLAN BILA NAK TUKAR NAMA
NIK AZIZ MAHU NAMA INGGERIS DITUKAR KE BAHASA MELAYU – melayau
Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di negeri itu menukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu.
Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Baharu Trade Centre dan KB Mall menggunakan nama berunsur Inggeris.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… SOKONG… SATU MALAYSIA SOKONG NIK AZIZ..kah kah kah..
woit… APA JADI DENGAN PRECINT….APA JADI DENGAN KLIA… APA JADI DENGAN KL CENTRAL… kah kah kah…
woit… AYAH DINO ENTOT ENTOT JANJI NAK TUKAR SEMUA NAMA NAMA INI… kah kah kah…
woit… YANG ENTOT ENTOT DAH LARI…. NAMA TAK TUKAR LAGI…kah kah kah…
nota:
saranan nik aziz ini
megecutkan teloo gerombolan
ini saranan pejuang bahasa
ini tempelak untuk united malays national organisatuion
apa jadi dengan dewan bahasa dan petaka
buat lah kempen bulan hapuskan papan tanda bahasa penjajah
di london tak ada pun mereka guna nama gedung chu badak
tak ada pun guna nama jalan kaki kelentong
yang ada nama harrod dan oxford steeet
new york pun tak ganti nama york baru atau wall street dengan jalan dinding
kita sahaja yang gila
bangun pagi pagi tonggeng buntut depan cermin
nampak buntut hitam kah kah kah…
Langgan:
Catatan (Atom)